Rabu, 3 Mac 2021

Perkahwinan gadis dalam Undang-Undang Kedudukan Peribadi

 


Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi

 

Ahmed Alhasan احمد الحسن / 2 November 2014:

 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hadil El-Khouly menulis:

 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Saidi wa Maulai Ahmad Al-Hassan

Sejak kecil saya meminati isu-isu kemasyarakatan dan hak asasi manusia. Ada masih banyak lagi penderitaan dan kezaliman dalam masyarakat kita yang menyakitkan bagi saya. Saya bekerja di beberapa buah institusi sosial dalam bidang hak asasi manusia, dan dalam tempoh terakhir pekerjaan saya berkaitan dengan hak-hak wanita dalam Islam secara khusus.

Saya percaya bahawa Syari’at Allah dan hukum-hukum Allah SWT semuanya adalah rahmat, keadilan dan dijamin sebagai kemuliaan manusia di setiap waktu dan tempat. Tetapi melalui pekerjaan saya, saya menghadapi beberapa persoalan berkaitan hak wanita dalam Islam yang membingungkan saya dan saya tidak dapat menemui jawapannya. Saya tujukan kepada tuan, ya saidi beberapa pertanyaan ini kerana agama sering digunakan untuk membenarkan kezaliman terhadap wanita dan prasangka terhadap hak mereka. Saya berpaling kepada tuan, ya saidi kerana saya benar-benar mencari kehendak dan kebijaksanaan Allah yang sesungguhnya, dan saya ingin benar-benar mengerti, kerana dalam kehendak dan kebijaksanaan Allah adalah satu-satunya cara untuk menghilangkan penderitaan dan kezaliman dari manusia. Saya meminta maaf terlebih dahulu atas kejahilan saya dan ingin memperbaikinya dengan ilmu tuan.

Saya mohon kepada Allah agar menjadi perhiasan bagi tuan, Ahl Al-Bait, dan agar menunjukkan tuan, ya Maulai dengan pembukaan yang nyata, insya Allah:

1- Adalah tertulis di dalam Kitab Al-Syarai3 dalam bab nikah bahawa seorang wanita dilarang bersama sebelum dia mencapai usia sembilan tahun. Dari kenyataan ini saya faham bahawa dibenarkan bersama seorang gadis, bermula dari 9 tahun.

Melalui pekerjaan dan persekitaran saya, saya menghadapi banyak kes di mana seorang gadis mengalami kecederaan fizikal yang serius kerana tubuhnya belum bertolak ansur dengan hubungan seksual dengan suaminya. Juga, dalam masyarakat kita hari ini, seorang gadis dengan usia seperti itu masih dianggap sebagai anak, dan dia tidak mempunyai kematangan mental dan fizikal yang cukup untuk memikul tugas dan tanggungjawab yang sedemikian pentingnya. Jadi mengapa Allah SWT mengizinkannya untuk berkahwin dengan gadis di usia awal ini? Adakah benar bahawa boleh mengahwini seorang gadis sejak lahir?

2 - Adakah berubah sebahagian hukum-hukum Syariah yang berkaitan dengan keadaan peribadi dalam beberapa kes sesuai dengan perubahan keadaan sosial dan ekonomi dari masa ke masa?

Saya faham bahawa seorang lelaki mempunyai lebih banyak hak daripada seorang wanita kerana tanggungjawab dan tugasnya lebih daripada seorang wanita, tetapi bagaimana jika seorang lelaki melanggar tanggungjawab ini dan tidak menunaikannya, maka adakah hak-hak ini berlanjutan atau gugur? Sebagai contoh, seorang suami yang tidak memberi nafkah pada keluarganya dan tidak menjaga anak-anaknya dan tidak mengasuh atau menyediakan keperluan dalam hidup mereka, maka jatuh ketergantungan tanggungjawab dan pendidikan seluruhnya pada wanita, maka adakah suami masih mempunyai hak seperti ketaatan, memimpin dll?

Malangnya, dalam masyarakat Arab dan Islam, terdapat fenomena keluarga yang diketuai oleh wanita, hanya kerana keseorangan atau ketiadaan suami, atau kehilangan atau bersama dengan suami disebabkan keadaan ekonomi meruncing dan penguasaan yang menindas. apa kesannya pada keadilan yang disebutkan di atas (suami mempunyai lebih banyak hak kerana dialah yang bertanggungjawab)? 

3. Dia SWT berfirman:

﴿وَإِنِ امْرَأَةٌ خَافَتْ مِن بَعْلِهَا نُشُوزًا أَوْ إِعْرَاضًا فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا أَن يُصْلِحَا بَيْنَهُمَا صُلْحًا ۚ وَالصُّلْحُ خَيْرٌ ۗ وَأُحْضِرَتِ الْأَنفُسُ الشُّحَّ ۚ وَإِن تُحْسِنُوا وَتَتَّقُوا فَإِنَّ اللَّـهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا 

Dan jika seorang wanita khawatir akan nusyuz atau sikap tidak acuh dari suaminya, maka tidak mengapa bagi keduanya mengadakan perdamaian yang sebenar-benarnya, dan perdamaian itu lebih baik (bagi mereka) walaupun manusia itu menurut tabiatnya kikir. Dan jika kamu bergaul dengan isterimu secara baik dan memelihara dirimu (dari nusyuz dan sikap tak acuh), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. [Al-Nisa’:128]

Apakah had-had nusyuz seorang suami? Adakah hukuman di dalam Syariah bagi suami yang nusyuz? Apakah hukum bagi suami yang mengabaikan rumahnya, isteri dan anak-anaknya?

4- Ketika kita berbicara tentang pemukulan isteri yang nusyuz dalam konteks agama, semua orang bersetuju bahawa itu adalah penderaan yang tidak adil, tetapi ketika kita sampai pada kenyataan hidup, situasinya sangat berbeza, dan pemukulan yang teruk dan penderaan fizikal terhadap isteri meningkat. Apakah batasan memukul isteri, khususnya, dan apakah hukuman bagi suami yang melanggar batasan ini? Dan tidakkah membetulkan dan memperbaiki diri menjadi lebih berkesan dan lebih baik dengan sabar dan perlakuan yang baik dan bukannya menyakitkan badan yang menimbulkan perasaan terhina, terutama jika ia terhadap orang yang lebih lemah dan dalam perlindungan dan penjagaannya?

5- Apa peranan wanita beriman dalam dakwah Al-Yamani yang diberkati pada saat bangkit Al-Qaim (as) dan bermulanya perang melawan musuh-musuh keluarga Muhammad (as)? Adakah mereka patut hadir di medan perang? Bagaimana mereka sebenarnya tentera Imam Al-Mahdi (as) pada tahap itu?

Hadeel Al-Khouli, Mesir

 

Jawapan /

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

1- Berkenaan dengan kebenaran perkahwinan untuk seorang gadis pada usia sembilan tahun dalam Islam, ini adalah pernyataan mengenai had kedudukan syar’eiyah, dan bukan undang-undang yang boleh digunakan oleh pemerintah ilahiyah Sekiranya khalifah Allah dapat memerintah dan menetapkan undang-undang keadaan kedudukan peribadi.

Oleh itu, Sekiranya perkara itu dibentangkan kepada khalifah Allah, dia boleh menetapkan larangan yang menghalang perkahwinan seorang gadis di bawah usia di mana dia biasanya menjamin selesainya perkembangan alat kelamin orang perempuan, seperti menetapkan keperluan untuk perkahwinan ini dan bahawa keadaan fizikal gadis itu menurut pemeriksaan perubatan rasmi sesuai untuk perkahwinan ... dll. Secara umumnya, disyari’atkan perhiasan untuk perkahwinan jenis ini dalam syari’at Islam tidak bermaksud bahawa ia adalah keadaan semula jadi yang ternyata, tetapi ia hanyalah had maksimum di mana seorang gadis boleh berkahwin apabila perlu, misalnya jika kita membayangkan bahawa bencana telah berlaku di bumi dan tinggal hanya beberapa individu umat manusia atau dari orang-orang yang beriman, maka masalah perkahwinan awal dan kelahiran anak awal –  adalah mengambil langkah keselamatan berjaga-jaga - suatu keperluan untuk memelihara umat manusia atau untuk memelihara orang-orang yang beriman. Jika tidak, umat manusia akan cenderung pupus, dan sesiapa yang memahami teori evolusi dan bagaimana sistem genetik berfungsi dalam memahami apa yang saya katakan. tidak ada kepentingan untuk perkahwinan awal - atau untuk menyampaikan kesediaan seorang wanita untuk hamil pada usia muda dalam pemeliharaan umat manusia pada satu masa - lebih awal dalam evolusi Homo, ketika tubuh wanita berkembang dengan cara ini sehingga bersedia untuk persenyawaan pada usia muda.

Adapun mengenai masalah sebilangan umat Islam sendiri yang menerapkan undang-undang ini tanpa sekatan dan menyebabkan bahaya fizikal terhadap anak-anak perempuan, ini adalah kesalahan mereka dan bukan kesalahan Syariah, sehingga mereka atau fiqih mereka tidak memenuhi syarat untuk menerapkan Syariah. Tidak ada pengetahuan tentang hadnya sepenuhnya, dan itulah sebabnya mengapa Allah menjadikan pelaksanaan khalifah Allah itu penting di bumiNya.

.

2- Perubahan hukum-hukum adalah milik khalifah Allah setiap masa, kerana hukum-hukum dapat diubah dan dibatalkan, dan ini adalah sesuatu yang saya sebutkan sebelumnya [1].

3- Isu tentang nusyuz suami, seperti yang saya sebutkan dalam "Al-Syarai3" [1], iaitu dia menafikan hak (perempuan)nya atau sebahagian haknya dan dia mungkin akan menuntutnya.

4- Memukul isteri bukanlah keadaan semula jadi atau keadaan di mana sah diamalkan pada kebiasaannya, Sebaliknya, dalam Daulah Al-Ilahiyah, jika isteri mengajukan tuntutan saman terhadap suami yang mendera, dia akan diperiksa, dan jika suami didapati bersalah, dia akan dihukum.

5- Wanita boleh berperanan pada banyak tempat dalam Daulah Al-Ilahiyah jika dikehendaki Allah dan menetapkan pada waktu tertentu, kerana wanita tidak kurang cekap daripada lelaki pada banyak tempat dan pekerjaan, bahkan dalam sebahagian pekerjaan wanita jauh lebih baik daripada lelaki. Dan Islam tidak meletakkan sekatan pada pimpinan seorang wanita bahkan untuk jawatan memimpin masyarakat ketika dia memenuhi syarat untuk itu dan melakukan pekerjaan dengan lengkap dan betul.

 

____________

[1] Lihat, sebagai contoh: Kitab Mutasyabihat: J. 3, Soalan No. 86.

[2] Al-Syed Ahmad Al-Hassan berkata: [Dan jika suami nampaknya nusyuz untuk menafikan haknya, maka dia boleh membuat tuntutan, dan penguasa berhak untuk mewajibkannya, dan dia dapat yang telah ditinggalkan sebahagian hak-haknya, dari merayu pembahagian dan nafkah. Dibolehkan bagi suami untuk mengabulkannya.] Syarai3 Al-Islam, J. 3, pada mengatakan nusyuz.


✡✡ ✡✡ ✡✡

 Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

Tiada ulasan: