Ahad, 30 Oktober 2016

Mukjizat Kebendaan Jasmani Dan Kedudukannya Dalam Agama Allah:


Mukjizat Kebendaan Jasmani Dan Kedudukannya Dalam Agama Allah:



Sebab dimasukan ke alam Jasmani ini adalah untuk menguji dan memilih manusia. Allah berfirman: 

﴿الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ﴾ 

Yang menjadikan kematian dan kehidupan, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun, [Al-Mulk 67: 2]

Maka apabila manusia masuk ke dunia ujian tentulah tidak benar Pencipa Ujian Al-Hakim Al-Mutlak memberi keutamaan kepada sebahagian atas sebahagian yang lain dalam perjuangan ujian ini tanpa sebab, dan tidaklah betul untuk membatalkan ujian sebahagian daripada mereka dan memberikan mereka keputusan yang lebih baik tanpa sebab atau diberikan keutamaan mereka melakukannya.

Mukjizat Kebendaan berbentuk Jasmani (jisim benda) tidaklah dijadikan suatu ukuran untuk dipakai dan untuk melontarkan syak wasangka orang-orang yang berselisih (khilaf), kerana ianya akan menjadi tarikan (paksaan) dan memansuhkan ukuran sesuatu yang ghaib, dan tidak melindungi iman kepada ukuran yang ghaib, dan memansuhkan sebahagian ujian terhadap orang-orang yang diuji, di mana terdapat mengutamakan sebahagian orang-orang yang diuji atas sebahagian yang lain tanpa sebab, kita dapati ia membatalkan keputusan ujian yang dilaluinya – atas ketetapan yang dicapainya - seolah-olah imannya adalah iman kebendaan semata-mata dan bahagian yang ghaib adalah sifar, dan kita dapati ia mendapatkannya oleh keutamaannya atas orang lain dan memperoleh syurga tanpa diuji, dan dengan itu keadilan tidak berlaku di kalangan orang-orang yang termasuk dalam ujian, dan untuk ini kita mengatakan yang berikut: Mesti diadakan mukjizat berbentuk jasmani (jisim benda) - jika didatangkan - dalam had-had tidak membatalkan sunnah Ilahiyah untuk beriman kepada yang ghaib.

Sekiranya kita selidiki Nash agama yang ada di tangan kita, kita akan dapati yang berikut:

Dalam Al-Qur'an:

Pertama: Ayat-ayat menunjukkan bahawa para nabi yang membawa mukjizat dengan izin Allah, dan mungkin tidak dizinkan Allah: 

﴿وَأَقْسَمُوا بِاللَّـهِ جَهْدَ أَيْمَانِهِمْ لَئِن جَاءَتْهُمْ آيَةٌ لَّيُؤْمِنُنَّ بِهَا ۚ قُلْ إِنَّمَا الْآيَاتُ عِندَ اللَّـهِ ۖ وَمَا يُشْعِرُكُمْ أَنَّهَا إِذَا جَاءَتْ لَا يُؤْمِنُونَ ﴾ 

Mereka bersumpah dengan nama Allah dengan segala kesungguhan, bahawa sungguh jika datang kepada mereka sesuatu mukjizat, pastilah mereka beriman kepada-Nya. Katakanlah: "Sesungguhnya mukjizat-mukjizat itu hanya berada di sisi Allah". Dan apakah kamu tidak sedar bahawa apabila mukjizat datang mereka tidak akan beriman. [Al-An3aam 6:109]

﴿وَقَالُوا لَوْلَا أُنزِلَ عَلَيْهِ آيَاتٌ مِّن رَّبِّهِ ۖ قُلْ إِنَّمَا الْآيَاتُ عِندَ اللَّـهِ وَإِنَّمَا أَنَا نَذِيرٌ مُّبِينٌ﴾

Mereka mengatakan: "Mengapa tidak diturunkan kepadanya mukjizat-mukjizat dari Tuhannya?" Katakanlah: "Sesungguhnya mukjizat-mukjizat itu terserah kepada Allah. Dan sesungguhnya aku hanya seorang pemberi peringatan yang nyata".[Al-3angkabut 29:50] 

Kedua: Ayat-ayat yang menunjukkan mukjizat-mukjizat yang didatangkan menarik (memaksa) dan tidak memelihara yang ghaib sedikitpun, tidak akan diterima iman melaluinya: 

﴿هَلْ يَنظُرُونَ إِلَّا أَن تَأْتِيَهُمُ الْمَلَائِكَةُ أَوْ يَأْتِيَ رَبُّكَ أَوْ يَأْتِيَ بَعْضُ آيَاتِ رَبِّكَ ۗ يَوْمَ يَأْتِي بَعْضُ آيَاتِ رَبِّكَ لَا يَنفَعُ نَفْسًا إِيمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِن قَبْلُ أَوْ كَسَبَتْ فِي إِيمَانِهَا خَيْرًا ۗ قُلِ انتَظِرُوا إِنَّا مُنتَظِرُونَ﴾

Yang mereka nanti-nanti tidak lain hanyalah kedatangan malaikat kepada mereka atau kedatangan Tuhanmu atau kedatangan beberapa mukjizat Tuhanmu. Pada hari datangnya mukjizat-mukjizat dari Tuhanmu, tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang kepada dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu, atau dia (belum) mengusahakan kebaikan dalam masa imannya. Katakanlah: "Tunggulah olehmu sesungguhnya Kamipun menunggu (pula)". [Al-An3aam 6:158]


Ayat ini adalah jelas: [Pada hari datangnya mukjizat-mukjizat dari Tuhanmu, tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang kepada dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu] apabila datang sebahagian ayat-ayat (mukjizat-mukjizat) Allah tidak lagi akan diterima iman seseorang. Dengan ini kita tahu hakikat penerimaan taubat kepada nafs (diri) yang terakhir. Jadi, tidak ada ruang di sini untuk menjadikan makna, bahawa mukjizat-mukjizat ini membatalkan ujian, supaya menjadikan keadaan manusia seperti mayat, yang keluar meninggalkan dunia ujian ini, yang tidak lagi diterima iman dan amalannya, Iaitu, dibatalkan ujiannya atau dikatakan meletakkan jawapan di hadapannya dengan jelas (mukjizat paksaan) dan tidak ada lagi makna untuk mencari jawapan kepada soalan.. yang ditimbulkan.

﴿وَجَاوَزْنَا بِبَنِي إِسْرَائِيلَ الْبَحْرَ فَأَتْبَعَهُمْ فِرْعَوْنُ وَجُنُودُهُ بَغْيًا وَعَدْوًا ۖ حَتَّىٰ إِذَا أَدْرَكَهُ الْغَرَقُ قَالَ آمَنتُ أَنَّهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا الَّذِي آمَنَتْ بِهِ بَنُو إِسْرَائِيلَ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ ۞ آلْآنَ وَقَدْ عَصَيْتَ قَبْلُ وَكُنتَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ  ۞  فَالْيَوْمَ نُنَجِّيكَ بِبَدَنِكَ لِتَكُونَ لِمَنْ خَلْفَكَ آيَةً ۚ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ عَنْ آيَاتِنَا لَغَافِلُونَ﴾ 

Dan Kami memungkinkan Bani Israil melintasi laut, lalu mereka diikuti oleh Fir'aun dan bala tentaranya, karena hendak menganiaya dan menindas (mereka); hingga bila Fir'aun itu telah hampir tenggelam berkatalah dia: "Saya percaya bahawa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan saya termasuk orang-orang yang berserah diri (Muslimin)".* Apakah baru sekarang, padahal sesungguhnya kamu telah durhaka sejak dahulu, dan kamu termasuk orang-orang yang berbuat kerusakan. * Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan dari manusia lalai dari tanda-tanda kekuasaan Kami. [Yunus 10:90-92],

saya telah menulis dalam menerangkan makna ayat-ayat ini pada masa lalu dan boleh dirujuk semula (Tafsir Ayat Dari Surah Yunus.)

Ketiga: Ayat-ayat menunjukkan bahawa orang-orang yang beriman, apabila diturunkan satu mukjizat, Allah menerima iman mereka, dan iman mereka adalah diterima (benar):

﴿فَأُلْقِيَ السَّحَرَةُ سُجَّدًا قَالُوا آمَنَّا بِرَبِّ هَارُونَ وَمُوسَىٰ .... وَمَن يَأْتِهِ مُؤْمِنًا قَدْ عَمِلَ الصَّالِحَاتِ فَأُولَـٰئِكَ لَهُمُ الدَّرَجَاتُ الْعُلَىٰ  ۞  جَنَّاتُ عَدْنٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ وَذَٰلِكَ جَزَاءُ مَن تَزَكَّىٰ﴾

Lalu tukang-tukang sihir itu tersungkur dengan bersujud, seraya berkata: "Kami telah percaya kepada Tuhan Harun dan Musa"..... Dan barangsiapa datang kepada Tuhannya dalam keadaan beriman, lagi sungguh-sungguh telah beramal saleh, maka mereka itulah orang-orang yang memperoleh kedudukan-kedudukan yang tinggi, * syurga 'Adn yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya. Dan itu adalah balasan bagi orang yang membersihkan diri. [Thaha 20:70-76]

Sebab diterima iman mereka adalah kerana mereka tidak mendapat jawapan yang lengkap, tetapi mereka mendapatkan sebahagian jawapan lagi, iaitu apabila orang-orang itu memberikan isyarat dan tanda-tanda yang memuaskan dalam menjawab soalan yang diuji itu, walaupun ia adalah di peringkat yang rendah daripada jawapan yang lain yang kurang memuaskan, tetapi hasil daripada ini juga diterima jawapan darinya, kerana ia membuktikan bahawa dia mengetahui mengikut kadarnya, yang membolehkan dia untuk mencapai jawapan walaupun dengan kadar kepuasan yang khusus, yang bererti bahawa mereka tidak membatalkan ujian yang diletakkan di hadapan mereka, jawapan kepada soalan-soalan ujian itu menjadikan jawapan mereka tidak bernilai, dan supaya mereka tidak keluar dari ujian itu seperti dalam keterangan "Kedua" di atas.

Keempat: mukjizat perlu menjadi sedikit kekeliruan:

﴿وَلَوْ جَعَلْنَاهُ مَلَكًا لَّجَعَلْنَاهُ رَجُلًا وَلَلَبَسْنَا عَلَيْهِم مَّا يَلْبِسُونَ﴾

Dan kalau Kami jadikan rasul itu malaikat, tentulah Kami jadikan dia seorang laki-laki dan, tentulah Kami meragu-ragukan atas mereka apa yang mereka ragu-ragukan atas diri mereka sendiri. [Al-An3aam 6:9]

Secara ringkas dari perkara di atas: Bahawa mukjizat-mukjizat datang, dengan izin Allah, dan tidak atas permintaan manusia, Oleh itu manusia meminta mukjizat dan rasul mengabaikan dari mengemukakannya, ini tidak bermakna rasul tidak berkelayakan. Juga: Terdapat mukjizat-mukjizat yang diterima yang manusia imani apabila didatangkan dan mereka melihatnya dan terdapat mukjizat-mukjizat yang tidak diterima manusia untuk beriman apabila didatangkan. Juga: Allah mengatakan bahawa mukjizat ini jika diturunkan akan membuatkan mereka keliru seperti firmanNya:[Dan kalau Kami jadikan rasul itu malaikat, tentulah Kami jadikan dia seorang laki-laki dan, tentulah Kami meragu-ragukan atas mereka apa yang mereka ragu-ragukan atas diri mereka sendiri.]

Jadi, mukjizat-mukjizat yang diterima dan beriman melaluinya adalah mukjizat-mukjizat,yang terdapat keraguan, dan meninggalkan ruang untuk beriman kepada yang ghaib, dan bagi mukjizat-mukjizat yang tidak diterima untuk beriman melaluinya, ia adalah mukjizat-mukjizat,yang tidak terdapat keraguan di dalamnya, dan tidak ada ruang bagi seseorang untuk meragukannya. Ini juga jelas dari kisah Nabi Musa, Maka Firaun mampu meragukan dan mempersoalkan mukjizat tongkat Musa apabila ia berubah menjadi ular:  


﴿قَالَ آمَنتُمْ لَهُ قَبْلَ أَنْ آذَنَ لَكُمْ ۖ إِنَّهُ لَكَبِيرُكُمُ الَّذِي عَلَّمَكُمُ السِّحْرَ﴾

Berkata Fir'aun: "Apakah kamu telah beriman kepadanya sebelum aku memberi izin kepadamu sekalian. Sesungguhnya ia adalah pemimpinmu yang mengajarkan sihir kepadamu sekalian. [Taha 20:71)

﴿فَلَمَّا جَاءَهُمُ الْحَقُّ مِنْ عِندِنَا قَالُوا لَوْلَا أُوتِيَ مِثْلَ مَا أُوتِيَ مُوسَىٰ ۚأَوَلَمْ يَكْفُرُوا بِمَا أُوتِيَ مُوسَىٰ مِن قَبْلُ ۖ قَالُوا سِحْرَانِ تَظَاهَرَا وَقَالُوا إِنَّا بِكُلٍّ كَافِرُونَ﴾

Maka tatkala datang kepada mereka kebenaran dari sisi Kami, mereka berkata: "Mengapakah tidak diberikan kepadanya seperti yang telah diberikan kepada Musa dahulu?". Dan bukankah mereka itu telah ingkar (juga) kepada apa yang telah diberikan kepada Musa dahulu?; mereka dahulu telah berkata: "Musa dan Harun adalah dua ahli sihir yang bantu membantu". Dan mereka (juga) berkata: "Sesungguhnya kami tidak mempercayai masing-masing mereka itu"., [Al-Qashash 28:48]

Akan tetapi dia tidak mampu untuk meragukan dan mempersoalkan mukjizat membelah laut dan ia tunduk dan berkata, saya beriman,

﴿وَجَاوَزْنَا بِبَنِي إِسْرَائِيلَ الْبَحْرَ فَأَتْبَعَهُمْ فِرْعَوْنُ وَجُنُودُهُ بَغْيًا وَعَدْوًا ۖ حَتَّىٰ إِذَا أَدْرَكَهُ الْغَرَقُ قَالَ آمَنتُ أَنَّهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا الَّذِي آمَنَتْ بِهِ بَنُو إِسْرَائِيلَ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ﴾ 

Dan Kami memungkinkan Bani Israil melintasi laut, lalu mereka diikuti oleh Fir'aun dan bala tentaranya, karena hendak menganiaya dan menindas (mereka); hingga bila Fir'aun itu telah hampir tenggelam berkatalah dia: "Saya percaya bahawa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan saya termasuk orang-orang yang berserah diri (Muslimin)". [Yunus 10:90],

Tetapi imannya tidak diterima, kerana beriman dengan mukjizat paksaan dan tiada keraguan padanya, dan tidak menerima persoalan,

﴿آلْآنَ وَقَدْ عَصَيْتَ قَبْلُ وَكُنتَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ  ۞  فَالْيَوْمَ نُنَجِّيكَ بِبَدَنِكَ لِتَكُونَ لِمَنْ خَلْفَكَ آيَةً ۚ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ عَنْ آيَاتِنَا لَغَافِلُونَ﴾

Apakah baru sekarang, padahal sesungguhnya kamu telah durhaka sejak dahulu, dan kamu termasuk orang-orang yang berbuat kerusakan. * Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan dari manusia lalai dari tanda-tanda kekuasaan Kami. [Yunus 10:91-92],

Bahkan sehingga kepada tahap mukjizat-mukjizat yang menerangkan permintaan bercanggah dengan mukjizat dari Rasulullah Muhammad (S) seperti firman Allah Taala:

﴿وَقَالُوا لَوْلَا أُنزِلَ عَلَيْهِ آيَاتٌ مِّن رَّبِّهِ ۖ قُلْ إِنَّمَا الْآيَاتُ عِندَ اللَّـهِ وَإِنَّمَا أَنَا نَذِيرٌ مُّبِينٌ﴾

Mereka mengatakan: "Mengapa tidak diturunkan kepadanya mukjizat-mukjizat dari Tuhannya?" Katakanlah: "Sesungguhnya mukjizat-mukjizat itu terserah kepada Allah. Dan sesungguhnya aku hanya seorang pemberi peringatan yang nyata".[Al-3angkabut 29:50] 

Maka ia sangat jelas bertentangan dengan apa yang dinukilkan oleh sejarah mengenai mukjizat-mukjizatnya di mana mereka mungkin memahami sebahagian dari mukjizat-mukjizat ini dan ia tidak didatangkan sebagai mukjizat, dengan itu mereka meminta mukjizat, dengan berhujah bahawa mukjizat itu dari Allah, pada hakikatnya bahawa sebahagian perkara ini adalah untuk meragukan mereka dengan Islam yang mengesahkan kenabian Al-Rasul (S) yang mewakili pertentangan itu

Ia menjelaskan, sekurang-kurangnya ada percanggahan di antara Nash Al-Quran dengan penulisan pada dakwaan-dakwaan bagi mukjizat Al-Rasul Muhammad (S), tetapi pada hakikatnya tidak wujud suatu percanggahan pun; kerana mukjizat terkandung dalam peraturan umum dan Sunnah Ilahiyah adalah untuk beriman kepada yang ghaib, iaitu terjadinya iman yang diterima adalah percaya kepada yang ghaib, dan oleh itu mukjizat-mukjizat yang ditimbulkan oleh para rasul dan juga Muhammad (S) di hadapan orang-orang yang menentang seruan keimanan tidak dijadikan paksaan, Walaupun mereka yang menafikan kebenaran meminta mukjizat-mukjizat yang menarik (yang memaksa) dan tiada keraguan di dalamnya.

Dengan berlakunyya mukjizat yang menarik (yang memaksa) dan tidak lagi melindungi sesuatu yang ghaib dan tidak akan diterima iman melaluinya, oleh itu ia tidak didatangkan untuk mereka yang keras kepala percaya (beriman) melaluinya di mana ia adalah sama ada:

1. Dihadapan orang-orang mukmin, sudah tentulah ia tidak memberi kesan kepada terjadinya iman kepada yang ghaib atas mereka; kerana keimanan mereka telah pun berlaku, bahkan ia menambah keyakinan mereka, dan boleh menjadi hujah kepada siapa yang membawanya.

2. di hadapan mereka yang di ambang keimanan dan pengakuan  pada kebenaran, oleh itu ia tidak membatalkan ukuran ghaib dengan keimanan mereka, di mana mereka mendapat nisbah peluang untuk membenarkan dakwah Ilahiyah, oleh itu mereka beriman dengan dakwah Ilahiyah mengikut kadarnya, tetapi tidak lagi mengisytiharkan keimanan mereka.

3. Di hadapan orang-orang kafir yang diazab, seperti mukjizat taufan (bah besar) Nuh (as), dan mukjizat di sisi Musa (as) membelah laut.

Biasanya jika mukjizat berlaku di hadapan semua orang, atau di hadapan orang-orang yang menafikan kebenaran yang dituntut oleh iman mereka, ia mesti berlaku dalam ruang yang ghaib, dan ada keraguan. Mengapa orang-orang kafir tidak melihat bahawa apa yang berlaku dengan mukjizat-mukjizat ini memudahkan dakwah Muhammad. kerana mereka menganggap orang-orang beriman pindah kepada Muhammad (S) adalah hasil pendustaan di hadapan mereka, dan menganggap apa yang berlaku kepada mereka di hadapan diri mereka sendiri, atau apa yang berlaku kepada orang lain daripada mereka hanya sihir atau khayalan,

﴿وَلَوْ فَتَحْنَا عَلَيْهِم بَابًا مِّنَ السَّمَاءِ فَظَلُّوا فِيهِ يَعْرُجُونَ  ۞  لَقَالُوا إِنَّمَا سُكِّرَتْ أَبْصَارُنَا بَلْ نَحْنُ قَوْمٌ مَّسْحُورُونَ﴾

Dan jika seandainya Kami membukakan kepada mereka salah satu dari pintu-pintu langit, lalu mereka terus menerus naik ke atasnya,  * tentulah mereka berkata: "Sesungguhnya pandangan kamilah yang dikaburkan, bahkan kami adalah orang orang yang kena sihir". [Al-Hijr 15:14-15]

Atau hanya pemalsuan dan pentafsiran kejadian tebi’ei (semulajadi) alam yang berlaku setiap hari, Allah telah membinasakan secara langsung
dengan kuda yang diheret ke dalam api atau diletakkan sebuah batu untuk membunuhnya untuk mengatasi Muhammad (S). mereka menganggap ia hanya peristiwa alam tebi’ei, dan kematian itu berlaku setiap hari. Dan orang-orang yang beriman pindah kepada Muhammad (S) kerana kerinduan batang (kurma) yang ada di masjid Rasulullah (S); [batang (kurma) yang menangis dan berkata-kata kerana kerinduan dengan Rasulullah – pent.] dengan menganggap orang-orang khilaf yang didustakan, dan bahawa orang-orang yang beriman kepada Muhammad (S) cuba untuk menjadikan Muhammad (S) terkenal,

Begitu juda mukjizat-mukjizat yang terus dilakukan sebagai tindakbalas bukan paksaan, yang melindungi ukuran perkara ghaib, Ini perkataan mereka

﴿وَقَالُوا لَوْلَا أُنزِلَ عَلَيْهِ آيَاتٌ مِّن رَّبِّهِ ۖ قُلْ إِنَّمَا الْآيَاتُ عِندَ اللَّـهِ وَإِنَّمَا أَنَا نَذِيرٌ مُّبِينٌ﴾

Mereka mengatakan: "Mengapa tidak diturunkan kepadanya mukjizat-mukjizat dari Tuhannya?" Katakanlah: "Sesungguhnya mukjizat-mukjizat itu terserah kepada Allah. Dan sesungguhnya aku hanya seorang pemberi peringatan yang nyata".[Al-3angkabut 29:50] 

Iaitu, mereka mahukan mukjizat-mukjizat yang menarik (memaksa), yang jelas tidak samar-samar. Ia tidak melindungi iman dengan yang ghaib pada ukurannya, ini adalah permintaan mereka secara ringkas, permintaan itu berterusan hingga ke hari ini, manakala ianya bertentangan dengan akal dan Nash agama dan sunnah ilahiyah, tidak berlaku pada masa lalu tidak akan berlaku pada masa berikutnya; kerana ia membawa makna menghapuskan ujian sebahagian penciptaan (makhluk) walaupun mereka masuk ke dunia untuk diuji, dan kebodohan ini tidak bersumber dari kebijaksanaan sempurna, bagaimana manusia boleh hadir untuk diuji dan kemudian dibatalkan ujian sebahagian mereka tanpa sebahagian dari bahagiannya dan tanpa sebab yang boleh diterima; Dan tanpa akan ada di antaranya pemenang bagi mereka yang dibatalkan ujiannya dan mereka yang tidak menjalani ujiannya?!!!

Dan bagaimana mereka yang dibatalkan ujiannya dimasukkan ke dalam syurga manakala mereka yang menjalani ujian dimasukkan ke dalam neraka kerana gagal dalam ujiannya, Jadi di manakah letaknya keadilan Allah SWT dalam kata-kata ini dan ianya telah memfitnah Allah?!!!

Maka kesimpulan bersama dari Al-Quran dan akal: bahawa masalah mukjizat mempunyai had dan sekatan, dan tidak masuk akal dan bercampur baur apa yang digambarkan oleh ulamak yang tidak beramal, terutamanya apabila mereka menghadapi para nabi dan washi-washi di sepanjang zaman.

Maka mukjizat seperti yang diterangkan tidak didatangkan demi keinginan rasul atau keinginan orang-orang mukallaf, tetapi ia adalah urusan Allah yang diturunkan Allah pada bila-bila masa yang Dia kehendaki dan di mana sahaja yang Dia inginkan, dan mukjizat kebendaan didatangkan semestinya tidak membatalkan ukuran yang ghaib; kerana peraturan dan sunnah ilahiyah ialah beriman kepada yang ghaib, Tetapi malangnya kebanyakan manusia meminta mukjizat-mukjizat di sepanjang zaman itu menindasnya untuk beriman dengannya dan tidak tinggal suatu ukuran pun untuk ditafsirkan atau diragukan, dan dengan itu mereka telah meminta keimanan kebendaan semata-mata bukan untuk ukuran yang ghaib di dalamnya, dan iman seperti ini tidak diterima kerana mereka meminta permintaan yang bodoh yang tidak disediakan Allah untuk mereka, kerana kebijaksanaanNya Maha Sempurna tidak terkejar orang-orang bodoh atas kebodohan mereka.



Sebelum ✡✡ MENU ✡✡ Berikutnya





Jumaat, 28 Oktober 2016

Ketiga: Dakwah kepada Pemerintahan Allah


Ketiga: Dakwah kepada Pemerintahan Allah

Bumi ini tidak boleh kosong tanpa bimbingan (hidayah) dan Kebenaran (Al-Haq), Sekiranya kosong dari seorang penyeru panji yang dilantik untuk Pemerintahan Allah (Ketuanan -Kekuasaan Allah – Hakimiyah Allah) akan kosonglah petunjuk dan Kebenaran itu, dan dengan itu seruan (dakwah) kepada Hakimiyah Allah dikhususkan apabila peribadi penyeru Kebenaran pada zamannya menjadi dalil bagi mereka yang mencari dan mengenal kebenaran yang mengekalkan dalil Nash terdahulu, ia adalah dalil yang bergabung dengan Nash, ia menjadikan dalil mengekalkan Nash dan meningkatkan keyakinan orang-orang yang beriman kepada kebenaran.

Maksud Hakimiyah Allah (Pemerintahan Allah - Ketuanan -Kekuasaan Allah) bukan sahaja di peringkat undang-undang (Syari’at), tetapi juga di peringkat pelaksanaan, kerana tidak mungkin dapat dikatakan Hakimiyah Allah pada peringkat undang-undang tanpa peringkat pelaksanaan; dimana undang-undang (Syari’at) yang diperbaharui mestilah untuk perlaksanaannya ada perhubungan dengan Allah untuk menyampaikan penghakiman setiap sesuatu yang baru dan Pengguna Baru, dan tidak perlu untuk meneruskan hukum Khalifah Allah itu sendiri, tetapi perlu menjadikan kekuasan ke atas sistem kerajaan, terutama pada perjalanannya, sebagai contoh, untuk mengambil kira keputusan perang dan damai, atau hukum pembalasan (Qisas) iaitu hukuman mati..



Sebelum ✡✡ MENU ✡✡ Berikutnya


Kedua: Ilmu


Kedua: Ilmu


Khalifah Allah seorang yang alim (berilmu)..Dia lebih menguasainya dari orang lain. Tidak ada seorang manusia pun lebih berilmu selain daripadanya dan dari ilmunya; kerana Allah mewahyukan kepadanya apa yang diperuntukkan dalam agama Allah, dan semua diperlukan oleh manusia di zamannya dalam agama mereka. Ilmu yang wajib di sini adalah ilmu agama, yang diperuntukkan kepada Khalifah Allah untuk disampaikan kepada manusia, Khalifah Allah mesti ada perhubungan dengan Allah dan Allah mengajarnya apa yang diperlukan untuk menyampaikan risalah dan agamaNya yang benar dan diredhai Allah kepada manusia, dan semua peruntukan terkini perundangan Ilahi dan qaul (kalimat) setiap bahagian dan penyelesaian apa yang diperselisihkan manusia mengenainya.

Mereka yang mencari kebenaran hendaklah menjadikan perkara ini – iaitu ilmu terkini yang diperuntukan dan qaul  (kalimat) setiap bahagian dan penyelesaian apa yang diperselisihkan manusia – yang menjadi dalil (bukti) kepadanya untuk mengenal Khalifah Allah yang disokong oleh dalil nash terhadapnya, tidak disyaratkan bagi Khalifah Allah mengetahui ilmu-ilmu pengajian atau penyelidikan mahupun ilmu-ilmu agama terdahulu seperti risalah khalifah-khalifah Allah yang mendahuluinya, Ilmunya itu hendaklah yang berhubung dengan Allah dan Allah sendiri yang mengajarkannya apa yang diperlukan dalam perutusan risalahnya yang dierintahkan Allah untuk menyampaikannya kepada manusia. Ini tidak bermakna bahawa semestinya ia menjadi Khalifah Allah yang jahil dengan risalah khalifah-khalifah Allah yang terdahulu atau ilmu-ilmu pengajian atau penyelidikan, tetapi hanya tidak diwajibkan dan tidak disyaratkan padanya untuk mengajarkannya atau mengetahui setiap satu darinya secara terperinci. Maka dia memperoleh ilmu dengan pencapaiannya atau ilham Ilahi atau kedua-duanya apabila diperlukannya, iaitu, dia belajar seperti yang lain dengan membaca, sebagai contoh, akan tetapi Allah memberi keyakinan kepadanya dengan menambahkan ilham Ilahi sebagai Khalifah Allah, terutama apabila ia berkaitan dengan agama, seperti membuktikan kewujudan Allah AWJ atau mempertahankan agama secara umum, Bagi mempermudahkan sebahagian iktiqad-iktiqad yang mendalam dan keperluan untuk ilmu dalam semua bahasa, atau memelihara bahasa dan yang serupa dengannya daripada kejahilan, seperti disifatkan pada pengaruh batu, akan dibincangkan dan diterangkan mengenai kejahilan mempercayainya.

Dan Khalifah Allah mungkin terpaksa berdiam diri di zaman fatrah (terputusnya) KhalifahNya, dan tidak diperlihatkan ilmunya pada zaman-zaman fatrah (terputus) tersebut. Pada masa itu tidak ada penerima kebenaran, , atau diberhentikan keperluannya atas kehendak Allah AWJ, Ia telah melaksanakan tugas pertamanya iaitu tanggung jawab menyerahkan 
Khalifah Allah selepasnya. Maka membawa amanah khilafah Allah adalah tugas yang diberikan kepada Khalifah Allah, dan dia mesti melaksanakan semua tugas yang boleh agar perkara ini dalam bentuk terbaik yang dipegang oleh Al-Hujah kepada manusia, dan mereka tidak dibiarkan dengan menjadikan alasan untuk mengikut jejak langkah syaitan, dan dibiarkan dari agama Allah, atau Khalifah Allah yang berikutnya.

Dia AWJ berfirman:

﴿إِنَّ اللَّـهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ ۗ إِنَّ اللَّـهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا﴾

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. [Al-Nisa’ 4:58]
      

 Yang dimaksudkan ialah menyampaikan Khalifah Allah kepada Khalifah yang berikutnya mestilah dilaksanakan oleh Khalifah terdahulu dengan mengemukakan penyerahan; kerana ia adalah amanah Ilahi di lehernya (atas tugasnya), tetapi ini mungkin terpaksa dirahsiakan untuk melindungi hayatnya, walaupun sebahagian perlaksanaannya khusus bagi khalifah berikutnya atau sehingga kelahirannya, dan riwayat-riwayat di bawah menerangkannya:

Al-Kulaini: Al-Hussein bin Muhammad, dari Mu’la bin Muhammad, dari Al-Hassan bin Ali Al-Wasya’, dari Ahmad Ibn ‘Aa'izh, dari Ibn Azhinah, dari Yazid Al-‘Ijli katanya:

"سألت أبا جعفر عليه السلام عن قول الله عز وجل: " إن الله يأمركم أن تؤدوا الأمانات إلى أهلها وإذا حكمتم بين الناس أن تحكموا بالعدل قال: إيانا عنى، أن يؤدي الأول إلى الامام الذي بعده الكتب والعلم السلاح " وإذا حكمتم بين الناس أن تحكموا بالعدل الذي في أيديكم، ثم قال للناس: " يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّـهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ إيانا عنى خاصة، أمر جميع المؤمنين إلى يوم القيامة بطاعتنا، فإن خفتم تنازعا في أمر فردوه إلى الله وإلى الرسول وإلى اولي الامر منكم، كذا نزلت وكيف يأمرهم الله عز وجل بطاعة ولاة الامر ويرخص في منازعتهم إنما قيل ذلك للمأمورين الذين قيل لهم، " أطيعوا الله وأطيعوا الرسول وأولي الأمر منكم

"Aku bertanya kepada Aba Jafar (as) mengenai firman Allah AWJ:" Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil.” Beliau berkata: Hanyalah kepada kami, dan mengenaiku, bahawa yang pertama disampaikan kepada Imam, yang selepasnya adalah kitab, ilmu dan senjata," dan apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil yang berada di tangan kamu, dan kemudian berkata kepada manusia itu:"
Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Al-Rasul, dan Ulil Amri di kalangan kamu Hanyalah kepada kami, mengenaiku secara khusus, diperintahkan kepada semua orang-orang mukmin sampai hari kiamat supaya mentaati kami, Maka jika kamu takutkan pertelingkahan dalam urusan itu, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan kepada Al-Rasul, dan kepada Ulil Amri di antara kamu, begitulah diturunkan dan bagaimana Allah AWJ memerintahkan kepada mereka mentaati penguasa (Wulaat Ul-Amr)  dan dipandang rendah dalam pertikaian mereka. Sesungguhnya dikatakan demikian bagi mereka yang mempunyai tanggungjawab untuk mengatakan: "Taatlah Allah dan taatilah Al-Rasul, dan Ulil Amri di kalangan kamu [1]

Al-Kulaini: Al-Hussein bin Muhammad, dari Mu’la bin Muhammad, dari Al-Hassan bin Ali Al-Wasya’, dari Ahmad bin ‘Umar katanya:: Aku bertanya Al-Reza (as) mengenai firman Allah AWJ:" Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya," kata beliau: mereka adalah Imam-imam dari Aali (keluarga) Muhammad (S) dan yang disampaikan sebagai Imam pemegang Amanah sebagai pengganti selepasnya dan tidak dikhaskan selain daripadanya dan tidak dipisahkan selain darinya [2]

Al-Kulaini:: Muhammad bin Yahya, dari Ahmad bin Muhammad, dari Al-Hussein bin Said, dari Muhammad bin Al-Fadhil dari Abi Al-Hassan Al-Ridha (as) mengenai firman Allah AWJ:" Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya," kata beliau: mereka adalah Imam-imam, Imam yang menyampaikan kepada Imam selepasnya, dan tidak dikhaskan selain daripadanya dan tidak dipisahkan selain darinya [3]

Al-Kulaini:: Muhammad bin Yahya, dari Ahmad bin Muhammad, dari Muhammad bin Sinan, dari Ishak bin ‘Ammar, dari Ibn Abi Ya’fur, dari Al-Mu’la bin Khanis katanya: Aku bertanya kepada Aba Abdillah (as) mengenai firman Allah AWJ:" Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya," Beliau berkata, Sesungguhnya Allah memerintahkan kepada Imam yang pertama untuk mengangkat Imam selepasnya, kesemuanya dari dia. [4]

Al-Shaduq: - diriwayatkan Al-Mu’la bin Khanis dari Al-Shadiq (as), katanya "Aku berkata kepadanya mengenai firman Allah AWJ:" Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil." Beliau berkata: Imam-lah yang akan mengangkat dari sisinya untuk Imam selepasnya, dan memerintahkan Imam supaya menetapkan hukum dengan adil, dan memerintahkan manusia supaya mengikut mereka"[5].

Al-Ttusi: Muhammad bin Ali bin Mahbub, dari Muhammad bin Al-Hussein bin Abi Al-Khattab, dari Shafuan bin Yahya, dari Abi Al-Ma’za, dari Ishak bin ‘Ammar, dari Ibn Abi Ya’fur, dari Al-Mu’la bin Khanis katanya, dari Aba Abdillah (as) katanya "Aku berkata kepadanya mengenai firman Allah AWJ: "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil.” Beliau berkata: Imam-lah yang akan mengangkat  dari sisinya kepada Imam selepasnya, dan memerintahkan Imam supaya menetapkan hukum dengan adil, dan memerintahkan manusia supaya mengikut mereka.[6].

Dengan itu, Firman yang dipetik di atas: 


﴿إِنَّ اللَّـهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا﴾

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya,



Dari Ahmad bin Mehran, dari Muhammad bin Ali, dari Abi Al-Hakim Al-Ramni katanya: Dikhabarkan padaku Abdullah bin Ibrahim bin Ali Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib, dari Yazid bin Salith Al-Zaidi, telah berkata Abu Al-Hakim: Dikhabarkan padaku Abdullah bin Muhammad bin ‘Ammarah Al-Jurni dari Yazid bin Salith, dia berkata, Aku bertemu dengan Aba Ibrahim (as) dan dalam perjalanan sewaktu  kami mahu mengerjakan Umrah. Dalam perjalanan aku berkata, semoga aku menjadi tebusan tuan, Adakah betul kedudukan di mana kita berada ini? Dia berkata, Ya. Adakah betul pada kamu? Jawabku, Ya, Aku dan bapaku bertemu tuan di sana dan tuan bersama Abi Abdillah (as) dan bersamanya ada saudara tuan, maka bapaku berkata kepadanya, Demi Bapa dan ibuku sebagai btebusan bagimu, Tuan-tuan semua adalah imam-imam suci dan kematian tidak dapat dihalang oleh seorang pun. Maka berbicaralah kepadaku sesuatu bicara yang yang dapat kusampaikan kepada penggantiku selepas kematianku supaya tidak tersesat. Beliau berkata: Ya, Aba Abdillah mereka semua anak-anakku dan ini penghulu mereka sambil menunjuk ke arah kamu. Dis mempunyai Ilmu Kebijaksanaan, sangat memaham, murah hati dan arif dengan apa yang diperlukan manusia dan apa yang mereka perselisihkan dalam agama dan jiwa mereka. dan padanya sebaik-baik akhlak dan sebaik-baik penyelesaian dia adalah pintu dari pintu-pintu Allah AWJ dan padanya yang lain lebih baik daripada semua itu. Maka dia berkata kepadanya, Demi bapa dan ibuku sebagai tebusan bagimu Beliau (as) berkata daripadanya Allah AWJ memberikan pertolongan kepada umat ini dan pertolongannya, cahayanya, penyelesaiannya dan kebijaksanaan yang terbaik sejak dilahirkan dan sebaik-baik tunas simpanan Allah AWJ, padanya darah dan dengannya diperbaiki hubungan, dengannya direlaikan kekusutan, dipecahkan perselisihan dan dengannya berpakaian orang yang telanjang, dan kenyang bagi yang lapar. dan dengannya beriman orang yang takut, dan kerananya Allah menurunkan hujan dan merahmati  hamba-hamba sebagai manfaat yang tua dan yang muda. Perkataannya bijaksana dan ilmunya mendiamkan manusia menerangkan apa yang mereka perselisihkan dengan mengetuai puaknya pada masa kematangannya. Maka dia berkata kepadanya, Demi bapa dan ibuku sebagai tebusan bagimu, Adakah telah dilahirkan. Katanya, Ya dan telah berlalu bertahun-tahun, berkata Yazid, Maka datang kepada kami orang yang kami tidak dapat bercakap dengannya. berkata Yazid kepada Abi Ibrahim (as) Maka khabarkan kepadaku, tuan seperti yang dikhabarkan kepadaku oleh bapa tuan (as) Lalu dia berkata kepadaku, Ya, bahawa zamannya bapaku (as) bukanlah zaman ini. Aku berkata kepadanya Maka sesiapa yang redha dengan tuan dengan perkara ini akan ia akan dilaknat Allah. Dikatakan, Abu Ibrahim ketawa dengan ketawa yang bersangatan, lalu berkata, dikhabarkan kepada kamu, Ya Aba ‘Ammarah, bahawa aku keluar dari rumahku, maka aku wasiatkan kepada anakku Si Fulan dan bersama-sama dengan anak-anakku (yang lain) pada zahirnya dan pada batinnya seorang sahaja. Walaupun perkara ini pada Al-Qasim anakku kerana kasihku dan aku menaruh kasih kepadanya tetapi ia pada Allah AWJ jua yang terjadi mengikut kehendakNya. Sesungguhnya telah datang kepadaku khabar dari Rasulullah (S) kemudian aku melihatnya dan terlihat kepadaku siapa yang akan menjadinya (memegangnya) dan itu semua tidak diwasiatkan kepada salah seorang daripada kami sehinggalah datang perkhabaran dari Rasulullah (S) dan datukku Ali (shalawatu Allah 3alaihi), dan aku melihat bersama Rasulullah (S) ada cincin dan pedang, tongkat, sebuah kitab dan serban, lalu aku berkata, apa ini wahai Rasulullah baginda bersabda kepadaku, Adapun serban adalah kekuasaan Allah AWJ, pedang adalah Kemuliaan Allah TWT, kitab adalah cahaya Allah TWT, tongkat adalah kekuatan Allah, dan cincin pengumpul semua perkara-perkara ini. kemudian baginda bersabda kepadaku dan perkara ini telah keluar daripada kamu kepada orang lain. Maka aku berkata, Wahai Rasulullah perlihatkan padaku yang mana satu dari mereka, Rasulullah (S) bersabda Tidak ku lihat seorang pun daripada imam-imam itu merasa sedih atas perbezaan perkara ini daripada engkau walaupun imamah itu dengan penuh kasih sayang pasti Ismail akan lebih dikasihi bapamu daripada kamu tetapi itu adalah dari Allah AWJ dan kemudian Abu Ibrahim berkata, dan aku melihat anak-anakku semua yang masih hidup dan yang telah mati, Lalu Amir ALMukminin (as) berkata kepadaku, inilah ketua mereka sambil menunjukkan ke arah anakku Ali, dia adalah dariku  dan aku dari dia, dan Allah bersama orang-orang yang berbuat kebaikan. Yazid berkata, kemudian Abu Ibrahim (as) berkata, Ya Yazid, ia adalah amanah kepada kamu, jangan diberitahu mengenainya, melainkan kepada orang yang berakal atau hamba yang benar-benar mengenalinya, jika diminta  kepadamu kesaksian maka berikanlah kesaksian padanya, kerana ia adalah firman Allah AWJ 
إِنَّ اللَّـهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya. Dan Dia juga berfirman kepada kita: 
ومن أظلم ممن كتم شهادة عنده من الله
dan siapakah yang lebih zalim dari pada orang yang menyembunyikan kesaksian yang ada padanya dari Allah?"
Katanya maka Abu Ibrahim (as) berkata, Aku pergi bertemu Rasulullah (S) Maka aku berkata, Aku telah menhimpunkan mereka, demi bapa dan ibuku, siapakah di antara mereka? Baginda bersabda, dialah yang melihat dengan cahaya Allah AWJ, mendengar dengan kefahamanNya, berbicara dengan kebijaksanaanNya, menjaga bukan menyalah gunakan, dan yang mengajar bukan yang memperbodoh, dia seorang pengajar yang bijaksana dan berilmu, dia ini adalah anakku dibawa di tangan Ali, kemudian bersabda, Tidak kurang kedudukanmu bersamanya. Jika pulang dari perjalananmu maka berpesanlah dan perbaiki  urusanmu dan kosongkan apa yang kamu mahu, kerana kamu berpindah dari mereka dan orang lain yang berhampiran Jika kamu  inginkan serulah Ali untuk memandikan kamu dan mengkafankan kamu, kerana ia menyucikan kamu tidak meluruskan melainkan begitu dan sunnah itu telah berlalu yang meletakkannya di hadapan dan barisan saudara-saudaranya dan sepupu di belakangnya sekali maka akan berkembang atas kamu menjadi Sembilan orang. Maka ia menegakkan wasiatnya dan mengikuti kamu dan ketika kamu masih hidup, kemudian dikumpulkan anak-anaknya selepas mereka menjadi saksi kepada mereka dan memberi kesaksian kepada Allah AWJ dan cukuplah Allah sebagai saksi. kemudian Yazid berkata, Abu Ibrahim (as) telah berkata kepadaku, bahawa aku mengambil sunnah ini, dan perkaranya adalah untuk anakku Ali yang dinamakan Ali, sempena Ali yang pertama adalah Ali bin Abi Talib dan yang satu lagi adalah Ali bin Al-Hussein (as) telah diberikan kepadaku, maka mereka yang pertama memikul, menolong dan mengembalikan agamanya dan percubaannya (mehnahnya) serta percubaan yang lain, dan bersabar pada apa yang dibencinya dan dia tidak bercakap melainkan hanya selepas empat tahun kematian Harun. kemudian dia berkata kepadaku, Ya Yazid! Jika kamu melalui perkara seperti ini, menemui dan menerimanya maka bergembiralah bahawa ia akan dikurniakan anak yang terpercaya baginya. penyelamat yang barakah dan akan mengajarkan kamu niscaya aku datang kepadamu. Maka khabarkanlah perkara itu akan terus mengalir kepada mereka dari anak muda ini, mengalir dari kijang Ahl Bait mengalir dari Rasulullah (S) Ummi Ibrahim jika berupaya menyampaikan salam dariku maka akan dilakukan. Yazid berkata, Aku bertemu Abi Ibrahim (as) selepas itu iaitu Ali (as) pada mulanya, beliau berkata kepadaku, Yazid, apa yang dikatakan semasa Umrah, maka aku berkata, demi bapa dan ibuku sebagai tebusan pada tuan, itu sudah mencukupi untuk kamu. dan apa yang ada padaku dibelanjakan. Katanya Subhana Allah, tidak sekali-kali kami diamanahkan untuk kamu dan tidak memadai untuk kamu mengeluarkan kami sehingga kami mencapai tempat itu terlebih dahulu. Lalu Beliau berkata, Ya Yazid bahawa tempat ini sangat banyak tidak ditemui jiran kamu dan saudara pupuan kamu di dalamnya. Aku berkata, Ya ceritakanlah megenai khabar itu. Maka beliau berkata kepadaku Adapun pengaliran itu tidak datang  selepas apabila telah disampaikan salam darinya. Maka pergilah mereka ke Mekah ia memperolehnya pada tahun itu,  ia tidak mengambil masa yang lama, sehingga dikandung dan dilahirkan anak-anak itu. Yazid berkata dan mereka adalah saudara-saudara yang berharap untuk mewarisi secara melampaui batas saudara-saudaranya yang tidak bersalah dikatakan kepada mereka, Ishaq bin Jaafar, Demi Allah aku melihat dia sedang duduk bersama Abi Ibrahim di majlis yang saya tidak duduk di dalamnya. [7]




------------------------------

[1] Al-Kafi - Al-Kulaini: Juzuk 1, hal. 276..
[2] Al-Kafi - Al-Kulaini: Juzuk 1, hal. 276.. 
[3] Al-Kafi - Al-Kulaini: Juzuk 1, hal. 276.. 
[4] Al-Kafi - Al-Kulaini: Juzuk 1, hal. 277.. 
[5] Man La Yahduruhu Al-Faqih- Al-Shaduq Juzuk 3, hal. 3.
[6] Tahzhib Al-Ahkam- Al-Thusi: Juzuk 6, hal. 223.
[7] Al-Kafi - Al-Kulaini: Juzuk 1, hal. 314-315..



Sebelum ✡✡ MENU ✡✡ Berikutnya

Selasa, 18 Oktober 2016

II dan III: Nash Dari Khalifah Terdahulu ditetapkan Melantiknys Secara Tidak Langsung


Kedua: Nash dari Khalifah Terdahulu Melantiknya Secara Langsung ditetapkan Atasnya


Ini dipersetujui oleh semua mereka yang beriman dengan Khalifah Allah, Nash langsung atas washinya pada hujah tertentu atas sesiapa yang mendengarnya dan atas sesiapa yang sampai pada mereka Nash ini. Dia SWT telah mewajibkan kepada orang-orang mukmin yang diamanahkan mereka sebagai individu-individu supaya mereka mengenal urusan Khalifah Allah ini di zaman mereka dan untuk menerima mereka, Fieman Allah Taala:

﴿وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنفِرُوا كَافَّةً ۚ فَلَوْلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَائِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ﴾

Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya. Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya. [Al-Taubah 9:122]

Tidak dapat diragukan lagi bahawa Nash ini menjadi dalil terkait hal ehwal mengenai Khalifah Allah di bumiNya.


Ketiga: Nash Dari Khalifah Terdahulu ditetapkan Melantiknya Secara Tidak Langsung


Nash dari khalifah terdahulu yang melantiknya secara tidak langsung yang ditetapkan ke atasnya; jika terdapat keterangan-keterangan atau dalil-dalil dalam Nash yang sama atau Nash-nash lain yang menghalang penggunaan Nash kepada orang yang berada di pihak yang salah yang mendakwanya. Sebagai contoh mengenainya: wasiat Al-Rasul pada malam kewafatnya, di mana baginda menyifatkan Nash sebagai sesuatu yang dapat memelihara dari kesesatan kepada mereka yang berpegang dengannya

Di sini, kita katakan: Bahawa mestilah Yang Maha Mengetahui, Maha Berkuasa, Maha Benar  Maha Bijaksana  dan Yang Maha Sempurna (Al-Alim Al-Qadir Al-Shadiq Al-Hakim Al-Mutlaq) itu yang memelihara Nash, kerana  ia disifatkan sebagai pelindung dari kesesatan kepada mereka yang berpegang dengannya, untuk melindunginya daripada dakwaan (seruan) orang-orang yang menyesatkannya, sehinggalah pemilik yang mendakwanya mencapai tujuannya, Jika tidak ia adalah kejahilan atau kelemahan atau penipuan yang memperdaya dan menggoda kepada mereka yang serba kurang yang diajak supaya mengikut perkara yang batil. Dan mustahil mereka akan menjadi jahil atau lemah kerana ilmuNya, keupayaanNya Maha Sempurna. Dan adalah mustahil kedustaan dapat memadamkan kebenaran Dia SWT; kerana Dia sentiasa Benar dan sentiasa Bijaksana  dan tidak mungkin bersifat sebagai pendusta. Jika tidak, apa yang boleh menjadi tunggak kepada kata-kataNya pada sesuatu yang membatalkan agama..

Nash Khalifah Allah di bumiNya ke atas sesiapa yang disifatkannya sebagai pelindung dari kesesatan kepada mereka yang berpegang dengannya - Nash Ilahi – yang perlu dipelihara oleh Allah dari dakwaan para pendusta yang menyesatkan dengan diseru oleh pemiliknya, jika tidak ia akan menjadi satu pendustaan dan godaan bagi para mukallaf untuk mengikut perkara yang batil, dan yang tidak dikeluarkan oleh Al-Alim Al-Shadiq Al-Hakim Al-Qadir Al-Mutlak Yang Maha Suci [13]

Allah telah mewajibkan diriNya sendiri di dalam Al-Quran dan dari apa yang diriwayatkan dari mereka (as), Nash Ilahi diperlihara dari didakwa oleh orang yang batil, orang yang batil menyelewemgkan mereka dengan seruannya, maka perkara ituakan terhalang seperti kataNya SWT:

﴿وَلَوْ تَقَوَّلَ عَلَيْنَا بَعْضَ الْأَقَاوِيلِ *  لَأَخَذْنَا مِنْهُ بِالْيَمِينِ * ثُمَّ لَقَطَعْنَا مِنْهُ الْوَتِينَ﴾

Seandainya dia mengadakan sebagian perkataan atas Kami,* niscaya benar-benar Kami pegang dia pada tangan kanannya.* Kemudian benar-benar Kami potong urat tali jantungnya. [Al-Haaqah 69:46-44] [14]

Imam Al-Shadiq (as) berkata:

(إن هذا الإمر لا يدعيه غير صاحبه الإ تبر الله عمره (

(Urusan ini tidak dituntut oleh orang yang bukan pemiliknya melainkan Allah memendekkan umurnya.) [15]

Maka yang membatalkan dan yang mengeluarkan para pendakwa dari wasiat ilahiyah yang disifatkan bahawa akan dipelihara dari kesesatan bagi sesiapa yang berpegang dengannya, atau bahawa tuntutannya akan menjadi semakin hancur sebelum tuntutan ini ditunjukkan kepada manusia, di mana penyampaian seruan-seruannya bersama tuntutan wasiatnya yang melibatkan sama ada kejahilan atau ketidakupayaan atau kedustaan dari orang-orang yang berpegang kepada janji tidak akan tersesat, dan perkara-perkara ini tidak dapat tidak adalah atas haq Al-Mutlak Yang Maha Suci, dan untuk ini Dia SWT berfirman:

﴿َأَخَذْنَا مِنْهُ بِالْيَمِينِ * ثُمَّ لَقَطَعْنَا مِنْهُ الْوَتِينَ﴾

Benar-benar Kami pegang dia pada tangan kanannya. * Kemudian benar-benar Kami potong urat tali jantungnya.

Berkata Al-Shadiq (as)  (Allah memendekkan umurnya)

Untuk lebih jelas lagi saya katakan: bahawa ayat ini dapat diselaraskan dengan kesimpulan yang dicapai oleh pemikiran sebelumnya; iaitu, bahawa menyekat para pendakwa dan tidak memberi kemungkinan kepada mereka, Dia SWT berfirman:

﴿وَلَوْ تَقَوَّلَ عَلَيْنَا بَعْضَ الْأَقَاوِيلِ *  لَأَخَذْنَا مِنْهُ بِالْيَمِينِ * ثُمَّ لَقَطَعْنَا مِنْهُ الْوَتِينَ﴾

Seandainya dia mengadakan sebahagian perkataan atas Kami,* niscaya benar-benar Kami pegang dia pada tangan kanannya.* Kemudian benar-benar Kami potong urat tali jantungnya. [Al-Haaqah 69:46-44]

bermakna bahawa kebinasaan itu dihalang bagi mengelakkan dari yang mengatakannya, iaitu, jika ia adalah perkataan yang membinasakan, dan ayat itu ditujukan kepada orang-orang yang tidak beriman kepada Muhammad (S) dan Al-Quran, dan dengan itu ia dibantah dengan perkataan dalam ayat tersebut yang bukannya Kalam Allah, kerana mereka tidak percaya dengannya, tetapi bantahan itu adalah isi kandungan ayat ini, iaitu bantahan yang sahih terhadap fikiran mereka, ia adalah Nash Ilahi yang disifatkan sebagai pemelihara dari kesesatan bagi sesiapa yang berpegang dengannya dan tidak boleh dituntut selain pemiliknya. kerana perkataan itu mungkin boleh dituntut oleh selain pemiliknya adalah kerana ianya akur dengan kejahilan, lemah atau mendustakan Allah SWT.

Jadi, maka tidak mungkin - dengan dalil aqal, Al-Quran dan riwayat -. Untuk mendapatkan dakwaan-dakwaan Nash Ilahi peribadi yang ditentukan dan yang disifatkan sebagai pemelihara dari kesesatan kepada mereka yang berpegang dengannya, iaitu Nash yang terpelihara dari dakwaan-dakwaan walaupun yang mendakwanya adalah pemilik untuk mencapai tujuan Nash, yang menghalang kesesatan daripada orang mukallaf yang berpegang dengan Nash seperti yang dijanjikan Allah SWT[16]

Seharusnya menjadi perhatian kepada kata-kata kami dalam dakwaan Nash penentuan yang digambarkan ianya sebagai pemelihara daripada kesesatan, bukan dakwaan perlantikan ilahi pada umumnya, Dakwaan perlantikan ilahi atau nubuwah atau Khalifah Allah di bumiNya tidak sah dengan kebodohan dan tanpa pengecualian dengan Wasiat (Nash Penentuan) terhasil pada kebanyakannya, mungkin sesiapa yang mendakwa secara batil masih hidup menyelangi masa [17], Maka para pendakwa tanpa kesaksian dan Nash Allah serta tanpa wasiat tiada nilai padanya, dan ia adalah dakwaan yang bodoh, membenarkan dakwaan yang batil yang tiada alasan baginya di hadapan Allah.

Jadi, maksudnya tidaklah dapat menghalang dakwaan-dakwaan orang-orang yang batil itu sama sekali, tetapi dapat menghalang mereka daripada dakwaan-dakwaan Nash penentuan yang disifatkan sebagai pemelihara dari kesesatan bagi orang-orang yang berpegang dengannya, dan ia adalah wasiat Al-Hujah untuk manusia, dan halangan ini yang kami buktikan dengan akal dan disahkan oleh Nash al-Quran dan riwayat juga mengesahkan kewujudan pada hakikatnya, maka telah berlalu ratusan tahun atas Nash tersebut tanpa ada seorang pun yang mendakwanya, adalah mencukupi untuk membuktikan kebenarannya. Telah terlaksana atas wasiat-wasiat para nabi di dalam Taurat, dan wasiat Isa (as) beratus-ratus tahun dahulu tidak dituntut selain Muhammad (S) dan washi-washi selepas baginda, dan begitu juga tidak dituntut wasiat Nabi selain para Imam (as). Imam Al-Redha (as) mencabar kenyataan ini atas Al-Jatsliq. Iaitu mengenai Nash para nabi terdahulu ke atas Al-Rasul Muhammad (S) dari Taurat dan Injil, Al-Jatsliq membantah bahawa Nash-nash tersebut boleh terpakai kepada lebih daripada satu orang, Maka bantahan-bantahan Imam Al-Redha (as) pada Al-Jatsliq.; Sesungguhnya tidak diterima tuntutan orang-orang batil untuk sesuatu wasiat. Ini adalah dbawakan faedah daripada Nash:

Tetapi kami belum memutuskan bahawa sahnya Muhammad ini sama ada namanya Muhammad maka tidak sahih bagi kami, untuk mengakui bagi kamu dengan nubuwahnya dan Kami merasa syak (ragu-ragu) dia adalah Muhammad kamu....  Maka Al-Redha (as) berkata kamu membantah dengan syak. Adakah Allah mengutus sebelum atau selepas dari Adam hingga ke hari ini seorang nabi yang namanya Muhammad? Dan kamu dapati sesuatu di dalam kitab-kitab yang diturunkan kepada semua nabi tidak kepada Muhammad? Maka diamlah dia dari memberikan jawapannya. [18]


Maka membantah washi-washi terdahulu dengan Nash ini adalah hujah ke atas orang-orang yang beriman kepada mereka, dan Isa serta Muhammad (shalawatu Allah 3alaihima) telah membuat bantahan, Maka Isa membantah dengan Nash nabi-nabi terdahulu walaupun tidak secara langsung baginya:


(17) Kepada-Nya diberikan kitab nabi Yesaya dan setelah dibuka-Nya, Ia menemukan nash, di mana ada tertulis: (18) Roh Tuhan ada pada-Ku, oleh sebab Ia telah mengurapi Aku, untuk menyampaikan khabar baik kepada orang-orang miskin; dan Ia telah mengutus Aku. (19) untuk memberitakan pembebasan kepada orang-orang tawanan, dan penglihatan bagi orang-orang buta, untuk membebaskan orang-orang yang tertindas, untuk memberitakan tahun rahmat Tuhan telah datang." (20) Kemudian Ia menutup kitab itu, memberikannya kembali kepada pejabat, lalu duduk; dan mata semua orang dalam rumah ibadat itu tertuju kepada-nya. (21) Lalu Ia memulai mengajar mereka, kata-nya: "Pada hari ini genaplah nash ini sewaktu kamu mendengarnya." (22) Dan semua orang itu membenarkan Dia dan mereka hairan akan kata-kata yang indah yang diucapkan-nya, lalu kata mereka: "Bukankah Ia ini anak Yusuf?" [19]

Dan Muhammad (S) juga dia dalam Al-Quran telah membantah dengan Nash Isa (as) Nash para nabi sebelum Isa (as), Dia SWT berfirman:

﴿وَإِذْ قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ إِنِّي رَسُولُ اللَّـهِ إِلَيْكُم مُّصَدِّقًا لِّمَا بَيْنَ يَدَيَّ مِنَ التَّوْرَاةِ وَمُبَشِّرًا بِرَسُولٍ يَأْتِي مِن بَعْدِي اسْمُهُ أَحْمَدُ ۖ فَلَمَّا جَاءَهُم بِالْبَيِّنَاتِ قَالُوا هَـٰذَا سِحْرٌ مُّبِينٌ﴾


Dan (ingatlah) ketika Isa ibnu Maryam berkata: "Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab sebelumku, iaitu Taurat, dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad.". Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: "Ini adalah sihir yang nyata". [Al-Shaf 61:6]

﴿الَّذِينَ يَتَّبِعُونَ الرَّسُولَ النَّبِيَّ الْأُمِّيَّ الَّذِي يَجِدُونَهُ مَكْتُوبًا عِندَهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنجِيلِ يَأْمُرُهُم بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَاهُمْ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ وَيَضَعُ عَنْهُمْ إِصْرَهُمْ وَالْأَغْلَالَ الَّتِي كَانَتْ عَلَيْهِمْ ۚ فَالَّذِينَ آمَنُوا بِهِ وَعَزَّرُوهُ وَنَصَرُوهُ وَاتَّبَعُوا النُّورَ الَّذِي أُنزِلَ مَعَهُ ۙ أُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ﴾

(Iaitu) orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi orang-orang ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang ma'ruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya. memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya, mereka itulah orang-orang yang beruntung. [Al-A’raf 7:157]
                
Dan Allah menerangkan di dalam Al-Quran bahawa Muhammad (S) mendakwa jika ia dalam kebatilan – jauh sekali daripadanya - apa yang tinggal dengan seruannya; kerana Allah memastikan dengan memeliharanya dan dan melindunginya dari dakwaan orang-orang yang batil, dan Allah memastikan mereka dari menyelewengkan Nash:

﴿فَلَا أُقْسِمُ بِمَا تُبْصِرُونَ ۞ وَمَا لَا تُبْصِرُونَ ۞ إِنَّهُ لَقَوْلُ رَسُولٍ كَرِيمٍ ۞  وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍ ۚ قَلِيلًا مَّا تُؤْمِنُونَ ۞  وَلَا بِقَوْلِ كَاهِنٍ ۚ قَلِيلًا مَّا تَذَكَّرُونَ ۞  تَنزِيلٌ مِّن رَّبِّ الْعَالَمِينَ ۞  وَلَوْ تَقَوَّلَ عَلَيْنَا بَعْضَ الْأَقَاوِيلِ ۞  لَأَخَذْنَا مِنْهُ بِالْيَمِينِ ۞ ثُمَّ لَقَطَعْنَا مِنْهُ الْوَتِينَ ۞ فَمَا مِنكُم مِّنْ أَحَدٍ عَنْهُ حَاجِزِينَ۞ وَإِنَّهُ لَتَذْكِرَةٌ لِّلْمُتَّقِينَ ۞  وَإِنَّا لَنَعْلَمُ أَنَّ مِنكُم مُّكَذِّبِينَ ۞  وَإِنَّهُ لَحَسْرَةٌ عَلَى الْكَافِرِينَ ۞ وَإِنَّهُ لَحَقُّ الْيَقِينِ۞ فَسَبِّحْ بِاسْمِ رَبِّكَ الْعَظِيمِ﴾

Maka Aku bersumpah dengan apa yang kamu lihat. * Dan dengan apa yang tidak kamu lihat. * Sesungguhnya ia untuk dikatakan kepada Rasul yang mulia, * dan ia bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya. * Dan bukan pula perkataan tukang tenung. Sedikit sekali kamu mengambil pelajaran daripadanya. * Ia diturunkan dari Tuhan semesta alam. * Seandainya dia mengadakan sebahagian perkataan atas Kami, * niscaya benar-benar Kami pegang dia pada tangan kanannya. * Kemudian benar-benar Kami potong urat tali jantungnya. * Maka sekali-kali tidak ada seorangpun dari kamu yang dapat menghalangi (Kami), dari pemotongan urat nadi itu.* Dan sesungguhnya Al Quran itu benar-benar suatu pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa. * Dan sesungguhnya Kami benar-benar mengetahui bahwa di antara kamu ada orang yang mendustakan(nya). * Dan sesungguhnya Al Quran itu benar-benar menjadi penyesalan bagi orang-orang kafir (di akhirat). * Dan sesungguhnya Al Quran itu benar-benar kebenaran yang diyakini. * Maka bertasbihlah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang Maha Besar.  [Al-Haaqah 69: 38-52.




 ---------------------------
[13] Untuk lebih jelas lagi: Jika seorang lelaki memberitahu kamu mengenai ilmu ghaib dan tentang nasib: Apabila kamu mahu minum air: Maka minumlah dengan bekas tertentu dan saya jamin sampai bila pun kamu tidak akan tuangkan racun ke dalam bekas itu, maka jika kamu tuangkan ke dalam bekas itu air beracun, apa yang boleh menjaminnya? Ia sama ada jahil, atau pembohong yang menjadi asasnya, atau tidak dapat memberi jaminan, atau dia akan memungkiri janjinya. Adakah boleh diterima orang-orang yang beriman kepada Allah, dengan menyifatkan Allah sebagai jahil atau berdusta atau cacat atau memungkiri janji, MahaTingggi Allah, jauh dari disifatkan seperti itu.
[14] Perkataan yang mutlak bagi Allah sentiasa ada, dan tiada yang dapat menghalang Allah, dan bahawa Allah tidak perlu memusnahkan orang-orang yang berdusta secara langsung, tetapi sebaliknya Dia memberikan mereka walaupun seketika, dan dengan itu mereka akan mengetahui siapa yang mengikut seruan yang terang-terang dalam kebatilan; seperti seruan Musailamah yang pasti tidak hanya dengan satu ayat mutlak diperkatakan kepada Allah, tetapi hanya diperkatakan kepada Allah dengan seruan-seruan perkataan Ilahi untuk menegakkan hujah, padanya memerlukan campur tangan Allah untuk mempertahankan hujah sebagai Nash Ilahi yang memberinya jawatan Khalifah Allah untuk ditentukannya dan menyifatkan Dia sebagai pemelihhara dari kesesatan, kerana jika tiada campur tangan Dia yang Maha Suci adalah bertentangan dengan kebijaksanaan dan contoh perkataan atau Nash ini:adalah wasiat Isa (as), kepada Al-Rasul Muhammad (S), dan wasiat Al-Rasul Muhammad (S) kepada Imam-imam dan Mahdi-mahdi (as), Maka ayat dalam menerangkan perkataan ini tidak boleh ditolak,. dan dengan itu Nash tersebut dipelihara untuk pemiliknya tanpa dituntut oleh orang lain. Ia adalah Nash Ilahi yang dipelihara Allah sehingga ia menemui pemiliknya, Ia adalah Nash Ilahi yang dipelihara dari sebarang campur tangan yang memberi kesan kepadanya, sama ada gangguan ini dalam peringkat perpindahannya kepada Khalifah yang akan membawanya, atau pada peringkat - atau pada peringkat-peringkat – ia sampai kepada Khalifah yang mendakwanya, dan terdapat riwayat yang menerangkan hakikat ini yang merupakan perkataan dalam ayat ini yang dikhususkan kepada Nash ilahi.
Dari Muhammad bin Al-Fadil, dari Abi Al-Hassan (as): ((Katanya, Aku  bertanya kepadanya mengenai firman Allah Azza Wajalla
يُرِيدُونَ لِيُطْفِؤُا نُورَ اللَّهِ بِأَفْواهِهِمْ
Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka,
Katanya, mereka mahu memadamkan Wilayah Amirul Mukminin (as) dengan mulut-mulut mereka, Aku katakan dan Allah mnyempurnakan NurNya, Katanya, dan Allah mnyempurnakan Imamah .... . Aku katakan, FirmanNya mengatakan kepada Rasul Karim (Rasulullah) yang bermakna kata-kata Jibrail dari Allah mengenai Wilayah Ali (as), Katanya aku berkata, dan apa yang mereka katakan sedikit kata-kata penyair yang tidak beriman, beliau berkata, mereka mengatakan Muhammad berdusta kepada Tuhannya dan apa yang diperintahkan Allah mengenainya pada Ali, Maka Allah menurunkannya di dalam Al-Quran, bahawa Wilayah Ali itu diturunkan dari Tuhan semesta alam, dan jika sekiranya dikatakan kepada kita sebahagian khabar dari Muhammad hendaklah kita mengambilnya, Kemudian benar-benar Kami potong urat tali jantungnya.)) Al-Kafi – Kulaini - Jilid 1, halaman 434
[15] Al-Kafi – Kulaini, Jilid 1, halaman 372.
[16] Sesiapa yang mendakwa lantikan Ilahi adalah sama ada untuk menjadikan dakwaan Nash yang ditentukan bersifat sebagai pemelihara dari kesesatan kepada mereka yang berpegang dengannya, maka dakwaannya tepat dan tidak mungkin dipalsukan atau disesatkan; kerana Nash ini mesti dipelihara dari dakwaan orang-orang yang berdusta dan menyesatkan, jika tidak Allah telah memerintahkan manusia berpegang dengan sesuatu yang boleh menyesatkan mereka walaupun kata-kataNya ini adalah sesuatu yang memelihara dari kesesatan, dan kesesatan ini mustahil suatu yang terbit dari Allah. atau menjadikan dakwaannya sebagai perlantikan Ilahi bagi jawatan itu, tetapi dia adalah seorang pendakwa untuk Nash yang ditentukan bersifat sebagai pemelihara dari kesesatan kepada mereka yang berpegang dengannya, dan bahawa pendakwa boleh sama ada mendakwa di dalamnya terdapat sebahagian syubhah (syak wasangka) pada sebahagian mukallaf kerana kejahilan mereka pada sebahagian perkara, dan ini mungkin Allah telah menentukan tanda-Nya dan memusnahkannya sebagai rahmat kepada hamba-hamba walaupun selepas dakwaannya pada satu tempoh (terputusnya) zaman, walaupun tidak terdapat hujah dan tiada alasan bagi mereka yang mengikutinya, atau bahawa ia tidak dapat mematuhi dengan mengesyaki sesuatu, melainkan jika dia adalah pencari kesesatan dan mengikuti seseorang tanpa Nash penentuan sebagaimana yang telah diterangkan, bagaimanapun, kerana keluar darinya banyak kebodohan kebodohan dan menjadikan Allah kebatilannya yang jelas dan untuk diterangkan kepada manusia, dan ini bukan propaganda yang terpakai bagi ayat tersebut, tetapi mungkin melibatkan tempoh (terputusnya) zaman yang panjang, maka dibiarkan bagi orang-orang yang mencari kebatilan dengan kebodohannya
Untuk menggambarkan dengan lebih jelas lagi dibawakan perumpamaan ini: Ada tiga bulatan; putih, kelabu dan hitam, Kawasan bulatan putih dilindungi daripada dimasuki orang yang berdusta, dan dengan itu sesiapa yang memasukinya, mereka adalah pendakwa yang benar ​​dan wajib mempercayainya, pada ayat: Seandainya dia mengadakan sebahagian perkataan atas Kami,* niscaya benar-benar Kami pegang dia pada tangan kanannya.* Kemudian benar-benar Kami potong urat tali jantungnya.
Wajib dipakai dalam kawasan bulatan ini.
Kawasan kelabu tidak dilindungi daripada dimasuki orang yang berdusta, tidak sah mengiktiraf orang-orang yang berada di dalamnya dan mempercayainya, walaupun mungkin kadang-kadang ia dilindungi dari pendusta selepas dimasukkan rahmat kepada hamba-hamba, walaupun ianya bukanlah satu alasan bagi mereka untuk mengikuti sesiapa yang berada di kawasan bulatan ini, maka ayat tersebut mungkin terpakai di kawasan bulatan ini dan tetapi tidak diwajibkan memakainya (menggunakannya).
Dan yang ketiga adalah kawasan bulatan hitam tidak dilindungi daripada dimasuki pendusta, dan sangat jelas ia adalah kawasan bulatan pendusta, sejak asal lagi tidak ada pendakwa pun untuk melindungi mereka daripada orang yang berdusta, tidak sebelum mereka masuk atau selepasnya, maka ayat tersebut tidak berlaku di kawasan bulatan ini.
[17]. Contohnya Musailamah Si Pendusta, beliau mendakwa menjadi nabi semasa Rasulullah (S) masih hidup dan Musailamah masih hidup selepas kematian Rasulullah (S).
[18] Bihar al Anwar - Majlisi:. Jilid 49 hal. 76; Itsbat Al-Hadah – Al-Hurr Al-3amili: Jilid 1 hal. 194-195..
[19] ..Injil Luke (Lukas): 4: (17-22)




Sebelum ✡✡ MENU ✡✡ Berikutnya