Selasa, 16 April 2019

Soalan /285: Arahan khusus dansecara ghaib


Soalan /285: Arahan khusus dansecara ghaib

Saya adalah seorang Syiah yang komited kepada mereka yang berkenaan dengan mengharapkan hari pertolongan ke atas golongan yang lemah dan kemunculan daulah kebenaran, dilihat secara kebetulan di laman web anda di Internet, yang membangkitkan rasa ingin tahu saya dan berkemungkin anda di pihak yang benar sedangkan saya tidak pasti terhadap riwayat yang disebut sebagai dalil yang tidak boleh dipertikaikan (dalil qat’ei).

Saya telah berjanji untuk menjadi tentera setia kepadanya jika dia telah memaklumkan saya melalui hubungan, dalil qat’ei mengkhususkan saya yang membuktikan kebenaran dakwahnya, dan dia diarahkan secara ghaib sebagaimana sepatutnya, dan Allah saksi atas apa yang saya katakan.

Shakaki Firas - Switzerland        

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم،
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.
         
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selepas semua itu... Sangat ramai orang-orang yang meminta khabar-khabar ghaib dan jika Al-Syed Ahmad Al-Hassan
menjawab semuanya ini mungkin perlu memberitahu berjuta-juta orang bagi setiap orang secara individu, dan ini adalah bertentangan dengan kebijaksanaan, Ya Al-Syed Ahmad Al-Hassan memberitahu beberapa orang mengenai berita ghaib. tetapi atas permintaan sebelumnya, dan boleh didapati dalam kitab (Al-Rukya hujjah: J 2, J 3), dan Ini sahaja sudah mencukupi dari aoa yang diminta, tetapi semua orang mahu khabar khusus untuk diri sendiri, ia mengingatkan saya kepada firmanNya SWT:
﴿بَلْ يُرِيدُ كُلُّ امْرِئٍ مِّنْهُمْ أَن يُؤْتَى صُحُفاً مُّنَشَّرَةً﴾
Bahkan tiap-tiap orang dari mereka berkehendak supaya diberikan kepadanya lembaran-lembaran yang terbuka. [307].

Menurut tafsir ayat sebelumnya dan yang lain dari Ahl al-Bait (as) menunjukkan bahawa ia akan berulang sebelum Imam Mahdi (as) bangkit dan mereka semua akan meminta risalah mereka sendiri

Dari Jabir, dari Abi Ja’far (as), dalam sebuah hadits yang panjang yang diringkaskannya: (.......
﴿وَلِيَقُولَ الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ﴾
dan supaya berkata orang-orang yang di dalam hatinya ada penyakit
(bermakna Syiah dan orang-orang yang lemah,)
﴿وَالْكَافِرُونَ مَاذَا أَرَادَ اللَّهُ بِهَذَا مَثَلاً﴾
dan orang-orang kafir (mengatakan): "Apakah yang dikehendaki Allah dengan perumpamaan ini?"  (Allah AWJ berkata kepada mereka)
﴿كَذَلِكَ يُضِلُّ اللَّهُ مَن يَشَاءُ وَيَهْدِي مَن يَشَاءُ﴾
Demikianlah Allah membiarkan sesat orang-orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya. ,
(orang-orang mukmin menyerah dan yang kafir ragu-ragu, dan Dia SWT berkata:
﴿وَمَا يَعْلَمُ جُنُودَ رَبِّكَ إِلَّا هُوَ﴾
 Dan tidak ada yang mengetahui tentara Tuhanmu melainkan Dia sendiri.
(tentara Tuhanmu adalah orang-orang Syiah, mereka adalah para syuhada Allah di bumi, Dia SWT berkata:
﴿وَمَا هِيَ إِلَّا ذِكْرَى لِلْبَشَرِ﴾
Dan ia tiada lain hanyalah peringatan bagi manusia.
﴿لِمَن شَاء مِنكُمْ أَن يَتَقَدَّمَ أَوْ يَتَأَخَّرَ﴾
(Iaitu) bagi siapa di antaramu yang berkehendak akan maju atau mundur.
Beliau berkata, bermakna hari sebelum keluar Al-Qaim (as) bagi sesiapa yang berkehendak sebelum benar-benar (masanya) dan akan maju mengikutinya, dan sesiapa yang hendak akan menangguhkannya, ........... dan Dia SWT berkata:
﴿وَكُنَّا نُكَذِّبُ بِيَوْمِ الدِّينِ﴾
dan adalah kami mendustakan hari pembalasan,
Beliau berkata: hari pembalasan: hari keluarnya Al-Qaim (as)....... Kemudian Allah Taala berfirman:
﴿بَلْ يُرِيدُ كُلُّ امْرِئٍ مِّنْهُمْ أَن يُؤْتَى صُحُفاً مُّنَشَّرَةً
Bahkan tiap-tiap orang dari mereka berkehendak supaya diberikan kepadanya lembaran-lembaran yang terbuka.
Beliau berkata: Setiap orang yang bertentangan dengannya ingin diturunkan sebuah kitab dari langit, maka Dia SWT berkata:
﴿كَلَّا بَل لَا يَخَافُونَ الْآخِرَةَ﴾
Sekali-kali tidak. Sebenarnya mereka tidak takut kepada negeri akhirat.
Ia adalah Kerajaan Al-Qaim (as), ...... ...) [308].

Dan saya bermohon kepada Allah agar melindungi kami dan melindungi anda dan menjadikan kami orang-orang yang membenarkan ayat ini.

Mengenai anda mengatakan bahawa riwayat-riwayat yang disebut sebagai dalil kepada Al-Syed Ahmad Al-Hassan tidak mempinyai dalil qat’ei, kami melayani pertanyaan anda dan semoga anda memahaminya dan Insya Allah jawapan akan diberikan kepada anda dan saya akan menyebut kepada anda petunjuk di sekitar dalil wasiat, Jika anda mempunyai nota mengenainya, kami sedia memberi khidmat:

Saya katakan: Dalil pertama adalah: (Wasiat Al-Rasul Muhammad (S) pada kewafatan baginda): (dan bakinya adalah perkataan yang disebut dalam jawapan sebelumnya).

Al-Lajnah Al-3ilmiyah (Lujnah Ilmu)
Ansar Al-Imam Al-Mahdi (Semoga Allah menempatkannya di bumi.)
                      
Syeikh Nadzim Al-3uqailiy


✡✡✡✡✡

---------------------
[307]- Al-Mudatstsir 74: 31.
[308]- Bihar Al-Anwar: j 24 hal 325.

Ahad, 14 April 2019

Soalan 284: Dalil mengenai Al-Syed Ahmad Al-Hassan secara khusus bahawa dia adalah Wali Al-Hujah


Soalan 284: Dalil mengenai Al-Syed Ahmad Al-Hassan secara khusus bahawa dia adalah Wali Al-Hujah

Al-Salamu 3alaikum, saya harap dapat dihantar beberapa dalil mengenai Al-Syed Ahmad Al-Hassan secara khusus bahawa dia adalah Wali Al-Hujah yang di-nanti-nanti. Terima kasih banyak-banyak.

Ahmad Al-Tamimi - Iraq

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم، الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.

السلام عليكم ...

Dalil-dalil atas kebenaran dakwah Al-Syed Ahmad Al-Hassan terlalu banyak dan tidak mungkin disebur satu persatu dalam jawapan ringkas ini, dan anda boleh lihat melalui terbitan ansar Imam Mahdi (as) dan di laman web yang sama, seperti: Kitab (Al-Balagh Al-Mubin) dan Kitab (Al-Washiah Wal-Washi) dan puluhan Kitab-kitab lain.

Saya sekarang akan menyebutkan kepada  saudara mengenai satu dalil dengan penerangan dan pengesahan dalil (wasiat):

Saya katakan:      

Dalil pertama: Wasiat Al-Rasul Muhammad (S) pada malam kewafatan baginda:

Al-Syed Ahmad Al-Hassan mengisytiharkan dirinya adalah Al-Yamani yang dijanjikan dan dia dari keturunan Imam Mahdi (as) dan dia adalah washi pertama dari Mahdi-mahdi yang akan memerintah selepas Imam Mahdi (as), dan dia menerangkan gelaran Al-Yamani adalah untuk nasabnya kepada Al-Rasul Muhammad (S), dan Al-Rasul Muhammad (S) dari Mekah dan Mekah adalah sebahagian dari Tuhama dan Tuhama adalah sebahagian dari Yaman, dan terdapat hadits-hadits yang menerangkan mengenainya, iaitu sesiapa yang mempunyai nasab kepada Al-Rasul Muhammad (S) dia adalah Yamani dari sudut ini, dan Mekah diterangkan dalam banyak nash yang ianya adalah di dalam Yaman, dan terdapat sebab lain yang disebut dalam kitab (Al-Yamani yang dijanjikan adalah Hujjah Allah), dan kitab (Al-Washiah Wal-Washi), dan Rasulullah telah menuliskan nash dalam wasiatnya bahawa selepas baginda ada dua belas  imam-imam, selepas mereka akan ada dua belas Mahdi-mahdi dari keturunan Imam Mahdi (as). Yang pertama dari Mahdi-mahdi keturunan Imam Mahdi (as) bernama Ahmad. Inilah teks (nash) wasiat itu:


الشيخ الطوسي في الغيبة بسنده عن أبي عبد الله جعفر بن محمد، عن أبيه الباقر، عن أبيه ذي الثفنات سيد العابدين، عن أبيه الحسين الزكي الشهيد، عن أبيه أمير المؤمنين (ع)، قال: (قال رسول الله (ص) في الليلة التي كانت فيها وفاته لعلي (ع): يا أبا الحسن، أحضر صحيفة ودواة، فأملا رسول الله (ص) وصيته حتى انتهى إلى هذا الموضع، فقال: يا علي، إنه سيكون بعدي اثنا عشر إماماً ومن بعدهم اثنا عشر مهدياً، فأنت يا علي أول الأثني عشر إمام سمّاك الله تعالى في سمائه علياً المرتضى وأمير المؤمنين والصديق الأكبر والفاروق الأعظم والمأمون والمهدي، فلا تصح هذه الأسماء لأحد غيرك.
يا علي، أنت وصيي على أهل بيتي حيّهم وميتهم وعلى نسائي، فمن ثبتها لقيتني غداًً ومن طلقتها فأنا برئ منها لم ترني ولم أرها في عرصة القيامة، وأنت خليفتي على أمتي من بعدي فإذا حضرتك الوفاة فسلّمها إلى ابني الحسن البر الوصول، فإذا حضرته الوفاة فليسلّمها إلى ابني الحسين الشهيد الزكي المقتول، فإذا حضرته الوفاة فليسلّمها إلى ابنه سيد العابدين ذي الثفنات علي، فإذا حضرته الوفاة فليسلّمها إلى ابنه محمد الباقر، فإذا حضرته الوفاة فليسلّمها إلى ابنه جعفر الصادق، فإذا حضرته الوفاة فليسلّمها إلى ابنه موسى الكاظم، فإذا حضرته الوفاة فليسلّمها إلى ابنه علي الرضا، فإذا حضرته الوفاة فليسلّمها إلى ابنه محمد الثقة التقي، فإذا حضرته الوفاة فليسلّمها إلى ابنه علي الناصح، فإذا حضرته الوفاة فليسلّمها إلى ابنه الحسن الفاضل، فإذا حضرته الوفاة فليسلّمها إلى ابنه محمد المستحفظ من آل محمد، فذلك اثنا عشر إماماً ثم يكون من بعده اثنا عشر مهدياً، فإذا حضرته الوفاة فليسلّمها إلى ابنه أول المقربين (المهديين) له ثلاثة أسامي: أسم كاسمي وأسم أبي، وهو عبد الله وأحمد، والاسم الثالث المهدي، وهو أول المؤمنين)

Syeikh Al-Thusi di dalam Al-Ghaibah dengan sanad daripada Abi Abdillah Jaafar bin Muhammad, daripada bapanya Al-Baqir, daripada bapanya Ali Zainal Abidin, daripada bapanya Al-Hussain Al-Zaki Al-Syahid, daripada bapanya Amirul Mukminin Alaihis salam telah berkata: bersabda Rasulullah (S) kepada Ali (as) pada malam kewafatan baginda: Wahai Abal Hassan bawakan lembaran tulis dan dakwat. Maka Rasulullah (S) telah menyebutkan wasiatnya untuk dicatatkan sehinggalah ia sampai kepada noktah berikut, baginda (S) bersabda: Wahai Ali sesungguhnya akan ada selepasku duabelas orang Imam dan selepas mereka duabelas orang Mahdi, engkau wahai Ali adalah yang pertama di kalangan duabelas orang Imam tersebut, Allah menamakan engkau di langitnya; Ali Al Murtadha, Amirul Mukminin, Siddiq Al Akbar, Faruq Al A’dzam, Al Makmun, dan Al Mahdi, tiada sesiapapun dibenarkan memakai nama-nama ini.
Wahai Ali, engkau adalah pemegang wasiatku ke atas Ahlulbaitku ketika mereka masih hidup mahupun setelah mereka mati, dan ke atas isteri-isteriku: barangsiapa yang engkau kekalkannya akan bertemu denganku besok, barangsiapa yang engkau ceraikan maka aku berlepas diri darinya, dan dia takkan dapat melihat aku dan aku tidak melihatnya pada hari kiamat. Engkau adalah khalifah ku ke atas umatku selepas aku, apabila maut menghampirimu, maka hendaklah diserahkannya (khilafah) kepada anakku Al Hassan Al Birr Al Wusul. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anakku Al Hussain yang syahid lagi cerdik dan dibunuh. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya penghulu segala abid Ali. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad Al Baqir. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkan kepada anaknya Ja’afar Al Sadiq. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Musa Al-Kadhim. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Ali Al Ridha. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad Al Thiqah Al Taqiy. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Ali Al Nasih. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Al Hassan Al Fadhil. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad yang terpelihara daripada keluarga Muhammad alaihissalam.Maka itulah dua belas imam, dan akan datang selepasnya dua belas Mahdi. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkan kepada anaknya iaitu Muqarrab yang pertama(sesetengah sumber menyebutkan Mahdi yang pertama). Baginya tiga nama : nama seperti namaku dan nama bapaku, iaitu Abdullah (hamba Allah) dan Ahmad. Dan namanya yang ketiga adalah Al Mahdi, dia adalah yang pertama beriman (dengan zuhur Imam Mahdi (as). ) [285].

Kata-kata Nabi Muhammad (S) pada akhir wasiat tersebut: (dia adalah yang pertama beriman) dalam menyifatkan yang pertama dari Mahdi-mahdi dari keturunan Imam Mahdi (as) menunjukkan bahawa ia wujud sebelum Imam Mahdi (as), jika tidak ia tidak mengesahkan keterangan (dia adalah yang pertama beriman), bahkan keterangan ini  membenarkan bahawa beliau adalah salah seorang daripada tiga ratus tiga belas ansar Imam Mahdi (as) yang utama, dan terdapat riwayat yang menunjukkan atau mengisytiharkan wujud anak kepada Imam Mahdi sebelum dia diutus semula, dan dialah ketua yang menyediakan (membuat persiapan) semasa kezuhuran, termasuk:apa yang diriwayatkan oleh  Syeikh Al-Thusi di dalam Al-Ghaibah.

.... Dari Hudzaifah bin Al-Yaman, katanya: Aku mendengar Rasulullah (S) bersada – dan menyebutkan Al-Mahdi-: (Ia akan membai’ah di antara rukun dan maqam, namanya Ahmad Abdullah dan Al-Mahdi, ketiga-tiga ini adalah namannya).[286]

Jika saudara dapati nama-nama ini dan membandingkannya dengan yang pertama dari Mahdi-mahdi dalam wasiat sebelum ini  didapati nama-nama yang serupa, Dengan itu diketahui bahawa bai’ah ini tidak menafikan bai’ah Imam Mahdi (as) di antara rukun dan maqam yang disebut secara terperinci di dalam kitab (Al-Washiah Wal-Washi).

Di antaranya diriwayatkan: oleh Al-Syaikh Al-Mufid (rahimahu Allah) berkata dalam  Al-Irsyad 3an Al-Rida (as): Dia berkata: Seolah-olah panji-panji dari Mesir seperti sayur-sayuran hijau yang dicelup, sehingga Syam datang kepada anak pemilik wasiat) [255].

Imam Mahdi (as) adalah pemilik wasiat-wasiat para nabi dan imam-imam (as) dan dia adalah yang terakhir dari dua belas  imam-imam maksum dan itulah yang disifatkan oleh Al-Rasul Muhammad (S) dalam wasiat yang dinyatakan di atas (yang terpelihara daripada keluarga Muhammad) dan pada riwayat Imam Al-Shadiq (as): (Penyimpan apa yang diamanahkan). Ia adalah penjaga wasiat para Nabi dan Imam-imam (as), dan riwayat tersebut mengatakan bahawa panji-panji ini ditunjukkan kepada anak pejilik wasiat, iaitu kepada anak Imam Mahdi (as).

Di antaranya di dalam Al-Ghaibah Syeikh Al-Thusi  ..... dari Hazhlam bin Bashir, beliau berkata: Aku berkata kepada Ali bin Al Hussain (as) riwayatkan padaku kemunculan Mahdi, dalil-dalil dan tanda-tandanya, beliau (as) bersabda: "Sebelum kemunculannya adalah kemunculan seorang lelaki, namanya ialah Auf Al-Silmy di bumi Al Jazira (Iraq), tempat tinggalnya di Tikrit dan pembunuhannya adalah di masjid Damsyik, kemudian adalah kemunculan Shuaib Ibn Saleh dari Samarqand, dan kemudian Al-Sufyani yang terlaknat akan muncul dari Wadi Al-Yabis dan beliau adalah anak kepada Utbah Bin Abu Sufyan, apabila Sufyani muncul, Mahdi akan akan menghilang dan akan muncul selepas itu."
 [288].

Riwayat ini menerangkan bahawa Al-Mahdi wujud sebelum kemunculan Al-Sufiani, dan adalah diketahui bahawa Al-Sufiani muncul sebelum Imam Mahdi (as) dan ia adalah alamat dari alamat-alamatnya, tetapi  bukan selepasnya, maka riwayat ini tidak terpakai kepada selain Mahdi pertama dari keturunan Imam Mahdi (as), yang digambarkan oleh Nabi (S).Bahawa dia adalah orang yang pertama beriman dan namanya adalah Abdullah, Ahmad dan Mahdi.

Di antaranya juga: dari Abi Ja’far dalam khabar yang panjang, katanya: "...Kepada kamu ada keganjilan dari keluarga Muhammad (as), bahawa bagi keluarga Muhammad dan Ali ada panji dan ada pula panji-panji yang lain yang turut ada di bumi. Janganlah sekali-kali kamu mengikuti salah satu daripada mereka sehingga kamu melihat seorang lelaki anak Al-Hussein (as) kerana bersamanya ada  janji Nabi Allah, panji dan senjatanya., Maka janji Nabi Allah akan pergi kepada Ali bin Al Hussein, kemudian menjadi janji kepada Muhammad bin Ali, dan Allah melakukan apa yang Dia kehendaki  Maka sertailah mereka ini selamanya, dan ianya kepada engkau dan kepada yang mengingatkan engkau. [289].

Anak-anak Al-Hussein ini tidak mungkin menjadi Imam Mahdi (as), kerana jika kita mengatakan demikian memerlukan kata kesucian untuk mengikuti setiap panji-panji sebelum bangkitnya Imam Mahdi (as), dan ini memerlukan kesucian mengikuti panji-panji Al-Yamani, yang merupakan panji-panji hidayah dan diperintahkan mengikutinya dan jika berpaling darinya adalah dari ahli neraka .

Maka riwayat ini tidak berkenaan kepada yang lain melainkan kepada Al-Yamani, diperintahkan untuk taat kepadanya sahaja dalam era kezuhuran, dan kata-kata Imam Al-Baqir (as): (padanya ada janji nabi Allah) janji itu adalah wasiat, iaitu: bahawa anak-anak Al-Hussein adalah washi dan pemegang wasiat (janji), dan tidak ada washi dalam era kezuhuran selain Imam Al-Mahdi (as) dan anaknya Mahdi Pertama seperti yang dijelaskan pada riwayat sebelumnya, dan kami katakan bahawa  riwayat ini tidak terpakai kepada Imam Mahdi (as) tidak ditetapkan selain kepada Mahdi pertama, keturunan Imam Mahdi (as).

Adalah jelas melalui riwayat-riwayat dan  riwayat wasiat ini dibandingkan dengan riwayat atau riwayat-riwayat Al-Yamani bahawa satu-satunya panji yang diperintahkan untuk mentaatinya adalah panji-panji Al-Yamani washi Al-Husseiniyah Al-Mahdawiyah; kerana tidak boleh beberapa panji untuk ditaati pada satu masa, bahkan sebahagian riwayat sebelumbya dihadirkan ketaatan dalam satu panji tidak lain.

Wasiat pada masa akan mati kepada mukallaf diwajibkan Allah kepada hamba di dalam ayat:

﴿كُتِبَ عَلَيْكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ إِن تَرَكَ خَيْراً الْوَصِيَّةُ لِلْوَالِدَيْنِ وَالأقْرَبِينَ بِالْمَعْرُوفِ حَقّاً عَلَى الْمُتَّقِينَ﴾

Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan kebaikan, berwasiat untuk ibu-bapak dan karib kerabatnya secara ma'ruf, (ini adalah) kewajiban atas orang-orang yang bertakwa. [290].

tidak mungkin berlaku Al*Rasul Muhammad wafat tanpa berwasiat sebelum kewafatan baginda sehingga ia telah melanggar kitab Allah (jauh baginda dari yang demikian itu), dan dengan itu mestilah Rasulullah telah berwasiat, maka tidak ada teks (nash) wasiat selain riwayat yang disampaikan kepada saudara sebelum ini, dan dengan mengingkarinya adalah menafikan wasiat tidak dilakukan oleh baginda, iaitu: teks (nash) yang diriwayatkan oleh Al-Sunnah dari Al-‘Itrah Al-Thahirah (keluarga suci Rasulullah).

Telah dinashkan dan disyaratkan banyak riwayat-riwayat bahawa washi-washi diketahui dengan wasiat, sebahagian dari hadits wasiat Al-Rasul Muhammad (S):

Antaranya: Dari Al-Harits bin Al Mughirah Al Nashri, beliau berkata: Aku bertanya Abi Abdullah (as): Dengan apa dikenali pemilik urusan ini? Beliau berkata: (dengan ketenangan dan keteguhan pendirian, ilmu dan wasiat) [291].

Dari Abi Abdullah (as): ( Dalam sebuah hadits yang panjang, beliau berkata: (... Pemilik urusan ini dapat dikenali dengan tiga sifat yang tidak ada pada orang lain: dia adalah orang pertama yang menerimanya,  dia adalah washinya, dan dia memiliki senjata Rasulullah (S) dan wasiatnya... daro hadits.) (292).

Dan dari Abi Abdillah (as) katanya: "Adakah kamu melihat yang berwasiat dari kami mewasiatkan kepada mereka yang menginginkannya. Tidak demi Allah melainkan dia adalah janji dari Allah dan RasulNya (S) kepada seorang demi seorang sehingga perkara itu berakhir pada pemiliknya

Dan dari: Abdullah bin Abi Huzhail katanya: apabila ditanya mengenai Imamah  percakapannya akan menjadi panjang dalam menerankan para imam (as) antaranya: (... Mereka keturunan Al-Rasul (atasnya dan atas mereka salam)  mereka dikenal dengan wasiat dan imamah, bumi tidak akan kosong tanpa hujah dari mereka  pada setiap masa dan zaman, setiap waktu dan musim ..).

Kemudian Tamim bin Buhlul berkata, diberitahu padaku Abu Muawiyah dari Al-A’masy dari Jaafar bin Muhammad (as) mengenai Imamah sepertinya, adalah sama. [294].

Dan dari: Al-Baqir (as), beliau berkata: (... namanya nama nabi. Apa yang kamu kelirukan tidak terkeliru pada janji nabi Allah kepada kamu dan panjinya dan senjatanya ...) [295].

Dan dari Muawiyah bin Wahab, beliau berkata: Aku telah meminta izin ke atas Abi Abdillah (as), maka dia izinkan bagiku, lalu aku telah mendengar dia berkata di dalam ucapannya: Wahai yang mengkhususkan kami dengan wasiat, yang memberikan kami ilmu tentang apa yang telah berlalu dan apa yang berbaki, serta menjadikan hati-hati manusia cenderung kepada kami, dan menjadikan kami pewaris-pewaris Anbiya). [296],

Dan dari Muawiyah bin Wahab,  dari Abi Abdillah (as), beliau berkata: Aku mendengar dia berkata: (Wahai Yang memberikan kami ilmu tentang apa yang telah berlalu dan apa yang berbaki, dan menjadikan  kami pewaris para nabi dan menutup lami sebagai umat-umat sebelumnya di atas dan yang mengkhususkan kami dengan wasiat ) [297].

Antaranya: Telah dikatakan kepada  Abi Abdillah (as): Dengan cara apa dikenalii imam itu? Beliau berkata: ( Dengan wasiat yang nyata dan dengan keutamaan, bahawa seorang Imam tiada seorangpun yang mampu mencabar mulutnya perutnya  atau keselesaannya (farajnya) dan bukan seorang yang berkata dusta untuk makan  harta rakyat dan sebagainya) ([298]).

Dan dari mereka (as): (... keluar dari Mekah dan bersamanya ada tiga ratus dan belasan orang orang yang membai’ahnya di antara rtkun dan maqam, bersamanya ada janji nabi Allah (S), panji dan senjata baginda dan wazurnya ada bersamanya, lalu penyeru menyeru di Mekah namanya dan urusannya dari langit, sehingga semua penghuni bumi mendengarnya, namanya nama Nabi. Apa yang kamu kelirukan tidak terkeliru pada janji nabi Allah kepada kamu dan panjinya dan senjatanya.) [299]

Antaranya: Dalam khabar seorang rahib yang bertemu dengan Al-Rasul Muhammad (S) sebelum risalah: (sehingga dia berkata: ......... Dia berkata kepada kami: Kamu dengarkanlah dariku perkara ini, Demi Allah Nabi akhir zaman begitu hampir sekali, Allah akan mengeluarkannya yang akan menyeru manusia kepada kesaksian La Ilaha Illa Allah (bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah). Maka jika kamu melihatnya hendaklah kamu mengikutnya. Kemudian dia berkata:  Adakah dia anak bapa saudaranya Abu Talib, Anak yang dikatakan baginya Ali?, kami berkata: Tidak, dia berkata: Sama ada dia anak atau yang dilahirkan pada tahun itu, dia yang pertama beriman kepadanya, kami mengenalinya dan kami dapati sifatnya dalam wasiat seperti kita ketahui sifat nubuwah Muhammad (S). ........)[300].

Riwayat-riwayat dan khabar-khabar ini secara keseluruhan menunjukkan bahawa washi-washi diketahui dengan wasiat, di antaranya wasiat yang khusus dari Al-Rasul Muhammad (S).

Jika ada orang yang berkata: Siapa yang mengatakan bahawa Ahmad disebut dalam  wasiat Al-Rasul Muhammad (S) adalah sama dengan Ahmad kamu sedangkan mungkin orang yang lain atau akan datang pada masa hadapan, dan terdapat juga ramai orang yang menggunakan nama ini ??

Saya katakan bahawa wasiat adalah dalil yang paling penting untuk menunjukkan para-Hujaj, tiada sesiapa yang boleh membuat tuntutan wasiat secara palsu dan batil; kerana jika kita kata ia boleh dilakukan untuk menafikan hakikat bahawa wasiat sebagai panduan kepada dalil, tetapi  akan menjadi penyebab salah faham –semoga dilindungi Allah, maka tidak ada yang dapat menuntut wasiat tersehut dan ia adalah nash tertulis dengan nama, dan sejarah ini ada di hadapan kita menunjukkan tidak terdapat seorang pun yang mendakwanya, bahawa Ali Al-Sajad yang disebut dalam wasiat Rasulullah (S) atau Al-Baqir atau Al-Shadiq... dan sebagainya, Jauh Allah AWJ memungkinkan orang-orang yang menyamar sebagai pendakwa dan memalsulan wasiat, dan ini dihadkan dengan sendirinya dan metupakan mukjizat ilahi. Maka tidak menemui seorang pun yang mendakwa bahawa ia adalah salah seorang dari dua belas imam (as) dan bahawa wasiat itu menuliskan namanya.

Kemudian wasiat Al-Rasul Muhammad (S) ini digunakan juga sebagai hujjah apabila dia bangkit diutus oleh Imam Mahdi (as)  , seseorang itu mungkin akan meragui Imam Mahdi (as) dan mengatakan bahawa  Muhammad bin Al-Hassan Al-Askari yang disebut dalam wasiat ini, kita tidak boleh menidakkan kelahirannya di rumah Al-Hassan Al-Askari dan tidak boleh menidakkannya apabila dia berwasiat kepada kamu, jika saya  mengatakan bahawa nama Muhammad, yang disebut dalam wasiat itu, bukankah beribu-ribu manusia menggunakan nama ini??!!

Tentulah jika anda mengatakan keraguan ini terhadap Imam Mahdi (as) ia tidak akan selesai, dan saya mengatakan dengan anda ia tidak akan selesai, tetapi persoalannya ialah mengapa begitu bermasalah jika ia tidak selesai (lengkap)???

Adakah terdapat jawapan selain bahawa Allah Taala tidak akan menjadikan wasiat  Al-Rasul Muhammad itu, ramai pendakwa dan pedusta yang membuat tuntutan dan penyamar yang membuat samaran, jika tidak, bagaimana manusia boleh percaya bahawa ini adalah Muhamma bin Al-Hasan Al-Askari (as) yang telah ditetapkan oleh Rasulullah (S) dalam wasiat baginda, Dan dia telah ghaib selama lebih daripada seribu tahun ??!!

Begitulah Allah membantah terhadap orang Yahudi dan Nasrani kerana Muhammad telah disebut di dalam kitab mereka. FirmanNya

﴿الَّذِينَ يَتَّبِعُونَ الرَّسُولَ النَّبِيَّ الأُمِّيَّ الَّذِي يَجِدُونَهُ مَكْتُوباً عِندَهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَالإِنْجِيل﴾

Orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi orang ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, [301].

: FirmanNya lagi

﴿مُّحَمَّدٌ رَّسُولُ اللَّهِ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاء عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاء بَيْنَهُمْ تَرَاهُمْ رُكَّعاً سُجَّداً يَبْتَغُونَ فَضْلاً مِّنَ اللَّهِ وَرِضْوَاناً سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِم مِّنْ أَثَرِ السُّجُودِ ذَلِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَمَثَلُهُمْ فِي الْإِنجِيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَى عَلَى سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ الْكُفَّارَ وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنْهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْراً عَظِيماً﴾

Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. Kamu lihat mereka ruku' dan sujud mencari kurnia Allah dan keridhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, iaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya karena Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir. Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh di antara mereka ampunan dan pahala yang besar. . "[302]

Firman Allah SWT:




﴿وَإِذْ قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُم مُّصَدِّقاً لِّمَا بَيْنَ يَدَيَّ مِنَ التَّوْرَاةِ وَمُبَشِّراً بِرَسُولٍ يَأْتِي مِن بَعْدِي اسْمُهُ أَحْمَدُ فَلَمَّا جَاءهُم بِالْبَيِّنَاتِ قَالُوا هَذَا سِحْرٌ مُّبِينٌ﴾

Dan (ingatlah) ketika Isa ibnu Maryam berkata: "Hai Bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab sebelumku, yaitu Taurat, dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad". Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: "Ini adalah sihir yang nyata".([303]).

Soalan yang sama datang di sini: Ya, nama Muhammad disebut di dalam Taurat dan Injil, tetapi siapa yang berkata ini adalah Muhammad?? Mungkin dia Muhammad yang lain yang akan datang pada akhir zaman? Apakah bukti (dalil) bahawa dia adalah Muhammad bin Abdullah (S) ??!!

Sesungguhnya ini adalah bantahan ulama-ulama Yahudi dan Nasrani semasa perdebatan mereka dengan Imam Al-Redha (as). Maka pada akhirnya mereka  mengaku pada imam bahawa Muhammad disebut di dalam kitab-kitab mereka  tetapi siapa yang berkata dia adalah Muhammad yang dimaksudkan??!!

Al-Redha (as) dalam hujahnya dengan wakil Kristian Katolik dan ketua Jalut, perdebatan yang panjang dan diambil sebahagian darinya:: (... berkata wakil Katolik: apa sifatnya? Beliau berkata: Tidak disifatkan melainkan apa yang disifatkan Allah, adalah pemilik unta, tongkat, dan jubah)

﴿النَّبِيَّ الأُمِّيَّ الَّذِي يَجِدُونَهُ مَكْتُوباً عِندَهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَالإِنْجِيلِ يَأْمُرُهُم بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَاهُمْ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَآئِثَ وَيَضَعُ عَنْهُمْ إِصْرَهُمْ وَالأَغْلاَلَ الَّتِي كَانَتْ عَلَيْهِمْ﴾

orang-orang yang mengikut Nabi orang ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang ma'ruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka.

Panduan dengan jalan terbaik dan pendekatan yang paling adil dan jalan yang lebih tepat, Aku bertanya kepadamu wahai wakil Katolik dengan hak Isa Roh Allah dan FirmanNya. Adakah anda mendapati sifat ini dalam Injil bagi nabi ini? Wakil Katolik yang alim itu mengangguk-angguk dan tahu bahawa menafikan Injil adalah kafir, lalu beliau berkata: Ya, sifat ini ada dalam Injil dan bahawa Isa telah menyebut Nabi (S) ini di dalam Injil dan adalah sah di dalam Injil diakui di dalamnya terdapat sifat Muhammad (S). Dia berkata: Maka jalur Ali dalam perjalanan kedua. Aku dapati ia disebutkannya dan disebutkan washinya dan disebutkan anak perempuannya Fatimah dan disebutkan Al-Hassan dan Al-Husain (as).

Apabila wakil Kristian Katolik dan ketua Jalut mendengarnya mereka tahu bahawa Al-Redha (as).sangat mengetahui Taurat dan Injil. Lalu mereka berkata: Demi Allah telah datang apa yang kami tidak boleh menolaknya atau menafikannya melainkan kami akan mengingkari Injil, Taurat dan Zabur, Ia adalah khabar gembira dari Musa dan Isa (as) kesemuanya, tetapi ia belum diakui pada kami kesahihannya bahawa ia Muhammad ini, Walaupun namanya Muhammad tidak sah bagi kami untuk mengakuii kamu dengan kenabiannya dan kami masih syak pada Muhammad kamu.

Al-Redha (as) berkata: Kamu berhujjah dengan keraguan, adakah Allah mengutus sebelum atau selepas Adam hingga ke hari ini seorang nabi bernama Muhammad? Adakah kamu menemuinya dalam beberapa kitab yang Dia turunkan kepada semua nabi selain Muhammad?  Maka mereka berdiam diri dari jawapannya .. Al-Hadits) [304].

Kita melihat bahawa Imam Al-Redha (as) menggambarkan masalah keraguan ihi sebagai berhujjah dengan keraguan! Mereka menolak bahawa Muhammad  (S) adalah nabi pertama yang disebut namanya di dalam kitab, dan tidak ada seorangpun yang mendakwa selainnya, dan ini adalah jawapan kepada semua ulama ahli kitab , Dan mereka tidak dapat menjawab apa-apa mengenainya, dan tidak ada yang dapat mengatakan bahawa jawaban Imam  Al-Redha (as) ini tidak lengkap, Dan boleh bagi seorang yang bernama Muhammad menerapkan apa yang ada dalam kitab-kitab di atasnya dan mendakwa sebagai Rasul Penutup; kerana ia mahukan jawapan Imam Al-Redha (as)  tidak lengkap dan jauh tersasar.

Begitu juga halnya dengan Al-Syed Ahmad  Al-Hassan tidak seorang pun sebelumnya yang bernama Ahmed yang disebut dalam wasiat Al-Rasul (S) sejak wafatnya Rasulullah (S) dan hingga ke hari ini selain Al-Syed Ahmad  Al-Hassan.
.
Dan kemudian tentulah tidak adil kepada mereka yang menimbulkan masalah ini:

Dari Imam Abu Muhammad Al-Askari (as) di dalam ayat:

﴿وَلاَ تَلْبِسُواْ الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ﴾

Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang bathil [305],

Beliau (as) berkata: (Firman Allah ini ditujukan kepada beberapa orang-orang Yahudi yang mencampur adukkan yang benar dengan yang palsu bahawa mereka mendakwa Muhammad (S) seorang nabi dan Ali seorang washi, tetapi kedua mereka akan datang selepas masa kita ini lima ratus tahun lagi.). [306].

Dan banyak lagi riwayat lain yang memburuk-burukkan yang mengatakan bahawa Muhammad tidak disebutkan dalam kitab-kitab dan bahawa ia akan datang pada masa hadapan. Selain itu, Al-Syed Ahmad Al-Hassan tidak berhenti pada itu sahaja, tetapi disokong dengan mukjizat ilmiah dalam mentafsir Al-Quran Al-Karim, serta kesediaannya untuk bermubahalah (sumpah laknat) kepada sesiapa yang mendustakannya dan bersedia melakukan Qasam Al-Bara’ah - Sumpah isytihar tidak bersalah, serta Allah menguatkannya dari sisi ghaib dengari beratus-ratus jika tidak beribu-ribu rukya Al-Shadiqah (mimpi benar) terhadap Al-Rasul Muhammad (S)  dan Imam-imam ma'sum dan kebenaran suci Fatimah Zahra’ (as), semuanya adalah nash yang menyokong bahawa Al-Syed Ahmad Al-Hassan adalah washi dan utusan Imam Mahdi (as).

والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.


Al-Lajnah Al-3ilmiyah (Lujnah Ilmu)
Ansar Al-Imam Al-Mahdi (Semoga Allah menempatkannya di bumi.)
                      
Syeikh Nadzim Al-3uqailiy

✡✡✡✡✡

-----------------
[285] - Al-Ghaibah Al-Thusi: hal 250.
[286] - Al-Ghaibah Al-Thusi : hal 305.
[287] - Al-Irsyad: hal 250.
[288] - Al-Ghaibah Al-Thusi : hal 294.
[289] -  Ilzam Al-Nashib J 2 hal 96.
[290] -  Al-Baqarah 2:180.
[291] -  Al-Imam wa-Tabshirah: hal 138.
[292] -  Al-Kafi: J 1 hal 428, Itsbat  Al-Hadah: J 1 hal 88.
[293] - Al-Kafi: J 1 hal 307.
[294] – 3uyun Akhbari Al-Redha: J 1 hal 57.
[295] - Ilzam Al-Nashib J 2 hal 96.
[296] - Bashair Al-Darajat  hal 149.
[297] - Bashair Al-Darajat  hal 149
[298] -  Al-Kafi: J 1 hal 284.
[299] - ihar Al-Anwar J: 25 hal 223.
[300] - Kamal Al-Din: hal 190.
[301] - Al-A3raf 7:157.
[302] - Al-Fath 48: 29.
[303] - Al-Haf: 61 6.
[304] - Itsbat Al-Hadah: J 1 hal 194.
[305] - Al-Baqarah 2: 42.
[306] - Madinah Al-Ma3ajaz  J 1 hal 478.