Soalan
111: Peraturan Penentu Rasul, washi, Hujah dan Khalifah Allah
بسم الله الرحمن الرحيم،
Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as)
، السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Saya mempunyai seorang kawan Sunni yang telah bertanya kepada saya beberapa masalah yang telah menimbulkan kebimbangan saya: iaitu
Jika Al-Qaim
(as) ditentukan bahawa dia adalah anak kesembilan Al-Hussein mengapa
sesetengah mereka yang rapat dengan Syiah berpendapat bahawa ia adalah Imam Al-Kadzim
(as), dan jika ada senarai khusus ditentukan oleh Rasulullah dan Al-Zahra’ nama-nama para imam, mengapa ada kekacauan di kalangan Syiah selepas
kematian setiap Imam, sehingga Zararah bin A3yan meninggal dunia dan tidak beriman
dengan imanah Imam Al-Kadzim (as)?
Pengirim:
Syaima’ Hassan Ali
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم،
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل
محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.
Sebelum menjawabnya
mestilah diketahui bahawa Zararah bin A3yan sedang sakit hendak mati sebelum
(Syahadah) Syahidnya Imam Al-Shadiq (as), dan lama kemudian selepas hari-hari Al-Shadiq (as)
cukup dua bulan dia kemudian meninggal dunia akibat sakitnya, dan mati
sebagai seorang yang beriman dalam wilayah Ahl Al-Bait (as) tidak mengkafiri
Imam Al-Kadzim (as) [218].
Adapun
manusia akan ingkar (kufur) kepada para nabi dan para washi, walaupun disebut
oleh orang-orang yang mendahului mereka. Dia pula bukanlah salah seorang yang
layak yang boleh mendakwa syiah rapat dengan para imam (as), bahkan pada keadaan
ini, banyak anak-anak Adam telah mengikut Iblis (laknahu Allah) dengan
menyombongkan diri pada hujah Allah dan khalifahNya SWT:
﴿وَلَقَدْ خَلَقْنَاكُمْ ثُمَّ صَوَّرْنَاكُمْ ثُمَّ قُلْنَا
لِلْمَلائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ لَمْ يَكُنْ مِنَ
السَّاجِدِينَ﴾
Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu (Adam), lalu
Kami bentuk tubuhmu, kemudian Kami katakan kepada para malaikat:
"Bersujudlah kamu kepada Adam", maka merekapun bersujud kecuali
iblis. Dia tidak termasuk mereka yang bersujud.[219].
Tidakkah
Muhammad (S) disebut di dalam Taurat dan Injil dengan nama dan sifat-sifatnya,
bahkan orang Yahudi mengasaskan Madinah Al-Mubarakah untuk menunggu baginda,
dan mereka tahu ia adalah tempat hijrah baginda, namun begitu kekufuran orang-orang
Yahudi dan Nasrani lebih besar lagi melainkan sebahagian kecil yang memenuhi
janji Allah. Bukankah Isa (as) disebut
di dalam Taurat dengan nama dan sifat-sifatnya? Namun kekufuran orang-orang
Yahudi lebih besar lagi. Persoalan kufur kepada para nabi dan para washi (as)
adalah slogan (lambang) yang dibawa ulama yang tidak beramal pada setiap zaman,
dan para pengikut mereka menyembah mereka, orang-orang yang menolak untuk
menjadikan mereka bebas,
Saya
nasihatkan anda untuk membaca wasiat Rasulullah (S) dan ada berpuluh-puluh riwayat
yang menunjukkan ada dua belas Mahdi-mahdi dan yang pertama daripada mereka
disebut namanya dan sifat-sifatnya,
mengapa ulama akhir zaman kufur dengannya? Maka hujjah-hujjah ulama yang
tidak beramal hari ini adakah anda mempercayainya dengan keengganan Ali bin
Hamzah Al-Bathaini apabila beliau menafikan akan imamah Imam Al-Redha (as) mendakwa berdiri (terjenti)
pada Imam Musa bin Jafar (as), dan ia adalah Al-Qaim, dan ini adalah tuntutan-tuntutan kesan dari vintakan dunia
dan cintakan kepada jawatan ketua palsu Ali bin Hamzah Al-Bathaini dan pengikutnya.
Maka ada
banyak riwayat dari Nabi (S) yang diriwayatkan dalam sumber Al-Sunnah,
termasuk hadits Al-Ghadir, yang mana Rasulullah memerintahkan umat Islam
memberikan bai'ah kepada Ali (as), Abu Bakr dan Umar telah memberikan
bai'ahnya, begitu juga dengan hadits wasiat dan hadits-hadits pujian baginda (S) kepada Syiah
Ali (as), Bagaimanapun Al-Sunnah tidak beriman bahawa Ali (as) adalah washi
Rasulullah (S) dan Khalifah Allah SWT selepas Rasulullah (S), dan mereka
mentakwilkan bahawa Al-Maula (Penguasa) adalah Al-Nashir (Penolong) tidak
yang lain, dan mereka Syiah adalah orang-orang
yang dipuji , dan wasiat dikhaskan mengenai warisan dan hutang naginda (S)
tidak yang lain ...., dan mentakwilkan
hadits:
إنّ علياً (ع) من رسول الله (ص) كهارون (ع) من
موسى (ع)
Sesungguhya
Ali (as) sebahagian dari Rasulullah (S) seperti Harun (as) sebahagian dari Musa (as) ... dan mentakwilkan ..., dan mentakwilkan.
Maka
mereka mengesahkan apa yang diriwayatkan dari Rasulullah (S): (Bahawa Fatimah
(as) penghulu wanita sekalian alam) dan kemudian mereka tidak merasa penting
dalam membetulkan kerja-kerja (amalan) Umar dan sekumpulan orang-orang
munafik dalam serangan ke atas rumah Fatimah (as), Mereka bahkan berbangga
dengan syair-syair mereka tentang apa yang Umar lakukan terhadap serangannya
ke atas rumah Fatimah (as), belajan jiwa Muhammad (S), dan Berikut ini adalah
bait-bait syair oleh Hafidz Ibrahim yang terkenal sebagai Penyair Nil:
|
وقولـه
لعلـي قالـها عـمر أكرم بسامعها أعظم بملقيـها
حرقتُ دارك لا أبقي عليك بـها إن لـم تبايع و بنت المصطفى فيها
ما كان غير أبي حفص يفوه بـها أمام فـارس عدنـان وحامـيها
حرقتُ دارك لا أبقي عليك بـها إن لـم تبايع و بنت المصطفى فيها
ما كان غير أبي حفص يفوه بـها أمام فـارس عدنـان وحامـيها
Dan berkata kepada Ali, kata Umar lebih mulia yang
mendengarnya lebih besar yang memuinya
Ku bakar rumahmu hingga tiada yang tinggal padamu
dengannya, jika engkau tidak membai’ah sedangkan anak Al-Mustafa di dalamnya
|
Apa yang dikatakan
Abi Hafsh adalah di hadapan Faris Adnan dan penyokongnya
Dan aku
berkata kepada Hafidz Ibrahim benarlah kamu dalam hal ini, Tidak ada yang
berani membakar rumah Fatimah (as); kerana ia adalah anak Muhammad (S), kecuali
Umar Abu Hafsah, dan disahkan Hafidz Ibrahim apabila dia menyatakan Umar dalam
hatimu:
Engkau telah dijangkiti
rasa benci memusuhinya, namun engkau ikat padanya dengan nikmat Allah menjadi perisai
terhadap musuh-musuhnya
Engkau benar dalam hal ini, Umar adalah musuh
dari musuh-musuh Rasulullah (S), tetapi bilakah Umar menjadi perisai terhadap
musuh-musuh baginda? Adakah apabila dia melarikan diri di Uhud dan dia
berteriak kepada tentera Islam dan membiarkan mereka untuk membantu Rasulullah,
dan dia meninggalkan Rasulullah (S) dan Ali (S) di medan perang? Atau ketika
dia kembali dari pembukaan Khaibar kerana takut kepada orang-orang Yahudi
ketika dia menghina sahabat-sahabatnya? Atau adakah anda melihat dia menjadi
perisai terhadap musuh-musuh baginda ketika menyerang rumah Fatimah anak
perempuan Muhammad (S) dan ketika Fatimah berada di belakang pintu yang mencederakannya
lalu gugur bayi kandungannya, dan dia mahu membakar rumahnya?? Kita tidak pernah
mendengar bahawa Umar seorang satria terbilang atau membunuh dengan berani
kafir Quraisy dan yang lain, tetapi kita dengar dan kita sedar bahawa Umar menyebabkan
terbunuhnya Fatimah anak perempuan Muhammad (S) dan kandungannya Al-Muhsin (as),
sedangkan Allah SWT berfirman:
adakah diterima akal yang menyelamatkan
dirinya dengan api. Saya tidak mengatakannya, tetapi Rasulullah (S) bersaba: (orang
yang terjerumus dalam dosa melemparkan hujahnya sehingga fitnahnya dilemparkan ke
dalam api neraka).
|
Jika orang-orang yang mempunyai masalah
mencari kebenaran, peraturan untuk mengenal Al-Hujah ini ada di dalam Al-Quran
Al-Karim, dan nashnya ini dijelaskan dan ditulis dalam kitab (Idhaat
Min Da3watu Mursalin J 3 Q II) Pencerahan Dakwah Para Rasul (as) Juzuk
3
Bahagian II, buku ini telah diterbitkan dan anda
boleh membacanya.
Pencerahan
﴿ثُمَّ
بَدَا لَهُمْ مِنْ بَعْدِ مَا رَأَوُا الْآياتِ لَيَسْجُنُنَّهُ حَتَّى حِينٍ﴾
|
Kemudian timbul pikiran pada mereka setelah
melihat tanda-tanda (kebenaran Yusuf) bahawa mereka harus memenjarakannya
sampai sesuatu waktu.[221].
﴿وَلَقَدْ
جَاءَكُمْ يُوسُفُ مِنْ قَبْلُ بِالْبَيِّنَاتِ فَمَا زِلْتُمْ فِي شَكٍّ مِمَّا
جَاءَكُمْ بِهِ حَتَّى إِذَا هَلَكَ قُلْتُمْ لَنْ يَبْعَثَ اللَّهُ مِنْ
بَعْدِهِ رَسُولاً كَذَلِكَ يُضِلُّ اللَّهُ مَنْ هُوَ مُسْرِفٌ مُرْتَابٌ﴾
|
Dan sesungguhnya telah datang Yusuf
kepadamu dengan membawa keterangan-keterangan, tetapi kamu senantiasa dalam
keraguan tentang apa yang dibawanya kepadamu, hingga ketika dia meninggal, kamu
berkata: "Allah tidak akan mengirim seorang (rasulpun) sesudahnya.
Demikianlah Allah menyesatkan orang-orang yang melampaui batas dan ragu-ragu.[222].
Tanda-tanda (mukjizat) yang mengiringi
Yusuf (as) dengan izin Allah bukanlah tongkat yang menjadi ular dan tangannya
tidak memancar cahaya dan tidak dapat membelah laut, Tetapi ia adalah pakaian
(baju) yang menunjukkan kebenaran Yusuf (as) dan ia merupakan taufik dan penyelesaian
ilahi bagi perjalanan Yusuf (as), Siapakah mereka dan berapa ramai yang melihat
baju yang koyak, bahkan terkoyak pada baju itu sebagai tanda (mukjizat)? Dan di
manakah mereka yang melihat taufik dan penyelesaian Allah kepada Yusuf (as)
untuk mengetahui bahawa dia diutus oleh Allah Yang Maha Suci?
Tanda-tanda (mukjizat) itu mengiringi Yusuf
dan yang melihatnya adalah orang-orang yang mengiringi perjalanan Yusuf (as),
tetapi mereka tidak melihat sebagai tanda-tanda (mukjizat), dan mereka telah
memutuskan bahawa
﴿مِنْ
بَعْدِ مَا رَأَوُا الْآياتِ لَيَسْجُنُنَّهُ حَتَّى حِينٍ﴾
|
setelah melihat tanda-tanda (kebenaran
Yusuf) bahawa mereka harus memenjarakannya sampai sesuatu waktu.
Dari Abi Ja’far (as): pada firmanNya: [Kemudian
timbul fikiran pada mereka setelah melihat tanda-tanda (kebenaran Yusuf) bahawa
mereka harus memenjarakannya sampai sesuatu waktu,]
Tanda-tanda (mukjizat) tentang kesaksian
anak muda dan baju yang terkoyak dari belakang dan kedua-duanya berkejaran dari
pintu sehingga didengar dia menariknya di pintu, Dan apabila dia mengambilnya,
dIa masih lagi menekan suaminya sehingga masa penahanannya,
﴿وَدَخَلَ
مَعَهُ السِّجْنَ فَتَيانِ﴾
Dan bersama dengan dia masuk pula ke dalam
penjara dua orang pemuda
Dia berkata: Dua orang hamba kepada raja
itu salah seorang dari mereka tukang roti, seorang lagi pembuat minuman, dan
yang berdusta tidak melihat mimpi adalah seorang tukang roti. [223].
Tanda-tanda (mukjizat) tidak semua
mengiringi dakwah dan perjalanan Yusuf (as), tetapi apa yang didatangkan kepada
semua nabi yang diutus (as) sebagai bukti dakwah Ilahiyah yang bertanggung
jawab seperti yang dibawa oleh Yusuf (as), dia (as)) tidak terkecuali dari para
rasul dan jalan mereka satu iaitu untuk menunjukkan risalah mereka,
﴿قُلْ
مَا كُنْتُ بِدْعاً مِنَ الرُّسُلِ﴾
Katakanlah: "Aku bukanlah rasul yang
pertama di antara rasul-rasul [224],
jalan mereka jelas (wasiat atau nash, ilmu
dan hikmah, panji-panji bai3atu Lillah (ikrar taat setia milik Allah) atau
Kerajaan Allah atau Hakimiyah Allah),
ketiga-tiga tanda keterangan itu dibawa
oleh Yusuf (as).
﴿وَلَقَدْ جَاءَكُمْ يُوسُفُ مِنْ قَبْلُ
بِالْبَيِّنَاتِ﴾
Dan sesungguhnya telah datang Yusuf
kepadamu dengan membawa keterangan-keterangan, .
Sebelum kita tahu bagaimana, bila dan di
mana Yusuf (as) datang, kita perlu tahu apakah ketiga-tiga perkara ini mewakili
garis panduan dakwah Ilahiyah secara umum.
Allah berfirman
﴿أَلَمْ تَرَوْا أَنَّ اللَّهَ سَخَّرَ
لَكُمْ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَأَسْبَغَ عَلَيْكُمْ نِعَمَهُ
ظَاهِرَةً وَبَاطِنَةً وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يُجَادِلُ فِي اللَّهِ بِغَيْرِ
عِلْمٍ وَلا هُدىً وَلا كِتَابٍ مُنِيرٍ * وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ اتَّبِعُوا مَا
أَنْزَلَ اللَّهُ قَالُوا بَلْ نَتَّبِعُ مَا وَجَدْنَا عَلَيْهِ آبَاءَنَا
أَوَلَوْ كَانَ الشَّيْطَانُ يَدْعُوهُمْ إِلَى عَذَابِ السَّعِيرِ * وَمَنْ
يُسْلِمْ وَجْهَهُ إِلَى اللَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ
بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى وَإِلَى اللَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ﴾
Tidakkah kamu perhatikan sesungguhnya Allah
telah menundukkan untukmu apa yang di langit dan apa yang di bumi dan
menyempurnakan untukmu nikmat-Nya lahir dan batin. Dan di antara manusia ada
yang membantah Allah tanpa ilmu pengetahuan atau petunjuk dan tanpa Kitab yang
memberi penerangan.* Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Ikutilah apa
yang diturunkan Allah". Mereka menjawab: "(Tidak), tapi kami (hanya)
mengikuti apa yang kami dapati bapak-bapak kami mengerjakannya". Dan
apakah mereka walaupun syaitan itu menyeru mereka ke dalam siksa api yang
menyala-nyala (neraka)? * Dan barangsiapa yang menyerahkan dirinya kepada
Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya ia telah
berpegang kepada simpulan tali yang kokoh. Dan hanya kepada Allah-lah kesudahan
segala urusan. [225].
Dakwah kebenaran tidak mungkin hanya bersendirian,
tanpa wujudnya seruan kebatilan yang menentangnya, sejak hari pertama nabi
telah mewasiatkan kepada mereka siapa selepas baginda dengan perintah Allah
SWT, kita dapati ada dakwaan yang batil yang menentang dakwah kebenaran, Adam
(as) yang pertama yang diutus dari nabi-nabi Allah, yang mewasiatkan kepada
Habil (as), tetapi Qabil menentang dakwah kebenaran dan menuntut hak Khilafah,
sehinggalah qurban sebagai ukuran yang menentukan siapa washi Adam (as) dan
qurban Qabil tidak diterima seperti mana qurban yang ditunjukkan Habil washi
Adam, Qabil telah mengemukakan ancaman kepada Habil sebagai washi dan kemudian
membunuhnya tanpa teragak-agak atau takut kepada Allah SWT:
﴿وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ابْنَيْ آدَمَ
بِالْحَقِّ إِذْ قَرَّبَا قُرْبَاناً فَتُقُبِّلَ مِنْ أَحَدِهِمَا وَلَمْ
يُتَقَبَّلْ مِنَ الْآخَرِ قَالَ لَأَقْتُلَنَّكَ قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ
اللَّهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ * لَئِنْ بَسَطْتَ إِلَيَّ يَدَكَ لِتَقْتُلَنِي مَا
أَنَا بِبَاسِطٍ يَدِيَ إِلَيْكَ لِأَقْتُلَكَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ رَبَّ
الْعَالَمِينَ * إِنِّي أُرِيدُ أَنْ تَبُوءَ بإِثْمِي وَإِثْمِكَ فَتَكُونَ مِنْ
أَصْحَابِ النَّارِ وَذَلِكَ جَزَاءُ الظَّالِمِينَ * فَطَوَّعَتْ لَهُ نَفْسُهُ
قَتْلَ أَخِيهِ فَقَتَلَهُ فَأَصْبَحَ مِنَ الْخَاسِرِينَ﴾
Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua putera
Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan
korban, maka diterima dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak
diterima dari yang lain (Qabil). Ia berkata (Qabil): "Aku pasti
membunuhmu!". Berkata Habil: "Sesungguhnya Allah hanya menerima
(korban) dari orang-orang yang bertakwa". * "Sungguh kalau kamu
menggerakkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku sekali-kali tidak akan
menggerakkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Sesungguhnya aku takut kepada
Allah, Tuhan seru sekalian alam". * "Sesungguhnya aku ingin agar kamu
kembali dengan (membawa) dosa (membunuh)ku dan dosamu sendiri, maka kamu akan
menjadi penghuni neraka, dan yang demikian itulah pembalasan bagi orang-orang
yang zalim". * Maka hawa nafsu Qabil menjadikannya menganggap mudah
membunuh saudaranya, sebab itu dibunuhnyalah, maka jadilah ia seorang di antara
orang-orang yang rugi.[226].
Ini juga berlaku kepada Yusuf (as) kerana
hasad dengki saudara-saudaranya.
Bahkan ia berlaku kepada semua washi-washi
(as), apabila Allah memilih Rasul-rasul-Nya, begitu juga Iblis (laknahu Allah)
memilih dari tenteranya yang menentang dakwah kebenaran.
Allah SWT memilih Habil (as), dan Iblis
(laknahu Allah) memilih Qabil untuk menentang pendakwah Allah, dan Allah
memilih Muhammad (S), dan Iblis memilih Musailamah dan Syajah, Al-Aswad dan
lain-lain untuk menentang pendakwah kebenaran Muhammad (S).
Berikut dihadapkan soalan: Apakah diterima
alasan sesiapa yang meninggalkan dari mengikut Muhammad (S) atas alasan wujud
terlalu banyak halaman dakwah, Dan tidak dapat membezakan yang hak dari yang
batil?!
Sebenarnya, tidak diterima alasan dan
jadilah tempat kembalinya adalah neraka jahanam sama seperti orang-orang yang
mengikuti dakwah atau risalah nubuwah yang dusta dan palsu.
Maka adakah Allah SWT meletakkan peraturan untuk
mengenal pendakwah kebenaran pada setiap zaman dan dia adalah hujah Allah atas
hamba-hambaNya dan Khalifah Allah di bumiNya, mentaatinya adalah mentaati Allah
dan mendurhakainya adalah mendurhakai Allah dan beriman dan menyerah (Islam)
kepadanya adalah beriman dan menyerah kepada Allah dan mengkarinya (kufur) dan
menyeleweng darinya, adalah kufur kepada Allah dan menyeleweng dari Allah.
Atau bahawa Allah telah meninggalkan tali
pergantungan yang lemah (Jauh Dia Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi dari semua
itu), Dia Al-Hakim Mutlak dan mengukur segala sesuatu dengan kadar ukuran
terbaik,
﴿وَكُلُّ شَيْءٍ عِنْدَهُ بِمِقْدَارٍ﴾
Dan segala sesuatu pada sisi-Nya ada
ukurannya. [227],Dan Dia
﴿عَالِمِ الْغَيْبِ لا يَعْزُبُ عَنْهُ
مِثْقَالُ ذَرَّةٍ فِي السَّمَاوَاتِ وَلا فِي الْأَرْضِ وَلا أَصْغَرُ مِنْ
ذَلِكَ وَلا أَكْبَرُ إِلَّا فِي كِتَابٍ مُبِينٍ﴾
Yang Mengetahui yang ghaib, sesungguhnya
kiamat itu pasti akan datang kepadamu. Tidak ada tersembunyi daripada-Nya
sebesar zarrahpun yang ada di langit dan yang ada di bumi dan tidak ada (pula)
yang lebih kecil dari itu dan yang lebih besar, melainkan tersebut dalam Kitab
yang nyata. [228].
Akibatnya adalah bahawa diperlukan Hikmah
Ilahiyah yang meletakkan peraturan untuk mengenal Khalifah Allah di bumiNya
pada setiap zaman, dan peraturan ini perlu diletakkan sejak hari pertama Allah
SWT menjadikan di dalamnya seorang Khalifah di bumiNya. Maka tidak boleh
terjadi peraturan ini adalah secara kebetulan saja dalam salah satu dari
risalah-risalah langit hingga ke hari ini dari hari pertama oleh wujudnya
tanggung jawab sejak hari pertama lagi, setidak-tidaknya ukuran yang meyakinkan
bagi kesemuanya adalah wujudnya Iblis sebagai mukallaf (yang bertanggung jawab)
sejak hari pertama, dan mukallaf (yang bertanggung jawab), perlu akan
peraturan ini dan perlu tahu pemilik hak ketuhanan, jika tidak ia akan
beralasan dari mengikut hak ketuhanan (Al-Haq Al-Ilahiyah) kerana dia tidak
dapat membezakan, dan tidak mempunyai peraturan ilahi untuk mengenal Khalifah
ini dilantik oleh Allah SWT.
Dan ukuran yang meyakinkan bagi kesemuanya
sekitar tarikh hari pertama Allah SWT menjadikan di dalamnya seorang
Khalifah di bumiNya. adalah:
1 - Allah nashkan ke atas Adam, dan
bahawa dia Khalifah di bumiNya dengan kehadiran malaikat (as) dan Iblis.
2 - Setelah Allah menciptakan Adam (as) mengajarkannya
semua nama-nama.
3 - Kemudian Allah memerintahkan sesiapa
yang menyembahNya pada masa itu, malaikat dan Iblis sujud kepada Adam.
Allah Taala berfirman:
﴿وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلائِكَةِ إِنِّي
جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا
وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ
إِنِّي أَعْلَمُ مَا لا تَعْلَمُونَ﴾
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para
Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka
bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah)
di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah,
padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan
Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak
kamu ketahui". [229].
﴿وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا
ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلائِكَةِ فَقَالَ أَنْبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَؤُلاءِ
إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ﴾
Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama
seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman:
"Sebutkanlah kepada-Ku nama-nama itu jika kamu mamang orang-orang yang
benar!" [230].
﴿فَإِذَا
سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِنْ رُوحِي فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ﴾
|
Maka apabila Aku telah menyempurnakan
kejadiannya, dan telah meniupkan kedalamnya ruh (ciptaan)-Ku, maka tunduklah
kamu kepadanya dengan bersujud. [231]
﴿وَإِذْ
قُلْنَا لِلْمَلائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ
مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ
أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلاً﴾
|
Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada
para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali
Iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya.
Patutkah kamu mengambil dia dan turanan-turunannya sebagai pemimpin selain
daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai
pengganti (dari Allah) bagi orang-orang yang zalim.. [232] [233]
Tiga perkara ini adalah peraturan Allah SWT
untuk mengenal Al-Hujah pada umat manusia dan Khalifah Allah di bumiNya,
Keriga-tiga perkara ini adalah peraturan dan sunnah Allah SWT untuk mengenal
KhalifahNta sejak hari pertama lagi, dan sunnah Ilahiyah ini akan berjalan
hingga ke akhir dunia dan bangkitnya Al-Saah (Kiamat).
﴿سُنَّةَ
اللَّهِ فِي الَّذِينَ خَلَوْا مِنْ قَبْلُ وَلَنْ تَجِدَ لِسُنَّةِ اللَّهِ
تَبْدِيلاً﴾
Sebagai sunnah Allah yang berlaku atas
orang-orang yang telah terdahulu sebelum(mu), dan kamu sekali-kali tiada akan
mendapati pada sunnah Allah itu perubahan. [234].
﴿سُنَّةَ اللَّهِ الَّتِي قَدْ خَلَتْ مِنْ
قَبْلُ وَلَنْ تَجِدَ لِسُنَّةِ اللَّهِ تَبْدِيلاً﴾
Sebagai suatu sunnatullah yang telah
berlaku sejak dahulu, kamu sekali-kali tiada akan menemukan perubahan bagi
sunnah Allah itu. [235].
Secara logiknya mana-mana insan yang
memiliki kilang, ladang, kapal atau apa sahaja yang melibatkan pekerja yang
bekerja untuknya. Hendaklah dia menentukan salah seorang daripada
pekerja-pekerjanya untuk menjadi ketua dan dijelaskan namanya agar tidak
berlaku kekacauan. Perlantikan ini juga perlu ditetapkan pada orang yang paling
tahu dan berkelebihan, serta diarahkan semua pekerja agar mentaati ketua
tersebut dalam melaksanakan apa yang diinginkannya.
Kegagalan pemilik untuk berbuat demikian
pasti akan mengakibatkan impiannya hancur musnah kerana ketiga-tiga aspek ini
menggambarkan kebijakan seseorang. Oleh itu, sekiranya kita berkeyakinan bahawa
kesemua aspek ini adalah keperluan bagi manusia yang bergelar pemilik,
bagaimana pula kita mengharuskan salah satu dari tiga aspek ini ditinggalkan
Allah SWT, sedangkan DIA SWT adalah Pemilik dan Penguasa mutlak buat semesta
alam ini?
Jika kita meluaskan lagi peraturan
ilahi ini secara terperinci kita dapati bahawa nash (Peruntukan) Ilahi ke atas
Adam (as) berubah ke dalam bentuk wasiat disebabkan wujudNya khalifah terdahulu
bilamana dinashkan atau diperuntukkan ke atas orang selepasnya dengan perintah
Allah SWT berdasarkan kewajipannya sebagai khalifah Allah di muka bumiNya,
sebagaimana yang difirmankan:
﴿إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا
الْأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا﴾
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya
menyerahkan segala jenis amanah kepada ahliNya. [236]
Tujuan Allah SWT mengajarkan Adam (as)
nama-nama tersebut adalah untuk mengenalkannya akan hakikat sebenar nama-nama
ketuhanan, memperelokkan dia dengannya dan mentajallikanNya pada dirinya
sebelum bergelar khalifah Allah di muka bumiNya. Maka tindakan Adam (as)
menerangkan kepada para Malaikat nama-nama tersebut adalah untuk mengenalkan mereka
akan hakikat sebenar nama-nama ketuhanan, yang mana diciptakan mereka
daripadanya. Oleh itu Allah SWT mengenalkan Adam (as) akan kesemua Nama-nama
ketuhanan bersesuaian dengan kedudukannya sebagai khalifah Allah. Adapun di
kalangan Malaikat tiada satu nama pun yang diketahui melainkan hanya satu atau
beberapa nama yang diciptakan mereka daripadanya. Dengan ilmu dan hikmah ini,
maka terbuktilah hujah Adam (as) sebagai khalifah Allah SWT ke atas para
Malaikat.
Perkara ketiga di dalam peraturan
Ilahi ini ialah perintah Allah SWT kepada para Malaikat dan Iblis supaya sujud
kepada Adam (as). Ini bagi melaksanakan perbuatan yang perlu dilakukan oleh
khalifah Allah selaku individu yang diamanahkan khilafah padanya. Ia juga bagi
melaksanakan peranan yang perlu dimainkan oleh wakil-wakil (Malaikat) Allah SWT
selaku pekerja dan penuntut di sisi khalifah Adam (as).
Sekaligus menetapkan bahawa Ketuanan dan
Kekuasaan Allah SWT di atas muka bumiNya hanya dapat direalisasikan dengan
mentaati khalifah Allah di muka bumiNya. Hal yang sama juga berlaku pada semua
Rasul termasuk Nabi Muhammad (S), di mana mereka (as) membawa panji
yang sama iaitu kepatuhan (Bai’ah) hanya kepada Allah atau Ketuanan dan
Kekuasaan hanya untuk Allah SWT. Kesemua mereka (as) berhadapan dengan tentangan
orang-orang yang ingin mengekalkan kedudukan iaitu Ketuanan Manusia dan
sekaligus menolak Ketuanan dan Kekuasaan Allah SWT,
sehinggakan mereka (as) sentiasa dicurigai disebabkan tuntutan dan
pertentangan ini. Isa (as) dikatakan datang untuk menuntut pemerintahan Bani
Israel, sepertimana yang dituduhkan musyrikin Quraish kepada Nabi Muhammad (S):
“Bukan Syurga dan bukan Neraka tetapi kekuasaan yang diinginkanya” atau
dengan kata lain Muhammad (S) diutuskan untuk menuntut kekuasaan bagi diri dan
keluarganya. Tuduhan yang sama juga dilemparkan kepada Ali (as) sebagai gilakan
takhta kekuasaan.
Sebenarnya para pengikut Isa atau Muhammad
(S) atau Ali (as) mendapati bahawa mereka terdedah kepada dunia dan
perhiasannya, harta atau pangkat, Mereka (as) hanya melaksanakan perintah Allah
SWT supaya menuntut pengembalian Ketuanan dan Kekuasaan Allah SWT, Malah mereka
(as) mengetahui bahawa manusia tidak akan sekali-kali menyerahkan kekuasaan
tersebut kerana akan ditentang dengan cara diperlekeh, dihina, dikeji, cubaan
bunuh dan dipenjarakan. Inilah yang berlaku kepada pengganti Isa (as) yang
diserupakan bilamana dipakaikan mahkota duri dan diperlekehkan sebelum dia
disalib. Hal sedemikian juga berlaku kepada Ali (as) bilamana dipecahkan pintu
rumahnya sehingga menyebabkan remuk tulang rusuk isterinya Fatimah (as), serta
diheret keluar secara paksa sedang pedang-pedang berkilauan di mukanya. Musa bin
Jaafar Al-Kadzim (as) juga dipenjarakan sehingga maut bilamana dia (as)
menetapkan sempadan Fadak sebagai Kekuasaan dan khilafah Allah di muka
bumiNYA. dipenjarakan sehingga mati, Beginilah tanggapan biasa orang-orang
jahil yang sentiasa beranggapan bahawa tuntutan empunya sebenar kekuasaan Allah
SWT sebagai alasan untuk menjatuhkan mereka, sambil meneriakkan di muka empunyanya
bahawa kedatangannya untuk menuntut kekuasaan bagi kepentingan dirinya sendiri.
Hakikat sebenarnya bukan itu yang diinginkan oleh khalifah Allah ini dalam
menuntut kekuasaan dunia, kerana dia sedia maklum bahawa tuntutannya ini akan
menjadi sebab utama kehormatannya dicela dan diperlekehkan serta bakal
ditentang hebat oleh mereka yang jahil ini.
Malahan mereka yang jahil ini akan
menggunakan cara yang biasa digunakan oleh kebanyakan manusia iaitu jalan tipu
daya dan pemalsuan atau pembunuhan dan ancaman ketakutan untuk mengekalkan
kekuasaan mereka. Ini terbukti bilamana Ali (as) menuntut kekuasaan dan berkata
“Aku adalah pemegang wasiat Rasulullah (S) dan aku adalah khalifah Allah
di muka bumiNya”, Namun hakikat sebaliknya yang berlaku iaitu Abu Bakar bin Abi
Quhafah yang mendapat kekuasaan duniawi, yang kemudiannya berkata
“perbetulkanlah aku kerana aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu”.
Dalam situasi ini, Adakah Ali (as) yang
tamakkan dunia atau Abu Bakar yang zuhud akan kekuasaan dunia? Sedangkan Abu
Bakarlah yang mengingkari hak Ali (as) sebagai khalifah Allah dan mengingkari
wasiat Rasulullah (S) kerana berkehendakkan kekuasaan dunia? Bagaimakah mereka
menentukannya???
Secara khususnya wasiat didatangkan
bersama-sama dengan pemegang-pemegang wasiat (Aushiak) (as) sebagai menguatkan
tuntutan mereka (as) di masa yang paling sukar. Sebagai contoh Al-Hussain (as)
dalam peristiwa karbala berkata kepada mereka yang memeranginya: ”Carilah di
muka bumi ini orang yang paling hampir dengan Muhammad (S) nescaya kamu
tidak akan menjumpaiNya selain aku”
(أنا سبط محمد الوحيد على هذه الأرض)
(Aku satu-satunya cucu Muhammad di bumi
ini)
seterusnya Al-Hussain (as) menguatkan
tuntutannya dengan wasiat dan nash Ilahi:
﴿ذُرِّيَّةً بَعْضُهَا مِنْ بَعْضٍ وَاللَّهُ
سَمِيعٌ عَلِيمٌ﴾
“Satu keturunan (zuriat) yang setengahnya
berasal dari setengahnya yang lain dan (ingatlah), Allah sentiasa Mendengar,
lagi sentiasa Mengetahui” [237].
Mereka yang memahami ayat ini akan cepat
mengetahui bahawa Al-Hussain (as) hendak memberitahu tentang wasiat yang
ada berserta dengannya (as) kerana dia (as) adalah satu-satunya zuriat yang
diamanahkan khilafah dan masih hidup.
Kini kita kembali kepada Yusuf kita dapati:
1- Wasiat:
Pada kata-kata Ya'qub (as) kepada Yusuf
(as)
﴿وَكَذَلِكَ يَجْتَبِيكَ رَبُّكَ
وَيُعَلِّمُكَ مِنْ تَأْوِيلِ الْأَحَادِيثِ وَيُتِمُّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكَ
وَعَلَى آلِ يَعْقُوبَ كَمَا أَتَمَّهَا عَلَى أَبَوَيْكَ مِنْ قَبْلُ
إِبْرَاهِيمَ وَإِسْحَاقَ إِنَّ رَبَّكَ عَلِيمٌ حَكِيمٌ﴾
Dan demikianlah Tuhanmu, memilih kamu dan
diajarkan-Nya kepadamu sebahagian dari ta'bir mimpi-mimpi dan disempurnakan-Nya
nikmat-Nya kepadamu dan kepada keluarga Ya'qub, sebagaimana Dia telah
menyempurnakan nikmat-Nya kepada dua orang bapakmu sebelum itu, Ibrahim dan Ishak.
Sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. [248].
Maka Ya'qub menerangkan bahawa Yusuf (as)
pemegang wasiatnya (washinya) dan lanjutan daripada dakwah Ibrahim (as) dan ia
sangat jelas.
Pada kata-kata Yusuf (as)
﴿وَاتَّبَعْتُ مِلَّةَ آبَائي إِبْرَاهِيمَ
وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ مَا كَانَ لَنَا أَنْ نُشْرِكَ بِاللَّهِ مِنْ شَيْءٍ
ذَلِكَ مِنْ فَضْلِ اللَّهِ عَلَيْنَا وَعَلَى النَّاسِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ
النَّاسِ لا يَشْكُرُونَ﴾
Dan aku pengikut agama bapa-bapaku Ibrahim,
Ishak dan Ya'qub. Tiadalah patut bagi kami mempersekutukan sesuatu apapun
dengan Allah. Yang demikian itu adalah dari kurnia Allah kepada kami dan kepada
manusia (seluruhnya); tetapi kebanyakan manusia tidak mensyukuri (Nya). [239],
Yusuf, (as) mengesahkan hubungan beliau kepada
para nabi dan yang merupakan Barisan Semulajadi untuk meneruskan dakwah mereka.
2- Ilmu:
Pada FirmanNya:
﴿قَالَ لا يَأْتِيكُمَا طَعَامٌ
تُرْزَقَانِهِ إِلَّا نَبَّأْتُكُمَا بِتَأْوِيلِهِ قَبْلَ أَنْ يَأْتِيَكُمَا
ذَلِكُمَا مِمَّا عَلَّمَنِي رَبِّي إِنِّي تَرَكْتُ مِلَّةَ قَوْمٍ لا
يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَهُمْ بِالْآخِرَةِ هُمْ كَافِرُونَ﴾
Yusuf berkata: "Tidak disampaikan
kepada kamu berdua makanan yang akan diberikan kepadamu melainkan aku telah
dapat menerangkan jenis makanan itu, sebelum makanan itu sampai kepadamu. Yang
demikian itu adalah sebagian dari apa yang diajarkan kepadaku oleh Tuhanku.
Sesungguhnya aku telah meninggalkan agama orang-orang yang tidak beriman kepada
Allah, sedang mereka ingkar kepada hari akhirat. [240].
Pada FirmanNya:
﴿.. تَزْرَعُونَ سَبْعَ سِنِينَ دَأَباً
فَمَا حَصَدْتُمْ فَذَرُوهُ فِي سُنْبُلِهِ إِلَّا قَلِيلاً مِمَّا تَأْكُلُونَ *
ثُمَّ يَأْتِي مِنْ بَعْدِ ذَلِكَ سَبْعٌ شِدَادٌ يَأْكُلْنَ مَا قَدَّمْتُمْ
لَهُنَّ إِلَّا قَلِيلاً مِمَّا تُحْصِنُونَ * ثُمَّ يَأْتِي مِنْ بَعْدِ ذَلِكَ
عَامٌ فِيهِ يُغَاثُ النَّاسُ وَفِيهِ يَعْصِرُونَ﴾
..."Supaya kamu bertanam tujuh
tahun (lamanya) sebagaimana biasa; maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu
biarkan dibulirnya kecuali sedikit untuk kamu makan.* Kemudian sesudah itu akan
datang tujuh tahun yang amat sulit, yang menghabiskan apa yang kamu simpan
untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari (benih gandum) yang
kamu simpan.* Kemudian setelah itu akan datang tahun yang padanya manusia
diberi hujan (dengan cukup) dan dimasa itu mereka memerah
anggur". [176].
Dan Pada FirmanNya:
﴿قَالَ اجْعَلْنِي عَلَى خَزَائِنِ الْأَرْضِ
إِنِّي حَفِيظٌ عَلِيمٌ﴾
Berkata Yusuf: "Jadikanlah aku
bendaharawan negara (Mesir); sesungguhnya aku adalah orang yang pandai menjaga,
lagi berpengetahuan". [242].
3 – Bai3atu Lillah - kesetiaan
kepada Allah
:
Pada FirmanNya:
﴿يَا صَاحِبَيِ السِّجْنِ أَأَرْبَابٌ
مُتَفَرِّقُونَ خَيْرٌ أَمِ اللَّهُ الْوَاحِدُ الْقَهَّارُ * مَا تَعْبُدُونَ
مِنْ دُونِهِ إِلَّا أَسْمَاءً سَمَّيْتُمُوهَا أَنْتُمْ وَآبَاؤُكُمْ مَا
أَنْزَلَ اللَّهُ بِهَا مِنْ سُلْطَانٍ إِنِ الْحُكْمُ إِلَّا لِلَّهِ أَمَرَ
أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ
النَّاسِ لا يَعْلَمُونَ﴾
Hai kedua penghuni penjara, manakah yang
baik, tuhan-tuhan yang bermacam-macam itu ataukah Allah Yang Maha Esa lagi Maha
Perkasa? * Kamu tidak menyembah yang selain Allah kecuali hanya (menyembah)
nama-nama yang kamu dan nenek moyangmu membuat-buatnya. Allah tidak menurunkan
suatu keteranganpun tentang nama-nama itu. Keputusan itu hanyalah kepunyaan
Allah. Dia telah memerintahkan agar kamu tidak menyembah selain Dia. Itulah
agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui". [243],
✡✡✡✡✡
Pencerahan
Selepas
kita tahu adanya peraturan ilahi untuk mengenal khalifah Allah di BumiNya, yang
disebutkan dalam Al-Quran, bahkan ia didatangkan kepada semua para nabi dan-rasul (as), dan Yusuf (as) juga didatang kepadanya, kita perlu menggunakan dan mengamalkan
peraturan ilahi ini pada zaman kezuhuran suci (zaman Yusuf Aali Muhammed
(as)), kerana mereka yang tidak mengikut peraturan ini adalah menjadi pengikut
Iblis (laknahu Allah) sebagaimana yang diterangkan.
Dan anda
juga boleh menemuinya di dalam Injil bahawa Isa (as) disahkan oleh- nabi-nabi
terdahulu dari bani Israel yang telah mengingatkannya, memberi khabar gembira
dan mewasiatkannya, serta didatangkann kepadanya dengan
ilmu dan kebijaksanaan (hikmah), dan juga mengibarkan panji-panji ikrar taat
setia kepada Allah (Bai’atu Lillah) dan menyerikan kerajaan dan Hakimiyah Allah. Muhammad juga disahkan dengan peraturan ini
dan diterangkan oleh para nabi terdahulu telah mengingatkannya, memberi khabar
gembira dan mewasiatkannya, dan ia disebut dalam Taurat dan Injil, dan didatangkan
pada baginda (S) dengan mengetahui ilmu Al-Kitab dan hikmah, dan mengibarkan
panji-panji ikrar taat setia kepada Allah (Bai’atu Lillah) dan menyerikan kerajaan dan Hakimiyah Allah SWT di BumiNya.
Begitu juga dengan Aali Muhammad (as), ada lebih banyak riwayat mengenai mereka
(as) yang disahkan oleh peraturan ilahi ini supaya tidak menyesatkan Syiah (pengikut)
mereka. Tetapi malangnya ada di antara mereka yang mendakwa sebagai Syiah mereka
pada akhir zaman memilih untuk mengingkari riwayat riwayat mereka dan berpaling
darinya dan dari Al-Quran Al-Karim, dan mengikut ulama yang tidak beramal yang
menyesatkan mereka dan yang mencampur adukkan kebenaran dengan kebatilan, mereka
tidak lagi kembali kepada peraturan dari Allah untuk mengenal hujah Allah dan Khalifah
Allah dan para washi, yang dengannya manusia diuji yang telah wujud dalam
Al-Quran Al-Karim, yang telah diterangkan dengan jelas, semoga sesiapa yang mengaku
sebagai Syiah (pengikut) Aali Muhammad
dan masyarakat umum yang menganut agama samawi beralih kepada peraturan ini yang akan melepaskan diri mereka daripada neraka.
Jika penjaga kebenaran Ilahi (Shohib Al-Haq
Al-Ilahi), Washi penghibur [244] kepada para nabi dan rasul-rasul
Allah yang akan datang pada akhir zaman. jika ia datang hendaklah dengan
ketiga-tiga peraturan ini, iaitu:
Wasiat: Iaitu yang sebelumnya (as) mewasiatkan
kepadanya dan mereka menyatakan nash ke atasnya dengan nama dan sifat dan tempat tinggal, seperti mana telah diwasiatkan
kepada Al-Rasil Muhammad, dari nabi-nabi sebelumnya (as) pada namanya dan sifatnya adalah menunggang unta, dan tempat tinggalnya di Faran, iaitu Mekah dan di sekitar
(Arafah), dan banyak riwayat-riwayat washi (pemegang wasiat) pada akhir zaman
dengan namaj sifat dan tempat tinggal dengan nama dan
sifat dan tempat tinggal .
Ilmu Dan
Hikmah Ia juga datang dengan ilmu dan hikmat -
Sebagaimana Rasulullah (S) diutuskan dengan ilmu dan kebijakan, begitulah juga
halnya dengan pemegang wasiat di akhir zaman tersebut. firman Allah SWT:
﴿هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ
رَسُولاً مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ
الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلالٍ مُبِينٍ﴾
“Dialah yang telah mengutuskan dalam
kalangan orang-orang Ummiyyin, seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang
membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah dan membersihkan mereka, serta
mengajarkan mereka Kitab Allah dan Hikmah, dan sesungguhNya mereka sebelum itu
adalah dalam kesesatan yang nyata”. [245]
Rasul dalam ayat di atas adalah ditujukan
kepada Muhammad bin Abdullah (S) yang diutuskan pada permulaan umat ini,
setelah itu Allah berfirman lagi:
﴿وَآخَرِينَ مِنْهُمْ لَمَّا يَلْحَقُوا
بِهِمْ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ﴾
“Dan juga yang lain dari mereka, yang masih
belum (datang lagi dan tetap akan datang) menghubungi mereka; dan (ingatlah),
Allah jualah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”. [246]
Rasul yang dimaksudkan dengan (وأخرين منهم)
iaitu “yang lain dari mereka” adalah Mahdi pertama daripada anak Imam
Mahdi Muhammad bin Hassan Al-Askari (as), yang juga utusannya. Diajarkan juga
kepada mereka Al-Kitab dan hikmah sebagaimana Rasulullah (S) . Nama baginda (S)
di langit adalah Ahmad, manakala Mahdi pertama namaNya di dunia adalah
Ahmad dan namaNya di langit adalah Muhammad. Dia (as) adalah gambaran kepada
Rasulullah (S) iaitu diutuskan sepertimana diutuskan Muhammad (S) , dan
melalui jalan dakwah sepertimana dilalui Muhammad (S) . Di sana pasti akan
wujudNya Quraysh serta pemimpin-pemimpinnya, ummul Qura (Mekah), hijrah ke Madinah
dan setiap perkara yang mengiringi dakwah Rasulullah (S) . Cuma situasiNya
sahaja yang berbeza manakala prinsip utamaNya adalah sama.
Yang ketiga. Tuntutan Ketuanan dan
Kekuasaan Allah
Penguasa Ilahi atau pemegang wasiat ini
mestilah merealisasikan kebijakan dan ilmu pengetahuanNya dalam segenap segi realiti
kehidupan seharian. Syukur kepada Ilahi kerana dengan kurniaNYA telah terbukti
bahawa kesemua “ulama tidak beramal” (ulama’ghairu amilin) mengajak kepada
ketuanan manusia melalui pilihanraya, syura dan saqifah di akhir zaman.
Melainkan pemegang wasiat sebenar yang sentiasa mengajak kepada Ketuanan dan
Kekuasaan Allah SWT, serta tidak pernah lari dari jalan yang diterangkan oleh
Muhammad (S) dan Ahl Al-Bait baginda (as). Adapun ulama tidak beramal
mereka keluar dan berpaling dari jalan yang sebenar, dan ternyata, keutamaan perencanaan
ilahi jelas maksudnya (adil),
untuk mendaulatkan panji Rasulullah (S)
iaitu Ketaatan kepada Allah (bai’ah kepada Allah) hanyalah oleh washi
pemeang wasiatnya.
Mereka yang selainnya telah bertindak
mendaulatkan panji pilihanraya dan ketuanan manusia iaitu dengan jalan ketaatan
kepada Taghut penzalim dan memenuhi kehendak-kehendak mereka. Malahan mereka
mengajak manusia berbondong-bondong menyertainya dan memperdayakan orang-orang
yang jahil tentang akidah sebenar yang diredhai oleh Allah SWT, sedangkan Ahl Al-Bait
(as) telah memperjelaskan perkara ini dengan terang lagi nyata. Sebaik-baik
contoh adalah darah Imam Hussain (as) di Karbala dan ucapan Fatimah (as) ketikamana
umat Islam Madinah mengenepikan khilafah Ali (as) sebagai pemegang wasiat dan
khalifah sebenar Rasulullah (S)“ Dalam ucapannya dia berkata:
Wahai ummat
manusia yang bergegas ke arah ucapan batil, yang diam dan rela atas tindakan
keji dan merugi. [247]
Apakah kalian
tidak merenungkan Al-Quran atau ada tembok di hati kalian?. Tidak demikian yang
sesungguhnya, melainkan perbuatan buruk kalian telah mengalahkan hati kalian.
Maka dia telah merampas telinga dan mata kalian. Sejelek-jelek pentakwilan
adalah pentakwilan kalian. Seburuk-buruknya ganti adalah kebatilan yang kalian
jadikan sebagai ganti dari kebenaran. Demi Allah sesungguhnya kalian akan
menerima beban yang berat dan akibat yang dahsyat (di hari kiamat nanti).
Ketika tabir telah terungkap bagi kalian dan tampak bagi kalian sesuatu yang di
belakangNya adalah kesulitan. Dan tampak bagi kalian, dari Tuhan kalian,
sesuatu yang tidak kalian sangka-sangka sebelumnya, dan di sanalah
pengikut-pengikut kebatilan akan merugi”.[248]
Pada hari ini, mereka menyedari bahawa diri
mereka telah mengikuti dan mengambil jalan orang-orang yang telah terlebih
dahulu sesat. Apakah realiti yang kamu hadapi sekarang ini azab dari Allah SWT
atau tidak? Jauh di lubuk hati kamu mengakui bahawa ini adalah azab dari Allah
SWT tetapi kamu takut untuk mengakuinya dengan lidah kamu bahawa Ahmad
Al-Hassan adalah utusan Imam Mahdi (as). Ini adalah risalah Ketuhanan
sepertimana firman Allah SWT:
﴿وَمَا
كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّىٰ نَبْعَثَ رَسُولًا﴾
“dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun
sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul” (Al-Isra’:15).
Mukjizat Sebagai Medium Keimanan?
Mukjizat kebendaan tidak mungkin menjadi
medium untuk berimannya manusia kepada Allah SWT, malahan Allah SWT tidak
meredhai keimanan berasaskan kebendaan semata-mata seperti ini. sekiranya Allah
SWT menerima iman sebegini, sudah pasti diterimaNYA keimanan Firaun setelah
melihat Mukjizat kebendaan yang tidak dapat disangkal lagi iaitu melihat
terbelahnya laut sambil menyentuh tembok laut yang tinggi dengan tangannya
sendiri, seraya berkata:
﴿آمَنْتُ أَنَّهُ لا إِلَهَ إِلَّا الَّذِي
آمَنَتْ بِهِ بَنُو إِسْرائيلَ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ﴾
“Aku beriman, bahawa tiada Tuhan melainkan
yang dipercayai oleh Bani Israil dan aku adalah dari orang-orang yang berserah
diri (Islam)” [249] .
Namun begitu Allah SWT tidak meredhai
keimanan sebegini dan berfirman lagi:
﴿آلآنَ وَقَدْ عَصَيْتَ قَبْلُ وَكُنتَ مِنَ
الْمُفْسِدِينَ﴾
“Adakah sekarang (baru engkau beriman),
padahal sesungguhNya engkau dari dahulu telah kufur derhaka dan engkau telahpun
menjadi dari orang-orang yang melakukan kerosakan?” [250]
SeterusNya Allah SWT membiarkan badan
Firaun tidak luput agar manusia di kemudian hari berfikir, firmanNYA
lagi:
﴿فَالْيَوْمَ نُنَجِّيكَ بِبَدَنِكَ
لِتَكُونَ لِمَنْ خَلْفَكَ آيَةً وَإِنَّ كَثِيراً مِنَ النَّاسِ عَنْ آيَاتِنَا
لَغَافِلُونَ﴾
“Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau
(hai Firaun) terlepas dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan
laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka
mengambil iktibar) dan (ingatlah) sesungguhNya kebanyakan manusia lalai
daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami! [251]
Amat malang sekali kerana hanya sedikit
dari kalangan manusia yang mengambil pengajaran dari ayat dan peristiwa ini.
Begitulah mukjizat tidak mungkin dapat membuatkan manusia beriman sepertimana
yang mereka kehendaki, kecuali berimanbya manusia dengan berat hati kerana
dipaksa untuk menerima sesuatu yang hebat setelah tidak mampu berhadapan
dengannya. Keislaman sebegini hanyalah Islam pada mata kasar dan bukannya Islam
dalam ertikata tunduk kepada yang tidak Nampak (Ghaib) iaitu Allah SWT. Mereka
yang bertadabbur dengan kisah para Nabi (as) akan mendapati bahawa mereka (as) didatangkan
dengan perkara yang sama iaitu kesamaan yang tersebar luas di zaman mereka (as)
Musa (as) diberikan tongkat yang boleh menjadi ular besar di zaman yang
terdapat banyakNya ahli sihir yang menukarkan tongkat menjadi ular bagi memukau
pandangan orang ramai. Begitu juga Isa (as) diberikan mukjizat dapat
menyembuhkan penyakit ketikamana tersebar luasnya perubatan di zamannya. Nabi
Muhammad (S) juga diberikan mukjizat Al-Quran ketikamana umat Arab
mengagung-agungkan sajak dan syair. Hal sedemikian berlaku adalah untuk
kesamaran (اللبس), sebagaimana firmanNYA:
﴿وَلَوْ جَعَلْنَاهُ مَلَكاً لَجَعَلْنَاهُ
رَجُلاً وَلَلَبَسْنَا عَلَيْهِمْ مَا يَلْبِسُونَ﴾
“Dan kalau Kami jadikanNya malaikat
(sebagai Rasul), tentulah Kami jadikan dia berupa seorang lelaki dan tentulah
Kami (dengan yang demikian) menyebabkan mereka kesamaran sebagaimana mereka
sengaja membuat-buat kesamaran” [252]
Kesamaran ini adalah bagi memberi ruang
kepada mereka yang tidak beriman dengan perkara ghaib agar dapat mentafsir dan
seterusNya beriman dengan perkara ghaib. Jika tidak, keimanan mereka hanya
berdasarkan kebendaan semata-mata dan bukanlah keimanan dan keislaman sebenar
yang diterima oleh Allah SWT, sepertimana dalam firmanNYA:
﴿قُلْ يَوْمَ الْفَتْحِ لا يَنْفَعُ
الَّذِينَ كَفَرُوا إِيمَانُهُمْ وَلا هُمْ يُنْظَرُونَ﴾
“Katakanlah (wahai Muhammad): Pada hari pembukaan
itu, tidak ada gunanya lagi kepada orang-orang kafir kiranya mereka hendak
beriman dan mereka pula tidak akan diberi tempoh (berbuat demikian)” [253]
Kesimpulannya, kesempurnaan Iman itu adalah
beriman dengan perkara Ghaib seratus peratus sepertimana keimanan para Nabi dan
Aushiak (as). Tiap kali keimanan itu bercampur aduk dengan tanda, isyarat,
karamah ataupun mukjizat kebendaan ianya adalah keimanan yang paling rendah dan
tiada nilainya di sisi Allah SWT. Keimanan dan keislaman yang hanya berdasarkan
kekuatan serta kesempurnaan mukjizat semata-mata adalah tidak diterima
sepertimana tertolaknya keimanan dan keislaman Firaun. Ini kerana keimanan
sebegini adalah seratus peratus keimanan kebendaan, sedangkan Allah SWT
menggambarkan bahawa orang-orang beriman itu adalah orang yang beriman dengan
perkara-perkara Ghaib:
﴿الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ
وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ﴾﴿الَّذِينَ
يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ
يُنْفِقُونَ﴾
“Iaitu orang-orang yang beriman kepada
perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta
membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada
mereka”. [254]
﴿الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ بِالْغَيْبِ
وَهُمْ مِنَ السَّاعَةِ مُشْفِقُونَ﴾
“Iaitu mereka yang takut Tuhannya dengan
beriman kepada perkara Ghaib dan mereka pula gerun cemas akan hari kiamat”. [255]
﴿إِنَّمَا تُنْذِرُ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ
رَبَّهُمْ بِالْغَيْبِ وَأَقَامُوا الصَّلاةَ وَمَنْ تَزَكَّى فَإِنَّمَا
يَتَزَكَّى لِنَفْسِهِ وَإِلَى اللَّهِ الْمَصِيرُ﴾
"Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad)
hanyalah memberi peringatan kepada mereka yang takut akan Tuhan mereka dengan
beriman kepada perkara Ghaib, serta mereka mendirikan sembahyang dan sesiapa
yang membersihkan dirinya maka sesungguhnya dia melakukan pembersihan itu untuk
kebaikan dirinya sendiri dan (ingatlah), kepada Allah jualah tempat kembali”.
[256]
﴿إِنَّمَا تُنْذِرُ مَنِ اتَّبَعَ الذِّكْرَ
وَخَشِيَ الرَّحْمَنَ بِالْغَيْبِ فَبَشِّرْهُ بِمَغْفِرَةٍ وَأَجْرٍ كَرِيمٍ﴾
“Sesungguhnya peringatan dan amaran
hanyalah kepada orang menurut Al-Quran serta ia takut Al-Rahman dengan beriman
kepada perkara-perkara Ghaib. Oleh itu berilah kepadanya berita yang
menggembirakan dengan keampunan dan pahala yang mulia”. [257]
﴿مَنْ خَشِيَ الرَّحْمَنَ بِالْغَيْبِ
وَجَاءَ بِقَلْبٍ مُنِيبٍ﴾
“Orang yang takut akan
Al-Rahman dengan beriman kepada perkara-perkara Ghaib serta dia datang
(kepada Allah) dengan hati yang tunduk taat”.[258]
﴿لَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلَنَا
بِالْبَيِّنَاتِ وَأَنْزَلْنَا مَعَهُمُ الْكِتَابَ وَالْمِيزَانَ لِيَقُومَ
النَّاسُ بِالْقِسْطِ وَأَنْزَلْنَا الْحَدِيدَ فِيهِ بَأْسٌ شَدِيدٌ وَمَنَافِعُ
لِلنَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ وَرُسُلَهُ بِالْغَيْبِ إِنَّ
اللَّهَ قَوِيٌّ عَزِيزٌ﴾
“Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus
Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata dan
Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang
menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan kami
telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta
berbagai faedah lagi bagi manusia. dan supaya ternyata pengetahuan Allah
tentang orang yang menolongNYA serta Rasul-rasulNYA dengan beriman kepada
perkara-perkara Ghaib, sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa”. [259]
﴿إِنَّ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ
بِالْغَيْبِ لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ كَبِيرٌ﴾
“’Sesungguhnya orang-orang yang takut akan
TuhanNya dengan beriman kepada perkara-perkara ghaib, mereka beroleh keampunan
dan pahala yang besar. [260].
والحمد لله رب
العالمين
✡✡✡✡✡
------------------
[218] - Dalil ini adalah apa yang diriwayatkan
dari Umam Al-Redha (as), dari Ibrahim bin Muhammad Al-Hamdani – (ra) - berkata:
(Aku bertanya kepada Al-Redha (as)::"Wahai anak Rasulullah, beritahu aku
tentang Zararah, Adakah dia tahu hak bapa tuan (as)? beliau menjawab: Ya., Laluku
bertanya kepadanya, Dia tidak menyuruh
anaknya \Abida untuk mengetahuii berita kepada suapa yawasiat Al-Sadiq J’afar
bin Muhammad (as) dan beliau berkata: Zararah tahu bapa ku (as) dan dinashkan bapanya
kepadanya, tetapi menyuruh anaknya untuk menhenal daripada bapaku (as) Tidakkah
dia boleh bertaqiyah untuk menunjukkan urusannya kepada dan nash bapanya
kepadanya dan bahawa apabila anaknya melambatkabbta bapanya telah diminta untuk menunjukkan seperti kata pada bapaku (as)
tidak suka menyerahkannya tanpa arahannya mengangkat Al-Quran, dan berkata: Ya
Allah sesungguhny imamku adalah yang mengukuhkan mushhaf (Al-Quran) ini dan
Imamnya adalah abak Ja;far bin Muhammad (as)) Kamal Al-Din dan Tamam Al-Ni3mah:
hal 75.
[219] – Al-A3raf 7:11.
[220] – Al-Syura 42:23.
[221] – Yusuf 12:35.
[222] – Ghafir 40:34.
[223] – Tafsir Al-Qumi: J 2 hal 344.
[224] - Al-Ahqaf 46: 9.
[225] - Luqman: 20 - 2.
[226] - Al-Maidah
5: 27-30.
[227] - Al-Ra3d: 8.
[228] – Saba 34:3.
[229] - Al-Baqarah
2:30.
[230] - Al-Baqarah
2:31.
[231] - Al-Hijr
2: 29.
[232] - Al-Kahf
18: 50.
[233] - di sini saya ingin menarik
perhatian kepada ayat yang mulia ini adalah nash menunjukkan Hakimiyah Allah yang
telah diterangkan sebelum ini, mereka adalah malaikat (as) dan nya adalah Iblis
(la), dan yang yang menolak untuk Hakimiyah Allah hari ini yang terpakai kepada mereka ayat yang lain iaitu
mereka telah mengambil Iblis dan keturunannya sebagai wali selain Allah
(أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِي
وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلاً)
(Patutkah kamu mengambil dia dan
turanan-turunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah
musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (dari Allah) bagi
orang-orang yang zalim. [Al-Kahf 18:50]
(Dari Al-Syed).
[234] - Al-Ahzab 33:62.
[235] – Aali Imran 3:23.
[236] - Al-Nisa’ 4:58.
[237] - Aali Imran 3:34.
[238] - Yusuf 12:6.
[239] - Yusuf 12:38.
[240] - Yusuf 12:37.
[241] - Yusuf 12:47 - 49.
[242] - Yusuf 12:55.
[243] - Yusuf 12:39 - 40.
[244] – Isa (as) berkata” tetapi sekarang
Aku pergi kepada Dia yang telah mengutus Aku, dan tiada seorangpun di antara
kamu yang bertanya kepada-Ku: Ke mana Engkau pergi?
Tetapi karena Aku
mengatakan hal itu kepadamu, sebab itu hatimu berdukacita.
Namun benar yang
Kukatakan ini kepadamu: Adalah lebih berguna bagi kamu, jika Aku pergi. Sebab
jikalau Aku tidak pergi, Penghibur itu tidak akan datang kepadamu, tetapi
jikalau Aku pergi, Aku akan mengutus Dia kepadamu.
Dan kalau Ia datang, Ia akan menginsafkan
dunia akan dosa, kebenaran dan penghakiman;akan dosa, karena mereka tetap tidak
percaya kepada-Ku; akan dosa, karena mereka tetap tidak percaya kepada-Ku; akan
kebenaran, karena Aku pergi kepada Bapa dan kamu tidak melihat Aku lagi; akan
penghakiman, karena penguasa dunia ini telah dihukum. Masih banyak hal yang
harus Kukatakan kepadamu, tetapi sekarang kamu belum dapat menanggungnya. Tetapi
apabila Ia datang, yaitu Roh Kebenaran, Ia akan memimpin kamu ke dalam seluruh
kebenaran; sebab Ia tidak akan berkata-kata dari diri-Nya sendiri, tetapi
segala sesuatu yang didengar-Nya itulah yang akan dikatakan-Nya dan Ia akan
memberitakan kepadamu hal-hal yang akan datang. -Injil Yohanes Bab XVI. (Dari
Al-Syed).
[245] - Al-Jumu'ah
62:2
[246] - Al-Jumu'ah 62:3.
[247] - Dalam beberapa sumber (dikeluarkan).
[248] - Kitab Ma’ani Al-Akhbar, Syeikh
Al-Shaduq, halaman 355.
[249] - Yunus 10:90.
[250] - Yunus 10:91.
[251] - Yunus 10:92.
[252] - Al-An3am 6:9.
[253] - Al-Sajdah 32:29).
[254] - Al-Baqarah 2:3.
[255] - Al-Anbiya’ 21:49
[256] - Fathir 35:18
[257] - Yasin 36:11.
[258] – Qaf 50:33.
[259] – Al-Hadid 57:25
[260] - Al-Mulk 67:12.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan