Soalan 347: Hukum menghadapi bapa - merokok
dan memakai seluar - tanda-tanda Al-Saah sebelum Imam Mahdi (as)
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله وبارك على
سيدنا محمد وعلى آل بيته الأئمة منهم والمهديين.
Tuan dan Hujjahku Ahmad Al-Hassan .. Ke atasmu
salam dan rahmat Allah dan keberkatanNya.
Selepas semua itu .. Tuan, apa hukumnya jika
bapa saya tidak mahu bercakap dengan saya (begini) Dia marah kepada saya, saya
tidak tahu jika dia mahu menyangkal saya, kerana dia tahu saya adalah dari
mazhab Syiah, dan dia dari Ahl Al-Sunnah?
S 2: Tuan, apakah hukum merokok dan memakai
seluar, dan adakah ia dibenarkan untuk bersolat, dan apakah hukum berkahwin dengan
seseorang yang tidak dipersetujui oleh kedua ibu bapanya?
S 3: Tuan, apakah tanda-tanda Al-Saah yang muncul sebelum Imam Mahdi (as) dan semoga
Allah mempercepat kelapangannya dan yang yang diikuti olehnya?
Semoga Allah membalas tuan dengan kebaikan dan
semoga Allah mencurahkan selawat dan memberkati Saidina Muhammad dan
keluarganya, para imam dari mereka dan Mahdi-mahdi.
Pengirim: Khalid -
Kuwait
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.
J 1: Berbuat baiklah kepada bapa kamu, dan
cuba untuk mendapat redhanya di samping tidak memudharatkan agama kamu, Allah
berfirman:
وَإِن جَاهَدَاكَ عَلى أَن تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ
لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفاً
وَاتَّبِعْ سَبِيلَ مَنْ أَنَابَ إِلَيَّ ثُمَّ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ
فَأُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ﴾
Dan jika keduanya
memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu
tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya
di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian
hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Kuberitakan kepadamu apa yang telah kamu
kerjakan. [Luqman 31:15] [ 99].
J 2: Merokok apabila berbahaya kepada perokok
atau orang-orang yang di sekelilinginya tidak dibenarkan. Dan memakai seluar
untuk lelaki tidak ada masalah, dan ia dibenarkan untuk solat dalam memakainya.
Seorang lelaki boleh berkahwin dengan seseorang yang dia ingini walaupun jika
ibu bapanya tidak bersetuju.
J 3: Kamu akan melihat tanda-tanda besar jika dikehendaki
Allah, tidak banyak yang tertinggal untuknya, dan mungkin dua pertiga atau
lebih daripada manusia akan binasa.
Ahmad Al-Hassan
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan