Khamis, 14 Mac 2019

Soalan 342: kafarah berbuka puasa – aurat wanita - baligh


Soalan 342: kafarah berbuka puasa – aurat wanita - baligh

1) Orang yang kita tahu telah mendapat taufiq Allah dari tuan (selawat Allah dan salam atas kamu dan atas bapa-bapa kamu dan keluarga kamu) dan apa yang kita telah belajar dari Kitab Syara’ei3 Islam: Bahawa kafarah berbuka puasa satu hari dengan sengaja pada bulan Ramadan, adalah memerdekakan seorang hamba, atau berpuasa selama dua bulan berturut-turut, atau memberi makan enam puluh orang miskin, dan dibebaskan memilih salah satu daripadanya..

Jika dia tidak mampu memerdekakan seorang hamba atau memberi makan enam puluh orang miskin, ia mesti berpuasa dua bulan berturut-turut, Jika tidak mampu berpuasa juga berpuasalah lapan belas hari, Jika dia mampu tidak berpuasa sama sekali, maka memohon ampunan dari Allah adalah kafarahnya.

Diwajibkan bagi yang berbuka puasa dengan yang diharamkan pada siang hari Ramadaan dengan tiga jenis kafarah, iaitu memerdekakan seorang hamba, memberi makan kepada enam puluh orang miskin dan berpuasa selama dua bulan berturut-turut. Dan dibolehkan kafarah pilihan seperti yang dijelaskan, dan jika dia tidak dapat memerdekakan seorang hamba boleh membayar nilai (harga) yang ditentukan imam atau washinya.

a: Adalah baik jika yang berbuka puasa satu hari dengan sengaja pada bulan Ramadan kafarah yang dikenakan kepadanya adalah memohon ampun, dan kemudian mampu setelah memohon ampun dan boleh melakukan salah satu kafarah memerdekakan seorang hamba atau memberi makan enam puluh orang miskin, atau boleh setelah memohon ampun berpuasa selama dua bulan berturut-turut sahaja, apa yang dituntut dalam masalah ini, tuan?

b: Jika tidak dapat memerdekakan seorang hamba boleh bayar nilai (harga) yang ditentukan imam atau washinya atau orang-orang yang dilantik untuknya, berapakah nilai (harga) memerdekakan seorang hamba pada masa ini?

2) Saidi disebut dalam Al-Syara’ei3 paragraf kedua perenggan keempat Kitab Puasa: Jika berbuka dari puasa pada masa nazar puasanya mengikut perinciannya, adalah qadha dan kafarah yang besar dan baik..

a: Apakah maksud nazar puasanya mengikut perinciannya?

b: Apakah bentuk qadha, adakah hari mengqadhakannya terhadap setiap hari yang ia berbuka atau apa? Apakah kafarah yang besar dan baik bagi orang berbuka dari berpuasa pada masanya?

3) Ini adalah soalan-soalan berasingan yang turut disertakan dalam forum:

a: Tuan menyebutkan bahawa untuk tumbuh tanda-tanda akil baligh, adakah rambut kasar pada kemaluan dan ketiak, atau tumbuh pada salah satu sahaja cukup sebagai tanda akil baligh?

b: Apakah nilai satu gram perak dalam mahar Al-Zahra; (as), adakah nilai gram mahar adalah nilai satu gram perak mentah iaitu logamnya, atau sama ada ia adalah nilai mentah (logamnya, di mana nilai bagi keduanya tidak sama.

4: Saya menjawab soalan sebelumnya, Tuan, dalam hal apa yang harus dilindungi oleh wanita dengan jawapan berikut: Furman Allah

﴿وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْأِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعاً أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ﴾

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. [95].

Apa yang boleh ditunjukkan oleh wanita di hadapan ajnabi adalah wajah, dua tangan dan kaki, dan boleh ditunjukkan oleh wanita di hadapan muhrim adalah leher dan ke atas, dan anggota untuk wuduk iaitu tangan, dan pertengahan kaki dan bawah, dan bagi suami seluruh badannya.

Saya telah membaca jawapan tuan (Selawat Tuhanku atasmu) Tuan telah mendedahkan kepada kami kebenaran-kebenaran yang kami tidak ketahui sebelum ini, dan terima kasih kepada kamu Ahl Al-Bait. (Salam Allah atasmu.) kami telah diterangi dengan cahaya kamu, Saya bermohon kepada Allah agar menambahkan maktifah dari tuan dan meningkatkan nilai sumber yang lebih banyak lagi.

Saya ingin bertanya kepada tuan, dan bahawa saya telah menyembunyikan beberapa perkara dengan mengharapkan tuan menerangkannya kepada kami dan mendapat faedah dengannnya, ia merupakan pengecualian kepada masalah di atas::

a: Apa yang dimaksudkan (بالزينة - dengan perhiasan) dalam ayat yang mulia, dan apa yang terkait di sisi wanita?
Apakah had umurnya? .. Kanak-kanak yang tidak kelihatan lagi pada aurat wanita?
Dan apa yang dimaksudkan dengan ayat ini :

﴿.. وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ﴾
........Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. .... ?

b: Saya telah baca jawapan tuan yang menerangkan ketetapan yang diwajibkan atas wanita memakai tudung, tetapi saya tidak tahu apakah had tudung bagi wanita jika dilihat oleh ibu dan neneknya salah seorang daripada ibu bapa dan mereka dapatkan, atau mukallaf seperti kakak saudara  dari salah satu daripada ibu bapa dan anak-anak perempuan dan anak perempuan saudara dan lelaki dan perempuan mereka jika mereka menginap bersama, atau anak-anak lelaki dan perempuan suami selepas bersama, emak saudara atau bapa saudara sebelah kedua ibu bapanys, ibu saudara perempuan ibu dan saudara perempuan dari ibu kepada kedua kedua ibu bapanya?

Apakah had tudung bagi wanita jika dilihat oleh anak-anak yang mumaiyiz, sama ada kanak-kanak itu lelaki atau perempuan dari anak-anaknya dan jika mereka menginap bersama, atau saudara-saudaranya, atau siapa yang tidak noleh menyertai mereka dengan anak-anak yang mumaiyiz?

Apakah had tudung bagi wanita jika dilihat anak-anak lelakinya yang melihatnya atau anak-anak perempuannya atau orang lain yang berada di atas usia mumaiyiz dan di bawah umur mukallaf?

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين.

J 1 a: Setelah membayar kafarah tiada apa-apa lagi selepas menunaikannya, walaupun membayar kafarahhya dalam bentuk memohon pengampunan.

J 1 b: Imam akan menganggarkan harga/nilai dan menggugurkannya atau sebahagian daripadanya.

J 2 a: Dia bernazar (berjanji) untuk berpuasa pada masa tertentu, seperti melakukannya pada hari tertentu dan dalam bulan tertentu dalam tahun yang tertentu.

J 2 b: mengqadhakan hari-hari sebagai, ganti hari-hari dia berbuka, dan kafarahnya adalah sama dengan kafarah berbuka hari-hari pada bulan Ramadhan di antara memberi makan atau berpuasa atau memerdekakan hamba.

J 3 - a: Tumbuh tanda-tanda (akil baligh) ialah keluar rambut kasar pada kemaluan.

J 3 -  b  nilai mentah (logamnya)..

J 4: a: perhiasan bagi wanita adalah semua yang mesti ditutup dari dipandang ajnabi (orang luar), ia termasuk seluruh badan kecuali muka dan tangan dan kaki.

Kanak-kanak yang di bawah jagaan seorang wanita adalah seorang mumaiyiz, dan biasanya selepas cukup tempoh tujuh tahun, mungkin pada umur lapan tahun atau sembilan atau sepuluh atau selepasnya, mengikut keadaan Kanak-kanak lelaki itu dan disedarinya. Dan yang dimaksudkan dengan firman Allah SWT:

﴿وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ﴾

Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan: adalah berpunca dari bunyi gelang kaki.

J 4 - b: Adalah wajib menutupnya dari pandangan wanita dari kakak perempuannya di dalam ayat:

﴿وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ﴾

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, ,

Iaitu dari dilihat. Maka tidak dibenarkan seorang wanita melihat aurat saudara perempuannya, serta memelihara dan menutupi 'auratnya kepada wanita lain dari melihatnya. Ini adalah wajib.

Ahmad Al-Hassan
                              
                              
✡✡✡✡✡


---------------------------
[95] [Al-Nur 24:31] 



Tiada ulasan: