Jumaat, 15 Mac 2019

Soalan 343: melihat dan permulaan bulan


Soalan 343: melihat dan permulaan bulan

1: Adakah wajib ada dua saksi dalam istihlal (permulaan bulan) mendatangkan dua orang lelaki lain, atau adakah ia dibenarkan mendatangkan seorang lelaki bersama dua orang wanita, atau hanya dua orang wanita, atau empat orang wanita?

2: Bilakah aturan melihat dan permulaan bagi bulan Ramadan, Adakah siang hari, atau pada waktu fajar, atau selepas zawal, atau sebelumnya, atau pada masa kemunculan mega merah, atau selepasnya, atau sebelum, atau selain darinya?

3: Apakah syarat-syaratb orang yang menyaksikan permulaan bulan adalah seorang mukmin: aqil baligh, sehat (terang) pengelihatan, [96] seorang yang adil, pada satu tempat dan waktu untuk saksi-saksi, secara lamhsung [97], satu kepastian dan yang meyakinkan dari rukyah (penglihatan), ahli dalam memeriksa dan meneliti [98]?

4: Apa yang dimaksudkan (tidak hilang anak bulan selepas mega merah).
Adakah senja waktu Maghribi, dan senja adalah sama seperti mega merah waktu Maghribi pada waktu matahari terbenam dan muncul di kaki langit sebelah barat, atau ada perbezaan lain?

5: Apa maksud (dan tidak melihatnya pada hari ke tiga puluh sebelum zawal (matahari rembang))?

Pengirim: Sheikh Jihad Asadi

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين.

J 1: Ini disebutkan dalam Al-Syarai3 bahawa kesaksian wanita dapat diterima, dan dibenarkan bagi seorang lelaki bersama dua orang wanita.

J 2: Aturan istihlal (permulaan bulan) dan rukyah (melihat anak bulan) adalah pada 29 hb. bulan sebelumnya (untuk bulan Ramadan adalah bulan Sya’ban), dan menjangkau Al-istihlal (permulaan bulan) hingga pertengahan malam, walaupun melihat anak bulan biasanya berlaku selepas terbenam matahari dan sebelum hilang mega merah.

J 3: Syarat-syaratmya adalah baligh, beraqal dan adil.

J 4: Iaitu mega merah waktu Maghribi, dan tujuannya adalah untuk tidak dianggap bulan sabit bagi hari sebelumnya jika ia kekal di langit sehingga selepas mega merah waktu Maghribi.

J 5: Iaitu jika melihat anak bulan (bulan sabit) pada hari ketiga puluh sebelum zawal (matahari rembang) bukan selepas hari ini hari pertama bulan berikutnya.

Ahmad Al-Hassan
                                     
                              
✡✡✡✡✡

-------------------------       
[96] - Maksudnya, pengelihatannya tidak lemah, dan jika dia menggunakan kacamata dan pengelihatannya baik dengan memakainya, hukumnya tidak termasuk.
[97] - Ia memeriksa (meneliti) bulan sabit (anak bilan) dengan melihat, bukan dengan teropong, kamera atau cermin.
[98] – Hendaklah seorang yang ahli dan arif dan dapat membezakan secara teori, iaitu, selaras dengan pemeriksaan (penelitian) dan permulaan bulan.


Tiada ulasan: