Perjalanan Kemanusiaan di bumi ini, antara Syirik,
Kufur, dan Tauhid
مسيرة الإنسانية على هذه الأرض بين الشرك
والكفر والتوحيد
Dalam
Tauhid mesti ada Keadilan. Dan Keadilan bermakna meletakkan sesuatu pada tempatnya,
Tidak berlebih-lebihan dan tidak cuai. dan kedua-duanya (keterlaluan dan
kecuaian) batil (tidak sah).
Kerana
berlebih-lebihan: dalam had-had Tauhid mendorong manusia rosak dan terkeluar dari
landasanTauhid, Oleh kerana menolak makrifat Allah SWT sebenarnya adalah menafikan
Allah Yang Maha Suci, dan tidak mengenal Allah SWT melainkan dengan WajahNya
iaitu wajah penciptaanNya dan mereka adalah para HujjajNya (as), Aushiak dan Anbiak.
Berlebih-lebihan
(keterlaluan) ini sebenarnya kufur dan syirik, dan juga sekiranya tidak mengaku
dengan yang diiktikadkannya maka ia adalah kufur . Kerana Kekufuran melindungi serta
menutup hakikat (kebenaran) dan menghijabnya, dan orang-orang yang berlebih-lebihan
ini, menutup hakikat (kebenaran) para Nabi dan Aushiak, dan yang dihijab dengannya
dan mengingkarinya maka mereka adalah orang-orang yang Kafir dengannya. Dan
kerana hakikat (kebenaran) ini [Anbiak dan Aushiak] adalah wajah Allah yang
dengannya Dia dikenali [1] dengan itu mereka adalah orang-orang
yang kafir kepada Allah pada hakikatnya dan keadaan kesemua mereka dikira
seiring dalam martabat kufur.
Dan
pada martabat yang paling rendah dengan mengingkari (menafikan) Anbiak dan
Aushiak ini, manusia kehilangan martabat makrifat (mengenal) Allah dan martabat
kesempurnaan. Dan menjadi lebih besar penafian (keingkaran) manusia kepada kebenaran
mereka (as), dan membawa manusia kepada jahil pada Allah SWT; kerana melalui
mereka Dia SWT dikenali.
Dan
manusia yang keluar dari (Kekuasaan) Wilayah mereka (as), dia keluar dari
Wilayah (Kekuasaan) Allah SWT, maka dia menjadi Kafir kepada Allah SWT, kerana dia
telah kufur dalam jalan yang membawa kepada-Nya Yang Maha Suci dan tidak
memberi manfaat kepadanya dakwaan (pengakuan) beriman kepada Allah, kerana dia telah
menentang jalan yang membawa kepada -Nya SWT dan telah mengambil jalan penyakit
yang membawa kepada syaitan.
Dan
sebagai contoh dalam perkara ini: Jika terdapat sebuah ladang dan tempat pembuangan
sampah, dan jalan nombor satu untuk pergi ke ladang tersebut, dan jalan nombor dua
pergi ke tempat pembuangan sampah. Kemudian kamu dapati seseorang berjalan di
atas jalan nombor 2, bagaimanapun, dia mendakwa bahawa dia akan ke ladang
tersebut. Bagaimana kamu ingin sifatkan pada orang itu? Saya fikir aekurang-kurangnya
kamu boleh sifatkan dia adalah seorang pendusta dan menyembunyikan dan menutup
kebenaran, bermakna dia tidak menerima hakikat , sebaliknya, dia juga cuba
untuk menipu orang lain .
Dan
juga الإفراط (keterlaluan
dan berlebih-lebihan) adalah syirik: kerana menyama tarafkan para Hujjaj Allah,
mereka adalah para Nabi dan Aushiak (as), sama dengan orang lain, maka telah disamakan
dengan Wajah Allah dan Nama-nama-Nya Yang Baik (Asmaa’ al-Husna) dengan ciptaan
umumNya, Di mana mereka (as) adalah wajah Allah yang denganNya Dia menciptanya,
dan mereka Asmaa’ al-HusnaNya dalam penciptaan. Maka menyamakan mereka dengan
orang lain yang rendah martabatnya menjadikan manusia hilang martabat kesempurnaan
dan makrifat pada Allah Yang Maha Suci.
Ada
pun martabat yang lebih besar dalam menyama tarafkan mereka dengan orang lain
daripada mereka, maka ini membawa manusia kepada jahil akan Allah SWT, kerana
manusia ini telah dijahilkan oleh mereka yang jahil dari mengenai Allah, menyama
tarafkan mereka dengan mereka yang syirik dalam semua martabat, sebagaimana
mereka ingkar dan kufur dalam semua martabat.[2]
Bagi
التفريط (kecuaian)
ia membawa manusia kepada Syirik; kerana dia memberikan para Nabi dan Aushiak
(as), - mereka dan adalah wajah Allah – Nabi-nabi dan Aushiak (as), Uluhiyah
Mutlak, dan bebas dari Allah SWT dan menjadi terlalu kaya dari-Nya Yang Maha
Suci.
Itu
juga adalah kufur, kerana ia membawa manusia untuk menyembunyikan dan menutup Allah
SWT dan menghijabNya. kerana dia telah membuatNya sama dengan yang lain dari ciptaan-Nya,
dan Allah SWT tidak serupa dengan sesuatu. Dan semua mereka adalah selain-Nya
adalah ciptaan-Nya SWT,
﴿فَاطِرُ
السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجاً وَمِنَ
الْأَنْعَامِ أَزْوَاجاً يَذْرَأُكُمْ فِيهِ لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ
السَّمِيعُ الْبَصِيرُ﴾
{(Dia)
Pencipta langit dan bumi. Dia menjadikan bagi kamu dari jenis kamu sendiri
pasangan-pasangan dan dari jenis binatang ternak pasangan-pasangan (pula),
dijadikan-Nya kamu berkembang biak dengan jalan itu. Tidak ada sesuatupun yang
serupa dengan Dia, dan Dialah yang Maha Mendengar dan Melihat.} [ Surah Al-
Shura 42:11]
Kemanusiaan
di Bumi ini telah goyah antara empat martabat syirik dan kufur . Oleh itu,
keempat-empat darjah syirik dan kufur meliputi setiap anak Adam, kecuali
hamba-hamba Allah yang ikhlas, dan mereka adalah para Nabi dan Aushiak (as), dan
orang-orang yang mengikuti mereka dan mengamalkan ilmu mereka dari al-Ilahiyah yang
lengkap. Sehinggalah mencapai sepuluh martabat iman, dan sepuluh martabat
makrifat dan yang mencapainya sangat sedikit dan hampir tidak disebut sepanjang
perjalanan umat manusia.
Dan
mereka tidak sampaikan Makrifat Ilahiyah Auliak ini tidak juga mereka
meriwayatkan dari Nabi-nabi dan Aushiak (as) kerana mereka telah menghalang
mereka daripada berbuat demikian [3], Di mana manusia (Termasuk mereka
yang beriman dengan mereka (as)) , tidak mempunyai keupayaan untuk
menjalankannya, dan dengan itu hanya dua huruf telah disebarkan di kalangan manusia.
Dan
hari ini, 27 huruf ini mula disebarkan di kalangan manusia – untuk yang beriman
dengannya dari yang beriman dengan Qa'im dan yang ingkar dengannya dari yang
tidak beriman dengan Qa'im - kerana kehadiran ahlinya akan membawa ke zaman
yang berkat ini, dan mereka adalah sahabat al-Qa'im . Dan segala puji bagi
Allah dan keesaannya.
Dan
ia sesuai untuk kita tunjukkan penyelewengan yang memimpin manusia ke dalam
syirik sepenuhnya dan sepenuhnya Kufur, dalam kedua-dua bentuk keterlaluan dan
kecuaian (الإفراط والتفريط) dalam hal sempadan Tauhid, melalui contoh-contoh dari agama-agama
dan mazhab-mazhab .
✡✡✡✡✡
---------------------
[1]
{Semua yang ada di bumi itu akan binasa. * Dan tetap kekal Zat Tuhanmu yang
mempunyai kebesaran dan kemuliaan. } [Surah Al-Rahman 55:26-27]
[2
] Walaupun kata-kata yang jelas, tetapi untuk lebih penjelasan saya berkata:
Tidak semua martabat Kufur dan Syirik manusia terkeluar dari gelung Iman.
[3
] Semak Semula Tambahan (1)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan