Syarai3
Islam Juzuk III 7 -10
Kitab Nikah
Ada tiga bahagian:
Bahagian I
Perkahwinan
Kekal
Dilihat dalam beberapa fasal:
Fasal Pertama: Adab
‘aqad, dan pergaulan (Khilwah), dan yang berkaitan keduanya.
Adab ‘aqad (ikatan perkahwinan): Nikah adalah
mustahab bagi sesiapa yang berkeinginan bagi lelaki dan perempuan. Ia juga dialu-alukan
(mustahab) bagi mereka yang tidak menginginkannya; kerana Allah berfirman:
﴿يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ
مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوباً وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ
أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ﴾
Wahai manusia, sesungguhnya
Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan
menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling
kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah
ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui
lagi Maha Mengenal. [Al-Hujuraat 49:13]
iaitu supaya kamu
berkahwin.
Dan dia (as) berkata: (hendaklah kamu
nikah, agar mempunyai keturunan).
Dan baginda (S) bersabda: (seburuk-buruk
kematianmu adalah berseorangan – bujang).
Dan dia (as) berkata: (Apakah faedah
seorang wanita setelah mendapat manfaat daripada Islam, lebih baik daripada sebagai
seorang isteri muslimah, senang jika dilihat, dan taat kepadanya jika
diperintahkan, dan ia memeliharanya jika dia tiada, dirinya dan hartanya).
Adalah mustahab bagi sesiapa yang mahu ‘aqad
(bernikah): untuk meiilih perempuan yang mempunyai empat sifat-sifat ini: mulia
keturunannya, yang masih dara, yang subur, dan yang memelihara kesuciannya. Dan
tidak terhad kepada kecantikan dan kekayaan yang mungkin haram atas keduanya.
Dan selepas itu keduanya hendaklah sholat
dua rakaat dan berdoa dengan doa ma’tsur:
اللهم إني أريد أن
أتزوج، فقدر لي من النساء أعفهن فرجاً، وأحفظهن لي في نفسها ومالي، وأوسعهن رزقاً،
وأعظمهن بركة
(Ya Allah, aku ingin berkahwin, kurniakan
padaku wanita yang berbudi luhur dan menjaga kehormatannya dan dia
memelihara untukku dirinya dan hartaku, luaskanlah rezekinya dan besarkanlah barkahnya),
atau doa-doa yang lain. Dan diisytiharkan (ketika
disaksikan), ucapan (khutbah) sebelum ‘aqad nikah (ikatan perkahwinan), dan diadakan
pada waktu malam.
Fasal Kedua:
Adab pergaulan (Khilwah), dengan.perempuannya, ada dua bahagian:
Pertama: adalah mustahab bagi sesiapa yang
mau mendekati (isterinya) sholat dua rakaat dan berdoa selepasnya, dan jika seorang
wanita diperintahkan untuk berpindah kepadanya, suruhlah dia juga supaya sholat
dua rakaat, dan hendaklah dalam keadaan bersih, dan meletakkan tangannya pada ubun-ubunnya jika mendekatinya, dan
berkata:
اللهم على كتابك تزوجتها، وفي أمانتك أخذتها،
وبكلماتك استحللت فرجها، فإن قضيت لي في رحمها شيئاً فاجعله مسلماً سوياً، ولا
تجعله شرك شيطان
(Ya Allah, Engkau
tuliskan aku berkahwin dengannya, dengan amanah-Mu aku mengambilnya, dengan kata-kataMu
telah dihalalkan kehormatannya (kemaluannya), jika ditentukan untukku sesuatu dalam
rahimnya jadikanlah dia seorang Muslim yang sempurna, dan janganlah jadikan dia
sekutu syaitan),
dan dekatilah (gaulilah) pada waktu malam,
dan jika diajak bersetubuh, mintalah kepada Allah supaya dikurniakan anak lelaki
yang sempurna.
Adalah mustahab: mengadakan jamuan pada
hari perkahwinan sehari atau dua hari, dan mengundang orang-orang mukmin, dan tidak
wajib menghadirinya tetapi mustahab, dan jika hadir makanlah walaupun sedang berpuasa
kerana berkabung. Dan makan apa yang dihidangkan di majlis perkahwinan adalah
dibenarkan, dan tidak boleh diambil tanpa izin keluarganya; serta bercakap atau
saksikan keadaannya..
Kedua: Makruh bersetubuh pada lapan waktu
berikut:
1.
malam gerhana
bulan,
2.
hari gerhana
matahari,
3.
pada waktu zawal
– rembang -tengah hari,
4.
pada waktu
matahari terbenam sehingga hilang senja (merah ),
5.
pada bulan tua
(hujung bulan),
6.
selepas terbit
fajar hingga matahari terbit,
7.
pada malam
pertama setiap bulan kecuali pada bulan Ramadan,
8.
pada malam pertengahan
bulan,
Makruh dalam perjalanan (musafir) jika tiada
air untuk ghusl, dan ketika bertiup angin kehitaman dan kekuningan, dan berlaku
gempa bumi, dan seterus boleh
melakukankannya sebelum ghusl atau wudhuk. Tidak ada yang salah dengan
melakukan hubungan berkali-kali tanpa diselangi, dengan ghusl, dan ia harus ghusl
akhirnya. Dan yang melakukan hubungan perlu dilihat, dan boleh melihat Faraj wanitanya
sekiranya bersetubuh dan lain-lain, dan bersetubuh dari hadapan atau dari
belakang, boleh berkata-kata ketika bersetubuh selain zikir kepada Allah.
Fasal Ketiga: Pada
yang berkaitan keduanya. iaitu:
Yang pertama boleh
melihat wajah wanita yang mahu dikahwininya walaupun tanpa izin wanita itu. Terutama
dibolehkan pada wajah dan tangannya, dan dia boleh mengulangi melihatnya
kembali dan melihatnya pada nilai penternakan (qaimah wa masyiyah).
Begitu juga dibenarkan melihat budak
perempuan yang ingin dibelinya dan pada rambut dan kebaikannya. Ia boleh melihat
wanita ahli kitab dan rambut mereka, tetapi tidak dibenarkan untuk suka-suka
dan tidak untuk kesia-siaan;. Ia boleh dilihat sebagai seorang lelaki sepertinya
kecuali kemaluannya, samada seorang tua atau muda, baik atau hodoh, tetapi ia
tidak dibenarkan melihat untuk suka-suka dan tidak untuk kesia-siaan, Begitu
juga bagi seorang perempuan. Seorang lelaki boleh melihat badan isterinya secara
zahir dan batin, begitu juga bagi perempuan.
Pada asalnya lelaki tidak boleh bertujuan melihat
wanita ajnabiyah (luar) kecuali ia satu keperluan, dan boleh dilihat muka
dan tangannya satu kali dengan hukum makruh, dan tidak boleh mengulangi melihatnya.
Dan begitu juga hukum bagi perempuan. dibolehkan, jika perlu, seperti ia mahu menyaksikannya,
dan terhad kepada tontonan yang terpaksa melihatnya, seperti tabib (doktor) jika
perempuan itu perlukan untuk rawatan. Adapun melihat secara kebetulan yang tidak
bertujuan sebagai hasil daripada kehadiran lelaki dan wanita di suatu tempat, maka
tidak ada masalah dengannya.
Bercakap-cakap di antara lelaki dan wanita
adalah dibenarkan kecuali jika ia sesuatu yang sia-sia dan ditakuti membawa fitnah
yang mesti dielakkan, Dia SWT berfirman:
﴿وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ
أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا
مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلَا
يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاء
بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاء بُعُولَتِهِنَّ أَوْ
إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ
نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُوْلِي
الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى
عَوْرَاتِ النِّسَاء وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ
مِن زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعاً أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ
لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ﴾
Katakanlah kepada wanita yang
beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan
janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari
padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah
menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau
ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka,
atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki
mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam,
atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak
mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti
tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui
perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,
hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. [Al-Nur 24:31]
Apa yang wanita boleh tunjukkan di hadapan orang luar (al-ajnab)
adalah muka, tangan dan kaki. Apa yang boleh ditunjukkan oleh wanita di hadapan
bukan muhrim (al-ajnab) adalah kalung atau rantai (yang
digantung di leher) dan ke bahagian atas, dan bahagian tangan yang perlu dibasuh semasa wudhuk,
pertengahan betis dan ke bawah, dan bagi suami pada seluruh badannya.
Pertama: adalah haram untuk bersetubuh dengan
isteri pada dubur tanpa redhanya, dan makruh dengan izinnya (redhanya).
Kedua: melakukan ‘azl (mengeluarkan mani
diluar faraj) pada wanita yang merdeka jika tidak dinyatakan dalam aqad dan
tidak diizinkan muhrim, dan diwajibkan membayar diyat nuthfah sepuluh dinar.
Ketiga: Tidak dibenarkan seorang lelaki
meninggalkan persetubuhan dengan isterinya selama lebih dari empat bulan.
Keempat: Menggauli wanita sebelum sampai
kesembilan Muharram. walaupun menggaulinya tidak diharamkan, tetapi jika
menolaknya diharamkan dan tidak keluar dari ikatan (perkahwinan).
Kelima: Adalah makruh bagi musafir untuk menjalin
hubungan pada waktu malam (iaitu, bersetubuh dengan isterinya sedang dalam musafir
pada waktu malam).
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan