Sabtu, 27 Mac 2021

Surat Perdana Menteri Iraq: - Demonstrasi

 


Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi

Ahmed Alhasan الحسن احمد / 6 Julai 2016:

Surat kepada Dr. Haidar Al-Abadi, Perdana Menteri Iraq:

Video ini menunjukkan bahawa anda telah menahan sekumpulan pemuda yang tertekan di Karradah [1] mereka yang tersayang. Dan sebabnya ialah mereka menyerang kereta konvoi anda dan menyebabkan kerosakan pada kereta anda.

Kami berharap anda telah membebaskan mereka atau bahawa saya secara peribadi Ahmad Ismail Saleh siap untuk membayar ganti rugi dari segala kerosakan yang disebabkan oleh pemuda-pemuda ini sebagai ganti pembebasan mereka dengan segera, dan bersedia menandatangani perjanjian dengan anda atau dengan pemerintah Iraq untuk menanggung apa-apa pampasan yang anda nilai sebagai ganti kerosakan yang diterima oleh kenderaan anda, dan yang akan menandatangani perjanjian bagi pihak saya, adalah Al-Syed Hassan Al-Hamami yang ada di pejabat saya di Najaf.

https://www.facebook.com/Ahmed.Alhasan.10313/videos/vb.457397004307968/1039984729382523/?type=3&theater

 

______________

[1] Berikutan pengeboman pengganas yang berlaku di Karradah pada bulan Julai 2016, yang dianggap antara pengeboman yang paling banyak meragut nyawa rakyat Iraq yang tidak bersalah.

 

Ulasan / 7 Julai 2016:

Ahmed Alhasan الحسن احمد: Terdapat banyak pertanyaan mengenai penyertaan wanita dalam demonstrasi itu esok, pada hari Jumaat, di Dataran Tahrir, Baghdad, untuk menuntut hak, menjelaskan kejahatan parti-parti pemerintah, dan menyatakan simpati kepada keluarga yang mati syahid di Karradah Iraq.

Jawapannya adalah: Saya tidak meminta wanita untuk keluar dalam demonstrasi, tetapi setelah mak saudara kami Zainab Binti Ali keluar untuk menuntut hak dan menjelaskan Pemeintah Umayyah yang bertindak zalim terhadap kepala mereka yang syahid, saya tidak lagi dapat menegah wanita menjalankan peranan ini.

 

Ulasan / 7 Julai 2016:

Arshad Al-Khalidi: Salam atas Hussein, zaman ini

Salam atas Qaim Al-Haq Ahmad Al-Hassan

Ya tuan

Ya tuan

Ya tuan wahai yang kukasihi,

Tuan, hati saya menangis pedih kerana tidak dapat mengambil bahagian dalam demonstrasi ini kerana kesihatan saya. Doakan saya, Ya maulai.

 

Ahmed Alhasan الحسن احمد: Arshad Al-Khalidi, Wa 3alaikumu l-Salam Wa Rahmatu Allahi Wabarakatuh. Semoga Tuhan memberkati saudara yang dikasihi,

Segala puji bagi Allah atas keselamatan anda dan saya mohon kepada Allah agar memberikan pemulihan yang cepat dengan Kurnia dariNya Yang Maha Suci.

 

Ulasan / 7 Julai 2016:

Hussein Ahmad Al-Husaini: Saidi wa Maulai Yamani Aali Muhammad, apa yang berlaku kepada para ansar, jika sesuatu yang berlaku seperti sebelumnya, dari memasuki perkara yang tidak dipenuhi dan yang lain, dan apa saranan tuan kepada mereka, semoga Allah membalasnya dengan pertolonganNya.

Ahmed Alhasan الحسن احمد: Tunjuk perasaan itu berlangsung secara aman.

 

Ulasan / 8 Julai 2016:

Farhan Azmi: Salamu Allah 3alaika. Ansar anda lemah. Semoga sepanjang tahun anda dalam keadaaan baik.

Ahmed Alhasan الحسن احمد: Wa 3alaikumu l-Salam Wa Rahmatu Allahi Wabarakatuh. Semoga Tuhan memberkati saudara yang dikasihi, dan sampaikan salam saya kepada anda dan semua orang yang beriman dan yang baik di Malaysia, Semoga sepanjang tahun anda dalam keadaaan baik. Saya mohon kepada Allah agar memberikan saudara kebaikan di akhirat dan dunia. Dialah Penolongku dan Dia lah juga Yang menjadi penolong orang-orang soleh.

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Jumaat, 26 Mac 2021

Demonstrasi di Tahrir Square Baghdad

 

Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi

Ahmed Alhasan الحسن احمد / 5 Julai 2016:

Kehadiran rakyat Iraq dari semua mazhab pada Jumaat depan untuk berdemonstrasi di Tahrir Square di Baghdad sebagai keikhlasan atas darah yang telah ditumpahkan dan terkorban di atas semua kejahatan parti pemerintah selama 13 tahun yang lalu.

# kejahatan_anda_membunuh_kami

__________________

[1] Pengeboman Karrada pada 3 Julai 2016, dianggap sebagai pengeboman memakan korban terbesar sejak pencerobohan Iraq pada tahun 2003. Terdapat di:

http://www.bbc.com/arabic/middleeast/2016/07/160705_iraq_death_toll_rises

 


✡✡ ✡✡ ✡✡

 

Ahmed Alhasan الحسن احمد / 6 Julai 2016:

# Jumaat_Tahrir_Square_Baghdad

Kami berharap gambar-gambar para syuhada Iraq yang terkorban di Karrada akan diangkatkan[1] dan lilin-lilin akan dinyalakan dalam demonstrasi pada hari Jumaat untuk menunjukkan simpati kepada orang-orang yang sedang bersedih dan untuk mendedahkan kejahatan parti-parti pemerintah yang membunuh dan menyerang kita setiap hari.

# kejahatan_anda_membunuh_kami

 


 

Ulasan / 6 Julai 2016:

Ahmed Alhasan الحسن احمد: Semoga sepanjang tahun anda dalam keadaaan baik. dan saya harap Allah akan menuliskan bagi anda semua amalan anda yang diterima dan kebaikan di akhirat dan dunia. Jangan lupakan saya dalam doa anda, wahai yang dikasihi.

 

Ulasan / 6 Julai 2016:

Abbas Fathi: Salamu Allahi 3alaika, Ya Saidi wa Maulai kami, Qaim Aali Muhammad (S)

Kami hidup bertahun-tahun di Iraq, tetapi kami dijauhkan dari Tanah Suci dan mulia, dan kami ditakut-takutkan dalam perjalanan kami ke Iraq agar dibacakan keputusan pengadilan pemerintah terhadap kami.

Alangkah baiknya, andaikata kami bersama tuan dan memperoleh kemenangan yang besar.

Kami, insya Allah, taat kepada pimpinan tuan, dalam apa jua keadaannya. Tetapi sekarang, di negeri Timur, kami harus melakukan sesuatu sesuai dengan pesanan tuan pada hari Jumaat?

Semoga Allah menjadikan kami di antara para pekerja, pejuang, dan akan syahid di hadapan tuan, semoga Allah membalas tuan dengan seribu kebaikan.

Ahmed Alhasan الحسن احمد: Wa 3alaikumu l-Salam Wa Rahmatu Allahi Wabarakatuh. Semoga Allah memberkatimu saudara yang dikasihi. Semoga Allah memberi ganjaran padamu dengan kebaikan. Saya mohon kepada Allah untuk menyelamatkan negara kita yang mulia Iran dari kejahatan agama Salafi Wahhabi dan untuk melindungi Syiah Amirul Mukminin Ali di mana sahaja dari kejahatan Salafi Wahhabi. Demonstrasi di Baghdad hanya untuk rakyat Iraq.

Ulasan / 6 Julai 2016:

Ali Muhammad: Amin, Ya Allah, Maulai.

Ahmed Alhasan الحسن احمد: Semoga sepanjang tahun anda dalam keadaaan baik di Iran yang tersayang, dan jangan lupakan saya dari doa anda.

Ulasan / 6 Julai 2016:

Hamzah Al-Sara’i: Maha Suci Allah, saya dan Haidar Abd Al-Wahid. Beberapa ketika yang lalu kami bercakap mengenai gerakan oleh keluarga para syuhada, dan tuan menulis agar menaikkan gambar mereka tentang musibah mereka, ini adalah rahmat atasnya dan sebahagian mereka tidak perlu bersusah payah menunjuk simpati pada keluarga mangsa dan menganggap dirinya itu sebagai pemimpin bagi mereka. Demi Allah, kami mengemukakan alasan pada tuan kerana orang-orang kita, puak-puak kita, dan orang-orang di negara kita telah menganiaya kamu dan memerangi kamu agar menjauhkan diri darimu. Demi Allah, selamanya diri kami cemerlang. bahawa kami dari Iraq yang telah lama menzalimi keluarga Muhammad dan tidak akan mengakui kita, sehingga meminta darah kami untuk menolong tuan untuk memutihkan wajah kami terhadap Nabi dan keluarga suciNya.Selawat Tuhanku kepada mereka.

 

Ahmed Alhasan الحسن احمد: Semoga Allah memberkati anda, Syeikh Hamzah Al-Sira’i yang dikasihi, Semoga sepanjang tahun anda dan mereka yang berlindung kepada anda dalam keadaaan baik dan sihat dan dan sampaikan salam saya kepada semua jiran anda. Jangan lupakan saya dalam doa anda.

Ulasan / 6 Julai 2016:

Al-Haquqi Ali Al-‘Akrish: Al-Salamu 3alaika Saidi Wa Rahmatu Allahi Wabarakatuh

Semoga sepanjang tahun tuan, dalam ribuan kebaikan, Semoga Allah Yang Maha Tinggi Maha Berkuasa, menempatkan tuan, Semoga Allah, memenuhii tuan dengan keadilan dan kesaksamaan, semasa ia dipenuhi dengan kezaliman dan ketidakadilan, dan semoga Allah meneguhkan kami dengan wilayah tuan, negeri dengan pemerintahan tuan, dan orang-orang yang terlibat berada di bawah penglihatan tuan memberi keselesaan kepada kami sebagai landasan dan mereka yang menawarkan diri sebagai tebusan, Dan orang-orang yang menzalimi Aali Muhammad itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali, Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa... Kami mohon agar tuan mendoakan kami ....

 

Ahmed Alhasan الحسن احمد: Wa 3alaikumu l-Salam Wa Rahmatu Allahi Wabarakatuh. Semoga Allah memberkati anda saudara yang dikasihi, Semoga sepanjang tahun anda dalam keadaaan baik dan sihat., dan saya mohon kepada Allah agar menjayakan anda pada semua kebaikan dan menyelamatkan anda dari semua kejahatan Dialah Penolongku dan Dia lah juga Yang menjadi penolong orang-orang soleh.

Ulasan / 6 Julai 2016:

Ahmad Ramadan Al-Mansuri: Al-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wabarakatuh. Semoga Allah memberi kepadamu Aali Muhammad, boleh menyambut Eid Al-Fitr yang diberkati. Tuan, saya mohon kepada Allah agar menjadikan Eid yang baik untuk tuan berdua, Aali Muhammad, dan untuk orang-orang Iraq dan menyelamatkan tuan dari orang-orang yang membuat kerosakan.

Ahmed Alhasan الحسن احمد: Wa 3alaikumu l-Salam Wa Rahmatu Allahi Wabarakatuh. Semoga Allah memberkati anda saudara yang dikasihi, Semoga sepanjang tahun anda dalam seribu kebaikan, dan saya mohon kepada Allah agar memelihara anda dan memberkati anda dengan yang terbaik di akhirat dan dunia, jangan lupakan saya dalam doamu.

Ulasan / 6 Julai 2016:

Ibtisam Ahmad: Al-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wabarakatuh, wahai Ahli Bait nubuwah dan rahmat, gedung ilmu dan tempat risalah. Semoga merayakan Eid yang diberkati kepada tuan, bapa kita dan Ahli Bait tuan yang baik dan suci.

Semoga Allah mengembalikannya kepada tuan dengan segenap kebaikan

Amin Rabba l-3alamin.

 

Ahmed Alhasan الحسن احمد: Wa 3alaikumu l-Salam Wa Rahmatu Allahi Wabarakatuh. Semoga Allah memberkati anda Dr. Ibtisam, Semoga sepanjang tahun anda dan keluarga yang mulia dalam kebaikan dan sihat, dan saya mohon kepada Allah agar memberkati anda dengan yang terbaik di akhirat dan dunia.

Ulasan / 6 Julai 2016:

Mustafa Al-Aqili: Al-Salamu 3alaikum Maulai Wa Rahmatu Allahi Wabarakatuh.. Adakah menghadiri demonstrasi sebagai menyokong kebenaran .. dan oleh itu orang-orang yang beriman mesti menghadirinya?? Semoga Allah menempatkan tuan, di bumiNya.

Ahmed Alhasan الحسن احمد: Wa 3alaikumu l-Salam Wa Rahmatu Allahi Wabarakatuh. Semoga Allah memberkati anda saudara yang dikasihi, Semoga sepanjang tahun anda dalam seribu kebaikan, dan adakah orang yang benar-benar percaya kepada saya berfikir bahawa dakwah saya pada kebatilan atau keburukan?

Ulasan / 6 Julai 2016:

Abu Taibah:

# Soalan

Kepada Al-Syed Ahmad Al-Hassan

Pertama: Al-Salamu 3alaikum Maulai Wa Rahmatu Allahi Wabarakatuh

Kedua: Adakah kalendar Hijriah betul atau sebahagian bentuknya tercemar?

Dan selama saya mengikuti dari beberapa laman web ia menyatakan bahawa kalendar Hijriah bentuknya tercemar

Ini kerana yang meletakkan kalendar Hijriah adalah Umar Ibn Al-Khattab

Kami menunggu jawapan, semoga Allah mengurniakan kebaikan kepada anda semua.

Ahmed Alhasan الحسن احمد: Wa 3alaikumu l-Salam Wa Rahmatu Allahi Wabarakatuh. Semoga Allah memberkati saudara yang dikasihi. Taqwim Al-Qamari (Kalendar lunar- bulan) Arab pada asalnya adalah kalendar Ibrani atau Yahudi itu sendiri, iaitu ia adalah kalendar bulan-solar (Taqwim Qamari-Syamsyi) dan bukan kalendar lunar (Taqwim Qamari) sahaja, seperti yang digunakan sekarang.

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Rabu, 24 Mac 2021

Demonstrasi Aman

 


Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi

Ahmed Alhasan الحسن احمد / 3 Julai 2016:

Al-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wabarakatuh

Saya berharap agar rakyat Iraq yang tertindas dari semua mazhab akan mengadakan demonstrasi aman di Dataran Tahrir di Baghdad pada Jumaat depan untuk mengangkat (menghapus) kezaliman dan ketidakadilan yang menimpa rakyat secara keseluruhan dan selebihnya terserah kepada Allah [1].

 

https://www.facebook.com/Ahmed.Alhasan.10313/videos/vb.457397004307968/1038476646199998/?type=3&theater

______________________

[1] Posting itu merangkumi penerbitan klip video seorang wanita Iraq yang bercakap selepas salah satu jenayah pengeboman yang meragut nyawa ramai orang yang tidak bersalah di Karradah, Baghdad, bertepatan dengan Eid Al-Fitri yang diberkati. -

 

Ulasan / 4 Julai 2016:

Ahmed Alhasan الحسن احمد: Keamanan di dalam bandar adalah tugas polis dan tentera, dan mereka adalah agensi keselamatan yang dihormati oleh rakyat Iraq selagi mereka tetap berkecuali dalam menangani orang-orang Iraq, tanpa mengira agama dan etnik, dan kami tidak menerima bahawa misi keselamatan di bandar diserahkan kepada puak bersenjata yang ada kaitan dengan parti politik.

Ulasan / 3 Julai 2016:

Jawad Tahir Al-Gharabi Al-Hussaini:

Bilakah bila

Bilakah wahai yang dijanjikan, bilakah janji akan kita lihat muncul?

Adakah dengan mendengar suaraku dan menyampai berita mulia dariku?

Kami bosan dengan kezaliman dan Penindas, dan nafas kami dipaksa

Dan dalam jiwa luka menimbulkan rasa tidak selamat menghinakan

Kusahut panggilanmu, wahai telapak tangan kami, dan kamu lebih sedap dihidu dari minyak wangi.

Maka rohku menjadi tebusan, dan suaraku bergema ke udara

Biarkan orang yang benar pergi ke Mahdi yang paling suci

Dirikan pelndungan agama, perkataannya adalah yang paling besar

Keinginan kami adalah orang-orang kanan Hussein hingga di Mahsyar

Ahmed Alhasan الحسن احمد: Semoga Allah memberkati anda dengan Al-Syed Al-Jalil Jawad Tahir Al-Gharabi Al-Husseini, saya mohon kepada Allah agar memelihara anda dan menjadikan anda antara hamba yang paling banyak bahagiannya. Salam saya kepada anda dan kepada semua orang yang berlindung pada anda dan kepada Bapa Al-Syed Al-Jalil, semoga Allah memeliharanya.

Ulasan / 3 Julai 2016:

Syeikh Abu Haidar Al-Nassiri: Dan atasmu selawat, keberkatan, keredhaan, kebaikan, dan rahmat dan Salam yang penuh sempurna selama-lamanya ke atasmu, keluarga Muhammad bin Al-Hassan Al-Mahdi (Shalawatu Allah 3alaih). Yang tertindas, dan rahmat Allah serta keberkatanNya, semoga Allah menempatkan tuan dan membawa tuan apa yang dibawa oleh seseorang di dunia sebelum dan sesudah tuan.

Ahmed Alhasan الحسن احمد: Semoga Allah memberkati anda, Syeikh Abu Haidar Al-Nassiri yang baik, yang dikasihi, jangan lupakan saya dalam doa anda

Ulasan / 3 Julai 2016:

Majid Al-Ma'ali: Kami adalah sekumpulan pelajar Najaf. Kami ingin bertemu dengan anda dan melihat hujah anda. Sekiranya ini adalah dalil dan hujah kami beriman dengan anda, apabila anda adalah Ahmad Al-Hassan, Sohib Al-Dakwah, beri kami balasan dan terima kasih.

Ahmed Alhasan الحسن احمد: Semoga Allah memberkati anda, Imam Muhammad bin Al-Hassan Al-Askari adalah datuk saya, insya Allah, dan ini adalah isu yang juga diumumkan secara terbuka dan dijawab sebelumnya, insya Allah. Soalan anda sebelumnya telah dijawab dan orang-orang yang beriman boleh menjawabnya di sini. Saya akan pergi, saya tidak boleh tinggal lebih lama lagi. Ganjaran terbaik untuk orang-orang membuat kebaikan, dan semoga Allah memberkati anda sekali lagi.

Ulasan / 3 Julai 2016:

Ghaits Al-Sha’igh: Pandangan Ahmed Al Hassan demonstrasi aman tidak akan menyingkirkan ISIS. Demi Allah Yang Pemurah dan haq untuk Al-Hussein, Sekiranya rancangan Zionis ingin menyelesaikan perang, kita adalah orang Syiah yang paling penyayang, kerana ISIS akan segera berakhir, dan jangkaan rancangan ini akan dilaksanakan dalam waktu terdekat. Cepat di tangan anda, Anda dan seumpamanya cukup takut kepada Allah untuk dunia dan keikhlasannya. Penjelasan sedang menuju.

Ahmed Alhasan الحسن احمد: Semoga Allah memberkati anda saudara yang dikasihi, demonstrasi aman, insya Allah, dan terhadap ISIS, kami telah membentuk "Saraya Al-Qaim" untuk memerangi mereka.

Ulasan / 3 Julai 2016:

Hussain Alhabeb: Tidak ada manfaat melainkan Tuhan semesta alam yang menyelesaikannya

Ahmed Alhasan الحسن احمد: Semoga Allah memberkati anda saudara yang dikasihi, dan ya, dengan Allah, tetapi kita berada di dunia ujian.

﴿وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَىٰ ﴿﴾ وَأَنَّ سَعْيَهُ سَوْفَ يُرَىٰ ﴿﴾ ثُمَّ يُجْزَاهُ الْجَزَاءَ الْأَوْفَىٰ﴾

dan bahwasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya,dan bahwasanya usaha itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya). Kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna. [Al-Najm:39-41]

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Selasa, 23 Mac 2021

Keadaan Iraq - keterlibatan ansar

 


Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi

Ahmed Alhasan الحسن احمد / 3 Julai 2016:

Dalam catatan sebelumnya, saya bercakap mengenai parti-parti pemerintah di Iraq, terutama mereka yang berpendapat bahawa membebaskan Fallujah adalah jalan hidup bagi mereka, dengan demikian:

(Pandangan anda sangat dangkal. Fallujah dan Mosul tidak ada lingkaran keselamatan, bahkan tidak ada sebatang jerami pun.)

Video berikut menunjukkan kemarahan rakyat Iraq atas kegagalan parti pemerintah memberikan keselamatan kepada rakyat Iraq selama 13 tahun.

https://www.facebook.com/Ahmed.Alhasan.10313/videos/vb.457397004307968/1038217226225940/?type=3&theater

 

Ulasan / 3 Julai 2016:

Hassan Al-Jaber: Rakyat mesti sedar bahawa jalan keluarnya tidak ada dalam pemerintahan yang rosak. dan kerosakan sama sekali tidak menawarkan pembaharuan.

Semoga Allah memberi ganjaran kepada tuan.

Ahmed Alhasan الحسن احمد: Syeikh Hasan Al-Syeikh Hassan Al-Jaber, semoga Allah memberkati anda dan semoga Allah memberi ganjaran kebaikan kepada anda atas apa yang telah anda kerjakan dan lakukan untuk menyokong kebenaran. Saya mohon kepada Allah agar memberi anda kebaikan di akhirat dan dunia, dan Dialah Yang Maha Penyayang dari para penyayang.

Ulasan / 3 Julai 2016:

Muhammad Al-Sharqawi: Semoga Allah menyanjung (berselawat) atasmu, Ya Syed dan Maula kami, Ya Ahmad Al-Hassan, dan semoga Allah menyanjung (berselawat) atas bapa-bapamu yang disucikan dan anak-anak tuan yang suci. Saya mohon kepada Allah agar tuan dibuka dengan pembukaan yang nyata dan dipercepatkan penempatan (di bumiNya). Wahai bapa, wahai tuan, doakan saya kepada Allah agar menjadikan saya tentera terbaik yang akan syahid di hadapan tuan. Wahai bapa, saya mempunyai dosa-dosa yang telah menghitamkan wajah saya dan mengaburkan doa saya, maka jangan lupa apa yang saya mintakan padamu, kerana doamu mustajab, kerana tuan termasuk orang-orang yang bertaqwa yang diterima oleh Allah, tetapi saya adalah dari orang-orang yang zalim.

Ahmed Alhasan الحسن احمد: Al-Salamu 3alaikum, dan semoga Allah memberkati kamu wahai saudara yang dikasihi, saya mohon kepada Allah agar memasukkan anda ke dalam setiap kebaikan, yang masuk ke dalamnya Muhammad dan keluarga Muhammad dan untuk mengeluarkan kamu dari segala kejahatan yang dikeluarkan darinya Muhammad dan keluarga Muhammad (S).

Ulasan / 3 Julai 2016:

Arif Al-Hilli Al-Khafaji: Al-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wabarakatuh .. Tuan ada orang yang mengatakan bagaimana Al-Syed Ahmad Al-Hassan menuntut pemerintahan Allah, pemilikan dan perlantikannya, dan pada masa yang sama mencadangkan penyelesaian atau pandangan politik untuk menyelesaikan masalah Iraq berdasarkan realiti politik perkauman semasa yang berdasarkan asas demokrasi yang anda anggap sebagai bersifat kesyaitanan sebagai ganti kepada pemerintahan Allah? Saya mohon kepada Allah untuk mencapai harapan tertinggi anda, dan bagi anda doa dan kasih yang tulus dari saya.

Ahmed Alhasan الحسن احمد: Wa 3alaikumu l-Salamu Wa Rahmatu Allahi Wabarakatuh, dan semoga Allah memberkati anda saudara yang dikasihi. Sesungguhnya kami telah menerangkan aqidah kami terhadap Al-Hakimiyah dengan jelas, lengkap dan tiada kesamaran di dalamnya kepada mereka yang mencari kebenaran. Adapun campur tangan dalam hal-hal awam (umum), ia telah diterangkan sebabnya dengan jelas dan menerangkan bahawa itu adalah tindakan yang mesti dilakukan untuk menuntut hak-hak kemanusiaan atau had minimum (terendah) darinya. Saya memetik kesaksian saya, dengan kata-kata Amirul Mukminin (Shalawatu Allah 3alaih).

والله لأسْلِمَنَّ مَا سَلِمَت أمُورُ المسْلِمِين. ولم يكن جَوْرٌ إلا عَلَيَّ خَاصَّة. التِمَاسا لأجرِ ذلك وفضْلِه، وزهدا فيما تنافستموه من زخرُفِه وزِبْرِجِه).

[Demi Allah, umat Islam tidak akan selamat selagi urusan orang Islam tidak diserahkan padaku. Tidak ada ketidakadilan di dalamnya kecuali padaku secara khusus. Yang memohon ganjaran dan kelebihan. Dan yang zuhud ketika mereka bersaing dengannya, dari hiasan dan kilauannya.] 

Al-Syeikh Arif Al-Hilli, semoga Allah melindungi anda: Anda tahu bahawa saya menasihati mereka dan menerangkan jalannya, tetapi mereka memilih untuk berjalan ke arah lain dan sampai pada apa yang mereka masuk ke dalamnya, jadi adakah anda melihat bahawa saya duduk dan meratapi mereka, misalnya? Tentu tidak, ini bukan akhlaq kita dan itulah sebabnya saya berusaha menolong semua yang saya boleh tolong.

Dalam menuntut hak dan mengemukakan cadangan, ada banyak tujuan, selain sebagai upaya untuk menghapus beberapa kezaliman dan ketidakadilan terhadap rakyat Iraq, termasuk mendedahkan jalan jahat di mana parti-parti pemerintah berjalan dan memalukan mereka, dan menyatakan kepatuhan mereka untuk kepentingan peribadi dan kepartian mereka yang sempit dengan mengorbankan kepentingan rakyat Iraq yang ditindas.

Ulasan / 3 Julai 2016:

Abazhar Al-Tamimi: Semoga Allah memberkatimu, maulai, atas terbitan yang terbaik. Saya mohon kepada Allah agar memberi tuan kesejahteraan dari Allah Yang Maha Suci, Saya mohon kepada Allah agar menempatkan tuan Aali Muhammad (di bumiNya). Wal-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wabarakatuh.

Ahmed Alhasan الحسن احمد: Semoga Allah memberkati anda saudara yang dikasihi, dan semoga Allah memberi ganjaran kepada anda dengan ganjaran yang terbaik untuk orang-orang yang membuat kebajikan.

Ulasan / 3 Julai 2016:

Sarmed Alyamani: Kejadian dan kebangkitan yang berlaku menyaksikan bahawa Fallujah dan Mosul tidak ada lingkaran keselamatan, bahkan tidak ada sebatang jerami pun.. Letupan akan berterusan dan pembunuhan rakyat akan berterusan membebankan mereka sekiranya Fallujah diduduki atau dibebaskan .. Tidak ada perbezaan sama sekali.

Ahmed Alhasan الحسن احمد: Semoga Allah memberkati anda, maksud saya ialah pembebasan Fallujah bukanlah pelampung keselamatan bagi parti pemerintah kerana mereka menganggapnya sebagai pelampung keselamatan bagi mereka dan itu akan menjadi alasan untuk memuaskan rakyat Iraq terhadap mereka .

Ulasan / 3 Julai 2016:

Rukya Ahmad: Semoga tuan dibentengi diri dengan kekuatan dengan Allah, Tuhan kita membantu tuan.

Ahmed Alhasan الحسن احمد: Semoga Allah memberi ganjaran kepada anda dengan kebaikan.

Ulasan / 3 Julai 2016:

sara Al-Ameri: Tuan Yang Terhormat .. Saya ingin menyampaikan berita gembira setelah menamatkan pengajian keenam dan menamatkan peperiksaan dengan kejayaan, dan kepada Allah pujian ... dan ini dengan kurniaan Allah dan kurniaan tuan keluarga Muhammad (as). Saya mohon kepada Allah bahawa ini adalah sesuatu yang tidak layak dikatakan mengenai sedikit alasan kegembiraan tuan, dan saya minta tuan untuk doakan, wahai Aba Al-Abbas, mengenai masalah yang membimbangkan saya. Saya berharap doakan saya agar saya diterima di universiti-universiti yang saya inginkan .. untuk diterima di universiti agak sukar di sini, dan jika mereka tidak menerima saya, Allah tidak mengabulkannya, saya harus menunggu sepanjang tahun dan saya tidak tahu jika saya boleh belajar di ibu kota selama bertahun-tahun, tetapi secara umum jika mungkin ia akan tetap sukar kerana ibu kota terletak satu jam setengah dari tempat kami, dan hanya terdapat dua universiti untuk farmasi ini ...

Segala puji bagi Allah dan maafkan saya kerana kekurangan saya terhadap tuan yang mulia.

Semoga Allah melindungi tuan, menempatkan tuan dan menolong tuan dengan pertolongan yang perkasa, dan menjadikan kami tabah bersama tuan.

Ahmed Alhasan الحسن احمد: Semoga Allah memberkati anda dan memberkati atas kejayaan anda, insya Allah, dan saya mohon kepada Allah agar mempermudah bagi anda apa yang baik dan benar untuk akhirat dan dunia anda.

Ulasan / 3 Julai 2016:

Al-Syeikh Hussein Aali Hammad: Al-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wabarakatuh

Semoga Allah memberkati tuan dalam bulan Ramadhan yang diberkati, dan semoga Allah lanjutkan tuan untuk tahun berikutnya, dan tuan dalam keadaan sihat dan diberkati

Semua harapan saya kepada Allah agar tuan membalas salam saya

 

Ahmed Alhasan الحسن احمد: Wa 3alaikumu l-Salamu Rahmatu Allahi Wabarakatuh. Semoga Allah memberkati anda saudara yang dikasihi, dan semoga Allah membalas anda dengan kebaikan, Al-Fadhil Al-Syeikh Hussein Aali Hammad atas doa anda yang baik. Saya mohon kepada Allah agar memasukkan anda ke dalam setiap kebaikan, yang masuk ke dalamnya Muhammad dan keluarga Muhammad dan menjadikan anda dari hamba-habanya yang paling banyak mempunyai bahagian dari semua kebaikan yang diturunkannya pada tahun ini. Dialah Penolongku dan Dia lah juga Yang menjadi penolong orang-orang soleh.

Ulasan / 3 Julai 2016:

Ali Al-Qulaf: Al-Salamu 3alaikum, tuan. Tuan berkata dalam Kitab Al-Washiah: (Maka mesti bagi Yang Maha Mengetahui, Maha Berkuasa, Maha Benar, Maha bijaksana, Maha Sempurna, Dia Yang Maha Suci memelihara nash - yang disifatkan ianya sebagai pelindung dari kesesatan kepada mereka yang berpegang dengannya – mereka yang menuntutnya secara batil sehinggalah ia dituntut oleh pemiliknya dan tujuannya dipenuhi)

Soalan / Sekiranya pemilik menuntutnya dan tujuannya dipenuhi, bolehkah orang lain membuat tuntutannya (nash untuk mengenal pasti) selepas itu?! ... Maksudnya, apakah tuntutan wasiat akan diutamakan ?!

Ahmed Alhasan الحسن احمد: Wa 3alaikumu l-Salamu Rahmatu Allahi Wabarakatuh. Semoga Allah memberkatimu, saudara yang dikasihi. Dalam Kitab "’Aqaid Al-Islam", yang akan diterbitkan pada akhir bulan suci ini, insya Allah, akan memperjelas dan memperincikannya, Sila melihatnya, semoga Allah memberi anda kejayaan dan membimbing langkah anda.

Ulasan / 3 Julai 2016:

Anis Kotia: Al-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wabarakatuh, tuan... Keadaan ini membuat kami menangis. Kami, penduduk Britain ... Bolehkah kami dalam mentaati arahan atau tanggungjawab khas yang kami laksanakan untuk memperbaiki keadaan saudara kita di Iraq? Atas perintah tuan, insya Allah.

Ahmed Alhasan الحسن احمد: Wa 3alaikumu l-Salamu Rahmatu Allahi Wabarakatuh. Semoga Allah memberkati anda, saudara yang dikasihi, Anis Kotia, dan salam saya kepada semua orang yang beriman di Britain. Janganlah lupakan saya dalam doa saudara pada bulan yang barkah ini. Semoga Allah membalas anda dengan ganjaran terbaik untuk orang-orang melakukan kebajikan.

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Isnin, 22 Mac 2021

Keadaan Iraq – Nama dan Gambar dalam media sosial

 

Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi

Ahmed Alhasan الحسن احمد / 30 Jun 2016:

Dr. Haider Al-Ibadi menulis perkara berikut di halaman peribadinya:

Haider Al-Ibadi

Keutamaan sekarang adalah membebaskan Mosul, mencapai kestabilan politik dan ekonomi, dan meningkatkan tenaga elektrik, terutama di Basrah, dan saya tidak menekankan sesuai untuk diadakan perintah darurat.

Saya katakan:

Kira-kira setahun yang lalu, ketika demonstrasi bermula, khususnya dari Basrah, dan dalam pertemuan dengan pengarah saluran satelit Al-Munqizh, dalam soal pertama yang saya kemukan, saya berkata:

(.... Saya menasihati rakyat Iraq untuk mengenal pasti bahawa mereka yang menjadi sebahagian keputusan ini dan yang menyaksikan kegagalan ini, dan kaedah penjarahan dan pembaziran kekayaan, tidak menggerakkan jari sepanjang tempoh sebelumnya, kerana mereka tidak jujur ​​dan tidak boleh melakukan pembaharuan atau perubahan.

Saudara yang saya kasihi, bagaimana anda mengharapkan kebaikan daripada mereka yang pernah berkongsi kedudukan sebagai pengarah umum dan pegawai bawahan (wakil-wakil) untuk satu tujuan, iaitu untuk mendapatkan hak istimewa yang diberikan oleh jawatan-jawatan ini, dan mereka tahu betul bahawa menteri yang mereka letakkan tidak memahami suatu apa pun dalam kementeriannya, dan dengan ini mereka menyelesaikan masalah melantik wakil kementerian dan pengarah umum yang juga tidak cekap, dan kemudian pada akhirnya, pencurian berlaku, wang dibazirkan, dan kontrak dan projek yang dikontrak juga mengalami kegagalan, yang mana kontrak yang dilahirkan mati, dan perkara ini telah mereka lakukan sejak dua belas tahun yang lalu, jadi adakah anda ingin mencuba dua belas tahun lagi?

Adakah anda ingin mencubanya juga, pengalaman dua belas tahun lagi dengan wajah yang sama yang menyebabkan penderitaan anda sepanjang tahun-tahun sebelumnya?!

Saya harap para penunjuk perasaan akan menjawab soalan ini ?!

(Maka) Sama ada anda membuat perbaikan (revolusi) dan membawa perubahan nyata dalam realiti anda, atau anda akan menerima menjadi mangsa penipuan dan perancangan mereka ini sekali lagi!)

Wahai saudara yang dikasihi sekalian: Menteri, ejen dan pengurus dikenakan kuota berpihak, dan oleh itu mereka tidak berkelayakan dan banyak di antaranya tidak berkelayakan, baik pengetahuan mau pun secara profesional. Tambahan pula kebanyakan mereka bekerja untuk kepentingan parti mereka sendiri dan bukan untuk penduduk Iraq, tanpa menghiraukan fahaman agama, etnik, atau politiknya, hasil yang telah dicapai oleh Iraq dari segi kegagalan umumnya adalah akibat berjalannya tabi’ei dari perlaksanaan ini.

Apa yang diperlukan adalah, sekurang-kurangnya, apa yang diperlukan adalah pemerintahan yang berwibawa berasaskan secara bebas dan ia mempunyai dua tugas utama:

Yang pertama adalah untuk mengenal pasti penyebab kegagalan dengan ketepatan yang tinggi mengikut standard ilmiah dan praktikal, dan untuk menangani keadaan Iraq secara umum dan khususnya kerosakan yang berleluasa.

Yang kedua: Membicarakan orang-orang yang menyebabkan kegagalan ini sepanjang tempoh sebelumnya, dan sekurang-kurangnya pertanggungjawaban dan pembicaraan mereka yang menyebabkan pendudukan sebahagian besar tanah Iraq dan menyebabkan pertumpahan darah Iraq di Mosul dan Speicher [1] dan lain lain.

Hari ini, Dr. Haider Al-Ibadi kembali ke titik sifar dan ingin kita mempercayainya bahawa dengan perkenalan (andaian) yang sama yang membawa kepada hasil yang kita jalani dan lalui, akan mencapai kestabilan politik dan ekonomi ... dll.

Saya tidak membayangkan bahawa orang yang bijak mengharapkan hasil yang berbeza dari perlaksanaan yang sama.

Secara umum, saya menjangkakan perkara ini daripada mereka kira-kira setahun yang lalu dalam pertemuan tersebut, dan juga apa yang saya tulis di halaman ini sepanjang tempoh sebelumnya.

Apa yang ingin saya sampaikan hari ini adalah seperti berikut:

Pandangan anda sangat dangkal. Fallujah dan Mosul tidak ada lingkaran keselamatan, bahkan tidak ada sebatang jerami pun.

_____________

1. Pembunuhan beramai-ramai Speicher yang berlaku pada 12 Jun 2014 semasa pemerintahan Maliki kedua, setelah organisasi pengganas ISIS menguasai kota Tikrit, di mana mereka menangkap lebih dari (2000) pelajar Tentera Udara bagi melumpuhkan pangkalan Tentera Udara Speicher dan mengantar pemimpin mereka ke istana presiden di Tikrit dan membunuh mereka.

 

Ulasan / 30 Jun 2016:

Shafaa Al-Khazali: Al-Salamu 3alaika Ya Yamani Aali Muhammad

Saya masih merupakan penasihat yang baik dan jujur kepada rakyat Iraq yang telah lama lebur dengan menderita dirosakkan, dizalimi dan dianiaya oleh pemerintah yang melaluinya sehingga mencapai ketahap yang tidak dapat dielakkan, walaupun kita membuat perbandingan antara keadaan negara dengan negara lain yang menjadi negara jiran, misalnya seperti Iran, Kuwait dan lain-lain, jika kita menjumpai perbezaan ekonomi yang luas di semua peringkat, pasukan keselamatan dan banyak yang lain, maka kecacatan itu mesti dikenal pasti dan diatasi. Saya rasa kecacatan itu telah menjadi jelas di kalangan orang-orang Iraq, maka kita mesti memperbaikinya, jika tidak, kita berdiam diri tidak ada gunanya... Adapun mengaitkan pasukan keselamatan dengan pengganas ISIS Wahhabi dengan pencapaian-pencapaian tertentu adalah usaha terdesak untuk menutup kegagalan pemerintah. Sehingga hari ini kita dapati bahawa kemenangan ini memihak kepadanya, terutama bagi pemerintah dan pihak yang tidak melaksanakannya. Sebagai balasannya, kita dapati seseorang yang membunuh orang-orang ISIS dan mengorbankan darahnya jauh dari hak sederhana yang seharusnya diberikan kepadanya ..

Saya mohon kepada Allah agar memberi kejayaan kepada tuan, dan menjadikan kami bersama tuan dan dalam berkhidmat kepada tuan, dan kami meminta tuan untuk mendoakan kami.

Ahmed Alhasan الحسن احمد: Wa 3alaikumu Al-Salam Wa Rahmatu Allahi Wabarakatuh. Semoga Allah memberkati anda dan jangan lupakan saya dalam doa anda.

Ulasan / 30 Jun 2016:

Sajjad Karim: Al-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wabarakatuh ,,,,

Tuan, Saya menyampaikan khabar gembira, saya berjaya dalam pelajaran tahap keenam, dengan skor 96.71.

Semua ini adalah kurniaan Allah dan dengan berkat Aali Muhammad (as).

Ahmed Alhasan الحسن احمد: Wa 3alaikumu Al-Salam Rahmatu Allahi Wabarakatuh. Semoga Allah memberkati anda dan kejayaan anda. Sayangku, Saya mohon kepada Allah agar memberi kejayaan kepada anda untuk melakukan apa yang baik untuk akhirat dan dunia anda dan jangan lupakan saya dalam doa anda.

Ulasan / 30 Jun 2016:

Muthana Al-taee: Al-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wabarakatuh. Semoga Allah memberkati tuan kami yang suci.

Ahmed Alhasan الحسن احمد: Al-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wabarakatuh. Semoga Allah memberkati anda dan semoga Allah memberi ganjaran kepada anda dengan kebaikan. Saya rasa ini adalah laman sosial, jadi yang betulnya bagi seseorang adalah meletakkan namanya sendiri [1] dan juga gambarnya jika dia mampu melakukannya. Jangan lupakan saya dalam doa anda.

_________________

[1] Muthana Al-taee menggunakan nama samaran sebelum menukarnya menjadi nama sebenarnya setelah Al-Syed Ahmed Al-Hassan menasitinya.

 

Ulasan / 30 Jun 2016:

Najeeb Al-Meahy: Al-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wabarakatuh, tuan-tuan Ahl Al-Bayt. Dan saya mohon kepada Allah agar membuka tuan dengan pembukaan yang dekat dan mempermudah urusan tuan... Adapun pemerintah hamba-hamba dan bahkan pemerintah seterusnya, tidak kira siapa, kita tidak berharap ada kebaikan atau pembaharuan.

Kerana inilah bangkainya yang dia terbiasa dengannya, mereka tidak akan meninggalkannya kecuali tulang-tulang itu dipulihkan, atau seseorang datang untuk mengusir anjing dari bangkai ini dan menghidupkannya kembali....

Ahmed Alhasan الحسن احمد: Al-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wabarakatuh. Semoga Allah memberkati anda, dan semoga Allah memberi ganjaran kepada anda dengan sebaik-baik ganjaran orang-orang yang melakukan kebaikan.

Ulasan / 30 Jun 2016:

Mansa Abbas Al-Rubai’ei: Segala puji bagi Allah yang telah melimpahkan kurnia atas kami denganmu,

Segala puji bagi Allah yang mengesahkan kami denganmu,

Segala puji bagi Allah yang telah memberi hidayah pada kami denganmu,

Segala puji bagi Allah yang layak dipuji sebagaimana sepatutnya.

 

Ahmed Alhasan الحسن احمد: Al-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wabarakatuh. Semoga Allah memberi ganjaran kepada anda dengan sebaik-baik ganjaran orang-orang yang melakukan kebaikan.. Jangan lupakan saya dalam doa anda.

Ulasan / 30 Jun 2016:

Khalid Hussen: Al-Salamu 3alaika, tuan, dan semoga Allah memberi kami syafaat tuan pada Hari yang akan datang;.

Ahmed Alhasan الحسن احمد: Al-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wabarakatuh, dan saya mohon kepada Allah agar memberi anda kejayaan dalam apa yang Dia suka dan redha.

Ulasan / 30 Jun 2016:

Hassan Al-Aqili: Al-Salamu 3alaika / Maulai Yamani Aali Muhammad (S).

Ahmed Alhasan الحسن احمد: Wa 3alaikumu l-Salamu Wa Rahmatu Allahi Wabarakatuh. Semoga Allah memberkati anda dan salam saya kepada bapa-bapa dan ibu-ibu yang baik. Semoga mengingat saya dalam doa mereka.

Ulasan / 1 Julai 2016:

Ahmed Alhasan الحسن احمد: Al-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wabarakatuh

Semalam saya memberi nasihat kepada salah seorang yang beriman untuk meletakkan nama yang betul dan juga gambar peribadinya jika dia boleh, dan itu hanya nasihat untuk komunikasi yang betul dengan orang lain di laman media sosial. Apabila anda datang untuk menyambut seseorang, anda harus menyambutnya dengan yang betul sebutkan sekurang-kurangnya sehingga dia tahu siapa anda dan jika ada kemungkinan anda meletakkan gambar anda, tetapi juga tidak ada masalah bagi seseorang untuk membuat halaman dengan nama simbolik untuk tujuan perbincangan ideologi, misalnya atau sebab menasabah yang lain, dan juga tidak ada masalah bagi seseorang untuk memaparkan gambar simbolik, terutama bagi wanita, kerana mungkin tidak sesuai bagi wanita untuk sering memaparkan gambarnya

Dan saya suka mengingatkan bahawa semua orang dihormati dan diterima di sini, sama ada mereka menulis dengan nama atau nama samaran yang betul, dan sama ada mereka meletakkan gambar atau gambar simbolik mereka.

Semoga Tuhan memberkati anda semua.

Ulasan / 1 Julai 2016:

Penyair Maitsam Al-Thufaili: Wa 3alaikumu l-Salamu Wa Rahmatu Allahi Wabarakatuh. Ya, maulai, seperti yang telah tuan ajukan dengan baik .. Pertanyaan saya adalah, apakah benar bagi seorang wanita untuk meletakkan gambarnya dan dia sopan, atau ada sebarang masalah syar’ei .. Engkau selamanya bagi kami ya Tuhan.

Ahmed Alhasan الحسن احمد: Semoga Allah memberkati saudara yang dikasihi, tidak ada masalah syar’ei, maka perkara itu sendiri dibenarkan.

Ulasan / 1 Julai 2016:

Imad Hussein Abdullah Al-Suaidi: Al Wa 3alaikumu l-Salamu Wa Rahmatu Allahi Wabarakatuh. Tuan kami, tuan kami, menurut perintah tuan tanpa gambar dengan gambar takat leher, semoga saya menjadi tebusan tuan, insya Allah, dari orang-orang yang sabar, khadammu berterus terang, saya tidak suka gambar.

Ahmed Alhasan الحسن احمد: Semoga Allah memberkati anda, saudara yang dikasihi, Sekiranya anda tidak suka gambar, gambar itu tidak penting, tetapi masukkan nama anda dan bukan hanya nama samaran, dan kami hormati golongan anda yang baik, insya Allah.

Ulasan / 1 Julai 2016:

Hussain Almoali: Al-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wabarakatuh, tuan yang dikasihi. Hari Jumaat yang diberkati ini, dan kami bermohon kepada Allah agar menolong kelapangan yang segera dan hampir, Ya Allah .. Dengan ulasan tuan, kami melihat saudara-saudara kami suka hati dapat mengenali antara mereka .. Kami bermohon kepada Allah agar mengumpulkan kami dan tuan dalam masa terdekat, insya Allah.

Ahmed Alhasan الحسن احمد: Al-Salamu 3alaikum, dan semoga Allah memberkati anda, saudara yang dikasihi. Saya mohon kepada Allah agar memberkati anda dengan yang terbaik di akhirat dan dunia.

 

Ulasan / 1 Julai 2016:

Ahmed Alhasan الحسن احمدDisampaikan melalui Gur (Nyur) [1] semoga Allah memberkati anda saudara yang dikasihi, dan salam saya kepada semua orang yang beriman di Tehran dan di seluruh Iran yang dikasihi, jangan lupakan saya dalam doa anda dan saya bermohon kepada Allah agar memberi anda yang terbaik di akhirat dan di dunia, dan menjadikan anda di antara hamba-hamba-Nya yang paling banyak mendapat bahagian dari setiap kebaikan yang diturunkan dan dari semua kejahatan yang diangkatNya pada bulan suci dan dalam tahun ini, dan saya bermohon kepada Allah agar membuka pintu-pintu rahmat-Nya untukmu dan menolong anda dengan pertolongan yang sangat kuat. Dialah Penolongku dan Dia lah juga Yang menjadi penolong orang-orang soleh.

______________________

[1] Ulasannya tidak ada pada ulasan di laman rasmi.

 

Ulasan / 1 Julai 2016:

Hamid Jasim: Al-Salamu 3alaika wahai cahaya mataku, roh-roh kami menjadi tebusanmu, doakanlah kami ya maulai dengan hak ibumu, Fatimah Al-Zahraa’, padanya dan padamu setinggi-tinggi selawat dan salam.

Ahmed Alhasan الحسن احمد: Wa 3alaikumu l-Salam, semoga Allah memberkati anda, saudara yang dikasihi. Saya mohon kepada Allah agar menjadikan anda di antara hamba-hamba-Nya yang paling banyak mendapat bahagian dari dia setiap kebaikan yang diturunkan dan dari semua kejahatan yang diangkatNya pada bulan suci ini,

Ulasan / 1 Julai 2016:

Oh, Ya Zainab: Saidi, Semoga dikumpulkannNya keberkatan atas kamu.

Maulai, anak perempuan kakak saya berusia sepuluh tahun, dan berpuasa atasnya adalah wajib ketika dia tinggal di Amerika. Hari siang mereka sangat panjang, dan dia sangat lemah dan dia tidak mempunyai cukup tenaga untuk menahannya. Dia bahkan tidak boleh bercakap. Kakak saya memberitahu bahawa dia sangat letih dan semasa dia dewasa nanti, adakah dia akan menyelesaikan puasanya, mengetahui bahawa ayahnya tidak menerima jika dia berbuka puasa dan ibunya melihat keadaannya..

Ahmed Alhasan الحسن احمد: Secara umum, puasa tidak memudaratkan, insya Allah, saya juga mempunyai seorang anak perempuan. Dia berumur sembilan tahun dan fizikalnya tidak kuat dan berpuasa, Al-Hamdu Lillah, dan secara amnya jika anda yakin puasanya itu memudaratkannya, dia boleh berbuka puasa dan mengqadhakan pada waktu yang lain

 

Ulasan / 2 Julai 2016:

Elias Al-Nasiri: Al-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wabarakatuh

Tuan, saudara-saudara di Timur, meminta tuan doakan mereka, dan mereka ingin mengetahui apakah di Iran dibenarkan untuk mengumumkan nama dan meletakkan gambar mereka di halaman Facebook.

Khadam tuan.

Ahmed Alhasan الحسن احمد: Wa 3alaikum l-Salam Wa Rahmatu Allahi Wabarakatuh

Berkenaan dengan Iran dan semua negara yang diperintah oleh pemerintah diktator, dan orang mukmin takut dirinya akan dizalimi mereka, dia memiliki pilihan untuk meninggalkan nama dan juga meletakkan gambarnya.

Yang saya nasihatkan ialah meletakkan nama (nama yang betul). Adapun mengenai gambar, saya katakan bagi sesiapa yang boleh meletakkan gambar itu tanpa rasa malu, maksud saya, apa yang diperlukan adalah nama dan nama keluarga yang betul, dan yang penting adalah nama, bukan gambar, jadi gambar itu adalah perkara kedua. Inilah sebabnya mengapa saya berkata kepada mereka yang dapat meletakkan gambarnya juga, maksud saya gambar adalah sebagai tambahan. Tetapi yang peliknya saya melihat beberapa orang beriman menuliskan dengan nama samaran dan meletakkan gambarnya..

Ulasan / 2 Julai 2016:

Sadam Alzamli: Wa 3alaikumu

Adakah tuan menyokong demonstrasi gerakan Sadrist dan pencerobohan ke Parlimen dan Majlis Menteri, dan adakah tuan menyokong dan mengambil bahagian bersama mereka, misalnya?

Hussein Matar: Saudaraku yang mulia, Imam Ahmad Al-Hassan menyokong demonstrasi, kerana ia adalah hak rakyat kerana parti-parti politik yang merampas hak-hak mereka dan disebabkan Imam Ahmed Hassan adalah seorang ayah yang penyayang dan bukan kerana alasan lain. Dan anda dapat membaca apa yang ditulis oleh imam sebelumnya, menjelaskan alasan campur tangannya dalam masalah politik. Ada pun penyertaan kaum Ansar dalam demonstrasi, kerana Imam Ahmad Al-Hassan adalah wajah bagi para ansar bahawa sesiapa dari mereka yang mahu turut serta dalam demonstrasi, mereka mesti ikut serta sebagai orang-orang Iraq yang menuntut hak-hak mereka dan bukan sebagai ansar kepada dakwah Al-Yamani.

Sadam Al-Zamili: Hussein Matar, saudara saya yang mulia,

Memang, demonstrasi adalah hak yang sah bagi rkayat Iraq untuk menuntut hak mereka, tetapi pada demonstrasi sebelumnya kami melihat mereka dipolitikkan dan dipimpin oleh pihak tertentu dan siapa sahaja yang mengambil bahagian akan terlibat dengan mereka sama ada ini adalah yang pertama walaupun ada prasangka saya terhadap pemimpin mereka.

Kedua / Masa demonstrasi tidak sesuai. Kerana ISIS dan negara-negara di sekitar Iraq

Ketiga / saya tidak pernah mendengar dalam hidup saya, ada ahli parlimen yang mengancam para penunjuk perasaan, juga tidak ada pemimpin parti yang mengancam pemerintah dengan para penunjuk perasaan, ini adalah sebahagian daripada keburukan apabila turut serta dalam demonstrasi. Dan seolah-olah dia sempurna dari kecacatan.

Saya tidak tahu apa pandangan dan orientasi anda tepat dengan gerakan Sadrist, jauh dari ketelusan dan diplomasi.

Ahmed Alhasan الحسن احمد: Al-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wabarakatuh

Saya mengucapkan terima kasih kepada Hussein Matar yang mulia, semoga Allah memeliharanya, kerana jawapannya yang berharga dan mencukupi, insya Allah, tetapi jika anda mengizinkan saya, saya akan menambahkan poin-poin ini sebagai jawapan kepada empat soalan yang dikemukakan oleh Al-Syed Saddam Al-Zamili, semoga Allah memeliharanya.

Pertama: Kami menyokong demonstrasi dan berkumpul beramai-ramai, dan ini sudah lama saya katakan. Mengenai butiran berikutnya, saya tidak semestinya bersetuju dengan semua bahagiannya.

Kedua: Kenyataan bahawa demonstrasi dipolitikkan dalam erti bahawa mereka dipimpin oleh parti politik tertentu, atau dikatakan bahawa ia dipimpin oleh Syed Muqtada Al-Sadr dan gerakan Sadrist khususnya, mengingat bahawa pengikutnya mewakili jumlah terbesar penunjuk perasaan, ini tentunya luar biasa bagi kami, tetapi anda harus tahu bahawa kami bukan parti politik dan kami tidak mempunyai blok politik. Atau parti yang mengambil bahagian dalam pilihan raya, dan yang hanya kami minati ialah menghapus beberapa kezaliman dan kesalahan terhadap rakyat Iraq, tidak lebih, dan kita tidak peduli jika ada seseorang yang memanfaatkan kewujudan kami untuk tujuan kepentingan peribadi atau puak, ini adalah perkara yang menjadi miliknya dan tidak membimbangkan kita dan tujuan yang menjadi perhatian kita adalah untuk mengemukakan tuntutan yang dapat diterima oleh semua, atau paling tidak memalukan golongan politik yang berlaku zalim, dan jika diambil, ia boleh menyebabkan penghapusan kezaliman dan kesalahan terhadap rakyat Iraq.

Ketiga: Kehilangan keamanan di Iraq, sama ada disebabkan oleh puak Wahabi Salafi atau ia adalah sesuatu yang kita jalani sebelum ISIS dan tidak akan berakhir dengan berakhirnya ISIS. Oleh itu, jika kita mengatakan bahawa kehadiran mereka menghalang untuk berdemonstrasi, tidak akan ada waktu yang sesuai untuk menunjukkan dan menuntut hak, tambahan pula: Mereka yang mengeluarkan rakyat Iraq untuk berdemonstrasi menentang mereka, mereka adalah orang yang menyerahkan sejumlah besar (daerah) Iraq ke ISIS, dan hari ini ia tidak dikembalikan kecuali dengan darah orang Iraq, dan sayangnya hari ini mereka tidak dipertanggungjawabkan dan diadili atas kejahatan ini.

Keempat: Kami bukan parti politik dan kami tidak mengambil bahagian dalam pilihan raya atau proses politik, dan kami menangani kedudukan, bukan orang dan pihak tertentu. Adapun gerakan Sadrist sebagai parti politik, kami tidak memiliki hubungan istimewa dengan mereka.

Ulasan / 2 Julai 2016:

Ammar Alansar: Bismillahi Al-Rahman Al-Rahim, Al-Hamdu Lillahi Rabbi Al-3alamin, Allahumma Shalli 3ala Muhammad Wa 3ala Aali Muhammad Al-Aimmata Wa Al-Mahidiiyn Wa Sallim Tslimaan Katsira, Al-Salamu 3alaykum Ya Ahli Bait Nubuwah dan lombong ilmu dan tempat turun risalah, Al-Salamu 3alayka, wahai washi Al-Hujjah bin Al-Hassan, Ya Ahmad Al-Hassan, wahai yang menjadi harapan dan keselamatan sepanjang hidupku. Tuan adalah ayahku, yang penyayang dan kuat cemburu. Ya Allah, aku bersumpah dengan nama-Mu yang baik untuk memakai kedua-duanya yang bangkit dan yang adil dari keluarga Muhammad (S) untuk keselamatan dan kesejahteraan, dan melindungi keduanya dari semua bencana dan penyakit. Ya Allah, aku bermohon kepadaMu agar redha hati keduanya dariku, Ya Allah. Wahai Bapa, wahai Ahmad Al-Hassan Al-Mahdi, aku minta maaf kerana gangguanku dan memanjangkan kata-kataku dalam tulisanku kepadamu, aku mohon ampun kepada Allah dari setiap dosa, kejahatan atau kesilapan yang telah kulakukan. Doakan aku agar Allah jauhkan aku dari kasih pada dunia dan memperbanyak harta dan perhiasan kehidupan duniawi. Maulai, wahai bapa, jadikanlah untukku tempoh dan beberapa bulan untuk terus berjaya dalam sekolah dan universiti. Saya sangat memerhatikan untuk dapat belajar di Hauzah Ilmiah Mahdawiyah yang diberkati, Dan dalam hal masuk ke universiti dalam cabang ilmu sebagai percubaan di Iran. Saya tidak mempunyai keinginan untuk kumpulkan pada banyaknya cabang dan panduan ini. Saya sebagai seorang manusia  mempunyai hak untuk merancang masa depan, dan dalam hal ini saya berunding dengan banyak saudara mukmin. Tetapi saya tidak mendapat hasil yang diinginkan untuk menenangkan fikiran dan harapan saya. Oleh itu, saya tunduk kepada Allah dan berpengharapan baik dengan juru tulis Allah bahawa saya akan berjaya di Hauzah Ilmiah Mahdawiyah yang diberkati, jadi jawapan terakhir adalah saya akan melakukan ini dan tidak menahannya. Tetapi kerana wa-aldinzh, saya takut dengan perkara ini. Kerana keduanya tidak beriman daengan dakwah kebenaran dan yang diberkati. Oleh itu, saya berharap kesempurnaan doa tuan untuk kesempurnaan mereka, mereka percaya pada dakwah ini dan jalan keselamatan. Wahai Bapa, saya harapkan doakanlah saya untuk bebas dari Al-Ana (keakuan), dan bagi saya untuk menebus diri saya demiMu, Tuan, kerana aku telah mempercayaimu selama lebih dari satu tahun, tetapi di sini di kota di mana aku berada, orang-orang yang beriman belum lebih dari tujuh bilangan dua tangan, dan ini adalah kekurangan saya. Wahai Bapaku, yang penyayang, saya mohon kepada Allah agar tulisan saya kepadamu tidak mengganggu dan dan memudaratkan fikiran baik tuan. Lebih baik daripada nafas diri-diriku dan lebih utama. Saya bersumpah kepada tuan, dengan Ali Al-Akbar putera Al-Hussein (as), agar membalas tulisan saya dengan jelas dan lengkap. Tuan, banyak kali saya telah menulis surat kepada tuan di halaman ini dan tuan belum memberi jawapan kepada saya. Saya bersumpah kepada tuan, dengan paman tuan Al-Abbas, untuk membalas dan menjawab tulisan saya... Wal-Hamdu Lillahi 3ala Kulli Hal, Wal-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wabarakatuh. Wala Haula Wala Quata illa Billahi l-3aliyi l-3adzim. Allahumma Shalli 3ala Muhammad Wa 3ala Aali Muhammad Al-Aimmata Wa Al-Mahidiiyn Wa Sallim Tslimaan Katsira,

Ahmed Alhasan الحسن احمد: Al-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wabarakatuh. Semoga Allah memberkati saudara yang dikasihi dan saya bermohon kepada Allah agar mempermudah urusan anda untuk apa yang Dia suka dan yang diredhaiNya Yang Maha Suci. Dialah Penolongku dan Dia lah juga Yang menjadi penolong orang-orang soleh. Teruskan pelajaran anda dan temukan di dalamnya sehingga Allah memudahkan anda melakukan apa yang Dia SWT kehendaki.

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya