Soalan 345: Rawatan – kedudukan amalah
sunat – penentu terbit Fajar
Saya mempunyai beberapa soalan lain di luar
dakwah:
Anak kami Mahmud berumur 3 tahun dan
dilahirkan dalam keadaan penyimpangan pada zakarnya (bawah saluran kencing),
kami telah merawat melalui pembedahan namun tidak berjaya. Dan sekarang kami
diberi tarikh lain (12/7/2009) untuk pemeriksaan, dan mungkin prosedur lain
untuknya di Negara Israel tempat kami tinggal, Patutkah saya teruskan atau
meninggalkan perkara ini?
Saya suka membaca tetapi saya dapati saya sukar
untuk mengingat apa yang saya baca. Adakah terdapat apa-apa cara yang berguna
untuk saya mengingat?
Adakah apa yang saya baca, tetapi tidak mengamalkannya
dari yang mustahab, seperti doa-doa, ziarah, atau sesuatu amalan. Adakah suatu dosa
jika saya meninggalkan dan membiarkannya?
Saya mempunyai soalan mengenai masa sebenar
terbit Fajar dan saya telah menerangkan secara terperinci dalam pautan berikut:
(pautan sudah tidak berfungsi)
Secara ringkasnya:
Dalam kalendar solat yang bergantung kepada
pengiraan falak dan kedudukan matahari di bawah ufuk untuk menentukan waktu Solat
Subuh (Fajar), saya telah melihat dan menggunakan kiraan falak bahawa masa Solat
Subuh berada dalam beberapa kalendar, matahari berada pada 16 - 19,5 darjah di
bawah kaki langit (ufuk), dan menyatakan bahawa Fajar Al-Shiddiq tidak nyata
sehingga matahari berada pada antara 12 - 13.5 darjah di bawah ufuk. Dan
mendengar bunyi kokokan ayam itu pada masa ini adalah dalil terbit Fajar
Al-Shiddiq, dan waktu ini kira-kira enam puluh minit sebelum matahari terbit.
Soalan saya ialah: Bolehkah saya
menggunakan standard ini (darjah matahari berada di bawah ufuk atau menggunakan
kiraan falak 60 minit dari masa sebelum matahari terbit atau ayam berkokok)
untuk menyimpulkan waktu masuk Solat Subuh, dan menahan diri daripada makan
untuk berpuasa?
Jika saya tidak mempunyai cara bagaimanakah
menentukan terbit fajar pertama dan kedua?
Adalah diketahui bahawa perbezaan antara
masa kalendar dan masa yang anda nyatakan adalah antara 30 minit hingga 50
minit.
Adakah terdapat cara untuk lain menentukan waktu
Fajar Al-Shiddiq, tanpa melihat kaki langit (ufuk), kerana ini tidak mungkin
dalam beberapa keadaan dan masa?
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian
alam.
Pengirim: Abdul Ghani – Palestin
22 / Jamadi Al-Tsaniyah / 1430
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين.
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين.
Anda boleh terus menyelesaikan rawatan anak
anda, Semoga Allah memberi kejayaan kepada anda.
Untuk menghafal: Ambil cawan dan masukkan
ke dalamnya sedikit madu, dan tambahkan air suam ke dalamnya dan bacakan
kepadanya Al-Fatihah dan Ayat Al-Kursiy dan Surah Al-Tauhid dan minum sebelum
anda bersarapan, ia adalah untuk kegunaan menghafal, Insya-Allah, dan ulangi amalan
ini, jika anda boleh.
Dan anda tidak mempunyai dosa jika anda
membaca amalan mustahab dan anda tidak mengamalkannya.
Untuk waktu Fajar, ia boleh dengan
memerhatikannya dan mengenalinya dari tanda-tanda yang diterangkan dalam
Al-Syarai3, dan ia hanya apabila matahari berada 19 darjah di bawah kaki langit
(ufuk), Jika tidak, boleh ditentukan satu setengah jam atau 90 minit sebelum
terbit matahari.
Ahmad Al-Hassan
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan