Jumaat, 8 Mac 2019

Soalan 337: tabung sedeqah - imam tidak mukmin – taqiyah - majlis dakwah ulama suuk


Soalan 337: tabung sedeqah - imam tidak mukmin – taqiyah - majlis dakwah ulama suuk

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صلّ وسلم على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.

Al-Salamu 3alaikum Saidi Wa Maulai, saya memperbaharui bai’ah saya. Saidi saya meminta ruan doakan untuk saya dan semua keluarga saya, Saidi. Kami yang berwalikan tuan memerlukan doa tuan padaNya bagi menyempurnakan nikmat. Mohon kepada Allah SWT mengukuhkan kami bersamamu dalam afiah dengan bantuan dan penentuanNya. Maafkanlah saya atas soalan saya:
:
1 - Saya mempunyai tabung yang dengannya amal sedeqah yang saya telah kumpulkan di salah sebuah masjid, bagaimana menyempurnakannya?

2 - Bagaimana jika saya sholat berjamaah di belakang imam yang tidak beriman dengan dakwah ini?

3. Bolehkah saya menggunakan taqiyah dengan orang-orang yang melihat kami dengan curiga?

4 - Adakah terdapat ruang untuk mengurus anak yatim bagi jumlah wang Ansar, misalnya 20 dinar Kuwait? Dan bagaimana untuk mendapatkan jumlah tersenut jika boleh.

5 - Adakah cukup untuk mengatakan
أشهد أنّ علياً وأولاده المعصومين
Asyhadu Ana 3liyan Wa Auladuhu Al-Ma3shumin
Aku bersaksi bahawa 'Ali dan anak-anaknya adalah maksumin
Sebagai ganti syahadah keempat dalam azan?

6 - Adakah dibenarkan menghadiri majlis-majlis yang di dakwah oleh ulama suuk?

7 - Adakah dibenarkan ghusl hari Jumaat dengan menyimpan dari kesan memasuki dakwah yang diberkati? Diketahui bahawa ia berlaku kepada saya jadi saya telah menyiarkannya di forum seperti yang saya fikirkan. Saya harap tuan dapat mejelaskannya.
Akhirnya, maafkan saya atas kekurangan, Seruan dakwah Tuan, saya bermohon kepada Allah SWT dan bermohon agar bertemu tuan yang mulia walaupun dalam mimpi, doakan saya agar teguh utuh bersama tuan.

Pengirim: Abu Mustafa

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليما.

J 1: Wang adalah untuk diinfaq di jalan dari jalan-jalan Allah SWT, seperti membantu anak-anak yatim, atau janda, atau faqir miskin, atau untuk menyebarkan kalimah kebenaran.

J 2: Jangan sempurnakan sholat kamu  bersama selain orang-orang mukmin, dan hendaklah bersholat sama ada sendirian atau menjadi imam atau makmum di belakang seorang mukmin.

J 3: Taqiyah hanya apabila perlu (dharurat) untuk menyelamatkan darah, harta dan ancaman, atau untuk mengekalkan diri untuk menyokong agama Allah SWT pada masa kemudian. Saya memohon kepada Allah agar kamu tidak memerlukan bertaqiyah, dan memberikan oertolongan kepadamu dengan oertolongan yang kuat dariNya SWT.

J 4: Anda boleh menghubungi sebahagian dari saudara ansar dan mereka akan mengurusnya, InsyaAllah.

J 5: Jika ia untuk bertaqiyah itu mencukupi, jika tidak, ia mestilah empat syahadah tersebut seperti yang ditunjukkan dalam Al-Syara’ei3.

J 6: Jika ia adalah majlis-majlis berdakwah kepada kegelapan ini tidak dibenarkan.

J 7: Perkara terbaik yang naik dari bumi ke langit ialah ikhlas. Perkara yang paling baik yang turun dari langit ke bumi adalah kejayaan (taufiq). Setiap ibadah, sama ada ghusl hari Jumaat atau yang lain, adalah kesan turunnya taufiq pada hamba. Jika ia ikhlas dalam menghadap Allah.


Ahmad Al-Hassan
1430 H
                              
                              
✡✡✡✡✡


Tiada ulasan: