DAKWAH KEPADA AL-SUNNAH





DIA MEMBAWA NASH LANTIKAN DARI ALLAH DAN RASUL
DIA MEMBAWA  ILMU DAN HIKMAH DARI ALLAH
SERUAN DAKWAHNYA BAI'ATU lILLAH

MAKA DIA ADALAH KHALIFAH ALLAH AL-MAHDI



       


Berita Besar dan bagaimana memahaminya?

Berita kedatangan Khalifah Allah adalah berita besar dan Allah telah menyebutnya di dalam Al-Quran dalam surah Berita, surah Al-Naba' surah 78: ayat 1-5
أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

﴿بسم الله الرحمن الرحيم﴾
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengsihani

﴿عَمَّ يَتَسَاءَلُونَ * عَنِ النَّبَأِ الْعَظِيمِ * الَّذِي هُمْ فِيهِ مُخْتَلِفُونَ * كَلَّا سَيَعْلَمُونَ * ثُمَّ كَلَّا سَيَعْلَمُونَ﴾

Tentang apakah mereka saling bertanya-tanya?? (1) Tentang berita yang besar, (2) yang mereka perselisihkan tentang nya. (3) Sekali-kali tidak; kelak mereka akan mengetahui, (4) kemudian sekali-kali tidak; kelak mereka akan mengetahui. (5) [Al-Naba' 78:1-5]    






a.    Perlantikan atau wasiat Rasulullah.
b.    Dia memlilki Ilmu dan Hikmah.
c.    Seruan mentaati khalifah Allah. – bai’atu Lillah






Berita besar ini adalah kisah yang berulang di setiap zaman di mana terdapat Khalifah Allah yang diutus di bumiNya. Dan ia selalu diperselisihkan oleh penciptaan (Makhluk) terhadap Hujjah Allah ini – iaitu yang terdiri dari para Nabi, dan Rasul-rasul (as). Misal pengutusan Adam:
                  
Allah berikan jawapan di surah yang lain
﴿قُلْ هُوَ نَبَأٌ عَظِيمٌ  *انْتُمْ عَنْهُ مُعْرِضُونَ* ........ وَ لَتَعْلَمُنَّ نَبَأَهُ بَعْدَ حِينٍ﴾

    {Katakanlah: "Ia adalah berita yang besar,* yang kamu berpaling daripadanya *.......... Dan sesungguhnya kamu akan mengetahui (kebenaran) beritanya setelah beberapa waktu lagi.):[Shaad 38:67,68 dan 88].


﴿بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ * يُسَبِّحُ لِلَّهِ ما فِي السَّماواتِ وَما فِي الأَرْضِ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ * هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الأُمِّيِّينَ رَسُولاً مِنْهُمْ يَتْلُوا عَلَيْهِمْ آياتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلالٍ مُبِينٍ * وَآخَرِينَ مِنْهُمْ لَمَّا يَلْحَقُوا بِهِمْ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ * ذلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشاءُ وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ﴾


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Senantiasa bertasbih kepada Allah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.* Dialah yang mengutus kepada Al-Ummiyin (Orang yang buta huruf)) seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan mereka Kitab dan Hikmah. Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata,* dan (juga) kepada kaum yang lain dari mereka yang belum berhubungan dengan mereka. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. * Demikianlah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah mempunyai kurnia yang besar. [Al-Jumu'ah 62:1-4]


Selepas kewafatan Rasulullah, umat manusia umumnya dan umat Islam khasnya dipimpin oleh Khalifah-Khalifah Rasulullah dan di akhir zaman nanti diperintah oleh Khalifah-khalifah Allah Al-Mahdi. Ini boleh dirujuk dari hadits-hadits Rasulullah. Tetapi ramai di antara kita memahami Muhammad (S) aebagai khataman Nabiyin atau penutup nabi-nabi sehingga ia bermakna Hujjah Allah atau Khalifah Allah tiada lagi.

Pada hal ia pada hakikatnya adalah Khalifah-khalifah Rasulullah dan Khalifah-khalifah Allah Al-Mahdi adalah lantikan Allah, cuma ia melalui lisan Rasulullah. Dan begitulah firman Allah

﴿وَجَعَلْنَاهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا وَأَوْحَيْنَا إِلَيْهِمْ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ وَإِقَامَ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءَ الزَّكَاةِ ۖ وَكَانُوا لَنَا عَابِدِينَ﴾

Kami telah menjadikan mereka itu sebagai imam-imam (pemimpin-pemimpin) yang memberi petunjuk dengan perintah Kami dan telah Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebajikan, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan hanya kepada Kamilah mereka selalu menyembah, [Al-Anbia 21:73] 

Mereka memberi petunjuk dengan perintah Allah dan Allah telah wahyukan kepada mereka supaya melaksanakan syariat Allah.

Begitulah ketika Allah jadikan pertama kalinya seorang Khalifah di bumi dan diberitakan kepada Malaikat dan Iblis.

﴿وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً
"Dan (ingatlah) ketika Tuhan-mu berfirman kepada para malaikat, “Sesungguhnya Aku ingin menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” [2:30]

Dan kemudian digunakan istilah khalifah kepada nabi Daud:

﴿يَا دَاوُودُ إِنَّا جَعَلْنَاكَ خَلِيفَةً فِي الْأَرْضِ﴾
Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah di muka bumi, [Shad 38:26] 

Dan begitulah juga dalam hadits dari Tsaubaan: Rasulullah (S) bersabda:
                                                                                   
وإذا رأيتم الرَّايَاتُ السُّودُ قد جاءت مِن قِبَلِ خراسان، فأتوها فانّ فيها خليفة اللّه المهدي

(Jika kamu melihat panji-panji hitam datang dari arah Khurasan, datanglah kepadanya kerana di sana ada Khalifah Allah Al-Mahdi) [Shahih Muslim: 8 | 171, Kitab Al-Fitan.Musnad Ahmad: 5 | 277.].

Oleh itu untuk memahami Berita Besar tentang kedatangan Hujjah Allah atau Khalifah Allah tiada bezanya sejak dari Nabi Adam (as) lagi.

Allah telah merakamkan di dalam Al-Quran mengapa Ahl Kitab dahulu gagal mengenal Nabi Akhir Zaman, Nabi Besar Muhammad (S):

﴿الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرِفُونَهُ كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَاءَهُمْ ۖ وَإِنَّ فَرِيقًا مِّنْهُمْ لَيَكْتُمُونَ الْحَقَّ وَهُمْ يَعْلَمُونَ ۞ الْحَقُّ مِن رَّبِّكَ ۖ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ﴾

Orang-orang yang telah Kami beri Al Kitab mengenalnya (Muhammad) seperti mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian di antara mereka menyembunyikan kebenaran. padahal mereka mengetahui. Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu. [Al-Baqarah 2:146-147] 

﴿الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرِفُونَهُ كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَاءَهُمُ ۘ الَّذِينَ خَسِرُوا أَنفُسَهُمْ فَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ﴾

Orang-orang yang telah Kami berikan kitab kepadanya, mereka mengenalnya (Muhammad) seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Orang-orang yang merugikan dirinya, mereka itu tidak beriman. [Al-An3am 6:20] 

Keinginan untuk menyambut nabi akhir zaman amat kuat bagi orang-orang Yahudi, sehingga mereka membina Bandar Yatsrib dan tinggal di sana bersama Bani Aus dan Khazraj yang datang kemudian yang berasal dari Yaman. Begitulah juga kaum Nashrani yang cukup kenal dengan Bandar Nabi. Kaum Nashrani yang hampir dengan Bandar Nabi ialah dari Bani Najran. Tetapi hanya Bani Aus dan Khazraj sahaja yang menjadi ansar Allah atau ansar Rasulullah (S).

Qaim (pendiri) bagi orang-orang Yahudi di zaman Firaun adalah Nabi Musa. Musa (as) yang menyeleamat dan membawa keluar Bani Israel dari Mesir. Penyelamat bagi orang-orang Nashrani dari ulamak suuk yang besekongkol dengan Kaisar Rom adalah Isa Al-Masih (Jesus Kristus). Ahl Kitab, orang-orang Yahudi dan Nashrani tahu bagaimana perlantikan dan pengutusan Hujah-hujah Allah dan Khalifah-khalifah Allah sepertimana berita perlantikan Adam.

Allah melantik Adam sebagai khalifah. – Nash Lantikan
Malaikat membantah tetapi Allah menunjukkan Adam memlilki Ilmu dan Hikmah. - Ilmu dan Hikmah dari Allah
Allah memerintah Malaikat dan Iblis sujud kepada Adam sebagai khalifah Allah. – Bai’atu Lillah

Itulah asas cara mengenal khalifah Allah. Dan kedua-dua ayat di atas memberi pengajaran kepada kita mengapa Ahli Kitab merugikan diri mereka dengan tidak beriman dengan Hujjah Akhir Zaman Muhammad (S)

Mereka kenal tetapi mereka menyembunyikan kebenaran
Kebenaran dari Allah akan menghilangkan keraguan. Mereka tidak mempedulikan asas-asas dan cara mengenal khalifah atau Hujjah Allah

Kita jangan sekali-kali menyembunyikan kebenaran. Satu pun makklumat dari kebenaran itu jika disembunyikan atau tidak diambil kira padahnya adalah akan termasuk dan menjadi orang-orang yang ragu-ragu. Dan ragu-ragu akhirnya membawa kerugian dengan balasan azab kerana tidak beriman  atau kerana ingkar. .

Kedatangan Khalifah Allah Al-Mahdi adalah suatu berita besar dan suatu kebenaran, jangan suatupun perkara atau maklumat kita terlepas daripadanya. Ia akan menyebabkan keraguan.  Iaitu Keraguan untuk beriman dengannya. Kita ada petunjuk dari Al-Quran, hadits-hadits dan pandangan para ulamak dalam bentuk penulisan dan kitab-kitab di kalangan umat Islam. Contoh pengenalan asas

1.    Allah melantik khalifah Al-Mahdi melalui perlantikan atau wasiat Rasulullah.
2.    Dia memlilki Ilmu dan Hikmah. – Isi dakwah
3.    Seruan mentaati khalifah Allah. – bai’atu Lillah

Masa kezuhuran adalah berakhirnya Zaman Fatrah (terputusnya utusan Allah) dan ada Tokoh-Tokoh Yang Keluar Di Akhir Zaman seperti Nabi Isa (as) dan termasuk tanda-tanda umum dan khusus.

﴿يَا أَهْلَ الْكِتَابِ قَدْ جَاءَكُمْ رَسُولُنَا يُبَيِّنُ لَكُمْ عَلَىٰ فَتْرَةٍ مِّنَ الرُّسُلِ﴾
  
Wahai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami, menjelaskan kepada kamu ketika terputus (pengiriman) rasul-rasul. [Al-Maidah 5:19]


Jika masanya sudah tiba apakah tindakan penyeru (Al-Mahdi) dan umat manusia.

Umat manusia terutama umat Islam tidak patut taksub kepada aliran pemikiran atau mazhab tertentu kerana zaman kezuhuran Al-Mahdi adalah zaman dunia dipenuhi dengan kezaliman, kecurangan dan permusuhan. Ahl Kitab tidak mahu beriman dengan Muhammad (S) kerana Muhammad bukan dari Bani Israil. Apakah masyarakat Islam Sunni tidak mahu beriman dengan Al-Mahdi dari keturunan Ahl Bait Muhammad kerana imam-imam Ahl Bait Muhammad adalah imam-imam masyarakat Islam Syi’ah. Itu yang kita dapati hari ini permusuhan yang begitu mendalam di antara masyarakat Islam Sunni - Syi’ah begitu mendalam dan tebal. Contohnya kebanyakan masyarakat umum tidak mengenal Ahl Bait Muhammad (Aali Muhammad) walaupun mereka menyebutnya berkali sehari semalam di dalam sholat mereka........ bersambung.




.

Tiada ulasan: