Selasa, 26 April 2016

Sebahagian Tindakan Mereka Terhadap Al-Haq Dan Pemiliknya!


Ini Adalah Sebahagian Daripada Tindakan Mereka Terhadap Al-Haq Dan Pemiliknya!
هذه بعض أفعالهم مع الحق وصاحبه !


Ada seseorang telah menghantar soalan bertanyakan kepada Syed Ahmad Al-Hassan (as), meminta beliau untuk menerangkan kedudukan dan kelayakannya, dan soalannya berbunyi:

[Adapun jika aku bertanya kepada mereka yang mengejar dunia sebagai persediaan akhirat, maka tidaklah beruntung perniagaan kamu dan tidaklah kamu mendapat pertolongan (kejayaan). Maka berkatalah secara jujur kerana kematian tiada hijab antara aku dan dia yang dapat disembunyikan, dan aku tidak mahu bertemu dengan Tuhanku dengan wajah (muka) hitam semasa dia memintaku untuk menegakkan seruan kebenaran. Aku tidak menjawab kerana aku meninggalkan kebenaran pada  ahlinya]

Berikut dibawakan jawapan Syed Ahmad Al-Hassan (as) kepadanya.:

. .. Dan ketahuilah semoga Allah memberi kejayaan kepada kamu, bahawa aku berhujjah dengan wasiat Rasul Allah Muhammad (S). Wasiat yang baginda sifatkan sebagai pemilihara dari kesesatan. Dan kami telah membuktikan kesahihan sumber pengambilannya. Dan jelas terbukti tidak dapat dielakkan dengan pemakaiannya (selaras) bagi pendakwanya untuk membenarkan tujuannya (alasannya) … dan perselisihan kita bertambah kepadanya jika dia tidak mempunyai dalil syar’ei maupun dalil aqli atas tuntutannya dari aqidah wajib bertaqlid kepada bukan maksum. Maka dia tidak berdaya menolak dalil qath'ei (bukti yang tepat) yang saya bawakan kepadanya. Tidak ada hujjah di hadapan Allah untuk mereka yang menurut perkara yang salah (batil) yang tidak dapat mengemukakan dalil syar’ei maupun dalil aqli dan dengan meninggalkan kebenaran dan agama Al-Ilahi Al-Haq kita, agama para nabi dan agama Muhammad dan Aali Muhammad (as) yang menjadikan ia sebagai dalil syar’ei yang qath'ei (dalil nash syariat yang tepat)…

Ada yang menamakan diri mereka ayat-ayat (Ayatullah) dan tempat rujukan (Marajik) lari dari berhadapan dan berbahas secara langsung dengan saya, saya berada di Najaf di kawasan kejiranan Al-Nashr dan pintu rumah saya sentiasa terbuka siang dan malam, dan saya menerima sesiapa sahaja, saya telah membuat tawaran perdebatan langsung kepada mereka dan mengumumkan kesediaan untuk berdebat di mana sahaja tempat pilihan mereka, walaupun di pejabat mereka dan menunggu selama bertahun-tahun tanpa suatu jawapan pun!

Kemudian, apabila mereka dapati bahawa mereka tidak dapat melepaskan kemarahan mereka, mereka gerakkan kekuatan tentera pengikut setia mereka dan cuba untuk membunuh saya atau menangkap saya dan menyerang Pejabat Dakwah berhampiran dengan (maqam) Imam Ali (as) dan menahan sekumpulan orang yang beriman tanpa apa-apa kesalahan hanya kerana mendedahkan kejahilan Marajik mereka dan ketidakmampuan mereka untuk berhadapan dengan ilmu yang dikemukakan oleh Ahmad Al-Hassan, mereka melakukan semua ini untuk melarikan diri dari perdebatan awam; kerana mereka akan menunjukkan kekosongan ilmu aqidah dan mendustakan agama mereka yang mengadakan rujukan ke atas aqidah wajib bertaqlid kepada bukan maksum.

Dan setelah memaksa saya dengan kekerasan senjata untuk mengeluarkan saya dari rumah saya di pinggir Najaf tidak dapat menutup pintu perbahasan, bahkan saya membuka pintu yang lain, yang terbuka kepada mereka hingga ke hari ini, di mana saya bangun dengan mendatangkan aqidah Al-Haq dalam kitab (tulisan) dan meminta mereka untuk membalasnya, dan perbahasan secara bertulis, tetapi mereka juga keberatan hingga ke hari ini sebagaimana kamu dapat lihat.

Akhirnya beberapa hari yang lalu diterbitkan “Kitab Al-Washiah Al-Muqaddasah” (Kitab Wasiat Suci) di mana jawapan tertera di dalamnya dengan dibentangkan Wasiat berserta dalil-dalil qath’einya atas peribadi sebenar yang mendakwanya. Marilah kita meninggalkan segala yang lepas dan kembali kepada kedua-dua jawapan, dan saya menyeru mereka untuk menjawab semula secara ilmiah yang mempunyai nilai, dan mintalah bantuan Marajik di Najaf (Iraq) dan Qom (Iran) dan untuk bersoal jawab dan mulakan perbahasan secara bertulis antara saya dengan mereka. Saya beritahu kamu terlebih dahulu: Bahawa mereka tidak akan mahu bersoal jawab, mereka dari awal lagi telah menghasut tentera untuk menyerang ke atas pejabat dan begitu berani menutupnya di Najaf, ini tidak lain hanya satu sebab iaitu untuk lari dari perbahasan. Bagaimana hendak menunggu mereka pada hari ini untuk bersoal jawab. Ya demi Allah, hanya ada satu cara yang mungkin mendatangkan hasil, ia adalah menggesa mereka dan memaksa mereka untuk bersoal jawab melalui kamu.

Jika mereka tidak mahu untuk membahaskan dua soal jawab yang menjadi iktiqad kami, kita mulakan perdebatan bertulis antara saya dan mereka dalam aqidah mereka yang mewajibkan bertaqlid kepada bukan maksum.

Adapun anak-anak muda mereka dari para pendakwah yang  mendakwa boleh berijtihad dan yang sumpamanya, mereka boleh bersoal jawab secara lisan dan tulisan dengan syeikh-syeikh ansar Imam Mahdi. Mereka meminta perbahasan awam ini disiarkan pada saluran (TV) satelit untuk menjelaskan Aqidah Al-Haq kepada umat manusia.
,
Mereka melarikan diri setiap kali mereka diajak keluar (berbahas) atas alasan untuk mewajarkan mereka melarikan diri dari perbahasan dengan ansar Imam Mahdi (as)

Mereka dituduh melarikan diri dari ansar dan perdebatan senyap, dan juga mengambil jalan mendustakan menipu manusia.

Sebagai contoh: Al-Kurani dan Markaz Pengikut Al-Sistani mengatakan bahawa nama salah seorang dari bapa-bapa saya [Kathe3 - Katek] Nama ini diulang-ulang dalam TV satelit dengan mengatakan : [Ibn Kuwaithe3 - Kuwaitek].  Ini sikap semborono untuk mengkhianati seorang manusia.

Bagaimana boleh seorang tokoh besar dan terkenal ini yang berusia lanjut berdusta dan mempunyai tingkah laku beradab ini.

Walaupun nama saya dalam rekod pendaftaran rasmi di Iraq adalah Ahmad, Ismail, Saleh, Hussein, Salman, dan tidak ada nama Kathe3 atau Qathe3. Dari manakah Al-Kurani ambil nama Kathe3 ini?

Jadi ini adalah salsilah keturunan dusta Markaz Al-Sistani dan Al-Kurani. Satu percubaan murahan untuk berdusta kepada manusia dan menipu mereka dengan nama-nama gelaran, seolah-olah mereka tidak pernah membaca Al-Quran, yang melarang dari mencipta nama-nama gelaran buruk, walaupun ia adalah perkara benar. Bagaimana ini boleh berlaku sedangkan dalam nama bapa-bapa saya tidak ada yang bernama [Qathe3] dan ini bukanlah gelaran nama bagi saya sama sekali?

Saya berfikir bahawa perdustaan perbuatan seleweng ini tidak layak bagi seorang lelaki tua yang berjanggut putih dan memakai serban. Maka amat memalukan sekali mereka termasuk golongan orang-orang yang berkhianat dengan mengeluarkan pembohongan dan fitnah ini dan memanggil nama gelaran dengan cara yang mentah ini.

Allah SWT berfirman:

﴿وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ ۖ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ ۚ وَمَن لَّمْ يَتُبْ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ﴾


Dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. [Al-Hujuraat 49:11] 

Dalam Wasail Al-Syiah: Jilid 21, halaman 400 Bab Dibenci (makruh) menyebut gelaran dan nama panggilan orang yang kedua-duanya adalah benar atau sifat peribadi kedua-duanya adalah makruh:

Dari Muhammad bin Yahya bin Abi 3abbad dari  Bapa saudaranya dari  Al-Redha (as): dia melagukan tiga bait syair, dan menyebutnya, beliau berkata dan sedikit sahaja yang akan bersyair. Lalu saya berkata ia untuk siapa, beliau berkata, untuk orang-orang Iraq kepada kamu. saya berkata memuji-muji Abu Al-3atahiyah (bodoh; bebal) melagukan untuk dirinya sendiri. Lalu beliau berkata, Dapatkan namanya, kamu tinggalkan yang ini, Allah AWJ berfirman:
 وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ 
Dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan - Mungkin lelaki itu membencinya.

Tetapi adakah ia berakhir di sini? Tidak.

Al-Kurani telah berkata bahawa Ahmad Al-Hassan adalah Zionis, dan Ahmad Al-Hassan telah mempertahankan tuduhan ini dengan dalil-dalilnya

Bagi bintang berbucu enam dan dia mengatakannya adalah dari warisan para nabi.

Walau bagaimanapun bintang berbucu enam juga terdapat dalam tinggalan Sumeria Antikuiti dan ia dikenali sebagai tanah tamadun tertua, sebelum Musa bin Imran (as) dilahirkan lagi, dan sebelum suatu nama yang dipanggil Yahudi wujud, tetapi Al-Kurani menegaskan bahawa bintang berbucu enam hanya mempunyai hubungan dengan Zionis sahaja tiada yang lain, dan mempertahankan mengenainya atau menerangkan hakikatnya dan mengatakan ia dari warisan para nabi iaitu Zionis.

Dengan itu, mengikut cara Al-Kurani pada kesimpulannya maka Hauzah Najaf (Pusat pengajian Najaf) dan Kerajaan semasa Iraq dan penguasa wilayah semasa Karbala dan pengurusan Muzium Imam Al-Hussein (as) di Karbala, semuanya mengikut tuduhan Al-Kurani adalah Zionis, Kerananya juga Peti Replika (salinan) Fatimah Al-Zahraa’ (as) dihiasi dengan bintang segi enam besar yang terletak di sebuah muzium di Turki, dan meletakkan salinan di Muzium Imam Al-Hussein (as) di Karbala, Iraq dan ada pada bendera Hauzah Najaf, bahkan Al-Kurani dengan ukuran (kiasan) ini telah menuduh Nabi Muhammad dan Fatimah Al-Zahraa’ adalah Zionis. Dimana jika Fatimah (as) telah meletakkan lambang ini di petinya disifatkan kepadanya dan ada bintang berbucu enam di rumah yang terbuka pada masjid Rasulullah Muhammad (S) di Madinah Al-Munawarah, di mana bintang berbucu enam terdapat di masjid Nabi.

Seperti yang kamu lihat ia diislah (dibaiki) Allah, mereka telah membuat tindakan ke atas seruan (dakwah) Al-Haq dengan kedustaan dan fitnah, dan setiap akal yang waras mengadili mereka adalah orang yang berkeras berdusta dengan sengaja untuk menolak seruan dakwah ini adalah orang yang menentangnya, dia mengaku dengan tindakannya ini, tetapi dia tidak berupaya menangkis secara ilmiah, kerana itulah dia memilih jalan berdusta.


✡✡✡✡✡




Isnin, 25 April 2016

Menolak Rukya (Mimpi), Apakah Tujuan Mereka !!


Menolak Rukya (Mimpi), Apakah Tujuan Mereka !!
يختلقون رؤى، فما هو غرضهم !!


Rukya adalah kata-kata Allah, banyak riwayat yang menyebutkan kenyataan ini.

Namun sebahagian mereka telah begitu berani - menolak seruan kebenaran (dakwah Al-Haq) - sehingga mendustakan dan menolak (berselisih) tentang rukya (mimpi) ini, termasuk bertujuan untuk memastikan orang lain dari beriman dengan dakwah Al-Haq dan untuk mengwaswaskan mereka. Saya sendiri telah melihat rukya (mimpi) berulang kali.

Apakah matlamat percubaan terdesak mereka ini dan pada masa yang sama mereka tidak berasa tenteram?!

Syed Ahmad Al-Hassan (as)
berkata dalam menerangkan tujuan daripada bala tentera Iblis (laknahu Allah) seperti berikut:


Percubaan Terdesak:

﴿بَلْ قَالُوا أَضْغَاثُ أَحْلَامٍ بَلِ افْتَرَاهُ بَلْ هُوَ شَاعِرٌ فَلْيَأْتِنَا بِآيَةٍ كَمَا أُرْسِلَ الْأَوَّلُونَ﴾

Bahkan mereka mengatakan: "Mimpi-mimpi itu kalut, malah diada-adakannya, bahkan dia sendiri seorang penyair, maka hendaknya ia mendatangkan kepada kita suatu tanda, sebagai-mana rasul-rasul yang telah lalu di-utus".[Al-Anbiyak 21:5] 

Hujjah ini diulangi oleh orang-orang yang tidak beriman terhadap Malakut Al-Samawaat (kerajaan langit), dan mendustakan utusan-utusan Allah pada setiap zaman setiap kali mereka membawa risalahNya, dan mereka cuba mengacau dan tidak senang dengan bukti-bukti rukya (mimpi) orang-orang beriman itu, ia hanyalah mimpi-mimpi yang kalut lagi mendustakan Allah dan malah rukya (mimpi) yang diada-adakan:

﴿وَكُنتُمْ عَنْ آيَاتِهِ تَسْتَكْبِرُونَ﴾

Dan kamu terhadap tanda-tanda-Nya akan bersikap angkuh. [Al-An3aam 6:93] 
             
Ia adalah urusan besar Allah itu, tetapi mereka ini suka menterbalikkannya, mereka dengan mudah membuat tanggapan rukya adalah rekaan palsu terhadap Khalifah Allah pada zaman mereka dalam cubaan terdesak mereka sebagai mencabar kesaksian Allah di hadapan orang-orang mukmin, dan pada masa yang sama mereka mengatakan mereka tidak percaya dengan rukya (mimpi) pada hal ianya adalah dalil perwujudan bagi Khalifah Allah di bumiNya, dan ini mendedahkan pendustaan dan percubaan mereka untuk melarikan diri dari kewajipan mereka mempercayai beribu-ribu rukya (mimpi) yang dilihat ramai manusia dan amat jelas bagi perwujudan Khalifah Allah, dan bagi mereka yang menahan diri dari terlibat dengan kedustaan. Dan rukya-rukya (mimpi-mimpi) mereka itu secocok (sahih) dengan nash Khalifah Allah terdahulu.

Begitu juga apabila mereka mendustakan dan mengada-adakan rukya tidak akan dapat menterbalikkan urusan ini sebagai pengesan yang sangat mudah selepas Adam (as), kerana terdapat nash daripada Khalifah sebelumnya, maka nash Allah atas KhalifahNya dengan rukya (mimpi)  tidak dapat tidak sama dengannya dan tidak ada pengecualian, dan dengan itu sesiapa yang mengada-adakan rukya (mimpi) dusta dan secara palsu lagi bersalahan pula dengan nash Khalifah sebelumnya ternyata ianya telah berdusta terhadap Allah.

Secara umumnya, mereka mahu mencapai hasilnya dengan berdusta, iaitu bersaing (mencabar) rukya, dengan mengatakan: Sekiranya rukya mereka (dusta) tercelalah rukya (benar) orang-orang mukmin dan gugurlah hujjah rukya orang-orang mukmin, iaitu, mereka cuba untuk atau mahu mencabar Malakut Al-Samawaat dengan memfitnah Malakut Al-Samawaat, dengan cara dan dengan niat fitnah yang sangat jahat yang mereka mahu katakan: Bahawa berita (khabar) itu datang dari kerajaan langit (Malakut Al-Samawaat) adalah bercanggahan, dan dengan itu ia gugur. Ini bermakna mereka percaya ketidaksahan rukya dari mula lagi dan ianya tidak mempunyai nilai dan tidak sahih pada asalnya. Maka orang yang percaya bahawa rukya dari Malakut Al-Samawaat dan ia adalah kalam Allah mengetahui dengan yakin dan pasti bahawa ia sesuai dengan yang diturunkan dalam satu arah dan merujuk kepada hakikat yang satu; kerana ia adalah kata-kata Allah, dan oleh itu tidak ada percanggahan di antaranya dengan hakikat.

Ya, ada percanggahan antara rukya sebenar (hakikat) dengan -penglihatan bayangan kesesatan lontaran syaitan yang dusta yang memulakan cabarannya dengan rukya orang-orang mukmin kemudian mencabar Malakut Al-Samawaat, dan akhirnya ditamatkan dengan mendustakan kata-kata Quran:

﴿وَقَالُوا لَوْلَا أُنزِلَ عَلَيْهِ آيَاتٌ مِّن رَّبِّهِ ۖ قُلْ إِنَّمَا الْآيَاتُ عِندَ اللَّـهِ .................... قُلْ كَفَىٰ بِاللَّـهِ بَيْنِي وَبَيْنَكُمْ شَهِيدًا ۖ يَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۗ وَالَّذِينَ آمَنُوا بِالْبَاطِلِ وَكَفَرُوا بِاللَّـهِ أُولَـٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ﴾

Dan mereka berkata: "Mengapa tidak diturunkan kepadanya ayat-ayat (tanda-tanda) dari Tuhannya?" Katakanlah: "Sesungguhnya ayat-ayat (tanda-tanda) itu terserah kepada Allah.………………… Katakanlah: "Cukuplah Allah menjadi saksi antara aku dan antara kamu. Dia mengetahui apa yang di langit dan di bumi. Dan orang-orang yang percaya kepada yang batil dan ingkar kepada Allah, mereka itulah orang-orang yang merugi. [Al-Ankabut 29:50-52] 
                                   
Bahkan juga menafikan kenyataan yang tertulis dalam sejarah atas kesaksian Allah bagi orang-orang yang beriman kepada Isa (as), Muhammad (S), Ali (as) dan kepada Al-Hassan, dan Al-Husein 3alaihima Al-salam), dan kepada dan, dan..... .


Adakah jelas perkara itu sekarang,
menunjukkan tujuan dan niat jahat tindakan mereka?

Dan berikut ini adalah nash lain dari beliau (as), menggambarkan bagaimana membezakan kepalsuan dalam rukya itu, beliau (as) berkata:

Apa yang mereka mahu katakan pada mereka yang mendakwa telah melihat rukya yang tidak memihak kepada Ahmad Al-Hassan?! Walaupun terdapat beribu-ribu rukya bagi orang-orang dari negara-negara yang berbeza dan berlainan akidah mereka melihat dalam tidur (rukya) bahawa Ahmad Al-Hassan adalah benar? Apa lagi yang mereka mahu katakan?

Mereka mahu mengatakan: Bahawa Al-Malakut ada percanggahan! Mereka mahu memukul Malakut Al-Samawaat?

Jika Al-Malakut ada di tangan Allah, adakah kejadian itu benar ​​atau adakah ia dusta dan perkara itu tidak dapat dibezakan dan dijelaskan, dan ia adalah dari rukya yang selaras (disahkan) dengan wasiat Rasulullah (S) bahawa ianya adalah benar, dan sesiapa yang berdusta dan memberi penerangan; rukya bertentangan dengan wasiat Rasulullah (S) ia adalah pendusta].

Dan begitu juga, mengenai contoh pendustaan mereka yang menjajakan di kalangan manusia pembohongan rukya yang direka (diada-adakan), pada masa yang sama mengisytiharkan kepada umum permusuhan kepada Ahmad Al-Hassan dan seruan dakwahnya, beliau (as) berkata:

Perkara ini tidak berakhir di sisi mereka, mereka melemahkan sesuatu di sisi mereka dengan berdusta, dan melemahkan sebahagian darinya, yang lebih rendah daripada itu, bahagian yang palsu di sisi mereka dengan sangat mudah. Pada orang yang mengatakan dia telah melihat suatu penglihatan rukya terhadap Ahmad Al-Hassan, apakah hasil yang mahu mereka capai? Adakah mereka ingin menentang ribuan penglihatan rukya yang menyokong Ahmad Al-Hassan dan yang dilihat seseorang yang tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan Ahmad Al-Hassan, dan dari negara-negara yang berbeza, dan kepercayaan (akidah) yang berbeza?! Adakah munasabah ia menentang penglihatan mereka dengan rukya yang menjadi punca kepada seseorang memusuhi Ahmad Al-Hassan yang mengiktirafnya?! Bagaimana mungkin mereka menganggap rukyanya diada-adakan untuk menentang rukya orang-orang yang tidak mempunyai sebarang kepentingan dengan Ahmad Al-Hassan dan tidak mempunyai apa-apa hubungan dengannya dan mereka tidak pernah percaya kepadanya, melainkan jika dia mempunyai satu matlamat tertentu dan mereka mahu mengatakan bahawa kerajaan (Al-Malakut) tidak mempunyai nilai dan rukya tersebut tidak berguna!!

Mereka ini, Iblis yang tidak berupaya untuk mencapai kepada sesuatu yang dicapainya!

Orang yang berbohong kepada Allah dalam suatu rukya ini akan dibangkitkan pada hari kiamat bersama Musailamah dan Sijaah; kerana yang serupa dengan mereka adalah pendusta kepada Allah. Ia adalah sesuatu yang sangat sangat tabiei (lumrah) untuk mencari orang yang bersumpah kepada Allah demi pendustaan, kerana dia asalnya (pada mulanya) telah berdusta kepada Allah.

Semoga mereka menjadi baik, Insya-Allah, tetapi hanya berhati-hatilah dengan mereka ini, Si Ibn al-3ash (Si anak penderhaka) yang paling teruk, mereka menjangkakan mereka lebih daripada itu


✡✡✡✡✡


Ahad, 24 April 2016

Dalil Mereka Mengikut Dakwaan Masyarakat Sunnah!


Dalil Mereka Mengikut Dakwaan Orang Ramai (Al-Sunnah)!
دليلهم على النيابة العامة !

Untuk melengkapi perkara di atas, maka dengan merujuk perkataan-perkataan sebahagian mereka mengenai tajuk pendakwaan orang ramai (masyarakat Sunnah) yang dikatakan terhadap Imam Al-Mahdi (as), didapati secara terang-terang sangat kurang sopan, dan persoalan yang timbul sama sahaja: Apakah bukti pendakwaan masyarakat Sunnah terhadap Imam itu?


Mengenai perkara ini Abdus Soleh (as) berkata:

Mengikut pemerhatian saya, dalil-dalil mereka sebagaimana yang dikatakan penduduk Iraq: (adalah cerita biasa dan tipuan melulu) ianya tanpa bukti, mereka melakukan perkara ini dan mendakwa dengan dakwaan ini, jika tidak, apakah buktinya?

Bukankah ini suatu akidah (kepercayaan) yang berbahaya dan perlu kepada bukti yang tepat (dalil qath’ei), mengikut kaidah mereka sendiri. Bagaimana sehinggakan ia bukan bukti yang diinginkan dan hanya menyerang (membuat sasaran) pada perkara yang besar ini, pada hal tiada satu riwayat pun yang teksnya dapat disandarkan untuk membuktikan perkara ini, semoga Allah membalasnya.

Maka saya bertanya kepada beliau mengenai campur tangan Imam Mahdi (as), di mana pengikutnya (Syiahnya) telah merujuk kepada riwayat hadith tersebut. Maka beliau (as) berkata :

Campur tangan pada zaman pendakwaan khas itu adalah, apa yang berkaitan dengan pendakwaan masyarakat Sunnah yang mengatakannya dengan sangat menyedihkan. Orang-orang lemah dan miskin diculik, dan apa yang berlaku pada pengikut (syiah) keluarga Muhammad, sesungguhnya mereka telah diculik (dipaksa) oleh kumpulan fanatik (kesukuan) yang tidak ada perbezaan antara mereka dengan peserta-peserta Saqifah (ahli syura di Saqifah Bani Saadah sebaik sahaja wafat Al-Nabi (S)).


✡✡✡✡✡



Khamis, 21 April 2016

Akidah Bertaqlid Kepada Yang Bukan Maksum



Ia Adalah Seperti Yang Telah Dijanjikan, Maka Adakah Terdapat Suatu Manfaat Akidah Bertaqlid Kepada Yang Bukan Maksum!
وكان ما وعد، فهل تنفعهم عقيدة تقليد غير المعصوم شيئاً !
      
Dari tempat di mana aku memberitahu kamu mengenainya, iaitu Syed Ahmad Al-Hassan (as) berkata:

Mereka akan kehilangan segala-galanya kerana kelakuan mereka terhadap Ansar.

Keadaan yang tenang apabila ia meletup (meledak) secara tiba-tiba ia mengganggu semua pihak, Saya tidak memperbesar-besarkannya  jika saya katakan: Mereka menderita dan mereka tertekan ketika saya menuliskan ayat-ayat (perkara) ini.

Lalu ingatan saya kembali kepada sebahagian kata-katanya (Abdus Soleh) (as):

Maka mereka mempersendakannya sehingga pada kemunculan seruan pentunjuk (dakwah Al-Mahdiwiyah) ini, sepertimana kata-kata mereka yang mengatakan: Sesungguhnya sebahagian seruan pentunjuk (dakwah) ini melucukan, yang dimaksudkan adalah dakwah Al-Haq (kebenaran). Lalu persendaan ini telah menimpa belakang mereka, dan mereka masih tetap berpegang dengan omong kosong (ketidakpastian) yang mereka iktiqadkan dan dengannya mereka mewajibkan manusia yang tertipu untuk beriktiqad. Padahal ia adalah akidah untuk mewajibkan bertaqlid kepada yang bukan maksum. Tidak ada suatu ayat atau riwayat pun yang jelas yang dikeluarkan dan dalil-dalil dari mereka untuk membuktikan semua akidah mereka itu, dan tidak ada dalil aqli (akal) melainkan penipuan dan tanggapan yang salah yang menjadilan rujukan orang jahil adalah kepada orang yang alim, kerana kaedah akal ini tidak menepati dengan keadaannya, dan mereka sekadar mengikut sangkaan sahaja. Dari manakah datangnya kewajipan untuk merujuk kepada sangkaan dalam agama Allah SWT? Dan ini hanyalah kewajipan bagi mereka yang mengikut sangkaan-sangkaan, kerana apa yang ada di sisi mereka kebanyakannya sesekali sahaja mereka tidak melampaui batas orang-orang jahil dan kefahaman seperti dalam hukum bayi tabung uji dan waktu sholat di kutub dan sebagainya.

Semua ini telah mereka persendakan terhadap dakwah Al-haq (kebenaran). Demi Allah saya tidak mengetahui apa yang dipersendakan oleh mereka dan inilah keadaan mereka?! Adakah tetap bagi kita dengan sesuatu yang ada di tangan mereka tidak dapat kita hilangkan dan adakah apa yang ada dalam tangan kita sesuatu yang mampu dihilangkan! Mungkinkah persendaan ini untuk suka-suka dalam menghilangkan penipuan terhadap orang-orang yang serba kurang yang mengikuti mereka.

Dan kesimpulannya, persendaan ini banyak berlaku pada hari ini dan tagisan mereka akan berpanjangan di kemudian hari. Bahkan tiada penghujungnya jika mereka masih dalam keadaan tersebut yang menjadikan keadaan mereka dalam penghinaan ini.

Dan secara tepat untuk menyebut aqidah bertaqlid kepada yang bukan maksum: Berikut ini kata-kata Abdus Soleh (as): kepada orang-orang yang berpandukan (menjadikan rujukan) aqidah ini di atas mimbar-mimbar dan kehakiman mereka.

Sekarang ini…. Masyarakat sangat aneh mengikuti perintah (ketetapan) mereka dan tidak takut kepada Allah dan tidak takut perhitungan Allah. Telah jelas kepada mereka bahawa akidah mewajibkan taqlid kepada yang bukan maksum adalah suatu pembaharuan (bid’ah) dalam agama dan tiada dalil samada dalil aqli atau pun dalil naqli mengenainya. Maka mengapakah mereka masih menyeru kepada manusia dengan akidah seperti ini? Perbuatan mereka ini seperti perbuatannya orang-orang Quraisy pada awal zaman (Islam) yang mengambil patung-patung berhala sebagai kebanggaan dan kemuliaan (tuhan).

Adapun manusia kefahamannya sangat sedikit tidak dapat membezakan walaupun dalam menyimpulkan sesuatu hukum fiqh dan akidah mewajibkan bertaqlid kepada yang bukan maksum dan menjadikan sandaran serta tempat rujukan mereka (para marajik).

Dan mengenai kekecelaruan ini (orang jahil merujuk kepada orang alim) yang berpegang teguh dengan dakwaan bahawa dalil mereka mencukupi dan wajib manusia menjadikan mereka rujukan. Abdus Soleh (as) berkata:

Pada mereka ia adalah dalil akal (iatu): Orang jahil merujuk kepada orang yang alim dengan memberikan contoh orang sakit yeng merujuk kepada doktor dan mereka menganggap dengan dalil ini wajib bertaqlid kepada mereka (orang alim). Dan ini rusak (terbatal) kerana perkataan ini berkaitan agama dan membawa akibat kepada keabadian manusia. Maka kuasa tidak diberikan kepada orang yang alim untuk menjadikan mereka rujukan kerana kesalahan dalam urusan (ketetapan) agama jika dinisbahkan 1/100 sahaja dan dengan kesalahan ini bererti kerusakan akan berkekalan kepada siapa yang mengikutinya.

Seorang doktor tidak maksum (tidak terpelihara) dari kesalahan ketika mengubati pesakitnya dan mungkin akan ada kesalahan dalam pengubatannya. Maka pengetahuan yang sangat rendah bagi seorang juru bedah akan menyebabkan pesakitanya meninggal dunia atau pun cacat. Maka di sini ketetapan yang bukan maksum dalam ketetapan agama mengakibatkan keabadian (berkekalan kepada) manusia itu sendiri yang akan menyebabkan kerusakan selamanya.

Ketahuilah, sebenarnya kaedah (peraturan) ini tidak bermasalah, tetapi bagi yang alim mestilah yang maksum sahaja. Oleh itu, yang menjadi dalil adalah dengan bertaqlid pada yang maksum dan berhujjah kepada mereka sahaja. Mereka yang lain adalah para pembuat sangkaan dan adalah tidak wajib menjadikan rujukan pada urusan yang bukan agama, maka bagaimana untuk mewajibkan dan menjadi rujukan kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan ketetapan agama.


✡✡✡✡✡






Jumaat, 8 April 2016

Selamat datang bulan Suci Rejab dari


Selamat datang bulan Suci Rejab dari
Imam Ahmed Alhasan احمد الحسن

Al-Salamu 3alaikum wa Rahmatu Allahi wa Barakatuh

Terimalah bulan suci Rejab, raihlah kesempatan ini.

Berpuasa pada hari-harinya,
Bangunlah (dirikanlah) malam-malamnya, dengan doa dan bersungguh-sungguh bermohon kepada Allah. supaya kamu bernasib baik mendapat (melihat)
Keredhaan dari Dia Yang Tercinta lagi Maha Suci.

Ya Allah, sibukkanlah hati-hati kami agar datang menghadiri di halaman KesucianMu dalam segala sesuatu yang sehingga berkeliaran (mengembara) dengan mencintaiMu.

Versi Bahasa Arab

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
أقبل شهر رجب الحرام فاغتنموا الفرصة.
صوموا أيامه وقوموا لياليه بالدعاء والتضرع الى الله لعلكم تحظون بنظرة الرضا من الحبيب سبحانه.
اللهم أشغل قلوبنا بالحضور في ساحة قدسك في كل آن حتى تهيم بحبك.