Isnin, 28 Januari 2019

Kesebelas / Al-Ana Dan Ulama (Tidak Beramal):



Kesebelas / Al-Ana Dan Ulama (Tidak Beramal):


Pengenalan:

Keseimbangan (keakraban) Al-Ana dan ulama tidak beramal, tidak dapat dihasilkan kecuali dengan pendekatan Iblis.
﴿ قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِّنْهُ ۖ خَلَقْتَنِي مِن نَّارٍ وَخَلَقْتَهُ مِن طِينٍ
Iblis berkata: "Aku lebih baik daripadanya, karena Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah".[2] 
Perubahan pemerintahan, kejatuhan sistem, kedatangan siasat (politik) dan sekolah dan pengajaran aliran (mazhab) politik ditubuhkan, tetapi orang-orang agama yang tidak beramal tetap ditempat mereka, lebih selamat dan mampu bertahan walaupun dari ketua negara sendiri.

Keseimbangan ini telah menimbulkan minat para ahli politik, yang menjadikan ianya penting bagi mereka untuk memanjangkan tangan kerjasama orang-orang agama dengan pakej keistimewaan yang ditawarkan kepada mereka, jika tidak memenuhi kuasa politik jelik dengan ulama tidak beramal, melainkan kepentingan duniawi wujud di antara mereka adalah hubungan usaha sama yang paling keji dan bentuk yang paling rendah.

-------------------------------
2. [Shad 38:76] 


Keakuan – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata...72


Dan dengan ramainya bilangan ulama tidak beramal dalam satu-satu masa, ia menjadikan mereka berkuasa, dan bahkan jatuh ke dalam tangannya kerana mereka berada di antara dua perkara:

Pertama, mereka menolak untuk bekerjasama dan mengakibatkan kehilangan kewangan, sokongan politik, kehilangan keistimewaan dan dengan demikian kehilangan asas sosial, terutama kepimpinan media.

Atau kedua: bersepakat untuk memperoleh apa yang disebutkan pada yang pertama.

Tambahan pula kemudahan dan keistimewaan yang banyak dan dialu-alukan oleh politik, sosial dan ekonomi dan lain-lain, adalah hidangan lazat tidak dapat menahan perut yang tidak pernah puas. Kemudian tidak dapat mengawal atas air liur yang mengalir dari mulut-mulut mereka, dengan mengambil perhatian bahawa tepukan dan dorongan orang yang lalai. Setiap orang daripada mereka adalah seperti seorang lelaki yang mengeluarkan kes-kesnya kepada beberapa pengawal mahir yang percaya kepadanya, mempertahankannya tanpa meminta mereka, dan tanpa membayar sesen pun untuk membela mereka, bahkan mereka yang dibayar.

Hubungan dan persamaan tidak hanya seperi yang dapat kita lihat dari cerita-cerita dan filem-filem khayalan, tetapi ia wujud, dan orang-orangnya ridak dapat dikesan. Persoalannya ialah: Mengapa mereka tidak menyedarinya? Ini kerana mereka adalah sebahagian daripadanya. Di tengah-tengah permainan ini, di tengah-tengah bersatu dengan mereka, mata mereka memberi tumpuan kepada permainan mereka (dari dalam) bukan pada diri mereka (dari atas).


1. Berhati-Hati Dengan Yang Samar (Mutasyabihat):

Dari Imam Ahmad Al-Hasan (as):

[........Hari ini musibah itu kembali kepada umat Islam seperti mana hari diutus Rasulullah (S), banyak penyelewengan dalam iktiqad dan telah lama terjadi dalam firqah orang-orang Islam mengenai penyelewengan dalam hukum-hakam. Sesungguhnya saya katakan tanpa teragak-agak,

Keakuan – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata...73


bahawa ia telah memberi kesan kepada semua firqah umat Islam, tanpa pengecualian, bahkan juga saya perkatakan bahawa ia di sisi setiap ahli ilmu telah membebaskan diri darinya dan memecahkan sekatan bertaqlid secara membuta tuli, dan berpendirian Al-Ana dan keinginan dan dari mengambil ilmu dari ahlinya; iaitu dari Nabi dan keluarganya (as), tidak melebihi (mendahului) Al-Quran dan Al-Hadits, yang diriwayatkan dari mereka (as), Dengan pertolongan dari Tuhannya dan dikurniakan kuasa percakapan - yang pada hakikatnya di bawah bayangan akal dan manusia memanggilnya akal - untuk memahami makna yang dimaksudkan oleh Yang Maha Suci dan kemahuan mereka (as), Dan memberi amaran dari Al-Mutasyabih - dan kebanyakannya - semuanya adalah amaran; supaya berlindung dari gelombang keghairahan (keinginan) dan Al-Ana - (keakuan) dan Syaitan. [1]
:                        
               
2. Membezakan Al-Ana - Dan Keinginan Dan Jalan Terbuka Menyedari Kebenaran

Dari Imam Ahmad Al-Hasan (as):

[....... Di sini saya hanya ingin menunjukkan bahawa penulis membuat kesilapan apabila dia menggambarkan bahawa Al-Yamani berasal dari negara Yaman, dan Al-Zaidiyah yang disebut dalam riwayat-riwayat adalah Al-Zaidiyah Al-Yamani.

Saya tidak mahu membincangkan kesilapan mereka yang menulis dalam menentukan Imam (as), dan saudara-saudara ansar dari pelajar Hauzah Al-Mahdiyah akan mengusahakannya. Mereka, Insya Allah, akan menerangkan kebenaran secara terperinci.

Saya nasihatkan mereka yang menulis perihal Imam Mahdi (as) supaya membaca kitab-kitab tulisan para ansar, seperti (Al-Rad Al-Qasham), (Al-Rad Al-Hasim), (Al-Nur Al-Mubin,) (Al-Balagh Al-Mubin), (Al-Yamani Al-Mau3ud Hujat Allah), (Thala3a Al-Masyriq), (Dabbah Al-Ardh)... dan lain-lain, untuk memahami perihal Imam Mahdi (as) dan semoga apabila mereka boleh membuangkan keinginan dan Al-Ana mengetahui kebenaran. Saudara-saudara akan berjumpa dengan saudara-saudara para ansar, Insya Allah, untuk menunjukkan kekeliruan dalam kitab-kitab saudara, kemudian mereka bersikap adil kepada diri saudara dan menjelaskan kebenaran] [2]

-----------------------
1 - Kitab Mutasyabihaat: oleh Imam Ahmad Al-Hasan (as) Jilid 2  - Soalan No. 45
2 - Kitab nasihat kepada para pelajar-pelajar Hauzah Ilmiah dan kepada semua yang mencari kebenaran - oleh Imam Ahmad Al-Hasan (as): hal 28 - 29.

Keakuan – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata...74


3. Orang-Orang Yang Gagal Menunggu:

Dari Imam Ahmad Al-Hasan (as):


[........Dan akibatnya adalah mengasihi aku (Ana) dan mengikut keinginan ulama Bani Israel setiap bahagian, dan keangkuhan yang menghalang mereka daripada mengikut Nabi Al-Ummi (S), dan mereka tidak beriman kepada Nabi kecuali beberapa orang di kalangan mereka. Dan seperti itulah, kegagalan orang-orang yang telah menunggu sekali lagi dalam penantian mereka, seperti mana mereka gagal dalam menunggu Isa dan Musa (as). sebelumnya.. ........] [1]


4. Mereka Menjadikan Orang-Orang Alimnya Dan Rahib-Rahib Mereka Tuhan-tuhan Selain Allah:

Soalan: Maulana, Al-Syed Ahmad Al-Hasan (semoga Allah memeliharanya):

Saya salah seorang ansar telah ditanya oleh seorang Muslim tentang maksud ayat:

﴿إِنَّكُمْ وَمَا تَعْبُدُونَ مِن دُونِ اللَّـهِ حَصَبُ جَهَنَّمَ أَنتُمْ لَهَا وَارِدُونَ﴾

Sesungguhnya kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah, adalah umpan Jahannam, kamu pasti masuk ke dalamnya. [2]

kalau orang-orang Kristian dan Al-Masihi menyembah Isa bin Mariam (as), adakah ini bermakna bahawa Isa (as) dimasukkan ke dalam neraka, dia dan ibunya Al-3uzharaa’ (Mariam yang dara) (as), atau adakah penjelasan (tafsir) lain?!

Jawapan Imam Ahmad Al-Hasan (as):

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
                            
Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan sekelian alam, dan selawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi

﴿إِنْ هِيَ إِلَّا أَسْمَاءٌ سَمَّيْتُمُوهَا أَنْتُمْ وَآبَاؤُكُمْ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ بِهَا مِنْ سُلْطَانٍ إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَمَا تَهْوَى الْأَنْفُسُ وَلَقَدْ جَاءَهُمْ مِنْ رَبِّهِمُ الْهُدَى﴾

Itu tidak lain hanyalah nama-nama yang kamu dan bapak-bapak kamu mengadakannya; Allah tidak menurunkan suatu keteranganpun untuk (menyembah)nya. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti sangkaan-sangkaan, dan apa yang diingini oleh hawa nafsu mereka dan sesungguhnya telah datang petunjuk kepada mereka dari Tuhan mereka. [ Al-Najm 53:23.].

----------------------------
1 - Kitab Al-3ijl - oleh Imam Ahmad Al-Hasan (as): J 1 hal 64
2. Al-Anbiak 21:98.


Keakuan – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata...75

Sesungguhnya hakikat perhambaan mereka yang menyembah Al-Ana (Keakuan) dan hawa nafsu diri sendiri, seperti maksud ayat: Bahawa mereka dan hawa nafsu mereka mengumpulkan kayu api (bahan bakar) neraka, maka sesungguhnya kerakusan Al-Ana dan hawa nafsu akan membawa mereka ke neraka (jahanam), merekalah bahan bakarnya, dan merekalah yang menjulangkan api neraka mereka dan sebagai bahan bakarnya. Seperti mana ditunjukkan di sepanjang perjalanan manusia memerangi agama dengan agama, iaitu mereka yang memerangi agama adalah ulama yang tidak beramal, pengikut mereka dan orang yang bertaklid dengan mereka – iaitu orang-orang yang menyembah mereka - memerangi Anbia, Aushia dan orang-orang yang beriman dengan mereka, Dia Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَاباً مِنْ دُونِ اللَّهِ﴾

Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka tuhan-tuhan selain Allah. [Al-Taubah 9:31],

Iaitu yang mengikuti ulamak mereka yang memerangi Anbia dan Aushia (as), sampai ke peringkat di mana pengikut menyembah ulama yang tidak beramal selain Allah.] [1]


5. Kedudukan Abu Musa Al-Ash'ari:

Dan Imam Ahmad Al-Hasan (as):

[..... dan kedudukan penulis ini mengingatkan saya kepada kedudukan Abu Musa Al-Asy'ari apabila orang-orang gagal dan memalingkan mereka dari menyokong Ali bin Abi Talib (as) bagi memudahkannya daripada perkara kesamaran dan kepalsuan, Ini hanyalah untuk sikap pengecut yang melibatkan dirinya sendiri, dan demi Allah hanya Al-Ana yang dikehendaki Iblis (laknahu Allah) yang hari ini mencelakakan sesiapa yang mengikutinya, Adalah menjadi beban kepada mereka kesaksian bahawa Al-Mahdi dan Mahdi-mahdi dari anak-anaknya adalah hujah-hujah Allah sebagai mana beratnya beban kesaksian bahawa Ali dan imam-imam daripada anak-anaknya adalah hujah-hujah Allah pada mereka yang terdahulu.
         
Selepas mengambil kesahihan dakwah ini pada diri mereka, mereka mula melihat untuk meninggalkan dari memberi sokongan kepada Al-Yamani walaupun ia terbukti bahawa bahawa dia adalah Al-Yamani dengan dalil-dalil, dan saya memperingatkan kepada orang ramai untuk mengambil kedudukan sedemikian, seorang manusia pada kedudukan ini hendaklah menjadikan pengajaran Iblis (laknahu Allah) apabila dia sebelumnya beribadah kepada Allah, tetapi dia enggan sujud kepada Adam (as), mereka menerima Imam (as) tetapi mendakwa tidak menerima washi dan utusannya, dan sebagai Mahdi Pertama dan Al-Yamani yang dijanjikan. ........] [2]

-------------------------------
1 - Kitab Mutasyabihaat: oleh Imam Ahmad Al-Hasan (as) Jilid 4  - Soalan No. 168
2 - Kitab nasihat kepada para pelajar-pelajar Hauzah Ilmiah dan kepada semua yang mencari kebenaran - oleh Imam Ahmad Al-Hasan (as): hal 5.


Keakuan – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata...76


6. Anda Berakhir Seperti Berakhirnya Yazid (la):

Dalam khutbah yang ditulisnya (as), (khutbah pertama):

[........Wahai orang yang beriman, anda telah mencapai kemenangan pada 10 Muharram, anda telah mengalahkan iblis dan tenteranya dengan kekalahan yang paling teruk, anda hitamkan muka iblis (la), dengan sujud dan menyerah kepada Allah (SWT), dan anda tidak terjejas oleh bilangan atau persediaan anda yang sedikit, dan sejumlah besar musuh anda dan persediaan mereka yang besar, anda telah mengalahkan Kesyaitanan Yazidiyah Al-Marja3iyah dengan kekalahan yang paling teruk.

Ya, demi Allah anda telah mengalahkan mereka walaupun sebelum ilmu dikurniakan kepada anda oleh Allah, maka rasa malu di bidang ilmu dan kejahilan mereka terserlah, di hadapan anda, ke tahap mana mereka terpaksa menggunakan helah yang jahil semampu mereka iaitu untuk membunuh dan memerangi aqidah yang benar, betul-betul seperti ulama sesat nenek moyang mereka lakukan terhadap dakwah para nabi dan aushia (as). Dan walaupun mereka terpaksa membunuh dan berjuang, siapa yang menolong dan yang keluar mengorbankan darahnya untuk menghidupkan semula pegangan Al-Hussain (as), iaitu Ketuanan Allah (Hakimiyah Allah), selepas dihalang daripada disebarkan perjuangan Al Hussain (as) dengan perkataan, atau para pembunuh tentera Kesyaitanan Yazidiyah Al-Marja3iyah (la), orang-orang yang menentang perjuangan Al Hussain (as), dan matlamat ketuanan Allah (Hakimiyah Allah).

Darah kemenangan anda dan masih memenanginya, dan ia masih mengalir dan dapat mengalahkan dengan nikmat kurniaan Allah dan nikmat darah yang tertumpah dan menjadi seperti lembing-lembing yang menikam dan masih menikam jantung syaitan dan menjadi seperti kilat yang memanah dan merobohkan binaan kebatilan.

Demi Allah, anda dengan iman telah mengalahkan keinginan dan keakuan (Al-Ana) anda, syaitan, dunia dan semua perhiasannya. Berhati-hatilah anda dengan kesedihan dan aduan dan jangan berhenti dari bersabar, kerana kesabaran adalah kunci kepada kelapangan, dan itu adalah kelapangan (kelegaaan) anda, dan anda telah bersabar pada masa lalu dan kini ia adalah lebih penting lagi untuk bersabar, kerana hanya sedikit masa yang tinggal. Dan jika anda menderita, mereka juga mengalami derita, dan anda mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan, dan setelah beberapa ketika akhirnya mereka akan menjadi seperti berakhirnya Yazid (la) dan tenteranya, dan di akhirat akan diazab dengan azab yang lebih berat dan pada hari yang tidak ada guna alasan mereka apabila menyeru yang menyeru melainkan kutukan Allah ke atas orang-orang yang zalim........] [1]

---------------------
1 - Khutbah Jumaat selaras untuk semua ansar Imam Mahdi yang ditulis oleh Al-Syed Ahmad Al-Hasan (as) washi dan utusan Imam Mahdi (as).  - 21 /3 / 2008


Keakuan – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata...77

7. Rampasan Panji Al-Hussein (as):

Imam Ahmad Al-Hasan (as) berkata:

Hari ini Iblis (semoga Allah memalukannya) dapat memecahkan; umat Al-Husseiniyah Al-Muhammadiyah ini dengan tenteranya iaitu ulama sesat, yang telah memakaikan diri mereka dengan kedudukan kepimpinan dan telah membolehkan matlamat Iblis menyesatkan umat hari ini, yang kebiasaannya mengakui ketuanan Allah selama lebih daripada seribu tahun. Mereka hari ini telah membuat umat ini menerima ketuanan manusia dan menolak ketuanan Allah. 

Bencana yang kita hadapi pada hari ini adalah peristiwa Al-Hussein (as) yang telah dirampas secara khusus oleh mereka yang membawa panji pembunuh Al-Hussein (as). Jurucakap bagi Al-Hussein (as) hari ini adalah pembunuh dan pembawa panji yang telah memerangi Al-Hussein (as) selama lebih 1000 tahun yang lalu. Al-Hussein (as) telah dibunuh ketika berjuang menentang dan mendedahkan ketidaksahannya, dan ketidaksahan orang-orang yang mengasaskannya. Ianya adalah panji yang sama yang diperjuangkan oleh Ali (as). Panji yang meminggirkan Ali (as) dan menjadikan beliau terpencil di rumahnya selama hampir 25 tahun. Ia adalah panji yang diperangi oleh Muhammad (S) dan kesemua Nabi-nabi dan washi-washi (as) sebelumnya.


Ia adalah panji-panji ketuanan manusia, panji keakuan (ana) atau Kami (nahnu), atau panji Saqifah] dan demokrasi, atau panji pilihan raya atau apa yang manusia inginkan. Itu adalah panji yang sentiasa menentang apa yang Dia mahukan, atau panji Dia SWT, panji ketuanan Allah dan taat setia kepada Allah (Al-Bai’atu Lillah), panji yang dibawa oleh para nabi dan aushiya, dan akan tetap dibawa oleh mereka sehingga hari kiamat. 

Bencana yang kita hadapi hari ini, adalah rampasan revolusi Al-Husseiniyah oleh musuh-musuh, yang telah membuatkan ianya tidak dapat dielakkan dalam rancangan Ilahi bagi mengulangi pembunuhan beramai-ramai di Karbala, bagi menumpahkan lagi darah tulen Husseiniyah, yang menjadi sebab untuk memulihkan semula matlamat revolusi Al-Husseini (iaitu ketuanan Allah) dan juga menyebabkan rancangan Iblis (semoga Allah mengutuk dia dan tentera nya dari ulama sesat serta memalukan mereka semua) dan semoga Allah menggagal mereka. [1]

------------------------
1. Khutbah Al Yamani (as) Sempena Bulan Muharram oleh Imam Ahmad Al Hassan (as)


✡✡✡✡✡
                                                  
Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas

Tiada ulasan: