Binatang Bumi dan Yang Muncul Timur
Bab I
Keperluan Merahsiakan
Di Sekitar Peribadi Yang Membuat Persiapan Memerlukan Simbol (Perlambangan)
Menyebut riwayat-riwayat yang dikhususkan
mengenai masa kezuhuran yang suci banyak terdapat peribadi-peribadi yang mengiringi
proses kezuhuran dan yang mempunyai kesan yang besar pada kita dalam perbahasan
ini adalah untuk mengenal pasti ciri-ciri peribadi-peribadi tersebut dan
meletakkan mereka di atas penyelidikan ilmiah yang panjang, dan menyingkirkan kesamaran
dan kekeliruan yang menyelubungi peribadi-peribadi tersebut selama beratus-ratus
tahun, dan sudah tiba masanya untuk kita menyingkap hakikat-hakikatnya, dan dengan
izin Allah SWT untuk sesuatu ilmu yang besar dengan zahirnya cahaya itu, marilah
kita mulakan kerja-kerja menegakkan Daulah
keadilan ilahi ..., Mudah-mudahan akan diperlihatkan
peribadi-peribadi yang dimaksudkan tersebut dengari zuhurnya peribadi yang
membuat persediaan yang pertama iaitu Al-Yamani, demi kepentingannya, kebesarannya
dan menjadi hujjah ke atas manusia, disebabkan penjelasan riwayat-riwayat dalam
pengertian ini tidak dapat dinafikan oleh yang bersetuju atau yang menentangnya.
.
. ..
Ungkapan-ungkapan atau nama-nama yang
dibincangkan yang ditulis bagi peribadi-peribadi tersebut dalam tempoh persediaan
kezuhuran suci ini ada terlalu banyak, seperti (Al-Yamani, Dabbah Al-Ardh (binatang
bumi), Al-Khurasani, Thala3a Al-Masyriq, seorang lelaki dari Ahl Al-Bait, dan Al-Hasani
dan bintang (Al-Najm), planet (Al-Kawakib), bulan, bulan sabit, komet, bintang
pagi atau meteor, dan banyak lagi yang lain..... dan sebagainya).
Untuk menyelidiki keperibadian ini dan untuk
mengenal pasti perbezaan di antara mereka, penyelidikan harus memberi tumpuan
kepada satu titik penting yang akan menjadi permulaan penyelidikan, dan hal ini
menjadi jelas dalam soalan berikut:
Adakah riwayat-riwayat tersebut menggunakan simbol-simbol
merujuk kepada beberapa peristiwa dan keperibadian, atau penyampaiannya mudah
difahami dan tiada kesamaran??
Untuk menjawab soalan ini, kita mesti melihat
kepada butiran-butirannya dan tidak ada cara lain untuk menjawabnya. Kerana butiran-butiran
dalam proses kezuhuran amat luas dan rencam disebabkan ia adalah khusus kepada peringkat
masa dan sejarah hebat dipenuhi dengan peristiwa-peristiwa dan perselisihan besar
yang akan mengubah wajah kemanusiaan, dan peristiwa-peristiwa ini tidak dikhususkan
pada tempat tertentu, tetapi di seluruh dunia. Tambahan pula penentu kepada kejayaan
rancangan bagi kezuhuran itu diperolehi dari sebab-sebab yang ghaib dan
ketuhanan dan untuk mengetahui rahsia-rahsia sepenuhnya adalah sesuatu yang
mustahil. ..
Jadi pengetahuan semua pembolehubah dan
percanggahan yang mungkin membayangkan bahawa ia menemani butiran kezuhuran adalah
mustahil juga. Kerana manusia biasa tidak mengetahui pengetahuan Ahl Al-Bait
(as), oleh itu jadilah perbincangkn butir-butir yang dimaksudkannya hanyalah secara
umum dan di sekitar pemahaman yang sahih dari riwayat-riwayat tersebut. Tidak
seharusnya ada percanggahan pada riwayat-riwayat lain dan sevovok dengan kefahaman
riwayat-riwayat lain.
Dan hendaklah menjadikan riwayat-riwayat yang
mugkam (jelas) iaitu pemahaman yang jelas mengikut kaidah
untuk pergi kepada pemahaman riwayat-riwayat
yang lain yang mutasyabihat (samar) untuk dimuhkamkan (menjadi jelas) .. Kami
akan memilih sebahagian pembicaraan yang menzahirkan pengertian pendua dan
tidak boleh dalam apa jua keadaan dianggap ia bermaksud sebagai satu makna untuk
membuktikan bahawa riwayat-riwayat mempunyai pedekatan simbolik (perlambangan) sebagai
petunjuk secara tidak langsung dan tanpa sebarang keraguan ...
Apabila pemahaman kita mengenai riwayat-riwayat
hanya pada zahir, anda tidak akan dapat memahami sesuatu, bahkan akan membawa
kepada penolakan sebahagian besar riwayat-riwayat kezuhuran jika tidak dibawakan
kesemuanya, selaras dengan peraturan yang berkuat kuasa sebagai asas (jika riwayat-riwayat
bercanggah ia akan digugurkan), Maknanya adalah riwayat-riwayatnya ditolak,
begitu juga terdapat jalan keluar untuk memahami yang diambil dari apa yang meletakkan
Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) melalui bantahannya terhadap orang-orang Islam bahawa
dia adalah Al-Yamani dan Mahdi pertama, dan penjelasan yang disertakan untuk mengesahkannya,
ada terlalu banyak, untuk memahamkan ia adalah suatu kepentingan bukannya
maklumat sebagai petunjuk, seperti Al-Yamani, Al-Khurasani Al-Shaihah, Al-Dajjal
dan lain-lain; Jadi ia diambil dari riwayat-riwayat itu jika ia secucuj dengan Al-Quran
dan Al-Sunnah.
Pemahaman umum lebih utama dari
meninggalkannya.. Ini juga merupakan kesepakatan umum (himpunan riwayat-riwayat
adalah lebih baik daripada menggugurkannya), apatah lagi ada peringatan mengenai
penolakan riwayat-riwayat:
عن أبي جعفر (ع) : ( أما والله إن أحب أصحابي إلي أورعهم
وأكتمهم لحديثنا، وأن أسوأهم عندي حالاً وأمقتهم إلي الذي إذا سمع الحديث ينسب
إلينا ويروى عنا فلم يعقله ولم يقبله قلبه إشمأز منه وجحده وكفَّر بمن دان به وهو
لا يدري لعل الحديث من عندنا خرج وإلينا أسند فيكون بذلك خارج عن ولايتنا)[1]
Dari Abu Jafar (as): (Demi
Allah, mereka yang paling buruk perlakuannya di sisiku dan paling dibenci
adalah mereka yang apabila mendengar sesuatu hadits yang dinisbahkan kepada
kami dan diriwayatkan daripada kami yang tidak bersesuaian dengan akalnya, maka
dibencinya, ditentangnya dan mengkafirkan mereka yang berpegang dengannya. Sedangkan
dia tidak mengetahui bahawa hadits itu memang dikeluarkan dari sisi kami dan
disandarkan kepada kami, maka dengan demikian dia telah terkeluar dari wilayah
kami.) [1]
عن سفيان بن السمط، قال: قلت لأبي عبدالله (ع) (جعلت
فداك، يأتينا الرجل من قبلكم يُعرف بالكذب فيحدث بالحديث فنستبشعه، فقال أبو
عبدالله (ع): يقول لك أني قلت الليل أنه نهار والنهار أنه ليل؟ قلت لا، قال (ع) : فإن
قال لك هذا إني قلته فلا تكّذب به فإنك إنا تكذبني)
Dari Sufian bin Al-Simath
katanya: Aku berkata kepada Abi Abdillah (as) (Semoga aku menjadi tebusan tuan, kami
didatangi seorang lelaki yang dikenali dengan berdusta, lalu berbicara tentang
suatu hadits, maka kami menganggapnya sebagai jelik. Maka berkata Abu
Abdillah (as): Dia berkata kepada kamu bahawa aku berkata sesungguhnya malam itu
adalah siang dan siang adalah malam? Aku berkata: Tidak. Berkata
(as): Jika dia telah berkata sebegini kepada kamu bahawa aku telah
katakannya, maka janganlah kamu mendustakannya dan sesungguhnya kamu
seolah-olah sedang mendustakan aku) [2]
Di dalam hadits, beliau (as) berkata:
"Bukankah aku
telah menceritakan kepada kamu?" Aku berkata, "Ya.” Dan beliau (as) berkata,
"Maka adakah dikatakan sesungguhnya malam itu adalah siang dan siang
adalah malam." Aku berkata: tidak. Beliau berkata: maka kembalikanlah ia
kepada kami, maka (dikhuatiri) jika kamu mendustakannya, kamu mendustakan kami)
[3]
عن أبي عبد الله (ع) :(لا تكذبوا الحديث أتاكم به
مرجئ ولا قدري ولا خارجي نسبه إلينا، فإنكم لا تدرون لعله شيء من الحق فتكذبون
الله عز وجل فوق عرشه)
Dari Abi Abdillah (as)
katanya: "Jangan kalian dustakan hadits apabila datang kepada kalian
seorang Murji’, Qadari, dan Haruji yang menisbahkannya
kepada kami. Itu karena kalian tidak mengetahui barangkali hadits itu termasuk
kebenaran sehingga (ketika kalian mendustakannya) kalian mendustakan Allah di
atas ‘Arasy-Nya”) [4]
Dan untuk menjalankan penyelidikan mengikut
pendekatan ini, yang diseru oleh Ahl Al-Bait (as), kita akan mengikuti dan
menumpukan pada keperibadian penyedia peringkat pertama dan apa yang meliputinya
dari tersembunyi dan simbolik (perlambangan) dalam menyampaikan dan dalam bentuk yang disahkan dan tentunya tidak
menerima keraguan melalui beberapa paksi:
Paksi pertama: Nama dan gelaran.
Paksi Kedua: Sifat-sifat.
Paksi Ketiga: Keterangan proses kezuhuran.
------------------------
[1] Bihar Al-Anwar: J 65 hal 176..
[2] Mukhtashar Bashair Al-Darajat hal 76
[3] Mukhtashar Bashair Al-Darajat hal 77
[4] Mukhtashar Bashair Al-Darajat hal 77
Tiada ulasan:
Catat Ulasan