Ahad, 24 April 2022

Bagaimana saya tahu bahawa Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) benar

 

Bagaimana saya tahu bahawa Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) benar

 

﴿ فَوَرَبِّ السَّمَاء وَالْأَرْضِ إِنَّهُ لَحَقٌّ مِّثْلَ مَا أَنَّكُمْ تَنطِقُونَ ﴾

Maka demi Tuhan langit dan bumi, sesungguhnya yang dijanjikan itu adalah benar-benar (akan terjadi) seperti perkataan yang kamu ucapkan. [1].

 

Yang Maha Kuasa berfirman:

﴿وَأَذِّن فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالاً وَعَلَى كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ﴾

Dan serulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengendarai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh, [2], Inilah yang ditugaskan kepada Ibrahim (as) dan yang ditugaskan kepada semua nabi-nabi dan washi-washi yang diutus. Ia adalah seruan, iaitu menyeru manusia kepada kebenaran. Adapun memberi petunjuk kepada mereka tidak ditugaskan kepadanya. Adapun mengemukakan dalil dan ayat-ayat, tidak ditugaskan kepadanya, kecuali dalam keadaan di mana Allah SWT hendak menghina orang-orang kafir dan menyelamatkan orang-orang yang lalai denganNya Yang Maha Suci. Maka jadilah manusia itu mencemarkan sifat fitrah mereka, memekakkan telinga mereka daripada mendengar suara kebenaran, dan hati mereka dalam lalai bersaing dengan kebendaan dan hawa nafsu. Ini adalah dosa mereka, dan mereka harus menebusnya (mengingkarinya) terlebih dahulu, supaya mereka mendengar kata-kata kebenaran dan suara kebenaran, dan itulah sebabnya Yang Maha Tinggi berfirman”

﴿ لاَ إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىَ لاَ انفِصَامَ لَهَا وَاللّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ ﴾

Tidak ada paksaan untuk beragama; sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.[3] Perkataan kufur kepada Thaghut menyediakan sekurang-kurangnya persekitaran kebebasan yang mencukupi untuk mendengar suara kebenaran dan mendengar suara Allah.

 

Domba-domba mengenal pengembala yang baik dari suaranya, orang-orang dari Allah mendengar suara Allah dan mengenal suara Allah dan kalimah Allah dan hikmah Allah dan membezakannya dengan baik dari kebodohan syaitan.

 

Ini adalah segala-galanya (barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah) sesiapa yang ingkar kepada Thaghut penzalim itu pasti akan mengetahui suara dan bentuknya yang jelek yang diperbaharui pada setiap zaman. Dia adalah Namrud dan alim ulama agama yang tidak beramal di zaman Ibrahim (as), dan Firaun dan para alim ulama agama pada zaman Musa (as). Pilatus, Herodes, Kaisar Rom, dan ulama Yahudi yang tidak beramal pada zaman Nabi Isa (as). Kisra dan Kaisar, para penguasa, para Ulama Hanafi, dan Ulama Nasrani, Ulama Yahudi di zaman Muhammad, dan mereka para penguasa kaum Muslimin dan ulama kaum Muslimin di zaman para imam, dan kini mereka ini semua dan ulama Syiah yang tidak beramal pada masa ini. Pernahkah kamu melihat betapa luas dan besarnya daerah Taghut itu, dan berapa banyak Taghut itu? Itulah sebabnya Yang Maha Kuasa berfirman:

﴿ ما تَعْبُدُونَ مِن دُونِهِ إِلاَّ أَسْمَاء سَمَّيْتُمُوهَا أَنتُمْ وَآبَآؤُكُم مَّا أَنزَلَ اللّهُ بِهَا مِن سُلْطَانٍ إِنِ الْحُكْمُ إِلاَّ لِلّهِ أَمَرَ أَلاَّ تَعْبُدُواْ إِلاَّ إِيَّاهُ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَـكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لاَ يَعْلَمُونَ ﴾

Kamu tidak menyembah yang selainNya melainkan hanya nama-nama yang kamu dan nenek moyangmu membuat-buatnya. Allah tidak menurunkan suatu keteranganpun tentang nama-nama itu. Hukum itu hanyalah kepunyaan Allah. Dia telah memerintahkan agar kamu tidak menyembah selain kepadaNya. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui". [4] Maka daerah Taghut termasuk semua orang yang tidak beriman kepada Hukum kepunyaan Allah, malah mereka yang mengakui dengan lidahnya bahawa Hukum kepunyaan Allah dan mereka menentangnya dengan perbuatan dan amalan mereka. Semua mereka dan orang-orang yang mengikuti Taghut, mereka adalah Taghut penzalim, dan pengikut orang Taghut penzalim, dan hamba-hamba Taghut penzalim, mereka tidak menyembah Allah, dan jika mereka sujud, maka sujud mereka kepada syaitan. Dan jika mereka mengerjakan haji, maka hajinya untuk syaitan, dan jika mereka berpuasa, maka puasanya untuk syaitan, kerana mereka mengakui kepunyaan syaitan, sama ada dengan perkataan atau perbuatan, dan mereka mengingkari apa yang menjadi kepunyaan Allah, baik dengan perkataan atau perbuatan. Ibadah zahir mereka tidak ada nilai bagi Allah, malah malaikat-malaikat-Nya melihat mereka berdiri dan memperolok-olokkan Allah SWT, semoga dilindungi Allah, apakah seburuk-buruk kedudukan mereka, yang disifatkan oleh Yang Maha Suci:

﴿وَمَا كَانَ صَلاَتُهُمْ عِندَ الْبَيْتِ إِلاَّ مُكَاء وَتَصْدِيَةً فَذُوقُواْ الْعَذَابَ بِمَا كُنتُمْ تَكْفُرُونَ ﴾

“Sholat mereka di sekitar Baitullah itu, tidak lain hanyalah siulan dan tepukan tangan. Maka rasakanlah azab disebabkan kekafiranmu itu.”[5].

Orang-orang Allah mendengar kalam Allah, dan orang-orang Syiah Muhammad dan keluarga Muhammad yang sebenar mengenali suara Pengembala yang Baik.

 

Adakah manusia kehilangan suara imamnya?

 

Mungkinkah si anak tidak mengenali suara ayahnya yang membesarkannya, kerana dia mendengar banyak suara di dunia yang sesak, adakah ini mungkin?!

 

_______________

[1] - Al-Zhariyat: 23.

[2] - Al-Haji: 27.

[3] - Al-Baqarah: 256.

[4] - Yusuf: 40.

[5] - Al-Anfal: 35.

 

 

 

Sebelumnya ✡✡✡✡✡ Seterusnya

 

 

 

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum admin bulan 12 jatuh bulan ramadan untuk umat Islam berpuasa. Kiblat Kaabah kita dekat petra jordan. Anda kah ini benar ???? Tolong saya jawap saya ansar Ahmad al hassan