Khamis, 7 Mac 2019

Soalan 334: azan iqamah - berpuasa wajib dan pada hari-hari mustahab -upah sholat dan puasa - syarat Muth3ah


Soalan 334: azan iqamah - berpuasa wajib dan pada hari-hari mustahab -upah sholat dan puasa - syarat Muth3ah

Soalan 334:

1 - Seorang mukmin azan dan iqamah untuk sholat. Dan semasa sholat terdapat apa yang membatalkan sholat, Adakah dia perlu melakukan azan dan iqamah selepas wudhu'? Adalah diketahui bahawa dia telah menukar kedudukan kerana pergi berwudhu'

2. Puasa seorang mukmin yang berpuasa wajib dan pada hari-hari mustahab berpuasa misalnya puasa tiga hari setiap bulan pada hari-hari dalam bulan Zhu Al-Hijjah, adakah dia mendapat pahala puasa mustahab pada hari-hari tersebut?

3. Dalam fempoh sebulan berpuasa dan fempoh bertahun sholat diupah sebagai ganti yang tertinggal, dan dua kali khatam Al-Quran tidak sempurna dan semua itu diberikan wang sebagai upah. Anak-anak perempuan saya juga membaca bersama jiran, dan dengan (demikian) mereka berada dalam jagaan saya,sekarang, dan juga seorang wanita mukminah berpuasa dan bersholat sebagai upah dan selebihnya adalah untuk hidup dalam kemuliaan, menjauhi dari orang-orang yang tidak bersih yang akan menguasai singgasana-singgasana kamu dan menjatuhkan kamu dari kedudukan kamu, yang Allah berikan kedudukan di dalamnya. Mereka menghalalkan apa yang diharamkan dan mengharamkan apa yang dihalalkan, Wahai tuan, wahai anak yang dirahmat, dibimbing dan diberikan nikmat serta kepimpinana, wahai putera Mekah dan Mina, wahai putera Taha dan Al-Mahkamat, ajarlah saya dengan arahanmu, ajarlah saya dengan ilmu-mu, ambillah apa yang ada di tanganku agar keluar dari semua yang haram dan bantulah saya dalam tugas-tugas kepada yang halal. Dan apa yang telah berlaku dengan amalan dan wang ini adakah ia diterima?

Adalah diketahui saidi, dan tuan lebih tahu perkara itu. Mereka yang memberi perkara itu adalah perantara yang bukanlah orang yang beriman dengan tuan, Setakat yang saya tahu, dan begitu juga orang-orang yang mati
bersama mereka. Wa Allauh A3lam..

4 Saya telag mengerjakan Haji ke Bait Allah Al-Haram tiga kali, sekali Haji Islam (wajib) selepas berihram Umrah Tamattu3. Saya, isteri dan anak-anak perempuan saya menaiki kereta yang menyalahi dengan agama Allah dengan berteduh (berbumbung), apa hukumnya dalam hal ini?

Dan haji yang ketiga, mengerjakan upah haji, apakah hukum upah haji ini? Saya berteduh (beratap) selepas Umrah Tamattu3 juga, apa hukumnya. Pada Haji kedua saya mengerjakan lima kali Umrah upah, kesemuanya ada berteduh (beratap) selepas Ihram apa hukumnya dalam hal ini?

4. Diriwayatkan fari Mufadhdhal bin Umar, dari daruk tuan Al-Imam Al-Shadiq (as): (Bagi Muth3ah ada tujuh puluh syarat ...), jika diterangkan mengenainya, apakah rukun ‘aqad dan apa yang diwajibkan dan apa yang mustahab iaitu apakah syarat yang dengan menyalahinya membatalkan ‘aqad dan menjadikannya sebagai perzinaan?

6. Seorang lelaki memegang ikatan (‘aqad) perkahwinan sementara kepada seorang wanita selama dua tahun dan tidak ada tahun ketiga pada mereka kerana keadaan khusus wanita, kerana takut kepada ibu bapa dan anak-anaknya khususnya, dan begitu juga lelaki itu, demi menjaga keluarganya dari dipisahkan daripadanya, apa hukumnya dalam hal ini?

Pengirim: Muhammad

Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم، والحمد لله رب العالمين.

J 1: Tidak perlu diulangi Azan dan Iqamahnya. Tetapi orang yang perlu mengulangi Azan dan Iqamahnya adalah orang yang meninggalkan tempat sujud setelah sholat kepada kerja-kerja yang lain, orang mukmin ini meninggalkan tempat sujud hanya untuk berwudhuk untuk sholat bukan untuk berpaling dari sholat untuk kerja-kerja lain.

J 2: Ya Insya Allah.

J 3: Mengambil upah untuk membaca Al-Quran dengan suara (jihar - kuat) adalah dibenarkan, walaupun ia tidak dihadiri oleh seorang manusia pun, ia dihadiri oleh mereka yang tidak dilihatnya dari jin mukmin.

J: a: Tidak ada yang salah dengan kamu ketika kamu berpuasa dan bersholat untuk menerima upah pada masa lalu, jika kamu tidak mengetahui bahawa ia adalah bid'ah, dan tidak disyari’atkan di dalam Al-Quran atau Sunnah dari Nabi (S) dan Ahl Bait baginda (as).

J b: Adapun apa yang kamu qadhakan padanya dengan upah puasa dan sholat untuk orang-orang mati (atas wilayah hujah Allah di masa mereka atau jahil akan keadaan mereka) dan tidak melakukannya. Saya berharap agar kamu, isterimu, anak-anak perempuanmu, dan wanita mukminah itu dihitungnya dan Insya Allah saudara saudara mukmin akan memberikan sedekah pada jumlah yang apabila mereka mengetahui jumlah yang anda telah beritahu kepada mereka. mereka sedang menunggu balasan anda.

Anda juga boleh mengqadhakan sholat dan puasa untuk orang-orang mati oleh orang-orang yang mengupah anda untuk mengqadhakan nagi pihak mereka pada masa lalu (jika anda tidak mengetahui bahawa menerima upah bagi sholat dan puasa, ia adalah bid'ah) tetapi kini anda boleh berniat mengqadhakan untuk mereka lebih dekat kepada Allah, bukan untuk mendapat upah digenggamnya pada masa lalu.

Untuk mengqadhakan sholat maka qadhakanlah pada malam dua puluh tiga Ramadan yang menyamai seribu bulan, jika seseorang berhutang, sebagai contoh, setahun atau sepuluh tahun, atau bahkan seribu bulan cukup untuknya mengqadhakannya sehari pada Malam Al-Qadar.

J 4: Haji yang diganti dengan upah (diwakilkan) adalah dibenarkan, dan tidak mengapa dengan  berteduh (dibumbung kereta) dan kamu diharamkan sebelum beriman dengan kebenaran.
         
Saya datang untuk memusnahkan haikal (rumah ibadat) batil dan membina haikal Al-Haq dengan daya Allah dan kekuatanNya dan kehendakNya Yang Maha Suci dengan bantuan saudaara kepada kebenaran dan dengan bawaan saudara kepada kebenaran, Insya-Allah, dan saya tidak datang untuk dipikulkan kepada saudara apa yang tak sanggup saudaara memikulnya Sesungguhnya syari’ah bapa-bapa kami yang disucikan, dan bapa-bapamu Ibrahim (as) adalah syari’ah yang pemaaf, dan ia adalah fitrah Allah dan dibawa oleh Rasulullah Muhammad (S)
 لَا يُكَلِّفُ اللَّـهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖوَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ أَنتَ مَوْلَانَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir". [86].

J 5: Syarat pada perkahwinan kekal dan sementara mestilah:

1. Saksi atau isytihar (pengumuman).
Kesaksian itu dengan dua orang saksi. Isytihar dan pengumuman hendaklah selepas selesai ‘aqad dan sebelum bersama, dan memastikan apa yang dikenali sebagai Isytihar dan pengumuman dengan mengadakan majlis Walimati Al-‘Urus (majlis perkahwinan) dan seumpamanya.

2. Tempoh ikatan perkahwinan sementara sekurang-kurang enam bulan. Maklumat yang lebih terperinci boleh didapati Insya-Allah, dalam kitab Syara’ei3 Islam, Ia telah lengkap dan pihak penerbitan ansar akan menerbitkannya tidak lama lagi, Insya-Allah.

J 6: Dalam masalah ini anda menyebut ia mungkin sukar untuk isytihar (mengumumkan) tetapi tidak sukar mengadakan saksi-saksi, maka bolehlah menyambung semula ‘aqad (ikatan) perkahwinannya dengan dua orang saksi dengan meninggalkan pesan supaya menyembunyikan perkara itu melainkan apabila perlu atau untuk membuktikan hak-hak tersebut.

Ahmad Al-Hassan
                              
                              
✡✡✡✡✡

----------------------
[86] – Al-Baqarah 2:286



Tiada ulasan: