Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi
احمد الحسن Ahmed Alhasan / 20 Disember 2012:
والحمد لله رب العالمين
وصلى الله على محمد وال محمد الأئمة
والمهديين وسلم تسليما
Biasanya di Iraq pada hari ketujuh Safar,
diadakan hari memperingati kewafatan Imam Al-Hassan bin Ali (Shalawatu Allah
3alaih).
Semoga Allah membesarkan ganjaran kepada kamu
dengan mengingat syahadahnya.
✡✡ ✡✡ ✡✡
احمد الحسن Ahmed Alhasan / 20 Disember 2012:
Marasi (sauh) terpilih di pelabuhan Sumer dan Akkad
Saya memilih Sumer dan Akkad kerana ia ada
arkeologi, sejarah dan keagamaan tertentu. Nuh (as) dan Ibrahim (as) adakah sebahagian
darinya. Merekalah asalnya membawa agama, dan dari mereka agama itu bermula
pada zaman permulaan, dan sebahagian dari mereka bermula pada zaman akhirnya. Mereka
adalah orang-orang keturunan Nuh beribu-ribu tahun terutama Damouzi, atau
(anak-anak yang baik) dan mereka menunggu Gilgamesh atau (pahlawan di barisan hadapan)
dan sentiasa ada yang datang selepas mereka ke negeri Dua Sungai (Mesopotamia) itu
masih meratapi Al-Hussein (as) dan sedang menunggu Al-Mahdi yang ditunggu Gilgamesh
yang dijanji akan muncul di negara mereka sejak ribuan tahun lagi. Kita
bermohon kepada Allah agar memperbaiki keadaan mereka, membimbing mereka ke
jalanNya yang lurus, dan kesudahan yang baik. Bagi mereka yang menunggu kezuhuran
Al-Mahdi di tempat selain Sumer dan Akkad, negara bapa-bapanya Nuh dan Ibrahim
(as), maka penantian mereka akan lama dan akan menjadi penantian yang tidak
berkesudahan.
Marasi Pertama: Epik Sumer dan Akkad dan
Agama Ilahi
Sebilangan atau sebahagian besar penyelidik
dalam sejarah Timur Dekat atau Timur Tengah kuno menganggap bahawa agama adalah
dicipta oleh manusia semata-mata, dan mereka mula memperagakan tuhan (dewa) wanita
Ishtar dengan pelbagai nama. Patung-patungnya terdapat dalam pelbagai ukuran
yang tersebar di peradaban Timur Dekat kuno yang menjangkau lebih dari sembilan
ribu tahun Sebelum Masehi. Mereka telah memberikan penjelasan mengenai permulaan
agama ini. Masyarakat manusia pada awalnya adalah masyarakat yang ditundukkan (diperdaya didominasi) oleh wanita
dalam gambaran seorang ibu, di mana anak-anak yang tidak tahu apa-apa selain
hubungan mereka dengan dia berkumpul bersama, dan oleh itu, wanita (ibu besar
Ishtar) disucikan dan dijadikan patung untuknya, dan setelah beberapa ketika
masyarakat manusia berubah kepada kelelakian (maskulin) apabila menemukan
pertanian dan mulai menetap serta membina rumah dan berkeluarga. Ini membawa
kepada pengenalan tuhan bentuk lelaki dalam penyembahan, dan dengan itu agama
yang kemudiannya berkembang menjadi agama Yahudi, Kristian, Islam dan
lain-lain.
Tetapi mereka yang membina teori mereka pada
patung-patung wanita kuno telah lupa bahawa mereka dapat dengan mudah meniru
teori mereka dengan menganggap bahawa patung-patung ini dibuat untuk rangsangan
seksual dan tidak mewakili sesuatu yang suci. Maka kehadiran wanita suci yang dibuatkan
patung untuknya pada era tertentu tidak membuatkan penyelidik menilai dan
menentukan bahawa setiap patung yang dibuat berbenuk wanita di hadapannya adalah
mewakilinya. Pendapat ini: (Alat buatan manusia kuno untuk merangsang seksual) dijumpai
dan dikemukakan oleh sebahagian ahli arkeologi.
Bahkan juga terdapat teks-teks arkeologi yang
menggambarkan tuhan (dewa) wanita Ishtar atau Anana yang terkenal di negara
Sumer dan Akkad dengan ciri-ciri dunia di mana manusia hidup di sana. Dalam
teks tersebut, dia bukan seorang ibu, bahkan seorang wanita yang sebenar.
Sebaliknya, inilah dunia yang ditolak oleh
Raja Damouzi ketika dia naik ke tahta untuk bersujud seperti raja-raja lain
yang sujud kepadanya. Maka Damouzi (anak yang baik) berpaling kepada syaitan
untuk membunuhnya:
(Dan Anana (Ishtar) menuju
ke dua kota Sumeria "Umma" dan "Bad-Tibira", di mana kita
dapati tuhan-tuhan keduanya, seperti yang telah kita tunjukkan, bersujud
kepadanya dan dengan demikian menyingkirkan cengkaman syaitan-syaitan. Kemudian
kamu akan sampai ke kota Kilab, yang mana Damouzi tuhannya adalah Hami. Puisi
ini diteruskan dengan cara berikut:
Damouzi (Tammuz)
memakai sut mewah dan duduk di atas pentasnya,
Syaitan berpegang pada pahanya ..........,
Tujuh syaitan menyerangnya
seperti yang mereka lakukan di samping orang yang sakit,
Oleh itu, para
gembala dihentikan dari meniup seruling, dan mazmur di hadapannya.
Kemudian dia (iaitu,
Anana) mengarahkan supaya menatapnya,
Menetapkan pandangan
kematiannya,
Dia mengucapkan kata
terhadapnya, kata-kata kecewa dan marah,
Dan dia menjerit
terhadapnya dengan jeritan pendosa, sambil mengatakan: “Ketepikan ini,”
[dari papan Sumer Kramer.])
Dan inilah dunia yang ditolak Gilgamesh untuk
tunduk ketika dia duduk di atas takhta dan mengenakan mahkotanya:
(Dan Gilgamesh
membuka mulutnya dan memberikan jawapan kepada Ishtar yang terhormat dan katanya:
.......
Ada kebaikannya jika aku
berkahwin dengan kamu?
Kamu!
Kamu tidak lain
hanyalah api yang memadamkan api dalam kesejukan.
Kamu seperti pintu
yang hilang yang tidak menghalang ribut atau angin,
Kamu adalah istana yang
rusak, masuk kedalamnya merugikan,
Kamu gajah yang
merobek perjalanan,
Kamu tangga kotor
yang mengotori pembawanya, hampir membasahkan pembawanya,
Kamu adalah batu
marmar yang meruntuhkan dindingnya,
Kamu adalah batu
jasper yang mengundang dan menggoda musuh,
Dan kamu adalah kasut
yang menggigit kaki,
Mana antara kekasihmu
yang tetap kamu cintai?
Mana antara rakyatmu
yang selalu berpuas hati dengan kamu? .................) [Epik Gilgamesh, Taha
Baqir.]
Secara umumnya, anggapan bahawa asal usul
agama adalah mengikuti ibu wanita hanyalah hipotesis (andaian) yang tidak
berdasarkan bukti saintifik yang kukuh, oleh itu saya tidak dapati bahawa ada
keperluan untuk menjawab secara terperinci terhadap anggapan tersebut.. Tetapi
saya merasa perlu untuk menjelaskan bukti dan rujukan mengenai asal ketuhanan pada
agama Sumeria. Maka tajuk ini berkaitan dengan membuktikan bahawa agama Sumeria
adalah agama ilahi yang telah diselewengkan. Di sini kita ingin menjelaskan
bahawa orang Sumeria yang tahu berwuduk dengan air, bersholat, berpuasa dan berdoa dengan kerendahan hati adalah orang beragama dan
agama mereka adalah agama ilahi, jadi epik Sumeria dan kisah-kisah orang
Sumeria mengandungi perkhabaran ghaib yang berlaku ribuan tahun diamalkan oleh
orang Sumeria.
Ya, agama mereka mungkin telah terseleweng dalam
beberapa waktu, tetapi agama itu adalah agama ilahi, sama seperti penduduk
Mekah penganut agama Hanif agama Ibrahimi terseleweng kepada menyembah atau
memuja berhala seperti yang ada sekarang orang-orang Salafi atau Wahabi yang
menyembah berhala dan pewaris penyembah berhala kuno di Mekah, mereka mengatakan:
Mereka beragama Islam, tetapi mereka menyembah berhala besar yang mereka anggap
ada di langit dan bukan di bumi, dan mempunyai dua tangan dan berjari, dua
kaki, dan dua mata pada hakikatnya. Masalah menyelewengkan agama ilahi sentiasa
ada dan masih wujud.
Dan jika kita kembali ke agama ilahi pertama,
kita dapati bahawa Adam datang ke bumi dengan agama ilahi yang pertama, dan ia
mengandungi kisah-kisah anak-anaknya yang soleh setelahnya, dan diandaikan
bahawa manusia, adalah seperti kebiasaan mereka, menghafal kisah-kisah ini,
menceritakannya dan mewariskannya.
Kisah dan epik orang-orang Sumeria dalam
beberapa kes tidak lain hanyalah penyebaran beberapa kisah suci ini yang mereka
warisi, kerana orang-orang Sumeria menceritakan kisah banjir secara terperinci
dan lama sebelum zaman Taurat:
Banjir Nuh Pertama: -
Kita
sekarang yakin bahawa kisah Banjir, yang disebut dalam Taurat, bukan berasal
dari penulisan kitab Taurat, sejak George Smith, yang bekerja di Muzium British.
Beliau mendedahkan sebelas batu bersurat dari Epik Gilgamesh, dan menyelesaikan
simbol-simbolnya. Tetapi kisah Banjir Babilonia bermula pada Sumeria asal, maka
(Arnobel) telah menyebarkannya pada tahun 1914 dimana kepingan-kepingan yang
merupakan sepertiga bahagian bawah dari tablet (batu bersurat) Sumeria yang mempunyai
enam bidang yang dijumpainya dari (sekumpulan) batu bersurat yang disimpan di
Muzium Universiti. Kandungannya banyak berkaitan dengan kisah Banjir, dan
hingga kini karya ini tetap unik yang tidak dapat ditandingi atau menyamainya.......
Walaupun terdapat kelemahan dan kekurangan dalam teks, ungkapan-ungkapan yang
terdapat di dalamnya sangat penting ........ Ini termasuk tempat tinggal
penting yang menyingkap penciptaan manusia, asal-usul (pemerintahan), dan wujud
tidak kurang dari lima kota pada era sebelum Banjir.) [Dari Batu Bersurat Sumer
- Samuel Kramer: hlm. 251 252.]
Ya,
mereka mungkin ada kisah-kisah yang kadang-kadang diputarbelitkan - terutama
dalam pandangan agama-agama lain - Akibat dari berlalunya waktu padanya dan
masuknya campurtangan manusia yang terkeliru dengan godaan, tetapi adakah penyelewengan
itu benar-benar mentiadakan kebenaran sama sekali?!!!
Pernahkah kita
bertanya: Ke mana perginya warisan Adam dan Nuh?!!
Tidak dapat dibayangkan
bahawa Nuh dan mereka yang bersamanya berminat untuk mengangkut kambing dan
lembu dan tidak peduli untuk menyebarkan agama ilahi sejak Adam (as) di dada
mereka, dan semestinya manusia selepas Nuh (as) - yang diwakili oleh orang
Sumeria atau Akkadia dan pewaris mereka adalah orang Babilonia dan Syuria -
sebagaimana dipetik dari sejarah raja-raja dan petani. Dan para penyeleweng juga
menyampaikan warisan Adam dan Nuh dan menjadi simbol ketinggian suci, walaupun
diputarbelitkan, dan dalam kisah-kisah yang disampaikan turun-temurun, sehingga
hasilnya adalah bahawa agama Sumeria adalah agama Adam dan Nuh yang
diselewengkan, dan kadang-kadang mengikutnya dalam
segala sesuatu yang dianggap sebagai dunia dan orang-orang soleh.
Sebagai contoh
penyelewengan: Percubaan untuk memutarbelitkan Epik Gilgamesh ditemui sebagai
balas dendam, dan ini tentu saja menunjukkan dua perkara:
Pertama: Epik
Gilgamesh adalah teks agama, dan tidak ada yang berminat untuk memutarbelitkan
teks sastera.
Yang kedua: Teks Epik
Gilgamesh, yang telah disampaikan kepada kita, pastinya yang tidak mempunyai
penyelewengan langsung.
Taha
Baqer berkata:
Mungkin
perkara paling menggembirakan yang ditemui oleh penggali baru-baru ini di laman
arkeologi yang dikenali sebagai Sultan Tebbeh di selatan Turki berhampiran
Harran. Ini adalah sebahagian daripada epik dan mesej indah yang ditempa oleh
seorang penulis kuno pada ribuan tahun sebelum SM. Mesej ini berasal dari
pahlawan Gilgamesh, yang ditujukan kepada salah seorang raja kuno, yang meminta
Gilgamesh (dengan segera) mengirim batu
berharga untuk membuat azimat (perlindungan) untuk temannya Enkidu yang
beratnya tiga puluh kali dari kita) [Epik Gilgamesh - Taha Baqer].
Membandingkan
pelbagai kepingan asli dengan skrip Niño nampaknya menjadi maklumat yang
berharga. Bukan hanya mengisi jurang perbezaan, tetapi juga menunjukkan
sepenuhnya bahawa puisi (epik) Gilgamesh tidak ada dalam satu bentuk pun pada
era orang-orang Asyur. Ini adalah bukti bahawa legenda itu berkembang dengan baik
dari generasi ke generasi. Dengan kata lain para penulis tidak berpuas hati
dengan menyalin teks lama dalam bentuk yang jujur (tanpa diselewengkan) bahkan
mereka menambah, memotong dan mengubahnya. Inilah yang
ditunjukkan atau yang terlibat dalam bukti-bukti, atas idea yang tersebar - bersama
kesalahannya - bahawa kedudukan Timur tidak akan pernah dan tidak akan menjadi jumud
dan tersepit.)
[Legenda Babilon - Charles].
Sekiranya terdapat
percubaan untuk memutarbelitkan teks bertulis, apalagi teks yang disampaikan secara
lisan sebelum era penulisan, saya yakin bahawa teks tersebut mengalami penyelewengan
yang lebih besar, dan bahawa ketika mereka mencatat pada era penulisan dan catatan
awal, mereka mencatat dalam bentuknya yang terseleweng, dan dengan demikian
kisah banjir, kisah Damouzi, kisah Gilgamesh dan kisah-kisah lain yang berasal
dari Sumeria - Akkad, mungkin kita boleh menentukan bahawa ia tidak dicatat dalam
bentuk yang catatannya oleh perawi sebelum era penulisan.
✡✡ ✡✡ ✡✡
احمد الحسن Ahmed Alhasan / 20 Disember 2012:
Marasi Kedua: Agama Sumer Dan Akkad, Dan
Tiga Agama: Islam, Kristian, Yahudi,
Pada hakikatnya jika ia terbit dari Taurat, Injil
dan Al-Quran, dan apa yang terdapat dalam batu bersurat (tanah liat) Sumeria,
pasti dinilai oleh salah satu daripada dua keputusan, yang tidak dapat tidak
dan tidak dapat dielakkan bagi salah satu daripadanya:
Keputusan pertama: Agama berasal dari pembentukan
orang-orang Sumeria, dan Taurat, Injil dan Al-Qur'an tidak lain adalah proses
rumusan bagi agama Sumeria (Penciptaan manusia pertama Adam, kisah Habil dan Qabil,
kisah banjir, dosa, kehidupan selepas mati, syurga, neraka ... dll).
Keputusan kedua: Agama Sumeria adalah sama
dengan agama Adam dan agama Nuh (as), tetapi ia disebarkan dan kemudian disampaikan
dalam bentuk yang diputarbelitkan dan dipersembahkan kepada orang-orang Sumeria
atau orang-orang Akkad (orang-orang Babilonia dan Syuria) dalam bentuknya yang diselewengakan.
Dan inilah yang ingin saya jelaskan dengan menunjukkan bahawa kisah-kisah
Sumeria hanyalah pekhabaran ghaib yang Adam bawa ke bumi, dan ini adalah
kisah-kisah orang-orang soleh dari anak-anaknya (as) dan apa yang akan mereka lalui,
terutama yang mewakili tanda-tanda penting dalam jalan agama, seperti Damouzi (anak
yang soleh), atau Gilgamesh.
Kesamaannya sangat
besar antara apa yang tertulis dalam Taurat dan batu bersurat Sumeria. Pada
hemat (Dr. Samuel Kramer) dan yang disampaikan perkara itu dalam menyusun bab-bab
dalam bukunya yang menjelaskan persamaan antara batu bersurat tanah liat
Sumeria dan Taurat, contohnya:
(Bab
Tujuh Belas (Al-Firdaus) Persamaan pertama terkait dengan Taurat) (Dari Batu
Bersurat Sumer: ms 239.)
(Perkahwinan
Suci dan Nyanyi Puisi oleh Sulaiman) (Di mana aku dan Damouzi, upacara seks
suci orang-orang Sumeria - Dr. Samuel Kramer).
Orang-orang Sumeria
mengetahui dan mengerjakan hal-hal halus dalam agama ilahi, seperti kepercayaan
terhadap rukya (mimpi) bahawa ia adalah kalam Allah menanamkan kesan, dan beriktiqad bahawa Allah dapat berbicara kepada
seseorang dalam segala hal yang dilaluinya.
Dan
Charles mengatakan dalam Legenda Babel:
Kita tahu sekarang bahawa manusia diciptakan untuk memberi khidmat
ketuhanan, dan bahawa mereka itu diajarkan supaya tidak membuat dosa, jadi
mereka mesti mematuhi keinginan Langit dengan tepat dan memenuhi hasratnya.
Jadi, bagaimana mereka tahu untuk memelihara persetujuan ini dan menghindari kebencian
ketuhanan? Apabila mereka melihat mimpi - bahawa ketuhanan memwahyukan (memberi
ilham) apa yang datang kepada mereka melalui perantaraan mimpi - bagaimana
mereka dapat mentafsirkannya dengan cara yang menggembirakan mereka, Sekiranya
ada mimpi, bagaimana apabila tidak ada?
Jawapannya: mereka maksudkan tanda-tanda dan petunjuk-petunjuk semula
jadi, maka ianya membimbing mereka ke arah kebenaran. Oleh itu, kita mesti
memperhatikan bukan hanya perubahan bulan, tetapi juga pada bentuk awan. Maka
setiap pergerakan dan setiap perpindahan dari yang merayap di bawah rumput
hingga planet yang akur memuji di medan bintang-bintang patuh pada isyarat
kehendak ketuhanan, sama ada baik atau buruk, dan di sini menzahirkan kepintaran
seni atau ilmu, sehingga dia dapat membezakan apakah kehendak itu baik atau
tidak.
Dan yang menggetarkan hati harus
campur tangan, baik untuk mempercepat kedatangan kebahagiaan, atau untuk
menentang kekuatan permusuhan yang paling mengancam nyawa. Ia bukanlah bermaksud
untuk kehidupan individu atau penduduk umum tetapi ia. adalah kehidupan raja
yang diberi kepercayaan untuk nasib seluruh bangsa.
Dan raja ini yang
dianugerahkan ilmu oleh ketuhanan, ianya adalah - seperti Mar - negara ketujuh
sebelum banjir. Ini sesuai dengan urutan waris kepada (Henokh) (Idris) yang
menduduki tempat ketujuh dalam salasilah Adam - salasilah para nabi sebelum
banjir - dan dapat dilihat bahawa tidak ada kesamaan antara kedua nama itu
walaupun perbuatan mereka benar-benar satu (sama). Dan kemudian dikatakan,
bahawa teks Taurat yang membahas Nabi ketujuh (Henokh) sangat ringkas. Dia
berkata: (Dan Henokh berjalan bersama Tuhan dan ia tidak wujud kerana Tuhan
yang membawanya.) Henokh menjadi pahlawan lingkaran legenda yang menjadikannya pelopor
penulisan dan pengarang buku pertama yang mencipta ilmu bintang-bintang dan peredarannya:
ilmu Falak (peredaran bintang) dan semua bintang-bintang. Dia kelihatan seperti
(Fedoranke) dan kami dapat menerimanya dengan senang hati. Bahawa legenda orang
Yahudi ini tidak lain hanyalah perpindahan atau pengembangan legenda 0kuno orang
Kaldea, yang lebih tua.
Dan di antara
raja-raja dan para nabi yang lain - nenek moyang Henokh Enam dan tiga
penggantinya - adalah sifat yang umum, dan itu tidak menjadi masalah bagi kita
kecuali watak kesepuluh yang hidup semasa banjir.) [Legenda Babel: hlm. 28]
Dan
kisah-kisah orang-orang Sumeria dibicarakan dengan jelas - seperti agama-agama
ilahi yang lain - mengenai kehidupan selepas kematian, iaitu orang-orang yang
baik dan yang soleh akan ke Syurga dan yang jahat akan ke Neraka.
(Mereka
telah memastikan bahawa mereka akan hidup selepas mati - tetapi dalam penuh kegelapan
dan tidak mendapat pahala, kecuali mereka melakukan tingkah laku terbaik di
dunia, iaitu dengan ketakwaan seperti yang berlaku (Lawam Nabeshti) (iaitu, Nuh
as), Atau dengan menerapkan dua kata di antara orang, seperti yang dilakukan
oleh Hamorabbi (Legenda Babel: ms 38.)
✡✡ ✡✡ ✡✡
احمد الحسن Ahmed Alhasan / 20 Disember 2012:
Marasi ketiga: Adakah kisah tentang Nabi
Allah Ayub yang diceritakan oleh orang-orang Sumeria sebelum peristiwa itu
terjadi?
Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa
kisah-kisah orang-orang Sumeria hanyalah perkhabaaran mistik (khabar-khabar
Ghaib) untuk menceritakan kebenaran yang muncul setelah orang-orang Sumeria
berada di jalan agama ilahi. Mana-mana pembaca batu bersurat tanah liat Sumeria
akan melihat bahawa mereka menceritakan tentang nabi-nabi dan rasul-rasul yang
datang terkemudian darinya, seperti apa yang disebutkan dalam kisah Nabi Ayub (as)
sebelum kedatangan Ayub (as) dan kisah Ayub (as) dicatat dalam Taurat dan
Al-Quran.
(Bahawa semua batu bersurat dan kepingan batu bersurat
dicatatkan di dalamnya bahawa artikel Sumeria itu berpanjangan pada masa
pemerintahannya hingga lebih dari seribu tahun sebelum mencatat perjalanan Ayub.
[dari Batu Bersurat Sumer - Kremer].
Ini adalah petikan dari kisah Ayub seperti
yang dicatat pada batu bersurat Sumeria, dan jauh sebelum Ayub dilahirkan:
Aku pemerintah yang
bijak. Mengapa aku bergabung dengan pemuda-pemuda yang jahil?
Aku adalah orang yang
bijak mengapa aku mengira bersama orang yang jahil?
Makanan banyak dan ada
di mana-mana dan makananku untuk kamu yang lapar.
Pada hari ketika tilikan
(tenung) nasib dibahagi-bahagi, bahagianku adalah khusus untuk azab dan kepedihan.
Ya Tuhanku, aku mahu
berdiri di hadapanMu,
Aku ingin bercakap
denganMu... dan kata-kataku sungguh-sungguh dan penuh penyesalan ,
Aku ingin menunjukkan
urusanku padaMu dan meratapi pahitnya jalanku.
Aku ingin meratapi kebimbanganku
...., pada ibuku yang melahirkanku, aku tidak boleh berhenti mengadu kepadaMu.
Untuk menghentikan
kakakku dari menyanyikan lagu gembira supaya jangan mendendangkannya
Untuk menangisi dan
meletakkan musibahku di tanganMu,
Agar isteriku
berteriak kerana aku terseksa,
Dan biarkan penyanyi
yang paling bagus meratapi nasibku yang menyedihkan ...
Air mata, suka, duka,
dan ranjau yang menghantuiku.
Menatap perit pedih
yang tidak dapat ditahannya selain air mata.
Penyakit ganas melanda
tubuhku...,
Ya Tuhan, Engkaulah bapaku
penyebab kelahiranku, bantulah aku bangkit ...
Berapa lama Engkau akan
tinggalkan aku dan tetap tanpa hidayah?
Mereka mengatakan kalimat
yang betul lagi benar: anak tidak dilahirkan oleh ubu tanpa dosa,
Bahawa anak-anak
tidak bersalah tidak wujud sejak mula ………………….
Seseorang itu – akan
didengar tuhannya akan teriak tangisnya,
Pemuda itu - keluh
dan dukanya akan dapat redha Tuhannya, ..........
Penyakit syaitan
telah diusir yang merenungnya dan
melebarkan sayapnya,
Dan penyakit yang
menimpanya adalah seperti .... telah hilang dan diusirnya,
Dan nasib buruk yang
kadarnya digantikan dibalas dengan bijaknya,
Siksaan orang itu
digantikan dengan kegembiraan dan kebahagiaan.) [dari Batu Bersurat Sumer - Dr.
Kramer].
Marasi keempat:
Negara Sumer dan Akkad, yang menangisi Damouzi,
dan sekarang menangisi Al-Hussein (as)?!
Akan datang tidak lama lagi, insya Allah.
✡✡ ✡✡ ✡✡
Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan