Rabu, 10 Mac 2021

Berdiri Di PintuMu

 


Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi

Berdiri Di PintuMu

Ahmed Alhasan الحسن احمد / 16 Julai 2015:

Ya Tuhanku, ini adalah bulanmu yang mulia, dan hari-harinya telah berlalu, dan aku tidak punya amal untuk bergantung, maka rahmatilah kefaqiranku dan isikan tangan kosongku serta angkat ke halamanMu, kerana pemberianMu adalah permulaan.

Ya Tuhan, aku berdiri di pintuMu.

Sekiranya Engkau persilakan padaku supaya aku beramal dengan berkhidmat padaMu, maka Engkau memuliakan dan memberi kebaikan padaku.

Dan sekiranya Engkau tidak membuat aku beramal kerana aku tidak memenuhi syarat untuk itu, maka sudah banyak bagiku kerana Engkau telah membolehkan aku berdiri di pintuMu dan tidak mengusirku dari pintuMu walaupun aku serba kurang dan sedikitnya amalanku.

Ulasan / 18 Julai 2015:

Ahmed Alhasan الحسن احمد:

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semoga sepanjang tahun saudara berada dalam keadaan baik dan sihat. semoga Allah menerima amalan kamu. Saya mohon kepada Allah agar menjadikan kamu di antara hamba-hamba-Nya yang paling banyak mendapat bahagian dari setiap kebaikan yang diturunkan dan setiap kejahatan yang diangkat. Dialah Penolongku dan Dia lah juga Yang menjadi penolong orang-orang soleh..

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

Ahmed Alhasan الحسن احمد / 15 Ogos 2015:

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Saya mohon kepada Allah agar pengikut halaman ini berada dalam keadaan baik dan sihat.

Ini adalah rakaman pertemuan Khamis dalam program Paltalk bagi mereka yang terlewat mendengar di Paltalk atau menonton di saluran Savior:

https://www.youtube.com/watch?v=XLP8GVIOwlk&feature=youtu.be

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

 Ahmed Alhasan الحسن احمد / 15 September 2015:

بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله رب العالمين

وصلى الله على محمد وال محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليما

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Adalah mustahab berpuasa pada hari ke sembilan Zhu Al-Hijjah yang menjelang Hari Raya Eid Al-Adha, dengan mengatakan

السلام على الحسين الذي ذبح عطشانا

"Salam atas Al-Hussein yang disembelih dalam dahaga," dan menangisi atas musibah Al-Hussain.

Sekiranya anda tidak dapat berpuasa, maka janganlah tinggalkan mengucap salam atas Al-Hussain dan mengingati kehausannya pada hari-hari Zhu Al-Hijjah ini.

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

Ahmed Alhasan الحسن احمد / 15 September 2015:

Saya menyiarkan semula apa yang saya tulis tahun lalu di halaman ini:

[Pada hari kelapan Zhu l-Hijjah, atau hari Al-Tarwiyah seperti yang diketahui dalam manasik Haji, kita dapati Al-Hussein Bin Ali (as), Ibnu Fatimah binti Muhammad (S), Penghulu Pemuda Penghuni Syurga dan satu-satunya keturunan yang terpelihara dari kesesatan seperti yang dinashkan oleh Rasulullah dan pewaris seruan datuknya Ibrahim (as)

وَأَذِّن فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ﴾

Dan serulah manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu. [Al-Hajj:27]. Dia keluar dari Mekah ke Iraq, meninggalkan rencana ibadah haji di belakangnya, walaupun sudah berbulan-bulan dia tinggal di Mekah.

Inilah bagaimana Al-Hussein (as) meletakkan seruan Islam dalam kedudukan yang mereka tidak boleh merasa iri hati kepadanya.

Dan menjadikan ziarah haji mereka sebagai siulan dan tepukan,

﴿وَمَا كَانَ صَلَاتُهُمْ عِندَ الْبَيْتِ إِلَّا مُكَاءً وَتَصْدِيَةً ۚ فَذُوقُوا الْعَذَابَ بِمَا كُنتُمْ تَكْفُرُونَ

Sholat mereka di sekitar Baitullah itu, tidak lain hanyalah siulan dan tepukan tangan. Maka rasakanlah azab disebabkan kekafiranmu itu. [Al-Anfal: 35]. Hingga manusia hari ini.]

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

Ahmed Alhasan الحسن احمد / 15 September 2015:

Ya Hussein, kau meninggalkannya pada hari Tarwiyah dan masih turun laknat murkaNya ke atas mereka, maka di sinilah kau, wahai kiblat Allah.

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

Ahmed Alhasan Ahmed Al Hassan / 21 Oktober 2015:

Oh mata, tangisan mereka berpindah padaku... telah tiba masanya untuk dicurahkan dan dibuang [1]

https://www.facebook.com/Ahmed.Alhasan.10313/videos/vb.457397004307968/908080295906301/?type=3&theater

Video

 

______________

1. Bait-bait dari qasidah oleh Da3bal Al-Khaza3i, dan termasuk klip video tentang perkabungan Al-Marhum Syeikh Abdul Zahraa’ Al-Ka3bi.

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Tiada ulasan: