Himpunan
Pos Di Laman Facebook Rasmi
Ulasan / 9 Jun 2015:
Ahmed Alhasan الحسن احمد :
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Semasa air naik, kepala tikus-tikus besar muncul
ke permukaan.
Seorang munafik yang mengejar dunia tidak akan
mampu dan wajar memegang kepalanya hari ini, kerana air telah naik dengan banyak
sekali.
Seperti yang anda telah lihat, dengan kurniaan
Allah kepada kita, bahawa dakwah Allah – sejak lama dahulu hingga ke hari ini –
dibersihkan dengan cepat dari orang-orang munafik yang jika mereka bersama
kamu, niscaya mereka tidak menambah kamu selain dari kerusakan belaka.
﴿لَوْ
خَرَجُوا فِيكُم مَّا زَادُوكُمْ إِلَّا خَبَالًا وَلَأَوْضَعُوا خِلَالَكُمْ
يَبْغُونَكُمُ الْفِتْنَةَ وَفِيكُمْ سَمَّاعُونَ لَهُمْ ۗ وَاللَّـهُ عَلِيمٌ بِالظَّالِمِينَ ﴾
Jika mereka berangkat bersama-sama kamu,
niscaya mereka tidak menambah kamu selain dari kerusakan belaka, dan tentu
mereka akan bergegas maju ke muka di celah-celah barisanmu, untuk mengadakan
kekacauan di antara kamu; sedang di antara kamu ada orang-orang yang amat suka
mendengarkan perkataan mereka. Dan Allah mengetahui orang-orang yang zalim. [Al-Taubah:
47]
Oleh itu, bersukacitalah dengan keselamatanmu
dari orang-orang yang telah dimakan oleh tungau (kumbang dsb), fikiran mereka
busuk dan mereka berbau busuk, dan Allah membenci kebangkitan mereka dan dibenci
oleh para malaikat di langit.
﴿كَرِهَ
اللَّـهُ انبِعَاثَهُمْ فَثَبَّطَهُمْ وَقِيلَ اقْعُدُوا مَعَ الْقَاعِدِينَ﴾
Allah membenci kebangkitan mereka, maka dilemahkan
mereka. dan dikatakan kepada mereka: "Duduklah kamu bersama orang-orang
yang duduk itu.” [Al-Taubah: 46]
Ulasan / 13 Jun 2015:
Ahmed Alhasan الحسن احمد :
بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليما
Saya katakan beberapa hari yang lalu: Bahawa air
telah naik dengan banyak sekali, tikus-tikus itu tidak ada pilihan selain
menunjukkan kepalanya. Setelah mengumumkan pembentukan "Saraya Al-Qaim",
orang-orang munafik tidak lagi dapat bersembunyi, kerana mereka dikelilingi
oleh satu pilihan sahaja, iaitu menunjukkan kepalanya sehingga orang-orang mukmin
dan mukminah dapat membezakannya, dan mereka terlepas dari dakwah kebenaran dan
terbuang dari lipatan Sejarah dan dikatakan Segala puji bagi Allah, Tuhan
semesta alam.
Akhirnya, Ali Al-Ghuraifi telah menonjolkan
kepalanya, dan kami telah menantikannya, kerana Allah telah memberitahu kami dengan
limpah kurniaNya, mengenai masalah orang munafik ini sejak dulu. Dan sekarang
orang munafik ini telah membuat video yang dipenuhi dengan masalah
dan kebodohan yang diulang oleh tuannya bagi
menunjukkan permusuhan kepada dakwah kebenaran dan pergerakannya.
Maka dia adalah orang yang mengejarnya, dan
mereka semua mengulangi kembali kekeliruan, kebingungan dan kebodohan, pada
sirah perjalanan kehidupan para nabi dan imam-imam dan kisah-kisah mereka
mengesahkan aqidah dan syariat mereka. Kebimbangan orang-orang yang beriman
tidak tersembunyi lagi. Semoga Allah membalas kebaikan orang-orang yang telah
menerangkan dan akan menerangkan kejahilan Ali Al-Ghuraifi sama seperti mereka
menerangkan kejahilan tuan-tuannya syaitan-syaitan manusia dan jin yang menghalang-halangi
untuk memerangi dakwah yang mendapat pertolongan Allah ini, Ali Al-Ghuraifi
juga mengisi dalam video ini di sisi lain dengan pembohongan, penipuan, tuduhan
dan kesimpulan berdasarkan khayalan-khayalan. Dia tidak terlepas dari tuduhan
bebasnya bahkan kepada saudara saya Muhammad, semoga Allah melindunginya. Orang
munafik ini tidak meninggalkan apa-apa dalam dakwah kebenaran dan dari rukun ke
rukun selain berusaha menyerangnya secara rawak, tidak masuk akal dan kekok kekanak-kanakan
dalam cubaannya yang putus asa dan sia-sia oleh iblis dan tenteranya
ketika mereka berada pada nafas terakhir dan saat-saat terakhir untuk
merosakkan dakwah Allah, tetapi itu mustahil dan maksud saya kepada mereka seperti yang saya katakan kepada anda
beberapa hari yang lalu, ini adalah proses penyaringan, pemeriksaan dan
penyucian untuk menyelamatkan dakwah kebenaran dari orang-orang munafik dan pengejar
dunia dan mereka yang memperhamba kepada keinginan dan Allah telah
menghinakannya. Kami mohon kepada Allah agar mukminin dan mukminah dilindungi
oleh Allah dengan benteng-Nya dan cukuplah bagi mereka kejahatan, kegelapan dan
kebodohan orang-orang munafik ini.
Ali Al-Ghuraifi, yang dipasang oleh iblis dan
menjulurkan lidahnya kepada semua orang yang berkesinambungan dengan saya, yang
mengumumkan kepada semua orang bahawa mereka telah menghubungi saya setelah
saya meminta mereka untuk melakukannya dengan diri saya. bukan dengan
menjulurkan lidahnya dengan sebab kejahilannya akan kenyataan untuk menikam Dr
Abdul Razaq Hashim Al-Derawi, seorang ulama besar, saudara dan sahabat, yang
mengabdikan (bernazar) seluruh hidupnya yang diberkati untuk menyokong dakwah Al-Haqq,
buku dan programnya bersaksi tentang ini, dan bahawa saya berkomunikasi
dengannya secara langsung dan terus-menerus. Saya telah menerbitkan " Marasi
(sauh) terpilih di pelabuhan Sumer dan Akkad " di halaman ini setelah
dia bercakap dengan saya secara langsung dan meminta saya untuk menjawab
beberapa soalan yang berkaitan dengan penyelidikan ilmiah akademik, jadi saya
menjawabnya secara ringkas dan kemudian saya memberitahu kepadanya bahawa saya
akan menjawab secara terperinci dari halaman Facebook saya, kerana jawapannya
panjang, dan saya menjawabnya di halaman yang diberkati ini dengan menerbitkan
kajian mengenai Marasi (sauh), Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Adapun rahmat keluarga Muhammad (Shalawatu
Allah 3alaihim Ajma3in), yang anda tanyakan, anda dan orang-orang yang seperti anda
dari orang-orang munafik, semoga Allah menghina anda, anda bukan tempatnya.
Kerana tempat rahmat adalah orang-orang yang beriman dan bagi orang-orang yang berselisih
yang tidak menugaskan kepada musuh-musuh. Adapun orang-orang munafik, para pendusta
seperti anda, dan mereka yang dengan sengaja mewujudkan permusuhan (Nawashib - Nasibi)
mengisytiharkan permusuhan mereka dengan sedar menegaskannya dan melawan
kebenaran, Maka mereka bukanlah tempat rahmat. kerana Allah melaknat anda semua
dan menjanjikan anda untuk menjatuhkan hukuman yang paling berat kepada anda:
﴿وَعَدَ اللَّـهُ الْمُنَافِقِينَ
وَالْمُنَافِقَاتِ وَالْكُفَّارَ نَارَ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ هِيَ
حَسْبُهُمْ ۚ وَلَعَنَهُمُ
اللَّـهُ ۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ مُّقِيمٌ ﴾
Allah mengancam orang-orang munafik laki-laki
dan perempuan dan orang-orang kafir dengan neraka Jahannam, mereka kekal di
dalamnya. Cukuplah neraka itu bagi mereka, dan Allah melaknat mereka, dan bagi
mereka azab yang kekal. [Al-Taubah: 68]
﴿إِنَّ الَّذِينَ يُؤْذُونَ اللَّـهَ
وَرَسُولَهُ لَعَنَهُمُ اللَّـهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَأَعَدَّ لَهُمْ عَذَابًا
مُّهِينًا﴾
Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah
dan Rasul-Nya. Allah akan melaknati mereka di dunia dan di akhirat, dan
menyediakan bagi mereka siksa yang menghinakan. [Al-Ahzab: 57]
﴿وَيُعَذِّبَ الْمُنَافِقِينَ
وَالْمُنَافِقَاتِ وَالْمُشْرِكِينَ وَالْمُشْرِكَاتِ الظَّانِّينَ بِاللَّـهِ
ظَنَّ السَّوْءِ ۚ عَلَيْهِمْ
دَائِرَةُ السَّوْءِ ۖ وَغَضِبَ
اللَّـهُ عَلَيْهِمْ وَلَعَنَهُمْ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَهَنَّمَ ۖ وَسَاءَتْ مَصِيرًا﴾
dan supaya Dia mengazab orang-orang munafik
laki-laki dan perempuan dan orang-orang musyrik laki-laki dan perempuan yang
mereka itu berprasangka buruk terhadap Allah. Mereka akan mendapat giliran
(kebinasaan) yang amat buruk dan Allah memurkai dan mengutuk mereka serta
menyediakan bagi mereka neraka Jahannam. Dan itulah seburuk-buruk tempat
kembali. [Al-Fath: 6.]
Saya menulis ini untuk menegakkan hujah dan
supaya tidak tinggal lagi pendirian individu atau kumpulan yang tidak jelas
selepas hari ini, tidak ada ruang untuk orang-orang munafik di antara kita, dan
untuk ini saya meminta Abdullah Hashem dan kumpulan yang bekerja dengannya di
Mesir untuk menyatakan mereka berlepas diri dari Ali Al-Ghuraifi, semoga Allah
menghinanya serta dari kesesatan dan penyelewengan yang didakwanya dan di atas
tajuk kesaksian. tanpa berlengah-lengah lagi dan seorang demi seorang, Maka
malang sekali Abdullah Hashem terlibat dalam masalah kewangan dengan Ali
Al-Ghuraifi ketika mereka menawarkannya kepada Ali Al-Ghuraifi dalam usaha -
jelas dan nyata - untuk memperbudakkan Abdullah Hashem dan rakan-rakannya. Itulah
sebabnya saya berbicara dengan mereka dan
saya katakan kepada mereka hari ini: Anda dapat memilih nilai yang murah, untuk
dibawa ke tahap rendah, dan tidak bernilai walaupun dibandingkan dengan nilai
kebendaan, itulah permusuhan yang ditunjukkan oleh Ali Al-Ghuraifi, maka
berjalanlah kamu bersamanya ke Neraka Jahim dan ke tong sampah sejarah bersama musuh-musuh
para nabi dan aushia’ atau memilih untuk menjadi permata Malakut dan untuk anda
menjadikan nilai anda adalah syurga dan redha Allah SWT bersama Ahmad
Al-Hassan.
✡✡ ✡✡ ✡✡
Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan