Khamis, 4 Mac 2021

Takziah kepada ansar dan Syahadah Fatimah Al-Zahra’

 


Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi

Ahmed Alhasan احمد الحسن / 25 Januari 2015:

Takziah atas kematian jurutera, Muwafaq Al-Ikraji

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

﴿وَمَا جَعَلْنَا لِبَشَرٍ مِّن قَبْلِكَ الْخُلْدَ ۖ أَفَإِن مِّتَّ فَهُمُ الْخَالِدُونَ  كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً ۖ وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ

Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusiapun sebelum kamu (Muhammad); maka jikalau kamu mati, apakah mereka akan kekal? Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan. [Al-Anbia’: 34-35.]

Semoga Allah memberi ganjaran kamu dengan kematian saudara dan sahabat saya, Jurutera, Al-Syed Muafaq Al-Araji, semoga Allah membalasnya atas nama Muhammad dan keluarga Muhammad sebaik-baik balasan bagi orang-orang yang membuat kebaikan. Dia telah menolong kebenaran dan berdiri teguh di atas kebenaran hingga saat akhir hidupnya yang diberkati, yang dipenuhi dengan mengingati Allah, Yang Maha Suci. Salam kepadanya pada hari dia dilahirkan, pada hari dia kembali kepada Tuhannya, dan pada hari dia akan dibangkitkan, dan rahmat Allah serta keberkatanNya.

            

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

Ahmed Alhasan احمد الحسن / 28 Januari 2015:

Takziah atas kematian ibu Aqil Al-Ka’bi,

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semoga Allah memberi ganjaran kepadamu [1].

Semoga Allah merahmatinya, agar kelemahan, penyakit dan usia tua tidak menghalangnya untuk memperjuangkan kebenaran. Saya mohon kepada Allah agar meninggikan tarafnya dan memberi penghargaan kepadanya atas nama Muhammad dan keluarga Muhammad.

https://www.facebook.com/Ahmed.Alhasan.10313/videos/vb.457397004307968/791933584187640/?type=3&theater

 

______________

[1] Lampiran video ucapan takziah atas kematian Hajjah Al-Thaiyibah, ibu Aqil Al-Ka’bi, semoga Allah merahmatinya dengan rahmatNyaTang Maha Luas.

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

Ahmed Alhasan احمد الحسن / 1 Februari 2015:

 

Saya berdoa kepada Allah agar memenuhi hati anda dengan kasih kepada-Nya SWT, sehingga tidak ada sesuatu yang lain yang lebih bernilai.

 

 

Ahmed Alhasan احمد الحسن / 2 Mac 2015:

بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله رب العالمين

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

Hari-hari ini bertepatan dengan syahadah Fatimah Al-Zahra’, Penghulu Wanita Dunia. Semoga Allah memberi ganjaran kepada anda.

Sayangnya, setelah syahadah Rasulullah, Abu Bakar dan Umar menyerang rumah Fatimah untuk memaksa Ali bin Abi Talib berbaiah kepada Abu Bakar, dan kejadian ini mengakibatkan kecederaan kepada Fatimah (Shalawatu Allah 3alaiha), sehingga gugur kandungannya Al-Muhsin dan kematiannya setelah jangka waktu yang singkat seperti yang dijanjikan oleh Rasulullah Muhammad (S) bahawa dia adalah orang pertama yang bergabung dengan baginda.[1] Dia adalah syuhada’ pertama dari wasiat suci nabi. Berbahagialah orang-orang yang berpegang teguh dan mematuhi wasiat Rasulullah (S) pada malam kewafatan baginda dan bahawa Fatimah puteri Muhammad (S) adalah Penghulu wanita seluruh alam dan janinnya (Al-Muhsin) adalah yang pertama dari pengorbanannya. Telah diriwayatkan serangan ke atas rumah Fatimah binti Muhammad (S) dipelihara oleh ahli sejarah Ahli Sunnah dalam kitab-kitab mereka.[2] dan bahkan meriwayatkan ancaman Umar untuk membakar rumah Fatimah walaupun dia dan anak-anaknya ada di sana, dan kejadian serangan di rumah Fatimah itu disusun oleh penyair Sunni yang terbaik, Hafidz Ibrahim, yang dikenali sebagai penyair Nil, dalam qashidah Al-Umariyah yang memuji Umar bin Al-Khattab dalam puisinya

Dan ucapan kepada Ali , yang dikatakan Umar

Mulia pada pendengarnya, yang paling hebat pada yang menemuinya

Aku bakar rumahmu, kau tidak dapat tinggal di sana

Sekiranya kau dan puteri Al-Mustafa tidak berbaiah

Apa yang tidak difahami Abi Hafsh

Di hadapan pahlawan Adnan dan pembelanya

 

Berikut adalah penyesalan Abu Bakar di akhir hayatnya atas apa yang dilakukannya kepada Fatimah dan menyebabkan syahadahnya kesan dari serangan ke atas rumahnya. Hadits tersebut diriwayatkan oleh para sejarawan dan perawi hadis dari Ahli Sunnah, seperti Al-Tabarani dalam Al-Mu'jam Al-Kabir, Al-Thabari dalam Tarikhnya, dan Ibn Zanjawiyah dalam "Al-Amwal", dan Al-Muttaqi Al-Hindi dalam "Kanz Al-Umal", dan Ibn Abd Rabbah dalam "Al-Aqd Al-Farid" dan banyak yang lain, di mana Abu Bakar berkata: (...Oleh itu, saya berharap agar saya tidak mendedahkan rumah Fatimah dan meninggalkannya... [3]

Adapun pendapat sebahagian dari mereka bahawa riwayatnya lemah dengan hujjah yang lemah kerana salah seorang perawinya, ‘Ulwan bin Daud, sebenarnya, ‘Ulwan bin Daud sama sekali tidak lemah, melainkan kelemahan pada fikirannya. Ini adalah dua rakaman oleh Dr. Saad Al-Din Al-Hilali, yang merupakan salah seorang ulama’ Sunni kontemporari, di mana dia menunjukkan secara ilmiah kesalahan mereka dalam usaha melemahkan ‘Ulwan bin Daud, atau sebenarnya memperlihatkan di dalamnya permainan mereka itu sama sekali tidak ada kaitan dengan penyelidikan ilmiah yang serius.

https://www.youtube.com/watch?v=NpyNH5j9l1Q

https://www.youtube.com/watch?v=M6MNOU8keOQ

 

________________________

1. Lihat: Bihar Al-Anwar Al-Majlisi: J. 18, hlm 112; Sahih Al-Bukhari: J. 4, hlm 183.

2. Lihat, sebagai contoh, Kitab Al-Imamah wa Al-Siasah Ibn Qutaibah: J. 1 hlm 19 Tahqiq Al-Zaini; Tarikh Al-Balazhiri: jilid 1 hlm 587; Tarikh Al-Thabari: J. 2, hlm 443; Al-Isti3ab Ibn Abd Al-Barr: J. 3 hlm 975.

[3] Al-Mu3jam Al-Kabir Al-Thabrani: J. 1, hlm.62 Sejarah Al-Tabari: J. 2, hlm 619; Kanz Al-Umal - Al-Muttaqi Al-Hindi: J. 5, hlm. 631-632; Tarikh Madinah Damsyiq - Ibn Asakir: J. 30 hlm 418; Tarikh Al-Islam Al-Zahabi: J. 3, hlm 117-118.

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

Tiada ulasan: