Ahad, 7 Mac 2021

Matlamat, Saranan, Slogan dan nasyid rasmi Saraya Al-Qaim

 

Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi

Ahmed Alhasan الحسن احمد / 5 Jun 2015:

Matlamat membentuk Saraya Al-Qaim.

بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

"Saraya Al-Qaim" dibentuk dengan tujuan yang dinyatakan dengan jelas dan nyata, iaitu untuk melindungi kesucian, kehormatan dan negara kita dari pencerobohan yang disebut dengan nama "ISIS" yang menyerang negara kita, Iraq, dan kita tidak mempunyai tujuan atau keinginan untuk menghadapi pertentangan atau yang membahayakan pihak polis atau tentera. Sebaliknya musuh kita dan musuh saudara adalah satu iaitu orang-orang Al-Sufyani yang menyerang negara kita dan ingin menodai tempat-tempat suci kita, dan kita bukan parti politik yang mengambil bahagian dalam pilihan raya di Iraq, misalnya, sehingga seorang ahli politik membayangkan bahawa kita mahu mengadakan propaganda (dakyah) politik untuk bersaing dengan mereka merebut jawatan dan kerusi. Itulah sebabnya kami memberikan anda semua kerjasama dengan saudara-saudara dan anak-anak anda di Saraya Al-Qaim, yang tidak meminta apa-apa dari runtuhan dunia melainkan untuk menjaga tempat-tempat suci, kehormatan dan negara dari pencerobohan Wahabi Al-Sufyani ini.

Biarkan semua orang tahu bahawa kami terpaksa mendirikan "Saraya Al-Qaim" setelah tentera Ramadi menyerah kepada ISIS,  semoga Allah mengutuk mereka, dan orang-orang Al-Sufyani ini maju menuju ke Baghdad dan mengancam untuk merobohkan maqam Imam Al-Hussein (as). Maka kita tidak lagi memiliki satu pilihan lain yang tidak dapat kita tinggalkan dengan cara apa pun, selain bangkit untuk mempertahankan tanah dan tempat-tempat suci kita terhadap serangan Wahabi Al-Sufyani ini.

Saya juga harap agar saudara-saudara Sunni dan yang lain tenang dan yakin bahawa Saraya Al-Qaim hanya bertujuan untuk mempertahankan Iraq dan tempat-tempat sucinya, dan tidak ditujukan terhadap orang lain di Iraq selain Wahabi Al-Sufyani yang menyerang negara kita dan mengancam untuk merobohkan tempat-tempat suci kita.

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

Ahmed Alhasan الحسن احمد / 5 Jun 2015:

Saranan kepada Saraya Al-Qaim

بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Wahai orang-orang beriman yang dikasihi dalam Saraya Al-Qaem:

Saya meminta anda menahan diri dari sebarang penampilan bersenjata di dalam bandar-bandar kecuali sekiranya ada kes penyelarasan dengan pihak keselamatan di bandar-bandar tersebut sekiranya ada keperluan atau berhajat kepadanya.

Saya meminta anda, orang-orang yang saya sayangi, untuk tidak memberikan kepada syaitan-syaitan itu hujah atau alasan untuk mencabar anda, kejujuran anda, dan hendaklah anda menjauhkan diri dari perhiasan dunia, suka menunjuk-hunjuk, bermegah-megah, dan dari sifat-sifat tercela yang tidak disukai oleh Allah SWT.

Peliharalah ibadah dan sholat kamu, terutama sholat malam (Sholat Al-Lail), Agar menjaga disiplin, melakukan latihan, dan memperoleh daya tahan jasmani dan rohani yang tinggi. Saya harap agar para pemimpin lapangan untuk meminta pertolongan orang-orang yang beriman dari para lulusan Fakulti Pendidikan Jasmani dan merancang pendekatan yang tepat untuk latihan fizikal.

Wahai yang dikasihi: Percayalah kepada pemimpin lapangan anda, mereka adalah pakar dan berkelayakan tinggi, insya Allah. Malam tadi, saya secara rasmi menugaskan salah seorang yang beriman untuk memimpin "Saraya Al-Qaim" di lapangan, dan dia adalah lulusan Kolej Tentera Pertama dan juga Kolej Kakitangan. Insya Allah, saya harap agar anda bekerjasama dengan saudara anda, Mejar Jeneral Abu Hamzah, semoga Allah melindungi dan memeliharanya.

Dan juga: Insya Allah, saudaraku yang mulia Muhammad, semoga Allah memeliharanya, akan turut serta dengan anda, yang juga lulusan Kolej Tentera Pertama dan pakar dalam kereta kebal. Terdapat, dengan kurnia Allah, ramai dari saudara-saudara anda yang pakar dalam menjalankan Saraya (briged) ini berjalan dengan bersungguh-sungguh, insya Allah, untuk memenuhi syarat untuk menghadapi pencerobohan Wahabi Al-Sufyani (atau apa yang disebut sebagai ISIS) terhadap Iraq dan tempat-tempat sucinya dan untuk menghapuskannya, insya Allah.

Pesanan saya kepada anda hari ini adalah ibadah, kemudian latihan jasmani dan rohani, dan menjadikan diri kamu mampu mematuhi perintah ketenteraan di lapangan dan mematuhi arahan-arahan, dan menjadikan perhatian utama anda adalah zikir dan taat kepada Allah dan melaksanakan kehendak Allah SWT.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

Ahmed Alhasan الحسن احمد / 6 Jun 2015:

Slogan dan nasyid rasmi Saraya

بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Wahai yang dikasihi dalam Saraya Al-Qaim, semoga Tuhan melindungi anda dan membimbing langkah-langkah anda:

Jadikan slogan rasmi anda adalah:

"لا قوة إ لا بالله".

"Tiada kekuatan melainkan dengan Allah."

Lagu kebesaran anda adalah:

Qasidah Al-Syed Al-Husseini [1], semoga Allah memeliharanya dan memanjangkan umurnya sebagai pembantu kebenaran dan keluarga Muhammad semuanya (Shalawatu Allah 3alaihim).

Dan semoga Allah memberi pahala kepada pembacanya yang berjuang sebagai penolong Aali Muhammad (Shalawatu Allah 3alaihim) Muslim Al-Jiyasyi, semoga Tuhan melindunginya dan membimbing langkahnya.

Dan semoga Allah memberi ganjaran kepada pekerja Yayasan Al-Yamani, dengan ganjaran terbaik untuk orang-orang yang melakukan kebaikan:

https://www.youtube.com/watch?v=8_scpgoKgBo

 

________________

[1] Qasidah bertajuk "Genderang Perang Hashimiyah".

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Tiada ulasan: