Khamis, 13 Oktober 2016

Tiga Ungkapan Peraturan Mengenal Al-Hujah:

Tiga Ungkapan Peraturan Mengenal Al-Hujah:


Peraturan yang secucuk dan diterima oleh akal dan kebijaksanaan adalah semua ketiga-tiga perenggan (ungkapan) itu sendiri sebagai penggerak yang tidak boleh tidak untuk membuktikan perlantikan Khalifah Allah di bumiNya. Ia mesti datang dari Al-Hakim Al-Rahim Al-Mutlak (Yang Maha Sempurna Kebijaksanaan dan Kasih sayangNya). Dia yang melantik KhalifahNya, yang paling berilmu, dan memerintah orang-orang mukallaf untuk taat kepadanya. Tetapi di sini kita akan maklumkan peringkat yang lain, ia adalah hubungan di antara khslifsh dengan orang-orang mukallaf, dan ia adalah dalil yang diperlukan bagi seorang Khalifah kepada orang mukallaf [1]


Pertama: Nash


Nash dapat membuktikan perlantikannya kepada orang-orang mukallaf, dan apa yang kita dapat dari apa kaitannya dengan perlantikan Khalifah Allah di bumiNya denpari terus dan tetap menggunakan Nash. Apabila sah (tsabit) peraturan Ilahi sahlah Sunnah Ilahiyah dalam melantik Khalifah Allah di bumiNya melalui Nash dari Allah, atau daripada Khalifah sebelumnya, secara langsung atau tidak langsung, dan Sunnah Allah tidak berubah tidak bertukar. Firnya SWT:

﴿سُنَّةَ مَن قَدْ أَرْسَلْنَا قَبْلَكَ مِن رُّسُلِنَا ۖ وَلَا تَجِدُ لِسُنَّتِنَا تَحْوِيلًا﴾

Suatu sunnah terhadap rasul-rasul Kami yang Kami utus sebelum kamu dan tidak akan kamu dapati perubahan bagi sunnah Kami itu. [Al-Isra’ 17:77] 

﴿اسْتِكْبَارًا فِي الْأَرْضِ وَمَكْرَ السَّيِّئِ ۚ وَلَا يَحِيقُ الْمَكْرُ السَّيِّئُ إِلَّا بِأَهْلِهِ ۚ فَهَلْ يَنظُرُونَ إِلَّا سُنَّتَ الْأَوَّلِينَ ۚ فَلَن تَجِدَ لِسُنَّتِ اللَّـهِ تَبْدِيلًا ۖ وَلَن تَجِدَ لِسُنَّتِ اللَّـهِ تَحْوِيلًا﴾

Sambil bersikap sombong takbur di muka bumi dan berusaha merancangkan rancangan-rancangan jahat (terhadap Rasul itu), sedang rancangan yang jahat itu tidak menimpa melainkan orang yang menjalankannya. (Dengan keadaan yang demikian, maka) tidak ada yang mereka tunggu selain daripada berlakunya kebinasaan menimpa mereka orang-orang kafir yang telah lalu. Kerana engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi " Sunnatullah ", dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan "Sunnatullah." itu. [Fathir: 35: 43] 

﴿سُنَّةَ اللَّـهِ فِي الَّذِينَ خَلَوْا مِن قَبْلُ ۖ وَلَن تَجِدَ لِسُنَّةِ اللَّـهِ تَبْدِيلًا﴾

Sebagai sunnah Allah yang berlaku atas orang-orang yang telah terdahulu sebelum(mu, dan kamu sekali-kali tiada akan mendapati perubahan pada sunnah Allah. (Al-Ahzab 33:62], 

﴿سُنَّةَ اللَّـهِ الَّتِي قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلُ ۖ وَلَن تَجِدَ لِسُنَّةِ اللَّـهِ تَبْدِيلًا﴾

Sebagai suatu sunnah Allah yang telah berlaku sejak dahulu, kamu sekali-kali tiada akan menemukan perubahan bagi sunnatullah itu [Al-Fath.48:23] [2]

Urusan perlantikan dengan Nash dari Allah SWT secara langsung ini mula-mula dibuat kepada Al-Hujah yang pertama iaitu Adam (as) sebagai Hujaj pertama, kemudian urusan Nash ini datang dari Al-Hujah sebelumnya untuk Al-Hujah yang berikutnya, sama ada secara langsung atau tidak langsung untuk mengadakan Al-Hujah yang Nashnya dan wasiatnya ke atas orang yang membawa dalil selepasnya dan jelas diperuntukkan untuknya. Perkara pertama adalah Nash Allah kepada Al-Hujah yang kekal dan tidak ditarik balik, tetapi yang selebihnya sebagai panduan peruntukan kepada Khalifah Allah dengan Nash dari Khalifah sebelumnya.

Nash dari Allah perlu selaras dengan Nash dari Khalifah sebelumnya, Sesiapa yang mendakwa Nash dari Allah (atau kesaksian Allah) adalah khilaf atau tanpa Nash dari Khalifah sebelumnya adalah pendusta. Nash dari Khalifah sebelumnya lebih jelas dan kuat kepada masusia daripada kesaksian Allah di alam Malakut, kerana mereka lalai daripada kerajaan Allah (Malakut), dan tenggelam dalam kebendaan dan mereka lupa akannya, maka orang-orang yang mencari Nash yang datang dari pengetahuan mereka sendiri, bukan dari alam Malakut, yang mereka jahil tentangnya kerana mereka lalai mengenainya.

Nash terus dari Allah SWT sama seperti kedudukan wahyu, sepertimana yang Allah wahyukan kepada malaikat ketika melantik Khalifah Adam (as). Cara wahyu itu sampai kepada semua manusia dan yang dapat didengar oleh semua orang adalah pengelihatan -rukya (mimpi) – dan dari Nash Khalifah terdahulu yang dibuat dalam bentuk wasiat, sama ada secara langsung atau tidak langsung diperuntukkan kepadanya. Kita akan pertimbangkan tiga cara sebagai Nash secara berasingan seperti yang diperlukan dan menerangkannya secara terperinci.


Pertama: Nash Dari Allah SWT


Nash ini adalah dalil yang penting, , kerana ia dari Allah Yang Maha Suci secara langsung, dan wujud di dalam setiap zaman [3] dan untuk semua manusia. [4]

Nash dari Allah tidak mungkin bertentangan dengan Nash dari Khalifah terdahulu ketika kehadirannya, kerana kedua-duanya adalah Nash Ilahi. [5] Rukya adalah (Nash Ilahi) yang boleh menjadi hujjah-hujjah adalah rukya mutawatir (ramai yang menyaksikannya) yang menentang penglihatan rukya para pendakwa atas kedustaannya, dan secocok dengan Nash Ilahi yang disampaikan oleh Khalifah terdahulu secara langsung atau Nash yang ditentukan dari Khalifah secara tidak langsung, dan digambarkan bahawa ia terpeliharai dari kebatilan, contohnya:

Diterima Akal: Sesuai dengan kebijaksanaan dan belas kasihan (Al-Hakim wa Al-Rahmah), Dia Yang Maha Sempurna tidak meninggalkan kebijaksanaan dan belas kasihan (rahmat) [6], Maka kita seharusnya membuktikan kewujudan Allah SWT, dan sesungguhnya KebijaksanaanNys Sempurna dan RahmatNys Sempurna sama sekali tidak ada kekurangan di halamanNya,


Kita telah membuktikan tidak dapat tidak Kekhalifahan sesuai dengan KebijaksanaanNys Yang Sempurna dan RahmatNys Yang Sempurna. Pembuktian itu bergantung kepada betapa sepadan kedua-dua sifat KesempurnaanNya itu. Ia adalah Nash  langsung dariNya ke atas KhalifahNya selagi ada cara untuk berbuat demikian. Kerana melalui Nash langsung dalam bentuk wahyu dan melalui terbukanya jalan wahyu antara Dia dengan semua msnusis ciptaan-Nya adalah mimpi yang benar (rukya Al-Shadiqah), Ianys tidak dapat tidak dibuktikan dengan Nash atas KhalifahNya, dan ia memberi kesaksian kepada ciptaanNya melalui wahyu dengan rukya Al-Shadiqah semasa tidur atau ketika jaga, dan melainkan hanya dengan membiarkan cara ini sebagai Nash ia akan bertentangan dengan kesempurnaan rahmat dan kebijaksanaan; di mana dengan meninggalkan jalan itu dari memastikan matlamat penciptaan dicapai, iaitu makrifah, maka akan membatalkan ketuhanan mutlak,. Maha Suci Allah dari Ketinggian dan KebesaranNya  serta jauh Dia dari semua itu.





Dalil Naqal: Jalan ini terbukti dengan jelas dan muktamad:


Sesungguhnya Allah telah menerangkan dalam kisah perlantikan Adam (as), sebagai Khalifah Allah pertama di bumi ini. Hanya dengan cara dalam kisah ini telah membuka Nash atas Khalifah Allah di bumiNya. Allah mewahyukan kepada para malaikat bahawa Adam adalah KhalifahNya: 

﴿وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۖ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ ﴾

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.".[Al-Baqarah 2:30]
Allah juga telah menerangkan kisah perlantikan Yusuf (as). Dia SWT telah mewahyukan kepada kepada Yusuf (as) sebagai KhalifahNya di bumiNya:

﴿قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَا أَبَتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ﴾

Dan ketika Yusuf berkata kepada ayahnya: "Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku". [Yusuf 12:4] 
Rukya ini merupakan dalil bagi menentukan Yusuf (as) sebagai Khalifah Allah di bumiNya. Ucapan Nabi Allah Yakub (as) adalah jelas bahawa terdapat dalil bagi menentukan Yusuf (as) sebagai Khalifah Allah di bumiNya, dia menasihatkan Yusuf supaya berhati-hati dari menceritakan rukya itu kepada saudara-saudaranya agar tidak mengulangi apa yang berlaku kepada Habil, apabila saudara-saudara Yusuf mendengar rukyanya, dan mereka semua mengetahui bahawa Yusuf (as) telah ditentukan sebagai Khalifah Allah di bumiNya

﴿قَالَ يَا بُنَيَّ لَا تَقْصُصْ رُؤْيَاكَ عَلَىٰ إِخْوَتِكَ فَيَكِيدُوا لَكَ كَيْدًا ۖ إِنَّ الشَّيْطَانَ لِلْإِنسَانِ عَدُوٌّ مُّبِينٌ﴾

Ayahnya berkata: "Hai anakku, janganlah kamu ceritakan mimpimu itu kepada saudara-saudaramu, nescaya mereka membuat rencana terhadapmu. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia".[Yusuf 12:5]

Allah juga telah menerangkan kisah perlantikan Musa (as), Dia SWT telah mewahyukan kepada ibu Musa, dan ibunya salah seorang mukallaf - dan Allah telah memperlihatkan ibunya  bahawa Musa akan dijadikan Khalifah Allah di bumiNya:

﴿وَأَوْحَيْنَا إِلَىٰ أُمِّ مُوسَىٰ أَنْ أَرْضِعِيهِ ۖ فَإِذَا خِفْتِ عَلَيْهِ فَأَلْقِيهِ فِي الْيَمِّ وَلَا تَخَافِي وَلَا تَحْزَنِي ۖ إِنَّا رَادُّوهُ إِلَيْكِ وَجَاعِلُوهُ مِنَ الْمُرْسَلِينَ ﴾

Dan kami wahyukan kepada ibu Musa; "Susuilah dia, dan apabila kamu khawatir terhadapnya maka jatuhkanlah dia ke sungai. Dan janganlah kamu khawatir dan janganlah (pula) bersedih hati, karena sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan menjadikannya (salah seorang) dari para rasul. [Qashash 28 :7]

Dan juga telah diterangkan kisah perlantikan Daud, Maka diterangkan kepada Daud bahawa dia adalah KhalifahNya di bumiNya

﴿يَا دَاوُودُ إِنَّا جَعَلْنَاكَ خَلِيفَةً فِي الْأَرْضِ فَاحْكُم بَيْنَ النَّاسِ بِالْحَقِّ وَلَا تَتَّبِعِ الْهَوَىٰ فَيُضِلَّكَ عَن سَبِيلِ اللَّـهِ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَضِلُّونَ عَن سَبِيلِ اللَّـهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ بِمَا نَسُوا يَوْمَ الْحِسَابِ﴾

Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah di muka bumi, maka hukumlah di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, karena ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, karena mereka melupakan hari perhitungan.p 38.: 26.]

Dan juga telah diterangkan kisah perlantikan Isa, maka Allah telah mewahyukan kepada Harawiyin bahawa Isa (as) adalah KhalifahNya

﴿وَإِذْ أَوْحَيْتُ إِلَى الْحَوَارِيِّينَ أَنْ آمِنُوا بِي وَبِرَسُولِي قَالُوا آمَنَّا وَاشْهَدْ بِأَنَّنَا مُسْلِمُونَ﴾

Dan (ingatlah), ketika Aku wahyukan kepada Harawiyin (murud-murud) Isa: "Berimanlah kamu kepada-Ku dan kepada rasul-Ku". Mereka menjawab: Kami telah beriman dan saksikanlah bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang patuh.".[Al-Maidah 5:111]
Adakah terdapat sesuatu yang lebih jelas daripada keterangan ini yang kita lihat dengan terang dan nyata di dalam perkara rukya dalam agama Allah?! Bukankah jelas di dalam ayat itu tentang kesaksian Allah kepada Harawiyin dengan wahyu, dan wahyu adalah satu cara yang penting. Rukya (penglihatan) dalam tidur dan rukya ketika jaga. Adakah terdapat sesuatu yang lebih jelas daripada keterangan ini; bahawa rukya adalah cara  kesaksian Allah kepada KhalifahNya di atas muka bumi di sisi umum hamba-hamba yang mencari kesaksian Allah, Adakah terdapat sesuatu yang lebih jelas daripada keterangan ini, bahawa rukya adalah cara bagi Allah meletakkan Nash kepada KhalifahNya di atas muka bumi, Satu cara yang diperdengarkan bagi sesiapa sahaja yang mahu mendengarnya tanpa sekatan atau syarat?!

Dia SWT telah menerangkan perkara ini dengan jelas dan tanpa ragu-ragu dalam seruan dakwah Al-Rasul Muhammad (S), di mana Dis SWT menawarkan dirinya sebagai saksi kepada Muhammad (S), bagi sesiapa sahaja yang meminta kesaksianNya. Allah SWT berfirman:

﴿وَأَرْسَلْنَاكَ لِلنَّاسِ رَسُولًا ۚ وَكَفَىٰ بِاللَّـهِ شَهِيدًا﴾

Kami mengutusmu menjadi Rasul kepada segenap manusia. Dan cukuplah Allah menjadi saksi.[AL-Nisa’ 4:79.]

﴿لَّـٰكِنِ اللَّـهُ يَشْهَدُ بِمَا أَنزَلَ إِلَيْكَ ۖ أَنزَلَهُ بِعِلْمِهِ ۖ وَالْمَلَائِكَةُ يَشْهَدُونَ ۚ وَكَفَىٰ بِاللَّـهِ شَهِيدًا﴾

Tetapi Allah mengakui Al Quran yang diturunkan-Nya kepadamu. Allah menurunkannya dengan ilmu-Nya; dan malaikat-malaikat pun menjadi saksi (pula). Cukuplah Allah menjadi saksi. .[AL-Nisa’ 4:166] 

﴿وَيَقُولُ الَّذِينَ كَفَرُوا لَسْتَ مُرْسَلًا ۚ قُلْ كَفَىٰ بِاللَّـهِ شَهِيدًا بَيْنِي وَبَيْنَكُمْ وَمَنْ عِندَهُ عِلْمُ الْكِتَابِ﴾

Berkatalah orang-orang kafir: "Kamu bukan seorang yang dijadikan Rasul". Katakanlah: "Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dan kamu, dan antara orang yang mempunyai ilmu Al Kitab". [Al-Ra3d 13:43] 

﴿قُلْ كَفَىٰ بِاللَّـهِ شَهِيدًا بَيْنِي وَبَيْنَكُمْ ۚ إِنَّهُ كَانَ بِعِبَادِهِ خَبِيرًا بَصِيرًا﴾

Katakanlah: "Cukuplah Allah menjadi saksi antara aku dan kamu sekalian. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mengetahui lagi Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya".[Al-Isra 17:96]

﴿قُلْ كَفَىٰ بِاللَّـهِ بَيْنِي وَبَيْنَكُمْ شَهِيدًا ۖ يَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۗ وَالَّذِينَ آمَنُوا بِالْبَاطِلِ وَكَفَرُوا بِاللَّـهِ أُولَـٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ﴾

Katakanlah: "Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dan kamu. Dia mengetahui apa yang di langit dan di bumi. Dan orang-orang yang percaya kepada yang batil dan ingkar kepada Allah, mereka itulah orang-orang yang merugi..[Al-Angkabut 29::52]

﴿هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ ۚ وَكَفَىٰ بِاللَّـهِ شَهِيدًا﴾

Dialah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang hak agar dimenangkan-Nya terhadap semua agama. Dan cukuplah Allah sebagai saksi.[Al-Fath 48:28]

Kesaksian dan Nash ini selaras untuk kedudukan Khalifah, sejak hari pertama bagi pengisytiharan seruan dakwahNya, bahkan selaras bagiNya sebelum pengisytiharan seruan dakwah.


Allah saksi bagi KhalifahNya terhadap mereka yang  (diberati syara’) pada masa lalu, dan sentiasa menawarkan diriNya sebagai saksi kepada KhalifahNya terhadap orang-orang mukallaf. Jadi ia adalah sunnah Allah yang tidak berubah dan tidak boleh ditukar ganti seperti yang diterangkan, dan bagaimana Allah boleh memberi kesaksian kepada makhlukNya tanpa wahyu sama ada secara langsung atau perantaraan senahagian makhlukNya,-dari roh-roh dan para malaikat, dan mana-mana jalan  yang sentiasa terbuka di antara Allah dengan semua mereka yang mukallaf selain melalui mimpi benar (Rukya Al-Shadiqah) daripada Allah, sementara sesiapa yang ingkar dengan jalan ini sebagai satu Nash ilahi yang merupakan jalan wahyu dengan rukya, msks telah mengisytiharkan ingkar (kafir) sebahagian dari Al-Quran, atau bahawa dia mendapat jalan lain bagi kesaksian Allah terhadap semua mereka yang mukallaf. Maka Allah menolak orang-orang yang mencari mukjizat-mukjizat (ayat-ayat) atau mukjizat kerana cukup bagi mereka kesaksian Allah jika mereka benar-benat beriman kepada Allah Yang Maha Suci

﴿وَقَالُوا لَوْلَا أُنزِلَ عَلَيْهِ آيَاتٌ مِّن رَّبِّهِ ۖ قُلْ إِنَّمَا الْآيَاتُ عِندَ اللَّـهِ وَإِنَّمَا أَنَا نَذِيرٌ مُّبِينٌ ۞ أَوَلَمْ يَكْفِهِمْ أَنَّا أَنزَلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ يُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَرَحْمَةً وَذِكْرَىٰ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ ۞ قُلْ كَفَىٰ بِاللَّـهِ بَيْنِي وَبَيْنَكُمْ شَهِيدًا ۖ يَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۗ وَالَّذِينَ آمَنُوا بِالْبَاطِلِ وَكَفَرُوا بِاللَّـهِ أُولَـٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ﴾

Dan Mereka berkata: "Mengapa tidak diturunkan kepadanya mukjizat-mukjizat dari Tuhannya?" Katakanlah: "Sesungguhnya mukjizat-mukjizat itu terserah kepada Allah. Dan sesungguhnya aku hanya seorang pemberi peringatan yang nyata". * Dan apakah tidak cukup bagi mereka bahwasanya Kami telah menurunkan kepadamu Al Kitab sedang dia membacakan kepada mereka? Sesungguhnya di dalamnys terdapat rahmat yang besar dan pelajaran bagi orang-orang yang beriman. * Katakanlah: "Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dan kamu. Dia mengetahui apa yang di langit dan di bumi. Dan orang-orang yang percaya kepada yang batil dan ingkar kepada Allah, mereka itulah orang-orang yang merugi.[Al-Angkabut 29::50-52].

Jadi, ayat-ayat ini jelas menggambarkan bahawa Allah menjadi saksi kepada Khalifahnya terhadap orang-orang mukallaf dengan wahyu seumpama rukya murid-murid (Hawari) Isa, dan rukya para sahabat Muhammad (S). ini adalah Sunnah Allah, maka sesiapa yang menafikannya dan mendakwa perubahannya dan menukar untuk menegakkan keterangan dan dalil [7] Ia mendakwa tidak mencukupi kesaksian Allah dengan wahyu dan (secara) rukya Al-Shadiqah (mimpi benar) dia hendaklah mendapatkan makna lain untuk perkataan "kafa - كفى - Cukup", yang telah berulang kali disebut dalam semua ayat-ayat sebelum ini:


﴿وَأَرْسَلْنَاكَ لِلنَّاسِ رَسُولًا ۚ وَكَفَىٰ بِاللَّـهِ شَهِيدًا﴾

Kami mengutusmu menjadi Rasul kepada segenap manusia. Dan cukuplah Allah menjadi saksi.[AL-Nisa’ 4:79.]

﴿لَّـٰكِنِ اللَّـهُ يَشْهَدُ بِمَا أَنزَلَ إِلَيْكَ ۖ أَنزَلَهُ بِعِلْمِهِ ۖ وَالْمَلَائِكَةُ يَشْهَدُونَ ۚ وَكَفَىٰ بِاللَّـهِ شَهِيدًا﴾

(tetapi Allah mengakui Al Quran yang diturunkan-Nya kepadamu. Allah menurunkannya dengan ilmu-Nya; dan malaikat-malaikat pun menjadi saksi (pula). Cukuplah Allah menjadi saksi. .[AL-Nisa’ 4:166] 

﴿وَيَقُولُ الَّذِينَ كَفَرُوا لَسْتَ مُرْسَلًا ۚ قُلْ كَفَىٰ بِاللَّـهِ شَهِيدًا بَيْنِي وَبَيْنَكُمْ﴾

Berkatalah orang-orang kafir: "Kamu bukan seorang yang dijadikan Rasul". Katakanlah: "Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dan kamu, ". [Al-Ra3d 13:43] 

﴿قُلْ كَفَىٰ بِاللَّـهِ شَهِيدًا بَيْنِي وَبَيْنَكُمْ ۚ إِنَّهُ كَانَ بِعِبَادِهِ خَبِيرًا بَصِيرًا﴾

Katakanlah: "Cukuplah Allah menjadi saksi antara aku dan kamu sekalian. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mengetahui lagi Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya".[Al-Isra 17:96]

﴿قُلْ كَفَىٰ بِاللَّـهِ بَيْنِي وَبَيْنَكُمْ شَهِيدًا ۖ يَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۗ وَالَّذِينَ آمَنُوا بِالْبَاطِلِ وَكَفَرُوا بِاللَّـهِ أُولَـٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ ﴾

Katakanlah: "Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dan kamu. Dia mengetahui apa yang di langit dan di bumi. Dan orang-orang yang percaya kepada yang batil dan ingkar kepada Allah, mereka itulah orang-orang yang merugi..[Al-Angkabut 29::52]

Dan maksud ayat-ayat ini menerangkan: Bahawa kesaksian Allah pada rukya dalam tidur dan ketika jaga kepada orang-orang awam, yang Allah tawarkan diriNya sebagai suatu kesaksian untuk mereka sahaja adalah mencukupi untuk menentukan Khalifah Allah di bumiNya ini.

Jadi, mengikut apa yang diterangkan di atas maka Rukya Al-Shadiqah (Mimpi Benar) Kasyaf Al-Shadiqah (pengelihatan ketika jaga) yang dipersaksikan oleh Allah untuk KhalifahNya di bumiNya kepada orang-orang mukallaf adalah Nash dari Allah Yang Maha Suci, dan pemberian itu adalah pemberian Nash terus dari Allah SWT.

Had kesahihan Nash ini iaitu dijadikan Nash ini hanya sebagai hujah terhadap pemiliknya, atau hujah kepada selain pemiliknya, atau jika kita katakan adakah boleh menjadikan Nash Ilahi ini sebagai hujah kepada bukan pemiliknya, dengan menganggap kesahihan ke atas pemiliknya kukuh?

Pada hakikatnya, perkara ini akan memastikan bahawa Al-Quran sendiri menerangkannya, dan menjelaskan dengan nyata bahawa Nash Ilahi adalah hujah ke atas selain pemiliknya, Rukya Yusuf (as) menjadikan Ya’kub sebagai dalil bahawa Yusuf adalah Khalifah Allah di bumiNya, dan telah menghalang dia dari menceritakan kepada saudara-saudaranya, kerana saudara-saudaranya adalah anak-anak nabi dan mereka tahu syari’at dengan baik, dan mereka tahu perkara rukya dalam agama Allah adalah Nash Ilahi kepada Khalifah di bumiNya, dan dengan itu apabila mendengar rukya itu mereka akan tahu bahawa Yusuf (as) telah ditentukan sebagai Khalifah Allah di bumiNya, Yakub (as) takut Yusuf (as) dikhianati, dan berulangnya cerita bapa  kita Adam (as) dahulu kepada Yusuf dan saudara-saudaranya, dan ini sangat jelas kepada mereka yang mentadabbur ayat-ayat dan berlaku kepada dirinya sendiri:

ْإِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَا أَبَتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ ﴿٤﴾قَالَ يَا بُنَيَّ لَا تَقْصُصْ رُؤْيَاكَ عَلَىٰ إِخْوَتِكَ فَيَكِيدُوا لَكَ كَيْدًا ۖ إِنَّ الشَّيْطَانَ لِلْإِنسَانِ عَدُوٌّ مُّبِينٌ﴾              

(Ingatlah), ketika Yusuf berkata kepada ayahnya: "Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku". * Ayahnya berkata: "Hai anakku, janganlah kamu ceritakan mimpimu itu kepada saudara-saudaramu, maka mereka akan menjalankan suatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia". [Yusuf: 12:4-5.] 

Mereka memperdayakan kamu sepertimana Qabil memperdaya Habil apabila dia mengetahui Habil adalah washi kepada Adam (as). Jadi Nash Ilahi, dengan cara ini adalah hujah atas pemiliknya dan kepada yang bukan pemiliknya, seperti yang dijelaskan dalam Al-Quran

Tetapi jika bukan pemilik yang membawa rukya itu berdusta dengan mengatakan bahawa dia melihat suatu rukya, atau apa yang dilihatnya adalah mimpi dari gangguan syaitan, atau dari keinginan diri; maka rukyanya itu tidak sahih baginya dan di sini kita perlu membahaskannya mengikut keadaan berikut:

1. Berdusta dengan mengatakan dia melihatnya:

Perkara ini menyatakan seperti kebanyakan rukya yang terus menerus dilihat bagi menganggu orang ramai, tidak ada hubungan dan tiada kaitan antaranya sebelum mereka beriman dengan dakwah kebenaran, untuk menggambarkan rukya yang mereka lihat adalah bersekongkol dengan kedustaan, ianya tidak boleh terjadi melainkan bagi orang yang sombong takbur dan degil yang membuat tuduhan melalui kedustaan, Di mana sesuatu yang melibatkan kedustaan tidak diterima oleh akal, dan dengannya menjadikan rukya mereka keseluruhannya adalah hujah bagi manusia selain mereka, walaupun orang-orang yang melihat rukya itu dari lapisan dan latar belakang aqidah yang berbeza, maka hujah itu akan menjadi paling kukuh dan tidak ada cara untuk menolak kesaksian mereka kerana mereka melihat dan mendengar dari kesaksian Allah dan NashNya kepada KhalifahNya di muka bumiNya.

2. Kemungkinan rukya itu dari syaitan:

Perkara ini menyatakan bahawa rukya Khalifah itu milik Allah di bumiNya yang mengesahkan KhalifahNya untuk diterima, atau malaikat dari para malaikatNya, atau terdapat nama dari nama-nama Allah, atau satu ayat dari kitab samawi tetap untuk penerima, atau rukya itu suatu simbol kebijaksanaan yang tidak boleh dikeluarkan oleh orang-orang bodoh seperti Syaitan dan tenteranya

 Dalam Al-Qur'an Allah SWT menolaknya dengan mengatakan:

﴿وَمَا تَنَزَّلَتْ بِهِ الشَّيَاطِينُ ۞ وَمَا يَنبَغِي لَهُمْ وَمَا يَسْتَطِيعُونَ﴾

Dan Al Quran itu bukanlah dibawa turun oleh syaitan-syaitan. * Dan tidaklah patut mereka membawanya turun, dan merekapun tidak akan mampu. [Al-Syu3ara’ 26 :: 210-211] 

Bagi sesiapa yang mengatakan bahawa Al-Quran dibawa turun oleh syaitan-syaitan, tetapi Allah mengatakan tiada kuasa dan keupayaan bagi syaitan-syaitan untuk membaca Al-Quran, tidak patut (tidak munasabah) bagi syaitan menyeru kebaikan seperti yang ada di dalam Al-Quran, dan bagaimana boleh syaitan disenaraikan sebagai penyeru untuk kebaikan, berakhlaq mulia dan berzikir kepada Allah!

Jika perkara-perkara ini dinyatakan dalam Al-Quran ia dibawa oleh syaitan, jadi bagaimana diizinkan mereka menyeru kepada kejahatan pada bila-bila masa dan di mana sahaja, kemudian adakah syaitan melawan keinginan dirinya?!!! Tidak patut dia melakukannya, begitu juga Syaitan itu tidak boleh membaca kalimat Allah, atau mewakili simbol-simbol kerajaan langit dan Khalifah-khalifah Allah mahupun malaikat-malaikat Allah dan nama-nama Allah, dan jika dia mampu untuk melakukan ini maka tentulah Malakut itu tidak lagi berada di tangan Allah, tetapi di tangan syaitan, dan tidak ada lagi ruang untuk ketenangan pada sesuatu yang datang dari Malakut, dan ini dicabar oleh semua risalah samawi dan oleh semua Khalifah Allah dengan mengatakan, sesungguhnya, mereka menganggap jika apa yang mereka lihat adalah syaitan dan mereka menyerupai rupa bentuk malaikat dan mereka membaca kata-kata yang kononnya adalah kata-kata dari Allah .... dan lain-lain, Bagi meringkaskan perkara ini, Dia SWT berfirman:

 ﴿وَمَا يَنبَغِي لَهُمْ وَمَا يَسْتَطِيعُونَ﴾ 
Dan tidaklah patut mereka (membawanya turun), dan merekapun tidak akan mampu

Iaitu mereka tidak boleh membaca Al-Quran, bagaimana dikatakan mereka yang membawanya turun?!!!

Jika mereka tidak dapat mencadangkan Al-Quran atau beberapa ayat-ayat Al-Quran, bagaimanakah seorang manusia yang jahil dapat mendakwa dia berilmu,: (mencadangkan) syaitan-syaitan pula menyerupai Rasulullah Muhammad (S) dalam rukya itu! Adakah diterima akal bahawa Syaitan yang lemah untuk membawa turun Al-Quran dan membacanya dan mampu menyerupai Muhammad (S), kerana Muhammad adalah Kalimah Allah Yang Lengkap dan Al-Quran yang berbicara! Ini Demi Allah pembahagian yang tidak adil.

Adakah patut sampai kepada mengadakan kebohongan terhadap Rasulullah (S) dan berani dengan perkara yang besar ini, dan berkata mereka yang mendakwa mengetahui bahawa syaitan menyerupai Rasulullah (S) tanpa perlu mempunyai dalil, tetapi cukup dengan berkata untuk menolak dakwah Al-Haq

﴿مَّا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍ وَلَا لِآبَائِهِمْ ۚ كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ ۚإِن يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبًا﴾

Mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang hal itu, begitu pula nenek moyang mereka. Alangkah buruknya kata-kata yang keluar dari mulut mereka; mereka tidak mengatakan (sesuatu) kecuali dusta. (Al-Kahf 18:5]

Kemudian adakah mereka menganggap dirinya orang yang berakal dan berilmu pengetahuan dengan mereka mengatakan bahawa syaitan boleh menyerupai para nabi dan washi-washi serta para malaikat, oleh itu apa yang tinggal dengan agama jika syaitan boleh mewakili roh-roh suci, dan bagaimana membezakan para nabi dan rasul, mereka adalah wahyu Allah dan mengetahui bahawa ia adalah dari Allah, bukan dari syaitan, dan yang telah diwahyukan adalah malak (golongan tinggi) dan bukan syaitan?!!! Bagaimana mengetahui ia adalah Muhammad (S) dan ia perkataan Jibrail bukan syaitan?!! Menurut perkiraan mereka dengan mengatakan bahawa syaitan juga boleh menyerupai Jibrail kerana mereka boleh menyerupai Muhammad (S) yang lebih mulia daripada Jibrail. Adakah para nabi boleh meminta semua malak (golongan tinggi) berkata-kata kepada mereka dan mewahyukan kepada mereka mukjizat kerena mereka mengetahui bahawa malak (golongan tinggi) adalah dari Allah dan bukan dari syaitan, dan kemudian menjadilan wahyu kepada para nabi pada rukya, bagaimana untuk membezakan wahyu itu dari Allah, bukan dari syaitan yang mewakili mereka dalam rupa bentuk malaikat?!!! Demi Allah, bahawa orang-orang yang mengatakan syaitan menyerupai Muhammad (S),aushiak dan para malaikat mereka telah membuka pintu yang besar untuk syaitan dan tenteranya dari mereka yang tidak beriman dan tidak percaya kepada Tuhan (Atheis), tiada apa yang tinggal dari agama Allah yang ditetakkan di leher mereka jika mereka mengerti.

Adakah orang yang mendakwa berilmu itu sedar betapa besar dosa yang ditegakkan atasnya?!!! Mereka kini mencabar semua kitab samawi, dan kewibawaan semua para Nabi, Rasul-rasul dan Al-Quran dari (huruf) Ba hingga ke huruf Sin-nya?!! Maka bagi orang-orang yang berani terhadap agama Allah dan atas Rasulullah Muhammad (S) dengan mengatakan bahawa syaitan boleh menyerupai Muhammad (S), para nabi dan aushiak (as) hendaklah bertaubat kepada Allah dan meminta ampun kepada Tuhannya. Kenyataan-kenyataan ini menerangkan kepada manusia dan mereka hari demi hari telah dikenal pasti, dan mendedahkan kepada mereka kepalsuan orang-orang batil dan kejahilan mereka dan keberanian mereka terhadap Allah dan kerajaan (malakut)-Nya dan terhadap Rasul-Nya dan para Imam (as).

Jadi rukya yang mengandungi peringatan daripada Allah atau Khalifah-khalifah Allah atau pada malaikat-malaikat Allah, tidak dapat tidak bukanlah dari syaitan, bahkan ia dari Allah, dari Kerajaan (malakut) Allah, dari malaikat-malaikat Allah dan dari Roh-roh Suci.


Umat Islam telah bermimpi (rukya) bahawa syaitan tidak boleh menyeruai Al-Rasul Muhammad (S), berikut nyacontoh: 

Diriwayatkan dari Ali bin Al-Hussein bin Ali bin Fadhil, dari ayahnya, dari Abi Al-Hassan - Ali bin Musa Al-Ridha (as) bahawa (berkata kepadanya seorang lelaki dari penduduk Khurasan: "Wahai anak Rasulullah, aku melihat Rasulullah (S) dalam tidur seolah-olah baginda berkata kepadaku: Bagaimana kamu jika bahagian daripada ku dikebumikan di negerimu, dan kamu telah diamanahkan (memelihara) kirimanku; dan tersembunyi di tanahmu adalah bintangku?" Lalu Al-Ridha (as) berkata kepadanya: "Aku akan dikebumikan di negerimu; bahawa aku bahagian daripada Nabi mu; dan akulah kiriman dan bintang; bahkan sesiapa menziarahiku dan dia tahu apa yang diwajibkan Allah Azza wa Jalla, dari hakku dan taat padaku, maka aku dan bapaku adalah pemberi Syafaat kepadanya pada hari kiamat, dan sesiapa yang kami berikan Syafaat padanya akan terselamat walaupun dia memiliki dosa-dosa yang sama berat dengan dosa tsaqalain (kedua-dua makhluk) jin dan Manusia; dan sememangnya aku diberitahu oleh bapaku, daripada datukku, dari bapanya (as) bahawa Rasulullah (S) bersabda: "Sesiapa yang melihatku dalam tidurnya maka sesungguhnya dia telah melihatku, kerana syaitan tidak boleh menyerupai bentuk rupa ku, tidak juga dalam bentuk rupa sesiapa dari Aushiakku, tidak juga dalam bentuk rupa seseorang dari Syiah mereka, dan Rukya yang benar adalah sebahagian daripada tujuh puluh bahagian nubuwah." [8]

Adapun kata-kata sebahagian daripada mereka [9] yang mengatakan maksud hadits ini hanya kepada mereka yang melihat Al-Rasul di dunia dan mengenal gambaran tubuh baginda, kemudian menolak riwayat yang sama. Di mana Imam Al-Redha (as) kenal dengan pasti bahawa orang yang menceritakan rukya itu kepadanya tidak pernah melihat Rasulullah Muhammad (S).  Dengan itu dia berkata kepadanya: Sesiapa yang melihat Al-Rasul (dalam mimpi), dia benar-benar telah melihat baginda, kerana syaitan tidak boleh menyerupai baginda. Dia telah tujukan perbicaraannya kepada orang itu makna perbicaraan rukya dengan tepat.

Jadi, syarat ini - yang diletakkan sebahagian daripada mereka – Bagi yang melihat rukya itu mestilah telah melihat Rasulullah dalam kehidupan jasmani telah membatalkan riwayat ini, termasuk apa yang diucapkan di sebelumnya, bahkan ia adalah syarat yang berasal dari hawa nafsu dan kahayalan mereka dan mereka tidak mempunyai dalil melainkan. kedegilan dan keangkuhan.

Adakah munasabah untuk menerima setiap orang boleh menetapkan syarat dalam hal-hal agama dan aqidah tanpa dalil syar’ei atasnya?! Bahkan dalil yang ditegakkan dengan simpulan dari syarat yang diletakkan,

Kemudian jika mereka menetapkan syarat ini pada Al-Rasul Muhammad (S) maka bagaimana akan ditolak syarat pada malaikat? Adakah mereka juga akan mengatakan bahawa yang melihat malaikat dalam rukya itu mestilah mereka yang telah melihat dalam kehidupan di dunia melainkan mereka adalah syaitan-syaitan!

Selain itu, semua nabi, termasuk Muhammad (S) pada permulaan risalah mereka melihat malaikat-malaikat Allah dalam suatu rukya serta kasyaf dan berkata-kata dengan mereka dan melihat mereka buat pertama kali. Adakah jika orang-orang yang memanggil diri mereka hari ini dengan panggilan (as) adalah orang-orang yang wujud pada masa para nabi yang terdahulu yang mereka imani, adakah mereka akan berhadapan dengan ucapan mereka sendiri ini, iaitu adakah mereka berkata kepada para nabi: Apakah kamu tidak sedar mungkin syaitan ini datang kepada kamu meniru rupa malaikat atau syaitan datang kepada kamu dan sahabat kamu, wahai Muhammad (S) dengan menyerupai Musa (as) atau Isa (as), Bukankah engkau dan sahabatmu tidak pernah melihat Musa (as) dalam kehidupan Jasmani ini?!

Kemudian tidakkah ulamak yang sesat itu mengetahui bahawa ucapan mereka yang diserupakan itu akan dihadapi oleh Muhammad (S) dan para nabi di hadapannya, tidakkah mereka telah menolak kesaksian Allah kepada hamba-hamba-Nya, dan menolak Nash Allah ke atas Muhammad (S) NabiNya dengan rukya yang dilihat manusia, maka mereka berkata,mengatakan seperti perkataan mereka hari ini:

﴿بَلْ قَالُوا أَضْغَاثُ أَحْلَامٍ بَلِ افْتَرَاهُ بَلْ هُوَ شَاعِرٌ فَلْيَأْتِنَا بِآيَةٍ كَمَا أُرْسِلَ الْأَوَّلُونَ﴾

Bahkan mereka berkata: "mimpi-mimpi yang kalut, malah diada-adakannya, bahkan dia sendiri seorang penyair, maka hendaknya ia mendatangkan kepada kita suatu mukjizat, sebagai-mana rasul-rasul yang telah lalu di-utus". [Al-Anbiak 21:5]
Dan hakikat yang tidak diketahui oleh mereka adalah syaitan itu tidak berani dan ia tidak dapat melihat satu pun rukya Khalifah Allah di bumiNya, atau bahawa Si Fulan itu adalah Khalifah Allah di bumiNya, bahkan mimpi-mimpi syaitan yang kita berlindung pada Allah itu adalah mimpi-mimpi sedih dan mimpi-mimpi karut (bodoh).

3. Kemungkinan rukya dari keinginan diri sendiri:

Perkara ini menyatakan bahawa rukya yang sama yang dikatakan dalam perkara pertama; Kerana sebenarnya ia juga satu kedustaan, di mana tidak wujud suatu nama bagi seseorang yang melihat rukya atau kasyaf pada diri Khalifah Allah, atau Si Fulan dari seorang Khalifah Allah, tetapi hakikat perkara itu adalah bahawa orang ini berkhayal telah melihatbya, pada hal sebenarnya ia hanya khayalan demi khayalan dirinya sendiri sahaja. Sebab itu saya katakan keinginan diri, dia sebenarnya, sebagaimana yang mereka katakan: "mendustakan kebohongan dan membenarkannya", Dia sengaja memperdaya dirinya dengan harapan dan keinginan yang sesuai dan membenarkan khayalannya bahawa ia sesuatu yang benar [10]

Maka hasilnya: Rukya Al-Shadiqah (mimpi benar) adalah wahyu dan Nash dari Allah kepada penciptaanNya, dengannya mereka mengenal Khalifah Allah di bumiNya. Ia merupakan wahyu ilahi, ia adalah dalil bebas jika dicapai syarat-syaratnya dan selepas Adam mestilah mereka yang menjadi Khalifah membawakan Nash daripada Khalifah terdahulu yang menyediakannya, Jika tidak membawakan Nash ini akan menjadikan rukya orang yang mendakwa hanya pembohongan pakatan sulit ke atasnya kedustaan mereka untuk menyokong mazhab mereka dan agama mereka yang menyeleweng dan menyalahi (khilaf) agama dan aqidah yang haq, ia adalah Nash Khalifah Allah di bumiNya sebahagian mereka atas sebahagian yang lain,. Sebagaimana boleh diketahui ianya kedustaan dari kemungkinan para pendakwa bersubahat ke atas pembohongannya, sebagai contoh. 

Tidak perlu memberi perhatian kepada rukya yang membuat tuduhan dalam menafikan Khalifah Allah di bumiNya dari seseorang itu, kerana apa yang terbukti secara syar’ei adalah menbawa dalil yang telah ditetapkan, tidak dibuktikan secara syar’ei bahawa ia menbawa dalil menentang atau menafikannya, dan perlu diberi perhatian kepada rukya dalam menentukan hukum-hukum Fiqh dan aqidah, melainkan jika ia diakui sebagai Khalifah Allah, kerana agama diterangkan oleh Khalifah Allah berdasarkan perintah Allah.


Satu percubaan terdesak:


﴿بَلْ قَالُوا أَضْغَاثُ أَحْلَامٍ بَلِ افْتَرَاهُ بَلْ هُوَ شَاعِرٌ فَلْيَأْتِنَا بِآيَةٍ كَمَا أُرْسِلَ الْأَوَّلُونَ﴾

Bahkan mereka berkata: "mimpi-mimpi yang kalut, malah diada-adakannya, bahkan dia sendiri seorang penyair, maka hendaknya ia mendatangkan kepada kita suatu mukjizat, sebagai-mana rasul-rasul yang telah lalu di-utus". [Al-Anbiak 21:5]
Kenyataan ini diulangi oleh orang-orang yang tidak beriman kepada Kerajaan Langit dan mendustakan utusan-utusan Allah pada setiap zaman, Mereka mengulanginya pada setiap risalah seolah-olah mereka mewasiatkannya supaya mengulanginya.

Ia adalah suatu percubaan terdesak mereka untuk membuktikan bahawa rukya orang-orang mukmin hanyalah mimpi-mimpi yang kalut, Ia berdusta kepada Allah dan memfitnah rukya adalah kedustaan: 

﴿وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَىٰ عَلَى اللَّـهِ كَذِبًا أَوْ قَالَ أُوحِيَ إِلَيَّ وَلَمْ يُوحَ إِلَيْهِ شَيْءٌ وَمَن قَالَ سَأُنزِلُ مِثْلَ مَا أَنزَلَ اللَّـهُ ۗ وَلَوْ تَرَىٰ إِذِ الظَّالِمُونَ فِي غَمَرَاتِ الْمَوْتِ وَالْمَلَائِكَةُ بَاسِطُو أَيْدِيهِمْ أَخْرِجُوا أَنفُسَكُمُ ۖ الْيَوْمَ تُجْزَوْنَ عَذَابَ الْهُونِ بِمَا كُنتُمْ تَقُولُونَ عَلَى اللَّـهِ غَيْرَ الْحَقِّ وَكُنتُمْ عَنْ آيَاتِهِ تَسْتَكْبِرُونَ﴾

Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang membuat kedustaan terhadap Allah atau yang berkata: "Telah diwahyukan kepada ku", padahal tidak ada diwahyukan sesuatupun kepadanya, dan orang yang berkata: "Saya akan menurunkan seperti apa yang diturunkan Allah". Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim berada dalam tekanan sakratul maut, sedang para malaikat memukul dengan tangannya, (sambil berkata): "Keluarkanlah nyawamu" Di hari ini kamu dibalas dengan siksa yang sangat menghinakan, karena kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar dan (karena) kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya. [Al-An3aam 6:93]

Ia adalah urusan Allah yang besar, tetapi pada mereka yang bermasalah ia perkara remeh. Mereka dengan mudah meangada-adakan rukya untuk mendustakan dan menentang Khalifah Allah pada zaman mereka. Mereka dalam percubaan terdesak untuk mencabar kesaksian Allah di hadapan orang-orang mukmin, dan pada masa yang sama mereka mengatakan mereka tidak percaya kepada rukya kerana ia adalah dalil yang menentukan Khalifah Allah di bumiNya, dan ini mendedahkan rencana jahat mereka dan mereka cuba untuk melarikan diri dari mengakui beribu-ribu rukya yang jelas dan bersetuju dangan Nash yang menentukan Khalifah Allah, dan melihat sebilangan manusia menolak dari bersekongkol dengan kedustaan.

Dan orang-orang yang bermasalah itu juga apabila mereka berdusta dan mengada-adakan rukya mereka tidak dapat melihat kembali urusan ini yang telah begitu terdedah dan menjadi sangat mudah selepas Adam (as), kerana terdapat Nash dari Khalifah terdahulu, Ia adalah Nash Ilahi, Maka Nash Allah atas KhalifahNya pada rukya semestinya menepatinya dan tidak menyalahinya. Dengan itu semua rukya yang diada-adakan secara dusta dan secara palsu serta menyalahi Nash Khalifah sebelumnya, terang-terang telah berdusta terhadap Allah. [11]

Pada umumnys, mereka mahu mencapai hasil daripada pendustaan ini, iaitu mereka mencabar rukya secara umum dan kepentingannya, seolah-olah mereka mengatakan bahawa rukya mereka (palsu) mengecam rukya orang-orang mukmin (benar), dan mengugurkan kewibawaan rukya orang-orang mukmin, iaitu, mereka cuba atau mahu mencabar Kerajaan Langit (Malakut Al-Samawaat) melalui fitnah pada Kerajaan Langit, iaitu dengan cara dan niat yang jahat dan fitnah kesyaitanan. Mereka ingin mengatakan: Bahawa berita yang datang dari Kerajaan Langit saling bertentangan, oleh itu patut digugurkan. Ini bermakna mereka beriktiqad rukya-rukya adalah batil dari awal lagi dan mereka pada asalnya tidak menghargai dan tidak mengakuinya. Orang yang percaya bahawa rukya itu dari Kerajaan Langit, dan ia adalah Kalam Allah mengetahuinya dengan yakin dan pasti bahawa ia mengalir pada satu arah dan menunjukkan kepada hakikat yang satu; kerana ia adalah kata-kata Allah dan dengan itu tidak ada percangahan sebenar padanya. Ya, sememangnya ada percanggahan di antara rukya sebenar dengan rukya-rukya yang dusta, khayalan dan rukya-rukya bodoh gangguan syaitan yang pada mulanya bertujuan untuk mencabar rukya orang-orang mukmin, dan kemudian mencabar Kerajaan Langit, dan akhirnya ditamatkan dengan mendustakan kata-kata Al-Quran:


﴿وَقَالُوا لَوْلَا أُنزِلَ عَلَيْهِ آيَاتٌ مِّن رَّبِّهِ ۖ قُلْ إِنَّمَا الْآيَاتُ عِندَ اللَّـهِ وَإِنَّمَا أَنَا نَذِيرٌ مُّبِينٌ ۞ أَوَلَمْ يَكْفِهِمْ أَنَّا أَنزَلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ يُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَرَحْمَةً وَذِكْرَىٰ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ ۞ قُلْ كَفَىٰ بِاللَّـهِ بَيْنِي وَبَيْنَكُمْ شَهِيدًا ۖ يَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۗ وَالَّذِينَ آمَنُوا بِالْبَاطِلِ وَكَفَرُوا بِاللَّـهِ أُولَـٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ﴾

Dan Mereka berkata: "Mengapa tidak diturunkan kepadanya mukjizat-mukjizat dari Tuhannya?" Katakanlah: "Sesungguhnya mukjizat-mukjizat itu terserah kepada Allah. Dan sesungguhnya aku hanya seorang pemberi peringatan yang nyata". * Dan apakah tidak cukup bagi mereka bahwasanya Kami telah menurunkan kepadamu Al Kitab sedang dia membacakan kepada mereka? Sesungguhnya di dalamnys terdapat rahmat yang besar dan pelajaran bagi orang-orang yang beriman. * Katakanlah: "Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dan kamu. Dia mengetahui apa yang di langit dan di bumi. Dan orang-orang yang percaya kepada yang batil dan ingkar kepada Allah, mereka itulah orang-orang yang merugi.[Al-Angkabut 29::50-52].

Bahkan mendustakan kenyataan yang ditulis sejarahnya dengan kesaksian Allah, bagi orang-orang yang beriman dengan Isa (as), dengan Muhammad (S), dengan (as) dan dengan Al-Hassan serta Al-Hussein (as) dan ... dan ... dan ....

Secara umumnya perkara itu menjelaskan, cara akhir pada orang-orang yang mendustakan itu ,seperti yang diyatakan sebelum ini bahawa tidak perlu memberi perhatian kepada rukya yang didakwa oleh seseorang yang menafikan Khalifah Allah di bumiNya, kerana apa yang sahih secara syar’ei adalah didatangkan sebagai dalil yang ditentukan bukannya dalil itu menentang atau menafikan Nash syar’ei dari Khalifah terdahulu.


Orang-orang bodoh memperkecilkan rukya orang-orang bijak:


Rukya dalam agama Allah SWT merupakan salah satu jalan wahyu, dan rukya dibahagikan kepada: rukya dalam tidur dan rukya ketika jaga itu, atau dipanggil irfan (makrifah) pada manusia dengan kasyaf ketika jaga (atau wahyu), dalam erti kata lain, orang yang dibukakan darinya penutup, lalu dia melihat apa yang tidak dilihat manusia, kedua-duanya merupakan bentuk perhubungan di antara manusia dan alam-alam tinggi, dan wahi nabi-nabi disempurnakan dengan kedua-dua cara ini, ia sama ada rukya masa tidur atau rukya ketika jaga.

Yang tetap kekal untuk dipertimbangkan pada rukya ialah menentukan kehendak (keadaan) rukya, Maka rukya boleh dalam bentuk wahyu terus dari Allah, dari belakang hijab, atau dalam bentuk wahyu dari Rasulullah yang diutus oleh Allah, dan mungkin yang diutus ini malaikat ulung (utama) seperti Jibrail atau salah satu dari malaikat untuk rukya, atau dari roh-roh para nabi terdahulu (as). Begitu juga Intipati rukya itu terhad pada, adakah rukya ini dalam bentuk penyampaian wahyu, seperti halnya dengan para nabi dan washi, atau adakah ia kesaksian Ilahiyah pada manusia seperti halnya orang-orang mukallaf diberikan iman melalui para nabi dan rasul-rasul manakala Allah SWT menyaksikan mereka, atau berita urusan ghaib yang berlaku selepas beberapa ketika, seperti halnya dengan nabi-nabi dan bukan nabi-nabi.

Percubaan sebahagian orang-orang bodoh untuk memperkecilkan rukya yang disaksikan Allah untuk Khalifah Allah di bumiNya, adalah dengan mengingkari wahyu Allah dan menafikan kesaksian Allah SWT, tetapi dia telah ingkar dengan Al-Quran yang dikemukakan oleh Allah pada diriNya sendiri sebagaimana disaksikan kepada semua manusia, dan adakah terdapat satu cara (perantaraan) yang menghubungjan di antara Allah dengan seluruh manusia yang lebih jelas dari rukya yang diejek-ejek oleh orang-orang bodoh ini?!!!

Rukya yang menyaksikan pembuktian Khalifah Allah di bumiNya adalah ibarat dari Kalam Allah, wahyu Allah, kesaksian , dan Nash Allah, sesiapa yang memperkecilkan Nash Allah, kesaksian Allah dan wahyu Allah untuk memenuhi kesenagan dan keinginan hati mana boleh digambarkan?! Selain ianya – pada hakikatnya - telah kafir kepada Allah, dan apa yang dituntut dari iman hanyalah beriman pada zahir, jika tidak, adakah sesiapa yang memperkecilkan dengan kata-kata manusia dengan mengejek-ngjeknya boleh dianggap dan disifatkan dia telah beriman dengan manusia ini, atau sekurang-kurangnya patut dihormati?! Atau adakah keingkarannya dengan memperkecil-kecilkannya itu adalah satu penghinaan dari kata-katanya. Begitu juga sesiapa yang menghina rukya yang Allah telah berikan kesaksian kepada KhalifahNya di bumiNya di muka bumi, lalu mereka memandang hina Kalam Allah SWT yang diwahyukan kepada hamba-hamba-Nya dengan rukya secara langsung daripada Allah Yang Maha Suci atau dengan perantaraan malaikat dan roh-roh. Dan dengannya mereka telah membenarkan kekafiran mereka dan roh-roh mereka kepada Allah, jadi mereka tidak merasa malu dengan penghinaan-penghinaan terhadap Kalam Allah dan telah mentertawakan dari atas mimbar dan di hadapan orang ramai. Dan malangnya sesiapa yang tidak menafikan mereka, maka mereka adalah salah seorang daripada mereka dan percaya dengan kesesatan mereka”

﴿قُلْ كَفَىٰ بِاللَّـهِ بَيْنِي وَبَيْنَكُمْ شَهِيدًا ۖ يَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۗ وَالَّذِينَ آمَنُوا بِالْبَاطِلِ وَكَفَرُوا بِاللَّـهِ أُولَـٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ﴾

Katakanlah: "Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dan kamu. Dia mengetahui apa yang di langit dan di bumi. Dan orang-orang yang percaya kepada yang batil dan ingkar kepada Allah, mereka itulah orang-orang yang merugi.[Al-Angkabut 29::-52].

Jika kesaksian Allah kepada KhalifahNya terhadap hamba-hambaMya dengan wahyu dalam suatu rukya, dan ia adalah batil di dalam ayat yang sama dengan kesaksian Allah [Katakanlah: "Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dan kamu.... Dan orang-orang yang percaya kepada yang batil …]?! 
Bukankah jelas bahawa yang batil adalah mereka yang menghina rukya, dan dengan itu mereka telah menghina kesaksian Allah!

Maka bacakanlah penerangan Allah kepada orang-orang yang mendengarkan mereka dan menerima ucapan mereka serta menghina rukya yang menjadi kesaksian Allah kepada KhalifahNya di bumiNya: [Dan orang-orang yang percaya kepada yang batil dan ingkar kepada Allah, mereka itulah orang-orang yang merugi. ] 
.
Kemudian ambillah pelajaran dari ayat-ayat Allah sebelum ayat ini dalam Surah Al-Ankabut:

﴿وَقَالُوا لَوْلَا أُنزِلَ عَلَيْهِ آيَاتٌ مِّن رَّبِّهِ ۖ قُلْ إِنَّمَا الْآيَاتُ عِندَ اللَّـهِ وَإِنَّمَا أَنَا نَذِيرٌ مُّبِينٌ ۞ أَوَلَمْ يَكْفِهِمْ أَنَّا أَنزَلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ يُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَرَحْمَةً وَذِكْرَىٰ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ ۞ قُلْ كَفَىٰ بِاللَّـهِ بَيْنِي وَبَيْنَكُمْ شَهِيدًا ۖ يَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۗ وَالَّذِينَ آمَنُوا بِالْبَاطِلِ وَكَفَرُوا بِاللَّـهِ أُولَـٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ﴾

Dan Mereka berkata: "Mengapa tidak diturunkan kepadanya mukjizat-mukjizat dari Tuhannya?" Katakanlah: "Sesungguhnya mukjizat-mukjizat itu terserah kepada Allah. Dan sesungguhnya aku hanya seorang pemberi peringatan yang nyata". * Dan apakah tidak cukup bagi mereka bahwasanya Kami telah menurunkan kepadamu Al Kitab sedang dia membacakan kepada mereka? Sesungguhnya di dalamnys terdapat rahmat yang besar dan pelajaran bagi orang-orang yang beriman. * Katakanlah: "Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dan kamu. Dia mengetahui apa yang di langit dan di bumi. Dan orang-orang yang percaya kepada yang batil dan ingkar kepada Allah, mereka itulah orang-orang yang merugi.[Al-Ankabut 29::50-52].

Ulamak sesat yang menghadapi para nabi selalu mengatakan perkataan yang sama: Kami tidak beriman melainkan dibawakan mukjizat kebendaan, tetapi mereka mahukan yang menarik dan semua daripada mereka mahukan rukya tertentu, dan tidak menerima kesaksian orang-orang yang beriman yang melihatnya [Dan Mereka berkata: "Mengapa tidak diturunkan kepadanya mukjizat-mukjizat dari Tuhannya?].

Dan Al-Quran menjawab: [Katakanlah: "Sesungguhnya mukjizat-mukjizat itu terserah kepada Allah. Dan sesungguhnya aku hanya seorang pemberi peringatan yang nyata".], Iaitu mukjizat-mukjizat yang diturunkan Allah adalah yang mereka inginkan, bila mereka menginginkannya dan bagaimana yang mereka inginkan itu sesuai kdengan ebijaksanaan dan keadilan, kerana ia tidak dapat memaksa seseorang untuk beriman. Dengan itu tidak berlaku paksaan.atas iman mereka, tetapi untuk menambahkan keyakinan dan mengukuhkan kebenaran, Mereka pada asalnya beriman, dan sekiranya mereka tidak beriman atau kufur dan tidak bersyukur ia adalah kerana daripada mukjizat-mukjizat yang boleh ditafsirkan (takwil) untuk memastikan ruang untuk beriman kepada yang ghaib,,

﴿فَلَمَّا جَاءَهُمُ الْحَقُّ مِنْ عِندِنَا قَالُوا لَوْلَا أُوتِيَ مِثْلَ مَا أُوتِيَ مُوسَىٰ ۚأَوَلَمْ يَكْفُرُوا بِمَا أُوتِيَ مُوسَىٰ مِن قَبْلُ ۖ قَالُوا سِحْرَانِ تَظَاهَرَا وَقَالُوا إِنَّا بِكُلٍّ كَافِرُونَ﴾  

 Maka tatkala datang kepada mereka kebenaran dari sisi Kami, mereka berkata: "Mengapakah tidak diberikan kepadanya seperti yang telah diberikan kepada Musa dahulu?". Dan bukankah mereka itu telah ingkar (juga) kepada apa yang telah diberikan kepada Musa dahulu?; mereka dahulu telah berkata: "Musa dan Harun adalah dua ahli sihir yang bantu membantu". Dan mereka (juga) berkata: "Sesungguhnya kami tidak mempercayai masing-masing mereka itu". (Al-Qashah 28:48]

﴿أَوَلَمْ يَكْفِهِمْ أَنَّا أَنزَلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ يُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَرَحْمَةً وَذِكْرَىٰ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ﴾

Dan apakah tidak cukup bagi mereka bahwasanya Kami telah menurunkan kepadamu Al Kitab sedang dia membacakan kepada mereka? Sesungguhnya di dalamnys terdapat rahmat yang besar dan pelajaran bagi orang-orang yang beriman.: 

Iaitu mengapa mereka meminta mukjizat-mukjizat, bukankah cukup dengan kitab Allah, ilmu dan hikmah yang didatangkan kepada mereka wahai Muhammad (S), dan yang Allah turunkan adalah rahmat untuk mereka, agar mereka mengambil perngatan?!!

[Katakanlah: Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dan kamu. Dia mengetahui pa yang di langit dan di bumi. Dan orang-orang yang percaya kepada yang batil dan ingkar kepada Allah, mereka itulah orang-orang yang merugi.]:
Ini bermakna bahawa semua permintaan yang dikemukakan dalam ayat di atas adalah mukjizat Kebendaan yang menarik (memaksa)
[Dan Mereka berkata: "Mengapa tidak diturunkan kepadanya mukjizat-mukjizat dari Tuhannya?], 
serta ayat ilmiyah yang Allah telah berikan rsebagai ahmat-Nya kepada kamu. 
[Dan apakah tidak cukup bagi mereka bahwasanya Kami telah menurunkan kepadamu Al Kitab sedang dia membacakan kepada mereka?] 
tetapi ia adalah sebagai tambahan atas apa yang telah didatang kepada kamu oleh utusan sebagai asas dan untuk permulaan, dan ia adalah kesaksian Allah kepada kamu dengan wahyu dalam bentuk rukya dan kasyaf.
[Katakanlah: Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dan kamu.], 
Allah adalah saksi atas segala sesuatu, dan atas amalan hamba-hamba, Dialah saksi kepada kamu, Allah mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi, bukannya untuk syaitan, sebagai Penguasa ke atas kerajaan (Malakut)-Nya di mana orang-orang bodoh dari syaitan berusaha untuk mengelirukan rukya-rukya dari Malakut, [Dia mengetahui apa yang di langit dan di bumi.]

Berhati-hatilah, wahai masusia; rukya dari kerajaan (Malakut):

﴿وَكَذَٰلِكَ نُرِي إِبْرَاهِيمَ مَلَكُوتَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَلِيَكُونَ مِنَ الْمُوقِنِينَ﴾

Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Ibrahim tanda-tanda Kerajaan Langit dan bumi dan agar dia termasuk orang yang yakin. [Al-An3am 6:75], 

Dan kerajaan (Malakut) itu, adalah Kerajaan Allah 

﴿قُلْ مَن بِيَدِهِ مَلَكُوتُ كُلِّ شَيْءٍ وَهُوَ يُجِيرُ وَلَا يُجَارُ عَلَيْهِ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ﴾

Katakanlah: "Siapakah yang di tangan-Nya Kerajaan (Malakut) atas segala sesuatu sedang Dia melindungi, tetapi tidak ada yang dapat dilindungi dari (azab)-Nya, jika kamu mengetahui?" [Al-Mukminin 23:88] 

Syaitan tidak mempunyai kuasa ke atas Malakut Allah:

﴿فَسُبْحَانَ الَّذِي بِيَدِهِ مَلَكُوتُ كُلِّ شَيْءٍ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ﴾

Maka Maha Suci (Allah) yang di tangan-Nya Kerajaan (Malakut) atas segala sesuatu dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan. Yasin 36 :: 83]

Jangan kamu terperdaya dengan kebatilan walaupun menyerupai Rasulullah (S) dan ditinggikan minbar Al-Rasul (S) atau minbar Al-Hussein (as),
[Dan orang-orang yang percaya kepada yang batil dan ingkar kepada Allah, mereka itulah orang-orang yang merugi.]:
Tidakkah Al-Rasul Muhammad (S) khabarkan kepada kamu, bahawa mereka bersetubuh di atas mimbar baginda seumpama kera-kera? Apabila telah bersetubuh di atas mimbar Muhammad (S) dia adalah sebaik-baik penciptaan (kejadian) Allah seumpama kera-kera, adakah kamu fikir mereka tidak bersetubuh pada hari ini di atas mimbar Al-Hussein (as) seumpama kera-kera

﴿وَإِذْ قُلْنَا لَكَ إِنَّ رَبَّكَ أَحَاطَ بِالنَّاسِ ۚ وَمَا جَعَلْنَا الرُّؤْيَا الَّتِي أَرَيْنَاكَ إِلَّا فِتْنَةً لِّلنَّاسِ وَالشَّجَرَةَ الْمَلْعُونَةَ فِي الْقُرْآنِ ۚوَنُخَوِّفُهُمْ فَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا طُغْيَانًا كَبِيرًا﴾

Dan (ingatlah), ketika Kami katakan kepadamu: "Sesungguhnya Tuhanmu meliputi segala manusia". Dan Kami tidak menjadikan rukya (mimpi) yang telah Kami perlihatkan kepadamu, melainkan sebagai ujian bagi manusia dan (begitu pula) pohon kayu yang terkutuk dalam Al Quran. Dan Kami menakut-nakuti mereka, tetapi yang demikian itu hanyalah menambah besar kedurhakaan mereka.]Al-Isra 17:60] 

Al-Hussein (as) telah difatwakan sesat dari atas mimbar Rasulullah (S), dengan menyesatkan manusia dan menjadikan mereka memerangi Al-Hussein (as). Adakah kamu sangka bahawa rakan-rakan mereka hari ini tidak memfatwakan sesat pada Al-Mahdi (as) dari mimbar Al-Hussein (as), dan menyesatkan manusia dan membuat mereka memerangi Al-Mahdi? Berhati-hatlahi dengan rahmat Allah, berhati-hatilah dengan membaca dan belajar, jangan biarkan seorang pun menipu kamu dan kamu diserang sekali lagi [12].

Mengapa kamu tidak mengambil iktibar dari mana didatangkan kepada kamu, dan ke mana mereka yang bodoh itu mahu bawa kamu, orang-orang yang memukul-mukul pada waktu malam memperbodoh-bodohkan rukya fsn memperbodoh-bodohkan Kerajaan Langit. Mengapa kamu tidak mengambil iktibar dan katakan kepada mereka: Al-Quran yang ada di tangan kita ini adalah firman Allah di dalamnya. Ia memberikan kesaksian kepada KhalifahNya di kalangan manusia dan dengan Nash ke atasnya:

﴿وَأَرْسَلْنَاكَ لِلنَّاسِ رَسُولًا ۚ وَكَفَىٰ بِاللَّـهِ شَهِيدًا﴾

Kami mengutusmu menjadi Rasul kepada segenap manusia. Dan cukuplah Allah menjadi saksi.[AL-Nisa’ 4:79.]

Bagaimana Allah menjadi saksi kepada manusia biasa, mereka yang beriman, yang kafir, yang sholeh dan yang jahat, bukan kamu kah dengan wahyu, dan jalan mana lagi yang terbuka bagi wahyu antara Allah dengan manusia biasa selain dari rukya?!!!

Had-had dalam Rukya 

1 - Rukya sebagai dalil bagi menentukan kebenaran Khalifah Allah, dan dalil yang  ditegakkan berasaskan Al-Quran adalah Rukya Al-Shadiqah (mimpi benar) iaitu wahi dan Nash dari Allah kepada penciptaanNya yang dengannya mereka mengenal Khalifah Allah di bumi.Nya. Ia adalah sebagai wahyu Ilahi dan dalil yang membenar syarat-syarat yang dijadikan panduan bagi menentukan Khalifah Allah, iaitu:

(a) Penentuan yang selaras dengan Nash Ilahi yang dikeluarkan oleh Khalifah Allah terdahulu, kerana tidak ada nilai bagi rukya yang didakwa oleh seseorang disebabkan tidak diperuntukkan atasnya selepas Adam (as), tidak ada keperluan untuk dipertimbangkan pada asalnya; kerana selepas Adam (as) menjadi Khalifah dengan Nash atas washi atau washi-washi berikutnya.

(b) Ia mutawatir (diterima ramai) di kalangan manusia dan menolak mereka yang bersubahat atas kesustaan..

(c) ketersediaan rukya menolak ia terjadi daripada syaitan; seperti wujudnya maksum atau Al-Quran atau khabar-khabar ghaib.

(d) Muhkam (jelas) makna keseluruhannya dalam menentukan peribadi tertentu.

2 - Rukya tidak berwibawa berbanding dengan Nash, dengan wujudnya Nash - seperti dalam keadaan selepas Adam hingga terjadinya Al-Saah (kiamat) - Rukya terjadi mengikutnya, dan semua mimpi (Ahlam) yang terkeluar dari Nash Khalifah sebelumnya adalah sama ada dari bersifat keinginan diri atau daripada syaitan atau kedustaan yang diada-adakan pemiliknya. Selepas Adam Khalifah mestilah dengan Nash dari Khalifah terdahulu. Jika tidak dibawa Nash ini, ia akan menjadi mimpi yang didakwa oleh pemiliknya, ia hanyalah khayalan peribadi atau wahyu dari syaitan-syaitan mereka. Rukya yang didakwa oleh para pendusta tanpa dalil syar’ei hanyalah pendustaan pakatan sulit untuk menyokong firqah mereka dan agama mereka yang menyeleweng.

3 - Rukya tidak layak untuk menafikan Khalifah-khalifah Allah di bumiNya, apabila ia dibuktikan dengan dalil qath’ei bahawa ia tidak layak, Ia adalah Nash Ilahi yang dihubungkan dengari Khalifah Allah yang akan datang secara langsung atau tidak langsung dan secara terperinci.

4 - Rukya tidak berwibawa pada Agama Allah dalam aqidah dan syari’ah, selain yang dibuktikan dengan Nash (Al-Quran dan Riwayat-riwayat), yang telah diterangkan dalam menentukan kebenaran Khalifah Allah di bumi ini. Tiada nilai syar’ei bagi rukya yang didakwa menyokong tuntutan atau iktiqad yang dibina berdasarkan dalil, seperti aqidah taqlid pada yang bukan maksum, dan khalifah-khalifah Rasulullah dengan Syura, Atau ia berwibawa bagi seseorang untuk selain Khalifah Allah dan seumpamanya dari aqidah sesat yang tidak tertegak atasnya iktiqad dengan dalil syar’ei dan tidak juga tertegak dengan dalil akal sepenuhnya yang boleh menjadi rukun (tunggak) kepadanya.


----------------------------------------
 [1] jika digambarkan perkara ini: Yang dilantik dan kemudian menjadi khalifah dan kemudian orang-orang mukallaf beransur-ansur berwalak kepadanya, maka apa yang kami katakan sebelum ini dalam membuktikan tidak dapat tidak kekhalifahan akan terjadi di antara yang dilantik dengan khalifah, tetapi perkataan kami di sini adalah antara khalifah dan orang-orang mukallaf.
 [2] Sunnah di sini: adalah sesuatu yang dituangkan ke dalam acuan yang tetap, yang digunakan sebagai sinonim dengan perkataan Qanun (peraturan) + perkataan Tsabit (tetap), Mana-mana perkataan Sunnah = Qanun Tsabit (peraturan tetap), Sunnah Allah bermakna Sunnah yang tetap.
[3] Sejak saat pertama khalifah atau Rasul yang diutus hingga saat-saat akhir hidupnya, tetapi Nash dan dalil ini hadir selepas Khalifah selepas kematian khalifah itu untuk semua yang menzarinya.
[4] Untuk kesaksian Allah dan Nash Allah Yang Maha Suci atas KhalifahNya kepada manusia dengan rukya (mimpi), tidak memerlukan latar belakang agama tertentu, ia akan datang kepada sesiapa sahaja yang percaya kepada kewujudan Allah, sama ada Yahudi, Kristian, Islam, Buddha atau Hindu, atau mana-mana agama yang percaya bahawa adanya hakikat di sebalik penciptaan semesta alam Jasmani, bahkan dalil ini hadir walaupun kepada yang berfahaman atheis, tetapi sebagai permulaan kepada kesaksian Allah kepada KhalifahNya, maka Allah persaksikan sendiri kepada golongan atheis untuk membuktikan kepada kewujudan Allah SWT.
[5] .Sesiapa yang mendakwa Nash Ilahi (rukya atau kasyaf) bertentangan dengan perasaan Nash Khalifah Allah terdahulu adalah seorang pendusta dan tidak perlu mengambil kira dakwaan mereka dan seumpamanya kerana orang itu - musuh Allah - yang mengada-adakan rukya (mimpi) palsu terhadap seruan dakwah Khalifah Allah di bumi ini, dan juga sesiapa yang mendakwa pada Khalifah Allah adalah pendusta dan beralasan palsu . Kedua-dua pasukan boleh berbohong dan mengada-adakan rukya (mimpi) atau khayalan yang menipu dirinya dengan rukya yang mewarnai dirinya sesuai dengan keinginannya tetapi mengandungi keterangan palsu bersamanya kerana ia bertentangan dengan Nash Khalifah Allah yang sebebekumnya di bumiNya 
[6] Yang dimaksud dengan "mutlak" adalah tiada yang boleh menghadkan. Maka Al-Rahim Al-Mutlak bermaksud tiada had-had keluasannya. Al-Hikmah Al-Mutlak bermaksud yang tidak berkesudahan. Dia SWT berfirman
: ﴿...عَذَابِي أُصِيبُ بِهِ مَنْ أَشَاءُ ۖ وَرَحْمَتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ ۚفَسَأَكْتُبُهَا لِلَّذِينَ يَتَّقُونَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَالَّذِينَ هُم بِآيَاتِنَا يُؤْمِنُونَ﴾
"....Siksa-Ku akan Kutimpakan kepada siapa yang Aku kehendaki dan rahmat-Ku meliputi segala sesuatu. Maka akan Aku tetapkan rahmat-Ku untuk orang-orang yang bertakwa, yang menunaikan zakat dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami". [Al-A3raf 7:156]
Keluasan RahmatNya meliputi segala sesuatu, dan yang kafir layak ke neraka adalah Keluasan Rahmat Allah. Balasan neraka adalah tuntutan untuk mereka yang meminta kekal di dalamnya 
﴿لَا تَرْكُضُوا وَارْجِعُوا إِلَىٰ مَا أُتْرِفْتُمْ فِيهِ وَمَسَاكِنِكُمْ لَعَلَّكُمْ تُسْأَلُونَ﴾
Janganlah kamu lari tergesa-gesa; kembalilah kamu kepada nikmat yang telah kamu rasakan dan kepada tempat-tempat kediamanmu (yang baik), supaya kamu ditanya.[Al-Anbiak 21: 3] 
Tidak lain neraka jahanam itu sejak dari di dunia lagi dinyalakan oleh mereka dan amalan mereka 
﴿......فَاتَّقُوا النَّارَ الَّتِي وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ ۖ أُعِدَّتْ لِلْكَافِرِينَ﴾
"...... peliharalah dirimu dari neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu, yang disediakan bagi orang-orang kafir.. " [Al-Baqarah 2:24], 
dan di dalam ayat
﴿وَرَحْمَتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ ۚفَسَأَكْتُبُهَا لِلَّذِينَ يَتَّقُونَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَالَّذِينَ هُم بِآيَاتِنَا يُؤْمِنُونَ﴾
dan rahmat-Ku meliputi segala sesuatu. Maka akan Aku tuliskan rahmat-Ku untuk orang-orang yang bertakwa, yang menunaikan zakat dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami".,[Al-A3raf 7:156] 
jelas bahawa rahmatNya yang Maha Suci ditakrif dengan yang dituliskan untuk mereka diwujud dan dizahirkan pada mereka dan mereka diterangkan di dalam ayat bahawa rahmat-Nya tertulis untuk mereka: Aku tuliskan rahmat-Ku untuk orang-orang yang bertakwa, yang menunaikan zakat dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami (, "mereka adalah para nabi dan washi-washi yang telah dituliskan untuk mereka rahmat Allah dizahirkan pada mereka, dan gambaran rahmat mereka adalah rahmat Allah dan dengan rahmat (kasih sayang) mereka adalah takrif rahmat Allah SWT
Tafsiran ayat bahawa rahmat yang dituliskan untuk orang-orang yang bertakwa maksudnya keluasannya yang khusus yang tiada taranya, kerana makna pada permulaan ayat membatalkan yang lainnya. pada permulaannya mengatakan rahmat Allah meliputi segala sesuatu, dan akhirnya mengatakan rahmat Allah dituliskan khusus untuk orang-orang yang bertakwa yang membersihkan diri mereka, iaitu orang-orang yang disucikan yang beriman dengan ayat-ayat Allah, iaitu orang-orang yang mendengar dari dalam Kerajaan-Nya (malakutNya), dan beriman dengannya, dan kebenaran adalah adalah seperti yang  diterangkkan oleh rahmatNya Yang Maha Suci tertulisa dalam erti yang tajali dan dizahirkan pada orang-orang yang bertakwa yang membersihkan dirinya yang beriman dengan kerajaan langit dan ayat-ayat Allah seterusnya mereka mendengar kalimat Allah, dan kenyataannya bahawa mereka berhasil mencapai tajalli rahmat yang nyata bagi mereka kerana kecenderungan manusia yang dicipta dengan imej gambaran Allah, Maka ikhlas dizahirkan pada imej gambaran ini, Semuanya adalah keikhlasan yang tinggi hasil dari tajalli dan penzahiran yang tinggi dan jelas kelihatan padanya.
[7] untuk melihat barisan Khilafah Ilahiyah dati Adam (as) hingga kepada Al-Mahdi untuk mengenal sunnah Ilahiyah dalam kekhalifahan: Adam Khalifah Allah .... Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan Daud dan seluruh para nabi dan rasulNya adalah para Khalifah Allah di bumiNya yang dilantik.... Muhammad Khalifah Allah di bumiNya yang dilantik... dan Al-Mahdi Khalifah Allah yang dilantik, 
Rasulullah (S) bersabda:  Perperangan yang terpendam antara kamu ada tiga (pihak) semuanya putera khalifah. Kemudian tidak berakhir pada seorang dari mereka. Kemudian muncul panji-panji hitam dari arah timur, mereka melakukan peperangan terhadap kalian, yang tak pernah dilakukan kaum sebelumnya. "Kemudian baginda menyebutkan sesuatu yang tidak aku ingat dan bersabda, "Bila kalian melihatnya, maka berbai’ah kepadanya walaupun dengan merangkak di atas salji. Sesungguhnya dialah Khalifah Allah Al-Mahdi."
Al-Mustadrak, Al-Hakim: Jilid 4, hal 463-464;. Hadits sahih mengikut syarat Al-Syeikhain), saya tidak fikir bahawa orang Islam yang tidak mempercayai Khilafah Ilahiyah selepas Al-Rasul Muhammad (S). Mereka mempunyai kekeliruan dalam kejadian Adam (as) dan para nabi, Daud dan Muhammad (S) adalah Khalifah-Khalifah Allah di bumiNya, seperti di dalam Al-Quran, dan Al-Mahdi juga Khalifah Allah di bumiNya, seperti di dalam riwayat (hadits), iaitu perjalanan Agama Ilahi dari awal hingga akhir dengan perlantikan ilahi bagi Khalifah Allah di bumiNya, iaitu, sunnah ilahi, dan sunnah Allah itu tidak berubah tidak ditukar ganti. Dengan itu sesiapa yang mendawa ada perubahan dan penukaran bagi sunnah ilahiyah, mereka hendaklah membuktikan dakwaan mereka dengan dalil-dalil, bukan untuk menuntut agama yang suci tanpa pendekatan yang tidak masuk akal, dan Allah telah meninggalkan urusan kekhalifahan adalah selepas Nabi Muhammad, bermakna sunnah ilahiyah telah berubah dan bertukardan tanpa apa-apa dalil, tetapi dalil ditegakkan ini adalah bertentangan dengan apa yang mereka katakan dan apa yang percayai.
[8] Man La Ya7dhuruh Al-Faqih: Jilid 2 halaman 584 - Al-Shaduq;. 3uyun Akhbar Al-Redha (as) - Al-Shaduq: Jilid 1 halaman 287; Amali - Al-Shaduq halaman 120; Bihar Al-Anwar - Al-Majlisi:.. Jilid 1 halaman 283.
[9] Walaupun ia qaul naif dan tidak dikeluarkan daripada seseorang yang mempunyai sesuatu - walaupun kecil – ilmunys, tetapi malangnya dikeluarkan daripada seseorang yang mendakwa berilmu, dan Syeikh-syeikh muncul di televisyen satelit seperti yang disampaikan kepada saya oleh beberapa orang mukmin, dan untuk ini saya menjawab supaya ia tidak menipu manusia, serta mendedahkan mereka kepada kedangkalan para pendakwa ini dan sejauh mana kejahilan mereka dan mengelirukan mereka lemah pandangannya, dan juga supaya mereka bertaubat dan memohon ampun kepda Tuhan selepas jelas kepada mereka kebenaran, dan kata-kata mereka adalah palsu.
[10] Manusia ketika jaga dan ketika tidur, mereka tidak lain antara tiga perkara, (cahaya, diri, kegelapan), atau ditulis sebagai: (Allah, diri, kejahilan), atau ditulis sebagai: (Rasulullah dari malaikat dan roh-roh yang baik, diri, syaitan dan tenteranya), jadi ada tiga arah (aspek-sudut); dari sudut diri seorang manusia, dari sudut kebaikan, dan dari sudut kejahatan. Maka walaupun tanpa suatu rukya atau pandangan kasyaf, siapa pun manusia itu di kelilingi dalam idea-idea pemiikiran sama ada yang baik dan diseru untuk berbuat baik, ia adalah dari Allah, dan atau pun yang jahat dan diseru supay berbuat jahat itu adalah dari syaitan, atau khayalan (sangkaan) dari keinginan dirinya. Tiada lain yang wujud selain daripada yang tiga ini, Di sini jalan keluar (pelepasan) dirinya adalah dengan rukya dan kasyaf dalam jaga, Maka manusia itu di dalam tidurnya antara ketiga-tiga perkara ibi.Bagi yang tidur dalam mengingat Allah, dalam kebaikan dan cahaya akan diperlihatkan dari Allah, jika dikehendaki Allah, dan yang tidur kurang mengingat dalam Allah mungkin melihat perkara sedih dari syaitan atau dalam Bahasa sehari-hari dipanggil [mimpi buruk], Dan sesiapa yang tidur dengan harapan untuk kekayaan dan kedudukan mungkin diri terpedaya dengan khayalan sesuai dengan permintaan keselesann Al-Ana (keakuan) yang besar yang diminatinya, dan keinginan dirinya juga boleh berlaku ketika jaga iaitu manusia melihat kasyaf dari Allah atau diperlihatkan syaitan atau melihat dan mendengar daripada keinginan dirinya.
[11] mungkin mereka yang berdusta ini, mengatakan: Mengapa tidak dikatakan pendusta, pada meraka yang bercanggah dengan kita? 
Jawapannya: kerana mereka mengemukakan pandangan dan rukya mereka bercanggah dengan Nash Khalifah Allah terdahulu yang disifatkan sebagai terpelihara dara kesesatan, Maka rukya yang sepadan dengannya adalah benar; kerana Allah adalah satu dan firmanNya satu, dan yang menyalahiNya terang-terang adalah rukya dusta atau hanya khayalan diri yang bersifat kesyaitanan.
[12] Lihat Lampiran (5) riwayat-riwayat ulamak akhir zaman dalam menyokong Al-Mahdi (as).


Sebelum ✡✡ MENU ✡✡ Berikutnya




Rabu, 5 Oktober 2016

Bagaimana Mengenal Khalifah Allah Di BumiNya:



Bagaimana Mengenal Khalifah Allah Di BumiNya:

          
Kekhalifahan seperti yang telah  diterangkan tidak dapat tidak mesti dilaksanakan, kerana jika meninggalkanya adalah bertentangan dengan kebijaksanaan dan akal dan bertentangan dengan rahmat. Manusia sebagai penciptaan (makhluk) yang paling sempurna yang perlu diletakkan dari salah satu peribadi yang terpilih. dan telah ditunjukkan bahawa manusia yang terpilih itu adalah untuk melaksanakan kekhalifahan, dan dicipta untuk menjadi Khalifah Allah:
  
﴿وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً﴾
  
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.". [Al- Baqarah 2:30]


Allah menciptakan Adam menurut rupa-Nya« [1]. Telah disebut di dalam Taurat atau Perjanjian Lama:

(26) Berfirmanlah Allah: "Baiklah Kami menjadikan manusia menurut gambar dan rupa kami." [2]

(27) Maka Allah menciptakan manusia itu menurut gambar-Nya, menurut gambar Allah diciptakan-Nya penciptaan-Nya. [3]§   
              
Maka tidak dapat tidak dalam keadaan ini bahawa Allah meletakkan pilihanNya untuk setiap zaman seorang manusia bagi menjadi pengganti (khalifah) kepada Allah di bumi ini, bahkan walaupun Khalifah itu terpaksa ditiadakan mesti ada yang menggantikan (timbalannya) untuk memegang kedudukannya atas sebab yang sama. Maka kami di sini dikhususkan kepada kami sebagai Khalifah di kalangan semua makhluk secara umum dan dihadkan yang seumpama kami menjadi seorang manusia yang dicipta dan dibentuk menurut rupa bentuk (imej) Al-Lahut (ketuhanan)..

Keperibadian yang khusus ini memegang kenyataannya, dan di sini kita sentiasa memerlukan peraturan untuk membezakan khalifah, jika tidak ia akan memusnahkan tujuan kekhalifahan iaitu merekalah yang membimbing manusia untuk mengenal Allah SWT dan dengan perintah-perintahNya, kehendak dan laranganNya. Oleh itu kita memerlukan peraturan bagi mengenal Hujah itu yang berkuat kuasa sejak hari pertama ia diutus sehinggalah berlakunya Al-Saah (Kiamat) dan berakhirnya ujian di dunia ini kerana manusia adalah mukallaf (orang-orang diberati) untuk beriman dengan khalifah Allah apabila mereka diutus dan selepas mereka diutus, dan pengetahuan tentang kebenaran dan aqidah dari mereka dan diwariskan dari mereka dan mematuhi apa yang digantikannya dari Khalifah berikutnya. Sekurang-kurangnya peraturan itu seharusnya berkuat kuasa untuk tempoh masa dilanjutkan sehingga berakhirnya kepentingan dan penggunaan risalah yang diutus pengutus, contohnya, pada Muhammad (S) ia dilanjutkan sehingga ke hari ini.





--------------------------------------------
[1] Al-Kafi - Al-Kulaini: Jilid 1, halaman 134; Al-Tauhid- Al-Shaduq:.. halaman 103
[2] Taurat (Perjanjian Lama): Kejadian - Bab 1
[3] Taurat (Perjanjian Lama): Kejadian - Bab 1




Sebelum ✡✡ MENU ✡✡ Berikutnya

Ayat Ikmal Al-Din:


Ayat Ikmal Al-Din:
(Ikmaluddin  - Ayat Kesempurnaan Agama):


Allah SWT berfirman:

﴿حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ الله بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ وَأَن تَسْتَقْسِمُوا بِالْأَزْلَامِ ۚ ذَٰلِكُمْ فِسْقٌ ۗ الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِن دِينِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ ۚ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِّإِثْمٍ ۙ فَإِنَّ الله غَفُورٌ رَّحِيمٌ﴾

Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, dan yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa karena kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [Al-Maidah 5:3]
Yang sempurna mengikut ayat ini adalah agama. Agama adalah Aqidah dan Syari’at, Untuk mengatakan tidak lengkap pada salah satu daripadanya sudah tentulah bertentangan dengan makna zahir ayat. Seolah-olah mana-mana dari keduanya (Aqidah dan Syari’at) tidak lengkap dalam keanyaaan yang sebenarnys dan dalam penulisan risalahnya bagi mana-mana mazhab Islam yang bermakna bahawa mazhab ini adalah tidak benar, kerana keadaan sebenarnya dapat dilihat dengan jelas bertentangan dengan Al-Quran.
            
Golongan Salafi atau Wahabi dan Sunni pada umumnya mereka menetapkan syari’at dahulu dan sekarang tidak mengadakan (mengambil) nash dari Al-Maksum dalam banyak perkara. Oleh kerana perkembangan kehidupan yang menuntut hukum syar’ei dalam peribadahan (taabudi), dan sebagai contoh: sholat di sekitar kawasan kutub. Dengan demikian pada kenyataanya mereka mengatakan: Bahawa pada mereka Agama ini tidak lengkap, dan ini memaksa mereka menggubal perundangan dengan pendapat (pandangan) apabila tiada nash, malahan mereka juga mempunyai perbezaan (khilaf) besar di antara mereka dalam aqidah. Golongan Salafi atau Wahabi, contohnya, beriktiqad (percaya) bahawa pada hakikatnya Tuhan mempunyai mata, tangan dan jari, dan golongan Al-Asya’irah seperti Al-Azhar tidak beriktiqad dengannya, bahkan mengatakan iktiqad Salafi Wahabi itu adalah aqidah yang rosak (fasad)........

Keluarga Muhammad (as) adalah pelengkap bagi agama, dan dari merekalah Khalifah Allah dilantik. Kerana sesungguhnya baginda (S) yang bertanggungjawab menerangkan aqidah dan syariat yang sebenar melalui perintah Allah, oleh itu tidak ada perselisihan dan tidak ada percanggahan pada aqidah ini menurut zahir Ayat Ikmal Al-Din (Ikmaluddin).: Agama dilaksanakan oleh juru bicara rasmi dari Allah atau Khalifah Allah selepas Rasulullah Muhammad (S), dan ini menjadikan aqidah dan syariat agama lengkap sempurna, dan tidak wujud perselisihan dalam urusan agama jika fuqahak (ulamsk) yang bukan maksum itu melakukan tindakan yang betul dengan pendapat-pendapat dan keinginan mereka, begitu juga halnya dengan Aqidah Al-Sunni yang bercanggah dengan Zahir ayat tersebut
                       
Pada persoalan ketiadaan maksum kita katakan: Ketiadaan maksum adalah ibarat dari terlaksananya keghaiban akibat tidak wujudnya penerima dan ia adalah perlaksanaan Ilahi sebagaimana semestinya, dan bukan seperti yang diandaikan dan dikhayalkan oleh mereka yang memberi pendapat dan membuat tuduhan. dan dengan itu tidak ada percanggahan antara aqidah ini dengan zahir Ayat Ikmal Al-Din.

Ya, percanggahan pada Ayat Ikmal Al-Din terjadi di halaman orang-orang yang beriiktiqad bahawa Al-Maksum yang tidak hadir (ghaib) telah meninggalkan syariat untuk diurus oleh fuqahak yang bukan maksum dan mwlaksanakan agama Allah atau dalam perkembangan menurut pandangan (pendapat) mereka, dan kemudian yang memburukkan lagi keadaan adalah dengan memfardhukan kepada orang-orang beriman aqidah wajib bertaqlid kepada yang bukan maksum dan mereka mendakwa sebagai maksum.

Sebenarnya, tidak ada cara untuk disepakati zahir Ayat Ikmal Al-Din ini
selain daripada apa yang kita katakan dan kita iktiqadkan bahawa menyempurnakan agama itu hanya dengan menjadikan perlantikan Khalifah Allah selepas Rasulullah Muhammad (S) adalah orang-orang yang melaksanakannya - dan menyampaikan perlaksanaan syariat dari Allah - kepada manusia, dan ketiadaan imam kerana tiada wujudnya penerima, dan zaman sebelum kemunculan Mahdi Pertama yang disebut dalam Wasiat Rasulullah (S) adalah zaman Fatrah – terputus, dan bahawa perintah Allah atas manusia dalam tempoh itu ditangguhkan dan tidak layak diberi ganjaran, tetapi diberikan ganjaran dengan rahmat Allah SWT.

Ayat ini membuktikan kesilapan (kebatilan) semua pendekatan (manhaj) yang mengatakan zaman ini bebas dari Khalifah Allah (seperti pendekatan Sunni atau Salafi Wahhabi), dan juga membuktikan kesilapan (kebatilan) semua pendekatan dengan ketiadaan Al-Maksum umat menghadapi kekurangan dan tidak wujudnya penerima, Maka ayat ini tidak selaras dengan pendekatan tersebut pada terasnya, kerana agama pada mereka adalah mengikut kenyataan amalan (perlaksanaan) - bukan disempurnakan dengan jalan ilahi, jalan Khalifah ilahi yang dilantik oleh Allah atau oleh orang yang dilantik untuk berhubung dengan manusia sebagai duta-duta, tetapi dilengkapi oleh ulamak yang bukan maksum yang secara sukarela menceroboh dalam tempoh Fatrah – terputus itu, untuk melaksanakan agakan pemikiran (dzan) dan mengemukakan hukum-hukum yang mereka katakan ia bukan hukum Allah pada kenyataannya, dan dengan itu mereka sendiri mengakui bahawa agama adalah di sisi mereka dan mengikut bahawa penggubalan mereka adalah serba kurang dan tidak lengkap. Dengan itu mereka mengakui bahawa mereka tidak mengetahui bahawa mereka menggubal aqidah yang bertentangan dengan Ayat Ikmal Al-Din.

Kita mesti memberi perhatian pada perkara yang mempunyai matlamat yang sangat penting ini: janganlah sekali-kali kedua-dua pendekatan itu dapat melalaikan di halaman Allah dan halaman Khalifah Allah atau halaman maksum; dengan menganggap bahawa Allah telah meninggalkan agama kepada mereka untuk melaksanakan apa yang baru dan memerlukan pertimbangan hukum syar’ei, tetapi sebaliknya merekalah yang mengaku melalaikan menjadikan mereka enggan menerima kedudukan Khalifah Allah (atau wakilnya). Mereka menganggap bahawa Allah telah meninggalkan agama kepada orang-orang yang bukan maksum dan tidak dilantik dari kalangan maksum, untuk melaksanakan kesemua pendapat mereka tanpa apa-apa nash syar’ei. Ini sebenarnya, jelas mencabar kebijaksanaan Allah serta ia juga menyediakan percanggahan dengan firman Allah SWT (Ayat Ikmal Al-Din) yang sesungguhnya menyempurnakan Agama..


Kesimpulan Dan Ringkasan:


Terdapat satu pendekatan yang kononnya bumi bebas daripada Hujah Allah seperti pendekatan Sunni dan Salafi. Ia adalah pendekatan (manhaj) iktiqad yang bertentangan nash Zahir di beberapa tempat dalam Al-Quran, termasuk: Ayat Ikmal Al-Din seperti yang telah diterangkan.

Pendekatan yang lain adalah orang yang menngakui bahawa zaman tidak berlalu tanpa Hujah Allah, tetapi dia mengatakan bahawa Hujah itu boleh tiada (ghaib) walaupun wujudnya penerima, tanpa perlantikan dan nash untuk mengadakan kedudukan tertentu sebagai wakil untuk menyampaikan hukum Allah pada kenyataannya. Oleh itu untuk memenuhi kekurangan dalam agama, mereka adalah fuqahak yang menawarkan diri mereka sendiri walaupun mereka tidak dilantik sebagai Hujah Allah. Pendekatan (manhaj) ini jelas bertentangan dengan Ayat Ikmal Al-Din. Mereka mengira  merekalah sebenarnya yang menyempurnakan agama Allah. Pada hal mereka sendiri yang menawarkan diri mereka sebagai fuqahak tanpa lantikan dan tidak ada nash pada mereka dengan kelayakan mereka ubtuk memenuhi kekurangan dengan hukum-hukum dan fatwa-fatwa yang mereka gubal yang tidak mewakili hukum Allah pada kenyataannya. Pada hakikatnya pendekatan ini tidak banyak berbeza daripada yang sebelumnya, Kedua-duanya adalah bertentangan dengan Ayat Ikmal Al-Din.

Adapun pendekatan ketiga adalah apa yang kami sampaikan. Ia adalah zaman yang tidak bebas dari Hujah Allah dan tidak benar tidak ada lantikan wakil (naib) padanya. dan dalam hal keghaiban yang tidak ada lantikan wakil (naib) padanya di khalayak umum, maka jadilah umat itu secara keseluruhannya lalai dan sesat (menyeleweng) dari kebenaran dan tidak ada padanya penerima, yang menerima pendekatan Ilahi yang sahih,

                      
Dalam keadaan ini Al-Hujah atau Naib (wakil) ditetapkan oleh Al-Rasul tetapi tidak diminta baginda mengisytiharkan dan menyampaikannya kepada manusia-kerana tidak wujudnya penerima padanya. dan dalam keadaan ini menjadikan umat beriman kepada Khalifah Allah dalam zaman Fatrah – terputus.
:
﴿يَا أَهْلَ الْكِتَابِ قَدْ جَاءَكُمْ رَسُولُنَا يُبَيِّنُ لَكُمْ عَلَىٰ فَتْرَةٍ مِّنَ الرُّسُلِ أَن تَقُولُوا مَا جَاءَنَا مِن بَشِيرٍ وَلَا نَذِيرٍ ۖفَقَدْ جَاءَكُم بَشِيرٌ وَنَذِيرٌ ۗ وَاللَّـهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ﴾

Wahai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami, menjelaskan kepadamu ketika Fatrah (terputus pengiriman) rasul-rasul agar kamu tidak mengatakan: "Tidak datang kepada kami baik seorang pembawa berita gembira maupun seorang pemberi peringatan". Sesungguhnya telah datang kepadamu pembawa berita gembira dan pemberi peringatan. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. [Al-Maidah 5 19]

Dan jadilah penduduknya orang-orang yang ditangguhkan sampai ada keputusan Allah.

﴿وَآخَرُونَ مُرْجَوْنَ لِأَمْرِ اللَّـهِ إِمَّا يُعَذِّبُهُمْ وَإِمَّا يَتُوبُ عَلَيْهِمْ ۗ وَاللَّـهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ﴾

Dan ada (pula) orang-orang lain yang ditangguhkan sampai ada keputusan Allah; adakalanya Allah akan mengazab mereka dan adakalanya Allah akan menerima taubat mereka. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. [AlTaubah 9:106]
Seperti halnya dengan pengaut Agama Hanif *Ahnaf) sebelum diutus Al-Rasul Muhammad (S) dan keadaan Syiah sebelum diutus Mahdi Pertama yang disebut dalam wasiat Rasulullah Muhammad (S).

Dalam Kitab Al-Ghaibah Al-Nu’mani:
Dari Muhammad bin Ya’kub Al-Kulaini, katanya: dari Muhammad bin Yahya, dari Ahmad Ibn Idris, dari Muhammad bin Ahmad, dari Jaafar bin Al-Qasim, dari Muhammad bin Al-Walid Al-Khazaz, dari Al-Walid bin ‘Uqbah, dari Al-Harith bin Ziyad, dari Syu’aib bin Abi Hamzah, dia berkata:

دخلت على أبي عبد الله (ع) فقلت له: أنت صاحب هذا الإمر؟ فقال: لا. فقلت: فولدك؟ فقال: لا. فقلت: فولد ولدك؟ فقال: لا. قلت: فولد ولد ولدك؟ قال: لا. قلت: فمن هو؟ قال: الذي يمألها عدلأ كما ملئت ظلما وجورا لعلى فترة من الإئمة يأتي كما أن النبي (ص) بعث على فترة من الرسل.  :

Aku masuk berjumpa Abi Abdillah (as) dan aku berkata kepadanya: Tuan adalah pemilik urusan ini (Shohib Al-Amr)? Beliau berkata: Tidak. Aku bertanya: Adakah anak tuan? Beliau berkata: Tidak. Aku bertanya lagi: Adakah anak kepada anak tuan? Beliau berkata: Tidak. Aku bertanya lagi: Adakah anak kepada cucu tuan? Beliau berkata: Tidak. Aku bertanya lagi: Siapakah dia? Beliau berkata: Orang yang memenuhinya dengan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan ketika tempoh Fatrah – terputusnya - Imam-imam, yang datang sebagai mana datangnya Nabi (S) yang diutus pada tempoh Fatrah – terputusnya Rasul-rasul. [1]

Maka kesimpulannya: Tidak wujud pendekatan disebabkan kebocoran di halaman Allah sehingga mengalami kekurangan, dan ini berlawanan dengan Ayat Ikmal Al-Din dan tidak selaras dengannya selain pendekatan yang kami sampaikan,:ia adalah: Bahawa masa tidak akan berlalu tanpa hujah yang jelas untuk berhubung dengan umat secara langsung atau melalui duta-duta sekiranya wujudnya penghalang, atau hujah tidak hadir berhubung dengan umat manusia, dan dalam keadaan ini di mana zamannya adalah zaman Fatrah – terputus – kerana tidak wujud penerima, dan orang-orang yang beriman kepadanya adalah orang-orang yang lalai dan mereka diberi tangguh sampai ada keputusan Allah.


--------------------------------------

[1] AL-Ghaibah – Al-Nu’mani: halaman 192-193..




Sebelum ✡✡ MENU ✡✡ Berikutnya


Isnin, 3 Oktober 2016

Al-Fatrah - Imam Yang Menunggu Tetapi Bukan Ditunggu


Tempoh Al-Fatrah (Terputus) Sebelum Kedatangan Imam Mahdi:      
                  

Imam Yang Menunggu Tetapi Bukan Ditunggu

(الإمام مُنتظِر وليس مُنتظَر )

Ini adalah haqiqat yang diakui oleh semua oramg mukmin dengan apa yang diriwayatkan dari Muhammad dan Aali Muhammad (as) pada suatu bentuk atau bentuk-bentuk yang lain. Sekurang-kurangnya mereka mengakuinya apabila mereka mengatakan bahawa Imam sedang menunggu kesediaan (313) orang lelaki menampilkan diri, walaupun mereka tidak memahami perkara ini sebelumnya atau sebelum penerangan ini, bahkan diakui oleh semua yang mengatakan bahawa terdapat orang-orang terpilih untuk menyokong sang penyelamat, seperti dinyatakan dalam Injil. [1]
Oleh itu soalan-soalan terdahulu dan yang baru yang terus menerus cuba untuk mewajarkan pendekatan yang menyeleweng itu [2] dengan berkata, "Bagaimana dengan keadaan buruk abad-abad terdahulu ", atau "Bagaimana keadaan mereka yang terdahulu, dan bagaimana mereka yang beramal dengan agama", Itu adalah kerana berdasarkan kepada anggapan yang salah dengan mereka mengandaikan bahawa tiada kesalahan pada kurun-kurun terdahulu, Oleh itu, apakah semua yang ada pada mereka adalah kebenaran dan haqiqat yang mutlak? Ini tidaklah betul sebagaimana yang telah diterangkan. Masalah ini telah diterangkan dan disebut dalam riwayat bahawa kelapangan (faraj) bergantung kepada kesediaan (313) lelaki, yang bermaksud bahawa riwayat-riwayat ini menerangkan bahawa Al-Fatrah (zaman terputus)  menjelang kebangkitan di mana tidak wujud (313) lelaki yang bersedia untuk menerima Al-Mahdi [3]. Iaitu, tidak wujud penerima Khalifah Allah di bumiNya dan risalah pemulihan yang dibawanya. Ini membawa kepada terjadinya Ghaibah Kubra (keghaiban besar) dan diangkat Al-Hujah dari penglihatan di antara mereka atas kecuaian mereka, seperti yang disebutkan dalam riwayat [4], dan ditangguhkan kedatangan Al-Mahdi Pertama ke Alam Jasmani (dunia) ini sehingga ada kesediaan para penerima.

Riwayat ini jelas menunjukkan bahawa zaman keghaiban (Imam al-Mahdi (as) diangkat) tidak lain adalah sama seperti zaman Fatrah (terputus) yang mendahului pengutusan Rasulullah Muhammad (S). Dan Nabi Isa (as) juga diangkat, tetapi jelas menunjukkan bahawa Al-Mahdi, yang memenuhinya dengan keadilan adalah Mahdi Pertama yang diutus dalam tempoh Fatrah – terputusnya - Imam-imam; dan sebab itulah Imam Al-Mahdi Muhammad bin Al-Hassan (as) tidak diutus pada zaman Fatrah – terputusnya - Imam-imam, tetapi beliau telah diutus memegang Imamah dan menyebarkan risalah selepas syahid bapanya, Imam Al-Hasan Al-‘Askari (as):

Al-Nu’mani: Dari Muhammad ibn Ya’kub Al-Kulaini, katanya: dari Muhammad bin Yahya, dari Ahmad Ibn Idris, dari Muhammad bin Ahmad, dari Jaafar bin Al-Qasim, dari Muhammad bin Al-Walid Al-Khazaz, dari Al-Walid bin ‘Uqbah, dari Al-Harith bin Ziyad, dari Syu’aib bin Abi Hamzah, dia berkata:


دخلت على أبي عبد الله (ع) فقلت له: أنت صاحب هذا الإمر؟ فقال: لا. فقلت: فولدك؟ فقال: لا. فقلت: فولد ولدك؟ فقال: لا. قلت: فولد ولد ولدك؟ قال: لا. قلت: فمن هو؟ قال: الذي يمألها عدلأ كما ملئت ظلما وجورا لعلى فترة من الإئمة يأتي كما أن النبي (ص) بعث على فترة من الرسل.  :

Aku masuk berjumpa Abi Abdillah (as) dan aku berkata kepadanya: Tuan adalah pemilik urusan ini (Shohib Al-Amr)? Beliau berkata: Tidak. Aku bertanya: Adakah anak tuan? Beliau berkata: Tidak. Aku bertanya lagi: Adakah anak kepada anak tuan? Beliau berkata: Tidak. Aku bertanya lagi: Adakah anak kepada cucu tuan? Beliau berkata: Tidak. Aku bertanya lagi: Siapakah dia? Beliau berkata: Orang yang memenuhinya dengan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan ketika tempoh Fatrah – terputusnya - Imam-imam, yang datang sebagai mana datangnya Nabi (S) yang diutus pada tempoh Fatrah – terputusnya Rasul-rasul. [5]
Bagi mereka yang mengatakan bahawa Imam Mahdi adalah yang dilahirkan di akhir zaman, dan mereka tidak mengatakan pada Imam Mahdi Muhammad bin Al-Hasan (as) yang berada dalam keghaiban, dan mereka menyingkirkan sebab yang juga mendaduluinya, dan telah menangguhkan kelahirannya ke akhir zaman adalah disebabkan oleh tidak adanya penerima pada zaman yang lalu, dan hanya jika adanya penerima bagi Khalifah Allah di alam Jasmani ini sebelum kebangkitannya.

Untuk menyebarkan keadilan dan kesaksamaan dan mengembalikan semula Sunnah Rasulullah (S) yang subur dan segar sebagaimana diisyaratkan oleh Rasulullah (S), walaupun jika dilihat terhadnya tugas-tugas Al-Mahdi - walaupun dia adalah Khalifah Allah di sisi Al-Sunnah [6] - untuk menegakkan Khalifah Al-Rasyidah mereka akan diusir atas sebab-sebab terdahulu; di mana Khalifah Al-Rasyidah pada mereka telah berakhir pada Khalifah Ali (as) atau Al-Hassan (as) dan telah berlalu lebih daripada seribu tahun, Tidakkah semua ini melewatkan kemunculan Khalifah Allah Al-Mahdi, jika ia tidak berkaitan dengan para penerima seperti yang telah dijelaskan.

Apa Yang Mendahuluinya:

Jelas menunjukkan bahawa masa di antara diangkat Imam Mahdi Muhammad bin Al-Hasan (as) dan terutusnya Mahdi Pertama atau Al-Yamani adalah tempoh Fatrah – terputus -  seperti tempoh masa di antara diangkat Isa (as) dan terutusnya Al-Rasul Muhammad (S) [7]. Sebab bagi tempoh Fatrah – terputus -  itu juga menunjukkan tidak wujudnya penerima, dan betapa rahmat Allah kepada manusia yang telah membiarkan untuk menangguhkan urusan menyempurnakan rahmat-Nya.

Juga: ia menerangkan dengan jelas sebab-sebab pemindahan kepada keghaiban dan bahkan juga sebab ditangguhkan kelahiran Mahdi Pertama yang diciptakanNya di Alam Jasmani ini.

Dan juga: ia menjawab terhadap  kekeliruan bahawa jika tiada atau diangkatkan Al-Hujah dari manusia yang memerlukannya adalah bertentangan dengan keadilan dan kebijaksanaan Ilahiyah sebagaimana didakwa oleh Wahabi atau orang-orang yang memanggil diri mereka Salafi.

Juga: Ia menerangkan makna apa yang disebut bahawa setiap panji sebelum Al-Qaim adalah panji taghut [8], kerana ia panji-panji dalam tempoh Fatrah – terputus -  yang mendahului kezuhuran (Al-Mahdi), dan oleh itu ia adalah panji-panji yang membawa sebahagian dari kebatilan walaupun sebahagiannya bercampur dengan kebenaran.

Jadi, pada hakikatnya Imam AL-Mahdi yang tidak diterima dighaibkan kerana tidak wujudnya para penerima. 

Dari Abi Ja'far (as): 

Sesungguhnya Allah apabila marah (benci) kepada kita disisi sesuatu kaum akan diangkat kami daripada penglihatan mereka [9]

Tiada siapa yang boleh menafikan tidak wujudnya para penerima dalam zaman Al-Ghaibah atau zaman sebelum berdiri dan tertegaknya keadilan di muka bumi, kerana para penerima yang terlalu sedikit, seperti yang dijelaskan dalam riwayat-riwayat, mereka adalah (313) orang. Jadi para penerima tidak wujud [10] untuk tempoh Fatrah – terputus -  Al-Ghaibah yang panjang, dan Imam dighaibkan dan tidak hadir.

-------------------------------------
[1] (15) "Kalian akan melihat 'Kejahatan yang menghancurkan', seperti yang dikatakan oleh Nabi Daniel, berdiri di tempat yang suci. 
(16) maka orang-orang yang di Yudea haruslah melarikan diri ke pegunungan.
(17) Orang yang sedang di peranginan di atas rumah janganlah ia turun untuk mengambil barang-barang dari rumahnya,
(18) dan orang yang sedang di ladang janganlah ia kembali untuk mengambil pakaiannya.
(19) Celakalah ibu-ibu yang sedang hamil atau yang menyusukan bayi pada masa itu.
(20) Berdoalah, supaya waktu kamu melarikan diri itu jangan jatuh pada musim dingin dan jangan pada hari Sabtu.
(21) Sebab pada masa itu akan terjadi siksaan yang dahsyat seperti yang belum pernah terjadi sejak awal dunia sampai sekarang dan yang tidak akan terjadi lagi.
(22) Dan sekiranya waktunya tidak dipersingkat, maka dari segala yang hidup tidak akan ada yang selamat; akan tetapi oleh karena orang-orang pilihan waktu itu akan dipersingkat.
(23) Pada waktu itu jika orang berkata kepada kamu: Lihat, Mesias ada di sini, atau Mesias ada di sana, jangan kamu percaya.
(24) Sebab Mesias-mesias palsu dan nabi-nabi palsu akan muncul dan mereka akan mengadakan tanda-tanda yang dahsyat dan mukjizat-mukjizat, sehingga sekiranya mungkin, mereka menyesatkan orang-orang pilihan juga. [Injil Matius 24:15-24]
(15) Orang yang sedang di peranginan di atas rumah janganlah ia turun dan masuk untuk mengambil sesuatu dari rumahnya,
(16) dan orang yang sedang di ladang janganlah ia kembali untuk mengambil pakaiannya.
(17) Celakalah ibu-ibu yang sedang hamil atau yang menyusukan bayi pada masa itu.
(18) Berdoalah, supaya semuanya itu jangan terjadi pada musim dingin.
(19) Sebab pada masa itu akan terjadi siksaan seperti yang belum pernah terjadi sejak awal dunia, yang diciptakan Allah, sampai sekarang dan yang tidak akan terjadi lagi.
(20) Dan sekiranya Tuhan tidak mempersingkat waktunya, maka dari segala yang hidup tidak akan ada yang selamat; akan tetapi oleh karena orang-orang pilihan yang telah dipilih-Nya, Tuhan mempersingkat waktunya.
(21) Pada waktu itu jika orang berkata kepada kamu: Lihat, Mesias ada di sini, atau: Lihat, Mesias ada di sana, jangan kamu percaya.
(22) Sebab Mesias-mesias palsu dan nabi-nabi palsu akan muncul dan mereka akan mengadakan tanda-tanda dan mukjizat-mukjizat dengan maksud, sekiranya mungkin, menyesatkan orang-orang pilihan. [Injil Markus bab 13]
[2] .hakikat, keadaan orang yang menganjurkan wajibnya bertaqlid kepada yang bukan maksum hari ini amat memalukan dan menyedihkan sekali.. Mereka telah menyalahi pendekatan ilmiah dengan mewajibkan bertaqlid kepada yang bukan maksum, yang mengemukakannya dan memfardhukannya ke atas manusia dengan menerangkan bahawa ianya diperlukan atau penting tanpa dalil atasnya melainkan keinginan mereka. mereka mengambil dan berpegang kepada syubhah-syubhah (syak wasangka) termasuk syubhah bertaqlid ini. Mereka demi Allah mengada-adakan dan mengikuti untuk berbid’ah, dan jika mereka tidak menyedarinya pada masa lalu, maka pada hari ini mereka telah mengetahui ianya bid’ah berkat seruan dan dakwah kebenaran zaman Al-Mahdi (Al-Mahdawiyah).
Mereka menyediakan semua maklumat untuk mewajibkan bertaqlid kepada yang bukan maksum sebahagian dari aqidah seperti yang disebutkan oleh Al-Syeikh Muhammad Redha Al-Mudzaffar dalam kitabnya "3aqaid Al-Imamiyyah " yang kini menjadi kitab panduan di seminar-seminar Ilmiah. Kemudian mereka mengatakan bahawa aqidah ini perlukan dalil qath’ei (muktamad) atau tidak cukup hanya dengan satu sanad riwayat sahih sahaja (mengikut pendekatan mereka), dan tidak jugs dengan satu ayat Al-Quran yang tidak muhkamat yang tidak jelas keabsahannya (petunjuknya), tetapi walaupun mereka menafikan persediaan mereka pada bid’ah mewajibkan bertaqlid kepada yang bukan maksum sebagai salah satu daripada aqidah mereka pada hal mereka sudah mempunyai syariat asal yang tidak membenarkan bertaqlid seperti mana asal kewajipan sholat dan kewajipan berpuasa, dan dengan itu mestilah mengadakankan dalil qath’ei atasnya tidak cukup dengan agakan (dzan) dan kekeliruan (waham) untuk mengesahkannya.
Dengan ini mereka datang dengan tangan kosong, tiada ayat yang muhkam dan dalil-dalil (petunjuk) yang jelas. Bahkan tidak ada satu riwayat dengan sanad sahih dan dengan sanad yang muhkam pun dapat diberikan. Mereka perlu membawa riwayat-riwayat yang mutawatir atau yang kukuh (qath’ei) mengikut kaedah mereka. Mereka hanya medatangkan kekeliruan-kekeliruan sahaja, sekiranya kita bersemuka dengan mereka, mereka akan berkata kepada kita tidak lain selain andaian belaka, tidak ada yang kukuh (qath’ei). Dan dengannya mereka telah mendapat manfaat dari sepotong aqidah ini sehingga mereka membawa kata-kata mereka kepada golongan miskin daripada orang awam. Amalan orang awam tanpa bertaqlid kepada mereka adalah batil dan amalan sholat dan puasa mereka tidak sah dan jika tidak bertaqlid kepada mereka ... dan lain-lain. Ini adalah aliran yang menyeleweng dengan kekeliruan-kekeliruan mereka. Al-Shadiq (as) telah berkata: 
"Berhati-hati dengan taqlid, sesiapa yang meniru- niru (bertaqlid) dalam agamanya akan binasa, Allah SWT berfirman:
 اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِّن دُونِ اللَّـهِ
Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah, 
Demi Allah tidak diterima sholat dan puasa mereka jika yang halal pada mereka diharamkan dan yang haram pada mereka dihalalkan. maka taqlid mereka pada perkara itu adalah pengabdian (penyembahan) mereka tetapi mereka tidak menyedarinya." – Al-Mufid:. halaman 73. Mengenai dalil akal dakwaan bahawa wajib yang jahil merujuk kepada yang alim, ia adalah benar, tetapi ia tidak terpakai kepada para fuqaha yang bukan orang-orang maksum. Mengenai perkataan "yang alim" di sini, siapakah yang dimaksudkan dengannya, adakah dimaksudkan kepada fuqahak atau marajik, adakah kerana mereka dipanggil dengan nama itu, iaitu orang-orang yang hanya membuat andaian (sangkaan) dan mendahulukan sangkaan? Dan para marajik sendiri mengatakan yang mereka mendahulukan andaian dan bukanlah ulamak hanya dengan andaian (sangkaan), hukum dari andaian (sangkaan)  dimiliki orang yang membuat andaian (sangkaan) , Adakah wajib yang jahil merujuk kepada orang yang berandaian?! Adakah ia wajib diterima oleh akal?
Orang alim yang diterima imunya "wajib yang jahil merujuk kepada yang alim." hanyalah– Al-Hujah (Allah), Al-Hujah yang berfatwa dengan ilmu dan keyakinan, tidak dengan andaian (sangkaan) seperti mereka itu.. Perkara yang menyedihkan adalah mereka yang berusaha menyesatkan golongan miskin orang awam, seumpama dirujukkan orang sakit kepada doktor, kadang kala secara tidak segaja orang sakit merujuk kepada orang biasa yang mengagak-agak dan tidak ahli (berilmu), Para doktor tidak mendakwa dia alim (berilmu) - terjamin seratus peratus - dan tidak mempunyai kata putus apabila melakukannya, dia tidak memberikan kadar kejayaan seratus peratus apabila melakukannya dan hanyalah mencadangkannya. Dan tidak terpakai atasnya kaedah "wajib yang jahil merujuk kepada yang alim." Jadi, kamu hendaklah mengatakan bahawa jika kaedah kamu diterima akal pada hakikatnya adalah wajib yang jahil merujuk kepada yang membuat andaian (sangkaan), ini adalah semata-mata sangkaan, ia adalah kekeliruan semata-semata. Maka dari manakah kamu dapat wajib merujuk kepada yang membuat andaian (sangkaan). Andaian (sangkaan)nya dalam agama Allah SWT?! Dengan kita merendah diri pada mereka dan menerima kata-kata mereka  padahal mereka adalah orang-orang yang membuat andaian (sangkaan), sebaliknya jika kita ingin membincangkan apa yang ada di tangan mereka untuk menerangkan bahawa mereka hanyalah orang-orang yang keliru tidak lain kebanyakan dari fatwa-fatwa mereka seperti fatwa permanian beradas, bayi tabung uji, waktu sholat di kutub dan kawasan berhampiran daripadanya ... dan lain-lain.  Percubaan oleh sebahagian orang jahil untuk mengelirukan dengan kata-kata mereka mewajibkan bertaqlid kepada yang bukan maksum dan dengan kata-kata lain adalah dibolehkan bertaqlid kepada yang bukan maksum atau mengambil hukum dari yang bukan maksum, adalah percubaan akhir mereka untuk menyebarkan kata-kata yang sama dalam mewajibkan bertaqlid kepada yang bukan maksum, ia hanya satu anggapan yang salah yang cuba untuk mewajarkan diri mereka untuk waktu yang singkat, Ia hanyalah satu percubaan melarikan diri tetapi tidak akan membawa perubahan melainkan kerugian dan kehinaan. dan terdapat penolakan yang mencukupi kepada masalah membenarkan bertaqlid kepada yang bukan maksum, tetapi kita tidak akan menolaknya kerana mereka tidak mengatakannya sekarang, bahkan mereka mengatakan bahawa ia adalah wajib, dan secara amnya pada suatu saat mereka menghinakan diri sendiri bila mengatakan dibenarkan bertaqlid kepada yang bukan maksum, maka kita akan berbincang dengan mereka pada kata-kata baru mereka yang dinyatakan sebagaimana pengisytiharan pertama mereka yang batil lagi bid’ah di dalam kitab fiqh dan aqidah mereka. Juga: Adalah malang sekali bahawa terdapat mereka yang tidak membezakan penerangan ucapan bid'ah mewajibkan bertaqlid kepada yang bukan maksum, dan menerangkan kata-kata dibenarkan atau tidak dibenarkan mengeluarkan fatwa-fatwa bagi yang bukan maksum, Tidak dapat membezakan antara fatwa-fatwa yang bukan maksum yang berdasarkan pada kata-kata Al-Maksum atau berdasarkan pada kata-kata ijmak atau pendapat akal dan dengan itu mendakwanya sebagai Fiqh dan menyeru orang lain untuk bertaqlid kepadanya.
[3]. Sebahagian riwayat yang khusus mengenai hal ini dalam Lampiran 4.
[4] Dari Abi Ja'far (as): Sesungguhnya Allah apabila marah (benci) kepada kita disisi sesuatu kaum akan diangkat kami daripada penglihatan mereka«.
[5] AL-Ghaibah – Al-Nu’mani: halaman 192-193..
[6] . Sunan Ibn Majah: Dikatakan pada kami Muhammad bin Yahya dan Ahmad bin Yusuf, katanya: Dikatakan pada kami Abdul Razaq dari Sufian Al-Tsuri, dari Khalid Al-Hazha’, dari Abi Qulabah, dari Abu Asma’ Al-Rahbi, dari Tsauban, beliau berkata: 
قال رسول الله (ص): يقتتل عند كنزكم ثلاثة. كلهم ابن خليفة. ثم لا يصير إلى واحد منهم. ثم تطلع الرايات السود من قبل المشرق. فيقتلونكم قتلا لم يقتله قوم". ثم ذكر شيئا لا أحفظه. فقال »فإذا رأيتموه فبايعوه ولو حبوا على الثلج. فإنه خليفة الله، املهدي
"Rasulullah (S) bersabda:  Perperangan yang terpendam antara kamu ada tiga (pihak) semuanya putera khalifah. Kemudian tidak berakhir pada seorang dari mereka. Kemudian muncul panji-panji hitam dari arah timur, mereka melakukan peperangan terhadap kalian, yang tak pernah dilakukan kaum sebelumnya. "Kemudian baginda menyebutkan sesuatu yang tidak aku ingat dan bersabda, "Bila kalian melihatnya, maka berbai’ah kepadanya walaupun dengan merangkak di atas salji. Sesungguhnya dialah Khalifah Allah Al-Mahdi
Al-Mustadrak 3ala Al-Shahihain oleh Al-Hakim: Diberitakan pada kami Al-Hussein bin Ya’kub bin Yusuf Al-3adl dari Yahya bin Abi Talib dari Abdul Wahab bin 3atha’ diberitakan dari Khalid Al-Hazha’, dari Abi Qulabah, dari Abi Asma’ dari Tsauban (ra) 
قال: إذا رأيتم الرايات السود خرجت من قبل خراسان فاتوها ولو حبوا فإن فيها خليفة الله المهدي.
Baginda telah bersabda: Apabila kamu melihat panji-panji hitam keluar dari arah Khurasan datanglah kepadanya walaupun dengan merangkak kerana di sana ada Khalifah Allah Al-Mahdi. 
Hadits ini sahih mengikut syarat kedua-dua syeikh (Bukhari, Muslim) walaupun tidak mengeluarkannya.
Dalam Musnad Ahmad bin Hanbal: Dalam Musnad Ahmad bin Hanbal: Diberitakan pada kami Abdullah dari bapaku dan Waki3 dari Syarik dari Ali bin Zaid dari Abi Qulabah, dari Tsauban katanya: Rasulullah (S) bersabda: 
إذا رأيتم الرايات السود قد جاءت من قبل خراسان فائتوها فإن فيها خليفة الله
Sekiranya kamu melihat panji-panji hitam datang dari arah Khurasan datanglah kepadanya kerana di sana ada Khalifah Allah Al-Mahdi. ".
Dalam Kitab Al-Qaul Al-Musaddid (القول المسدد) oleh Ibn Hajar: Dari Abdullah bin Mas’ud katanya: Rasulullah (S) bersabda: 
إذا أقبلت الرايات السود من خراسان فائتوها فإن فيها خليفة الله المهدي
Apabila datang kepada kamu panji-panji hitam datang dari arah Khurasan pergilah kepadanya kerana di sana ada Khalifah Allah Al-Mahdi [5]

Dikeluarkan oleh Abu Nu`aim Al-Ashbahani (empat puluh hadits mengenai Al-Mahdi): Hadits ke 16, dari Abdullah ibn Umar katanya: 
قال رسول (ص): يخرج المهدي وعلى رأسه عمامة، فيها مناد ينادي: هذا المهدي خليفة الله فاتبعوه
Rasulullah (S) bersabda: Al-Mahdi keluar dan ada serban di atas kepalanya, ada penyeru yang menyeru: Ini Khalifah Allah Al-Mahdi, maka jadilah pengikutnya 
[7]. "Menurut keadaan Al-Fatrah – terputus – yang berlaku kepada rasul sebelum Al-Rasul Muhammad (S), utusan yang bersedia adalah utusan dari Allah, tetapi pada keghaiban Imam Mahdi (as) utusan yang bersedia adalah dari Imam Mahdi (as).
[8] Dari Abi Abdillah (as), beliau berkata: "Semua panji yang berkibar sebelum bangkitnya Al-Qaim dimiliki oleh taghut yang menyembah selain dari Allah AWJ." Al-Kafi - Al-Kulaini: Jilid 8, hal. 295; Wasail Al-Syiah (Aal Al-Bayt) – Al-Har Al-‘Alami: Jilid 15, hal. 52..
Dan dari Abi Ja’far Al-Baqir (as), beliau berkata: "Semua panji yang berkibar sebelum panji Al-Qaim -(as) dimiliki oleh taghut " Al-Ghaibah – Al-Nu’mani: hsl. 115; Mustadrak Al-Wasail - Mirza Al-Nuri:. Jilid 11, hal. 34.
Dan Malik bin Al3Yan Al-Juhani, beliau berkata: Aku mendengar Aba Ja'far Al-Baqir (as) berkata: "Semua panji yang berkibar sebelum Al-Qaim (as) pemiliknya adalah taghut " Al-Ghaibah – Al-Nu’mani: hal 115..
Dan Malik bin Al3Yan Al-Juhani, beliau berkata: Aku mendengar Aba Ja'far Al-Baqir (as) berkata: Semua panji yang berkibar - atau beliau berkata: keluar - sebelum bangkitnya Al-Qaim (as) pemiliknya adalah taghut." Al-Ghaibah – Al-Nu’mani: hal 115..
Dan dari Ali Bin Al-Hussein (as) beliau berkata: "Demi Allah tidak keluar seorang pun dari kami sebelum keluarnya Al-Qaim (shalawatu Allah 3alaihim ajmain)) melainkan ia seperti ayam yang mengibas-ngibaskan kepaknya dari sarangnya sebelum menguncupkan sayapnya lalu mengambil anak buahnya dan menyalahgunakannya " Al-Kafi - Al-Kulaini: Jilid 8, hal. 382; Wasail Al-Syiah (Aal Al-Bayt) – Al-Har Al-‘Alami: Jilid 15, hal. 51..
Dan Abu Ja'far Muhammad bin Ali Baqir (as) berkata, "Perumpamaan keluarnya Al-Qaim dari kami seperti keluarnya Rasulullah (S) dan seumpama keluarnya kami ahlulbait sebelum Al-Qaim (as) seperti ayam yang mengibas-ngibaskan kepaknya lalu menyalahgunakan anak buahnya." Al-Ghaibah – Al-Nu’mani: hal 206 ; Syarah Al-Akhbar - Al-Qadhi Al-Maghribi: Jilid 3, hal. 56; Mustadrak Al-Wasail - Mirza Al-Nuri: Jilid 11, hal. 37
[9] 3ilal Al-Syarai3- Al-Shaduq: Jilid 1, hal. 244 Bab 179 3illah Al-Ghaibah..
[10] Kaum yang menerima ini adalah orang-orang yang menerima rissalah Al-Mahdi, Dailah yang membetulkan aqidah agama, syariat, sosial, politik, ekonomi dan yang dibawa oleh Al-Mahdi yang bertentangan dengan apa yang ada dalam tangan mereka. Ini bukanlah suatu perkara yang tidak penting atau mudah, ia adalah dalam zaman kezuhuran, sebagai contoh, terdapat pertentangan (khilaf) perwarisan agama yang dirosakkan dan bercangah dengan semua rujukan agama ketika kemunculan Imam Mahdi. Mereka orang-orang yang menerima kemunculan dari tempat yang penuh dengan bau busuk najis yang biasa dihidu oleh semua orang di sekeliling mereka., terpaksa ke luar rumah untuk menghirup udara segar, untuk menjelaskan dan membezakan tahap najis yang yang mencemarkan bau udara dan najis yang mereka hidu pada masa yang sama adalah sangat mudah dan sukar. Maka ia sangat mudah bagi manusia berjalan melangkah untuk menyedut udara bersih, dan amat sukar untuk mengakui atau mungkin untuk tinggal di tempat yang berbau busuk dan penuh dengan udara berbau najis- tanpa dapat membezakannya - untuk mengambil langkah pertama.



Sebelum ✡✡ MENU ✡✡ Berikutnya