Lampiran 3
Ini
adalah beberapa contoh daripada apa yang telah ditulis dalam Kitab-kitab Wahabi
dari kata-kata menjisimkan dan menghadkan Allah Yang Maha Tinggi, Maha Suci Dia
dari yang demikian itu. Dan untuk meringkaskannya, cukuplah saya sampaikan
beberapa salinan dari Kitab "Lima'ah Al-I’tiqad " oleh Ibn Qudamah
Al-Maqdisi, dan ulasan Ibn Jibrin, dan beberapa Fatwa daripada Ibn Jibrin yang
mengiringi Kitab ini, dan juga beberapa Fatwa Ibn Uthaimain pada bab ini:
Ibn
Qudamah berkata dalam Kitab "Lam'ah Al-I'tiqad":
(Bab
pengelihatan orang yang beriman kepada Tuhan mereka dan orang-orang mukmin
melihat Tuhan mereka dengan mereka [sendiri] memandang dan mereka menziarahi-Nya,
dan Dia bercakap kepada mereka, dan mereka bercakap kepada-Nya, Allah Yang Maha
Tonggi berfirman:
﴿وُجُوهٌ
يَوْمَئِذٍ نَاضِرَةٌ إِلَى رَبِّهَا نَاظِرَةٌ﴾
{Wajah-wajah
pada hari itu berseri-seri.* Kepada Tuhannyalah mereka melihat.} [Surah Al-Qiaamah
75:22-23],
dan
Yang Maha Tinggi berfirman
﴿كَلَّا إِنَّهُمْ
عَنْ رَبِّهِمْ يَوْمَئِذٍ لَمَحْجُوبُونَ﴾
{Sekali-kali
tidak, sesungguhnya mereka dari Tuhan mereka pada hari itu benar-benar
terhijab.} [Surah Al-Mutaffifin 83:15].
Maka
setelah terhijab (kerana) keadaan mereka dalam kemurkaan-Nya, ini menunjukkan
bahawa orang yang beriman akan melihat Dia dalam keadaan redha-Nya, jika tidak,
tidak ada perbezaan di antara keduanya. Dan Nabi (sawas) bersabda: (Sesungguhnya
kamu akan melihat Tuhanmu seperti kamu melihat bulan ini, kamu tidak akan
berbeza dalam melihat-Nya) Hadis Sahih yang disepakati (Itifaq), dan ini disamakan
dalam melihat, bukan untuk yang melihat ([bermakna Allah]), kerana Allah SWT tidak
serupa sesuatu dengan-Nya atau sama dengan-Nya) [1]
Ibn
Jibrin mengulas atasnya beliau berkata:
(Adapun
Melihat di akhirat, Ahlul Sunnah telah membuktikan bahawa ia adalah satu
Melihat secara terang-terangan, bahawa orang mukmin di dalam syurga melihat
Allah Ta’ala dan menziarahi-Nya, dan Dia bercakap kepada mereka dan
mereka bercakap kepada-Nya.... oleh itu kita tahu ajaran Ahlul Sunnah, jadi
kita mengatakan bahawa mereka melihat-Nya melalui arah? Tidak syak lagi melihatNya
dari atas mereka, dan mereka melihat-Nya dengan pengelihatan sebenar (hakikat),
dan melihat menghadap menurut kemahuan mereka, dan bahawa keterangan itu adalah
jelas, dan antara yang paling betul (sahih) daripada mereka adalah kata-kata
Jurair kerana kata beliau: (Sama seperti kamu melihat bulan pada malam Al-Badr (bulan
penuh)) atau (seperti kamu melihat bulan ini)
Dan
perbandingan di sini pada melihat itu, membandingkan melihat, dengan melihat
[bulan], dan tidak membandingkan Allah Ta’ala dengan bulan.
Sebaliknya, ia adalah perbandingan pengelihatan kamu dengan melihat Hakikat
(kebenaran) seperti kamu melihat bulan ini).
Dan
Ibn Jibrin berkata:
(Dalam
mengulas pada firman-Nya, Yang Maha Tinggi:
﴿ذَلِكُمُ
اللَّهُ رَبُّكُمْ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ فَاعْبُدُوهُ
وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ وَكِيلٌ لَا تُدْرِكُهُ الْأَبْصَارُ وَهُوَ يُدْرِكُ
الْأَبْصَارَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ﴾
{Yang
demikian itu ialah Allah Tuhan kamu; tidak ada Tuhan selain Dia; Pencipta
segala sesuatu, maka sembahlah Dia; dan Dia adalah Pemelihara segala sesuatu.* Dia
tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala yang
kelihatan; dan Dialah Yang Maha Halus lagi Maha Mengetahui.} [Surah Al-An'am
6:102-103].
Allah
telah mengesahkan bahawa pemandangan tidak meliputi padaNya -yang bermaksud:
setiap kali penglihatan melihatNya mereka tidak diliputi padaNya, jika penglihatan
itu berlaku pada hari kiamat. Maka penglihatan tidak tidak dapat mencapainya yang
bermaksud: tidak dapat mencapai sesuatu, tidak dapat mencapai RealitiNya, tidak
dapat mencapai bagaimana Zat-Nya, dan yang disebabkan oleh KeagunganNya yang tidak
diliputi IlmuNya sesuatu penciptaan pun, tidak juga mengetahuinya secara
meliputi. Oleh itu, ayat yang menjadi keterangan dengan mengesahkan penglihatan,
bukan menafikannya. Tetapi sememangnya mereka adalah orang yang jahil).
Dan
Ibn Jibrin menafikan kata-kata Asy'ari itu, mereka adalah orang-orang besar
Sunni dalam Dunia Islam, bahawa penglihatan di sini adalah mata hati, kerana
dia berkata:
(Adapun
pada Al-Asya’irah (Asy'ari) yang terkemuka di antara mereka dari Ahlul Sunnah,
dan bahawa mereka adalah pengikut Imam-imam empat: di antara mereka pengikut
Shafi'i, pengikut Maliki, pengikut Hanafi, dan pengikut Hanbali kebanyakannya,
dan mereka tidak mampu untuk menyatakan penyangkalan mereka. Kebanyakan
pengikut Shafi'i mengisytiharkan dari imam mereka, mengesahkan penglihatan
(ar-Ru’yah) dan tidak mampu untuk menyangkalnya].
Mereka
mengesahkan penglihatan (ar-Ru’yah). Tetapi apakah makna melihat
pada mereka? Bukan melihat yang merupakan penglihatan mata, tetapi
mereka mentafsirkannya dengan pentajallian yang ditajalli dengan hati, dan dari
mukasysyafah yang didedahkan (dikasyafkan) kepada mereka, dan dizahirkan kepada
mereka dengan yakin dan sedar apa yang mereka jahil tentangnya, sangat jelas
dan tidak syak lagi ini adalah ucapan batil, dan penafian hakikat-hakikat,
mereka dapat mengesahkan melihat dengan membacanya di dalam Kitab
tafsiran mereka.
Walaupun
pada Al-Asya’irah (Asy'ari) yang terkemuka di antara mereka: seperti Al-Razi,
dan Abi Al-Su'ud, dan Al-Baidhawi, dan orang-orang seperti mereka. Tetapi
apabila mereka mengatakan tentang ayat ini { وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَاضِرَةٌ﴾ - Wajah-wajah pada hari itu berseri-seri.} mereka katakan: (Dia
dilihat tanpa arah), bagaimana boleh Dia dilihat tanpa arah
(pandangan), tanpa pertemuan? Apakah dia melihat tanpa pertemuan? Melihat
adalah pentajallian, melihat adalah mukasysyafah atau menunjukkan yang
didedahkan (dikasyafkan), jadi mereka telah mengesahkan nama tetapi mereka
tidak mengesahkan hakikat (kebenaran))
Ibn
Qudamah berkata:
<((Mengesahkan
sifat-sifat diri dan Datangnya Allah Ta’ala, dan firman-Nya Yang Maha Tinggi,
dikhabarkan tentang Isa (as) bahawa dia (Isa) berkata:
﴿تَعْلَمُ مَا فِي
نَفْسِي وَلَا أَعْلَمُ مَا فِي نَفْسِكَ﴾
{Engkau
mengetahui apa yang ada pada diriku dan aku tidak mengetahui apa yang ada pada
diri Engkau.} [Surah Al Ma'idah 5:116]
dan
Dia Yang Maha Suci, berfirman:
﴿وَجَاءَ
رَبُّكَ﴾
وقوله:
﴿هَلْ يَنْظُرُونَ إِلَّا أَنْ يَأْتِيَهُمُ
اللَّهُ ﴾
{dan
datanglah Tuhanmu} [Surah Al-Fajar 89:22]
dan
firman-Nya:
{Tiada
yang mereka nanti-nantikan melainkan datangnya Allah} [Surah Al-Baqarah 2:210])..
Dan
Ibn Jibrin mengulas mengenaiNya dan berkata:
(Bagi
mengesahkan sifat datang,
{ وَجَاءَ رَبُّكَ - dan dan datanglah Tuhanmu} dan juga
{ هَلْ يَنْظُرُونَ إِلَّا أَنْ
يَأْتِيَهُمُ اللَّهُ فِي ظُلَلٍ مِنَ الْغَمَامِ وَالْمَلَائِكَةُ –
Tiada yang mereka nanti-nantikan melainkan
datangnya Allah dan malaikat-malaikat}
dan
seperti firman-Nya Yang Maha Tinggi dalam Surah Al-An'am:
﴿هَلْ
يَنْظُرُونَ إِلَّا أَنْ تَأْتِيَهُمُ الْمَلَائِكَةُ أَوْ يَأْتِيَ رَبُّكَ أَوْ
يَأْتِيَ بَعْضُ آيَاتِ رَبِّكَ﴾
{Yang
mereka nanti-nanti tidak lain hanyalah kedatangan malaikat kepada mereka atau
kedatangan Tuhanmu} [Surah Al-An'am 6:158].....
Dan
kita katakan: kedatangan Allah dalam beberapa ayat itu tidak semestinya
menafikan Allah Ta’ala tidak datang
dalam ayat yang lain, dan apabila mengesahkan bahawa Allah datang kita
hendaklah berkata: Dia datang sebagaimana yang dikehendakiNya))>
Dan berikut adalah beberapa soalan dan
jawapan oleh Ibn Jibrin mengenainya dan ia tertaluk atas ulasannya mengenai Kitab
yang sama:
Soalan:
Penyoal ini berkata: Terdapat Hadis Marfu’, Riwayat Muslim dari Ibn Umar: (Allah melipat
Langit-langit pada hari kiamat, kemudian Dia membawanya dengan
tangan kanan-Nya, kemudian Dia berfirman: Aku Raja, di manakah penguasa-penguasa
(al-jabbarun)? Di manakah pembesar-pembesar (al-mutakabirun)?Kemudia Dia melipat
tujuh-tujuh Bumi, kemudian Dia membawanya dengan tangan kiri-Nya, kemudian
berfirman: Aku Raja, di manakah penguasa-penguasa (al-jabbarun)? Di manakah
pembesar-pembesar (al-mutakabirun)?
Jawapan:
Soalan ini adalah mengenai mengesahkan perkataan "kiri" bagi Allah,
bagaimana kita menghimpun antara riwayatnya (di atas) dengan hadis [yang
mengatakan]: (Orang-orang yang saksama di atas wadah cahaya di sebelah kanan Ar-Rahman,
dan kedua-dua tanganNya sentiasa kanan) Maknanya dalam Hadis ini, ia mengatakan
(kedua-dua tangan-Nya adalah kanan) dan dalam hadis lain mengatakan (Dia
lipat dengan tangan kiri-Nya).
Jelas
kepada saya menhimpunkan antara keduanya bahawa dengan tangan kiri adalah apa
yang menentang tangan kanan, bagi yang menentang kanan dipanggil kiri, dan jelaslah
daripada sabdanya: (dan kedua-dua tangan-Nya adalah kanan) bahawa
kanan adalah keberkatan, dan dalam kebaikan, maka bagi kanan asalnya adalah
banyaknya kebaikan dan asalnya keberkatan dan kebaikan. Maka ini tidak ada
pertentangan di antara keduanya, : (dan kedua-dua tangan-Nya adalah kanan)
keberkatan dalam banyaknya kebaikan, dan bagi Allah jualah [tangan] kiri yang
menentang [tangan] kanan, dan tidak ada kekurangan di dalamnya).
(Soalan:
penyoal ini bertanya: adakah betul untuk mengatakan bahawa kedua-dua mata
adalah pada Wajah Allah -Ta’ala- dan jari di tangan-Nya, dan sebagainya, atau dari
membandingkannya]?
Jawapan:
Tiada yang telah diriwayatkan yang bergantung padanya, akan tetapi bagi jari,
sebuah hadits telah diriwayatkan bahawa mengatakan bahawa terdapat seorang Yahudi
yang datang kepada Nabi (saw) dan menunjuk tangannya, ia menunjuk pada jarinya,
dan berkata: (Sesungguhnya kami dapati dalam Kitab-Kitab kami bahawa Allah
meletakkan Langit-langit pada [jari] ini dan Bumi pada [jari] ini dan gunung
ganang di [jari] ini dan air dan laut pada [jari] ini dan makhluk-makhluk pada [jari]
ini, dan beliau menunjuk ke arah jari-jarinya, dan bahawa Nabi saw membacakan
selepas itu ayat ini:
﴿وَمَا
قَدَرُوا اللَّهَ حَقَّ قَدْرِهِ وَالْأَرْضُ جَمِيعًا قَبْضَتُهُ يَوْمَ
الْقِيَامَةِ﴾
{Dan
mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya padahal bumi
seluruhnya dalam genggaman-Nya pada hari kiamat.} [Surah Al-Zumar 39:67], dan
dia ketawa sebagai pengesahan kepada apa yang dikhabarkan)
Oleh
kerana baginda telah membacakanya yang menandakan bahawa jari adalah di tangan,
namun, ia tidak bermakna bahawa ianya adalah seperti jari yang ada pada makhluk
pada hujung dan panjangnya,... dan itu dan ini, sebaliknya, ia mengesahkan
bahawa terdapat tangan dan di tangan terdapat jari).
(Soalan:
dia berkata: bagaimana kita memadankan antara apa yang telah disampaikan dari
Ibn Taimiyah dalam Al-Fatawa (Fatwa-fatwa) mengenai ayat dari [SurahAl-Baqarah 2:115]
﴿فَثَمَّ وَجْهُ
اللَّهِ﴾
{di
situlah wajah Allah}, dan bahawa ia tidak menunjukkan ke arah sifat wajah, dan
[antara] apa yang disebut dalam "Bayan Talbis Al-Jahmiyah" mengenainya
untuk membuktikan sifat wajah, dan apa yang disebut Ibn Al-Qayim seperti itu di
dalam "Mukhtashar Al-Shawa'iq ", Oleh itu, adakah betul (sahih) untuk
mengatakan: bahawa wajah adalah sebahagian (juzuk) daripada Zat Allah?
Jawapan:
Soalan yang pertama: ia terkenal pada ayat dari Surah Al-Baqarah {di situlah
wajah Allah} telah diambil oleh beberapa Ahlul Wihda Wal-Ittihad
sebagai dalil bahawa Allah ada di mana-mana (semua tempat), kerana mereka
berkata, jika seseorang menghadapi [arah], wajah Allah ke sini, dan wajah Allah
di situ, dan wajah Allah di sini. Maka Ibnu Taimiyah berkata: di dalam tajuk
"Al-Majmuk" bahawa ayat ini bukan di antara ayat sifat-sifat,
sebaliknya, apa yang dimaksudkan dengan wajah Allah adalah: arah yang hamba itu
hadap atau harapkan ditumpukan ke arahnya. Itulah bagaimana kita memahaminya.
Adapun
dalam "Talbis Al-Jahmiyah", saya tidak ingat dia telah mengatakan seperti
itu, dan jika dia katakan seperti itu, maka mungkin apa yang dia katakan adalah:
ia mengesahkan sifat Wajah menurut kelazimannya , tetapi itu akan bermakna tugas
atas sifat wajah dan atas sifat arah yang lain. Dan tidak ada keraguan bahawa wajah
adalah sebahagian daripada Zat pada hak manusia, dan begitu jugalah pada hak
Allah-Ta’ala- bahawa ia adalah Zat-Nya, wajah Allah adalah dari Zat-Nya)
(Soalan:
Apakah tafsiran Al-Salaf Al-Salih (ra), mengenai firman-Nya:
﴿كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ
إِلَّا وَجْهَهُ﴾
{Segala
sesuatu akan binasa kecuali Wajah-Nya},
Sebahagian
daripada masyarakat daripada penduduk negeri ini berkata: Sesungguhnya
semua sifat-Nya akan binasa kecuali wajah-Nya, dan dari sana menunjukkan
bahawa sifat-sifat makhluk-Nya maka ianya binasa sama sebagaimana semua makhluk
binasa.
Jawapan:
Itu tidak lazim dan ianya tidak dibenarkan. Sebaliknya, wajah Allah-Taala-adalah
sifat dari sifat-sifat-Nya dan sebahagian daripada Zat-Nya, dan semua sifat-sifat-Nya
tiada yang datang pada-Nya yang lain, maka ia tidak boleh dikatakan ia-Nya
binasa-Maha Tinggi Allah dari yang demikian itu- Maka, WajaNya kekal ﴿وَيَبْقَى وَجْهُ رَبِّكَ﴾ {dan yang kekal [hanya] Wajah Tuhanmu } maka begitu juga seluruh
sifat-Nya yang dari Zat-Nya, dan kita akan berhenti di sini, dan Allah lebih
mengetahui, dan selawat Allah ke atas Muhammad).
Dan ini adalah beberapa soalan dan jawapan
Ibn Uthaimain kepadanya :
(Soalan:
Semoga Allah memberkati kamu yang mulia Sheikh, Abu Bassam dari Algeria bertanya:
Yang
Mulia Sheikh, apa yang Ahlul Sunnah Wal-Jamaa'ah katakan mengenai orang Islam melihat
Tuhannya Azza Wa Jalla pada hari kiamat?
Jawapan:
Sheikh berkata: Ahlul Sunnah wal Jamaa'ah mengatakan mengenai melihat Allah, SWT
pada Hari Kiamat kelak ialah firman Allah mengenai diri-Nya dan apa yang
Rasul-Nya (sawas)
telah katakan tentang-Nya, kerana Allah SWT telah berkata di dalam KitabNya:. {وُجُوهٌ
يَوْمَئِذ - Wajah-wajah pada hari itu} bermakna hari kiamat { نَاضِرَةٌ إِلَى رَبِّهَا نَاظِرَةٌ - akan
berseri-seri Kepada Tuhannyalah mereka
melihat} nadhirah yang pertama
"berseri-seri "
bermaksud "kebaikan" yang kedua "melihat dengan mata; kerana Dia
telah menambah melihat kepada Wajah-wajah, pada Wajah-wajah adalah tempat di
mana mata berada, yang keduanya digunakan untuk melihat, dan ini membuktikan
bahawa apa yang dimaksudkan adalah melihat dengan mata, bukan melihat dengan hati,
kerana jika apa yang dimaksudkan adalah melihat dengan hati dan kekuatan Yaqin Dia
akan berfirman: (Hati-Hati pada hari itu, akan berseri-seri Kepada
Tuhannyalah mereka melihat) tetapi Dia berfirman: {Wajah-wajah
pada hari itu, akan
berseri-seri Kepada Tuhannyalah mereka melihat
}) [2]
(Soalan:
Penyoal MN dari Madinah An-Nabawiyah (Bandar Nabi), berkata: saya bertanya,
adakah ini Dua ' (permohonan) sah:
(اللهم يا من لا تراه
العيون ولا يصفه الواصفون)
(Ya
Allah, Wahai yang tidak dilihat di mata, dan tidak bersifat seperti yang mereka
sifatkan)?
Jawapan:
Sheikh: Tidak! Ini rosak! Ini rosak (silap) besar! Kerana jika dia berkata: Ya
Allah, Wahai yang tidak dilihat di mata, dan ini benar-benar telah menafikan melihat
Allah SWT, pada hari akhirat, dan ia telah disahkan dari Nabi, saw, bahawa
orang beriman akan melihat Tuhan mereka pada hari kiamat dengan mata mereka
sendiri dengan penglihatan mereka seperti mereka melihat matahari dengan jelas
tanpa sebarang awan di bawahnya, dan seperti mereka melihat bulan pada malam al-Badar
(bulan penuh)..........) [3]
Soalan:..........
penyoal itu bertanya: Di manakah Allah? jadi dia menjawab: Bahawa Dia adalah di
langit. Dan orang yang menjawab soalan membuktikan dengan menggunakan ayat-ayat
dari Al-Quran al-Karim, daripadanya:
﴿الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ
اسْتَوَى﴾
{Ar-Rahman.
di atas 'Arasy bersemayam.}, tetapi ia seolah-olah saudara ini masih musykil dengan
jawapan ini dan ia tidak sepadan dengan pemahamannya yang akan dia iktikadkan maka
dia menghantar sekali lagi untuk tafsiran mengenainya, adakah tuan tidak
menjelaskan kepadanya kebenaran (hakikat) mengenai tajuk itu?
Jawapan:
(Sheikh: Hakikat mengenai tajuk ini adalah bahawa ia adalah penting bagi orang
yang beriman itu untuk mempercayai bahawa Allah Ta’ala yang ada di Langit,
sebagaimana Allah telah menyebut mengenai diri-Nya dalam Kitab-Nya, di mana Dia
berfirman:
﴿أَأَمِنتُم مَّن فِي السَّمَاءِ أَن
يَخْسِفَ بِكُمُ الْأَرْضَ فَإِذَا هِيَ تَمُورُ * أَمْ
أَمِنتُم مَّن فِي السَّمَاءِ أَن يُرْسِلَ عَلَيْكُمْ حَاصِبًا ۖفَسَتَعْلَمُونَ كَيْفَ نَذِيرِ﴾
{Apakah
kamu merasa aman terhadap Yang di langit bahawa Dia akan tunggang-balikkan bumi
bersama kamu, sehingga dengan tiba-tiba bumi itu bergoncang? Atau apakah kamu
merasa aman terhadap Yang (berkuasa) di langit bahwa Dia akan mengirimkan badai
yang berbatu. Maka kelak kamu akan mengetahui bagaimana (akibat mendustakan)
peringatan-Ku?, }) [Surah al-Mulk 67:16-17] [4]
-----------------------------
[1]
Lima'ah Al-I’tiqad oleh Ibn Qudamah Al-Maqdisi
[2]
Dari kata-kata Ibn Uthaimain dalam (Fatawi Nur ' Ala Al-Darb), pita no: 249
[3]
Dari kata-kata Ibn Uthaimayn dalam (Fatawi Nur ' Ala Al-Darb), pita no. 341
[4]
Dari kata-kata Ibn Uthaimayn dalam (Fatawi Nur ' Ala Al-Darb)
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan