Selasa, 31 Januari 2017

Perlantikan atau wasiat Rasulullah




DIA MEMBAWA NASH LANTIKAN DARI ALLAH DAN RASUL
DIA MEMBAWA  ILMU DAN HIKMAH DARI ALLAH
SERUAN DAKWAHNYA BAI'ATU lILLAH

MAKA DIA ADALAH KHALIFAH ALLAH AL-MAHDI





Peraturan Mengenal Hujah Allah

a-   Perlantikan atau wasiat Rasulullah

بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.


Setelah kita mengetahui kewujudan peraturan Ilahi dalam mengenali Khalifah Allah di muka bumiNYA sepertimana yang disebutkan di dalam Al-Quran dan juga ditunjukkan oleh para Nabi dan Rasul Alaihimussalam. Maka perlulah kita memanfaat dan beramal dengan peraturan Ilahi di zaman kemunculan yang suci ini iaitu zaman keluarga Muhammad kerana mereka yang tidak mempraktikkan peraturan ini adalah terdiri daripada pengikut-pengikut Iblis (la) sepertimana yang diterangkan sebelum ini. 



c.    Seruan mentaati khalifah Allah. – bai’atu Lillah

6.    Siapa yang menyeru supaya beriman dengan Al-Mahdi dan apakah tindakan penyeru (Al-Mahdi) dan umat manusia.



Di dalam kitab injil juga diterangkan tentang Nabi Isa (as) telah  menguatkan dakwaannya bahawa Nabi-nabi terdahulu di kalangan Bani Israel telah menyebutkannya, memberi khabar gembira tentangnya dan berwasiat tentangnya dan disebut namanya dalam kitab Taurat. Dia (as) datang untuk mengajarkan Al-kitab dan hikmah sambil menegakkan panji Ketaatan kepada Allah dan menuntut kekuasaan dan ketuanan Allah SWT di atas muka bumiNYA. 

Oleh itu, sekiraNya datang pemilik kebenaran Ilahi iatu pemegang wasiat dan pembawa berita gembira yang dikhabarkan oleh para Nabi Allah dan juga rasul-rasul terdahulu, maka akan diketahui peribadi tersebut melalui tiga perkara ini:

Jika dikaji peraturan Ilahi ini secara terperinci, kita akan dapati bahawa nash lantikan Ilahi atas Adam (as) sampai membawa pada wasiat yang membolehkan wujud khalifah terdahulu melantik khalifah berikutnya. Ia adalah nash (lantikan) selepas seorang khalifah kepada khalifah lain dengan perintah Allah. Ini adalah tugas wajib untuk menetapkan orang sesudahnya sebagai khalifah Allah di bumi-Nya. Firman Alah

﴿إِنَّ اللَّـهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا﴾

                                                                        
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya [Al-Nisaa’ 4:58] 

Nash mestilah dari Allah atau melalui lisan RasulNya. Khalifah yang dilantik mesti menunjukkan nash lantikannya. Kerana setiap orang yang meninggalkan kebaikan mesti berwasiat kepada warisnya sebelum dia di datangi maut:

﴿كُتِبَ عَلَيْكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ إِن تَرَكَ خَيْرًا الْوَصِيَّةُ لِلْوَالِدَيْنِ وَالْأَقْرَبِينَ بِالْمَعْرُوفِ ۖ حَقًّا عَلَى الْمُتَّقِينَ﴾

Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan kebaikan (khairan), berwasiat untuk ibu-bapak dan karib kerabatnya secara ma'ruf, (ini adalah) kewajiban atas orang-orang yang bertakwa. [Al-Baqarah 2:180]. 
                                                                                              
Apakah kebaikan yang paling besar. Ia adalah menyelamatkan umat manusia dari kesesatan selama-lamanya. Itulah kebaikan yang paling besar yang ditinggalkan Muhammad Rasulullah (S), ia akan menyelamatkan umatnya dari kesesatan selamanya dan baginda adalah orang yang yang paling bertaqwa. Mungkinkah baginda tidak berwasiat. Mari kita lihat ketika baginda gering beberapa hari sebelum kematian:

Hadits ini diriwayatkan oleh Ahmad dari hadits Ibnu Abbas di dalam Musnadnya, dan diriwayatkan perawi hadits lain, dan Muslim meriwayatkan dalam Kitab Al-Wasiat dari Shahihnya dari Sa3id bin Jubair dari jalan yang lain oleh Ibnu Abbas,


، قال: ( يوم الخميس وما يوم الخميس ، ثم جعل تسيل دموعه حتى رؤيت على خديه كأنها نظام اللؤلؤ ، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وآله : إئتوني بالكتف والدواة ، أو اللوح والدواة ، أكتب لكم كتابا لن تضلوا بعده أبدا ، فقالوا : إن رسول الله يهجر).
           

Ia berkata: “Hari khamis, tahukah kamu ada apa hari khamis itu kemudian Ibnu Abbas menangis hingga aku melihat air matanya mengalir seperti butiran mutiara. Ibnu Abbas berkata Rasulullah (S) bersabda “Berikan kepadaku tulang belikat dan tinta (dakwat) atau Loh (papan tulis) dan dakwat aku akan menuliskan sesuatu untuk kalian agar kalian tidak akan tersesat setelahnya selama-lamanya. Kemudian mereka berkata Rasulullah (S) meracau. 
al-Bukhari juga meriwayatkan hadis yang sama dengan tambahan Rasulullah menjawab " Pergi kalian ! Aku lebih baik dari apa yang kalian katakan !"

Jadi apakah Rasulullah tidak menuliskan wasiatnya kerana tidak dibawakan pena dan kertas? Bukankan ada selang beberapa hari sebelum sampai hari Isnin. Tidakkah mustahil rasulullah tidak berwasiat.  Walaupun ada yang mengatakan dalam bab Siasah rasulullah tidak berwasiat. Jauh seorang rasul dari perbuatan seperti itu.

Sekarang dibawakan wasiat bertulis dari Rasulullah SAW Versi pendek diriwayatkan oleh anak-anak Fatimah:

Daripada Abi Abdillah as (Jaafar bin Muhammad), daripada bapa-bapanya terdahulu, daripada Amirul Mukminin Ali a.s, telah berkata: Rasulullah (S) telah bersabda kepada Ali di malam sebelum kewafatannya; Wahai Bapa Hassan (Ali a.s) bawakan lembaran tulis dan dakwat, maka Rasulullah (S) mencatatkan wasiatnya sehinggalah ia sampai ke butiran berikut, dan bersabda; Wahai Bapa Hassan sesungguhnya akan ada selepasku duabelas orang Imam dan selepas mereka duabelas orang Mahdi. Engkau wahai Ali adalah yang pertama dari duabelas imam tersebut. Dan hadis tersebut berterusan sehingga sampai kepada sabda, dan hendaklah diserahnnya kepada anaknya Muhammad Al Mustahfiz dari keluarga Muhammad alaihis salam. Begitulah duabelas orang Imam, setelah itu akan adanya duabelas Mahdi. Maka apabila maut menghampirinya, hendaklah dia serahkannya (Imamah) kepada anaknya Mahdi yang pertama, baginya tiga nama: nama seperti namaku dan nama bapaku iaitu Abdullah dan Ahmad, dan nama ketiganya adalah Al-Mahdi. Dan dia adalah yang pertama beriman. Bihar Al Anwar jilid 53 ms 147, Ghaybah Al Toosi ms 150, dan Ghayat Al Maram jilid 2 ms 241. 

Boleh dilihat wasiat bertulis dari Rasulullah (S) Versi panjang [1].
                      
Ada hadits sahih menerangkan Pemuda itu (Khalifah Allah Al-Mahdi) adalah ahli bait Rasulullah (S) selayaknyalah wasiat bertulis itu datang dari ahli bait. Cuma di kalangan umat Islam tidak ada yang tidak mempedulikan Ahl Bait walaupun Allah SWT telah berfirman:


﴿إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّـهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا﴾

Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya. [Al-Ahzab 33:33].

Jika tidak selepas peristiwa yang meremukkan hati Rasulullah pada hari khamis itu membuat para sahabat tertanya-tanya ada yang mengatakan Rasulullah (S) berwasiat dan ada yang mengatakan tidak berwasiat Sehingga sebahagian besar umat islam tidak mempunyai wasiat bertulis Rasulullah (S) dalam sejarah penulisan hadits.

Para ulamak Mazhab Imamiyah dan masyarakat syiah ramai pula (sekarang) yang menolak hadits wasiat bertulis Rasulullah (S) ini. Mereka yang menolak hadits wasiat bertulis ini sama seperti orang ahli kitab yang menyembunyikan kebenaran pada hal ia di sebut dalam lebih sepuluh tempat dari kitab-kitab hadits mereka.

Sudah tentu kita tidak hairan jika Para ulamak Mazhab Al-Sunnah dan masyarakat sunni menolaknya. Cuma perlu diingat peringatan Allah pada ayat wasiat di atas dan kedudukan wasiat di sisi Allah dalam surah Al-Baqarah 2:180 yang di bawakan di atas menyebutkan kutiba –diwajibkan - dan haqqan - adalah suatu kewajiban -.


Begitu juga terdapat banyak hadits yang menyatakan  siapa Al-Mahdi yang menyokong hadits wasiat di atas:

Dia dari Quraisy, Bani Hasyim, Itrah Nabi dan Anak Keturunan Fatimah

a) Dari Bani Kinanah, Bani Quraisy, Bani Hasyim

عن قتادة، قال : قلت لسعيد بن المسيب: المهدي حق ؟ قال: حق. قلت: ممن ؟ قال: من كنانة. قلت: ثم ممن ؟ قال: من قريش. قدم أحدهما علىالاخر. قلت:  ثم ممن ؟ قال: من بني هاشم . قلت: ثم ممن ؟ قال: من ولد فاطمة(

Dari Qatadah: “Aku bertanya kepada Said bin Musayab, “Apakah Al-Mahdi itu haq (benar)?”Dia menjawab,“Benar”, Aku tanyakan.“Dari siapa (asalnya)?” Katanya,“Dari Kinanah.” Aku tanya lagi,“Kemudian dari siapa?”Katanya, “Dari Quraisy” lebih awal dari keduanya. Aku tanya lagi “Kemudian dari siapa?” Katanya “Dari bani Hasyim” Aku tanya“Terus dari siapa?” Katanya, “Dari anak keturunan Fatimah”.Rujukan: Aqad Ad Darar Fi Akhbar Al Muntazar, Halaman 22

b) Dari Ahlulbait Nabi saw

أخرج أحمد بن حنبل بسنده عن علي،قال: قال رسول الله   )صلى الله عليه وآله): (المهدي منا أهل ألبيت يصلحه الله في ليلة(

Ahmad bin Hanbal menyampaikan dari Fadhl bin Dakin dari Yasmin Al-‘Ajali dari Ibrahim bin Muhammad Al-Hanafiah dari bapanya dari Ali:“Rasulullah saw bersabda, “Mahdi berasal dari kami Ahlulbait. Allah akan mempersiapkannya dalam satu malam.”

Rujukan: Musnad Ahmad, Juz 1, Halaman 84; Sunan Ibnu Majah, Juz 2, Halaman 1367

c) Dari Itrah Nabi saw

اخرج أحمد في مسنده بسنده عن أبي سعيد أنرسول الله (صلى الله عليه وآله)  قال:(تملأ الآرض ظلما وجورا ثم يخرج رجل من عترتي يملك سبعا أو تسعا في ملأ الآرض قسطا وعدلا(

Disebut dalam Musnad Ahmad, dari Abi Sa’id bahawa Rasulullah saw bersabda: “Bumi akan dipenuhi dengan kezaliman dan ketidakadilan, kemudian muncul seorang dari itrahku, dia akan memenuhi bumi selama tujuh atau Sembilan (tahun) dengan kemakmuran dan keadilan.” Rujukan: Musnad Ahmad, Juz 3, Halaman 28

حدثنا أحمد بن إبراهيم ثنا عبد الله بن جعفر الرقي ثنا أبو المليح الحسن بن عمر عن زياد بن بيان عن علي بن نفيل عن سعيد بن المسيب عن أم سلمة قالت سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : المهدي من عترتي من ولد فاطمة

Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Ibraahiim: Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Ja’far Ar-Raqiy: Telah menceritakan kepada kami Al-Hasan bin ‘Umar, dari Ziyaad bin Bayaan, dari ‘Aliy bin Nufail, dari Sa’iid bin Al-Musayyib, dari Ummu Salamah, ia berkata: Aku mendengar Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Al-Mahdi itu berasal dari keturunanku dari anak Fathimah” [Diriwayatkan oleh Abu Daawud no. 4284; dishahihkan oleh Al-Albaaniy dalam Shahih Sunan Abi Daawud, 3/20-21].

d) Dari Anak Keturunan Fatimah

عن أم سلمة رضي الله عنها، قالت: سمعت رسول الله (صلى الله عليه وآله) ، يقول : (المهدي من عترتي، من ولد فاطمة) رضي الله عنها . أخرجه الإمام داود سليمان بن الآشعث السجستاني في سننه، والإمام أبو عبد الرحمن النسائي في سننه، والإمام الحافظ أبو بكر البيهقي، والإمام أبو عمرو الداني، رضي الله عنهم،):

Dari Ummu Salamah (ra) katanya: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: “Al-Mahdi berasal dari itrahku, dari anak keturunan Fatimah.” Disebut oleh Al-Imam Daud Sulaiman bin Al-Asy’ats Al-Sajastani dalam Sunannya, dan Al-Imam Abu Abdu Rahman Al-Nasa`i dalam Sunannya,Al-Imam Al-Hafidz Abu Bakar Al-Baihaqi dan Al-Imam Abu ‘Amr Al-Dani (ra). Rujukan: Aqad Ad Darar Fi Akhbar Al Muntazar, Halaman 15

Dalam hadits wasiat itu menyebutkan: sesungguhnya akan ada selepasku duabelas orang Imam dan selepas mereka duabelas orang Mahdi

Mahdi pertama bernama  Ahmad
Yang pertama beriman dengan Imam Mahdi

Untuk faham lebih lanjut sila baca Dua Mahdi Yang berbeza


-------------------------------

[1] Versi penuh wasiat Rasulullah (S) beserta dengan sanadnya dan juga sumber-sumber yang meriwayatkannya:

أخبرنا جماعة عن أبى عبد الله الحسين بن علي بن سفيان البزوفرى عن علي بن سنان الموصلي العدل عن علي بن الحسين عن أحمد بن محمد بن الخليل عن جعفر بن محمد المصرى عن عمه الحسن بن علي عن أبيه عن أبى عبد الله جعفر بن محمد عن الباقر عن أبيه ذى الثفنات سيد العابدين عن أبيه الحسين الزكي الشهيد عن أبيه أمير المؤمنين عليهم السلام قال قال رسول الله صلى الله عليه وآله في الليلة التي كانت فيها وفاته لعلي (ع) يا أبا الحسن احضر صحيفة ودواة فاملى رسول الله صلى الله عليه وآله وصيته حتى انتهى إلى هذا الموضع فقال يا علي انه سيكون بعدي اثنى عشر أماما ومن بعدهم اثنى عشر مهديا فانت يا علي اول الاثنى عشر الامام سماك الله في سمائه عليا المرتضى وأمير المؤمنين والصديق الاكبر والفاروق الاعظم والمأمون والمهدي فلا تصلح هذه الاسماء لاحد غيرك يا علي أنت وصيي على اهل بيتي حيهم وميتهم وعلى نسائى فمن ثبتها لقيتني غدا ومن طلقتها فانا برئ منها لم ترني ولم ارها في عرصات القيامة وانت خليفتي على امتي من بعدي فإذا حضرتك الوفاة فسلمها إلى ابني الحسن البر الوصول فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابني الحسين الشهيد المقتول فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابنه سيد العابدين ذى الثفنات علي فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابنه محمد الباقر فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى أبنه جعفر الصادق فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى أبنه موسى الكاظم فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى أبنه علي الرضى فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى أبنه محمد التقة التقي فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى أبنه علي الناصح فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى أبنه الحسن الفاضل فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى أبنه محمد المستحفظ

من آل محمد صلى الله عليه وعليهم فذلك اثنى عشر أماما ثم يكون من بعده اثنى عشر مهديا فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى أبنه اول المهديين له ثلاثة اسامي اسم كأسمي واسم أبى وهو عبد الله وأحمد والاسم الثالث المهدى وهو اول المؤمنين


Daripada Abi Abdillah Al Hussain bin Sufyan, daripada Ali bin Sinan Al Musili, daripada Ali bin Al Hussain, daripada Muhammad bin Al Khalil, daripada Jaafar bin Ahmad Al Masri, daripada bapa saudaranya Al Hassan bin Ali, daripada bapanya, daripada Abi Abdillah Jaafar bin Muhammad, daripada bapanya Al Baqir, daripada bapanya Ali Zainal Abidin, daripada bapanya Al Hussain Al Syahid, daripada bapanya Amirul Mukminin Alaihis salam telah berkata: Rasulullah saaw bersabda kepada Ali as dimalam sebelum kewafatan baginda: “Wahai Abul Hassan (Ali as) bawakan lembaran kertas dan dakwat. Maka Rasulullah saaw telah menyebutkan wasiatnya untuk dicatatkan sehinggalah ia sampai kepada noktah berikut, baginda saaw bersabda: Wahai Ali sesungguhnya akan ada selepasku duabelas orang Imam dan selepas mereka duabelas orang Mahdi. Engkau wahai Ali adalah yang pertama daripada duabelas orang Imam tersebut. Allah menamakan engkau di langitnya; Ali Al Murtadha, Amirul Mukminin, Siddiq Al Akbar, Faruq Al A’zham, Al Makmun, dan Al Mahdi, tiada siapapun dibenarkan memakai nama-nama ini. Wahai Ali, engkau adalah pemegang wasiatku ke atas Ahlulbaitku ketika mereka masih hidup mahupun setelah mereka mati, dan ke atas isteri-isteriku: barangsiapa yang engkau kekalkan dia, maka dia akan bertemu denganku besok, barangsiapa yang engkau ceraikan dia, maka aku berlepas diri daripadanya, dan dia takkan dapat melihatku dan aku tidak melihatnya pada hari kiamat. Engkau adalah khalifahku ke atas umatku selepasku, apabila maut menghampirimu, maka hendaklah diserahkannya (khilafah) kepada anakku Hassan al-Birr al-Wusul. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anakku Hussein as-Syahid az-Zakiy al-Maqtul. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya penghulu segala abid Ali zu as-Safanat. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad al-Baqir. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkan kepada anaknya Ja’afar al-Sadiq. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Musa al-Kadhim. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Ali al-Ridha. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad al-Thiqah at-Taqiy. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Ali al-Nasih. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Hassan al-Fadhil. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad yang terpelihara daripada keluarga Muhammad. Maka itulah dua belas imam, dan akan datang selepasnya dua belas Mahdi.

Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkan kepada anaknya iaitu Muqarrab yang pertama (sesetengah sumber menyebutkan Mahdi yang pertama). Baginya tiga nama : nama seperti namaku dan nama bapaku, iaitu Abdullah dan Ahmad. Dan namanya yang ketiga adalah Al Mahdi, dia adalah yang pertama beriman.”

1.    Sheikh Al Toosi menyebutkan riwayat wasiat ini di dalam kitabnya Al Ghaibah ms 150 beserta himpunan riwayat bagi menguatkan bahawa Imamah adalah untuk Ahlulbayt a.s. Kemudian Sheikh Al Toosi memperkuatkan lagi riwayat ini dengan riwayat-riwayat wasiat yang lain di dalam kitab yang sama pada ms 156. Ianya adalah himpunan riwayat yang digunapakai sebagai dalil untuk menguatkan tuntutannya bahawa Imamah adalah di kalangan Ahlulbayt a.s. Dia mengatakan bahawa riwayat ini adalah sahih kerana Syiah Imamiyah meriwatkannya secara tawatur iaitu orang yang terkemudian meriwayatkan dari orang terdahulu tanpa terputus. Jalan pentashihannya adalah satu sepertimana terdapat di dalam kitab-kitab Imamiyah dan juga melalui manuskrip-manuskrip Amirul Mukminin Ali a.s 
2.    Sheikh Al Hurr Al Amili di dalam kitabnya Ithbat Al-Huda, jilid 1, ms 549, hadis no. 376.
3.    Sheikh Al Hurr Al Amili di dalam kitabnya Al Iqadh, ms 393.
4.    Sheikh Hassan bin Sulaiman Al Hilli di dalam kitabnya Mukhtasar Al Bashair, ms 159.
5.    Al Allamah Al Majlisi di dalam kitab Bihar Al Anwar, jilid 53, ms 147, hadis no. 6 (secara ringkas), dan jilid 36, ms 81, hadis no. 81 (secara terperinci tanpa rangkap “Apablia maut menghampirinya”)
6.    Sheikh Abdullah Al Bahrani di dalam kitabnya Al ‘Awalim, jilis 1, ms 370, hadis no. 59.
7.    Sayyid Hashem Al Bahrani di dalam kitabnya Ghayat Al-Maram, jilid 1, ms 370, hadis no. 59.
8.    Sayyid Hashem Al Bahrani di dalam kitabnya Al insaf, ms 222.
9.    Al Faydh Al Kashani di dalam ktabnya Nawadir Al Akhbar, ms 294.
10. Sheikh Mirza Al Noori di dalam kitabnya Al Najm Al Thaqib, jilid 2, ms 71.
11. Sayyid Muhammad Muhammad Sadiq Al Sadr menyebutkannya di dalam kitabnya Tarikh Ma Ba’da Dhuhur, ms 641.
12. Sheikh Al Miyanji di dalam kitabnya Makatib Al Rasul, jilid 2, ms 96.
13. Sheikh Al Kurani di dalam kitab Mukhtasar Mu’jam Ahadis Al Imam Al Mahdi.



            


Rabu, 25 Januari 2017

Nostradamus Prophecies - Ramalan Nostradamus




RAMALAN NOSTRADAMUS


Nostradamus, (14 Disember 1503 – 2 Julai 1566) lahir sebagai Michel de Nostredame, merupakan pengarang ramalan yang paling terkenal di dunia. Beliau dikenali dengan hasil karya ciptaannya iaituLes Propheties, yang mengandungi satu rangkap empat baris tidak berima dan 941 yang berima, yang dikumpulkan menjadi sembilan set 100 buah dan satu set 42 buah yang dipanggil 'Centuries'.

Biografi Nostradamus. Tokoh ini dikenal sebagai salah satu peramal terkenal dengan ramalan-ramalannya yang akurat. Salah satunya adalah ramalannnya mengenai Runtuhnya gedung WTC di Amerika Serikat.
Berikut Profil dan Biografinya, Nostradamus dikenal dengan nama asli Michel de Notredame or Nostredame. Lahir di Boulougne, Perancis 14 Desember 1503. Dia berdarah Yahudi dari suku Issacher. Suku Issacher dikenal sebagai suku yang paling akurat dalam hal observasi serta ramalan bulan, bintang dan benda-benda langit lainnya.

Nostradamus pernah belajar di Universitas Montpellier bidang kedokteran pada tahun 1522 saat itu usianya ± 19 tahun dan 3 tahun kemudian, ia berhasil memperoleh gelar dokter lalu tahun 1593 meninggalkan Universitasnya dan tinggal di Bordeux, La Rochelle dan Tolouse dan menikah dengan seorang gadis cantik bernama Adriela Loubejac, mereka dianugerahi seorang putra dan seorang putri.

Nostradamus pernah berkata :

  "......Saya fikir, demi alasan kebaikan, saya akan menggambarkan perubahan-perubahan revolusioner paling penting yang saya terawang (ramal), tetapi agar tidak mengecewakan para pembaca, ramalan ini akan saya ungkapkan dalam gaya kalimat yang rumit dan berbelit-belit bukannya langsung berupa ramalan terang."
Nostradamus meninggal di Salon 1 Juli 1566. 


Nostradamus Prophecies - Ramalan Nostradamus

Terdapat beberapa ramalan Nostradamus yang mennyentuh kezuhuran Imam Mahdi.
             
Sebagai contoh


Ramalan 5 - 55

In the country of Arabia Felix
There will be born one powerful in the law of Mahomet:
To vex Spain, to conquer Grenada,
And more by sea against the Ligurian people.

Di negara Arab Felix (Semenanjung Arab)
Akan lahir satu kuasa dalam Agama Muhammad;:
Yang menggusarkan Sepanyol, untuk menakluk Grenada, (Pulau Utara A selatan)
Dan banyak lagi dari laut terhadap rakyat Ligurian (kawasan pantai barat Itali).
           
Di sini menyifatkan kemunculan Imam Mahdi (as) di Saudi (Arab Saudi), kita tahu daripada Hadith bahawa dia akan muncul pertama kali di Madinah dan kemudian pergi ke arah Mekah, dibai’ah di antra Rukun dan Maqam .... Dan bagaimana dia akan membuka Sepanyol (di sini kita tahu bahawa ia bermakna Amerika) dan ia akan membuka Itali (Vatican)


Ramalan 3 - 91

For five hundred years more one will keep count of him
Who was the ornament of his time:
Then suddenly great light will he give,
He who for this century will render them very satisfied.

Selama lima ratus tahun lebih akan mengira-ngira kemunculannya
Yang merupakan perhiasan zamannya:
Kemudian tiba-tiba cahaya besar akan dikurniakan,
Beliaulah pada abad ini akan menyebabkan mereka sangat gembira.


Di sini diterangkan kemunculan Imam Mahdi (as) dan bagaimana orang akan memberi perhatian kepadanya kerana Nostradamus mengatakan bahawa orang menghebahkannya hamper lima ratus tahun. Beliau akan mendokong agama Allah SWT telah menetapkan tarikh yang terdapat selepas hampir lima ratus tahun untuk menulis ramalan ini, dan penumpuan tahun yang akan muncul melalui pencarian. Ia menunjukkan bahawa terdapat ilham yang besar tiba-tiba akan membuat orang gembira


Ramalan 6 - 33:

His hand finally through bloody Alus (Alusi),
He will be unable to protect himself by sea.
Between two rivers he  will fear the military hand,
The black one will make the angry one repent of it.
 

Kuasanya akhirnya melalui ALUS (Al-Washi) nya,
Dia tidak akan dapat melindungi dirinya di laut,
Dia akan takut kuasa tentera di antara dua laut (Mesopotamia - Iraq),
Dan lelaki hitam akan membuat merka yang marah, menyesal apa yang dilakukannya),


Nostradamus di sini seperti biasa, menggunakan anagram atau pesongan atau memadam satu atau dua huruf apabila nama-nama orang digunakan dalam ramalan seperti nama-nama ini

HISTER = HITLER
SADDAM = MABUS
ALUS  (الوص= AL-WASHI (الوصي)
Dalam Bahasa Arab perkataan (Al-Washi) bermakna (Pewaris) atau (pemegang wasiat) dan beliau adalah Washiy Imam Mahdi (as) dan yang pertama daripada dua belas Mahdi, Washiy (Pewaris atau pemegang wasiat) Imam Mahdi (as). Serta dia adalah utusan Imam Mahdi dan pemimpin yang akan menjayakan urusannya itu seperti yang disebut dalam riwayat, dan dia adalah Yamani Aali Muhammad (as) yang dijanjikan yang menyeru kepada kebenaran dan yang berpaling darinya adalah dari ahli neraka seperti yang dinyatakan dalam riwayat mereka (as).
Nostradamus di sini memadam aksara (I -ي) di akhir nama (الوصي)
Nostradamus menerangkan orang tertentu mungkin komander tentera atau ketua negara cuba untuk membunuh Imam Al-Mahdi (as) atau penghapusan tenteranya, dan takut kuasa tentera (tentera Imam Mahdi) di Mesopotamia (Iraq), tetapi seorang lelaki dari rakyat Imam Mahdi (as) mungkin seorang lelaki Arab Muslim dari Afrika (hitam) akan menghapuskan dia dan tenteranya di laut (mungkin dalam armada perang atau di salah satu daripada kapal pengangkut pesawat dan dimusnahkan).


Ramalan 1- 50 


From the three water signs will be born a man
who will celbrate Thursday as his holiday.
His renown, praise, rule and power will grow
on land and sea, bringing trouble to the East






Dari 3 aliran air, akan lahir seorang lelaki
Setiap hari Khamis sebagai hari besar
Ia mula terkenal, terpuji, kedudukan dan kekuasaannya akan meningkat
di darat dan di lautan     
Mula merunsingkan daerah timur

Yang lahir adalah orang kanan Imam Mahdi, Pewarisnya atau pemegang wasiatnya, Ahmad Al-Hasan, membawa gelar (Al-Yamani), dari Bani Hasyim (Al-Hasyimi) dari Ahl Bait imam Mahdi (Dari Ahl Baitku, itrahku sabda Rasulullah (S)) anak Fatimah yang akan keluar dari arah Timur (arah Khurasan) iaitu Basrah. Basrah terletak di persimpangan atau pertemuan Sungai Eufrates (Al-Furat), Tigris (Al-Dijlah) menjadi Shatt Al-Arab ke Teluk Parsi. Waktu maghrib masih Khamis bagi hari (calendar Masehi). Telah mulakan dakwahnya dan merunsingkan umat Islam (semuanya daerah timur)

Dalam riwayat lainnya, Rasulullah bersabda, ‘’Sudah dekat suatu masa di mana sungai Eufrat (Al-Furat) akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barang siapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu.’’ (HR Bukhari Muslim). Sekarang sungai ini telah kering.

       
Ramalan 10- 72

The year 1999, seventh month,
From the sky will come a great King of Terror:
To bring back to life the great King of the Mongols,
Before and after Mars to reign by good luck

Pada tahun 1999 dan bulan ketujuh 
Dari langit akan datang Penguasa besar yang digeruni.
Dia akan membawa kembali kepada kehidupan Raja-raja Monggol (di Iraq);
Sebelum dan selepasnya, pemerintahan dalam peperangan.

Ahmad Al-Hasan Al-Yamani diarahkan oleh Imam Mahdi supaya memasuki Pusat Pengajian Agama di Najaf. Dan beliau telah mulakan missi dakwah diakhir tahun 1999. 2011 dakwahnya tersebar ke seluruh dunia. Beliau mempersiapkan segala keperluan pada yang beriman dengan Imam Mahdi dan menjadi pengikutnya – Ansar Imam Mahdi.

              
              
Ramalan 3 - 61

The great band and sect of crusaders
Will be arrayed in Mesopotamia:
Light company of the nearby river,
That such law will hold for an enemy.


Pertelingkahan besar dan mazhab yang bersekongkol tentera salib
Akan atau mengatur di Mesopotamia (Iraq):
Kumpulan kecil di sekitar sungai,
Bahawa peraturan tertentu yang akan mendiamkan musuh.

Di sini ia menerangkan tentera Imam Mahdi (as) yang akan membebaskan Iraq dan Syria dari Tentera Al-Sufyani dan rakyat menyertai tentera Imam Mahdi (as). Al-Sufyani mazhab yang berasal dari Wahabi Salafi  - (ISIS) yang bersekongkol tentera Yahudi Kristian (Barat dan Amerika) dan dari sini datang permusuhan mereka dengan Imam Mahdi (as) dan ansarnya. dan Imam Mahdi (as) akan mengambil kota Kufah (Najaf), pusat pergerakannya.


Ramalan 2 -30

One who the infernal gods of Hannibal
Will cause to be reborn, terror of mankind
Never more horror nor worse of days in the past
Than will come to the Romans through Babel.


Ia adalah Wira ganas seumpama Hannibal
Akan menyebabkan lahir semula, keganasan manusia
Tidak ada yang lebih seram dan tiada hari yang lebih teruk daripada
masa lalu
Kemudian akan mendatangi Rom melalui Babel.


Ini adalah-ramalan pelik dan gambaran yang menarik di sini menyatakan perihalan tentang bagaimana Al=Mahdi (as) akan memperbaharui (islah) agama Islam, (Hannibal, adalah komander Afrika Utara yang menang kerana penaklukan tentera. Dan Nostradamus meminjam nama pemimpin Arab ini). Dan menerangkan bagaimana peperangan Imam Mahdi (as) dalam membebaskan dunia dari kezaliman dan penindasan yang akan menyebabkan panik kepada penduduk dunia kerana pertempuran yang dahsyat, yang akan menggunakan jenis senjata yang paling dahsyat yang  belum pernah disebut sepertinya dalam peperangan sengit sebelum ini, Kemudian menyebut tempat yang akan diambil oleh Imam Mahdi (as) sebagai perang utamanya terhadap Barat dan telah disebutkan ianya dari Babylon dan diketahui bahawa Babylon adalah di Iraq kawasan bandar Kufah, bahawa Imam Mahdi (as) akan mengambil kota Kufah, sebagai ibu negerinya.


Ramalan 1 - 55

In the land with a climate opposite to Babylon
there will be great shedding of blood.
Heaven will seem unjust both on land and sea and in the air.
Sects, famine, kingdoms, plagues, confusion.


Di negeri yang iklimnya bertentangan dengan Babylon
akan ada penumpahan darah yang dahsyat.
(Kerajaan) Langit akan kelihatan adil, baik di darat dan di laut dan di udara..
Masyarakat, kekurangan makanan, kerajaan-kerajaan, malapetaka, kekacuan.
       

Dan ini juga merupakan salah satu ramalan pelik, yang digambarkan oleh Nostradamus, bagaimana mana-mana Negeri yang akan menentang Imam Mahdi (as) (yang Nostradamus namakan tempatnya, yang bermula dari Imam Mahdi (as) nama (Babylon) sekarang adalah kota Kufah,) banyak pertumpahan darah (kerana peperangan) mengingatkan bahawa penduduk di negara-negara ini akan merasakan bahawa Allah SWT mengazab mereka sehingga tentera mereka akan memusnahkan darat dan di laut dan udara, hasilnya penyebaran wabak penyakit, kebuluran dan kekacauan di negara-negara ini.





 Terdapat lebih banyak maklumat yang tidak dapat dituliskan semuanya.




Peraturan Mengenal Hujah Allah


DIA MEMBAWA NASH LANTIKAN DARI ALLAH DAN RASUL
DIA MEMBAWA  ILMU DAN HIKMAH DARI ALLAH
SERUAN DAKWAHNYA BAI'ATU lILLAH

MAKA DIA ADALAH KHALIFAH ALLAH AL-MAHDI





Peraturan Mengenal Hujah Allah

بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.

Peraturan Ilahi Dalam Mengenali Hujjah Atau Khalifah Allah Di Muka Bumi. - Bagaimana Membezakan Pendakwa Kebenaran Dan Kebathilan?


Adakah Allah SWT telah meletakkan peraturanNYA dalam mengenali  pendakwa kebenaran pada setiap zaman iaitu Hujjah Allah SWT atas hambaNYA serta Khalifah Allah SWT di muka bumiNYA? Mentaatinya bermakna mentaati Allah SWT. Manakala Ingkar kepadanya bermakna ingkar kepada Allah SWT. Beriman dengannya dan tunduk kepadanya adalah keimanan dan tunduk kepada Allah SWT. Menafikannya serta berpaling daripadanya adalah penafian kepada Allah SWT dan berpaling daripadaNYA.






5.    Peraturan Mengenal Hujah Allah (Al-Mahdi)
a.    perlantikan atau wasiat Rasulullah.
b.    Dia memlilki Ilmu dan Hikmah.
c.    Seruan mentaati khalifah Allah. – bai’atu Lillah







Adakah Allah SWT terlupa atau dengan sengaja meninggalkan hal ini? sedangkan DIA SWT adalah Penguasa Sebenar dan telah menetapkan setiap sesuatu dengan sebaik-baik ketetapan. Firman Allah SWT:: 

﴿اللَّـهُ يَعْلَمُ مَا تَحْمِلُ كُلُّ أُنثَىٰ وَمَا تَغِيضُ الْأَرْحَامُ وَمَا تَزْدَادُ وَكُلُّ شَيْءٍ عِندَهُ بِمِقْدَارٍ﴾

"Allah mengetahui akan apa yang dikandung oleh tiap-tiap ibu dan mengetahui apa yang kurang dari yang dikandung di dalam rahim itu atau yang lebih, dan setiap sesuatu itu ditetapkan di sisiNYA dengan kadar yang tertentu". [Al Ra'd 13:8]

DIA SWT juga Maha Mengetahui sebagaimana firmanNYA: 

﴿وَرَبِّي لَتَأْتِيَنَّكُمْ عَالِمِ الْغَيْبِ لَا يَعْزُبُ عَنْهُ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ فِي السَّمَاوَاتِ وَلَا فِي الْأَرْضِ وَلَا أَصْغَرُ مِن ذَٰلِكَ وَلَا أَكْبَرُ إِلَّا فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ﴾


Demi Tuhanku yang Maha Mengetahui segala perkara yang Ghaib, hari kiamat itu sesungguhNya akan datang kepada kamu . Tiada tersembunyi dari pengetahuanNYA barang seberat debu yang ada di langit atau di bumi dan tidak ada yang lebih kecil dari itu atau yang lebih besar melainkan semuaNya tertulis di dalam Kitab yang terang lagi nyata". [Saba' 34:3] 

Jelas sekali bahawa keperluan kebijaksanaan Ilahi dalam meletakkan peraturan bagi mengenali khalifah Allah di muka bumiNYA  pada setiap zaman. Peraturan ini juga mestilah telah ditetapkan sejak hari pertama Allah SWT menjadikan khalifah bagi mewakiliNYA  di muka bumiNYA ini. Tidak mungkin ianya ditetapkan kemudian iaitu dalam salah satu risalah-risalah terkemudian yang diturunkan dari langit, melainkan telah ditetapkan bersama-sama dengan kewujudan manusia pertama iaitu Adam a.s. Sepertimana keyakinan umum yang tidak menafikan kewujudan Iblis LA sejak hari pertama lagi. Manusia amat memerlukan peraturan ini dalam mengenali pembawa kebenaran Ilahi agar tidak dijadikan alasan untuk tidak mengikuti serta mentaatinya. Mereka mungkin beralasan bahawa tidak mampu membuat perbezaan disebabkan tidak pernah wujud sebarang peraturan Ilahi dalam mengenali khalifah Allah ini. Namun di sana wujud ketetapan yang diyakini oleh semua umat Islam berkaitan dengan peristiwa di hari pertama Allah SWT menjadikan khalifah bagi mewakiliNYA di muka bumiNYA. Ianya adalah seperti berikut:
.

1) Allah SWT telah menaskan atau melantik Adam a.s di hadapan para Malaikat dan juga Iblis bahawa dia adalah khalifah di muka bumiNYA, sebagaimana firmanNYA: 

﴿وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ﴾

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: SesungguhNya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertaNya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: SesungguhNya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah 2:30)

2) Setelah itu, Allah SWT mengajarkan Adam a.s kesemua nama-nama iaitu nama-nama Ketuhanan, sebagaimana firmanNYA: 

﴿وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَـٰؤُلَاءِ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ﴾

"Dan Dia telah mengajarkan Adam akan segala nama-nama, kemudian ditunjukkanNya kepada malaikat lalu Dia berfirman: Terangkanlah kepadaKu nama-nama ini semuaNya jika kamu golongan yang benar. (Al-Baqarah 2:31)

3) Kemudian Allah mengarahkan mereka yang menyembahNYA pada waktu tersebut iaitu para Malaikat dan Iblis untuk sujud kepada Adam a.s, sepertimana dalam firmanNYA: 

﴿فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِي فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ﴾

Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padaNya roh dari (ciptaanKu) maka hendaklah kamu sujud kepadanya (Al-Hijr 15:29), 

Dan

﴿وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلًا﴾

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; dia adalah berasal dari golongan jin, lalu dia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: Pengganti yang mereka pilih itu. (Al-Kahf 18:50)

Ketiga-tiga syarat ini adalah peraturan yang ditetapkan Allah SWT dalam mengenali hujahNYA atas umat manusia dan khalifah Allah SWT di muka bumiNYA. Ianya adalah Sunnah Allah (Aturan Allah) yang telah ditetapkan dalam mengenali khalifah Allah sejak dari hari pertama penciptaan Adam a.s lagi. Ianya akan terus berkekalan sehingga pengakhiran dunia iaitu hari Kiamat, sebagaimana firmanNYA:

﴿سُنَّةَ اللَّـهِ فِي الَّذِينَ خَلَوْا مِن قَبْلُ وَلَن تَجِدَ لِسُنَّةِ اللَّـهِ تَبْدِيلًا﴾

Yang demikian adalah menurut "Sunnatullah" (undang-undang peraturan Allah) yang berlaku kepada orang-orang yang telah lalu dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi "Sunnatullah" itu. (Al-Ahzab 33:62)

﴿سُنَّةَ اللَّـهِ الَّتِي قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلُ وَلَن تَجِدَ لِسُنَّةِ اللَّـهِ تَبْدِيلًا﴾

"Sunnatullah" (peraturan Allah) yang telah berlaku semenjak dahulu lagi dan engkau tidak akan mendapati sebarang perubahan bagi cara dan peraturan Allah itu. (Al-Fath 48:23)


Peraturan Ilahi Dalam Penentuan Imam, Ketua Dan Khalifah Allah Adalah Bersesuaian Dengan Fungsi Akal Yang Sihat. 


Secara logiknya mana-mana insan yang memiliki kilang, ladang, kapal atau apa sahaja yang melibatkan pekerja yang bekerja untuknya. Hendaklah dia menentukan salah seorang daripada pekerja-pekerjanya untuk menjadi ketua dan dijelaskan namanya agar tidak berlaku anarki. Perlantikan ini juga perlu ditetapkan pada orang yang paling tahu dan berkelebihan, serta diarahkan semua pekerja agar mentaati ketua tersebut dalam melaksanakan apa yang diinginkannya. Kegagalan pemilik untuk berbuat demikian pasti akan mengakibatkan impiannya hancur musnah kerana ketiga-tiga aspek ini menggambarkan kebijakan seseorang. Oleh itu, sekiranya kita berkeyakinan bahawa kesemua aspek ini adalah keperluan bagi manusia yang bergelar pemilik, bagaimana pula kita mengharuskan salah satu dari tiga aspek ini ditinggalkan Allah SWT, sedangkan DIA SWT adalah Pemilik dan Penguasa mutlak buat semesta alam ini? 

Pelbagai contoh pemilik bot, kilang, ladang atau apa sahaja yang memerlukan sekumpulan orang yang bekerja untuknya, bukankah dimestikan padanya untuk menentukan kapten botnya, pengarah kilangnya atau ketua bagi mereka? Jika dia meninggalkan perkara tersebut sehingga menyebabkan tenggelamnya bot atau musnahnya kilang atau berlaku sesuatu yang berbahaya, maka sudah tentu pemilik itu dianggap bodoh atau tidak bijak.

Tetapi setelah ditetapkan kapten bot, pengarah kilang atau ketua dan ternyata bukanlah yang paling berkebolehan dalam bidangnya. Ini pasti mengakibatkan kekurangan dalam pengeluaran kilang atau berlakunya sesuatu yang menyebabkan bahaya tertentu seperti tenggelamnya bot disebabkan kejahilan ketua ini dalam mengendalikan prosedur-prosedur dan operasi berkaitan botnya. Sudah tentu pemiliknya akan dipersalahkan dan dicop sebagai bodoh atau tidak bijak. Ianya adalah satu kemestian dan keperluan untuk memilih yang paling tahu di kalangan pekerjanya atau melengkapkannya dengan ilmu sepatutnya agar berkelayakan dan berkemampuan dalam memimpin bot untuk kembali semula ke darat dengan aman dan mengoperasikan kilang sehingga memperolehi pengeluaran terbaik.

Setelah itu, pemilik tersebut perlu mengarahkan pekerja-pekerjanya untuk mematuhi orang yang dilantiknya itu. Jika tidak ianya akan menyebabkan pekerja-pekerjanya bertindak sesuka hati mereka setelah tidak diarahkan untuk berbuat demikian?. Bila berlakunya anarki, maka sudah tentulah pemiliknya akan dianggap sebagai kurang bijak atau bodoh kerana tiada faedahnya menetapkan kepimpinan atau ketua yang berkelayakan, sekiranya tidak diarahkan mentaatinya. Tidak akan ada orang yang berakal lagi bijaksana akan berpendapat selain daripada ini iaitu wajib ditentukan ketua yang mempunyai ilmu atau kepandaian yang mencukupi serta diwajibkan untuk mematuhi arahannya.

Ini semua dibuktikan di dalam Al-Quran bilamana Allah SWT menetapkan peraturan ini bersama-sama dengan penentuan Adam a.s sebagai khalifah Allah yang pertama di atas muka bumiNYA. Ini adalah peraturan dalam mengenali khalifah Allah atau hujahNYA ke atas hamba-hambaNYA, sekaligus peraturan dalam mengenal Allah SWT kerana dengan mengenali khalifah Allah ini, maka akan dikenali Allah SWT. Peraturan Ilahi ini disebutkan dalam firmanNYA seperti berikut:

﴿وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلًا﴾

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: SesungguhNya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertaNya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: SesungguhNya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah 2:30)

﴿وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَـٰؤُلَاءِ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ﴾

"Dan Dia telah mengajarkan Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkanNya kepada malaikat lalu Dia berfirman: Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuaNya jika kamu golongan yang benar. (Al-Baqarah:31)

﴿فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِي فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ﴾

Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padaNya roh dari (ciptaanKu) maka hendaklah kamu sujud kepadanya. (Al-Hijr:29)

Malahan terdapat banyak teks di dalam kitab Taurat dan Injil yang menerangkan hal yang serupa iaitu peraturan dalam mengenali khalifah Allah atau peraturan dalam mengenal Allah SWT, sepertimana yang telah diterangkan.

Persoalannya, siapakah pemegang wasiat (Washiy) Rasulullah (S)? siapakah orang yang paling alim selepas Rasulullah (S) ? Siapakah yang diarahkan oleh Rasulullah (S)  dengan perintah Allah SWT supaya ditaati selepasnya? Peribadi yang melengkapi ketiga-tiga peraturan Ilahi ini mestilah wujud pada setiap zaman. Jika ada yang mengatakan ianya tidak wujud, maka dia telah menuduh Allah SWT sebagai tidak bijaksana? Siapakah yang ingin berkata sedemikian? Soalan ini hendaklah dijawab dengan hati yang insaf dalam mencari kebenaran.

Di samping itu, jika kita renungi mereka yang menolak untuk tunduk kepada perintah Allah SWT, tidak menerima kewujudan perantara antaranya dan Allah SWT, dan membantah untuk menjadikan Adam a.s sebagai kiblatnya kepada Allah SWT adalah Iblis Laknatullah (Tawus Al-Malaikah) sejak dari mula lagi. Ya, diulang sekali lagi bahawa yang membantah untuk sujud kepada Adam a.s adalah Tawus Al-Malaikah iaitu yang paling alim dan paling banyak ibadahNya kepada Allah SWT di kalangan Malaikat. Seharusnya kita mengambil iktibar dan bertadabbur dalam dalam menjawab persoalan yang telahpun disebutkan Allah SWT dalam firmanNYA: 

﴿وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلًا﴾

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; dia adalah berasal dari golongan jin, lalu dia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunanNya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaKu? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: Pengganti yang mereka pilih itu. (Al-Kahf:50)


Perincian Peraturan Ilahi Bagi Mengenal Khalifah Allah


Peruntukan Ilahi ke atas Adam a.s berubah ke dalam bentuk wasiat disebabkan wujudNya khalifah terdahulu bilamana dinaskan atau diperuntukkan ke atas orang selepasnya dengan perintah Allah SWT berdasarkan kewajipannya sebagai khalifah Allah di muka bumiNYA, sebagaimana yang difirmankan: 

﴿إِنَّ اللَّـهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ اللَّـهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ إِنَّ اللَّـهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا﴾

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahliNya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. sesungguhnya Allah itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. (Al-Nisa:58)

Tujuan Allah SWT mengajarkan Adam a.s nama-nama tersebut adalah untuk mengenalkannya akan hakikat sebenar nama-nama ketuhanan, memperelokkan dia dengannya dan memanifestasikanNya pada dirinya sebelum bergelar khalifah Allah di muka bumiNYA. Maka tindakan Adam a.s menerangkan kepada para Malaikat nama-nama tersebut adalah untuk mengenalkan mereka akan hakikat sebenar nama-nama ketuhanan, yang mana diciptakan mereka daripadanya. Oleh itu Allah SWT mengenalkan Adam a.s akan kesemua Nama-nama ketuhanan bersesuaian dengan kedudukannya sebagai khalifah Allah. Adapun di kalangan Malaikat tiada satu pun yang tahu melainkan hanya satu atau beberapa nama yang diciptakan mereka daripadanya. Dengan ilmu dan hikmah ini, maka terbuktilah hujah Adam a.s sebagai khalifah Allah SWT ke atas para Malaikat.

Perkara ketiga di dalam peraturan Ilahi ini ialah arahan Allah SWT kepada para Malaikat dan Iblis untuk sujud kepada Adam a.s. Ini bagi mempraktikkan perbuatan yang perlu dilakukan oleh khalifah Allah selaku individu yang diamanahkan khilafah padanya. Ia juga bagi mempraktikkan peranan yang perlu dimainkan oleh wakil-wakil (Malaikat) Allah SWT selaku pekerja dan penuntut di sisi khalifah Adam a.s. Sekaligus menetapkan bahawa Ketuanan dan Kekuasaan Allah SWT di atas muka bumiNYA hanya dapat direalisasikan dengan mentaati khalifah Allah di muka bumiNYA. Hal yang sama juga berlaku pada semua Rasul termasuk Nabi Muhammad (S) , di mana mereka a.s membawa panji yang sama iaitu kepatuhan (Baiah) hanya kepada Allah atau Ketuanan dan Kekuasaan hanya untuk Allah SWT. Kesemua mereka a.s berhadapan dengan tentangan orang-orang yang ingin mengekalkan status quo iaitu Ketuanan Manusia dan sekaligus menolak Ketuanan dan Kekuasaan Allah SWT, sehinggakan mereka a.s sentiasa dicurigai disebabkan tuntutan dan pertentangan ini. Isa a.s dikatakan datang untuk menuntut pemerintahan Bani Israel, sepertimana yang dituduhkan musyrikin Quraysh kepada Nabi Muhammad (S)  : bukan Syurga dan bukan Neraka tetapi kekuasaan yang diinginkanya atau dengan kata lain Muhammad (S)  diutuskan untuk menuntut kekuasaan bagi diri dan keluarganya. Tuduhan yang sama juga dilemparkan kepada Ali a.s sebagai gilakan takhta kekuasaan.

Namun bagi pengkaji-pengkaji sirah, hakikat sebenar yang berlaku adalah sebaliknya kerana penolakan mereka a.s terhadap dunia serta segala perhiasan yang ada di dalamnya samada berupa harta benda atau pangkat kekuasaan adalah amat nyata sekali. Mereka a.s hanya melaksanakan perintah Allah SWT supaya menuntut pengembalian Ketuanan dan Kekuasaan Allah SWT di muka bumiNYA. Malah mereka a.s mengetahui bahawa manusia tidak akan sekali-kali menyerahkan kekuasaan tersebut kerana akan ditentang dengan cara diperlekeh, dihina, dikeji, cubaan bunuh dan dipenjarakan. Inilah yang berlaku kepada pengganti serupa Isa a.s bilamana dipakaikan mahkota duri dan diperlekehkan sebelum dia disalib. Hal sedemikian juga berlaku kepada Ali a.s bilamana dipecahkan pintu rumahnya sehingga menyebabkan remuk tulang rusuk isterinya Fatimah a.s, serta diheret keluar secara paksa sedang pedang-pedang berkilauan di mukanya. Musa ibnu Jaafar Al-Kadzim a.s juga dipenjarakan sehingga maut bilamana dia a.s menetapkan sempadan Fadak sebagai Kekuasaan dan khilafah Allah di muka bumiNYA.

Beginilah tanggapan biasa orang-orang jahil yang sentiasa beranggapan bahawa tuntutan empunya sebenar kekuasaan Ilahi sebagai alasan untuk menjatuhkan mereka, sambil meneriakkan di muka empunyanya bahawa kedatangannya untuk menuntut kekuasaan bagi kepentingan dirinya sendiri. Hakikat sebenarnya bukan itu yang diinginkan oleh khalifah Allah ini dalam menuntut kekuasaan dunia, kerana dia sedia maklum bahawa tuntutannya ini akan menjadi sebab utama kehormatannya dicela dan diperlekehkan serta bakal ditentang hebat oleh mereka yang jahil ini. Malahan mereka yang jahil ini akan menggunakan cara yang biasa digunakan oleh kebanyakan manusia iaitu jalan tipu daya dan pemalsuan atau pembunuhan dan ancaman ketakutan untuk mengekalkan kekuasaan mereka. Ini terbukti bilamana Ali a.s menuntut kekuasaan dan berkata aku adalah pemegang wasiat Rasulullah (S)  dan aku adalah khalifah Allah di muka bumiNYA, Namun hakikat sebaliknya yang berlaku iaitu Abu Bakar bin Quhafah yang mendapat kekuasaan duniawi, yang kemudiannya berkata perbetulkanlah aku kerana aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Dalam situasi ini, Adakah Ali a.s yang tamakkan dunia atau Abu Bakar yang zuhud akan kekuasaan dunia? Sedangkan Abu Bakarlah yang mengingkari hak Ali a.s sebagai khalifah Allah dan mengingkari wasiat Rasulullah (S)  kerana berkehendakkan kekuasaan dunia? Apakah rasionalnya???

Secara khususnya wasiat didatangkan bersama-sama dengan pemegang-pemegang wasiat (Aushiak) a.s sebagai menguatkan tuntutan mereka a.s di masa yang paling sukar. Sebagai contoh Hussain a.s dalam peristiwa karbala berkata kepada mereka yang memeranginya: carilah di muka bumi ini orang yang paling hampir dengan Muhammad (S)  nescaya kamu tidak akan menjumpaiNya selain aku (انا سبط محمد الوحيد على هذه الأرض). seterusnya Hussain a.s menguatkan tuntutannya dengan wasiat dan nas Ilahi: 

﴿ذُرِّيَّةً بَعْضُهَا مِن بَعْضٍ وَاللَّـهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ﴾

Satu keturunan (zuriat) yang setengahnya berasal dari setengahnya yang lain dan (ingatlah), Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui (Ali-Imran:34). 

Mereka yang memahami ayat ini akan cepat mengetahui bahawa Hussain a.s hendak memberitahu tentang wasiat yang ada berserta dengannya a.s kerana dia a.s adalah satu-satunya zuriat yang diamanahkan khilafah dan masih hidup. 


Peraturan Ilahi Di Zaman Kemunculan Imam Mahdi a.s


Setelah kita mengetahui kewujudan peraturan Ilahi dalam mengenali Khalifah Allah di muka bumiNYA sepertimana yang disebutkan di dalam Al-Quran dan juga ditunjukkan oleh para Nabi dan Rasul Alaihimussalam. Maka perlulah kita memanfaat dan beramal dengan peraturan Ilahi di zaman kemunculan yang suci ini iaitu zaman keluarga Muhammad kerana mereka yang tidak mempraktikkan peraturan ini adalah terdiri daripada pengikut-pengikut Iblis LA sepertimana yang diterangkan sebelum ini. Di dalam kitab injil juga diterangkan tentang Nabi Isa a.s telah menguatkan dakwaannya bahawa Nabi-nabi terdahulu di kalangan Bani Israel telah menyebutkannya, memberi khabar gembira tentangnya dan berwasiat tentangnya dan disebut namanya dalam kitab Taurat. Dia a.s datang untuk mengajarkan Al-kitab dan hikmah sambil menegakkan panji Ketaatan kepada Allah dan menuntut kekuasaan dan ketuanan Allah SWT di atas muka bumiNYA.

Begitu juga terdapat banyak riwayat di kalangan Ahli keluarga Muhammad (Aali Muhammad) a.s yang menyokong fakta berkaitan dengan peraturan Ilahi ini supaya pendokong-pendokong (Syiah) mereka tidak tersesat. Tetapi amat malang sekali kerana mereka yang mendakwa diri mereka sebagai pendokong-pendokong Ahlulbayt a.s di akhir zaman memilih untuk mengingkari dan menentang riwayat-riwayat ini dan juga Al-Quran yang mulia. Seterusnya mengikuti jejak langkah Ulamak Pasif (Ghayru Amilin) yang menyesatkan mereka serta mencampuradukkan yang hak dengan yang bathil sehingga mereka gagal untuk kembali kepada peraturan Ilahi dalam mengenali hujah Allah dan khalifahNYA. Peraturan Ilahi ini juga adalah merupakan ujian Allah SWT ke atas umat manusia keseluruhannya sepertimana terdapat dalam Al-Quran dan telah diterangkan sebelum ini. Semoga mereka yang mendakwa diri mereka sebagai pendokong-pendokong Ahlulbayt (Syiah ahlulbayt) dan juga penganut-penganut agama yang lainNya dapat memberi perhatian kepada peraturan Ilahi ini dan seterusnya dapat menyelamatkan diri mereka dari siksa api neraka.

Oleh itu, sekiraNya datang pemilik kebenaran Ilahi iatu pemegang wasiat dan pembawa berita gembira yang dikhabarkan oleh para Nabi Allah dan juga rasul-rasul terdahulu, maka akan diketahui peribadi tersebut melalui tiga perkara ini:


1. Wasiat: 


Iaitu orang yang terdahulu mewasiatkannya dan menyrbutkannya dengan nama, sifat dan tempat tinggalnya sepertimana wasiat kerasulan Muhammad (S)  daripada nabi-nabi yang terdahulu tentang namanya, sifatnya, Tunggangannya iaitu unta dan juga tempat tinggalnya iaitu Faran atau Mekah dan di sekitarnya (Arafat). Begitu juga banyak riwayat yang menunjukkan wujudnya pemegang wasiat di akhir zaman iaitu Mahdi pertama atau Al-Yamani lengkap dengan namanya, sifatnya, tunggangannya dan juga tempat tinggalnya.


2. Ilmu dan Hikmah


Sebagaimana Rasulullah (S)  diutuskan dengan ilmu dan kebijakan, begitulah juga halnya dengan pemegang wasiat di akhir zaman tersebut. firman Allah SWT: 

﴿هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِّنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِن كَانُوا مِن قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُّبِين﴾

Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah dan membersihkan mereka, serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah, dan sesungguhNya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata. (Al-Jumu’ah 62:2)

Rasul dalam ayat di atas adalah ditujukan kepada Muhammad bin Abdullah (S)  yang diutuskan di permulaan umat ini, setelah itu Allah berfirman lagi:

﴿وَآخَرِينَ مِنْهُمْ لَمَّا يَلْحَقُوا بِهِمْ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ﴾

Dan juga yang lain dari mereka, yang masih belum (datang lagi dan tetap akan datang) menghubungi mereka; dan (ingatlah), Allah jualah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Al-Jumuah 62:3)

Rasul yang dimaksudkan dengan (وأخرين منهم) iaitu yang lain dari mereka adalah Mahdi pertama daripada anak Imam Mahdi Muhammad bin Hassan Al-Askari a.s, yang juga utusannya. Diajarkan juga kepada mereka Al-Kitab dan hikmah sebagaimana Rasulullah (S) . Nama baginda (S)  di langit adalah Ahmad, manakala Mahdi pertama namaNya di dunia adalah Ahmad dan namaNya di langit adalah Muhammad. Dia a.s adalah gambaran kepada Rasulullah (S)  iaitu diutuskan sepertimana diutuskan Muhammad (S) , dan melalui jalan dakwah sepertimana dilalui Muhammad (S) . Di sana pasti akan wujudNya Quraysh serta pemimpin-pemimpinnya, ummul Qura (Mekah), hijrah, Madinah dan setiap perkara yang mengiringi dakwah Rasulullah (S) . Cuma situasiNya sahaja yang berbeza manakala prinsip utamaNya adalah sama.


3. Tuntutan Ketuanan dan Kekuasaan Allah


Pemilik kebenaran Ilahi atau pemegang wasiat ini mestilah merealisasikan kebijakan dan ilmu pengetahuanNya dalam segenap segi realiti kehidupan seharian. Syukur kepada Ilahi kerana dengan kurniaNYA telah terbukti bahawa kesemua ulama pasif (ulama ghayru amilin) mengajak kepada ketuanan manusia melalui pilihanraya, syura dan saqifah di akhir zaman. Melainkan pemegang wasiat sebenar yang sentiasa mengajak kepada Ketuanan dan Kekuasaan Allah SWT, serta tidak pernah lari dari jalan yang diterangkan oleh Muhammad (S)  dan Ahlulbaytnya alaihimussalam. ianya adalah jalan yang ditetapkan Allah SWT untuk mendaulatkan panji Rasulullah (S)  iaitu Ketaatan kepada Allah (baiah kepada Allah).

Mereka yang selainnya telah bertindak mendaulatkan panji pilihanraya dan ketuanan manusia iaitu dengan jalan ketaatan kepada Taghut dan memenuhi kehendak-kehendak mereka. Malahan mereka mengajak manusia berbondong-bondong menyertainya dan memperdayakan orang-orang yang jahil tentang akidah sebenar yang diredhai oleh Allah SWT, sedangkan Ahlulbayt a.s telah memperjelaskan perkara ini dengan terang lagi nyata. Sebaik-baik contoh adalah darah Imam Hussain a.s di Karbala dan ucapan Fatimah a.s ketikamana umat Islam Madinah mengenepikan khilafah Ali a.s sebagai pemegang wasiat dan khalifah sebenar Rasulullah (S) :

“Wahai ummat manusia yang bergegas ke arah ucapan batil, yang diam dan rela atas tindakan keji dan merugi. Apakah kalian tidak merenungkan Al-Quran atau ada tembok di hati kalian?. Tidak demikian yang sesungguhnya, melainkan perbuatan buruk kalian telah mengalahkan hati kalian. Maka dia telah merampas telinga dan mata kalian. Sejelek-jelek pentakwilan adalah pentakwilan kalian. Seburuk-buruknya ganti adalah kebatilan yang kalian jadikan sebagai ganti dari kebenaran. Demi Allah sesungguhnya kalian akan menerima beban yang berat dan akibat yang dahsyat (di hari kiamat nanti). Ketika tabir telah terungkap bagi kalian dan tampak bagi kalian sesuatu yang di belakangNya adalah kesulitan. Dan tampak bagi kalian, dari Tuhan kalian, sesuatu yang tidak kalian sangka-sangka sebelumnya, dan di sanalah pengikut-pengikut kebatilan akan merugi. Kitab Ma’ani Al-Akhbar, Syeikh Al-Shaduq, halaman 355.

Pada hari ini, mereka menyedari bahawa diri mereka telah mengikuti dan mengambil jalan orang-orang yang telah terlebih dahulu sesat. Apakah realiti yang kamu hadapi sekarang ini azab dari Allah SWT atau tidak? Jauh di lubuk hati kamu mengakui bahawa ini adalah azab dari Allah SWT tetapi kamu takut untuk mengakuinya dengan lidah kamu bahawa Ahmad Al-Hassan adalah utusan Imam Mahdi a.s. Ini adalah risalah Ketuhanan sepertimana firman Allah SWT: 

﴿وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّىٰ نَبْعَثَ رَسُولًا﴾

“dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (Al-Isra’:15).

                                                                                           
Mukjizat Sebagai Medium Keimanan?


Mukjizat kebendaan tidak mungkin menjadi medium untuk berimannya manusia kepada Allah SWT, malahan Allah SWT tidak meredhai keimanan berasaskan kebendaan semata-mata seperti ini. sekiranya Allah SWT menerima iman sebegini, sudah pasti diterimaNYA keimanan Firaun setelah melihat Mukjizat kebendaan yang tidak dapat disangkal lagi iaitu melihat terbelahnya laut sambil menyentuh tembok laut yang tinggi dengan tangannya sendiri, seraya berkata: 

﴿آمَنتُ أَنَّهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا الَّذِي آمَنَتْ بِهِ بَنُو إِسْرَائِيلَ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ﴾

“Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah) (Yunus 10:90) . 

Namun begitu Allah SWT tidak meredhai keimanan sebegini dan berfirman lagi: 

﴿آلْآنَ وَقَدْ عَصَيْتَ قَبْلُ وَكُنتَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ﴾

“Adakah sekarang (baru engkau beriman), padahal sesungguhNya engkau dari dahulu telah kufur derhaka dan engkau telahpun menjadi dari orang-orang yang melakukan kerosakan? (Yunus 10:91). 

SeterusNya Allah SWT membiarkan badan Firaun tidak luput agar manusia di kemudian hari berfikir, firmanNYA lagi: 

﴿فَالْيَوْمَ نُنَجِّيكَ بِبَدَنِكَ لِتَكُونَ لِمَنْ خَلْفَكَ آيَةً ۚ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ عَنْ آيَاتِنَا لَغَافِلُونَ﴾


Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terlepas dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil iktibar) dan (ingatlah) sesungguhNya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami! (Yunus 10:92). 

Amat malang sekali kerana hanya sedikit dari kalangan manusia yang mengambil pengajaran dari ayat dan peristiwa ini. Begitulah mukjizat tidak mungkin dapat membuatkan manusia beriman sepertimana yang mereka kehendaki, kecuali berimanNya manusia dengan berat hati kerana dipaksa untuk menerima sesuatu yang hebat setelah tidak mampu berhadapan dengannya. Keislaman sebegini hanyalah Islam pada mata kasar dan bukannya Islam dalam ertikata tunduk kepada yang tidak Nampak (Ghaib) iaitu Allah SWT. Mereka yang bertadabbur dengan kisah para Nabi a.s akan mendapati bahawa mereka a.s didatangkan dengan perkara yang sama iaitu kesamaan yang tersebar luas di zaman mereka a.s. Musa a.s diberikan tongkat yang boleh menjadi ular besar di zaman yang terdapat banyakNya ahli sihir yang menukarkan tongkat menjadi ular bagi memukau pandangan orang ramai. Begitu juga Isa a.s diberikan mukjizat dapat menyembuhkan penyakit ketikamana tersebar luasNya perubatan di zamannya. Nabi Muhammad (S)  juga diberikan mukjizat Al-Quran ketikamana umat Arab mengagung-agungkan sajak dan syair. Hal sedemikian berlaku adalah untuk kesamaran (اللبس), sebagaimana firmanNYA:

﴿وَلَوْ جَعَلْنَاهُ مَلَكًا لَّجَعَلْنَاهُ رَجُلًا وَلَلَبَسْنَا عَلَيْهِم مَّا يَلْبِسُونَ﴾

“Dan kalau Kami jadikanNya malaikat (sebagai Rasul), tentulah Kami jadikan dia berupa seorang lelaki dan tentulah Kami (dengan yang demikian) menyebabkan mereka kesamaran sebagaimana mereka sengaja membuat-buat kesamaran (Al-An’aam 6:9).

Kesamaran ini adalah bagi memberi ruang kepada mereka yang tidak beriman dengan perkara ghaib agar dapat mentafsir dan seterusNya beriman dengan perkara ghaib. Jika tidak, keimanan mereka hanya berdasarkan kebendaan semata-mata dan bukanlah keimanan dan keislaman sebenar yang diterima oleh Allah SWT, sepertimana dalam firmanNYA: 

﴿قُلْ يَوْمَ الْفَتْحِ لَا يَنفَعُ الَّذِينَ كَفَرُوا إِيمَانُهُمْ وَلَا هُمْ يُنظَرُونَ﴾

“Katakanlah (wahai Muhammad): Pada hari pembukaan itu, tidak ada gunanya lagi kepada orang-orang kafir kiranya mereka hendak beriman dan mereka pula tidak akan diberi tempoh (berbuat demikian) (Al-Sajdah 32:29).

Kesimpulannya, kesempurnaan Iman itu adalah beriman dengan perkara Ghaib seratus peratus sepertimana keimanan para Nabi dan Aushiak alaihimussalam. Tiap kali keimanan itu bercampur aduk dengan tanda, isyarat, karamah ataupun mukjizat kebendaan ianya adalah keimanan yang paling rendah dan tiada nilainya di sisi Allah SWT. Keimanan dan keislaman yang hanya berdasarkan kekuatan serta kesempurnaan mukjizat semata-mata adalah tidak diterima sepertimana tertolaknya keimanan dan keislaman Firaun. Ini kerana keimanan sebegini adalah seratus peratus keimanan kebendaan, sedangkan Allah SWT menggambarkan bahawa orang-orang beriman itu adalah orang yang beriman dengan perkara-perkara Ghaib:

﴿الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ﴾

“Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka”. (Al-Baqarah 2:3)

﴿الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُم بِالْغَيْبِ وَهُم مِّنَ السَّاعَةِ مُشْفِقُونَ﴾

“Iaitu mereka yang takut Tuhannya dengan beriman kepada perkara Ghaib dan mereka pula gerun cemas akan hari kiamat”. (Al-Anbiya’ 21:49)

﴿إِنَّمَا تُنذِرُ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُم بِالْغَيْبِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَمَن تَزَكَّىٰ فَإِنَّمَا يَتَزَكَّىٰ لِنَفْسِهِ وَإِلَى اللَّـهِ الْمَصِيرُ﴾

"Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah memberi peringatan kepada mereka yang takut akan Tuhan mereka dengan beriman kepada perkara Ghaib, serta mereka mendirikan sembahyang dan sesiapa yang membersihkan dirinya maka sesungguhnya dia melakukan pembersihan itu untuk kebaikan dirinya sendiri dan (ingatlah), kepada Allah jualah tempat kembali”. (Al-Fathir 35:18)

﴿إِنَّمَا تُنذِرُ مَنِ اتَّبَعَ الذِّكْرَ وَخَشِيَ الرَّحْمَـٰنَ بِالْغَيْبِ فَبَشِّرْهُ بِمَغْفِرَةٍ وَأَجْرٍ كَرِيمٍ﴾

“Sesungguhnya peringatan dan amaran hanyalah kepada orang menurut Al-Quran serta ia takut Al-Rahman dengan beriman kepada perkara-perkara Ghaib. Oleh itu berilah kepadanya berita yang menggembirakan dengan keampunan dan pahala yang mulia”. (Yasin 36:11)

﴿مَّنْ خَشِيَ الرَّحْمَـٰنَ بِالْغَيْبِ وَجَاءَ بِقَلْبٍ مُّنِيبٍ﴾

“Orang yang takut akan Al-Rahman dengan beriman kepada perkara-perkara Ghaib serta dia datang (kepada Allah) dengan hati yang tunduk taat”. (Qaf 50:33)

﴿لَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلَنَا بِالْبَيِّنَاتِ وَأَنزَلْنَا مَعَهُمُ الْكِتَابَ وَالْمِيزَانَ لِيَقُومَ النَّاسُ بِالْقِسْطِ وَأَنزَلْنَا الْحَدِيدَ فِيهِ بَأْسٌ شَدِيدٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّـهُ مَن يَنصُرُهُ وَرُسُلَهُ بِالْغَيْبِ إِنَّ اللَّـهَ قَوِيٌّ عَزِيزٌ﴾

“Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang menolongNYA serta Rasul-rasulNYA dengan beriman kepada perkara-perkara Ghaib, sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa”. (Al Hadid 57: 25) 

﴿إِنَّ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُم بِالْغَيْبِ لَهُم مَّغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ كَبِيرٌ﴾

’Sesungguhnya orang-orang yang takut akan TuhanNya dengan beriman kepada perkara-perkara ghaib, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar. (Al-Mulk 67:12)