Selasa, 2 Mac 2021

Pembunuhan Malik bin Nuwairah

Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi

Ahmed Alhasan احمد الحسن / 30 Oktober 2014:

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kisah pertama:

Nabi kita Muhammad (S) selepas Perang Badar membebaskan orang-orang kafir dengan menerima fidyah sebagai tebusan kecil, sehingga salah seorang tahanan ini mengajar sekumpulan orang-orang Islam untuk membaca dan menulis sahaja [1].

Tawanan-tawanan ini yang dibebaskan oleh Rasul yang penyayang, mulia dan contoh kemanusiaan bagi yang tidak beriman dengan Muhammad (S) bahkan berada dalam pertempuran di mana mereka ingin membunuhnya dan menghapuskannya, tetapi apa yang dilakukan Nabi Muhammad (S) yang kita tahu dan harapkan dari akhlak para nabi dan orang-orang soleh. Bahkan merekalah yang memberi contoh tertinggi dalam akhlaq kemanusiaan untuk diteladani sebahafian tingkah laku mereka, seperti Gandhi dan Mandela [2].

Kisah kedua:

Malik bin Nuwairah Al-Tamimi, salah seorang Arab yang mulia, datang kepada Nabi Muhammad dengan taat, mendengar dan beriman dengan baginda, dan kembali kepada kaumnya dan mereka beriman setelah mereka disampaikan tentang dakwah Nabi (S). Maka Malik bukan sahaja seorang individu Muslim, tetapi seorang pendakwah yang hebat yang menyebabkan sejumlah besar orang masuk Islam ketika menyeru mereka kepada Islam. Malik adalah di antara mereka yang menghadiri Ba’ah Al-Ghadir dan mengetahui bahawa Ali adalah Khalifah Allah selepas Rasulullah (S) dan dia beragama dan kepercayaan kaumnya dan kepercayaan Rasulullah (S) dan untuk ini dia menyerahkan wang zakat kaumnya[3] untuk diserahkannya kepada Nabi. Ketika kembali ke Madinah, dia dapati Nabi telah syahid dan kembali kepada Tuhannya, dan didapati Abu Bakar duduk di masjid, dengan mengambil alih menggantikan (khalifah) Nabi. dan untuk ini dia menganggap Abu Bakar merampas jawatan khalifah sebagai perkara mungkar dan dia tidak menerimanya dan dia kembali kepada kaumnya dan mengembalikan wang zakat itu kepada mereka dan mendendangkan bait-bait nasyidnya yang terkenal:

Lalu ku katakan, ambillah wang kamu jangan debatkan

Jangan takut dengan apa yang akan datang esok nanti

Kiranya dia melakukan perkara yang menakutkan,

Kita halang dan katakan bahawa agama ini agama Muhammad

Bait-baitnya jelas dan merangkumi keseluruhan cerita, kerana Malik mengatakan agama itu dibawa oleh Muhammad (S), oleh itu jawatan Khalifah adalah diumumkan pelantikannya oleh Muhammad (S) di Al-Ghadir dan dia adalah Ali bin Abi Talib (Shalawatu Allah 3alaih) dan bukan orang yang melakukan perkara yang benar-benar menakutkan dirinya, seperti Abu Bakar, jadi aku kembalikan wang zakat itu kepada pemiliknya dan aku tidak menyerahkannya kepada pengganti (Khalifah) yang tidak sah.

Tindak balas Abu Bakar adalah dengan menghantar Khalid bin Al-Walid untuk membunuh Malik bin Nuwairah, dan Khalid tidak memerangi Malik dan kaumnya, dengan alasan bahawa mereka adalah Muslim, sehingga Khalid mengkhianati mereka dan menawan mereka dan kemudian membunuh mereka ketika menjadi tawanan dan kemudian merampas isteri Malik. Khaled tidak berpuas hati dengan ini, tetapi dia melakukan tindakan lebih kejam dan menjijikkan di mana dia memasak kepala Malik bin Nuwairah di dalam tungku (periuk) dengan api. [4]

Sekarang mari kita lupakan semua kisah ini dan menganggap Malik bin Nuwairah menjadi seseorang yang tidak beriman kepada Nabi Muhammad (S) dan Abu Bakar tidak menghantar Khalid untuk membunuhnya, Apakah ada alasan untuk membunuhnya, memperkosa isterinya, dan memasak kepalanya hanya kerana dia tidak memberikan segelintir wang kepada penguasa (Abu Bakar), Apakah alasan Abu Bakar untuk tidak menuduh Khalid bertanggungjawab atas tindakan kejam yang tidak ada kaitan dengan kemanusiaan, yang membunuh Malik, memperkosa isterinya, dan memasak kepalanya?!!!

Adakah anda benar-benar percaya bahawa seorang penguasa negara yang komandan tenteranya membunuh seseorang dan memperkosa isterinya dan tidak membuat sebarang muhasabah adalah pemerintah yang adil?

Adakah anda benar-benar percaya bahawa agama Khalid dan Abu Bakar adalah agama Muhammad (S) sendiri, yang membebaskan tahanan orang kafir?!!!

Apa yang saya tulis tidak mengandungi penghinaan, kutukan, dan pelanggaran terhadap siapa pun. Itulah sebabnya saya menunggu jawapan yang sopan.

Adapun mengenai teriakan dan penghinaan, ketahuilah bahawa ia tidak akan menodai agama anda dan tidak akan meringankan kesakitan anda, melainkan ia akan menjadi dalil yang jelas yang mempermalukan anda. [5]

https://www.youtube.com/watch?v=RfXfZTOgodA



https://www.youtube.com/watch?v=Pkb5KlS5YK8

 


__________________

[1] Lihat: Musnad Ahmad: J. 1, hlm 247; Al-Bidayah Wa Al-Nihayah, Ibn Katsir: J. 3, hlm 397

[2] Gandhi: Mohandas Karamchand Gandhi (1869-1948), pemimpin politik dan kerohanian India semasa gerakan kemerdekaannya dari despotisme melalui ketidakpatuhan sivil secara aman yang mengilhami banyak gerakan pembebasan yang menyeru kebebasan dan hak-hak sivil di seluruh dunia. Mandela: Nelson Mandela (1918-2013) , ahli politik anti pemisahan Rasis di Afrika Selatan, aktivitinya menyebabkan dia tinggal 27 tahun di penjara, dia dibebaskan pada tahun 1990 setelah tekanan antarabangsa untuk kembali selepas itu bekerja untuk mencapai cita-citanya.

[3] Lihat, sebagai contoh: Asad Al-Ghabah - Ibn Al-Atsir: J. 4, hlm 295; Al-Ishabah Ibn Hajar: J. 5 hlm 560.

4. Lihat, sebagai contoh: Tarikh Al-Thabari: J. 2, hlm 501-503; Al-Ishabah Ibn Hajar: J. 5 hlm 560 - 561.

5. Disertakan rangkuman lampiran dua klip video; Yang pertama: seorang syeikh dari Al-Azhar berbicara tentang pembunuhan Khalid bin Al-Walid terhadap sahabat (Nabi) Malik bin Nuwairah, berzina dengan isterinya, dan memasak kepalanya dengan periuk di atas api. Yang kedua: seorang syeikh Salafi berbicara di dalamnya dan menggambarkan tempat pembunuhan Malik di tangan Khalid bin Al-Walid dalam fotografi jenayah yang sangat menjijikkan.

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

  

Tiada ulasan: