Halaman

Isnin, 17 Mac 2014

Perintah Sujud Pertama dan Tauhid

Perintah Sujud Pertama dan Tauhid
 أمر السجود الأول والتوحيد

Dalam solat harian kita, kita sujud kepada Allah, ini adalah apa yang kita semua tahu dan tidak berbeza (khilaf) padanya. Tetapi juga, kita percaya bahawa para malaikat sujud kepada Adam. Dan kita juga percaya bahawa Ya'qub, dan dia adalah seorang Nabi, dia dan isterinya bersama anak-anaknya, sujud kepada Nabi Allah Yusuf (as).

Masalah ini tidak boleh dilupakan oleh mereka yang mencari kebenaran, atau jika tidak, dia akan kehilangan agamanya dengan sengaja; kerana masalah ini sangat penting dan berat (serius), kerana sujud berdasarkan fikiran dan tanggapan hari ini tidak dibenarkan untuk selain dari Allah dan sesiapa yang melakukannya mungkin akan terjerumus ke dalam syirik dan kufur (kufur) (bermaksud dia akan dituduh syirik dan kufur oleh kebanyakan orang-orang yang seolah-olah tidak berfikir atau menggunakan akal mereka. Kita dapati sujud ini telah diterangkan dengan lengkap,di mana telah berlaku pada malaikat dan Ya’kub (as), dan mereka semua adalah maksum dan tidak melakukan kesilapan, bahkan sujud ini adalah dengan perintah Allah. Jadi perkara ini tidak boleh kita biarkan begitu sahaja tanpa memberi perhatian kepadanya, dan ia tidak boleh kita mengabaikannya disebabkan kita tidak mampu untuk memahami dan menyedarinya, seperti mana tidak dipedulikan oleh kebanyakan manusia. Tetapi, orang yang mencari kebenaran mestilah memahami segala-galanya dalam Agama Allah; kerana Dia Yang Maha Suci tidak pernah melakukan sesuatu atau menyebut sesuatu untuk kita membiarkannya begitu sahaja tanpa memahaminya atau memahami hikmah di dalamnya.

Malah, sujud ini pada hakikatnya menempatkan kita di depan sebuah Kebenaran yang jelas, dan ia adalah: Sesungguhnya Allah Yang Maha Suci yang telah berfirman kepada ciptaannya:

اسجدوا لي لأني إلهكم وربكم

Sujudlah kepada-Ku kerana Aku Tuhan (Ilah) kamu dan Tuhan (Rab) kamu,

Dia Diri Yang Maha Suci berfirman kepada mereka:

اسجدوا لآدم، واسجدوا ليوسف

Sujudlah kepada Adam, dan sujudlah kepada Yusuf (as).

Ini adalah perkara yang sangat berat (serius) dan perlu difahami dengan tepat; kerana Sujud adalah sikap merendahkan diri, dari seorang yang bersujud, dan ia menjelaskan kefakiran (serba kurang) yang bersujud, dan kekayaan pada yang disujud. Dan dengan demikian jelas menunjukkan bersujud kepada yang disujud melambangkan pengiktirafan Rububiyah –ketuhanan..

Dan jika kita meletakkan perkara ini dalam bentuk soalan dengan mengatakan: Bahawa sujud kita kepada Allah mewakili kesungguhan yang dapat kita lakukan untuk merendahkan diri; supaya kita boleh menunjukkan keperluan dan kekurangan kita, yang bermaksud bahawa kita beralih kepadaNya supaya Dia menyempurnakan kita dan mengiktiraf RububiyahNya yang akan dilengkapkan kepada kita. Oleh itu soalannya di sini ialah: Apakah makna sujud malaikat kepada Adam? Dan apakah makna sujud Ya’kub kepada Yusuf (as) maksudkan? Adakah ia perkara yang sama, atau berlainan?

Pada hakikatnya, ia adalah perkara yang sama, dan tiada yang berubah yang ditunjukkan pada sujud, yang bersujud kepada yang disujud, maka sujud adalah sama dan yang disujud adalah sama. Ya, yang berubah orang yang disujud, kerana Ya’kub contohnya bersujud kepada Allah dan bersujud kepada Yusuf, jadi yang tidak berubah hanyalah orang yang bersujud. Dan tidak ada perbezaan di antara sujud yang pertama tunjukkan dengan sujud yang kedua tunjukkan, Untuk sujud yang pertama menunjukkan Ya’kub menyembah tuhan dan mengiktiraf (mengaku) RububiyahNya, kemudian seperti itu jugalah sujud kedua. Oleh itu, sujud ini menunjukkan dan menjelaskan dengan lengkap bahawa Allah SWT ingin mengatakan bahawa Aku mengetahuinya, dan sesiapa yang inginkan makrifat Lahut-Ku hendaklah mengetahunya, dan sesiapa yang inginkan makrifat Rububiyah hendaklah mengetahunya..

Dan sebenarnya ini adalah satu nikmat yang besar, dan saya telah menjelaskan kehebatannya sebelum ini apabila saya berkata: Sesungguhnya Makrifat (mengenal) Rahmah Mutlak tidak mungkin bagi kita, tetapi kita mengenal dengan Makrifat Rahmat yang dekat dengan Rahmah Mutlak. Dan setiap kali Rahmat ini lebih dekat kepada Rahmat Mutlak, makrifat kita akan menjadi lebih besar. Itulah sebabnya, nikmat yang lebih besar atas penciptaan iaitu Khalifah-khalifah Allah di bumi-Nya; Karena mereka mengenal dan mengesakan Allah..

                  
Dari Imam Al-Ridha (as), dalam Kaifiat Ziarah Al-Anbiak wal Aushiak (as), beliau (as) berkata:

(اَلسَّلامُ عَلى اَوْلِياءَ اللهِ وَاَصْفِيائِهِ
Salam ke atas Auliak Allah dan yang dipilih-Nya,
اَلسَّلامُ عَلى اُمَناءِ اللهِ وَاَحِبّائِهِ
Salam ke atas amanah Allah dan kekasihNya
اَلسَّلامُ عَلى اَنْصارِ اللهِ وَخُلَفائِهِ،
Salam ke atas penolong Allah dan para khalifah-Nya,
اَلسَّلامُ عَلى مَحالِّ مَعْرِفَةِ اللهِ،
Salam ke atas hentian makrifah Allah,
اَلسَّلامُ عَلى مَساكِنِ ذِكْرِ اللهِ
Salam ke atas rumah-rumah yang mengingati Allah,
اَلسَّلامُ عَلى مُظْهِرى اَمْرِ اللهِ وَنَهْيِهِ،
Salam ke atas yang menzahirkan perintah Allah dan apa yang dia cegah,
 اَلسَّلامُ عَلَى الدُّعاةِ اِلَى اللهِ
Salam ke atas yang menyeru kepada Allah,
اَلسَّلامُ عَلَى الْمُسْتَقِرّينَ فى مَرْضاتِ اللهِ
Salam ke atas yang menetapkan keridhaan Allah,
اَلسَّلامُ عَلَى الُْمخْلِصينَ في طاعَةِ اللهِ
Salam ke atas keluarga yang ikhlas yang taat pada Allah,

اَلسَّلامُ عَلَى الَّذينَ مَنْ والاهُمْ فَقَدْ والَى اللهَ، وَمَنْ عاداهُمْ فَقَدْ عادَى اللهِ، وَمَنْ عَرَفَهُمْ فَقَدْ عَرَفَ اللهَ، وَمَنْ جَهِلَهُمْ فَقَدْ جَهِلَ اللهَ، وَمَنِ اعْتَصَمَ بِهِمْ فَقَدِ اعْتَصَمَ بِاللهِ، وَمَنْ تَخَلّى مِنْهُمْ فَقَدْ تَخَلّى مِنَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ، وَاُشْهِدُ اللهَ اَنّى سِلْمٌ لِمَنْ سالَمْتُمْ، وَحَرْبٌ لِمَنْ حارَبْتُمْ، مُؤْمِنٌ بِسِرِّكُمْ وَعَلانِيَتِكُمْ، مُفَوِّضٌ فى ذلِكَ كُلِّهِ اِلَيْكُمْ، لَعَنَ اللهُ عَدُوَّ آلِ مُحَمَّدٍ مِنَ الْجِنِّ وَالاْنْسِ وَاَبْرَأُ اِلَى اللهِ مِنْهُمْ، وَصَلَّى اللهُ عَلى مُحَمَّدٍ وَآلِهِ)

Salam ke atas yang memberi mereka petunjuk, mereka akan menuju Allah, Sesiapa yang memusuhi mereka akan memusuhi Allah, dan Sesiapa yang mengenal mereka akan mengenal Allah, dan Sesiapa yang jahil tentang mereka akan jahil tentang Allah, dan Sesiapa yang pegang mereka akan memegang Allah, Sesiapa yang meninggalkan mereka telah meninggalkan Allah Azza wa Jalla. Dan aku bersaksi Allah akan selamatkan sesiapa yang selamatkan mereka, dan akan memerangi sesiapa yang memerangi mereka, dan beriman dengan rahsia kamu dan atas niat kamu, Perwakilan dalam kesemuanya padaMu. Semoga Allah melaknat musuh-musuh Keluarga Muhammad dari jin dan Manusia, dan semoga Allah berselawat ke atas Muhammad dan keluarga baginda ) [Mann la yahdaruhu Al-Khatib: jilid 2, halaman 608. Dan Ziyarah ini dalam Al-Kafi, dan Al-Tahdhib, dan Kamel Al-Ziyarah]

Dan untuk itu Allah telah memanggilnya "kenikmatan"

﴿لَتُسْأَلُنَّ يَوْمَئِذٍ عَنِ النَّعِيمِ﴾

{kamu pasti akan ditanya pada hari itu tentang kenikmatan.} [ Surah Al-Takathur 102:8 ].

Dan malaikat-malaikat telah mengetahui kenikmatan ini apabila Adam mengajar mereka apa yang mereka jahil tentang, (قال أنبئهم بأسمائهم) - {KataNya ceritakan kepada mereka nama-nama semuanya}, ​​maknanya, mereka mengenal Allah dan Nama-nama Allah. Jadi Adam adalah jalan di mana para malaikat belajar hakikat Nama-nama, Maka yang telah mengenalkan mereka adalah hakikat bukan lafadz atau makna. Dan mereka selepas mengenal dari Adam Nama-nama, mereka mengetahui bahawa ciptaan Adam adalah satu nikmat yang dinikmatkan Allah kepada mereka. Adapun Malaikat adalah makhluk daripada Rahmat, sebagai contoh, adalah diketahui Rahmat Mutlak dengan Keupayaan Dia SWT, tetapi apabila Adam (as) telah diwujudkan, yang ditajallikan dalam Rahmat dengan shurah (bentuk rupa) yang lebih besar dan yang lebih hampir dengan Rahmat Mutlak, maka barulah Malaikat ini mengenal hakikat Rahmat Mutlak dengan mengetahui ketidakmampuannya pada makrifat Rahmat Mutlak.


✡✡✡✡✡


Tiada ulasan:

Catat Ulasan