Khamis, 6 Mac 2014

Soalan 118: Apakah Roh Kudus

Soalan 118: Apakah Roh Kudus, adakah ia sesuatu yang besar atau kecil; seperti pada orang yang berkata benar dan pada orang yang maksum?
                        
Jawapan: Roh Kudus adalah (Roh suci atau sempurna). Apabila seorang hamba mengabdikan diri dengan niat ikhlas untuk Allah,Yang Maha Suci, Maha Kuasa, dan ingin menghadap Allah, Allah akan mencintainya dan Allah akan menugaskan untuknya seorang malaikat yang mendorongnya kepada semua kebaikan dan mengeluarkannya dari semua kejahatan, dan memimpinnya menuju Akhlak Mulia, dan Ruhul Qudus akan menjadi perantara untuk menurunkan ilmu kepada manusia tersebut yang mana ia [RuhulQudus] telah diamanahkan.

Dan Ruhul Qudus itu ada banyak dan bukan [hanya] satu. Dan yang ada pada Isa (as) dan pada para Nabi tidak sama dengan yang ada pad Muhammad (sawas), dan Ali (as), dan Fatimah (as), dan para Imam (as), dan [Ruhul Qudus] ini adalah Ruhul Qudus Teragung; yang tidak diturunkan kepada siapa pun kecuali Muhammad (sawas), dan setelah kewafatannya ia diserahkan kepada Ali (as), dan kemudian kepada para Imam (as), dan kemudian setelah mereka kepada dua belas Mahdi.

[Diriwayatkan] dari Abu Bashir yang berkata: "Aku bertanya Abu Abdullah (as) mengenai perkataan Allah, Maha Pemberi Barkah, Maha Tinggi:

﴿وَكَذَلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ رُوحاً مِنْ أَمْرِنَا مَا كُنْتَ تَدْرِي مَا الْكِتَابُ وَلا الْأِيمَانُ﴾

{Dan Kami wahyukan kepadamu Roh dengan perintah Kami, kamu tidak mengetahui apakah Kitab itu, dan apakah Iman itu} [Surah Al-Syura 42:52]

Maka beliau (as) berkata, "Ini adalah ciptaan dari penciptaan Allah Azza wa Jalla, yang lebih besar daripada Jibrail dan Mikail (as), ia bersama Rasulullah (sawas), yang memberitahu dan menegakkannya, dan ia bersama para Imam setelahnya.' "

[Diriwayatkan] dari Abu Bashir yang berkata: "Aku bertanya Abu Abdullah (as) mengenai perkataan Allah Azza wa Jalla:

﴿وَيَسْأَلونَكَ عَنِ الرُّوحِ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي﴾

{Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah, "Roh itu adalah urusan Tuhanku."} [Surah Al-Isra’ 17:85].

Maka beliau (sawas) berkata, "Ini adalah ciptaan yang lebih besar dari Jibrail dan Mikail (as), ia bersama Rasulullah (sawas), memberi perkhabaran dan ia bersama para Imam dan ia dari Kerajaan Langit' (al-Malakut) " - Al-Kafi: Jilid 1, halaman 273.

[Diriwayatkan] dari Abi Hamzah yang berkata: "Aku bertanya Abu Abdullah (as) tentang ilmu, adakah ia merupakan ilmu yang dipelajari oleh seorang ahli ilmu dari mulut manusia, atau adakah ia di dalam Kitab yang bersamamu, kamu membacanya dan kemudian mempelajari darinya? Dia (as) berkata, 'Perkara ini adalah lebih besar dari itu, dan amat penting, tidakkah kamu mendengar Allah Azza wa Jalla berfirman,

﴿وَكَذَلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ رُوحاً مِنْ أَمْرِنَا مَا كُنْتَ تَدْرِي مَا الْكِتَابُ وَلا الْأِيمَانُ﴾

{Dan Kami wahyukan kepadamu Roh dengan perintah Kami, kamu tidak mengetahui apakah Kitab itu, dan apakah Iman itu} [Surah Al-Syura 42:52]'

Kemudian beliau (as) berkata, 'Apa yang teman-temanmu katakan tentang ayat ini, adakah mereka setuju bahawa beliau berada dalam keadaan tidak mengetahui apakah Kitab dan Iman itu?" Lalu aku berkata, "Aku tidak tahu, semoga aku menjadi tebusanmu, apa yang mereka katakan." Maka dia (as) berkata kepadaku, 'Memang, beliau dalam keadaan tidak tahu apakah kitab dan iman itu sehinggalah Allah Yang Maha Kuasa, mengutuskan Roh yang Dia nyatakan di dalam Kitab itu, maka ketika Allah mewahyukannya kepadanya, beliau mengetahuinya dengan ilmu dan kefahaman, dan itu adalah Roh yang Allah, Yang Maha Kuasa, berikan kepada siapa yang Dia kehendaki, maka apabila Dia memberikannya kepada seorang hamba, Dia telah mengajarnya kefahaman' " - Al-Kafi: Jilid 1, halaman 274.

Jadi Rasulullah Muhammad (sawas) ketika beliau diturunkan ke dunia jisim (al-‘alam al-jasmani) ini untuk memulai ujian kedua setelah ujian pertama di Alam Zarah (Alam Zarr), beliau ditutupi dengan tubuh fizik ini, tetapi apabila beliau mengabdikan diri kepada Allah, Yang Maha Agung, Maha Mulia, dengan pengabdian yang tidak pernah diketahui Bumi sepertinya, Allah, Yang Maha Agung, Maha Kuasa, mencintainya dan menugaskan untuknya Ruhul Qudus Teragung, dan beliau merupakan pemenang dalam perlumbaan di dunia ini sepertimana beliau juga adalah pemenang perlumbaan ini dalam ujian pertama di Alam Zarah (Alam Zarr).


✡✡✡✡✡


Tambahan dari:
Terjemahan dari rencana What is Holy Spirit/Ma Huwa Ruhul Qudus


Dan Ruhul Qudus Teragung ini dahulu ada bersama Rasulullah (sawas), maka apabila pembukaan [hijab] berlaku untuknya, Ruhul Qudus Teragung ini berpindah dari Rasul kepada Amirul Mukminin (as), kerana Rasulullah (sawas) sudah sempurna dalam pelunasan (al-tasdiq) yang muncul melalui pembukaan (al-fath) tadi [lebih] daripada pelunasan melalui Ruhul Qudus Teragung.

Dan begitu juga Imam Al-Mahdi (as) sudah sempurna pelunasan daripada Ruhul Qudus Teragung pada masa kezuhuran, kerana pembukaan [dari hijab] terjadi untuknya pada masa keghaiban kecil, maka Ruhul Qudus Teragung ini berpindah kepada Mahdi pertama. Jadi sepertimana "diri kami dan diri kamu" dihubungkan pada Nabi Allah (sawas) dan Ali (as), begitu juga ia dihubungkan di sini pada Imam Al-Mahdi (as), dan Mahdi pertama (as), dari aspek jubah yang dipakai oleh Rasulullah sawas dan Amirul Mukminin, dan itu adalah: Ruhul Qudus Teragung.

Jika tidak, mereka tidak sama kecuali dari aspek ini, kerana Rasulullah (sawas) lebih utama dari Ali (as), dan begitu juga Imam Al-Mahdi (as) adalah lebih utama daripada Mahdi pertama, dan kesetaraan [antara mereka] dalam aspek ini adalah aspek pakaian, dan itu adalah Ruhul Qudus Teragung, yang dipakai oleh Mahdi pertama, kerana sesungguhnya dia memerlukan pelunasan dan pembukaan belum terjadi untuknya.

Manakala, pembukaan telah terjadi pada Imam Al-Mahdi (as), maka pelunasannya adalah dari pembukaan tersebut, kerana ada ketikanya di mana tidak ada apa pun yang tersisa kecuali Allah, Yang Satu, Maha Penakluk. Adapun bagi Mahdi pertama pembukaan belum terjadi padanya, maka oleh sebab itu dia diperkasa oleh Roh Qudus Teragung ini, dan kita harus berdoa untuknya [dengan mengatakan]: "bahawa dia menyembah-Mu dan tidak menyekutukan-Mu dengan sesuatu" bererti, bahawa dia bahkan tidak melihat "aku" yang ada antara belahan tubuhnya, sehingga dia tidak dapat melihat atau mengenali selain Allah, kerana menyembah adalah mengenali.

Menyembah-Mu bererti Mengenali-Mu, dan tidak menyekutukan-Mu dengan sesuatu [bererti] tidak mengenali selain Engkau, bahkan [tidak] dirinya sendiri, bererti Pembukaan yang Jelas (al-fathul mubin) terjadi padanya.

Begitu juga para sahabat al-Qa'im, selain Mahdi pertama, diperkasa oleh ruhul qudus, akan tetapi ruhul qudus ini, bukan Roh Qudus Teragung, dan masing-masing sesuai dengan [tahap mereka].Atas alasan tersebut mereka dijadikan maksum: "Perjanjian-mu di telapak tangan-mu." [1], "Allahmeletakkan tangan-Nya di kepala para penyembah, maka fikiran mereka akan dikumpulkan bersamanya dan impian mereka akan disempurnakan oleh-Nya…" [2]


✡✡✡✡✡

____________________
[1] Dari Dala'il Al-Imamah oleh Al-Tabari (Al-Syi'i) halaman 467, dan Al-Ghaibah oleh Al-Nu'mani halaman 319. [Diriwayatkan] dari Al-Baqir (as) yang berkata: "Ketika al-Qa'im bangkit dia akan mengirimkan ke jajahan-jajahan di Bumi, di setiap jajahan [dia akan mengirimkan] seorang lelaki [yang mana Imam akan berkata], 'Perjanjianmu di telapak tanganmu, maka jika ada sesuatu yang kamu tidak faham muncul atau kamu tidak tahu pengadilan di dalamnya, maka lihatlah di telapak tanganmu dan laksanakan dengan apa yang di dalamnya.' "
[2] [Diriwayatkan] dari Abu Ja'afar (as) yang berkata: "Ketika al-Qa'im kami bangkit Allah meletakkan tangan-Nya di atas kepala para penyembah, maka fikiran mereka akan dikumpulkan bersamanya dan impian mereka akan disempurnakan olehnya." Al-Kafi: Jilid 1, halaman 25.

Berdasarkan karya-karya saudara saudari yang diberkati di Al-Mahdyoon:


Lihat lebih lanjut di: http://saviorofmankind.com/articles/christian/280-what-is-the-holy-spirit # sthash.RCC1eyMr.dpuf

Tiada ulasan: