Wahabi
Juga Cuai Dalam Batas-Batas Sempadan Tauhid
الوهابيون أيضاً يفرِّطون بحدود التوحيد
Fahaman
Wahabi juga seperti Agama Kristian, kerana mereka juga adalah dari orang-orang
yang berada dalam kelalaian (kecuaian) daripada sempadan Tauhid, dalam satu
lagi aspek daripada kepercayaan mereka, dan yang paling kurang yang boleh
dikatakan tentangnya adalah bahawa mereka menghadkan Allah dan membahagi-Nya,
dan oleh itu, mereka membuat Dia seperti Penciptaan-Nya sendiri, Maha Suci
Allah dan Maha Tinggi Dia dari semua itu. Maka, jika orang Kristian telah mengangkat
manusia, dan dia adalah Nabi Isa (as), sehingga mengatakan dia adalah Allah, Maha
Suci Allah dan Maha Tinggi Dia dari yang demikian itu, maka Wahabi telah
mengikuti mereka pada jalan yang sama, tetapi mereka telah menjadikan Allah SWT
dalam menggambarkan sifat Penciptaan, dan menggambarkan sifat-sifat pada
jisim-jisim, dan menghadkan dengan sempadan alam Penciptaan, Maha Suci Allah
dan Maha Tinggi Dia dari semua itu.
Dengan
itu, pada hakikatnya, orang Kristian telah berkata bahawa manusia adalah Allah,
dan Wahabi telah berkata bahawa Allah adalah manusia apabila mereka menyifatkan-Nya
dengan sifat-sifat manusia. Sesungguhnya, ini adalah jalan Pagan (Kuno) lama
yang malangnya hampir tidak pernah pupus di mata masyarakat manusia, [1]
-----------------
[1]
Jika mereka tidak dapat membuat berhala dari batu-batu dan mengatakan bahawa batu-batu
ini adalah imej Tuhan Mutlak, mereka menjadikan manusia itu sendiri sebagai
berhala seperti yang telah dilakukan oleh orang-orang Kristian, dan jika mereka
tidak dapat berbuat demikian, mereka menjadikan Allah SWT sebagai berhala,
seperti apa yang telah dilakukan oleh Wahabi dan juga orang-orang Yahudi. Dan
walaupun sebilangan besar Anbiak dan Aushiak telah diutus dari kalangan mereka,
pada akhirnya para ulamak sesat berjaya menyelewengkan mereka dari jalan Allah,
sehingga menjadikan mereka menjadikan ulamak sesat sendiri sebagai berhala,
bermula dari pengubahan (bid’ah) bertaqlid (meniru ulama), atau bid’ah yang [mengatakan]
bahawa ulamak sesat adalah pewaris para Nabi dan Aushiak (as). Dan hasilnya,
mereka telah bertukar ke arah menjadikan ulamak berhala sebagai ikutan mereka
secara membuta tuli, sehingga ulamak telah meletakkan kepercayaan mereka yang
sesat dan rosak dengan mereka menghalalkan apa yang Haram di sisi Allah, dan
mereka mengharamkan apa yang dihalalkan Allah, dan dengan itu [pada hakikatnya]
menyembah ulamak sesat selain Allah.
Dan
para Imam Syiah, kerana tidak dapat berjuang menentang kerosakan yang dilakukan
oleh sesetengah ulamak yang tidak beramal tidak dapat mengheret agama kepada
paganisme (kuno) dengan mudah, tetapi mereka berjaya untuk memintasnya selepas para
imam (AS), sehingga menyembah semula berhala dengan pengertian yang lain
melalui pemujaan ulamak sesat yang tidak beramal yang malangnya pada hari ini
mengabdi selain dari Allah dengan ajaran bid'ah iaitu aqidah bertaklid (kepada
ulamak), Manusia didorong untuk menjadikan mereka seperti binatang yang tidak
berfikir atau mencari kebenaran dari apa yang mereka dakwa sebagai Fatwa dan
membuat undang-undang dengan memutarbelitkan isi Kitab dan meletakkan ajaran
akidah pemujaan kuasa daripada apa yang telah diturunkan oleh Allah. Pada hal
para Imam (as) telah melarang mengikut yang lain dari yang ma'sum, seperti yang
telah dilarang oleh para nabi dan Aushiak (as) kepada mereka, dan mereka telah
menjelaskan bahawa taqlid selain daripada ma'sum adalah jalan pagan (jahiliah)
yang diambil oleh ulamak-ulamak sesat bangsa Yahudi pada masa lalu selepas para
nabi (as), dan mereka telah melarang Syiah mereka daripada mengikuti
orang-orang yang mengambil jalan Yahudi Kuno yang tercemar.
Al-Shadiq
(as) berkata: (Berhati-hatilah dengan taqlid (ikut membuta tuli), iaitu bagi
yang mengambil agamanya maka dia telah binasa. Allah SWT berfirman:
اتَّخَذُوا أَحْبارَهُمْ وَرُهْبانَهُمْ أَرْباباً مِنْ
دُونِ اللَّهِ
{Mereka
menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain
Allah} dan demi Allah, mereka tidak solat dan tidak puasa kerana mereka, tetapi
mereka menghalalkan yang Haram, dan mereka mengharamkan yang Halal, maka
bertaklid kepada mereka seperti itu, adalah menyembah mereka tanpa disedari. [Tashih
Al-iktiqad - oleh Sheikh Al- Mufid, halaman 73]
Ajaran
Wahabi menjisimkan (menjasadkan), atau sekurang-kurangnya boleh dikatakan ialah
bahawa iktikad mereka tentang Ketuhanan melazimkan jisim dan jasad, kerana
mereka telah mengatakan Allah bertangan dan berjari dan berkaki dan Dia duduk
di atas Arasy dan... lain-lain [2]
-----------------
[2]
Baca Lampiran 3, contoh-contoh, dan semak semula beberapa Fatwa Al-Albani, dan
Fatwa Ibn Baz dan Ibn Jibrin dan Ibn ‘Uthaimain dan lain-lain daripada mereka
dari ulama Wahabi. Dan lihat apa yang Imam-imam Wahabi telah tulis supaya saudara
boleh dapatkan keterangan mereka bahawa Allah mempunyai tangan kanan dan tangan
kiri dan jari, Maha Suci Allah dan Maha Tinggi Dia daripada apa yang mereka katakan,
dan saudara akan dapati kemunculan mudah yang jelas dan bahawa Allah di langit,
dan bahawa adalah betul (sah) untuk bertanya mengenaiNya "Di mana?",
dan bahawa adalah Dia bersemayam di 'Arasy. Dan sesungguhnya mereka telah menghadkan-Nya
dengan sempadan makhluk yang dicipta Allah ini Maha Suci dan Maha Tinggi Dia
daripada apa yang mereka katakan
(لَقَدْ
جِئْتُمْ شَيْئاً إِدّاً * تَكَادُ السَّمَاوَاتُ يَتَفَطَّرْنَ مِنْهُ
وَتَنْشَقُّ الْأَرْضُ وَتَخِرُّ الْجِبَالُ هَدّاً) مريم
{Sesungguhnya
kamu telah mendatangkan sesuatu perkara yang sangat mungkar, * hampir-hampir
langit pecah karena ucapan itu, dan bumi terbelah, dan gunung-gunung runtuh,}
[Surah Maryam 19:89-90]
Rujuk
Fatwa Al-Albani dan Fatwa Ibn Baz dan Ibn Jibrin dan Ibn ‘Uthaimain dan
lain-lain dari para ulama Wahabi.
Dan
Imam mereka Ibn Taimiyyah mengatakan dalam ‘Kitab Al-'Aqidah Wasitiyah’: “Dan
termasuklah juga apa yang telah kita sebut tentang beriman dengan-Nya dan
Kitab-kitabNya dan Malaikat-malaikat-Nya dan Rasul-rasul-Nya, dan Iman bahawa
orang yang beriman akan melihatNya pada Hari kiamat, dengan mata mereka seperti
mana mereka melihat matahari bersinar tanpa awan padanya, dan seperti mana mereka
melihat bulan pada malam Al-Badr (bulan penuh), mereka tidak akan ragu-ragu
melihat Dia SWT apabila mereka diperlihatkan pada hari kiamat, kemudian mereka
akan melihatNya selepas mereka masuk Syurga.” [3]
---------------------
[3]
Ibn Taimiyyah - Kitab Al-'Aqidah Wasitiyah - Bab (kewajipan beriman kepada
(akan) orang-orang yang beriman melihat kepada Tuhan mereka pada hari kiamat,
dan tempat-tempat untuk melihat.)
Perhatikan
ucapan Ibn Taimiyyah “akan melihatNya dengan mata mereka”, dan
memberi perhatian bahawa melihat dengan mata tidak berlaku melainkan ke arah
tertentu, dan juga salah seorang daripada ulamak besar mereka, dan dia Ibn
Jibrin, telah menjelaskan bahawa Allah sedang melihat ke arah [tertentu].[4]
-----------------------
[4]
Ibn Jibrin berkata dalam satu ulasannya dalam Kitab Lima’at Al-I’tiqad oleh Ibn Qudamah : “Adapun melihat
di akhirat, Ahli Sunnah telah membuktikan bahawa ia adalah yang melihat secara
terang-terangan, bahawa orang yang beriman di dalam syurga melihat Allah Ta’ala
dan menziarahi-Nya, dan Dia bercakap kepada mereka dan mereka bercakap
dengan-Nya.... itulah yang kita tahu tentang ajaran Ahlul Sunnah, jadi kita
mengatakan bahawa mereka melihat-Nya ke arah [tertentu]? Tidak syak lagi yang
melihatNya dari atas mereka, dan mereka melihat-Nya dengan penglihatan sebenar,
dan melihat bertentangan seperti yang mereka kehendaki, dan bahawa bukti-buktinya
jelas, dan antara yang paling jelas daripada mereka adalah kata-kata Jari: (seperti
mana mereka melihat bulan pada malam Al-Badr (bulan penuh) atau (seperti kamu melihat
bulan ini )..... untuk maklumat lanjut sila baca Lampiran (3)
Perkara
itu terjadi disebabkan tafsiran mereka yang salah kepada sebahagian perkataan Mutasyabihat
dalam Kitab Samawiyah (Kitab Allah), mereka telah jatuh kepada kesesatan akidah-akidah
(seperti) ini.
Kerana
Ibn Taimiyyah dan orang-orang sepertinya tidak memahami Al-Quran dan mereka juga
tidak memahami ucapan para Nabi (as) dan di antara mereka adalah Muhammad
Rasulullah (sawas),
dan mereka bercakap dengan kelaziman (perlambangan) dan menurut hakikat (realiti)
Alam
Malakut (al-Malakutiyah) dalam kebanyakan keadaan, seperti mana Allah berkata kepada
hamba-hambaNya melalui Wahi Samawi dalam penglihatan (mimpi) [5]
dan al-Kasyaf (yang didedahkan, dipaparkan), dan Allah SWT tiada sesuatu yang
sama denganNya, dan (ucapan) Kalam-Nya tidak serupa dengan ucapan manusia, untuk
mereka mengukur Kalam-Nya dan mentafsirnya sebagaimana mentafsir kata-kata
manusia. Itu adalah seperti kelakuan mereka yang jahil yang mendakwa berilmu. Telah
berkata Imam Ali (as):
(... Berhati-hatilah
dengan mentafsirkan al-Quran mengikut pendapat kamu sehingga kamu memahaminya
dari ulamak (yang berilmu).[6],
kerana
mungkin ia kelihatan serupa dengan ucapan manusia tetapi ia adalah (ucapan)
Kalam Allah dan makna takwilnya tidak sama dengan tafsiran ucapan manusia, sebagaimana
tidak ada satu pun daripada ciptaan-Nya sama denganNya, oleh itu, tidak ada
satu perbuatan pun yang sama dengan perbuatanNya Tabaraka Wa Ta’ala dengan
perbuatan manusia, dan apa-apa dari (ucapan) Kalam-Nya adalah sama dengan
ucapan manusia, Maka untuk (ucapan)
Kalam Allah Tabaraka Wa Ta’ala adalah sifatNya, dan ucapan manusia adalah perbuatan
mereka. Jadi tidak sama Kalam Allah dengan ucapan daripada manusia, yang akan
menghancurkan kamu dan menyesatkan kamu.) [7]
-----------------------
[5]
Allah SWT berfirman:
(وَقَالَ
الْمَلِكُ إِنِّي أَرَى سَبْعَ بَقَرَاتٍ سِمَانٍ يَأْكُلُهُنَّ سَبْعٌ عِجَافٌ
وَسَبْعَ سُنبُلاَتٍ خُضْرٍ وَأُخَرَ يَابِسَاتٍ يَا أَيُّهَا الْمَلأُ أَفْتُونِي
فِي رُؤْيَايَ إِن كُنتُمْ لِلرُّؤْيَا تَعْبُرُونَ)
{Raja
berkata: "Sesungguhnya aku bermimpi melihat tujuh ekor sapi betina yang
gemuk-gemuk dimakan oleh tujuh ekor sapi betina yang kurus-kurus dan tujuh
bulir (gandum) yang hijau dan tujuh bulir lainnya yang kering". Hai
orang-orang yang terkemuka: "Terangkanlah kepadaku tentang ta'bir mimpiku
itu jika kamu dapat menta'birkan mimpi".} [Surah Yusuf 12:43],
dan
Yusuf mentafsirkan lembu bermaksud tahun, dan kelemahan dan lemak bermakna
kebuluran/kemarau dan kesuburan. Jadi ini adalah kata-kata Allah, dan AuliakNya
yang paling tahu mengenainya dan mereka tahu apa yang dimaksudkan darinya. Kerana
Kalam Allah tidak serupa dengan ucapan makhluk, maka Allah SWT [walaupun] dalam
perkara yang paling berbahaya, dan ia adalah perlantikan washiy Ya’kub (as),
Dia menggunakan perlambangan (simbol) dalam KalimahNya dengan Yusuf dan Ya’kub
(as), Dia, SWT berfirman:
(إِذْ
قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَا أَبتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَباً
وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ)
{(Ingatlah),
ketika Yusuf berkata kepada ayahnya: "Wahai ayahku, sesungguhnya aku
bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud
kepadaku".} [Surah Yusuf 12:4].
Jadi
selepas ini, adakah ibn Taimiyyah dan yang lain-lain daripada dia berani
mendakwa bahawa mereka mampu memahami kata-kata Allah dan apa yang dimaksudkan
darinya!
[6]
Ulamak (yang berilmu) adalah Muhammad dan Keluarga Muhammad (as) dan para Nabi dan
Aushiak (as) seperti yang telah disebut dalam banyak riwayat (hadits).
[7
] Al-Tauhid- Sheikh Al-Shaduq : halaman 246. Al-Burhan: jilid 1, halaman 46
Jadi
Wahabi telah menyimpang kepada menjisimkan (menjasadkan) [Allah] disebabkan
tidak wujudnya ma'sum, kerana mereka telah merujuk kepada pemahaman mereka
sendiri dan kepada ulamak yang tidak beramal dalam memahami riwayat dan
Al-Quran, dan mereka telah menentang Nabuwah Ahlil Bait Keluarga Muhammad (as)
yang mereka telah diperintahkan untuk mengikutinya dan mengambil apa sahaja
dari mereka:
﴿قُل
لَّا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ أَجْراً إِلَّا الْمَوَدَّةَ فِي الْقُرْبَى وَمَن
يَقْتَرِفْ حَسَنَةً نَّزِدْ لَهُ فِيهَا حُسْناً إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ شَكُورٌ﴾
{....Katakanlah
[Ya Muhammad], "Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku
kecuali kasih sayang pada kerabatku". Dan siapa yang mengerjakan kebaikan
akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah
Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.} [Surah Al-Syura 42:23]
.
Dan
kasih sayang adalah cinta dan ketaatan - tetapi mereka tidak mengambil dari
keluarga Muhammad dan telah mengambil dari orang-orang yang tidak bersetuju
dengan mereka (menentang mereka).
Dan
oleh itu, mereka telah sesat, dan diselewengkan oleh ulamak mereka yang tidak beramal
telah dan menyesatkan mereka dan menjadikan mereka jatuh ke dalam menjisimkan
(menjasadkan) [Allah], dan mengatakan bahawa Allah mempunyai kaki dan muka dan dua
tangan dan yang memandang dengan mata ke arah ... dan sebagainya, berdasarkan
pemahaman mereka kepada beberapa ayat-ayat al-Quran al-Karim; seperti Firman-Nya,
Yang Maha Tinggi:
﴿يَوْمَ يُكْشَفُ عَنْ
سَاقٍ﴾
{Pada
hari betis disingkapkan} [Surah Al-Qalam 68:42]
Firman-Nya,
Yang Maha Tinggi:
﴿وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ
نَاضِرَةٌ * إِلَى رَبِّهَا نَاظِرَةٌ﴾
{Wajah-wajah
pada hari itu berseri-seri.* Kepada Tuhannyalah mereka melihat.} [Surah
Al-Qiaamah 75:22-23].
Dan
ini adalah kepercayaan (akidah) batil (palsu) dan begitu jelas dalam
pembohongan mereka dan membuktikan kepalsuan mereka yang tidak memerlukan usaha
yang lebih. [8]
---------------------
[8]
Oleh kerana pertimbangan mereka untuk menghadkan Ketinggian Allah Yang Maha
Suci dari had (sempadan), seperti yang bertangan dan berkaki dan yang datang
dan pergi yang semua ini bergantung kepada menunjukkan yang terdiri dari bahagian-bahagian
dan menunjukkan adanya kekurangan dan keperluan, dan bahawa yang di sekeliling
adalah lebih sempurna dan lebih kaya, maka yang bertangan dan berkaki mestilah
kepada makhluk yang dicipta, dan yang sedang memandang ke arah tertentu mestilah
makhluk yang dicipta, dan yang datang dalam naungan awan mestilah makhluk yang
dicipta, dan ia adalah Muhammad (sawas) dan juga Al-Qa'im (as) seperti yang
telah dibentangkan. Dan Wahabi menganggap bahawa setiap perkataan yang
mengatakan "Tuhan" ertinya Al-Lahut Al-Mutlaq (Tuhan Mutlak) dan Ar-Rab
Al-Mutlaq (Ketuhanan Mutlak) Yang Maha Suci ini. Jadi di manakah ia dari
Al-Quran dan segala yang yang telah dinyatakan dengan jelas di dalamnya
mengenai perkataan "Tuhan ", dan saya telah menjelaskan ini sebelum
ini dalam tajuk الألوهية – Uluhiyah:
(kita dapati Yusuf (as) di dalam Quran, dan dia adalah seorang nabi,
menerangkan Firaun sebagai رب - tuan
seorang lelaki yang menuangkan arak
(وَقَالَ
لِلَّذِي ظَنَّ أَنَّهُ نَاجٍ مِّنْهُمَا اذْكُرْنِي عِندَ رَبِّكَ فَأَنسَاهُ
الشَّيْطَانُ ذِكْرَ رَبِّهِ فَلَبِثَ فِي السِّجْنِ بِضْعَ سِنِينَ)
{Dan
(Yusuf) berkata kepada orang yang diketahuinya akan selamat diantara mereka
berdua: "Terangkanlah keadaanku kepada tuanmu". Maka
syaitan menjadikan dia lupa menerangkan (keadaan Yusuf) kepada tuannya.
Karena itu tetaplah dia (Yusuf) dalam penjara beberapa tahun lamanya.} [Surah
Yusuf 12:42].
dan
juga, Yusuf menerangkan Pembesar Mesir ('Aziz Mishr), yang mengambil atas
dirinya tanggungjawab sara hidup Yusuf dan yang berbelas ihsan kepadanya,
sebagai "
ربي-
tuan saya "
(وَرَاوَدَتْهُ
الَّتِي هُوَ فِي بَيْتِهَا عَن نَّفْسِهِ وَغَلَّقَتِ الأَبْوَابَ وَقَالَتْ
هَيْتَ لَكَ قَالَ مَعَاذَ اللّهِ إِنَّهُ رَبِّي أَحْسَنَ مَثْوَايَ
إِنَّهُ لاَ يُفْلِحُ الظَّالِمُونَ)
{Dan
wanita (Zulaikha) yang Yusuf tinggal di rumahnya menggoda Yusuf untuk
menundukkan dirinya (kepadanya) dan dia menutup pintu-pintu, seraya berkata:
"Marilah ke sini". Yusuf berkata: "Aku berlindung kepada Allah,
sungguh tuan-ku telah memperlakukan aku dengan baik".
Sesungguhnya orang-orang yang zalim tiada akan beruntung.} [Surah Yusuf 12:23]
dan
orang yang telah membuat baik tempat tinggalnya, dalam hal yang jelas dan dalam
dunia nyata ini, adalah Pembesar Mesir ('Aziz Mishr),
(وَقَالَ
الَّذِي اشْتَرَاهُ مِن مِّصْرَ لاِمْرَأَتِهِ أَكْرِمِي مَثْوَاهُ عَسَى أَن
يَنفَعَنَا أَوْ نَتَّخِذَهُ وَلَداً وَكَذَلِكَ مَكَّنِّا لِيُوسُفَ فِي الأَرْضِ
وَلِنُعَلِّمَهُ مِن تَأْوِيلِ الأَحَادِيثِ وَاللّهُ غَالِبٌ عَلَى أَمْرِهِ
وَلَـكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لاَ يَعْلَمُونَ)
{Dan
orang Mesir yang membelinya berkata kepada isterinya: "Berikanlah
kepadanya tempat (dan layanan) yang baik, boleh jadi dia bermanfaat kepada kita
atau kita pungut dia sebagai anak". Dan demikian pulalah Kami memberikan
kedudukan yang baik kepada Yusuf di muka bumi (Mesir), dan agar Kami ajarkan
kepadanya ta'bir mimpi. Dan Allah berkuasa terhadap urusan-Nya, tetapi
kebanyakan manusia tiada mengetahuinya.} [Surah Yusuf 12:21])
Dan
apa yang dimaksudkan daripada ayat-ayat ini [الوجوه الكريمة
الطيبة الناضـرة ناظـرة إلى مربيها] ialah wajah mulia yang berseri yang baik yang melihat ke arah
Murabi-nya, adalah Muhammad
(sawas),
dan itu mendedahkan
(yaksyaf) hakikat Muhammad (sawas) dan keluarga
Muhammad
(as), oleh itu penindas (penzalim) tidak akan mampu untuk sujud dan merendahkah
diri, kerana mereka telah mengikuti Iblis (laknahu Allah) dalam keengganannya bersujud
﴿يَوْمَ
يُكْشَفُ عَنْ سَاقٍ وَيُدْعَوْنَ إِلَى السُّجُودِ فَلا يَسْتَطِيعُونَ﴾
{Pada
hari betis disingkapkan dan mereka dipanggil untuk bersujud; maka mereka tidak
kuasa,} [ Surah Al-Qalam 68:42 ],
Dan
Allah SWT berfirman:
﴿يَدُ اللَّهِ فَوْقَ
أَيْدِيهِمْ﴾
{tangan
Allah di atas tangan mereka} [Surah Al-Fath 48:10],
dan
apa yang dimaksudkan di sini ialah hamba Allah Muhammad (sawas), kerana dia
adalah Allah dalam Penciptaan dan dia adalah orang yang taat setia berikrar
(berbai’ah) dan tangan baginda adalah di atas tangan orang-orang yang berbai’ah
kepadanya.
Dan
Allah SWT berfirman:
﴿هَلْ
يَنْظُرُونَ إِلَّا أَنْ يَأْتِيَهُمُ اللَّهُ فِي ظُلَلٍ مِنَ الْغَمَامِ
وَالْمَلائِكَةُ وَقُضِيَ الْأَمْرُ وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ الْأُمُورُ﴾
{Tiada
yang mereka nanti-nantikan melainkan datangnya Allah dan malaikat dalam naungan
awan, dan diputuskanlah perkaranya. Dan hanya kepada Allah dikembalikan segala
urusan.} [Surah Al-Baqarah 2:210].
Jadi
orang yang datang dalam naungan awan adalah Muhammad (sawas)
di Alam Raj’ah dan
bersamanya adalah Ahlul Bayt dan sebahagian Nabi-nabi (as). Dan ia diketahui
bahawa Muhammad adalah (yang teduh di bawah) naungan awan, dan ada khabar
gembira diberikan dengan huraian ini di dalam Taurat dan Injil tentang Muhammad
Rasulullah dan Al- Qa'im dari keluarga Muhammad [9]
--------------------
[9]
Saudara boleh membaca teks dari Taurat dan Injil dalam Lampiran 4
Seperti
apa yang Fuqahak dan ulamak Wahabi yang tidak beramal (atau orang-orang yang
memanggil diri mereka Salafi) katakan - untuk keluar dari sempadan menjisimkan
(menjasadkan) dan apa yang mengiringi dari kufur dan syirik - bahawa Allah Yang
Maha Suci mempunyai tangan dan jari [10] yang bersesuaian dengan KecantikanNya,
Kesempurnaan dan KeagunganNya, atau seperti yang mereka katakan bahawa Dia
datang sebagaimana Dia kehendaki... dan sebagainya, semuanya palsu dan
nampaknya mereka tidak memahami makna kata-kata mereka, jika tidak, mereka
tidak akan mengatakannya, kerana mereka berkata (dengan tangan dan kaki dan
akan datang dan melihat ke arah-Nya dengan penglihatan [seseorang] dan.... )
adalah palsu dan kufur dan syirik, apa sahaja matlamat (niat) mereka dari segi benda,
jisim (jasad) atau rohani [11], atau tanpa (menanyakan) "bagaimana"
seperti yang mereka katakan. Oleh kerana mereka telah jatuh ke dalam kufur dan
syirik bukan hanya untuk sebab tangan yang mereka telah sahkan dan sifatkan, tetapi
mereka keluar dari sempadan kufur dan syirik dengan (kerana) menafikan Sifat padanya
dengan mengatakan [tanpa (menanyakan) "bagaimana"], tidak juga kerana
alasan bahawa kaki yang mereka telah sahkan tidak lengkap, jadi mereka keluar
dari kufur mereka dan Syirik dengan mengesahkan pada Sifat-sifat Mutlak Ketuhanan
ini dengan mengatakan [yang sesuai dengan Kesempurnaan dan Kecantikan Nya]. Bahkan,
sebab yang mereka telah jatuh ke dalam syirik dan kufur adalah sama seperti
pengesahan mereka pada tangan dan kaki, tidak kira apa sifat atau pertimbangan
yang mereka tambah padanya. Dan itu adalah kerana apabila mereka menjisim pada-Nya
Yang Maha Suci dengan tangan dan kaki, maka sesungguhnya mereka telah menjadikan-Nya
terdiri daripada bahagian-bahagian, dan tiap-tiap bahagian terdiri daripada
bahagian-bahagian adalah boleh dikira, dan Maha Suci Allah dari dibahagikan yang
terdiri bahagian-bahagian dan boleh dikira.
Allah
Yang Maha Suci berfirman :
﴿قُلْ هُوَ اللَّهُ
أَحَدٌ﴾
{Katakanlah
Dialah Allah Yang Esa},
yang
bererti bahawa Zat-Nya tunggal (bersendiri) tidak boleh dibahagikan dan tidak
terdiri daripada bahagian-bahagian untuk Dia mempunyai tangan dan kaki, Maha
Suci dan Yang Maha Tinggi Allah daripada apa yang mereka sekutukan. Dengat
anggapan boleh dikira dan terdiri daripada bahagian-bahagian, adalah jelas dan nyata
menunjukkan syirik kepada sesiapa yang mengesahkannya, kerana ia bermakna
kemajmukan Ketuhanan Mutlak. Maha Suci dan Maha Tinggi Allah daripada apa yang orang-orang
zalim katakan.
------------------------
[10]
Ibn Jibrin berkata: [... Jari-jari adalah di tangan, walau bagaimanapun, ia
tidak perlu seperti jari yang lazim yang ada pada makhluk seperti hujung dan
panjangnya dan sebagainya dan sebagainya, bahkan ia adalah benar-benar tangan
dan ia benar-benar jari pada tangan] kata-kata Ibn Jibrin berakhir. Dan saudara
melihat bahawa mereka tidak berhenti pada mengesahkan bahawa terdapat tangan
kanan dan kiri, sebaliknya, mereka juga mempercayai bahawa Allah mempunyai jari
di tangan. Maha Suci dan Maha Tinggi Allah daripada apa yang diiktikadkan orang-orang
zalim. Saudara boleh semak semula teks-teks lain dalam Lampiran 3.
[11]
Walaupun mereka mengatakan seseorang yang melihat Dia SWT dengan penglihatan
dan mata yang ada pada wajah manusia yang tidak boleh dibayangkan ia adalah
penjelmaan secara terang-terangan. Dan saudara boleh menyemak semula beberapa
perkataan para ulamak Wahabi dalam Lampiran 3
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan