Soalan 354: Doakan saya
السلام عليكم ورحمه الله وبركاته.
اللهم صلي على محمد وآله محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.
اللهم صلي على محمد وآله محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.
.
Salam atasmu Ya Maulai , Ya Ahmad
Al-Hassan.. salam atasmu Ya tuan .. Saya berdoa kepada Allah Yang Maha Tinggi
Yang Maha Berkuasa menjadikan ia sebaik-baik keadaan, Wahai Tuhan semesta alam,
dan memelihara tuan dari segala kejahatan.
Saidi wa Maulai, saya akan menerangkan
kepada tuan masalah saya dan saya berharap kepada tuan, selepas Allah SWT untuk
membantu saya dan mendoakan saya, dan saya bersumpah kepada tuan demi Fatimah supaya
menyampaikan surat saya kepada Maulai Ahmad Al-Hassan (Salamu Allah 3alaih)
saya telah menghantar surat kepada tuan Ya Maulai tetapi saya tidak dapat
jawapan. Saya telah 5 tahun berkahwin, apabila suami saya bermasalah, kami telah
membuat rujukan kepada ramai doktor sehingga sampai kepada kami mengambil jalan
keluar dengan proses IVF atau pengklonan manusia, tetapi saya memohon kepada
Allah dan tuan, Ya Maulai agar mendoakan saya dengan kebenaran La Ilaha
Illa Hu - Saidi Ya Maulai betapa besar keinginan saya dan saya berdoa
kepada Allah Yang Maha Tinggi Yang Maha Berkuasa dalam masa terdekat supaya
sampai surat ini di tangan tuan yang mulia.
Aku mempercayakan kepadamu Ya Allah, Ya
Maulai , saya tidak mempunyai orang lain, Ya Maulai selepas Allah Taala, saya
bermohon kepada Allah Yang Maha Tinggi Yang Maha Berkuasa agar meneguhkan kami dalam perkara ini dengan hak
Muhammad dan Aali Muhammad, para imam dan Mahdi-mahdi serta salam pengiktirafan
sebanyak-banyaknya.
Pengirim: Nora - Kanada
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.
Saya memohon kepada Allah agar menambah
baik keadaan anda dan diberi nikmat dan kurniaNya kerana Dialah yang layak memberi nikmat tabg besar
dan yang mendahulukan sebelum layak mendapatkannya.
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
Ahmad Al-Hassan
Syawal 1430 H
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan