Selasa, 4 Mac 2014

Soalan 129: Siapakah Al Muqarrabun

Soalan 129:
Dia SWT berfirman:

﴿أُولَئِكَ الْمُقَرَّبُونَ * فِي جَنَّاتِ النَّعِيمِ * ثُلَّةٌ مِنَ الْأَوَّلِينَ * وَقَلِيلٌ مِنَ الْآخِرِينَ﴾

{Mereka itulah yang dekat (kepada Allah). * Berada dalam jannah kenikmatan. * Segolongan besar dari orang-orang yang pertama, * dan segolongan kecil dari orang-orang yang kemudian} . [1]

Siapakah orang-orang yang didekatkan? Dan mereka yang pertama? Dan siapa orang-orang yang datang kemudian ? Dan mengapa golongan yang banyak (kumpulan besar) dari kalangan pertama manakala sebilangan kecil dari orang yang datang kemudian?

Jawapannya:
Dengan nama Allah , Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang
Segala puji-pujian tertentu bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat Allah ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi .

Orang-orang yang didekatkan (Al Muqarrabun): Mereka adalah tujuh puluh ribu Syiah [pengikut] Ali bin Abi Talib (as), atau: manusia yang lengkap yang disebut di dalam Al-Quran, dan di kalangan mereka adalah sebahagian daripada nabi-nabi, Rasul-rasul, dan Imam-imam (as) [2], dan sebahagian dari umat Muhammad (sawas) seperti Salman, Malik Al Asytar dan 313 sahabat Imam Al Mahdi (as) [3].

Dan Pertama (Al-Awwalun): mereka adalah umat dahulu, dan di antara mereka sebahagian besar dari Nabi-nabi dan Rasul, dan mereka (124) ribu nabi, dan di antara mereka banyak yang didekatkan (Al-Muqarrabun).

Dan orang-orang yang datang kemudian (Al-Akharun): mereka adalah umat Muhammad (sawas), dan di antara mereka adalah sekumpulan orang yang dekat, jauh lebih sedikit daripada bilangan yang wujud dari umat dahulu, dan orang-orang yang sebahagian besarnya adalah nabi dan rasul.

Dan orang-orang yang didekatkan daripada umat dahulu, dan mereka adalah nabi dan Rasul, jika dibandingkan dengan bilangan anak-anak Adam maka bilangan mereka adalah sedikit, mereka adalah kumpulan kecil, dan untuk itu mereka telah digambarkan sebagai kumpulan besar, kerana mereka puluhan ribu berbanding dengan berbilion-bilion manusia.

Adapun (Al-Muqarrabun) dari umat Muhammad (sawas), bilangan mereka adalah sedikit berbanding dengan kumpulan ini daripada umat dahulu, kerana mereka adalah beratus-ratus berbanding dengan orang-orang yang didekatkan daripada umat dahulu dan mereka berpuluh-puluh ribu, dan dalam perbandingan kepada anak-anak Adam dan mereka adalah berbilion-bilion.

Dan juga, orang-orang yang didekatkan (Al-Muqarrabun) adalah Syiah Nabi Allah Muhammad (sawas), dan dalam hal ini, termasuk di antara mereka pemimpin mereka dan tuan mereka Ali (as), jadi dia dan [kaumnya] sendiri menjadi beberapa dari orang-orang yang datang kemudian.

✡✡✡✡✡

---------
[ 1] Surah Al Waqi'ah ( surah 56) : 11-14
[2 ] Dan dari Hadis tentang ini adalah Imam Al Sadiq (as) berkata: (dan sesungguhnya dari kalangan Syiah ialah Ibrahim), Beliau berkata: (Ibrahim adalah dari Syiah Ali, dan [walaupun] para nabi adalah dari Syiah [Ibrahim as]). Mashareq Anwar Al Yaqeen oleh Al Hafez Ragab Al Barsi : halaman 288
[3 ] Dan nampaknya ini adalah tujuh puluh ribu orang yang akan masuk syurga tanpa hisab dalam riwayat berikut:
Nabi Allah (sawas) bersabda: "Tujuh puluh ribu dari kalangan umatku akan masuk ke syurga tanpa hisab, kemudian dia berpaling kepada Ali dan berkata : mereka adalah Syiah kamu dan kamu Imam mereka." Rawdat Al Wa'etheen untuk Al-Nisabur : halaman 297

Tiada ulasan: