Al-Tauhid
التوحـيد
Hakikat
Tauhid tidak akan terhenti pada sifat-sifat yang menghimpunkan nama-nama Allah,
jadi Kalimah "
لا
إله إلا الله- la ilah illa Allah (Tiada
Tuhan melainkan Allah )" bukan akhir (penamat) bagi Tauhid, sebaliknya, ia
adalah permulaan kepada Tauhid. Dan akhir bagi Tauhid dan Hakikat Tauhid adalah
(Dia) [atau هو -
Huwa dalam bahasa Arab]. Dan seperti yang saya telah bentangkan sebelum ini,
ini "ه" (atau huruf الهاء - "Haa'" yang merupakan huruf pertama perkataan "Huwa")
adalah untuk mengiyakan (mengesahkan), dan "و" (atau huruf "واو - wau")
adalah untuk keghaiban yang Ghaib itu. Sesungguhnya Dia adalah Saksi Yang Ghaib,
Maha Suci lagi Maha Tinggi dan dari apa yang mereka sekutukan. Dan kerana itu,
Surah Al-Tauhid (Al-Ikhlas) adalah {
قل
هو- Katakanlah Dia}, dan selebihnya adalah ulasan, perincian
dan penjelasan. Dan seperti yang telah saya jelaskan, Allah atau Kota
Kesempurnaan Ilahiyah hanya satu Tajalli untuk Hakikat dan Realiti (هو - Dia), dan "الله -
Allah" adalah sifat bagi-Nya SWT yang menghadap dengannya penciptaan-Nya untuk
dikenal, dan bukan (هو - Dia) SWT.
Dan
apa yang dituntut daripada manusia adalah Martabat Tauhid ini, Martabat Hakikat
dan Realiti (al-haqiqah wa al-kunh); kerana ia mewakili bagi menafikan sifat-sifat
dari-Nya Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi dan dengan ikhlas sepenuhnya kepada Dia
SWT dalam ibadah hakiki dan sujud yang hakiki, dan yang lain dari ibadah dan keikhlasan
ini dan juga hala tuju (matlamat) ini tidak pernah bebas daripada syirik dalam martabat
tertentu.
Oleh
itu, Ketuhanan (Uluhiyah) adalah wajah-Nya SWT yang Dia telah hadapkan kepada penciptaan-Nya,
apa yang sesuai untuk mereka dan apa yang sesuai untuk keadaan mereka, kerana
mereka adalah penciptaan dan sifat mereka serba kurang dan lemah. Oleh itu, apa
yang sesuai adalah bahawa Allah SWT menghadapi mereka dengan Kesempurnaan
supaya mereka boleh berpaling kepada-Nya dan memenuhi kekurangan mereka dan mengenali-Nya
dengan martabat tertentu melalui jalan permulaan dalam makrifat ini, dan itu
adalah makrifat Kesempurnaan mutlak melalui memenuhi kekurangan dalam halaman
kewujudan manusia yang tidak lengkap. Oleh itu, dengan menghadkan makrifat (mengenal)
Ketuhanan (Uluhiyah) adalah kejahilan, kelemahan dan kehilangan yang besar. Bahkan,
manusia perlu (mesti) menjadikan matlamat makrifatnya adalah makrifat (mengenal)
Hakikat dan Realiti yang kita boleh namakan sebagai Hakikat Makrifat,
dan mungkin hakikat akhir makrifat dinisbahkan pada makhluk yang dicipta;
kerana ia adalah makrifat yang tidak mampu dicapai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan