Selasa, 9 Mac 2021

Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada taqwa....

 


Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi

Ahmed Alhasan الحسن احمد / 14 Jun 2015:

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dr. Alaa Al-Salim, semoga Allah memberi ganjaran kepada anda yang baik, kerana anda mempertahankan kebenaran walaupun anda mempunyai banyak masalah [1]:

https://www.youtube.com/watch?v=zsaEj44swlA&feature=youtu.be

 


______________

1. Disertakan video yang merangkumi jawapan kecurigaan yang dilontarkan oleh Al-Syed Hassan Nasrullah mengenai Dakwah Al-Yaman Al-Haqqah.

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

 Ahmed Alhasan الحسن احمد / 17 Jun 2015:

Ali Alali menulis:

Mengendalikan urusan program Al-Haqiqah bagi Dakwah khusus Al-Syed Ahmad Al-Hassan dengan harapan dapat menerima dakwah ketua kita dan ucapan terima kasih banyak-banyak. 

Dengan hormatnya khadam tuan yang bekerja sama.

Jawapan /

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pada prinsipnya, tidak ada keberatan terhadap dakwah anda, dan dakwah anda dapat diterima, insya Allah, dan jika masih ada sisa kehidupan, saya akan melayani anda, mungkin pada bulan Ramadhan yang diberkati, hanya menghubungi dan berbicara dangan pejabat Najaf menyusun dengan mereka dan Insya Allah, saya akan memberi nasihat kepada mereka mengenai perkara ini [1].

_______________

1. Akan datang dalam catatan seterusnya yang memaparkan pautan pertemuan.

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

Ahmed Alhasan Ahmad Al-Hassan / 17 Jun 2015:

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semoga kamu berada dalam keadaan baik dan sihat di sepanjang tahun, sempena kedatangan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan.

Semoga puasa dapat diterima dan dosa diampunkan, insya Allah.

Membaca Al-Quran digabungkan dengan berpuasa di bulan mulia ini. Maka jadikan pembacaan Al-Quran kita sebagai renungan (tadabbur), dan marilah kita mencubanya dari sekarang untuk kita beramal dengan isi Al-Quran.

Allah Taala Berfirman:

﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّـهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّـهَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ﴾

Wahai orang-orang yang beriman jadilah kamu orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. [Al-Maidah: 8]

Dalil bahawa Al-Quran dari Allah adalah hikmah yang tinggi yang didatangkan bersamanya. Bagi saya, firman Allah Taala, "Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada taqwa," itu sahaja sudah cukup untuk membuktikan bahawa Al-Quran itu dari Allah.

Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada taqwa...

Muhammad (S) dikelilingi oleh kebencian dan permusuhan kebanyakan orang di sekelilingnya kerana baginda - menurut pendapat mereka - untuk menghapus martabat atau kuasa agama mereka atau kerajaan duniawi mereka ditambah dengan orang-orang munafik yang berbohong di sekeliling baginda. Kita dapati sesiapa yang datang dengan kalimah ini yang menyuruhnya dan memerintahkan sesiapa yang mengikutinya dengan bersikap adil kepada musuh dan berlaku adil kepadanya, maupun dengan kata-kata.

Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada taqwa....

Adakah anda ingin mengetahui sejauh mana kebijaksanaan (hikmah) dalam ayat ini dan sejauh mana ia berfungsi membawa makna yang besar untuk memerangi jiwa, dan keakuan (Al-Ana) atau berpuasa pada darjat yang lebih tinggi? Tunjukkan amalan anda di atasnya.

Lihatlah dirimu sendiri, dan bagaimana kamu menangani orang-orang yang memusuhi kamu atau menyatakan permusuhan mereka terhadap kamu, dan apa yang diperintahkan oleh jiwamu (dirimu) kepada kamu, adakah kamu bersikap adil dan berlaku adil terhadap mereka yang memusuhi kamu? Adakah kamu menjauhkan diri dari berbohong dan memfitnahnya, adakah kamu menggambarkannya hanya dengan apa yang terkandung di dalamnya sahaja? Sekiranya lebih baik, adakah kamu akan mengatakan bahawa itu lebih baik dan kamu mendengarkan tanpa kesalahan baginya, bahkan melakukan tindakan yang mempunyai kesalahan yang tidak dapat dimaafkan?

Adakah anda ingin mengetahui betapa sukarnya beramal dengan cara berkerja seperti ini?

Lihatlah bagaimana kebanyakan orang berhadapan dengan musuh mereka, dan kamu akan dapati bahawa kebanyakan mereka tidak bertolak ansur dengan lawannya dan menggambarkannya dengan perihal, fitnah dan pembohongan yang paling buruk, apalagi mereka yang memusuhi mereka!

Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada taqwa....

Pada bulan Ramadhan ini, marilah kita berusaha untuk beramal dengan cara berkerja seperti ini, kerana membaca Al-Quran tanpa melakukannya tidak ada nilainya. Apa gunanya membaca Al-Quran kemudian ia berlalu tanpa disedari!

Wahai yang kukasihi: membaca perkataan (lafaz) sahaja tidak mempunyai faedah atau penggunaan sebenar.

Menghafal Al-Qur'an, membawa Al-Qur'an, dan menguasai Al-Quran adalah bekerja (beramal) dengan isi Al-Quran.

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Tiada ulasan: