Khamis, 13 Mac 2014

Al-Uluhiyah




Al-Uluhiyah
الألوهـية
Ketuhanan


Al-Uluhiyah - Ketuhanan, dalam pengertian umum, yang merangkumi kesempurnaan di mana penciptaan bergantung atau beralih kepadaNya supaya mereka boleh mencapai kesempurnaan mereka dan untuk mengatasi kekurangan mereka. Dan ia seperti Al-Rububiyah (Kekuasaan) diibaratkan bapa sebagai ketua keluarga, dan juga merangkumi Khalifah (Pengganti) Allah di BumiNya diibaratkan Tuhan yang mentadbirkan bumi

﴿وَأَشْرَقَتِ الْأَرْضُ بِنُورِ رَبِّهَا

{Dan terang benderanglah bumi dengan cahaya Tuhannya} [Surah Az-Zumar 39:69]

Al-Sadiq (as) berkata mengenai ayat ini: (Tuhan Bumi adalah Imam Bumi." Dikatakan padanya: "Jika dia muncul apa yang berlaku? " beliau berkata: "Manusia pada masa itu mesti meninggalkan cahaya matahari, dan cahaya bulan, kerana mencukupi untuk mereka akan cahaya Imam (as). " Mustadrak Safinat Al-Bihar: jilid 4, halaman 47

Al-Rububiyah (Kekuasaan) merangkumi alam Jasmani (dunia fizikal) ini: yang menjaga keperluan orang kedua, kerana dia adalah tuan, untuk melengkapkan kekurangan itu di dalam alam Jasmani ini. Dan kerana itu, kita dapati Yusuf (as), dia adalah seorang nabi yang di dalam Quran al-Karim, menerangkan mengenai Firaun yang ketagihan arak sebagai tuannya

﴿وَقَالَ لِلَّذِي ظَنَّ أَنَّهُ نَاجٍ مِّنْهُمَا اذْكُرْنِي عِندَ رَبِّكَ فَأَنسَاهُ الشَّيْطَانُ ذِكْرَ رَبِّهِ فَلَبِثَ فِي السِّجْنِ بِضْعَ سِنِينَ﴾

{Dan (Yusuf) berkata kepada orang yang diketahuinya akan selamat di antara mereka berdua: "Terangkanlah keadaanku kepada tuanmu". Maka syaitan menjadikan dia lupa menerangkan (keadaan Yusuf) kepada tuannya.  kerana itu tetaplah dia (Yusuf) dalam penjara beberapa tahun lamanya.} [Surah Yusuf 12:42]

Dan juga, Yusuf menerangkan Pembesar Mesir yang bertanggungjawab atas sara hidup Yusuf dan menjaga beliau, sebagai "tuan-ku":

وَرَاوَدَتْهُ الَّتِي هُوَ فِي بَيْتِهَا عَن نَّفْسِهِ وَغَلَّقَتِ الأَبْوَابَ وَقَالَتْ هَيْتَ لَكَ قَالَ مَعَاذَ اللّهِ إِنَّهُ رَبِّي أَحْسَنَ مَثْوَايَ إِنَّهُ لاَ يُفْلِحُ الظَّالِمُونَ﴾

{Dan wanita yang Yusuf tinggal di rumahnya menggoda Yusuf untuk menundukkan dirinya (kepadanya) dan dia menutup pintu-pintu, seraya berkata: "Marilah ke sini". Yusuf berkata: "Aku berlindung kepada Allah, sungguh tuan-ku telah memperlakukan aku dengan baik". Sesungguhnya orang-orang yang zalim tiada akan beruntung.} [Surah Yusuf 12:23]

Dan orang yang telah berbuat baik dengan menyediakan tempat tinggal secara zahir dalam dunia jasmani ini, dia adalah Pembesar Mesir


﴿وَقَالَ الَّذِي اشْتَرَاهُ مِن مِّصْرَ لاِمْرَأَتِهِ أَكْرِمِي مَثْوَاهُ عَسَى أَن يَنفَعَنَا أَوْ نَتَّخِذَهُ وَلَداً وَكَذَلِكَ مَكَّنِّا لِيُوسُفَ فِي الأَرْضِ وَلِنُعَلِّمَهُ مِن تَأْوِيلِ الأَحَادِيثِ وَاللّهُ غَالِبٌ عَلَى أَمْرِهِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لاَ يَعْلَمُونَ﴾

{Dan orang Mesir yang membelinya berkata kepada isterinya: "Berikanlah kepadanya tempat (dan layanan) yang baik, boleh jadi dia bermanfaat kepada kita atau kita ambil dia sebagai anak". Dan demikian pulalah Kami memberikan kedudukan yang baik kepada Yusuf di muka bumi (Mesir), dan agar Kami ajarkan kepadanya ta'bir mimpi. Dan Allah berkuasa terhadap urusan-Nya, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahuinya.} [Surah Yusuf 12:21]

Dan Uluhiyah - Ketuhanan, yang juga merangkumi sesiapa yang beralih kepada yang lain agar dia boleh mengisi kekurangan dan memenuhi keperluan mereka yang ada di halamannya, nama Allah (الله) berasal daripada ilah (إله) (yang diperlukan),

(عَنْ هِشَامِ بْنِ الْحَكَمِ أَنَّهُ سَأَلَ أَبَا عَبْدِ اللَّهِ (ع) عَنْ أَسْمَاءِ اللَّهِ وَاشْتِقَاقِهَا اللَّهُ مِمَّا هُوَ مُشْتَقٌّ، فَقَالَ (ع): يَا هِشَامُ، اللَّهُ مُشْتَقٌّ مِنْ إِلَهٍ وَإِلَهٌ يَقْتَضِي مَأْلُوهاً وَالِاسْمُ غَيْرُ الْمُسَمَّى، فَمَنْ عَبَدَ الِاسْمَ دُونَ الْمَعْنَى فَقَدْ كَفَرَ وَلَمْ يَعْبُدْ شَيْئاً، وَمَنْ عَبَدَ الِاسْمَ وَالْمَعْنَى فَقَدْ أَشْرَكَ وَعَبَدَ اثْنَيْنِ، وَمَنْ عَبَدَ الْمَعْنَى دُونَ الِاسْمِ فَذَاكَ التَّوْحِيدُ، أَفَهِمْتَ يَا هِشَامُ ؟ قَالَ: قُلْتُ: زِدْنِي، قَالَ: لِلَّهِ تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ اسْماً فَلَوْ كَانَ الِاسْمُ هُوَ الْمُسَمَّى لَكَانَ كُلُّ اسْمٍ مِنْهَا إِلَهاً وَلَكِنَّ اللَّهَ مَعْنًى يُدَلُّ عَلَيْهِ بِهَذِهِ الْأَسْمَاءِ وَكُلُّهَا غَيْرُهُ، يَا هِشَامُ الْخُبْزُ اسْمٌ لِلْمَأْكُولِ وَالْمَاءُ اسْمٌ لِلْمَشْرُوبِ وَالثَّوْبُ اسْمٌ لِلْمَلْبُوسِ وَالنَّارُ اسْمٌ لِلْمُحْرِقِ، أَ فَهِمْتَ يَا هِشَامُ فَهْماً تَدْفَعُ بِهِ وَتُنَاضِلُ بِهِ أَعْدَاءَنَا الْمُتَّخِذِينَ مَعَ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ غَيْرَهُ، قُلْتُ: نَعَمْ، فَقَالَ: نَفَعَكَ اللَّهُ بِهِ وَثَبَّتَكَ يَا هِشَامُ، قَالَ: فَوَ اللَّهِ مَا قَهَرَنِي أَحَدٌ فِي التَّوْحِيدِ حَتَّى قُمْتُ مَقَامِي هَذَا)


(Dari Hisham bin Al-Hakam, bahawa dia bertanya kepada Aba Abdillah (as) tentang nama-nama Allah dan nama "Allah" itu apa asalnya, dari mana terbitnya, dia (as) berkata: Ya Hisham, "Allah" berasal daripada "ilah", dan ilah diperlukan kepada yang berpaling (bergantung) padanya, dan nama bukan pada sebutan namanya. Oleh itu, sesiapa yang menyembah nama tanpa makna, sesungguhnya dia telah kafir dan tidak menyembah sesuatu, dan sesiapa yang menyembah nama dan makna, sesungguhnya dia telah syirik dan telah menyembah kedua-duanya. dan sesiapa yang menyembah makna tanpa nama, maka sesungguhnya inilah Tauhid. Adakah kamu faham? Ya Hisham. Katanya. Aku berkata: Tambahlah untukku, kemudian Beliau (as) berkata: Bagi Allah 99 nama, oleh itu, jika nama-nama adalah sebutan nama-nama yang diberikan, maka setiap nama akan menjadi Tuhan. Tetapi "Allah" adalah makna yang nama-nama ini tunjukkan, dan semua nama-nama ini berbeza-beza. Ya Hisham, roti adalah nama untuk apa yang dimakan, dan air adalah nama untuk apa yang diminum, dan pakaian adalah nama untuk apa yang dipakai, dan api adalah nama untuk apa yang terbakar. Adakah kamu faham wahai Hisham? Kefahaman yang dengannya kamu boleh mempertahankan diri dan melawan musuh-musuh kita, yang mengambil selain Allah, Azza wa Jalla sebagai Tuhan. Aku menjawab: Ya. Kemudian Beliau (as) berkata : Semoga Allah memberi manfaat kepada kamu dengannya dan meneguhkan kamu, Ya Hisham. Beliau (as) berkata: Demi Allah, tidak ada yang mengalahkan aku dalam Tauhid dengan peganganku dengan makam ini) Al Kafi, jilid 2 , halaman 97, hadits 2

(Sesiapa yang menyembah nama tanpa makna, sesungguhnya dia telah kafir dan tidak menyembah sesuatui): maksudnya, sesiapa yang menyembah nama iaitu nama "Allah" - dan tidak menjadikannya hanya penunjuk makna yang sebenar dan betul, iaitu Ketuhanan Mutlak Yang Kaya pada DiriNya, adalah kafir, kerana pada hakikatnya dia menyembah nama, atau lafadz dan satu perkataan yang berasal dari ilah yang diperlukan yang bergantung padanya. Maksudnya, bahawa dia menyembah nama yang boleh digunakan untuk lain dari Allah Yang Maha Suci; kerana pada Penciptaan-Nya Yang Maha Suci terdapat yang dicari yang boleh memenuhi keperluan atau mengisi kekurangan, dan dengan itu, ia menjadi yang mengesahkan untuk nama umum yang tiada hubungan.

Dan begitulah dijelaskan sepenuhnya, dalam masalah Al-Rububiyah (Kekuasaan), sesiapa yang menyembah nama Rab (Tuhan) juga adalah Kafir; kerana terdapat kalangan ciptaan Allah yang melimpahkan ke atas yang lain dan memupuk mereka, samada di dunia fizikal (jasmani) atau di alam-alam lain. Dan seperti yang telah dibentangkan sebelum ini, Raja dan Pembesar Mesir, malahan bapa, dipanggil Rab-rab (Tuan-tuan), dan tidak ada masalah dalam memanggil mereka Rab, sebagaimana yang telah dijelaskan dalam Al-Quran, kerana Urusan itu seperti yang dikatakan oleh Imam Al-Sadiq (as) dalam permata berharga yang telah dibentangkan: (dan ilah diperlukan kepada yang berpaling (bergantung) padanya, dan nama bukan pada sebutan namanya. Oleh itu, sesiapa yang menyembah nama tanpa makna, sesungguhnya dia telah kafir dan tidak menyembah sesuatui)

Adapun (dan sesiapa yang menyembah nama dan makna, sesungguhnya dia telah syirik dan telah menyembah kedua-duanya),

Iaitu sesiapa yang menganggap nama menunjukkan Makna dan Hakikat pada nama ini hanya nama pada asal dan ia adalah umum dan tidak lebih dari petunjuk arah makna, yang membawa kepada hakikat yang perlu dicapai, supaya manusia mencapai hakikat ibadat. Dan kerana dia Hakikat bagi manusia, dengan itu keupayaan manusia untuk mencapai hakikat ibadat dan mengenalnya.

(Dan sesiapa yang menyembah makna tanpa nama, maka sesungguhnya inilah Tauhid)
Kerana makna itu, atau Ketuhanan mutlak, atau Allah SWT adalah asas yang membawa kepada hakikat makrifat (Huwa - Dia), kerana Nama ini hanyalah penunjuk arah makna itu yang membawa kepada hakikat,. Oleh itu, tidaklah salah sesuatu yang mengarahkan dirinya ke arah Nama, sebaliknya, sesiapa yang mahu Tauhid, dia harus sepenuhnya meninggalkan (beralih arah) dari Nama, sebaliknya harus, mengarahkan dirinya ke arah makna yang membawa kepada Hakikat: (Dan sesiapa yang menyembah makna tanpa nama, maka sesungguhnya inilah Tauhid)

Dan semua yang disebabkan oleh Nama, seperti yang telah dijelaskan terhadap makna umum, dan sesiapa yang mencari kepada yang lain supaya dia boleh mengatasi kekurangannya, dengan itu, menghadap kepada selain dia adalah kufur dan syirik; kerana ia menunjukkan ke arah banyak kezahiran pada makna ini dan dengan martabat yang berbeza, untuk Ketuhanan mutlak berpaling kepada selainnya dan kepada sebahagian daripada ciptaan-Nya juga berpaling kepada selain mereka. Atau dalam erti kata lain, bahawa berpaling kepada selain mereka daripada ciptaan-Nya Yang Maha Suci mereka juga Tuhan, tetapi bukan Ketuhanan mutlak, bahkan mereka miskin (kekurangan) dan berhajat kepada selain diri mereka sendiri.

Oleh itu, dengan menghadap pada nama dalam beribadah - dengan apa jua cara - adalah syirik dan kufur. Oleh itu, ia mestilah menentukan makna yang bertujuan untuk menghadap ke arah petunjuk Nama, dan kemudian seseorang itu perlu mengarahkan dirinya ke arah makna tanpa Nama, (Dan sesiapa yang menyembah makna tanpa nama, maka sesungguhnya inilah Tauhid).

Dan Hakikatnya permata berharga ini menunjukkan kepada suatu perkara yang akan menjelaskan, bahawa Dialah Yang Maha Suci, yang telah muncul dan tajalli kepada kita dengan Ketuhanan; kerana ia adalah apa yang sesuai dengan keadaan kita agar kita mengenal HakikatNya kita merupakan sifat yang paling penting dalam jati diri kita atau hakikat diri kita adalah Kekurangan (Kemiskinan), dan Tuhan adalah Kekayaan Mutlak, dan Dia lebih wajar kepada kita supaya kita boleh mengenal hakikat ketika kita menghadapkan diri kita kepada-Nya, supaya Dia melimpahkan kekayaan dan KesempurnaanNya ke atas Kekurangan (Kemiskinan) kita. (Beliau (as) berkata: Ya Hisham, "Allah" berasal daripada "ilah", dan ilah diperlukan kepada yang berpaling (bergantung) padanya,)

Oleh itu, Al-Uluhiyah - Ketuhanan dalam pengertian umum - iaitu hakikatnya bermakna sesuatu yang bergantung kepadaNya selain darinya untuk menyempurnakannya dan mengisi kelemahannya - merangkumi yang khusus (istimewa) ciptaan-Nya SWT, untuk mencapai kesempurnaan dalam martabat tertinggi yang mungkin bagi penciptaan, dan urusan ciptaan diwakilkan kepada mereka ke martabat yang tertentu, (Salam atasmu, Wahai Ahlil Bait - Nabuwah - Tempat Risalah, Tempat ziarah malaikat, dan Tempat turunnya Wahyu..... dan Baqiah Allah ..... dan cahayaNya ..... dan penciptaan akan kembali kepada kamu dan kamu menghakimi mereka ..... dan dan kamu yang memegang Langit dari jatuh menimpa bumi melainkan dengan izinNya) -Al- Ziyara Al- Jami'a

Dan mereka adalah Muhammad dan Keluarga Muhammad (as). sebagaimana menyebut "Rabb kepada Rabb-rabb, menyebut Tuhan (Ilah) kepada tuhan-tuhan (al-Aalihah). Dan menyebut Al-Ilah Al-Akbar (Tuhan Yang Maha Besar). dalam Doa'yang diriwayatkan daripada mereka (as). Beliau (as) berkata:

(قل وأنت ساجد: يا الله يا رحمن [يا رحيم] يا رب الأرباب وإله الآلهة .....)

(Katakanlah di dalam sujud: Ya Allah, Ya Rahman [Ya Rahim], Ya Tuhan segala tuhan-tuhan ... ) Al- Kafi : jilid 2 , halaman 566 dan Mustadrak Al Wasa ' il- Al- Mirza Al- Noori : jilid 2 , halaman 87, hadis 1492

وعن أبي عبد الله (ع)، قال: (..... قل يا رب الأرباب، ويا ملك الملوك، وياسيد السادات، ويا جبار الجبابرة، ويا إله الآلهـة، صل على محمد وآل محمد وافعـل بي كذا وكذا .....)

Dan Abi Abdillah (as) berkata: (... Katakanlah: Wahai Tuhan segala tuhan, Wahai Raja segala raja, Wahai Ketua segala Ketua, wahai Maha Perkasa  segala ysng Perkasa, Ya Tuhan kepada tuhan-tuhan, selawat atas Muhammad dan Keluarga Muhammad dan ...itu....ini .....) - Al Kafi : jilid 2 , halaman 323

Dan dalam Du’a Qudsi: (... Dengan nama Allah adalah aku keluar.... aku bertawakkal kepada Al-Ilah al-Akbar (Tuhan Yang Maha Besar), bertawakkal berserah  kepada -Nya ...) - Iqbal Al'Amal - Al- Sayyed Ibn Tawous Al- Hosni : Jilid 2 , halaman 198

Dan dalam Hadith Qudsi: (.....wahai Muhammad, Sesiapa berhasrat untuk meninggalkan keluarganya kerana dia mempunyai keperluan di perjalanan, dan dia suka aku yang melindunginya dan memenuhi keperluannya , maka hendaklah dia mengatakan ini apabila dia keluar:

بسم الله مخرجي وبإذنه خرجت وقد علم قبل أن أخرج خروجي وقد أحصى بعلمه … توكلت على الإله الأكبر الله .....)

Dengan nama Allah aku keluar, dan dengan izin-Nya aku keluar, dan bahawa Dia mengetahui sebelum aku keluar dengan keluarnya aku, dan yang meliputi dengan ilmuNya....  Aku bertawakkal kepada Al-Ilah al-Akbar (Tuhan Yang Maha Besar),.....) - Al-Jawahir Al-Sunniyyah, Al-Hurr Al-'Amilee : halaman 181

Dan yang pasti bukanlah maksud al-Aalihah (الآلهة) (yang disebut dalam hadith ini) tuhan-tuhan batil yang tidak mendapat bahagian Kesempurnaan atau mereka yang Tuhan-nya adalah dirinya sendiri dari penciptaan batil. Tetapi maksudnya mereka yang bersifat dengan sifat al-Lahut (Ketuhanan), iaitu mereka mencapai darjat kesempurnaan yang tinggi, dengan itu, berpalinglah kepada mereka penciptaan lain untuk memenuhi keperluan mereka, kerana mereka adalah imej Allah Yang Maha Suci. Maka Tuhan kepada Tuhan-tuhan, dan Al-Ilah al-Akbar maknanya: bahawa mereka yang bersifat dengan sifat al-Lahut (Ketuhanan), Di mana bahawa mereka telah mencapai darjat Kesempurnaan yang berpaling kepada mereka penciptaan lain dalam usaha mencari kesempurnaan, tetapi Dia Yang Maha Suci tidak sebanding dengan mereka kerana Dia Maha Kaya dan mereka yang kekurangan (fuqara’) dan yang berhajatkan kepada Dia SWT.

Baginda (sawas) bersabda: (Aku mempunyai masa bersama Allah aku tidak boleh membantu padaNya ada malaikat rapat dan (aku) tiada nabi yang ku-utus) - Bihar Al-Anwar : jumlah 18, halaman 36

Dan mereka (as) juga berkata: (Kami mempunyai masa bersama hal-hal Allah, Dia pada hal-hal itu adalah kami dan kami adalah Dia, dan Dia adalah Dia, dan kami adalah kami) - Al-Kalimat Al-Maknuna oleh Fayd Al-Kishani : halaman 114

Dan makna seperti ini terdapat dalam Al-Quran, dan ia telah disebut dalam tafsiran Al-Qumi sekitar kemunculan Al-Qa'im (as), dalam mentafsirkan firman SWT

﴿وَمَنْ يَقُلْ مِنْهُمْ إِنِّي إِلهٌ مِنْ دُونِهِ فَذلِكَ نَجْزِيهِ جَهَنَّمَ﴾

{Dan barangsiapa di antara mereka, mengatakan: "Sesungguhnya Aku adalah tuhan selain daripada Allah", maka orang itu Kami beri balasan dengan Jahannam.} [Surah 21:29]

Beliau (as) berkata: (Sesiapa yang mendakwa sebagai Imam maka dia bukan Imam.) - Tafsir Al-Qumi : jilid 2, halaman 68

Dan dari Muhammad bin Muslim, dia berkata, aku bertanya Abi Jaa'far (as) mengenai apa yang mereka sampaikan bahawa Allah menciptakan Adam atas (imej) shurah-Nya. Beliau (as) berkata: (Ia adalah (imej) shurah yang baru (muhaddath) dan makhluk (ciptaan) dan Allah telah memilihnya dan dipilih dari kalangan semua yang lain daripada bentuk rupa yang berbeza. Jadi Dia menambah pada dirinya (Adam), sama sebagaimana Dia menambah pada diri Kaabah, dan Roh pada dirinya

﴿وَنَفَخْتُ فِيهِ مِنْ رُوحِي﴾

{dan Kutiupkan padanya dari Roh-Ku } ) - Al-Kafi: jilid 1, halaman 134. Tauhid Al-Suduq : halaman 103

Dan (imej) shurah Allah di mana Adam diciptakan adalah Muhammad (sawas), kerana dia adalah makhluk (ciptaan) pertama dan tajalli pertama dan penzahiran pertama dalam penciptaan serta khalifah Allah yang hakiki (sebenar) [Sila rujuk Kitab "An-Nubuwah Al-Khatimah].

Dan sesungguhnya makna (bentuk rupa) shurah Allah, adalah bahawa dia zuhur dan tajalli Ketuhanan (Al-Lahut) dalam Penciptaan, oleh itu Muhammad (sawas) dialah (bentuk rupa) shurah Ketuhanan Mutlak (Al-Lahut al-Mutlak) dalam Penciptaan. Oleh itu, sesiapa yang inginkan makrifat Ketuhanan Mutlak, dia hendaklah mengenal melalui/dengan (bentuk rupa) shurahNya dalam Penciptaan, atau Allah dalam Penciptaan iaitu Muhammad (sawas)

Dan Dia Yang Maha Tinggi berfirman:
             
﴿وَمَنْ يَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَهاً آخَرَ لا بُرْهَانَ لَهُ بِهِ فَإِنَّمَا حِسَابُهُ عِنْدَ رَبِّهِ إِنَّهُ لا يُفْلِحُ الْكَافِرُونَ﴾

{Dan barangsiapa menyembah tuhan yang lain di samping Allah, padahal tidak ada suatu dalilpun baginya tentang itu, maka sesungguhnya perhitungannya di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang yang kafir itu tiada beruntung.} [Surah Al-Mukminun 23:117 ],

Dan Dia Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿هَلْ يَنْظُرُونَ إِلَّا أَنْ يَأْتِيَهُمُ اللَّهُ فِي ظُلَلٍ مِنَ الْغَمَامِ وَالْمَلائِكَةُ وَقُضِيَ الْأَمْرُ وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ الْأُمُورُ﴾

{Tiada yang mereka nanti-nantikan melainkan datangnya Allah dan malaikat dalam naungan awan, dan diputuskanlah perkaranya. Dan hanya kepada Allah dikembalikan segala urusan.} [Surah Al-Baqarah 2:210]

Dan yang datang dalam bayang-bayang awan adalah Muhammad (sawas) (Allah dalam Penciptaan) dalam Raj'ah dengan tombak Cahaya di tangannya, sehingga dia membunuh Iblis (la), kerana Yang Maha Tinggi, dan Maha Suci dari (sifat-sifat) datang dan pergi, meninggalkan dan bergerak adalah sifat-sifat Penciptaan.

Dari Abdul Karim ibn ‘Amru Al-Khatha’mi, dia berkata, Aku mendengar Aba Abdillah (as) berkata: (Sesungguhnya Iblis berkata: [أَنْظِرْنِي إِلى يَوْمِ يُبْعَثُونَ] - berilah  aku tempoh sehingga hari dibangkitkan, maka Allah menolak permintaannya, dan Dia SWT berfirman:
[فَإِنَّكَ مِنَ الْمُنْظَرِينَ إِلى يَوْمِ الْوَقْتِ الْمَعْلُومِ] - "Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh". sampai hari (suatu) waktu yang telah ditentukan,

Jadi, jika hari masa yang ditetapkan datang, Iblis (la) akan mengumpulkan semua pengikutnya, sejak dari Allah menciptakan Adam sehingga ke hari masa yang ditetapkan, dan ia adalah pusingan terakhir, bagi pusingan Amirul Mukminin (as)). Jadi aku berkata: Padanya ada pusingan? Beliau (as) berkata: Ya, sesungguhnya ia adalah pusingan demi pusingan, dan tidak ada seorang Imam pun dalam satu-satu abad melainkan ada pusingannya, yang bersamanya orang-orang soleh dan yang ‘ashiy (yang melanggar hukum) pada zamannya, sehingga Allah membersihkan orang yang beriman dari yang kafir. Jadi, jika tiba hari masa yang termaklum Amirul Mukminin (as) akan kembali pada sahabat-sahabatnya dan akan datang Iblis bersama para sahabatnya (la), dan batas tempat mereka akan berada di bumi di tanah Furat dan akan dikatakan kepadanya Roh yang berdekatan dengan Kufah kamu, maka akan berlaku perperangan besar yang belum pernah berlaku sejak Allah Azza wa Jalla mencipta alam. Maka seolah-olah aku melihat para sahabat Ali Amirul Mukminin (as) dan mereka (Iblis (la)) akan kembali berundur ke belakang 100 kaki, dan seolah-olah aku melihat mereka dan beberapa kaki mereka berada dalam (Sungai) Furat, Ketika itu akan turun (Al-Jabbar) Yang Maha Perkasa Azza wa Jalla:

﴿فِي ظُلَلٍ مِنَ الْغَمامِ وَالْمَلائِكَةُ وَقُضِيَ الْأَمْرُ﴾

{ dalam naungan awan dan malaikat, dan diputuskanlah perkaranya.}

Rasulullah (sawas) di tangannya ada lembing daripada cahaya. Jika Iblis melihatnya, tumit-tumitnya akan berundur ke belakang, jadi sahabatnya akan berkata kepadanya : Di mana kamu lari padahal kamu menang? Lalu dia berkata: sesungguhnya aku dapat melihat apa yang kamu sekalian tidak dapat melihat; sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan sekelian alam. Maka Nabi (sawas) akan mengikutinya kemudian menikam dia dengan satu tikaman di antara bahunya, dan ia akan musnah dan akan musnah semua pengikutnya. Dan pada masa itu Allah Azza wa Jalla akan disembah dan tidak akan ada sekutu bagiNya sesuatu pun. dan Amirul Mukminin (as) akan memerintah selama 44,000 tahun, sehingga lelaki itu dari pengikut Ali (as) akan melahirkan 1000 lelaki dari sulbinya, dan pada masa itu kedua-dua taman akan ada di Masjid Kufah dan di sekelilingnya, dengan kehendak Allah) - Mukhtassar Basa'ir Al-Daragat: halaman 27

Jadi riwayat ini menjelaskan dalam semua keterangan bahawa akan turun dan mendarat dan kedatangan Muhammad itu adalah juga turunnya Allah SWT, Dia akan datang dan turun seperti apa yang dimaksudkan dari firmanNya SWT: {Tiada yang mereka nanti-nantikan melainkan datangnya Allah dan malaikat dalam naungan awan, dan diputuskanlah perkaranya. Dan hanya kepada Allah dikembalikan segala urusan}, adalah, mereka menunggu hingga Muhammad (sawas) datang dalam naungan awan kepada mereka? Adalah ayat untuk Muhammad (sawas), dan keluarga Muhammad (as), dan dari mereka adalah Amirul Mukminin Ali (as), dan al-Qa'im (as).

Dari Abu Wahid bin 'Ali, beliau berkata: Amirul Mukminin (Ali bin Abi Talib (as)) berkata: (Akulah yang mengambil dari Nabi-nabi kepada Washi-washi dan dari Washi-washi kepada Nabi-nabi, dan Allah tidak mengutus seorang nabi kecuali aku berkhidmat kepada agamanya dan menyediakan kelengkapannya. dan sesungguhnya Tuhanku telah memilih aku dengan ilmu dan dengan kemenangan. dan aku diwakilkan kepada Tuhanku 12 perwakilan supaya aku mengenal diriNya, dan Dia memberikan aku kunci kepada ghaib - Kemudian dia berkata: Wahai Qinbar siapa di atas pintu (di pintu)? beliau berkata: Ya Haitham Al-Timar - Apa akan kamu katakan, aku cakapkan pada kamu, jika kamu mengambilnya kamu beriman dan jika kamu tinggalkan kamu kafir? kemudian dia berkata : Aku Al-Faruq yang membezakan antara kebenaran dan kepalsuan, aku memasukkan orang-orang yang menolongku ke syurga dan yang memusuhiku ke neraka, dan akulah yang Allah firmankan:

﴿هَلْ يَنْظُرُونَ إِلَّا أَنْ يَأْتِيَهُمُ اللَّهُ فِي ظُلَلٍ مِنَ الْغَمامِ وَالْمَلائِكَةُ وَقُضِيَ الْأَمْرُ وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ الْأُمُورُ﴾

{Tiada yang mereka nanti-nantikan melainkan datangnya Allah dan malaikat dalam naungan awan, dan diputuskanlah perkaranya. Dan hanya kepada Allah dikembalikan segala urusan} - Tafsir Furat Al-Kufi: halaman 67

Dan juga Qa'im keluarga Muhammad yang datang dalam naungan awan, iaitu azab yang mengiringi Mahdi pertama dan yang meliputi Bumi dengan awan dan kepulan asap

﴿فَارْتَقِبْ يَوْمَ تَأْتِي السَّمَاء بِدُخَانٍ مُّبِينٍ * يَغْشَى النَّاسَ هَذَا عَذَابٌ أَلِيمٌ * رَبَّنَا اكْشِفْ عَنَّا الْعَذَابَ إِنَّا مُؤْمِنُونَ * أَنَّى لَهُمُ الذِّكْرَى وَقَدْ جَاءهُمْ رَسُولٌ مُّبِينٌ * ثُمَّ تَوَلَّوْا عَنْهُ وَقَالُوا مُعَلَّمٌ مَّجْنُونٌ * إِنَّا كَاشِفُو الْعَذَابِ قَلِيلاً إِنَّكُمْ عَائِدُونَ * يَوْمَ نَبْطِشُ الْبَطْشَةَ الْكُبْرَى إِنَّا مُنتَقِمُونَ﴾

{Maka tunggulah hari ketika langit membawa kabut yang nyata,* yang meliputi manusia. Inilah azab yang pedih *(Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, lenyapkanlah dari kami azab itu. Sesungguhnya kami akan beriman".* Bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan, padahal telah datang kepada mereka seorang rasul yang memberi penjelasan,* kemudian mereka berpaling daripadanya dan berkata: "Dia adalah seorang yang menerima ajaran (dari orang lain) lagi pula seorang yang gila".* Sesungguhnya (kalau) Kami akan melenyapkan siksaan itu agak sedikit sesungguhnya kamu akan kembali (ingkar).* (Ingatlah) hari (ketika) Kami menghentam mereka dengan hentaman yang keras. Sesungguhnya Kami adalah Pemberi balasan.} [Surah 44:10-16]

Dan dari Jabir berkata, Abu Ja'afar (as) berkata dalam firmanNya, Yang Maha Tinggi, {Tiada yang mereka nanti-nantikan melainkan datangnya Allah dan malaikat dalam naungan awan, dan diputuskanlah perkaranya.}, beliau berkata : (diturunkan dalam 7 kubah cahaya dan tidak tahu dari mana, Apabila ia turun di belakang Kufah ketika inilah dia turun.) - Tafsir Al-' Ayashi : jilid 1, ms 103

Dan Abu Ja'afar (as) berkata: (Sesungguhnya dia akan turun dalam kubah dari cahaya , apabila dia turun di belakang Kufah untuk pemisahan (al-faruq) ini, maka itulah {dan diputuskanlah perkaranya} apabila dia turun, itulah yang ditandakan pada belalai (gajah), hari ditandakan pada orang kafir) - Tafsir Al- Ayashi , jilid 1, halaman 103

Dan tanda di belalai (gajah) bermaksud apa yang dilakukan al-Qa'im dengannya, atau binatang bumi

﴿وَإِذَا وَقَعَ الْقَوْلُ عَلَيْهِمْ أَخْرَجْنَا لَهُمْ دَابَّةً مِّنَ الْأَرْضِ تُكَلِّمُهُمْ أَنَّ النَّاسَ كَانُوا بِآيَاتِنَا لَا يُوقِنُونَ﴾

{Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka, Kami keluarkan sejenis binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahawa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami.} [ Surah 27:82 ]

Oleh kerana naungan awan atau kepulan asap (kabut) dibaratkan pada Rasulullah, Muhammad (sawas), dan ibarat dan tanda yang mengiringi Imam Mahdi pertama dan Qai'm Keluarga Muhammad atau Penyelamat Dunia, bukan sahaja dia wujud dalam Al-Quran, bahkan ia wujud dalam semua agama-agama yang mendahuluinya , dan nabi-nabi terdahulu menyampaikan berita gembira mengenai baginda, dan terdapat banyak bukti-bukti mengenai baginda di dalam Taurat dan Injil (Kamu boleh membaca beberapa teks mengenai perkara ini dalam Tambahan nombor 4)

Dan Allah SWT berfirman:

﴿هُوَ الَّذِي أَخْرَجَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ مِن دِيَارِهِمْ لِأَوَّلِ الْحَشْرِ مَا ظَنَنتُمْ أَن يَخْرُجُوا وَظَنُّوا أَنَّهُم مَّانِعَتُهُمْ حُصُونُهُم مِّنَ اللَّهِ فَأَتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ حَيْثُ لَمْ يَحْتَسِبُوا وَقَذَفَ فِي قُلُوبِـهِمُ الرُّعْبَ يُخْرِبُونَ بُيُوتَهُم بِأَيْدِيهِمْ وَأَيْدِي الْمُؤْمِنِـينَ فَاعْتَبِرُوا يَا أُولِي الْأَبْصَارِ﴾

{Dialah yang mengeluarkan orang-orang kafir di antara ahli kitab dari kampung-kampung mereka pada saat pengusiran yang pertama. Kamu tidak yakin dengannya, bahawa mereka akan keluar dan mereka menyangka bahwa benteng-benteng mereka dapat mempertahankan mereka dari (siksa) Allah; maka Allah mendatangkan kepada mereka (hukuman) dari arah yang tidak mereka sangka-sangka. Dan Allah melemparkan ketakutan dalam hati mereka; mereka memusnahkan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri dan tangan orang-orang mukmin. Maka ambillah (kejadian itu) untuk menjadi pelajaran, hai orang-orang yang mempunyai pengelihatan.} [ Surah Al-Hasyar 59:2 ]
                                           
Pada ayat yang mengatakan: {mereka menyangka bahawa benteng-benteng mereka dapat mempertahankan mereka dari (siksa) Allah; maka Allah mendatangkan kepada mereka (hukuman) dari arah yang tidak mereka sangka-sangka }, dan secara luaran, mereka berfikir bahawa benteng-benteng mereka akan melindungi mereka dari Muhammad (sawas), kerana pada zahirnya mereka beriman kepada Allah, kerana mereka ahli Kitab Samawi dan pengikut nabi dari nabi-nabi Allah dan dia adalah Musa (as). Dan orang yang mengalahkan mereka dan memecahkan benteng-benteng mereka dan datang kepada mereka dari arah yang mereka tidak sangka adalah Muhammad (sawas), tetapi sebaliknya, jelas kelihatan, mereka adalah orang yang ketakutan di dalam hati mereka apabila pintu benteng-benteng mereka dirobek dan membunuh pahlawan mereka, bahkan sesungguhnya, yang menyempurnakan dan mengarahkan adalah Amirul Mukminin Ali (AS) seperti yang diketahui oleh semua orang, dan ia tidak tersembunyi pada orang orang Islam yang Ali (as) adalah orang yang mengangkat pintu Khaibar dan membunuh Marhab pahlawan orang Yahudi.

Dan Dia, Allah SWT berfirman:

﴿لَّقَدْ سَمِعَ اللّهُ قَوْلَ الَّذِينَ قَالُواْ إِنَّ اللّهَ فَقِيرٌ وَنَحْنُ أَغْنِيَاء سَنَكْتُبُ مَا قَالُواْ وَقَتْلَهُمُ الأَنبِيَاءَ بِغَيْرِ حَقٍّ وَنَقُولُ ذُوقُواْ عَذَابَ الْحَرِيقِ﴾

{Sesungguhnya Allah telah mendengar perkatan orang-orang yang mengatakan: "Sesunguhnya Allah miskin dan kami kaya". Kami akan mencatat perkataan mereka itu dan perbuatan mereka membunuh nabi-nabi tanpa alasan yang benar, dan Kami akan mengatakan (kepada mereka): "Rasakanlah olehmu azab yang membakar."} [Surah Aali Imran 3:181]

Orang-orang yang ditujukan dalam ayat ini adalah ahli Kitab, dan mereka mendakwa bahawa mereka beriman kepada Allah, maka bagaimana seseorang boleh membayangkan bahawa mereka berkata dengan lidah mereka sendiri yang Allah miskin sedangkan mereka beriman kepada-Nya?

Demi Allah, sesungguhnya mereka tidak mengatakan bahawa Allah miskin, sebaliknya, mereka berkata bahawa nabi-nabi dan Rasul adalah orang-orang miskin dan mereka akan menghina mereka kerananya. Jadi ulamak yang tidak beramal dan para peniru mereka telah berkata dengan lidah mereka sendiri dan oleh tindakan mereka sendiri pada setiap zaman bahawa jika para nabi dan aushiak bersama dengan Allah, tentulah Allah akan menjadikan mereka kaya, dan mereka tidak akan perlukan penyokong atau harta-benda atau senjata untuk mempertahankan aqidah mereka. Dan mereka menganggap banyaknya wang dan penyokong pada Ulamak tidak beramal adalah menjadi bukti dan mengesahkan bahawa mereka berada di atas kebenaran itu.

Maka Allah (SWT) Mengimbas kembali peristiwa ini mengenai apa yang mereka katakan : . {Sesungguhnya Allah telah mendengar perkatan orang-orang yang mengatakan: "Sesunguhnya Allah miskin dan kami kaya".} Jadi, Allah menjadikan kata-kata mereka (bahawa nabi-nabiNya adalah orang-orang miskin), kepada kata-kata "Allah miskin"

Dan pada zaman Ar-Rasul Muhammad (sawas) mereka berkata bahawa Muhammad (sawas) adalah miskin

﴿وَقَالُوا مَالِ هَذَا الرَّسُولِ يَأْكُلُ الطَّعَامَ وَيَمْشِي فِي الْأَسْوَاقِ لَوْلَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مَلَكٌ فَيَكُونَ مَعَهُ نَذِيراً * أَوْ يُلْقَى إِلَيْهِ كَنزٌ أَوْ تَكُونُ لَهُ جَنَّةٌ يَأْكُلُ مِنْهَا .....﴾

{Dan mereka berkata: "Mengapa rasul itu memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar? Mengapa tidak diturunkan kepadanya seorang malaikat agar malaikat itu memberikan peringatan bersama-sama dengan dia?,* atau (mengapa tidak) diturunkan kepadanya perbendaharaan, atau (mengapa tidak) ada kebun baginya, yang dia dapat makan dari (hasil)nya?" .... } [ Surah Al-Furqan  25:7-8 ] ,

Sementara Allah telah menyampaikan kenyataan mereka bahawa mereka tidak mengatakan Allah miskin , bermakna mereka mengatakan bahawa Muhammad (sawas)-lah yang miskin, adalah sama seperti mengatakan bahawa Allah miskin; kerana Nabi Muhammad adalah Wajah Allah SWT dan dia adalah Allah dalam Penciptaan.

Dari Al-Baqir (as) pada menyentuh -Nya, Yang Maha Tinggi, kata-kata : {Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan orang-orang yang mengatakan: "Sesunguhnya Allah miskin dan kami kaya".}, Beliau (as) berkata: (Mereka mendakwa bahawa Imam memerlukan dari mereka pada apa yang mereka bawa (punyai) - Al- Manaqib: jilid 4, halaman 48

Imam Al -Sadiq (as) Mengenai firman Allah SWT, kata-kata : {Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan orang-orang yang mengatakan: "Sesunguhnya Allah miskin dan kami kaya".}, beliau (as) berkata: (Demi Allah, mereka tidak pernah melihat Allah Taala, untuk mengatakan bahawa Dia adalah miskin, tetapi sesungguhnya mereka telah melihat Auliak Allah [yang] miskin) - Tafsir Al Qumi: jilid 1, ms 127

Dia, Allah SWT berfirman:

﴿ وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا ﴾

{Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka.} [Surah Al-Baqarah 2:34],

Dan seperti sujud ini adalah untuk Adam (as), ia juga adalah untuk Muhammad, Ali dan Fatimah Al Zahraa' dan para Imam (as), dan mereka yang ditujukan untuk sujud ini kerana mereka ini adalah ibarat kiblat (arah) Allah SWT, mereka ini mengenal Allah, dan mereka adalah Wajah Allah dan mereka adalah Nama-namaNya Yang Terbaik, kerana mereka adalah Allah dalam Penciptaan, sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam sebuah hadis

عن أسود بن سعيد، قال: كنت عند أبي جعفر (ع) فأنشأ يقول ابتداء من غير أن يُسئل: (نحن حجة الله ونحن باب الله ونحن لسان الله ونحن وجه الله ونحن عين الله في خلقه ونحن ولاة أمر الله في عباده)

Dari Aswad bin Sa'eed, ketika ia berkata : Aku bersama Abu Ja'afar (as), beliau (as) mula berkata tanpa sesiapa pun bertanya beliau: (Kami adalah Hujjah Allah, kami adalah Pintu Allah, kami adalah Lisan Allah, kami adalah Wajah Allah, kami adalah Mata Allah dalam ciptaan-Nya, dan kami adalah Penguasa perintah Allah pada hamba-hambaNya.) - Basa'ir Al-Daragat: halaman 81.

Dan dari Al-Harith bin Maghira Al-Nasri, berkata, Abu Abdullah (as) telah ditanya mengenai Firman Allah Tabaraka wa Taala:

﴿كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجْهَهُ﴾

{Segala sesuatu akan binasa kecuali Wajah-Nya} [Surah Al-Qashash 28:88 ].
Jadi dia (as) berkata: Apa yang mereka katakan mengenainya? Jadi aku berkata: Mereka berkata segala-galanya binasa kecuali Wajah Allah. Jadi dia (as) berkata: Subhana Allah (Maha Suci Allah), sesungguhnya, mereka itu mengatakan Kata-kata yang Agung, sesungguhnya padaku adalah wajah Allah yang aku bawa dariNya) - Al-Kafi : jilid 1, halaman 134, hadith 1, Bab Al-Nawadir

Dan dari Abi Jaa'far (as) berkata: (Kami adalah Al-Mathani (yang dibaca berulang-ulang tujuh Ayat iaitu Surah Al Fatihah), yang Allah berikan kepada Nabi kita Muhammad (sawas), dan kami adalah Wajah Allah, dan kami berulang-alik di Bumi di antara kamu, dan kami adalah mata Allah dalam PenciptaanNya, dan TanganNya yang dihulurkan rahmat kepada hamba-hambaNya, dan mengenal kami sesiapa yang mengenal kami, dan jahil akan kami sesiapa yang jahil akan kami) - Al-Kafi , jilid 1, halaman 143, hadith 3, Bab al-Nawadir .

Dari Abi Al-Shalt Al-Harwi, dari Imam Al-Ridha (as) bahawa dia berkata: Rasulullah (sawas) bersabda: Sesiapa yang menziarahi aku semasa hidup ku atau selepas kematianku, maka sesungguhnya dia telah menziarahi Allah Ta’ala, dan darjat Nabi di syurga adalah darjat yang tertinggi, jadi sesiapa yang menziarahi baginda pada darjat baginda di Syurga dari rumahnya maka dia telah menziarahi Allah Tabaraka Wa Ta’ala (TWT). Aku (Abu Shalt) berkata:. Wahai anak Rasulullah (sawas), apakah makna khabar (gembira) yang diriwayatkan, iaitu: "Sesungguhnya ganjaran لا إله إلا الله  adalah melihat Wajah Allah?" Jadi dia (as) berkata: Wahai Aba Al-Shalt, sesiapa yang menyifatkan Allah Ta’ala dengan wajah seperti wajahnya maka dia telah kafir. Tetapi wajah Allah Ta’ala adalah Nabi-nabiNya dan Rasul-rasulNya dan para HujjajNya (shalawatu Allah ‘alahim), mereka adalah orang-orang yang bertawajjuh (menghadap) kepada Allah Azza wa Jalla dan kepada agama-Nya dan marifatNya. dan Allah Ta’ala berfirman:

﴿كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ * وَيَبْقَى وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ﴾

{Semua yang ada di bumi itu akan binasa.* Dan tetap kekal Zat Tuhanmu yang mempunyai Keagungan dan Kemuliaan.} [Surah Ar-Rahman 55:26-27]

dan Dia, Azza wa Jalla berfirman:

﴿كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجْهَهُ﴾

{Segala sesuatu akan binasa kecuali Wajah-Nya} [Surah Al-Qashash 28:88].
- ' Uyun Akhbar al- Ridha (SAW ), jilid 2 , halaman 106

Dan dari Abi Abdillah (as) berkata: Dalam firman Azza wa Jalla:

﴿وَلِلَّهِ الْأَسْماءُ الْحُسْنى فَادْعُوهُ بِها﴾

{Dan bagi Allah Asmaa-ul Husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebutnya} [Surah Al-A’raf 7:180], (Kami, demi Allah, adalah Asmaa-ul Husna (nama-nama Terbaik) tidak akan diterima Allah amalan hamba-hambaNya melainkan dengan mengenal Kami.) - Al Kafi : jilid 1, halaman 143, hadith 4 , pintu Nawadir

Dan dari Imam Al-Ridha (as) berkata: (Jika kesusahan datang menimpa kamu kemudian meminta bantuan kami kerana Allah Azza wa Jalla, dan ini adalah perkataan Dia Azza wa Jalla : {Dan bagi Allah Asmaa-ul Husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebutnya}) - Mustadrak Al- Wasa'il : Jilid 5, halaman 228, hadith 5758 , Bab Istihbab Al-Tawasull fi Al Dua 'bi Muhammad wa Aali Muhammad

Dan dari Imam Al-Ridha (as) berkata: (Jika kesusahan datang menimpa kamu kemudian mememinta bantuan kami kerana Allah, dan ini adalah perkataan Allah: {Dan bagi Allah Asmaa-ul Husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebutnya}.) Beliau berkata: Abu Abdillah (as) berkata: "Kami, demi Allah, adalah Asmaa-ul Husna (nama-nama Terbaik) tidak akan diterima Allah dari seseorang melainkan dengan mengenal Kami " beliau berkata: bermohonlah kepada-Nya dengan menyebutnya) - Mustadrak Al- Wasa'il : jumlah 5, halaman 230, hadith 5760

Dan itu adalah pancaran (kesucian) sifat Uluhiyah (Ketuhanan) pada penciptaan, mereka adalah hamba-hamba Allah SWT dan mereka beramal dengan perintah-Nya ,

﴿تَخْلُقُ مِنَ الطِّينِ كَهَيْئَةِ الطَّيْرِ بِإِذْنِي فَتَنْفُخُ فِيهَا فَتَكُونُ طَيْراً بِإِذْنِي﴾

{kamu membentuk dari tanah (suatu bentuk) yang berupa burung dengan izin-Ku, kemudian kamu meniup kepadanya, lalu bentuk itu menjadi burung (sebenar) dengan seizin-Ku. } [ Surah Al-Maidah 5:110 ]

﴿وَقَالُوا اتَّخَذَ الرَّحْمَنُ وَلَداً سُبْحَانَهُ بَلْ عِبَادٌ مُكْرَمُونَ * لا يَسْبِقُونَهُ بِالْقَوْلِ وَهُمْ بِأَمْرِهِ يَعْمَلُونَ﴾

{Dan mereka berkata: "Yang Maha Pemurah telah mengambil (mempunyai) anak", Maha Suci Allah. Sebenarnya, adalah hamba-hamba yang dimuliakan,* mereka itu tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya.} [Surah Al-Anbiak 21:26-27]

Mereka adalah hamba-hamba yang berdarjat tinggi pada kesempurnaan yang mana mereka bermaqam Khalifah Allah SWT sebenar-benar  KhalifahNya, dengan itu jika mereka diutus dan dijadikan Khalifah di alam ini, mereka bermaqamkan maqam Allah SWT, dengan daya, kekuatan dan keizinznNya , kerana mereka mentadbir alam ini dengan kuasa Allah dan menurut apa yang telah diajarkan Allah kepada mereka, dan mereka tidak berkemahuan melainkan apa yang dikehendaki Allah, dan hati mereka adalah alat (pancaran) untuk kehendak Allah SWT.

Oleh itu Kerasulan selepas diutus mereka (shalawat Allah ‘alaihim) adalah dari mereka, dan Muhammad (sawas) adalah penutup para nabi dan Rasul-rasul dari Allah SWT. Ada pun selepas dia (Muhammad (sawas)) diutus, maka penghantaran utusan adalah dari baginda (shalawat Allah ‘alaih) oleh kerana dia adalah Allah dalam Penciptaan, kerana dia adalah shurah (imej) Allah yang sempurna dan adalah Asmaa Allah ul Husna (nama-nama Terbaik Allah), adalah Wajah Allah, dan Kalimah Yang sempurna

(..... وبكلمتك التي خلقت بها السماوات والارض ..... وبشأن الكلمة التامة ..... وأسألك بكلمتك التي غلبت كل شيء .....)

( ..... dan oleh Kalimah-Mu yang dengannya Engkau telah mencipta Langit-langit dan Bumi .... dan atas Kalimah yang Sempurna..... dan aku bermohon dengan Kalimah-Mu yang mengalahkan segala sesuatu) – Du’a Al-Simat

Dan baginda (shalawat Allah ‘alaih) adalah zuhur (kemunculan) Allah di Faran (Mekah): ( .... dan dengan kedatangan- Engkau di Sa'ir , dan kemunculan- Engkau di Faran ..... )) - Dua 'Al-Simat.

Oleh itu seperti Isa (as) adalah kedatangan Allah di Sa'ir, dan kedatangan adalah kedatangan dan kemunculan juz’i, dengan itu Nabi Isa (as) adalah pelopor atau pembuka jalan kepada Muhammad (sawas).

Oleh itu, Muhammad (sawas) mengutus Imam-imam adalah perkara yang sama seperti Allah , SWT, mengutus Musa (as). Dan itulah sebabnya Muhammad adalah penutup para nabi dan Rasul, yang bermaksud para nabi dan Rasul-rasul diutus oleh Allah. Jadi baginda (sawas) adalah penutup untuk apa yang telah datang sebelumnya dan baginda juga adalah pembuka kepada yang akan datang kemudiannya. Dan ini adalah rahsia khataman Nubuwah (penutup Kenabian), yang bergelumang tentang rahsia peneutupannya oleh para ulamak Islam. dan Jika tidak begitu, tidak akan ada makna untuk penutup Kerasulan dan Kenabian. Dengan itu keperluan itu tidak berubah selepas Dia menghantar RasulNya Muhammad (sawas),sebaliknya, mungkin keperluan untuk menghantar utusan selepas Muhammad (sawas) adalah lebih besar, kerana keadaan akan lebih buruk, dan banyak kerusakan, kezaliman (penindasan), kegelapan dan kejahilan - dan tidak akan datang (As-Saah) kebangkitan - iaitu kebangkitan Qa’im - melainkan atas kejahatan-kejahatan ciptaan (makhluk) Allah. Dan Rasulullah (sawas ) telah memaklumkan kepada kita bahawa keadaan akan menjadi lebih buruk selepas baginda (sawas). Oleh itu, dua belas Imam (as) bermaqamkan maqam (darjat) Anbiak Allah dan RasulNya sebelum ini, tetapi perbezaannya adalah bahawa mereka diutus (dilantik) oleh Muhammad (sawas)

﴿وَلِكُلِّ أُمَّةٍ رَسُولٌ فَإِذَا جَاءَ رَسُولُهُمْ قُضِيَ بَيْنَهُمْ بِالْقِسْطِ وَهُمْ لا يُظْلَمُونَ﴾

{Tiap-tiap umat mempunyai rasul; maka apabila telah datang rasul mereka, diberikanlah keputusan antara mereka dengan adil dan mereka tidak akan dianiaya.} [Surah Yunus 10:47]

Jabir meriwayatkan dari Abi Jaa'far (as): Jabir berkata: Aku bertanya kepada beliau (as) mengenai ayat ini: {Tiap-tiap umat mempunyai rasul; maka apabila telah datang rasul mereka, diberikanlah keputusan antara mereka dengan adil dan mereka tidak akan dianiaya }  Beliau (as) berkata: (tafsiran dalaman (batin) adalah bahawa setiap kurun umat ini akan ada seorang Rasul dari keluarga Muhammad yang akan keluar kepada mereka dalam abad (kurun) mereka dan ia adalah Rasul kepada mereka dan mereka adalah Auliak dan Ar-Rasul . . Adapun firman Allah,

﴿فَإِذا جاءَ رَسُولُهُمْ قُضِيَ بَيْنَهُمْ بِالْقِسْطِ﴾،
{maka apabila telah datang rasul mereka, diberikanlah keputusan antara mereka dengan adil} Beliau berkata: maksudnya bahawa Ar-Rasul akan menghakimi (diberikanlah keputusan) dengan adil dan mereka tidak akan dianiaya sebagaimana dikatakan oleh Allah) - Tafsir Al-'Ayashi, jilid 2, halaman 123. Hadis 23, dan Al Majlisi meriwayatkan dalam Al-Bihar

Oleh itu Nabi Muhammad (sawas) dan para Imam (as) juga memegang maqam Allah dalam penciptaan, mereka adalah Rasul dan Mursalin. Muhammad (sawas) adalah Rasul (utusan) Allah SWT, dan Muhammad (sawas) juga mengutus para Imam sebagai Rasul, dan Imam Al-Mahdi (as) adalah seorang Rasul dari Muhammad (sawas) Allah dalam penciptaan atau Wajah Allah. Dan Imam Al-Mahdi (as) adalah orang yang menghantar dua belas Mahdi dari anak-anaknya, dan oleh itu, dia (Al-Mahdi (as))  juga dalam maqam Muhamamd (sawas), atau Allah di dalam penciptaan, atau Wajah Allah SWT.

Dan tidak dapat dibayangkan bahawa pancaran (kesucian) Muhammad (sawas) dan Ahli Baitnya dengan sifat Uluhiyah (Ketuhanan) ia adalah matanya (Ketuhanan) Uluhiyah Allah SWT, bahkan urusan ini tidak mengeluarkan mereka dari menjadi ciptaan yang fakir (miskin) kepada mereka ada sempadan yang mengikat mereka. Dan al-Uluhiyah SWT adalah Uluhiyah Mutlak. Pancaran (kesucian) Muhammad dan Keluarga Muhammad (as) dengan sifat Uluhiyah (Ketuhanan), walaupun kemiskinan hampir-hampir tidak dibezakan padanya, kerana mereka yang berhajat dan miskin pada Allah SWT dan pada mereka selawat Allah atas mereka semua. Hampir-hampir mereka menjadi kaya tetapi mereka faqir dan miskin di sisi Allah Subhahu Wa Ta’ala

﴿يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ نُورٌ عَلَى نُورٍ﴾

"Hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya (berlapis) di atas cahaya." [Surah An-Nur 24: 35]


Tiada ulasan: