Selasa, 23 Mac 2021

Keadaan Iraq - keterlibatan ansar

 


Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi

Ahmed Alhasan الحسن احمد / 3 Julai 2016:

Dalam catatan sebelumnya, saya bercakap mengenai parti-parti pemerintah di Iraq, terutama mereka yang berpendapat bahawa membebaskan Fallujah adalah jalan hidup bagi mereka, dengan demikian:

(Pandangan anda sangat dangkal. Fallujah dan Mosul tidak ada lingkaran keselamatan, bahkan tidak ada sebatang jerami pun.)

Video berikut menunjukkan kemarahan rakyat Iraq atas kegagalan parti pemerintah memberikan keselamatan kepada rakyat Iraq selama 13 tahun.

https://www.facebook.com/Ahmed.Alhasan.10313/videos/vb.457397004307968/1038217226225940/?type=3&theater

 

Ulasan / 3 Julai 2016:

Hassan Al-Jaber: Rakyat mesti sedar bahawa jalan keluarnya tidak ada dalam pemerintahan yang rosak. dan kerosakan sama sekali tidak menawarkan pembaharuan.

Semoga Allah memberi ganjaran kepada tuan.

Ahmed Alhasan الحسن احمد: Syeikh Hasan Al-Syeikh Hassan Al-Jaber, semoga Allah memberkati anda dan semoga Allah memberi ganjaran kebaikan kepada anda atas apa yang telah anda kerjakan dan lakukan untuk menyokong kebenaran. Saya mohon kepada Allah agar memberi anda kebaikan di akhirat dan dunia, dan Dialah Yang Maha Penyayang dari para penyayang.

Ulasan / 3 Julai 2016:

Muhammad Al-Sharqawi: Semoga Allah menyanjung (berselawat) atasmu, Ya Syed dan Maula kami, Ya Ahmad Al-Hassan, dan semoga Allah menyanjung (berselawat) atas bapa-bapamu yang disucikan dan anak-anak tuan yang suci. Saya mohon kepada Allah agar tuan dibuka dengan pembukaan yang nyata dan dipercepatkan penempatan (di bumiNya). Wahai bapa, wahai tuan, doakan saya kepada Allah agar menjadikan saya tentera terbaik yang akan syahid di hadapan tuan. Wahai bapa, saya mempunyai dosa-dosa yang telah menghitamkan wajah saya dan mengaburkan doa saya, maka jangan lupa apa yang saya mintakan padamu, kerana doamu mustajab, kerana tuan termasuk orang-orang yang bertaqwa yang diterima oleh Allah, tetapi saya adalah dari orang-orang yang zalim.

Ahmed Alhasan الحسن احمد: Al-Salamu 3alaikum, dan semoga Allah memberkati kamu wahai saudara yang dikasihi, saya mohon kepada Allah agar memasukkan anda ke dalam setiap kebaikan, yang masuk ke dalamnya Muhammad dan keluarga Muhammad dan untuk mengeluarkan kamu dari segala kejahatan yang dikeluarkan darinya Muhammad dan keluarga Muhammad (S).

Ulasan / 3 Julai 2016:

Arif Al-Hilli Al-Khafaji: Al-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wabarakatuh .. Tuan ada orang yang mengatakan bagaimana Al-Syed Ahmad Al-Hassan menuntut pemerintahan Allah, pemilikan dan perlantikannya, dan pada masa yang sama mencadangkan penyelesaian atau pandangan politik untuk menyelesaikan masalah Iraq berdasarkan realiti politik perkauman semasa yang berdasarkan asas demokrasi yang anda anggap sebagai bersifat kesyaitanan sebagai ganti kepada pemerintahan Allah? Saya mohon kepada Allah untuk mencapai harapan tertinggi anda, dan bagi anda doa dan kasih yang tulus dari saya.

Ahmed Alhasan الحسن احمد: Wa 3alaikumu l-Salamu Wa Rahmatu Allahi Wabarakatuh, dan semoga Allah memberkati anda saudara yang dikasihi. Sesungguhnya kami telah menerangkan aqidah kami terhadap Al-Hakimiyah dengan jelas, lengkap dan tiada kesamaran di dalamnya kepada mereka yang mencari kebenaran. Adapun campur tangan dalam hal-hal awam (umum), ia telah diterangkan sebabnya dengan jelas dan menerangkan bahawa itu adalah tindakan yang mesti dilakukan untuk menuntut hak-hak kemanusiaan atau had minimum (terendah) darinya. Saya memetik kesaksian saya, dengan kata-kata Amirul Mukminin (Shalawatu Allah 3alaih).

والله لأسْلِمَنَّ مَا سَلِمَت أمُورُ المسْلِمِين. ولم يكن جَوْرٌ إلا عَلَيَّ خَاصَّة. التِمَاسا لأجرِ ذلك وفضْلِه، وزهدا فيما تنافستموه من زخرُفِه وزِبْرِجِه).

[Demi Allah, umat Islam tidak akan selamat selagi urusan orang Islam tidak diserahkan padaku. Tidak ada ketidakadilan di dalamnya kecuali padaku secara khusus. Yang memohon ganjaran dan kelebihan. Dan yang zuhud ketika mereka bersaing dengannya, dari hiasan dan kilauannya.] 

Al-Syeikh Arif Al-Hilli, semoga Allah melindungi anda: Anda tahu bahawa saya menasihati mereka dan menerangkan jalannya, tetapi mereka memilih untuk berjalan ke arah lain dan sampai pada apa yang mereka masuk ke dalamnya, jadi adakah anda melihat bahawa saya duduk dan meratapi mereka, misalnya? Tentu tidak, ini bukan akhlaq kita dan itulah sebabnya saya berusaha menolong semua yang saya boleh tolong.

Dalam menuntut hak dan mengemukakan cadangan, ada banyak tujuan, selain sebagai upaya untuk menghapus beberapa kezaliman dan ketidakadilan terhadap rakyat Iraq, termasuk mendedahkan jalan jahat di mana parti-parti pemerintah berjalan dan memalukan mereka, dan menyatakan kepatuhan mereka untuk kepentingan peribadi dan kepartian mereka yang sempit dengan mengorbankan kepentingan rakyat Iraq yang ditindas.

Ulasan / 3 Julai 2016:

Abazhar Al-Tamimi: Semoga Allah memberkatimu, maulai, atas terbitan yang terbaik. Saya mohon kepada Allah agar memberi tuan kesejahteraan dari Allah Yang Maha Suci, Saya mohon kepada Allah agar menempatkan tuan Aali Muhammad (di bumiNya). Wal-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wabarakatuh.

Ahmed Alhasan الحسن احمد: Semoga Allah memberkati anda saudara yang dikasihi, dan semoga Allah memberi ganjaran kepada anda dengan ganjaran yang terbaik untuk orang-orang yang membuat kebajikan.

Ulasan / 3 Julai 2016:

Sarmed Alyamani: Kejadian dan kebangkitan yang berlaku menyaksikan bahawa Fallujah dan Mosul tidak ada lingkaran keselamatan, bahkan tidak ada sebatang jerami pun.. Letupan akan berterusan dan pembunuhan rakyat akan berterusan membebankan mereka sekiranya Fallujah diduduki atau dibebaskan .. Tidak ada perbezaan sama sekali.

Ahmed Alhasan الحسن احمد: Semoga Allah memberkati anda, maksud saya ialah pembebasan Fallujah bukanlah pelampung keselamatan bagi parti pemerintah kerana mereka menganggapnya sebagai pelampung keselamatan bagi mereka dan itu akan menjadi alasan untuk memuaskan rakyat Iraq terhadap mereka .

Ulasan / 3 Julai 2016:

Rukya Ahmad: Semoga tuan dibentengi diri dengan kekuatan dengan Allah, Tuhan kita membantu tuan.

Ahmed Alhasan الحسن احمد: Semoga Allah memberi ganjaran kepada anda dengan kebaikan.

Ulasan / 3 Julai 2016:

sara Al-Ameri: Tuan Yang Terhormat .. Saya ingin menyampaikan berita gembira setelah menamatkan pengajian keenam dan menamatkan peperiksaan dengan kejayaan, dan kepada Allah pujian ... dan ini dengan kurniaan Allah dan kurniaan tuan keluarga Muhammad (as). Saya mohon kepada Allah bahawa ini adalah sesuatu yang tidak layak dikatakan mengenai sedikit alasan kegembiraan tuan, dan saya minta tuan untuk doakan, wahai Aba Al-Abbas, mengenai masalah yang membimbangkan saya. Saya berharap doakan saya agar saya diterima di universiti-universiti yang saya inginkan .. untuk diterima di universiti agak sukar di sini, dan jika mereka tidak menerima saya, Allah tidak mengabulkannya, saya harus menunggu sepanjang tahun dan saya tidak tahu jika saya boleh belajar di ibu kota selama bertahun-tahun, tetapi secara umum jika mungkin ia akan tetap sukar kerana ibu kota terletak satu jam setengah dari tempat kami, dan hanya terdapat dua universiti untuk farmasi ini ...

Segala puji bagi Allah dan maafkan saya kerana kekurangan saya terhadap tuan yang mulia.

Semoga Allah melindungi tuan, menempatkan tuan dan menolong tuan dengan pertolongan yang perkasa, dan menjadikan kami tabah bersama tuan.

Ahmed Alhasan الحسن احمد: Semoga Allah memberkati anda dan memberkati atas kejayaan anda, insya Allah, dan saya mohon kepada Allah agar mempermudah bagi anda apa yang baik dan benar untuk akhirat dan dunia anda.

Ulasan / 3 Julai 2016:

Al-Syeikh Hussein Aali Hammad: Al-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wabarakatuh

Semoga Allah memberkati tuan dalam bulan Ramadhan yang diberkati, dan semoga Allah lanjutkan tuan untuk tahun berikutnya, dan tuan dalam keadaan sihat dan diberkati

Semua harapan saya kepada Allah agar tuan membalas salam saya

 

Ahmed Alhasan الحسن احمد: Wa 3alaikumu l-Salamu Rahmatu Allahi Wabarakatuh. Semoga Allah memberkati anda saudara yang dikasihi, dan semoga Allah membalas anda dengan kebaikan, Al-Fadhil Al-Syeikh Hussein Aali Hammad atas doa anda yang baik. Saya mohon kepada Allah agar memasukkan anda ke dalam setiap kebaikan, yang masuk ke dalamnya Muhammad dan keluarga Muhammad dan menjadikan anda dari hamba-habanya yang paling banyak mempunyai bahagian dari semua kebaikan yang diturunkannya pada tahun ini. Dialah Penolongku dan Dia lah juga Yang menjadi penolong orang-orang soleh.

Ulasan / 3 Julai 2016:

Ali Al-Qulaf: Al-Salamu 3alaikum, tuan. Tuan berkata dalam Kitab Al-Washiah: (Maka mesti bagi Yang Maha Mengetahui, Maha Berkuasa, Maha Benar, Maha bijaksana, Maha Sempurna, Dia Yang Maha Suci memelihara nash - yang disifatkan ianya sebagai pelindung dari kesesatan kepada mereka yang berpegang dengannya – mereka yang menuntutnya secara batil sehinggalah ia dituntut oleh pemiliknya dan tujuannya dipenuhi)

Soalan / Sekiranya pemilik menuntutnya dan tujuannya dipenuhi, bolehkah orang lain membuat tuntutannya (nash untuk mengenal pasti) selepas itu?! ... Maksudnya, apakah tuntutan wasiat akan diutamakan ?!

Ahmed Alhasan الحسن احمد: Wa 3alaikumu l-Salamu Rahmatu Allahi Wabarakatuh. Semoga Allah memberkatimu, saudara yang dikasihi. Dalam Kitab "’Aqaid Al-Islam", yang akan diterbitkan pada akhir bulan suci ini, insya Allah, akan memperjelas dan memperincikannya, Sila melihatnya, semoga Allah memberi anda kejayaan dan membimbing langkah anda.

Ulasan / 3 Julai 2016:

Anis Kotia: Al-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wabarakatuh, tuan... Keadaan ini membuat kami menangis. Kami, penduduk Britain ... Bolehkah kami dalam mentaati arahan atau tanggungjawab khas yang kami laksanakan untuk memperbaiki keadaan saudara kita di Iraq? Atas perintah tuan, insya Allah.

Ahmed Alhasan الحسن احمد: Wa 3alaikumu l-Salamu Rahmatu Allahi Wabarakatuh. Semoga Allah memberkati anda, saudara yang dikasihi, Anis Kotia, dan salam saya kepada semua orang yang beriman di Britain. Janganlah lupakan saya dalam doa saudara pada bulan yang barkah ini. Semoga Allah membalas anda dengan ganjaran terbaik untuk orang-orang melakukan kebajikan.

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Tiada ulasan: