Perintah Sujud Pertama dan Tauhid
أمر السجود الأول والتوحيد
Dalam
solat harian kita, kita sujud kepada Allah, ini adalah apa yang kita semua tahu
dan tidak berbeza (khilaf) padanya. Tetapi juga, kita percaya bahawa para
malaikat sujud kepada Adam. Dan kita juga percaya bahawa Ya'qub, dan dia adalah
seorang Nabi, dia dan isterinya bersama anak-anaknya, sujud kepada Nabi Allah
Yusuf (as).
Masalah
ini tidak boleh dilupakan oleh mereka yang mencari kebenaran, atau jika tidak,
dia akan kehilangan agamanya dengan sengaja; kerana masalah ini sangat penting
dan berat (serius), kerana sujud berdasarkan fikiran dan tanggapan hari ini
tidak dibenarkan untuk selain dari Allah dan sesiapa yang melakukannya mungkin
akan terjerumus ke dalam syirik dan kufur (kufur) (bermaksud dia akan dituduh
syirik dan kufur oleh kebanyakan orang-orang yang seolah-olah tidak berfikir
atau menggunakan akal mereka. Kita dapati sujud ini telah diterangkan dengan
lengkap,di mana telah berlaku pada malaikat dan Ya’kub (as), dan mereka semua adalah
maksum dan tidak melakukan kesilapan, bahkan sujud ini adalah dengan perintah
Allah. Jadi perkara ini tidak boleh kita biarkan begitu sahaja tanpa memberi
perhatian kepadanya, dan ia tidak boleh kita mengabaikannya disebabkan kita tidak
mampu untuk memahami dan menyedarinya, seperti mana tidak dipedulikan oleh kebanyakan
manusia. Tetapi, orang yang mencari kebenaran mestilah memahami segala-galanya
dalam Agama Allah; kerana Dia Yang Maha Suci tidak pernah melakukan sesuatu
atau menyebut sesuatu untuk kita membiarkannya begitu sahaja tanpa memahaminya
atau memahami hikmah di dalamnya.
Malah,
sujud ini pada hakikatnya menempatkan kita di depan sebuah Kebenaran yang jelas,
dan ia adalah: Sesungguhnya Allah Yang Maha Suci yang telah berfirman kepada
ciptaannya:
اسجدوا لي لأني إلهكم وربكم
Sujudlah
kepada-Ku kerana Aku Tuhan (Ilah) kamu dan Tuhan (Rab) kamu,
Dia
Diri Yang Maha Suci berfirman kepada mereka:
اسجدوا لآدم، واسجدوا ليوسف
Sujudlah
kepada Adam, dan sujudlah kepada Yusuf (as).
Ini
adalah perkara yang sangat berat (serius) dan perlu difahami dengan tepat;
kerana Sujud adalah sikap merendahkan diri, dari seorang yang bersujud,
dan ia menjelaskan kefakiran (serba kurang) yang bersujud, dan kekayaan
pada yang disujud. Dan dengan demikian jelas menunjukkan bersujud kepada
yang disujud melambangkan pengiktirafan Rububiyah –ketuhanan..
Dan
jika kita meletakkan perkara ini dalam bentuk soalan dengan mengatakan: Bahawa
sujud kita kepada Allah mewakili kesungguhan yang dapat kita lakukan untuk merendahkan
diri; supaya kita boleh menunjukkan keperluan dan kekurangan kita, yang bermaksud
bahawa kita beralih kepadaNya supaya Dia menyempurnakan kita dan mengiktiraf RububiyahNya
yang akan dilengkapkan kepada kita. Oleh itu soalannya di sini ialah: Apakah makna
sujud malaikat kepada Adam? Dan apakah makna sujud Ya’kub kepada Yusuf (as) maksudkan?
Adakah ia perkara yang sama, atau berlainan?
Pada
hakikatnya, ia adalah perkara yang sama, dan tiada yang berubah yang
ditunjukkan pada sujud, yang bersujud kepada yang disujud,
maka sujud adalah sama dan yang disujud adalah sama. Ya, yang berubah orang yang
disujud, kerana Ya’kub contohnya bersujud kepada Allah dan bersujud
kepada Yusuf, jadi yang tidak berubah hanyalah orang yang bersujud. Dan
tidak ada perbezaan di antara sujud yang pertama tunjukkan dengan sujud yang
kedua tunjukkan, Untuk sujud yang pertama menunjukkan Ya’kub menyembah tuhan
dan mengiktiraf (mengaku) RububiyahNya, kemudian seperti itu jugalah sujud
kedua. Oleh itu, sujud ini menunjukkan dan menjelaskan dengan lengkap bahawa
Allah SWT ingin mengatakan bahawa Aku mengetahuinya, dan sesiapa yang inginkan
makrifat Lahut-Ku hendaklah mengetahunya, dan sesiapa yang inginkan
makrifat Rububiyah hendaklah mengetahunya..
Dan
sebenarnya ini adalah satu nikmat yang besar, dan saya telah menjelaskan
kehebatannya sebelum ini apabila saya berkata: Sesungguhnya Makrifat (mengenal)
Rahmah Mutlak tidak mungkin bagi kita, tetapi kita mengenal dengan Makrifat
Rahmat yang dekat dengan Rahmah Mutlak. Dan setiap kali Rahmat ini lebih dekat
kepada Rahmat Mutlak, makrifat kita akan menjadi lebih besar. Itulah sebabnya,
nikmat yang lebih besar atas penciptaan iaitu Khalifah-khalifah Allah di bumi-Nya;
Karena mereka mengenal dan mengesakan Allah..
Dari
Imam Al-Ridha (as), dalam Kaifiat Ziarah Al-Anbiak wal Aushiak (as), beliau (as)
berkata:
(اَلسَّلامُ
عَلى اَوْلِياءَ اللهِ وَاَصْفِيائِهِ
Salam
ke atas Auliak Allah dan yang dipilih-Nya,
اَلسَّلامُ عَلى اُمَناءِ اللهِ وَاَحِبّائِهِ
Salam
ke atas amanah Allah dan kekasihNya
اَلسَّلامُ عَلى اَنْصارِ اللهِ
وَخُلَفائِهِ،
Salam
ke atas penolong Allah dan para khalifah-Nya,
اَلسَّلامُ عَلى مَحالِّ مَعْرِفَةِ اللهِ،
Salam
ke atas hentian makrifah Allah,
اَلسَّلامُ عَلى مَساكِنِ ذِكْرِ اللهِ
Salam
ke atas rumah-rumah yang mengingati Allah,
اَلسَّلامُ عَلى مُظْهِرى اَمْرِ اللهِ
وَنَهْيِهِ،
Salam
ke atas yang menzahirkan perintah Allah dan apa yang dia cegah,
اَلسَّلامُ عَلَى
الدُّعاةِ اِلَى اللهِ
Salam
ke atas yang menyeru kepada Allah,
اَلسَّلامُ عَلَى الْمُسْتَقِرّينَ فى
مَرْضاتِ اللهِ
Salam
ke atas yang menetapkan keridhaan Allah,
اَلسَّلامُ عَلَى الُْمخْلِصينَ في طاعَةِ
اللهِ
Salam
ke atas keluarga yang ikhlas yang taat pada Allah,
اَلسَّلامُ عَلَى الَّذينَ مَنْ والاهُمْ
فَقَدْ والَى اللهَ، وَمَنْ عاداهُمْ فَقَدْ عادَى اللهِ، وَمَنْ عَرَفَهُمْ
فَقَدْ عَرَفَ اللهَ، وَمَنْ جَهِلَهُمْ فَقَدْ جَهِلَ اللهَ، وَمَنِ اعْتَصَمَ
بِهِمْ فَقَدِ اعْتَصَمَ بِاللهِ، وَمَنْ تَخَلّى مِنْهُمْ فَقَدْ تَخَلّى مِنَ اللهِ
عَزَّ وَجَلَّ، وَاُشْهِدُ اللهَ اَنّى سِلْمٌ لِمَنْ سالَمْتُمْ، وَحَرْبٌ لِمَنْ
حارَبْتُمْ، مُؤْمِنٌ بِسِرِّكُمْ وَعَلانِيَتِكُمْ، مُفَوِّضٌ فى ذلِكَ كُلِّهِ
اِلَيْكُمْ، لَعَنَ اللهُ عَدُوَّ آلِ مُحَمَّدٍ مِنَ الْجِنِّ وَالاْنْسِ
وَاَبْرَأُ اِلَى اللهِ مِنْهُمْ، وَصَلَّى اللهُ عَلى مُحَمَّدٍ وَآلِهِ)
Salam
ke atas yang memberi mereka petunjuk, mereka akan menuju Allah, Sesiapa yang memusuhi
mereka akan memusuhi Allah, dan Sesiapa yang mengenal mereka akan mengenal Allah,
dan Sesiapa yang jahil tentang mereka akan jahil tentang Allah, dan Sesiapa
yang pegang mereka akan memegang Allah, Sesiapa yang meninggalkan mereka telah
meninggalkan Allah Azza wa Jalla. Dan aku bersaksi Allah akan selamatkan
sesiapa yang selamatkan mereka, dan akan memerangi sesiapa yang memerangi mereka,
dan beriman dengan rahsia kamu dan atas niat kamu, Perwakilan dalam kesemuanya padaMu.
Semoga Allah melaknat musuh-musuh Keluarga Muhammad dari jin dan Manusia, dan
semoga Allah berselawat ke atas Muhammad dan keluarga baginda ) [Mann la
yahdaruhu Al-Khatib: jilid 2, halaman 608. Dan Ziyarah ini dalam Al-Kafi, dan
Al-Tahdhib, dan Kamel Al-Ziyarah]
Dan
untuk itu Allah telah memanggilnya "kenikmatan"
﴿لَتُسْأَلُنَّ
يَوْمَئِذٍ عَنِ النَّعِيمِ﴾
{kamu
pasti akan ditanya pada hari itu tentang kenikmatan.} [ Surah Al-Takathur 102:8
].
Dan
malaikat-malaikat telah mengetahui kenikmatan ini apabila Adam mengajar mereka
apa yang mereka jahil tentang, (قال
أنبئهم بأسمائهم) - {KataNya
ceritakan kepada mereka nama-nama semuanya}, maknanya, mereka mengenal Allah dan
Nama-nama Allah. Jadi Adam adalah jalan di mana para malaikat belajar hakikat
Nama-nama, Maka
yang telah mengenalkan mereka
adalah hakikat bukan lafadz atau makna. Dan mereka selepas
mengenal dari
Adam Nama-nama,
mereka mengetahui bahawa ciptaan Adam adalah satu nikmat yang dinikmatkan Allah
kepada mereka. Adapun Malaikat adalah makhluk daripada Rahmat, sebagai contoh, adalah
diketahui Rahmat Mutlak dengan Keupayaan Dia SWT, tetapi apabila Adam (as) telah
diwujudkan, yang ditajallikan dalam Rahmat dengan shurah (bentuk rupa) yang
lebih besar dan yang lebih hampir dengan Rahmat Mutlak, maka barulah Malaikat
ini mengenal hakikat Rahmat Mutlak dengan mengetahui ketidakmampuannya pada makrifat
Rahmat Mutlak.
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan