Soalan 75:
Taat kepada Ulil Amri dan Bid'ah penyusuan orang dewasa
بسم الله الرحمن الرحيم،
Al-Syed
Ahmad Al-Hassan (as)
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Seorang
sahabat Sunni saya telah mengemukakan beberapa masalah yang mengelirukan
saya, pada ayat:
﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ أَطِيعُواْ اللّهَ وَأَطِيعُواْ
الرَّسُولَ وَأُوْلِي الأَمْرِ مِنكُمْ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ
فَرُدُّوهُ إِلَى اللّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللّهِ
وَالْيَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلاً﴾
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah Allah dan taatlah
Al-Rasul, dan Ulil Amri di kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah
(berselisihan) tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Al-Rasul,
jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian
itu lebih utama dan lebih baik akibatnya. [Al-Nisa’ 4:59]
Mengapa tidak diperintahkan supaya kembali kepada Ulil Amri jika mereka di sini adalah maksumin?
Pengirim:
Syaima’ Hassan Ali
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم، والحمد لله رب العالمين،
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.
1.
Selepas ayat di atas, ayat-ayat dalam
Surah yang sama Allah berfirman:
﴿وَإِذَا جَاءَهُمْ أَمْرٌ مِنَ الْأَمْنِ أَوِ الْخَوْفِ
أَذَاعُوا بِهِ وَلَوْ رَدُّوهُ إِلَى الرَّسُولِ وَإِلَى أُولِي الْأَمْرِ
مِنْهُمْ لَعَلِمَهُ الَّذِينَ يَسْتَنْبِطُونَهُ مِنْهُمْ وَلَوْلا فَضْلُ
اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ لَاتَّبَعْتُمُ الشَّيْطَانَ إِلَّا قَلِيلاً﴾
Dan apabila datang kepada mereka suatu berita tentang
keamanan ataupun ketakutan, mereka lalu menyiarkannya. Dan kalau mereka
menyerahkannya kepada Rasul dan Ulil Amri di antara mereka, tentulah
orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya akan mengetahuinya dari mereka
(Rasul dan Ulil Amri). Kalau tidaklah karena kurnia dan rahmat Allah kepada
kamu, tentulah kamu mengikut syaitan, kecuali sebahagian kecil saja.
Dalam ayat
ini perintah Allah adalah supaya
kembali kepada Ulil Amri (as) dan ini adalah mencukupi bagi orang yang menggunakan pendengaran
dan Dia Maha Menyaksikan .
2.
Kembali kepada Al-Rasul (S) selepasnya adalah kembali kepada mereka (as); kerana
mereka , memperluas dakwah Ilahi jika tidak, ayat ini telah mati:
﴿فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ
فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ
وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلاً﴾
Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) tentang
sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Al-Rasul, jika kamu
benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih
utama dan lebih baik akibatnya. [123]
Dengan kematian
Rasulullah (S) tidak terdapat pemerintah yang memerintah dengan perintah
Allah yang dikembalikan kepadanya apabila ada perbantahan (perselisihan), Maka
itu telah menafikan kembalikanlah ianya kepada Al-Rasul dan kepada Allah SWT.
3. Jauh
Dia, Maha Suci Dia Maha Tinggi Dia
dari menyia-nyiakan hamba-hambaNya, maka mengapa mereka meletakkan kembali
kepadaNya apabila mereka berbantah-bantah
(berselisihan) pada satu masa dan kemudian mereka mengabaikan pada masa lain, dan adakah ini adalah keadilan Ilahi di
mata mereka?!! Jika mereka mengatakan mereka kembali kepada Al-Quran dan
Sunnah Al-Rasul (S) selepas baginda, ia adalah suasana dalam kedegilan dan
keangkuhan. Tidakkah ada sebelum turunnya ayat Quran ini tempat turun dan Sunnah bagi Al-Rasul (S),
mengapa Dia Yang Maha Suci tidak
memerintahkan sesuatu yang mencukupi padanya, pada hal setiap yang peristiwa ada
beritanya, dan setiap yang baru ada hukum daripada Allah diberitahu kepada
Rasulullah dan Ulil Amri keluarga Muhammad (as) para Imam dan Mahdi-mahdi
yang diperintahkan Allah untuk taat kepada mereka? Jika mereka berkata bahawa
selepas Muhammad (S) (wafat) kesempurnaan agama adalah dengan Al-Quran dan Sunnah
Nabi yang ada pada mereka dan sudah tentulah tidak ada sebarang perbantahan (perselisihan)
selepas baginda (S).
|
Maka tidakkah tercatat mereka telah berbantah-bantah (berselisihan) dalam
hukum-hakam sejak beratus-ratus tahun yang lalu, yang ini halal dan yang itu
haram dalam perkara yang sama, bahkan imam-imam mereka mengkafirkan antara satu
sama lain dalam masalah Al-Quran adalah makhluk yang sangat terkenal
itu. Tetapi saya mahu memperkenalkan bencana hari ini yang mereka perselisihkan,
Ia adalah malapetaka membenarkan penyusuan orang dewasa yang direka
Aisyah pada Rasulullah (S) bahawa baginda telah membolehkannya. Jauh baginda (Shalawatu
Allah 3alaihi wa 3la Aalih) dari kerusakan ini yang direka oleh Aisyah
binti Abu Bakr, walaupun dia tidak mengamalkannya melainkan telah diamalkan
olehHafsah binti Umar. tidak menghalangnya ketika Allah menyamakan mereka
berdua, seperti isteri Nuh (as) dan Luth (as), dan perumpamaan ini tidak
menambah apa-apa pada mereka berdua melainkan kedurhakaan
﴿ضَرَبَ اللَّهُ مَثَلاً لِلَّذِينَ كَفَرُوا
امْرَأَتَ نُوحٍ وَامْرَأَتَ لُوطٍ كَانَتَا تَحْتَ عَبْدَيْنِ مِنْ عِبَادِنَا
صَالِحَيْنِ فَخَانَتَاهُمَا فَلَمْ يُغْنِيَا عَنْهُمَا مِنَ اللَّهِ شَيْئاً
وَقِيلَ ادْخُلا النَّارَ مَعَ الدَّاخِلِينَ﴾
Allah membuat
isteri Nuh dan isteri Luth sebagai perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya
berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang saleh di antara hamba-hamba
Kami; lalu kedua isteri itu berkhianat kepada suaminya (masing-masing), maka
suaminya itu tiada dapat membantu mereka sedikitpun dari (siksa) Allah; dan
dikatakan (kepada keduanya): "Masuklah ke dalam neraka bersama orang-orang
yang masuk." [124].
Bencana yang besar ini mereka mendapat pelajaran dari hadits yang sahih dan
yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.
Berikut
adalah teks malapetaka ini, ketua bahagian hadits di Universiti Al-Azhar mengeluarkan
fatwa membenarkan penyusuan orang
dewasa:
(Di mana Dr. Ezzat Athiyah, ketua bahagian hadits Fakulti
Usuluddin, Universiti Al-Azhar mengeluarkan fatwa: Adalah dibenarkan bagi
wanita yang berkerja untuk menyusukan rakan sekerjanya semasa kerja, ia
adalah untuk menghalang pertemuan
khusus di tempat rahasia yang diharamkan, jika mereka berdua berada di dalam bilik
tertutup tidak boleh sesiapa membuka pintunya kecuali oleh salah seorang
daripada mereka).
|
(Athiyah mengesahkan dalam «arab.net»
bahawa penyusuan orang dewasa adalah lima kali susuan, yang dibolehkan bersendirian
dan tidak haram untuk berkahwin, dan wanita di tempat kerja boleh menanggalkan
hijab atau mendedahkan rambutnya di hadapan yang disusukannya, Persijilan (dokumentasi)
penyusuan ini dituntut secara bertulis dan secara rasmi dan ditulis dalam
kontrak (ikatan) bahawa Fulanah yang menyusukan Si-Fulan.
Dan dalam
kenyataannya pada «arab.net» Ahli
Majlis Khalaf Allah berkata: Kesilapan dalam perkara ini tidak ditangani secara
ilmiah atau secara akademik, jika ia
berlaku akan membawa kepada masalah perselisihan pendapat. Tetapi ia akan dibesar-besarkan dengan cara
sinis, seolah-olah terdapat orang-orang yang suka menyebarkan kejahatan.
Walau bagaimanapun,Al-Syeikh
Al-Syed Askar, bekas wakil Kajian Akademi Islam, dan ia adalah Badan Perundangan
tertinggi di Al-Azhar, dan wakil Ikhwan Muslimin di Parlimen, menolak
pandangan ini, beliau menekankan bahawa ia keluar dari ijmak ulamak ummah dan
tidak dibenarkan qias dalam hal-hak khusus, dan menuntut agar ianya
ditangani; sebab ia menyumbang kepada penyebaran sifat buruk di kalangan umat Islam.
Dr. Ezzat
Athiyah, menjelaskan dalam akhbar «Al-Wathaniy Al-Yaum» bercakap atas
nama parti pemerintah, yang menguasai ahli-ahli parlimen: bahawa penyusuan
orang dewasa «meletakkan penyelesaian kepada masalah khalwat; kerana
perlindungan gejala Maqasid (perundangan) adalah asal bagi syari3ah,
dan dibina di atasnya banyak peruntukan hukum. Menuntut untuk mendokumenkan
penyusuan secara bertulis dan secara rasmi, dan ditulis dalam aqad (ikatan)
bahawa Fulanah dan menyusukan Si Fulan disaksikan Allah atas yang demikian
dan kita menjadi saksi-saksinya pula». Beliau kemudian mengulanginya dalam
temu bual dengan Saluran Kebudayaan Nil peringkat seluruh negara.
Tambahnya,
Adalah Al-Sayidah Hafsah, menghantar anak saudaranya Salim bin Abdullah bin Umar
menyusu kepada saudara kepada Al-Sayidah Aisyah sehingga ia bersama (yadkhul)
dengannya, Maka dia telah menyusu tiga kali dan tidak lebih lima kali tidak bersama
(yadkhul) dengan Al-Sayidah Aisyah dan meninggal dunia sebelum berlaku
perkara tersebut).
Ini
adalah sebahagian daripada apa yang dilaporkan dalam media mengenai fatwa ini
dalam bulan (5/2007) dan sesiapa sahaja boleh melihat fatwa dan perdebatan
mengenainya dalam media dan laman web di Internet.
|
Dan saya melihat kepada apa yang dikatakan oleh Al-Syeikh Al-Syed Askar, bekas
wakil Kajian Akademi Islam, (... dan menuntut agar ianya ditangani; sebab ia
menyumbang kepada penyebaran sifat buruk di kalangan
umat Islam), seolah-olah dia tidak memberi perhatian kepada apa yang menyumbang
kepada penyebaran sifat burukdi kalangan
umat Islam, ia telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari yang direka ke
atas Al-Rasul (S) adalah Aisyah, Tetapi dia sangggup mengatakan apa yang Aisyah
binti Abi Bakr dan Hafsah binti Umar lakukan, seperti yang diriwayatkan oleh
Bukhari dan Muslim (ia menyumbang kepada penyebaran sifat buruk di kalangan umat Islam).
Selepas
semua malapetaka ini dan saya menganggapnya sebagai malapetaka, tetapi mereka
menganggapnya masalah khilafiyah (perselisihan pendapat) dan mereka berbantah-bantah
mengenainya, kepada siapa mereka kembali?! Mereka biarkan saudara perempuan Sunni diambil
begitu saja, mungkin ia akan membawa kepada perbalahan kaum. Sekiranya dia
berkata (kembali) kepada Allah dan itu bermakna Al-Quran, kerana tidak ada
seorang nabi di kalangan manusia, tidak ada washi pada Al-Rasul, Ini
bermaksud Sunnah itu atau hadits itu adalah semua yang diriwayatkan dari Bukhari
dan Muslim, Dengan berbuat demikian mereka menyokong
Dr. Ezzat Athiyah, ketua bahagian hadits Fakulti Usuluddin, Universiti
Al-Azhar dalam fatwanya, kerana masyarakat tidak menemuinya dalam Al-Quran yang
mengharamkan penyusuan orang dewasa dan menemuinya di dalam Bukhari dan
Muslim, apa yang membenarkan penyusuan orang dewasa dan mendapati bahawa Aisyah
binti Abi Bakr dan Hafsah binti Umar beramal dengan hadits penyusuan orang
dewasa yang direka-reka itu.[125] .
Ketika mastarakat
berunding dan merujukkannya ke parlimen Mesir untuk menyelesaikan pertikaian
atau tekanan mereka terhadap Athiyah supaya menarik balik fatwa beliau secara
paksa, lalu mereka berharap dipercepatkan fatwa kepada mereka supaya mereka kembali!!!
Saya akan
menunggu jawapan saudara Sunni yang bermasalah seperti yang disebutkan di
atas. Saya berharap anda akan adil dalam jawapan jika anda seorang pencari kebenaran,
dan mengingatkannya dengan kata-kata Rasulullah (S) kepada Abu Zhar.
Abu Zhar Al-Ghifari
berkata: Rasulullah (S) kekasihku telah bersabda kepadaku: (Katakanlah yang benar,
Wahai Abu Zhar telah kukatakan yang benar dan apa yang kekal padaku adalah yang
benar dari teman akrab.).
4. Dari
Buraid Al-3ijli, katamya, aku bertanya kepada Aba Ja’far (as) mengenai firman
Allah AWJ:
|
﴿إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا
الْأَماناتِ إِلى أَهْلِها وَ إِذا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا
بِالْعَدْلِ﴾. قَالَ: (إِيَّانَا عَنَى أَنْ يُؤَدِّيَ الْأَوَّلُ إِلَى
الْإِمَامِ الَّذِي بَعْدَهُ الْكُتُبَ وَالْعِلْمَ وَالسِّلَاحَ. وَإِذا
حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ، الَّذِي فِي
أَيْدِيكُمْ. ثُمَّ قَالَ لِلنَّاسِ: يا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا
اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ، إِيَّانَا عَنَى
خَاصَّةً أَمَرَ جَمِيعَ الْمُؤْمِنِينَ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ بِطَاعَتِنَا،
فَإِنْ خِفْتُمْ تَنَازُعاً فِي أَمْرٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَإِلَى
الرَّسُولِ وَإِلَى أُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ، كَذَا نَزَلَتْ وَكَيْفَ
يَأْمُرُهُمُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ بِطَاعَةِ وُلَاةِ الْأَمْرِ وَيُرَخِّصُ فِي
مُنَازَعَتِهِمْ، إِنَّمَا قِيلَ ذَلِكَ لِلْمَأْمُورِينَ الَّذِينَ قِيلَ لَهُمْ
أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ)
Sesungguhnya Allah
menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh
kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan
adil.[4:58]
Beliau berkata: (Ianya
kepada kami maknanya supaya menyampaikan yang pertamanya kepada imam selepas Kitab,
ilmu dan senjata. apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu
menetapkan dengan adil, yang ada di tangan kamu dan kemudian Dia berfirman
kepada manusia: Wahai orang-orang yang beriman, taatlah Allah dan taatlah Al-Rasul,
dan Ulil Amri di kalangan kamu. Ianya kepada kami maknanya khusus diperintahkan
kepada semua orang-orang yang beriman hingga hari qiamat dengan mentaati kami.
Kemudian jika kamu
takut berbantah-bantah (berselisihan) tentang perintah itu, maka kembalikanlah
ia kepada Allah dan Al-Rasul dan kepada Ulil Amri di kalangan kamu, begitulah diturunkan dan bagaimana Allah AWJ memerintahkan
mereka taat kepada penguasa perkara itu dan diberi kuasa dalam pertikaian (perselisihan)
mereka, sesungguhnya dikatakan demikian kepada mereka yang telah diperintahkan orang-orang
yang dikatakan kepada mereka taatlah Allah dan taatlah Al-Rasul, dan Ulil Amri
di kalangan kamu. [126]
Dalam riwayat ini diterangkan
sebab turun ayat tersebut dari Allah SWT.
✡✡✡✡✡
-------------------------
[122] – Al-Nisa’
4:83.
[123] - Al-Nisa’:
dari ayat 59.
[124] – Al-Tahrim
66: 10.
[125] – Bid’ah
ini dijawab secara terperinci dalam Kirab "Bid'ah Radhdha3 Al-KabIr...[Bid'ah
penyusuan orang dewasa]". Salah sebuah kitab terbitan ansar
Imam Mahdi (as), sesiapa yang ingin lebih terperinci lagi, dia harus mengkaji
kitab ini. (pengulas).
[126] – Al-Kafi:
J 1 hal 276.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan