Soalan 352: Barangan bergelatin - qadha puasa dan
solat
Apakah hukum mengenai gelatin? Khususnya
dalam sebahagian antibiotik, ubat-ubatan dan gula-gula yang merupakan antara
komponennya.
Terdapat ramai orang yang mempunyai hutang dalam
puasa qadha mereka atau berbuka dengan sengaja selama bertahun-tahun pada
bulan Ramadan Al-Mubarak, begitu juga dengan solat-solat qadha yang telah disesali
dan bertaubat, tetapi sebahagian daripada mereka sudah tua dan tidak melakukannya
walaupun sebahagian kecil daripadanya, kerana kesihatannya tidak membantu
beliau, apa yang perlu dilakukan? Jika dia adalah anak sulung dan bapanya bukan
seorang yang bersolat dan berpuasa Ramadan, dan ayahnya telah bertaubat dan mati, bagaimana anak ini
melakukan solat dan puasanya?
Dihantar: Zainab / UAE
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.
J 1: Produk gelatin haiwan tidak ada masalah untuk
dimakan dan menggunakannya dalam ubat-ubatan dan makanan, sama ada ia adalah
produk haiwan disembelih atau tidak disembelih yang halal atau tidak halal
dimakan.
J 2: Semoga Allah membantu kamu dalam perkara
ini. Semuanya telah digariskan dalam (Kitab) Al-Syarai3 dan perlu ditangani
oleh orang yang beriman, lelaki dan perempuan yang mempunyai keupayaan seperti
yang diterangkan kepada mukmin yang lain, dan untuk soalan anda, Allah tidak
membebankan seseorang melainkan sekadar kesanggupannya, bagi yang tidak mampu
mengqadhakan puasanya hendaklah membayar fidyah, dan bagi yang mahu
mengqadhakan solatnya dan untuk ibu bapanya Allah telah memidahkan kamu dengan
Malam Al-Qadar bagi mereka yang telah menyedari hutang yang perlu diqadhakannya,
Untuk solat qadha hendaklah mengqadhakan solatnya
pada Malam Al-Qadar iaitu pada dua puluh tiga Ramadan yang menyamai seribu bulan,
jika seseorang berhutang setahun, sebagai contoh, atau sepuluh tahun, atau
bahkan seribu bulan cukup untuk mengqadhakannya sehari (5 waktu) pada Malam Al-Qadar.
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
Ahmad Al-Hassan
Syawal 1430 H
* * *
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan