Ketuanan
Allah Bukan Ketuanan Manusia
LAWAN KEPADA DOKTRIN DEMOKRASI (DOKTRIN SANG PENYELAMAT YANG DINANTIKAN)
Semua agama Allah mengiktiraf Ketuanan Allah swt. Namun,
manusia telah menolak Ketuanan ini dan tidak mengakuinya melainkan sedikit,
seperti kaum Nabi Musa AS di era Thalut atau umat Islam di zaman Nabi Muhammad
SAW. Tetapi, sebaik sahaja Rasulullah SAW wafat, mereka kembali menyanggah
Ketuanan Allah swt dan mengiktiraf ketuanan manusia melalui shura, pilihan raya
dan Saqifat Bani Saidah yang menyingkirkan wasi Ali bin Abi Talib AS.
Semua manusia kini
samada mereka ulama atau orang awam biasa menyokong ketuanan manusia dan
pilihanraya. Walaupun, majoriti mereka masih mengakui bahawa khalifah Allah di
bumi adalah seorang pemerintah yang soleh. Tetapi pengakuan ini masih
lemah, doktrin yang dikalahkan dalam kegawatan perang psikologi antara
kesedaran dan ketidaksedaran. Manusia terutamanya para ulama pasif, hidup dalam
kepura-puraan dengan penuh resah gelisah di tempat tidur mereka, menjadikan
mereka terhuyung-hayang mabuk dan memukul membuta tuli. Mereka sedar bahawa
Allah adalah benar, ketuanan Allah adalah benar dan ketuanan manusia adalah
batil, serta bertentangan dengan ketuanan Allah di atas muka bumiNya. Namun,
mereka tetap tidak bersama-sama dengan kebenaran, malah menyokong kebatilan.
Mereka adalah ulama
akhir zaman iaitu sejahat-jahat fuqaha di dunia ini, daripada merekalah
keluarnya fitnah dan kepada mereka jualah fitnah itu dikembalikan.
Sebagaimana yang dikhabarkan oleh Rasulullah SAW:
[Akan
datang zaman ke atas umatku, di mana tidak bersisa daripada al-Quran itu
melainkan tulisannya dan tidak juga daripada Islam itu melainkan namanya.
Mereka menamakan diri dengannya tetapi mereka adalah sejauh-jauh manusia
daripadanya, masjid mereka makmur tetapi kosong daripada petunjuk, fuqaha pada zaman
itu adalah sejahat-jahat fuqaha di bawah lindungan langit, daripada mereka
keluarnya fitnah dan kepada mereka jualah fitnah itu kembali.] Al Kafi,
jilid 8, ms 308 dan Bihar Al Anwar, jilid 52, ms 190.
Seolah-olah mereka tidak pernah mendengar kata-kata Amirul
Mukminin AS: [Janganlah kamu
mengasingkan diri dari jalan petunjuk disebabkan sedikitnya orang yang
mengikutinya.] Nahjul Balaghah bi syarh Syeikh Muhammad Abduh, jilid 2,
ms 181. Al Gharaat, jilid 2, ms 583. Ghaibat An Nu'mani
Seolah-olah mereka juga tidak pernah mendengar sabda
Rasulullah SAW: [Islam itu
telah bermula dengan asing dan akan kembali asing sebagaimana ia bermula, maka
kebaikanlah buat orang-orang yang asing (ghuraba’).] Nailul Authar,
jilid 9, ms 229. 'Uyun Akhbar Ar Ridha (a.s), jilid 1, ms 218.
Demi Allah, mereka pernah mendengar kata-kata tersebut dan
menyedarinya , tetapi kemanisan dunia melekat di mata mereka dan mereka amat
sukakan perhiasannya. Mereka berkumpul di sekeliling bangkai dan mengaibkan
diri mereka untuk memakannya. Mereka bertungkus lumus sedaya upaya, namun tidak
memperolehi apa pun selain menuntut dunia melalui agama. Mereka yang mendakwa diri mereka
sebagai ulama Shiah Islam akhirnya hanya menyalahgunakan kesucian Amirul
Mukminin, menambah luka baru dan membuatkan hatinya bengkak serta berdarah
kembali. Oleh itu, imam-imam kesesatan iaitu para ulama pasif telah
mengulangi kembali tragedi Saqifat Bani Sa`idah, sepertimana hari pertama ianya
berlaku. Mereka juga telah membuka jalan untuk meremukkan sekali lagi rusuk
Fatimah Zahra. Tetapi kali ini terhadap Imam Mahdi, kerana harinya adalah
seperti hari Rasulullah dan keturunannya adalah seperti keturunan Rasulullah.
Kelmarin, Ali serta anak keturunannya, manakala, pada hari
ini pula Imam Mahdi dan anak keturunannya. Apakah orang yang berakal tidak mahu
menyelamatkan dirinya daripada api neraka, melarikan diri daripada cengkaman
kafir Quraish zaman ini dan melindung dirinya, dengan mematuhi Awliya Allah?
Jangan
biarkan syaitan (laknat Allah ke atasnya) menipu kalian, membuatkan kalian
mensucikan ulama pasif yang memerangi Allah serta Rasul-Nya, dan menyelewengkan
syariatNya. Bandingkan kata-kata dan perbuatan-perbuatan mereka
dengan al-Quran, sunnah Nabi dan Ahlulbait, pasti kalian akan dapati bahawa
mereka berada di satu lembah yang benar-benar bertentangan dengan Rasul dan
al-Quran. Mereka dilaknati sepertimana Rasulullah telah melaknati mereka dan
berlepas diri daripada mereka, ketikamana baginda bersabda kepada Ibnu Mas'ud:
“Islam itu
telah bermula dengan asing dan akan kembali asing sepertimana ia bermula, maka
kebaikanlah buat orang-orang yang asing (ghuraba). Mereka yang menyaksikan
zaman itu (masa kemunculan Imam Mahdi a.s) adalah dari keturunan-keturunan
kamu, jangan diberi salam ke atas mereka dalam perkumpulan mereka, jangan
diiringi jenazah-jenazah mereka, dan jangan dikunjungi pesakit-pesakit mereka.
Mereka mengamalkan sunnah kamu dan menzahirkan seruan kamu, tetapi bertentangan
dengan perbuatan kamu. Mereka akan mati atas agama yang berbeza daripada kamu.
Mereka bukanlah dari kalanganku dan aku bukanlah dari kalangan mereka …
Kemudian
beliau (Nabi SAW) bersabda: Wahai Ibnu Masud, akan datang satu zaman apabila
orang yang bersabar (berpegang) kepada agama adalah seperti menggenggam bara
api dalam tapak tangannya. Sekiranya ada seekor serigala di zaman itu, maka dia
tidak akan terlepas dari dimakan oleh sekumpulan serigala. Wahai Ibn Masud,
ulama dan fuqaha mereka adalah pengkhianat yang keji, bahkan, mereka adalah
sejahat-jahat ciptaan Allah dan begitu juga pengikut mereka. Barangsiapa yang
berurusan dengan mereka, mencintai mereka, duduk dengan mereka dan
bermusyawarah dengan mereka adalah sejahat-jahat ciptaan Allah. Mereka akan
dimasukkan ke dalam api neraka dalam keadaan bisu, pekak dan buta serta tidak
akan kembali. Kami akan himpunkan mereka pada hari kiamat dalam keadaan wajah
mereka buta, pekak dan bisu serta ditempatkan mereka di dalam neraka jahanam.
Setiap kali api mula padam, kami akan tambahkannya bernyala-nyala dan setiap
kali kulit mereka masak, kami akan gantikan mereka dengan kulit yang lain
supaya mereka merasai kepedihan azab siksaan. Apabila mereka dilemparkan ke
dalamnya mereka mendengar suara neraka yang mengerikan, sedang neraka itu
menggelegak, hampir-hampir [neraka] terpecah-pecah lantaran marah. Setiap kali
mereka ingin keluar daripadanya akibat terlalu panas, maka mereka akan dilemparkan
kembali di dalamnya dan dikatakan kepada mereka rasailah azab siksa yang
membakar. Mereka merintih di dalam api neraka dan mereka yang berada di
dalamnya tidak dapat mendengar.
Wahai Ibn
Masud, mereka mendakwa bahawa mereka mengikut agamaku, sunnahku, manhajku dan
syariatku. Namun, sesungguhnya mereka berlepas diri daripadaku dan aku berlepas
diri daripada mereka.
Wahai Ibn
Masud, janganlah kamu duduk bersama mereka di tempat awam, janganlah kamu
berjualbeli dengan mereka di pasar, janganlah kamu menunjukkan jalan kepada
mereka dan menawarkan mereka air minuman. Allah Taala berfirman:
مَن كَانَ يُرِيدُ الْحَيَاةَ
الدُّنْيَا وَزِينَتَهَا نُوَفِّ إِلَيْهِمْ أَعْمَالَهُمْ فِيهَا وَهُمْ فِيهَا
لَا يُبْخَسُونَ
“Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan
perhiasannya, niscaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di
dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan.” Surah
Hud: 15
Allah Taala juga berfirman:
مَن كَانَ يُرِيدُ حَرۡثَ
ٱلۡأَخِرَةِ نَزِدۡ لَهُ ۥ فِى حَرۡثِهِۦۖ وَمَن
كَانَ يُرِيدُ حَرۡثَ ٱلدُّنۡيَا نُؤۡتِهِۦ مِنۡہَا وَمَا لَهُ ۥ فِى ٱلۡأَخِرَةِ مِن نَّصِيبٍ
[Barangsiapa
yang menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya
dan barangsiapa yang menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya
sebahagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagian pun di
akhirat.] Surah ash-Shura: 20
Wahai Ibn Masud, alangkah hebatnya permusuhan, kebencian
dan perselisihan yang datang dari umatku. Mereka adalah sehina-hina umat ini di
dunia. Demi Dia yang mengutuskanku dengan kebenaran, Allah akan menenggelamkan
mereka dan mengubah mereka menjadi kera dan babi.
Kemudian
dia (Ibnu Mas'ud) berkata: Rasulullah menangis dan kami juga menangis
disebabkan tangisannya, dan kami berkata: Wahai Rasulullah, apa yang membuatkan
kamu menangis? Baginda menjawab:
Kerahmatan
bagi orang-orang yang sengsara, Allah Taala berfirman:
وَلَوۡ تَرَىٰٓ إِذۡ
فَزِعُواْ فَلَا فَوۡتَ وَأُخِذُواْ مِن مَّكَانٍ۬ قَرِيبٍ۬
[Dan
[alangkah hebatnya] jika kamu melihat ketika mereka terperanjat ketakutan; maka
mereka tidak dapat melepaskan diri dan mereka ditangkap dari tempat yang
dekat.] Surah Saba’ 34 : 51
Ayat
ini merujuk kepada para ulama dan fuqaha.
Wahai
Ibnu Masud: Barangsiapa yang belajar ilmu kerana mahu mendapatkan dunia
dengannya, dan barangsiapa yang terkesan dengan kecintaan dunia serta
perhiasannya, maka dia berhak mendapat kemarahan Allah ke atasnya dan dia akan
ditempatkan di neraka yang paling bawah bersama-sama dengan orang-orang Yahudi
dan Kristian yang mengabaikan Kitab Suci Allah. Dalam hal ini, Allah Taala
berfirman:
قَبۡلُ يَسۡتَفۡتِحُونَ عَلَى ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ
فَلَمَّا جَآءَهُم مَّا عَرَفُواْ ڪَفَرُواْ بِهِۦۚ
فَلَعۡنَةُ ٱللَّهِ عَلَى ٱلۡكَـٰفِرِينَ
[Setelah
datang kepada mereka apa yang mereka sedia mengetahui kebenarannya, mereka
mengingkarinya; maka (dengan yang demikian), laknat Allah menimpa orang-orang
yang kafir ingkar itu.] Surah Al Baqarah 2: 89
Wahai
Ibnu Masud: Barangsiapa yang belajar al-Quran untuk kepentingan dunia dan
perhiasannya, maka Allah mengharamkan ke atasnya syurga.
Wahai
Ibnu Mas'ud: Barangsiapa yang belajar ilmu tetapi tidak melaksanakan apa yang
dipelajarinya, maka Allah akan menghimpunkannya pada hari kiamat sebagai buta.
Barangsiapa yang belajar ilmu kerana riya' dan kemasyhuran, serta
berkehendakkan tujuan duniawi dengannya dan mewakilkan Allah kepada dirinya
sendiri, maka Allah menarik balik keberkatannya dan disempitkan kehidupannya.
Barangsiapa
yang mewakilkan Allah kepada dirinya sendiri, maka dia telah binasa. Dalam hal
ini, Allah Taala berfirman:
فَمَن كَانَ يَرۡجُواْ
لِقَآءَ رَبِّهِۦ فَلۡيَعۡمَلۡ عَمَلاً۬ صَـٰلِحً۬ا وَلَا يُشۡرِكۡ بِعِبَادَةِ
رَبِّهِۦۤ أَحَدَۢا
[Oleh
itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya,
hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan
sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya.] Surah Al Kahf 18: 110
Wahai
Ibnu Mas'ud: Jadikanlah teman dudukmu orang-orang yang taat dan saudara-saudara
kamu orang-orang bertaqwa dan zuhud, kerana Dia swt berfirman di dalam
kitabnya:
ٱلۡأَخِلَّآءُ
يَوۡمَٮِٕذِۭ بَعۡضُهُمۡ لِبَعۡضٍ عَدُوٌّ إِلَّا ٱلۡمُتَّقِينَ
“Pada
hari itu sahabat-sahabat karib: Setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya
yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa.” Surah
Az Zukhruf 43: 67
Wahai
Ibnu Mas'ud, aku tahu bahawa mereka melihat kebaikan sebagai kemungkaran, dan
kemungkaran sebagai kebaikan, maka pada yang demikian itu, Allah telah mengecop
hati-hati mereka dan tidak menjadikan mereka saksi kepada kebenaran mahupun
penegak keadilan, Allah Taala berfirman:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ
ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّٲمِينَ بِٱلۡقِسۡطِ شُہَدَآءَ لِلَّهِ وَلَوۡ عَلَىٰٓ
أَنفُسِكُمۡ أَوِ ٱلۡوَٲلِدَيۡنِ وَٱلۡأَقۡرَبِينَۚ
“Wahai
orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa
menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana
Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat
kamu.” Surah An-Nisa 4: 135
Wahai
Ibnu Mas'ud: Mereka mendakwa lebih utama terhadap keturunan dan harta benda
mereka .......). lzaam
An-Naaseb, jilid 2, muka surat 131-132.
Beginilah keadaan para ulama pasif berdasarkan sabda
Rasulullah SAW, kerana mereka mendakwa diri mereka adalah orang Islam dan
Syiah, tetapi dalam masa yang sama, mereka mengiktiraf penyingkiran Ali dan
menzalimi Ali. Maka, laknat Allah ke atas setiap orang yang sesat lagi
menyesatkan, yang melantik dirinya sebagai imam bagi manusia serta berhala dan
tuhan yang disembah selain Allah.
Amat mustahak bagi manusia keseluruhannya menjauhkan diri
mereka daripada mengikuti para ulama pasif, kerana mereka mengiktiraf ketuanan
manusia, pilihan raya dan demokrasi yang dibawa oleh Amerika (Dajjal Akbar).
Hendaklah umat manusia mengakui ketuanan Allah dan mengikut Imam Mahdi AS jika
tidak, apakah yang akan mereka katakan kepada nabi-nabi dan imam-imam mereka?
Ianya bukan rahsia lagi bahawa semua agama samawi mengiktiraf ketuhanan Allah
dan menolak ketuanan manusia. Tiada lagi alasan buat sesiapa pun untuk
mengikuti para ulama setelah mereka bertentangan dengan Al-Quran, Rasulullah
dan Ahlulbait AS, serta menyelewengkan syariat Allah swt.
Mereka adalah fuqaha akhir zaman yang menentang Imam Mahdi.
Apakah masih ada alasan untuk mana-mana pengikut mereka, setelah mereka
mengikuti jejak Iblis (laknat Allah ke atasnya) dan mengiktiraf ketuanan
manusia?!!
Malah semua agama samawi mengiktiraf ketuanan Allah.
Orang-orang Yahudi menantikan Ilya, orang-orang Kristian menantikan Isa
dan umat Islam menantikan Imam Mahdi Adakah orang-orang Yahudi akan berkata
kepada Ilya: Pulanglah! kami mempunyai pilihan raya dan demokrasi, ianya adalah
lebih baik daripada pelantikan Allah?! Penganut Kristian pula akan berkata
kepada Isa: Wahai, kamu yang menunggang keldai, memakai pakaian bulu, makan
sedikit dan zuhud pada dunia, pulanglah! Kami telah memilih ketua-ketua dan
sedang puas menikmati kehidupan berpanjangan, menerima halal dan haramnya,
ianya bersesuaian dengan nafsu dan keinginan kami?!
Adakah umat Islam terutamanya Shiah akan berkata kepada Imam
Mahdi: Pulanglah! wahai anak Fatimah, kami telah mendapat penyelesaian terbaik
dari fuqaha kami iaitu demokrasi dan pilihan raya?! Selain itu, adakah
pentaklid para fuqaha akhir zaman akan berkata kepada Imam Mahdi: Fuqaha kami
telah menjelaskan bahawa kebenaran itu adalah melalui Shura, Saqifah dan
pilihan raya?!
Adakah akhirnya mereka akan berkata: Sesungguhnya
orang-orang di Saqifah adalah benar dan Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib
adalah seorang yang fanatik?! Atau, apakah yang akan mereka katakan dan
bagaimana mereka akan menyelesaikan percanggahan ini yang mereka sendiri berada
di dalamnya?!
Saya tidak berkata kepada para fuqaha melainkan menurut
pendapat yang lazim terhadap mereka, jika saya tidak menganggap mereka sebagai
fuqaha menurut apa yang dikatakan oleh orang kebanyakan Iraq iaitu: (ِDia
adalah agama dan bukan tanah lumpur), manakala kalian pula menyamakannya
sebagai tanah lumpur dengan tanah lumpur.
Kami Syiah, menentang Umar Ibn al-Khattab kerana beliau
telah menganjurkan shura dan pilihan raya. Manakala kalian pula, wahai fuqaha
akhir zaman mengakui Shura dan pilihan raya. Ianya sudah menjadi terbalik?!
Walaupun demikian, Taurat dan Injil yang wujud kini,
kedua-duanya mengakui Ketuanan Allah di atas muka bumiNya dan bukannya ketuanan
manusia. Kedua-duanya adalah kitab dari langit yang dianggap sebagai bukti
nyata bagi orang-orang Yahudi dan Kristian. Ahli-ahli teori demokrasi Barat telah bekerja
keras menyangkal ayat-ayat yang wujud di dalam Taurat, malah sebahagian mereka
cenderung membenarkan penyelewengannya, seperti Spinoza di dalam bukunya
Theologial-Political Treatise, berusaha melupuskan ayat-ayat yang mengesahkan
ketuanan Allah di muka bumiNya dan menolak ketuanan manusia.
Sebelum
||| Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan