Ahad, 9 Mac 2014

Basmalah At-Tauhid


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ اللَّهُ الصَّمَدُ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "DIAlah Allah Yang Maha Esa;
2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
3. "Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan;
4. "Dan tidak ada sesiapapun Yang serupa denganNya".

Basmalah Tauhid

Basmalah adalah pintu Kitab, kerana ia mempunyai luaran (Zahir) dan dalaman (Batin). Dia, Subhananu wa Taala,
berfirman:

يَوْمَ يَقُولُ الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ لِلَّذِينَ آمَنُوا انْظُرُونَا نَقْتَبِسْ مِنْ نُورِكُمْ قِيلَ ارْجِعُوا وَرَاءَكُمْ فَالْتَمِسُوا نُورًا فَضُرِبَ بَيْنَهُمْ بِسُورٍ لَهُ بَابٌ بَاطِنُهُ فِيهِ الرَّحْمَةُ وَظَاهِرُهُ مِنْ قِبَلِهِ الْعَذَابُ

{Pada hari ketika orang-orang munafik lelaki dan perempuan akan berkata kepada orang-orang yang beriman: Tunggulah kami, supaya kami boleh mendapat cahaya daripada cahaya kamu, ia akan berkata: "Baliklah kamu ke belakang, kemudian carilah cahaya (di sana)",. serta diadakanlah di antara mereka (yang beriman dan Yang munafik itu) sebuah tembok Yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (Syurga dan nikmat), dan di sebelah luarnya, dari situ terdapat (neraka) dan azab seksa} [Surah Al-Hadid 57:13]


Pagar itu atau pintu adalah pagar Tauhid, sesiapa yang masuk dengan Basmalah ke dalam Kitab, hendaklah melengkapinya dengan batin Basmalah, ia adalah rahmat itu (Al-Rahman, AL-Rahim atau Yang Maha Pemurah, lagi Penyayang). Dan sesiapa yang berada di luar di mana kegelapan wujud, dia hendaklah menghadapinya dengan Basmalah Zahir, dan itu adalah pembalasan (Al-Wahid, Al-Qahhar, atau Yang Maha Esa, Yang Maha Perkasa).

Oleh itu, Basmalah adalah pagar Batin iaitu (بسم الله الرحمن الرحيم), atau Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang) dan yang Zahir adalah (بسم الله الواحد القهار), atau Dengan nama Allah Yang Maha Esa, Yang Maha Perkasa). Dan (بسم الله الرحمن الرحيم) disebut pada permulaan Surah-Surah, dan tidak disebut pada permulaan Surah Al-Taubah. بسم الله الواحد القهار, - kerana Surah al Taubah adalah ucapan yang ditujukan kepada mereka yang memilih permusuhan dan memerangi Rasulullah (sawas). Dia, Yang Maha Suci, menghadapi ciptaan-Nya dengan rahmat, kecuali bagi mereka yang memilih penindasan dan kerusakan dan kezaliman, maka Allah SWT menghadapi mereka dengan menakluk dan menghukum. Oleh itu, Rahmat adalah pada asalnya pertembungan dan pengahadapan dengan mengecualikan pengagahan (penaklukan)

Dan Basmalah setiap Surah terikat begitu kuat dengan Surah daripada satu sisi, dan terikat dengan Basmalah surah Al-Fatihah dari sisi lain [1].

Dan kerana setiap Basmalah menceritakan tentang satu aspek dari aspek Basmalah Al Fatihah, Basmalah ini dalam surah ini menceritakan tentang Al-Tauhid (Keesaan). Oleh itu, pemahaman dalam Basmalah pada Surah ini berkisar tentang Al-Tauhid (Keesaan), dan di sini ada tiga nama: Allah, Al-Rahman, Al-Rahim (Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang).

Allah adalah nama Zat, atau kesempurnaan ketuhanan, dan Al-Rahman Al-Rahim adalah pintu kepada Zat. Dan dari pintu ini keluar pintu-pintu lain, dan ianya adalah sama dalam beberapa jumlah nama Allah SWT, sebaliknya, Dia menjadikan Al- Rahman pintu dari mana nama-nama Allah SWT keluar, kerana urusanNya dengan rahmat, atau jika tidak, hukuman akan jalankan apabila penciptaan yang mengingati dirinya (keakuannya ) dan melalaikan Tuhannya.

Martabat Tauhid yang pertama adalah: mengetahui bahawa semua nama-nama ini meliputi Zat ketuhanan, yang bermaksud bahawa, Allah adalah Rahman Rahim (Yang Pemurah Penyayang) dan rahmah adalah Zat-Nya, dan, keupayaan dan Kekuasaan pada Zat-Nya.

Dan mengetahui (mengenal) semua nama-nama ini keluar dari pintu rahmah, yang batin adalah Al-Rahim, dan yang zahir adalah Al-Rahman. Dan mengetahui bahawa semua nama-nama ini tidak berasingan daripada Zat, malah, adalah Zat itu sendiri.

Dan makrifat (mengenal) semua nama-nama dan sifat-sifat ini adalah diperlukan pada Penciptaan (makhluk), bagi kewujudannya adalah pada kekurangan makhluk dan bukan pada yang berkaitan dengan Dia SWT. Bahkan, Dia SWT tajalli dengan Zat oleh supaya penciptaan boleh mengenal – kerana Dia SWT adalah perbendaharaan (tersembunyi) maka Dia menciptakan Makhluk supaya Dia dikenal - dan mengenali (makrifat)-Nya, Subahanahu Wa Ta’ala , dengan mengenali Zat, atau Allah, dan makrifat lengkap mengenali-Nya berlaku dengan mengetahui bahawa kamu tidak boleh mengenaliNya yang maha Suci lagi Maha Tinggi atas segala apa yang yang mereka sekutukan, dan tidak boleh mengenaliNya pada  martabat sebenar atau haqiqi – kewujudannya. [(مرتبة الكنه أو الحقيقة – al-kunhu au al-haqiqah)], [2].

Dan makrifat (mengenal) Zat, atau Allah, dihasilkan dari pintu, atau pada Al-Rahman Al-Rahim. Dan untuk menghasilkan makrifat ini dengan dibukakan seluruh alam-alam dengan ketiga-tiga nama ini: Allah, Al- Rahman, Al-Rahim, supaya kita dapati kitab Allah SWT dalam kedua-dua naskhah; iaitu kitab yang dibaca (Al-Quran), dan kitab Kejadian-al-Kauniyah (Penciptaan), kedua-duanya bermula dengan Bismillah Al-Rahman Al-Rahim, bagi Al-Quran dibuka (bermula dengan) Bismillah Al-Rahman Al-Rahim, dan penciptaan - alam Takwin (al-Kun) - bermula dengan penciptaan Muhammad, Ali dan Fatimah.

Dan mereka (as) adalah tajlli Allah, Al-Rahman Al-Rahim (dan saya telah menjelaskan dalam pengenalan bahawa kedudukan atau hentian bulan, mereka adalah Keluarga Muhammad (as) para Imam dan Mahdi-Mahdi, dan mereka adalah pintu-pintu Makrifat). Dia, Yang Maha , Tinggi berfirman:

﴿يَسْأَلونَكَ عَنِ الْأَهِلَّةِ قُلْ هِيَ مَوَاقِيتُ لِلنَّاسِ وَالْحَجِّ وَلَيْسَ الْبِرُّ بِأَنْ تَأْتُوا الْبُيُوتَ مِنْ ظُهُورِهَا وَلَكِنَّ الْبِرَّ مَنِ اتَّقَى وَأْتُوا الْبُيُوتَ مِنْ أَبْوَابِهَا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ﴾

{Mereka bertanya kepadamu mengenai (peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah: "anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu manusia, dan ibadah Haji. Dan bukanlah perkara kebajikan: kamu memasuki rumah dari bahagian belakangnya akan tetapi kebajikan itu ialah perbuatan orang yang bertaqwa; dan masuklah ke rumah (Kamu) itu melalui pintunya, serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya."} - [ Surah Al-Baqarah 2:189 ]

Ia menerangkan kepadamu dengan jelas sebab bagi huruf tertulis (huruf yang terdapat pada awal beberapa surah dalam Al-Quran) seperti namanya itu - dalam kitab yang dibaca - Al-Quran - langsung selepas Basmalah, dan pada awal surah-surah. Oleh itu, sebab untuk diletakkan dalam kitab yang dibaca - Al-Quran - adalah sama sebagai sebab untuk diletakkan dalam kitab Kejadian-al-Kauniyah.

Dan Basmalah menunjukkan pada Keesaan, pada al-Rahman dan Al-Rahim satu pada makna umum, dan keduanya adalah pintu kepada Zat ketuhanan atau Allah, Al-Rahman adalah Zahir dan Al-Rahim adalah yang Batin, dan pintu pada Zat, darinya mengalir apa yang ada pada Zat.

﴿قُلِ ادْعُوا اللَّهَ أَوِ ادْعُوا الرَّحْمَنَ أَيّـاً مَا تَدْعُوا فَلَهُ الْأَسْمَـاءُ الْحُسْنَى﴾

{Katakanlah: "Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan kerana Allah mempunyai nama-nama yang terbaik"} [ Surah Al- Israa ' 17:110 ].

Jadi Basmalah menunjukkan pada mengesakan Zat ketuhanan (Allah) menurut pada pagar Batin Kitab, yang bermaksud, Bismillah Al-Rahman Al-Rahim. Adapun pada pagar Zahir kitab ini, bermakna Bismillah Al-Wahid Al-Qahhar, ia juga menunjukkan pada zat, yang mengalir dari Al-Rahman Al-Rahim [3], pada al-Wahid (yang Esa) adalah pintu Batin, dan Al-Qahhar (Perkasa) adalah pintu Zahir, dan keputusannya adalah satu, kerana mereka bersatu pada hakikat luaran – sebagaimana Al-Rahman Al-Rahim bersatu dalam makna - untuk mencegah kepelbagaian atau perpisahan keduanya pada luaran; kerana keesaan yang sebenar (al-Wahid al-haqiqi) adalah penaklukan kepada semua yang yang lain dariNya, dan juga Penakluk yang Sebenar (al-Qahhar al-haqiqi) kepada semua yang lain dari Keesaan yang hakiki. Amirul Mukminin Ali (as) berkata:

(فَيا مَنْ تَوَحَّدَ بِالْعِزِّ وَالْبَقـاءِ، وَقَهَرَ عِبادَهُ بِالْمَوْتِ وَالْفَنـاءِ)

 (Wahai Yang Satu denganKemuliaan dan Keabadian, dan yang menakluk hanba-Nya dengan maut dan fana (binasa))

dalam doa pagi oleh Amirul Mukminin (as) [4]. Dan juga, pintu ini termasuk pada Zat atau Allah, satu kemasukan kehancuran (fana-lenyap) [ke dalam Zat atau Allah].

Dan mudah-mudahan akan ada manfaat dengan menjelaskan bahawa Muhammad (sawas) telah diutus dengan Bismillah Al-Rahman Al-Rahim, dan al-Qa'im (as) diutus adalah dengan Bismillah Al-Wahid Al-Qahhar, maka Muhammad (sawas) dan wasinya Ali (as) berjalan berhampiran dengan al-Jifr Putih, dan al-Qa'im (as) dan juga wasinya boleh berjalan dengan al-Jifr Merah, bermakna (mereka akan menjalani) pembunuhan dan tidak menerima taubat dalam sebahagian sumber, seperti yang disebut di dalam Hadis oleh Rufaid Maula Abi Habira: dia berkata: aku berkata kepada Abi Abdillah (as) :

Semoga aku menjadi tebusanmu! Wahai anak Rasulullah , adakah Qa'im akan melalui jalan yang sama seperti Ali bin Abi Talib pada ahli as-Sawad (penduduk Iraq)? Lalu dia (as) berkata: “Tidak, Wahai Rafid, sesungguhnya Ali ibn Abi Talib berjalan pada ahli as-Sawad dengan al-Jifr Putih dan sesungguhnya al-Qa'im akan berjalan pada orang-orang Arab dengan al-Jifr Merah.“ katanya lagi: “Aku berkata kepadanya: Semoga aku menjadi tebusanmu, dan apakah dia al-Jifr Merah? Dia berkata: sambil dia acukan jarinya ke kerongkong (isyarat penyembelihan), dan dia (as) berkata: seperti itu, bermakna penyembelihan, kemudian dia (as) berkata: Wahai Rufaid sesungguhnya bagi setiap ahli bait terdapat pelaku yang menjadi saksi kepada mereka dan orang yang memberi syafaat kepada yang mengasihi mereka) [5]

Bagi Zat, atau Allah, ia menunjukkan ke arah Keesaan kerana semua nama-nama melebur di dalamnya, dan peleburan ini adalah satu petunjuk ke atas Penciptaan, supaya mereka boleh meninggalkan kenyataan kesempurnaan atau nama dari nama-nama Zat, dan menghadap dirinya ke arah Haqiqat Tauhid, iaitu menghadap kepada hakikat dan realiti (الحقيقة والكنه) dan meninggalkan makrifat yang lain, dan mengakui ketidakupayaan mutlak dari mana pun makrifat kecuali bagi membuktikan yang yang diiyakan (dithabitkan), yang menunjukkan bagi ketuhanan pada HUWA (Dia), dan mengetahui ketidakupayaan untuk mengenali-Nya, yang menunjukkan huruf  ‘wau’ (و) pada (هو) DIA. Dan tawajjuh ini adalah tawajjuh (menghadap) pada (الاسم الأعظم الأعظم الأعظم) Nama Teragung Lagi Teragung Lagi Maha Teragung. Dan Nama ini adalah ibadah yang sebenar (al-haqiqah), dan adalah Tauhid Haqiqi (sebenar), dan selain daripadanya adalah syirik dalam beberapa martabat (makrifat) .

Oleh itu, orang-orang yang menyembah Zat atau (Allah), pada nisbah martabat (tahap) seperti itu, adalah Musyrik (orang-orang yang mempersekutukan Allah ) tanpa mereka sedari, mereka adalah seperti itu, apalagi yang lain dari mereka.. Dia, Yang Maha , berkata:

﴿وَمَا يُؤْمِنُ أَكْثَرُهُمْ بِاللّهِ إِلاَّ وَهُم مُّشْرِكُونَ﴾

{Dan kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain.} [ Surah Yusuf 12:106 ]

Oleh itu, Zat atau Allah menjadi kiblat (arah yang akan dihadapi ) pada Realiti dan Hakikat (al-Kunh wa al-Haqiqah), maksudnya beribadah tidak lain daripada itu.

Dan untuk lebih jelas lagi saya katakan: Basmalah ada tiga nama, iaitu: Allah, Al-Rahman, Al-Rahim. Jadi, jika kita katakan bahawa Basmalah adalah pintu bagi Tauhid, maka nama-nama ini adalah pintu, dan dengannya Tauhid dikenali. Dan dengan itu, kita memerlukan sekurang-kurangnya membezakan secara umum sempadan dan makna nama-nama ini.

Allah: ia adalah nama Zat Ketuhanan yang menghimpunkan semua Sifat Kesempurnaan [Allah], dan pada haqiqat, ia adalah sifat keseluruhan bagi sifat-sifat, kerana makna Allah: yang dicari kepadanya dalam memenuhi keperluannya Yang bertujuan untuk mengisi apa-apa kekurangan.dari semua aspek.

Al-Rahman: Ia adalah nama untuk Zat Ketuhanan, dan ia adalah sifat dari sifat kesempurnaan, dan ia adalah bersendiri dan melebur (fana’) kepada Allah dan Al-Rahman di Dunia dan Akhirah, tetapi dia lebih mengutamakan urusan Dunia kerana keluasan rahmat dalamnya.

Al-Rahm: Ia adalah nama untuk Zat Ketuhanan, dan ia adalah sifat dari sifat Kesempurnaan, dan ia juga melebur (fana’) dalam Zat Ketuhanan, bermakna Allah, dan Al- Rahim dalam di Dunia dan Akhirah, tetapi lebih mengutamakan urusan akhirah , kerana aspek Rahmat yang bersangatan padanya, seperti yang telah saya jelaskan dalam [Kitab] Tafsir Al -Fatihah, sila semak.

Dan kedua-dua nama-nama atau sifat-sifat ini, Al-Rahman Al-Rahim: pada hakikatnya keduanya adalah nama yang satu dan satu sifat yang satu, tidak ada pemisahan sebenar (haqiqi) atau perbezaan di antara keduanya, sebaliknya ia adalah dua wajah untuk satu hakikat rahmat, kerana keduanya adalah pintu Zat dengan Al-Rahman adalah pintu Zahir, dan Al-Rahim adalah pintu Batin.

Di sini kedua-dua nama adalah bersatu (Tauhid) dan tidak ada yang tinggal bagi kita kecuali Tauhid  Ar-Rahmah di sisi Allah atau Zat Ketuhanan. Dan ini tidak memerlukan seorang dengan Fitrah (sifat) yang baik dan tidak perlu usaha atau carian atau (pemeriksaan yang sah) untuk mengenaliNya Maka Allah SWT dari (yang demikian supaya ia boleh dikenali.

Jika Dialah yang diminta untuk beralih kepada yang memerlukan, dan mereka yang kembali mencari dan mendekatiNya adalah keingkaran orang yang lemah dan yang terbaik daripada mereka akan [masih] melihat diri sendiri (Ananiyahnya atau ego) walaupun daripada satu sudut yang tersembunyi.

Jadi apa yang akan Allah berikan kepada orang ini, [yang mencari-Nya tetapi masih melihat diri sendiri] dengan adil, dan adil adalah meletakkan sesuatu perkara pada tempatnya? Dan adakah meletakkan perkara di tempat-tempatnya bermakna kamu memberikan senjata kepada orang yang sedang menentang kamu dan dia seorang yang penzalim? Dan bagaimana pula dengan Penciptaan yang lain, walaupun Muhammad (sawas), penciptaan terbaik Allah SWT memerlukan rahmat dalam menghadapi Allah SWT, maka datang kepadanya Yang Maha Suci Maha dengan kata -Nya:

: (سبوح قدوس أنا رب الملائكة والروح سبقت رحمتي غضبي)

(Maha Suci, Maha Kudus , Akulah Tuhan para malaikat dan Roh rahmatKu mendahului kemurkaanKu), maka Rasulullah (sawas) menjawab: (Ya Allah, (aku mohon) keampunanMu, keampunanMu ).

Abu Baseer telah tanya Aba Abdillah (as), katanya: (Semoga aku menjadi tebusan tuan : berapa kali Rasulullah mikraj. Jadi dia (as) mengatakan: dua kali, maka Jibril berhenti dan berhenti di tempatnya dan mengatakan, "Tunggu di sana Ya Muhammad, Kamu telah berhenti di tempat yang sebelumnya tidak ada malaikat atau nabi yang pernah berdiri sebelum Kamu. BshawaTuhanmu berdoa . " Baginda (sawas) bertanya, "Wahai Jibril , bagaimana Dia berdoa ? " Kata Jibril, "Dia SWT menyebut, Maha Suci, Maha Kudus , Akulah Tuhan para malaikat dan Roh rahmatKu mendahului kemurkaanKu " . Lalu baginda (sawas) berkata, " Ya Allah, (aku mohon) keampunanMu, keampunanMu !" lalu (Imam  a.s.) mengatakan, " seolah-olah Allah telah mengatakan: {Pada jarak dua busur panah atau lebih dekat } Abu Baseer kemudian bertanya, "Semoga aku menjadi tebusan Tuan , apa jarak dua busur panah atau lebih dekat?” dia (as) menjawab: "Ia adalah jarak antara hujung lengkungan dan kepala busur" kemudia dia (as) berkata, Di antara keduanya ada tabir yang bersinar dan beralun, dan tidak ku ketahui, sehingga dia berkata, Biru Kehijauan (zamrud). Dia melihat seukuran lubang jarum ke dalam apa yang Allah kehendaki dari cahaya Keagungan. Berfirman Allah Tabarak Wa Ta’ala, “Ya Muhammad!" Baginda (sawas) menyahut, “Ya (Atas layananMu), Tuhanku!" Dia SWT Berfirman, “Siapa bagi umatmu selepas Kamu? " Baginda (sawas) menyahut, "Allah lebih mengetahui. " Dia SWT Berfirman, “Ali bin Abi Thalib, (akan menjadi) Amirul Mukminin , Ketua kaum muslimin, pemimpin golongan bercahaya anggota wuduk. " kemudian perawi berkata, Abu Abdullah berkata kepada Abu Basir , " Wahai Abu Muhammad , demi Allah, tidak diberi Wilayah (kekuasaan) Ali (as) dari bumi tapi ia datang dari Langit secara lisan " ) [6]

Dan mengapa baginda (shalawat Allah ‘alaih) meminta pengampunan? Apakah kerana kelemahannya? Atau kalimahnya (shalawat Allah ‘alaih) sia-sia yang tidak bererti? Jauh dia dari itu semua! Kerana dia adalah nabi yang mulia dan bijaksana, yang terbaik dari anak-anak Adam (shalawat Allah ‘alaih). Dan mengapa rahmat Allah SWT itu mendahului murka-Nya? Dan mengapa Dia menghadapi Nabi-Nya yang mulia dengan kata-kata yang seseorang boleh merasakan bahwa [kata-kata] diarahkan terhadap seseorang yang layak dimurkai, tetapi Allah ingin menghadapnya dengan Rahmah, selain itu , Allah SWT telah membuka bagi-Nya Pembukaan yang Nyata , dan Dia telah mengampuni dosanya kerana Dia berhak murka, dan iaitu Ananiah (ego keakuan), dan selain itu tetap tidak ada yang kekal melainkan Allah Yang Maha Esa Maha Perkasa,

﴿إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحاً مُبِيناً * لِيَغْفِرَ لَكَ اللَّهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ وَيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكَ وَيَهْدِيَكَ صِرَاطاً مُسْتَقِيماً﴾

{Sesungguhnya Kami telah membukakan kepadamu (Ya Muhammad) pembukaan yang nyata,* supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmat-Nya atasmu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus,} [ Surat Al-Fath 48:1-2]

Karena dengan kecacatan, kegelapan dan ketiadaan, tanpanya tidak akan kekal kemanusiaan bagi manusia dan masih tidak ada satu pun yang kekal selain Allah Yang Maha Esa Maha Perkasa) Dan Muhammad (S), selepas pembukaan, terus beralun di antara fana (binasa). Maka ridak kekal selain Allah Yang Maha Esa Maha Perkasa, dan antara baginda kembali ke Al-Ana dan keperibadian, dan baginda (shalawat Allah ‘alaih) adalah hijab antara Penciptaan dan Al-Haq, dan dia adalah Barzakh (perantara) di antara Allah dan Penciptaan-Nya. Jadi jika pemilik martabat agung ini berhajatkan dan harus menghadap dengan Rahmah, apatah lagi yang lain daripada baginda (S). Maka bagi Penciptaan (makhluk) Allah mereka yang berpaling dan mencari kepadaNya Al-Rahman Al-Rahim, bahkan ia haruslah seperti itu, jika tidak, mereka akan kembali tiada apa-apa dan dirugikan karena kekurangan mereka. Dengan itu, Allah dan Al-Rahman dinisbahkan pada kita adalah satu, bahkan ia adalah seperti itu pada kenyataannya (hakikat), maka pintu atau Al-Rahman adalah Kota Kesempurnaan Ilahiyah, atau Allah, naka darinya diketahui apa yang ada di dalamnya, dan tajalli dan zahir (nyata dan jelas) darinya limpahan Ilahi kepada penciptaan. Dia SWT berfirman:

﴿قُلِ ادْعُوا اللَّهَ أَوِ ادْعُوا الرَّحْمَنَ أَيّاً مَا تَدْعُوا فَلَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَى﴾

{Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, bagiNya al asmaaul husna (nama-nama yang terbaik)} [Surat Al-Isra' 17:110] .

Jadi jelas kesatuan nama-nama ini pada Zat Ilahiyah (ketuhanan), atau Allah, dan melebur di dalamnya, kita akan mengenal bahawa mentahkik (membenarkan) Keesaan Ketunggalan pada Zat Ilahiyah atau Allah SWT, dan ini adalah makna martabat pertama pada Tauhid, dan itu adalah, ia juga memberikan kesatuan semua nama-nama dan sifat-sifat dalam Zat Ilahiyah atau Allah, suatu Keesaan yang sebenar. Ertinya, Allah adalah Satu yang Esa dan menghimpun semua nama-nama dan sifat-sifat dalam ain ZatNya, dan dan bukannya gejala dari kesan ZatNya itu, dan bukan jauhar yang terkandung di dalamnya karena Dia adalah Allah Al-Rahman Al-Qadir (yang Berkuasa) ....... seperti firmanNya SWT:

﴿هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ * هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ * هُوَ اللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ لَهُ الْأَسْمَاء الْحُسْنَى يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ﴾

{Dialah Allah Yang tiada Tuhan selain Dia, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.* Dialah Allah Yang tiada Tuhan selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengaruniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.* Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Asmaaul Husna. Bertasbih kepada-Nya apa yang di langit dan bumi. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.} [Surat Al-Hashr 59:22-24]

Dan hakikatnya adalah, bahawa martabat Tauhid ini tidak bebas dari syirik (menyegutu) dalam martabat, dalam dua arah:


Arah pertama: adalah kita tidak boleh membuang dari fikiran kita kebanyakan nama-nama yang melazimi Zat Ilahiyah dari sangkaan khayal,   Meskipun sejumlah besar hanyalah namaan sahaja . Padahal Allah: Al-Rahman, Al-Rahim, Al-Qadir (Yang Berkuasa) , Al-Jabbar (ysng Agung) , Al-Mutakabir (Yang Memiliki Kebesaran), Al-'Alim (Yang Mengetahui) , Al-Hakeem (Yang Maha Bijaksana) ... Dan kemajmukan ini, walaupun ia tidak menafikan keesaan Zat Ilahiyah atau Allah, tetapi ia masih majmuk (banyak), dan ia membawa erti kemajmukan, oleh itu ia bertentangan dengan Tauhid tahap yang lebih tinggi daripadanya. Amirul Mukminin (as) berkata: (.. Awal agama adalah mengenal-Nya, dan kesempurnaan makrifat (mengenal) membenarkannya (mentashdiq), dan kesempurnaan mentashdiq adalah mentauhidkanya, dan kesempurnaan –Tauhid adalah ikhlas kepada-Nya, dan kesempurnaan keikhlasan kepada-Nya adalah menafikan semua sifat-sifat daripada-Nya , yang berbeza dengan yang disifatkankan. "[7]


Arah kedua: ia adalah arah Ketuhanan (Jaht al-Uluhiyah). Oleh kerana kita beralih kepada Zat Ilahiyah mengikut keperluan kita, oleh itu hubungan kita dengan-Nya SWT tidak bebas - dan keadaan seperti ini - dari ketamakan dan berhajat mengisi ketidaksempurnaan dari arah tertentu. Oleh itu , ibadah yang tidak ikhlas, tetapi dalam bentuk yang terbaik, adalah menuntut kesempurnaan dan mengisi ketidaksempurnaan, dalam bentuk yang terbaik dan hal ini, ia adalah martabat syirik, kerana keikhlasan sebenar adalah menghindarkan pandangan dari yang lain daripadaNya SWT, termasuk [menghindarkan penglihatan dari Ananiah atau diri sendiri, dan itu adalah lebih diutamakan dan lebih baik, bahkan, ia adalah asal pencarian. Oleh itu, Tauhid sebenar (Haqiqat Tauhid) dicapai selepas marifat fana’ melebur ke dalam semua nama-nama dan sifat-sifat pada Zat Ilahiyah.Kemudian fana’ Zat Ilahiyah dalam Hakikat. Maknanya, fana’ uluhiyah dalam hakikatNya SWT. Dan perkara ini tidak akan dicapai melainkan dengan fana’ dengan Al-Ana dan diri peribadi manusia supaya tidak ada kekal melainkan penyaksian pada yang ghaib Yang Maha Suci dari apa yang mereka sekutukan [8]. Dan jika ada di sana wujud lafaz huruf Dal padanya yang menunjukkan Dia (هو) adalah kata ganti ghaib (dhamir al-ghaib), dan Haa’ (هاء) adalah untuk mengisbatkan (mengiyakan) sabitnya Wau yang ghaib.[9]. Dan ke arah ini (tawajjuh) - yang dicapai daripada makrifat ini - adalah arah yang betul kerana ia (menghadap) mengarah ke arah Haqiqah dan Realiti [Allah SWT]. Dan ini adalah Tauhid Hakiki, Tauhid Kebenaran dan Realiti, Nama Yang Agung Yang Maha Agung, lagi Maha Teragung atau, atau Nama yang dilindungi, dan yang berdetak dari kedalaman dalaman manusia selepas fana’ (lebur) Al-Ana - Aku, dan Kekalnya Allah. Dan ini adalah martabat terakhir yang dimaksudkan dalam Tauhid, dan ia adalah arah apa yang Bismillah Al-Tauhid dan surah Al- Tauhid tunjukkan, juga sebagaimana yang dijelaskan.

Dan kerana Bismillah Al -Tauhid adalah kunci Haqiqat Tauhid, dan itu adalah pintu dan tabir (hijab) Haqiqat dan Realiti, dan kerana Tauhid adalah tujuan anak Adam, sebab itu terdapat kepentingan yang besar yang diletakkan atas membaca surah Al-Tauhid dalam solat wajib dan dalam dan Mustahab (sunat), dan dibaca sebelum tidur, dan selepas bangun tidur dan selepas solat wajib, dan dalam solat Washiyah , dan dalam doa Nasy'iah ... dan solat Ketua orang-orang Tauhid selepas Rasulullah (sawas) Ali (as), yang membaca Surah Al-Tauhid 200 kali. Jadi tidak berlalu hari bagi orang yang beriman tanpa membaca Surah Al-Tauhid , dan seolah-olah ia adalah pendamping Al -Fatihah, dan sebaik-baik pendamping.

Dan ketahuilah, bahawa tujuan akhir yang besar ini (Tauhid) adalah makrifat Allah SWT, Ini adalah tujuan Allah menciptakan manusia yang mana sesiapa terlepas dari tujuan ini telah terlepas segala-galanya,

﴿وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْأِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ﴾

{Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.} [ Surah Al-Dhariyat 51:56] ,

yang bermaksud, untuk mereka mengenali-(Ku]. Tujuan makrifah ini dan ini mestilah mempunyai Tauhid bagi mentahqiq (membenarkan supaya ia boleh dipenuhi). Dan Tauhid Hakiki tidak dicapai dengan lafaz kata-kata dan makna sahaja, sebaliknya, ia dicapai dengan beramal dan ikhlas kepada Allah SWT sehingga hamba itu menjadi wajah Allah, Yang Maha Suci, di Bumi-Nya, atau Allah di dalam Penciptaan.

Untuk itu, demikianlah apa yang saya bentangkan: (Tauhid yang haqiqi adalah Tauhid Hakikat dan Realiti , atau Nama Yang Agung Yang Maha Agung, lagi Maha Teragung, atau Nama yang dilindungi, dan yang berdetak dari kedalaman dalaman manusia selepas fana’ (lebur) Al-Ana - Aku, dan Kekalnya Allah).



✡✡✡✡✡




----------------------
[1] Dalam Kitab Al-Mutasyabihat: (Soalan 5: Adakah Basmalah ayat dari Surah Al-Fatihah berbeza daripada Basmalah surah-surah lain dalam al-Quran? Dan adakah Basmalah itu sebahagian daripada surah? Jawapan:
Basmalah Al-Fatihh adalah asal, dan Basmalah pada semua surah-surah dalam al-Quran adalah gambaran sebahagian daripada Basmalah Al-Fatihah. Seluruh isi Quran adalah dalam Al-Fatihah dan Al-Fatihah adalah di dalam Basmalah Al-Fatihah, jadi setiap Basmalah dalam al-Quran adalah di dalam BasmalahAl-Fatihah, dan Basmalah adalah salah satu dari ayat-ayat Al-Fatihah. Bagi Basmalah surah-surah yang lain, adalah sebahagian daripada surah tetapi ia bukan satu ayat dari ayat-ayat surah.
Ketiga-tiga nama (Allah, Al-Rahman dan Al-Rahim) dalam Ketuhanan (al-Lahut), atau zat ketuhanan (az-Zat al- Ilahiyah), Dia adalah tunggak (Arkaan) nama Teragung Lagi Teragung Lagi Maha Teragung (Dia). Dan tiga nama bagi Kota Kesempurnaan Ketuhanan (Madinat Al-Kamaalaat Al-Ilahiyyah) adalah Dia, dan pintu zahir dan batinnya adalah Ar Rahman Ar Rahim.
Dan ketiga-tiga nama dalam penciptaan adalah Muhammad, Ali dan Fatimah, atau kota ilmu, Muhammad adalah kota ilmu dan pintunya yang zahir dan batin adalah Ali dan Fatimah. 
Dan ketiga-tiga nama ini adalah: tunggak (Arkaan) nama Teragung Lagi Teragung (Allah, Al-Rahman, Al-Rahim):
{Katakanlah: "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (ia adalah sama); bagiNya adalah nama yang terbaik."}   Dan ketiga-tiga nama ( Muhammad, Ali dan Fatimah ) adalah nama Teragung. Maka Muhammad adalah dari Allah, dan dia adalah kitab Allah, bahkan, dia adalah Allah pada penciptaan. Dan Ali dan Fatimah adalah dari rahmat Allah, maka mereka adalah Al-Rahman dan Al-Rahim.
[وَوَهَبْنَا لَهُمْ مِنْ رَحْمَتِنَا وَجَعَلْنَا لَهُمْ لِسَانَ صِدْقٍ عَلِيًّا]  
{Dan Kami berikan kepada mereka dari rahmat Kami dan Kami jadikan bagi mereka lidah kebenaran, Aliyyan.}
Dan Bismillah Al-Fatihah adalah hakikat, dan Bismillah dalam setiap surah lain adalah gambaran tidak lengkap daripada Bismillah Al-Fatihah, sebaliknya, ia hanya menggambarkan hanya satu sudut darinya. Ia adalah seolah-olah Bismillah Al-Fatihah adalah pusat yang dikelilingi oleh cermin-cermin di mana setiap satu daripada cermin-cermin ini menggambarkan imej dari sisi yang berbeza dari cermin lain, dan pada masa yang sama semua surah ada persamaan ia menggambarkan satu Kebenaran dan surah-surah ini adalah surah setara dengan kebenaran juga kerana ia menggambarkannyaa dari sudut tertentu.
Jadi jika saya memberi anda contoh al-Quran, anda akan mendapati bahawa Bismillah Al-Fatihah adalah tempat berkisar (rujukan) semua surah-surah yang lain, bahkan, Taurat, Injil dan segala yang dibawa oleh para nabi dan rasul as. Bismillah Al-Fatihah adalah risalaj (mesej), kesetiaan, permulaan, dan penamat.)
[2] Lebih terperinci lagi kemudian, Insya Allah.
[3] Tidak ada percanggahan antara Perkasa (Penakluk) dan Rahmah, ketika Penakluk adalah demi mencapai Keadilan, ia benar-benar dari Rahmah dan bukan sesuatu yang lain . Dan tidak menyangka bahawa ada orang beriman yang meragukan penaklukanNya SWT untuk mencapai Keadilan atau Kebijaksanaan dalam istilah, maka PenaklukkanNya terhadap penindas adalah keadilan bagi yang tertindas dan mencapai keadilan. Dan dengan demikian , itu akan kembali ke Rahmah dan kematian manusia, adalah dikaitkan dengan penaklukan -Nya SWT, karena jika bukan karena [kematian manusia] orang beriman akan kekal di dunia ini setelah mengetahui hakikat dan setelah itu terkena kepadanya [dan karenanya] ia akan merasakan sakit di dunia ini, atau orang beriman yang tua, atau orang beriman yang sangat menderita dalam tubuhnya, akan terus menderita dan akan [tetap] terus menghadapi menerus ngeri di dunia ini karena ketidakmampuan jasanya. Oleh karena itu, kematian adalah Rahmah, bahkan, siapa pun yang memahami dan merenungkan atas kata-kata saya akan mengetahui bahawa kematian jasmani kebendaan, pada kenyataannya, adalah hidup dan kenaikan, oleh itu, kematian orang beriman adalah rahmat dalam dan atas segala hal.
[4] Sumber: Mafateeh Al-Jinan
[5] Basa'ir Al-Daragat - oleh Al-Saffar: halaman 81
[6] Al-Kafi : Jilid 1 , halaman 442
[7] Nahjul Balaghah - , jilid 1, halaman 39
[8] Dan atas inilah Allah menciptakan manusia, kerana manusia adalah gambaran al-Lahut, sehingga janganlah seorang hamba [Allah] hilang peluangnya dan mengatakan ( maqam ini terhijab dari ku [bererti tidak mungkin aku boleh mencapai maqam ini]) . Sebaliknya , kebenaran adalah Aku berkata kepadamu: ia adalah pintu yang terbuka untuk semua orang dan tidak akan ditutup sampai munculnya hari kiamat, dan yang kalah adalah yang hilang peluangnya.
[9] kata ganti ghaib (ganti nama ketiga) merujuk kepada yang tidak hadir, dan kata ganti ghaib itu tidaklah mutlak tidak dikenali, dan itulah sebabnya kata ganti ghaib meskipun disebutkan secara terperinci, menunjukkan terhadap adanya secara ghaib dan membuktikan [kewujudanNya].

Tiada ulasan: