Soalan 279:
Bagi yang menolak dakwah
Pertama:
السلام
على من اتبع الهدى
Salam ke
atas orang-orang yang mengikuti petunjuk,
Keadaan kamu kamu tidak normal. Kamu mahu
merosakkan masyarakat Islam dan mengambil kesempatan ke atas orang yang berakal
polos untuk membenarkan rancangan
Zionis-Israel untuk menyebarkan perpecahan dan pembubaran dalam masyarakat
Islam, maka bersyukur kepada Allah yang mendedahkan kerosakan yang kamu kamu lakukan.
.
Penghantar:
Mohammed Al-Hamaidawi - Iraq
Jawapan:
بسم
الله الرحمن الرحيم،
الحمد
لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.
|
Adapun kemudian daripada itu ... dari Abi
Ja;far (as): (.. sesungguhnya Al-Mahdi dipanggil namanya Mahdi, kerana ia
membimbing kepada sesuatu yang tersembunyi ..) [234].
Dan Al-Shadiq (as) katanya: (Jika Al-Qaim
bangkit dia akan membawa sesuatu yang dijangkakan) [235].
Dan dari Abi Ja;far (as) katanya: ( sesungguhnya
Al-Qaim kami apabila bangkit beliau akan menyeru orang ramai untuk sesuatu yang
baru, seperti apa yang diseru oleh Rasulullah (S), dan Islam bermula sebagai dagang
(asing), dan akan kembali kepada asing maka beruntunglah orang-orang yang asing) [236].
Dan dari Amirul Mukminin (as) dalam khutbahnya
yang sangat panjang beliau berkata: (... dan akan zahit kepada manusia sebuah kitab
baru yang sangat sukar pada orang-orang kafir, manusia diseru kepada suatu
perkara sesiapa yang menyeteujuinya akan dibimbing dan sesiapa yang meingkarinya akan sesatlah dia, Maka
celakalah semua orang-orang yang celaka yang meingkarikannya ......) [237].
Dan dari Aban Bin Taghalab , dia berkata:
Aku mendengar Aba Abdillah Ja’far bin Muhammad (as) berkata: (Apabila panji
kebenaran muncul untuk mengutuk orang-orang Timur dan Barat, adakah kamu tahu
mengapa? Aku berkata: Tidak, dia berkata Untuk orang yang menemui seorang dari
Ahl Baitnya sebelum dia keluar ) [238].
Dan dari Abi Ja;far (as) katanya:(Pemilik urusan
ini sekiranya telah muncul akan menemui manusia (seperti) yang ditemui Rasulullah
(S) dan banyak lagi) [239].
Biarlah berita ini menjadi peringatan
kepada kamu kerana kamu tergesa-gesa untuk membantah kebenaran dan ahlinya.
Telah diriwayatkan dari mereka (as) bahawa kebanyakan mereka mendustakan kebenaran itu. [240]
dan Allah berfirman
﴿وَأَكْثَرُهُمْ لِلْحَقِّ كَارِهُونَ﴾
|
dan kebanyakan mereka benci kepada
kebenaran itu. [241],
Dan kamu ambillah pelajaran yang baik pada
keadaan umat terdahulu dan gigitlah betul-betul, janganlah apa pun usaha kamu disangkakan
memerah susu namun hasilnya darah, mati lebih awal (pra matang) dan esok Imam
Mahdi (as) menjadi lawanmu. Kembalikan dirimu dan mintalah pada Tuhanmu, Dia lebih
dekat padamu dari urat lehermu, dan janganlah menghindari kebenaran kerana
bertaqlid membuta tuli kerana hawa nafsu dan kasihkan dunia dan mengharapkan
kedudukan tinggi, maka apa yang berlegar dibelakang kasut bukan maksum, tidak
lain melainkan binasa dan kebinasaan [242],
di sini ada peluang yang masih terbuka untuk anda, dan peluang akan melewati
awan jika kamu tidak kembali, dan di sini ada utusan imam kamu Al-Mahdi (as)
dan dia berteriak memanggil kamu dan menangis untuk kamu, jangan biarkan apabila
dia turun dan membiarkan diri kamu dan kamu menjadi kutukan mulut generasi demi
generasi hingga Hari Kiamat, Semoga Allah memberi petunjuk kepada kamu untuk
menyokong keluarga Muhammad dan menjauhkan kamu dari memusuhi mereka, sesungguhnya
Dia mendengar dan memperkenankan
(doa hamba-Nya)..
والحمد لله رب العالمين،
وصلى الله على محمد وآله الأئمة والمهديين الأوصياء المرضيين
Al-Lajnah Al-3ilmiyah (Lujnah Ilmu)
Ansar Al-Imam Al-Mahdi (Semoga Allah
menempatkannya di bumi.)
Syeikh Nadzim Al-3uqailiy
✡✡✡✡✡
--------------------------
|
[234] - Ghaibah Al-Nu'mani: hal 242.
[235] - Ghaibah Al-Thusi: hal 307.
[236] - Ghaibah Al-Nu'mani: hal 336.
[237] - Ilzam Al-Nashib: J 2 hal 174.
[238] - Ghaibah Al-Nu'mani: hal 308.
[239] - Ghaibah Al-Nu'mani: hal 308.
[240] - Amirul Mukminin (as) berkata: (Janganlah
kamu mengatakan apa yang kamu tidak tahu, kebanyakan mereka mendustakan kebenaran itu) Nahj Balaghah
dengan huraian Mohammad Abduh: 1, hal 154..
[241] – Al-Mukminun 23: 70.
[242] - diriwayatkan Al-Syeikh Al-Kulaini, dengan sanad dari Sahl bin Ziyad,
daripada Daud bin Mehran, dari Ali bin Ismail Al-Maitsami, dari seorang lelaki,
dari Juwairiyah bin Mushar, katanya: (Aku mendekati belakang Amirul Mukminin
(as) lalu dia berkata kepadaku: Wahai Juwairiyah tidak akan binasa mereka yang
bodoh ini melainkan apa berlegar di belakang kasut mereka yang datang padamu, aku
berkata: Aku datang untuk bertanya kepadamu tentang tiga perkara: kehormatan, kewibawaan
dan akal, beliau berkata: kehormatan bagi sesiapa yang menghormati Sultan yang
mulia, dan kewibawaan yang memperbaiki penghidupan, dan akal bagi sesiapa yang nertaqwa
kepada Allah) Al-Kafi: J 8 hal. 241.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan