Ketuanan
Allah Bukan Ketuanan Manusia
Bab 1: Pendahuluan
Ini adalah hari-hari terakhir, detik-detik penentuan
serta realiti, yang samada akan mengangkat atau mengheret mereka ke lembah
paling bawah. Sesetengah orang telah mengambil pendirian yang hina sehingga
mereka kekal di jurang paling bawah. Sebahagian yang lain pula, mula meningkat
naik tinggi sehingga mereka seolah-olah telah pun berada di puncak gunung.
Manakala yang lain pula, dalam keadaan mabuk serta keliru iaitu tidak berpihak
kepada mana-mana, mereka adalah orang kebanyakan yang kehausan serta cenderung
untuk bersama dengan setiap orang yang menyeru mereka.
Detik-detik penentuan ini adalah detik-detik ujian
Ilahi terhadap penduduk bumi, di mana kebanyakan mereka yang mendakwa diri
mereka sebagai kelompok Islam (Islamiyyun) atau mewakili Islam dalam pelbagai
bentuk, telah jatuh tersungkur. Malangnya, yang pertama jatuh ke jurang
ini adalah ulama pasif (ulama yang tidak beramal), mereka terus mengulang-ulang
kata-kata jahat (Ketuanan Manusia) yang sentiasa diulangi oleh musuh-musuh para
Nabi, Rasul dan Imam. Tetapi kali ini, ia dibawa oleh Syaitan Besar (Amerika)
yang membuatkan mereka kagum dan menghiasi pandangan mata mereka dengan sesuatu
yang dinamakan demokrasi, kebebasan, pilihan raya bebas atau nama-nama lain
yang tidak dapat mereka tolak. Celakalah orang-orang yang memeranginya, lantas
mereka tunduk dan menyerah diri kepadanya. Ini adalah kerana ulama-ulama
pasif dan pengikut-pengikut mereka tidak memiliki apa-apa melainkan kecetekan
agama dan kekosongan pemikiran. Bagi mereka, agama ini adalah semata-mata
mainan lidah mereka dan bukan sebaliknya untuk diamalkan.
Beginilah bagaimana ulama-ulama pasif membawakan bayonet
Syaitan Besar (Amerika) lalu menusukkannya ke hati Amirul Mukminin Ali. Mereka
membuka kembali luka lama yang diakibatkan oleh shura dan Saqifat (Bani
Saidah), yang telah mengasingkan Khalifah Allah dari haknya dan seterusnya
mengakui Ketuanan Manusia, yang ditolak oleh Allah, RasulNya saaw dan para
Imam. Beginilah, bagaimana ulama-ulama pasif mengiktiraf penyingkiran para
nabi, rasul dan imam, dan mengiktiraf kesemua penindas yang membunuh Hussein
bin Ali.
Apa yang paling menyakitkan adalah saya tidak menjumpai
seorang pun yang mempertahankan Ketuanan Allah di atas muka bumi-Nya ini.
Hattakan mereka yang mengiktiraf ketuanan sebenar ini pun telah berputus asa
mempertahankannya. Ini kerana mereka mendapati bahawa dengan berbuat demikian,
mereka berjuang melawan arus ganas tanpa belas kasihan. Amat malang sekali,
malah lebih teruk dan lebih hebat lagi apabila manusia keseluruhannya
mengiktiraf ketuanan Manusia termasuk juga ahli al-Quran, melainkan beberapa orang
yang tetap setia dengan janji Allah disebabkan mereka membaca di dalam
al-Quran:
﴿قُلِ اللَّهُمَّ
مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاءُ وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن
تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَاءُ ۖ بِيَدِكَ الْخَيْرُ ۖ إِنَّكَ
عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ﴾
[Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai
kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa
yang Engkau kehendaki.] Surah Ali Imran: 26
Beginilah penentangan asasi ulama pasif terhadap agama Allah
iaitu Ketuanan Allah dan kekhilafahan wali Allah. Ahlulbait dan tinggalan
terakhir mereka Imam Mahdi tidak akan terus wujud sebagai para khalifah
Allah di muka bumiNya, mengikut neraca pilihanraya atau demokrasi yang
dipraktikkan oleh ulama pasif. Bahkan para ulama pasif ini telah disanggah
sepenuhnya oleh al-Quran, kerana Allah menyatakan di dalamnya:
﴿إِنِّي
جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً﴾
[Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di bumi.] Al
Baqarah: 30
Dia menurunkan perlembagaan dan undang-undang di dalam
al-Quran, sedangkan para ulama pasif mengatakan bahawa pemerintah atau khalifah
Allah akan dilantik melalui pilihan raya dan perlembagaannya digubal oleh
manusia. Beginilah penentangan para ulama pasif terhadap agama Allah. Bahkan
mereka menentang Allah dan tegak berdiri di dalam barisan syaitan yang direjam
(semoga Allah melaknat mereka).
Disebabkan inilah saya berfikir untuk menulis kata-kata ini
agar tiada lagi hujah buat para pembantah serta menyampaikan cahaya buat orang
yang mempunyai mata hati bahawa kebenaran itu jelas dan bebas daripada sebarang
kekaburan. Saya berharap kepada Allah swt supaya menjadikan kata-kata ini
sebagai salah satu daripada hujah-hujahNya pada hari kiamat terhadap ulama
pasif, pentaklid mereka, orang-orang yang berjalan di atas jalan mereka dalam
memerangi Allah dan keluarga Muhammad, mengakui (dengan mereka) berhala serta
penindas, serta mengakui penyingkiran khalifah Ali bin Abi Talib dan para Imam
dari anak keturunannya.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
وَمَن يُسۡلِمۡ وَجۡهَهُ ۥۤ إِلَى ٱللَّهِ
وَهُوَ مُحۡسِنٌ۬ فَقَدِ ٱسۡتَمۡسَكَ بِٱلۡعُرۡوَةِ ٱلۡوُثۡقَىٰۗ وَإِلَى ٱللَّهِ
عَـٰقِبَةُ ٱلۡأُمُورِ
[Dan barangsiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang kukuh. Dan hanya kepada Allah-lah kesudahan segala urusan.] Surah Luqman 31: 22
Tiada ulasan:
Catat Ulasan