Binatang Bumi dan Yang Muncul Di Timur
Bab I: Paksi Kedua: Sifat-sifat
Disampaikan terlalu banyak riwayat-riwayat yang
menyebut sifat-sifat pada tubuh badan Imam Mahdi (as), Perkara yang kita boleh ambil
daripada paksi ini berhubung dengan penyelidikan kami adalah untuk menyatakan sifat-sifat
yang bercanggah dalam riwayat-riwayat, ini bukan satu kesilapan dan
penyelewengan jika kita tahu bahawa riwayat-riwayat itu salinannya ditulis pada
tingkatan pertama di sisi Syiah, Isi kandungan seperti ini telah diulang pada
banyak riwayat yang menarik .
Adalah memadai bagi mereka yang tidak berminat
dengan kitab-kitab dan sumber-sumber supaya membuka lembaran baru Ensiklopedia Imam Mahdi (as) oleh Al-Syed
Al-Syahid Muhammad Shadiq Al-Sadr, (rahimahu Allah) untuk melihatnya, beliau
telah membawakan dalam menunjukkan kajian beliau dalam kitabnya sifat-sifat formal
dan fizikal (Al-Shifat Al-Syakliyah Wal-Jismiyah) hal 357 J 3. Terdapat sangat
banyak riwayat-riwayat, dan ia dibahagikan kepada dua bahagian:.
-
Bahagian I: Riwayat-riwayat
mengenai Usia
Mungkin catatan riwayat-riwayat yang menyentuh
untuk menggambarkan usia Imam Mahdi (as) ketika kezuhuran juga boleh dibahagi
tiga kategori, kategori yang menyentuh panjang usia yang melibatkan riwayat-riwayat
yang terbukti khas bagi Imam (as), dan riwayat-riwayat ini mungkin dinilai melibatkan
riwayat-riwayat mutasyabihat (samar), dan untuk memastikannya memerlukan
penelitian khas dan merujukkan kepada Al-Maksum lebih baik daripada membuat
keputusan mengenainya, adapun riwayat-riwayat yang lain yang kukuh sanadnya dan
sah dalam memahaminya, Insya Allah, akan dibahagikan kepada dua bahagian: -
Kategori pertama: riwayat-riwayat yang menghadkan umur hampir empat puluh tahun:
عن الرضا
(ع): ( ... علامته ( يعني القائم ) ان يكون شيخ السن شاب المنظر، حتى ان الناظر
اليه ليحسبه ابن اربعين سنة او دونها، وان علامته لا يهرم بمرور الايام والليالي
حتى يأتيه الاجل )
Dari Al-Redha (as):
(...tanda-tandanya (Al-Qaim) ia adalah sebagai seorang lelaki tua yang muda
pada pandangan, sehingga sesiapa yang melihatnya akan mengira ia berumur empat
puluh tahun, atau kurang daripadanya, dan tanda-tandanya tidak menjadi tua dengan
berlalunya hari-hari siang dan malam sehingga sampai ajalnya) [31]
عن رسول الله
(ص) :ـ ((المهدي من ولدي ابن اربعين سنة ...))
Dari Rasul Allah (S):
((Al-Mahdi dari anakku berumur empat puluh tahun ...)) [32]
Dari Abi Ja’far (as): ((bukankah pemilik urusan
ini diperkenankan berumur empat puluh ...) [33]
عن الحسن
المجتبى (ع) : ( التاسع من ولد أخي الحسين إبن سيدة الإماء، يطيل الله عمره في
غيبته ثم يظهره الله بقدرته في صورة شاب دون الأربعين سنة ... ). [34]
Dari Al-Hasan Al-Mujtaba
(as): (Yang kesembilan dari anak kepada saudaraku Al-Husein, anak seorang hamba
perempuan, Allah memanjangkan umurnya semasa keghaibannya dan kemudian Allah
menzuhurkannya sebagai seorang pemuda berumur kurang dari empat puluh tahun...).
[34]
Semua riwayat-riwayat ini memberikan nilai terhad
usia Imam Mahdi (as) ketika kezuhuran iaitu yang hampir dengan empat puluh
tahun, seperti yang dijelaskan dari kata-kata Al-Redha (as): (sehingga
sesiapa yang melihatnya akan mengira ia berumur empat puluh tahun, atau kurang
daripadanya) digambarkan di sini (berumur empat puluh tahun, atau
kurang daripadanya) Kurang dari setengah dekad, iaitu sekurang-kurangnya berumur
35 tahun, kerana dalam keadaan ini tidak boleh digambarkan sebagai seorang yang
berumur empat puluh atau kurang daripadanya, tetapi di antara tiga puluh dan
empat puluh tahun, walaupun telah diturunkan angkanya iaitu di bawah tiga puluh
lima adalah lebih sesuai digambarkan sebagai berumur tiga puluh atau lebih
sedikit. Iaitu ia membawa kita kepada menganggap bahawa yang dimaksudkan pada
tempoh umur kezuhuran Imam (as) mendekati empat puluh tahun, Sekiranya ia
kurang daripada itu, ia akan sukar dipercayai dan disifatkan antara tiga puluh
dan empat puluh, suatu jarak yang sangat kecil supaya ia boleh memikirkannya semasa
kezuhuran Imam, dan menganggapnya sebagai sampingan yang dapat digunakan dalam mengenal
Imam seorang yang berumur empat puluh sahaja, tetapi jika ia kurang daripada
itu, ia tidak memeranjatkan melainkan hanya kekeliruan orang-orang yang melihatnya
jika tidak ia menunjukkan suatu tempoh umur tertentu, dan ini membuatkan
kata-kata untuk tanda-tabda itu adalah apa yang berlaku dikemukakan sebaliknya,
Jika difikirkan pada tanda-tanda itu tidak ada manfaat sama sekali?! .
Kategori kedua: riwayat-riwayat
yang menentukan umurnya tiga puluh tahun atau lebih;
Dari apa yang ditulis oleh Al-Syed Al-Syahid
Muhammad Shadiq Al-Sadr juga dalam Ensiklopedia (Al-Mausu3ah) J 3 hal 359:
Ali bin Abi Talib (as) dalam hadits mengenai Al-Mahdi
(as) katanya:
(يبعث وهو ما
بين الثلاثين الى الاربعين)
(akan diutus seseorang
yang berumur antara tiga puluh ke empat puluh tahun)
Dari Abi Abdillah (as)
(لو قد قام
القائم لأنكره الناس،لأنه يرجع إليهم شابا موفقا)
(jika telah bangkit
Al-Qaim, ia akan ditolak oleh manusia, kerana pada mereka dia seorang yang lelaki
muda)
Dan dia (as) berkata: (Bahawa termasuk musibah
yang paling besar adalah keluarnya kepada mereka pemilik mereka seorang pemuda
yang mereka anggap dia seorang lelaki tua)
Dari Abi Abdullah Ja’far bin Muhammad (as)
(ويظهر في
صورة شاب موفق ابن اثني وثلاثين سنة حتى يرجع عنه طائفة من الناس)
(dan muncul sebagai
seorang pemuda yang berjaya berumur tiga puluh dua tahun sehingga berundur daripadanya sekumpulan manusia)
---------------------------------
[31] Bihar Al-Anwar: J 52 hal 285.
[32] Mausu3ah Al-Syed Al-Sadr J 3 hal 359
[33] Sama seperti sumber sebelumnya
[34] Sama seperti sumber sebelumnya
Dalam kategori ini dari riwayat-riwayat
terdapat dua sifat yang berbeza dengan kategori pertama:
Sifat Pertama: Riwayat-riwayat
yang disifatkan pada kategori kedua dengan dihadkan tempoh umur yang disifatkan
kepada Imam Mahdi (as) semasa kezuhuran berbeza sekali daripada tempoh itu, Ia
merupakan pada tiga puluhan dengan tambahan ke pertengahan dekad, walaupun kita
bawakan alasan (perdebatan) dan memberikan riwayat-riwayat kedua-dua kategori yang
satu pengertian satu atau satu pengesahan untuk memungkinkan keadaan
riwayat-riwayat yang mensifatkan Imam (as) antara tiga puluh dan empat puluh tahun
dan mustahil di sisi lain, disesuaikan riwayat-riwayat yang digambarkan dengan
tiga puluh atau tiga puluh dua tahun dengan yang digambarkan sebagai seorang
yang berumur empat puluh tahun. Ia pada satu peribadi adalah mustahil, Maka
seorang yang berumur empat puluh mudah dibezakan dengan orang yang berumur tiga
puluh kerana jarak usia yang besar antara mereka, iaitu tidak mungkin sama
sekali diberikan kedua-dua sifat itu pada satu orang. Oleh itu, kategori ini
merujuk kepada Mahdi Pertama (as) dan bukan Imam Mahdi (as) sebagai gabungan
semasa kezuhuran, kerana ia zahir membuat persediaan sebelum bapanya Imam Mahdi
(as) dan ianya selaras pada kenyataannya bagi umur ketika zahirnya Al-Syed Ahmad
Al-Hasan (as) pada awal seruan dakwahnya dan berlangsung lama atas seruan
dakwah Al-Yamani (as) seperti dalam riwayat-riwayat (Sila
lihat Perbincangan Al-Yamani hujjah Allah), maka tidak menghairankan bahawa
gambaran kezuhurannya memanjang yang bermula dari umur tiga puluh dan sehingga
pertengahan dekad itu, dan mungkin juga empat puluh sejajar dengan peringkat kezuhuran
yang bermula dengan seruan dakwah secara rahsia dan kemudian terbuka, kemudiannya
mengisytiharkan (mengajak) Perdebatan dengan ulama, kemudian turun menemui
masyarakat dan akhirnya menghunus pedang. dan yang berikutnya banyak peringkat penyelesaian,
peringkat ini memerlukan kerja selama bertahun-tahun, ia adalah satu revolusi
yang besar, revolusi sebelum berhadapan dengan penzalim penindas, ia adalah
revolusi terhadap diri dan Al-Ana (keakuan). Jadi, ia mengambil masa bertahun-tahun
untuk dipersiapkan ..
Sifat Kedua: riwayat-riwayat
yang disifatkan pada kategori kedua dengan sifat yang lain tidak membincangkan perkara dalam riwayat-riwayat kategori
pertama yang menggambarkan ia akan ditolak oleh manusia, kerana pada mereka dia
orang muda yang berjaya dan mereka menafikannya kerana itu, mereka mengira dia
seorang lelaki tua ke tahap di mana Imam Al-Shadiq (as) menerangkan keadaan ini
(musibah yang paling besar.)
Persoalannya ialah: Adakah orang-orang Syi'ah
tidak percaya bahawa Imam (as) jika dia zuhur akan kelihatan muda?
Sesungguhnya, asal-usul akidah Syiah bahawa Imam Mahdi (as) masih hidup sejak keghaiban
beliau, dan dia tidak menjadi tua dan tidak akan mati sehingga Allah menzahirkan
perintahNya, dan inilah yang ditulis oleh para penyelidik, cendekiawan agama dan
ulama ummah, dan sebulat suara menyeetujuinya, tidak kira bangsa, negara atau
penduduknya, kecuali golongan sunnah, Bagi orang-orang yang menyimpang dengan
konsep Syiah ini, mereka telah menyimpang dari Al-Tasyaiyu’ (Syiah) dan tidak
boleh dianggap di kalangan Syiah, mereka berada dalam masalah yang tidak
berasaskan sumber untuk memahami riwayat ini untuk diterapkan di lapangan, jika
perkara-perkara mutad ini mereka mendakwanya akan menjadi golongan ke atas apa
yang mereka sifatkan.dan golongan ini wajib beriman dengan Imam
Mahdi (as) dan keghaibannya serta menantikan kezuhurannya, iaitu yang mempercayainya
adalah golongan Syiah, dan apabila terlaksana kezuhurannya, mereka berpaling
dari menolongnya kerana mereka tidak berjaya untuk mengenalinya pada asalnya,
dan alasannya sebagaimana yang digambarkan dalam riwayat mereka menjangkakan ia
adalah urusan orang tua lalu mereka mengingkarinya. ..
Oleh sebab itu, sebab kemurtadan ini jelas,
karena manusia tidak menjangkakan hakikat kedatangan imam sebagai orang muda
ketika kezuhurannya, karena itu telah ditetapkan dalam akidah Syiah, mengapa
pula berlakunya kemurtadan ini.
Ini tidak akan berlaku jika kita mengambil
kira seruan dakwah Al-Yamani, yang mewakili Al-Imam (as), yang merupakan duta
Imam (as) kepada manusia. Dia adalah orang yang menyeru manusia kepada Imam
Mahdi (as). Maka manusia mengingkarinya dan tidak menerimanya kerana mereka
membayangkan urusan ini akan ditangani oleh seorang tua. Al-Syeikh ini yang
dimaksudkan dalam riwayat itu adalah tempat rujuk agama (Al-Marji3 Al-Dini), mereka
adalah para syeikh tua umurnya dan orang tua biasanya tidak menerima panduan melainkan
dari mereka sahaja dan tidak taat melainkan arahan mereka adalah timbalan Imam
Mahdi (as) (seperti yang mereka dakwakan), ia tidak akan dijadi dalil bagi Imam
Mahdi (as) selain mereka, jika datang seorang pemuda menyeru manusia kepada
Imam Mahdi (as) apakah mereka menolaknya pada masa itu kerana kepimpinan membuta
tuli kepada ulama, dan dengan itu riwayat ini tercapai (benar) dan diterapkan kesemua
tempat dan banyak riwayat-riwayat yang mengesahkan bahawa Imam Mahdi (as) menghubungi
ummah pada permulaan penampilan kezuhurannya melalui satu peribadi ..
Dari Abi Abdillah (as):
( إن لصاحب
هذا الأمر غيبتين أحداهما تطول، حتى يقول بعضهم مات ويقول بعضهم ذهب، حتى لا يبقى
على أمره من أصحابه إلا نفر يسير، ولا يطلع على موضعه أحد من ولده ولا غيره إلا
المولى الذي يلي أمره )
(Pemilik Urusan ini, (Shohib
Al-Amr) akan mempunyai dua keghaiban, salah satu darinya akan panjang (lama),
sehingga sebahagian mereka akan mengatakan dia telah mati, dan sebahagian pula
akan mengatakan dia telah pergi. Sehingga tiada satu pun yang tinggal daripada
sahabat-sahabatnya melainkan beberapa orang. Dan tiada seorang pun yang
mengetahui urusannya hatta anak-anak dari keturunannya atau orang lain,
melainkan maula yang akan menggantikannya.) [35]
Dari Imam Abi Ja’far (as):
(يكون لصاحب
هذا الأمر غيبة في بعض الشعاب ثم أومأ بيده إلى ناحية ذي طوى حتى إذا كان قبل
خروجه بليلتين إنتهى المولى الذي يكون بين يديه يلقى بعض أصحابه فيقول: كم انتم
هاهنا؟ فيقولون: نحو من أربعين رجلاً، فيقول كيف انتم لو قد رأيتم صاحبكم؟ فيقولون:
والله لو يأوي بنا الجبال لآويناها .....)
(Pemilik Urusan ini akan
mengalami keghaiban pada sebahagian laluan tersebut” dan dia menunjuk dengan
tangannya ke arah Zhi Thawa. “Sehingga sebelum kemunculannya, Maula yang ada
bersamanya akan tampil lalu dia menemui sebahagian sahabat-sahabatnya dan
bertanya: ‘Berapa ramai kamu di sana?’ Mereka menjawab: ‘Kami empat puluh
orang.’ Kemudian dia bertanya: ‘Apa yang akan kamu lakukan jika kamu melihat
Shahib kamu (Shahib bagi Urusan ini)’. Mereka menjawab: ‘Demi Allah, jika dia
pergi dari sini dan berlindung di mana-mana gunung, kami juga akan berada
bersamanya....’)[36]
Dan dari Abi Ja’far (as):
(وليس في
الرايات راية أهدى من راية اليماني، هي راية هدى، لأنه يدعو إلى صاحبكم، فإذا خرج
اليماني حَرُم بيع السلاح على الناس وكل مسلم، وإذا خرج اليماني فانهض إليه، فإن
رايته راية هدى، ولا يحل لمسلم أن يلتوي عليه، فمن فعل ذلك فهو من أهل النار، لأنه
يدعو إلى الحق والى صراط مستقيم ...)
“Tiada panji-panji sebagai
panji petunjuk selain daripada panji Al-Yamani, panjinya adalah panji
petunjuk (hidayah), kerana dia mengajak kepada pemilik kamu (Imam Al Mahdi
(as). apabila keluar Al-Yamani, maka diharamkan penjualan senjata ke atas orang
ramai dan setiap muslim. Dan apabila keluar Al-Yamani, maka pergilah
kepadanya kerana panjinya adalah panji petunjuk. Dan diharamkan bagi muslim
untuk berpaling daripadanya, dan barangsiapa yang berbuat demikian adalah dari
kalangan ahli neraka kerana dia mengajak kepada kebenaran dan jalan yang
lurus..”) [37]
Dari riwayat-riwayat ini kita sampai kepada
kesimpulan bahawa kategori kedua tidak dimaksudkan kepada Imam Mahdi (as),
tetapi dimaksudkan, yang menunjukkan Imam (as), dan apabila ia berada dalam
urusan orang muda, maka ia akan menjadi musibah yang diucapkan oleh Imam Al-Shadiq
(as) dan tidak seorang pun percaya kepadanya, mereka mengharapkan urusan itu
ada pada salah seorang syeikh yang sedang duduk di dalam Hauzah (pusat-pusat
pengajian), bukan pada seorang lelaki asalnya yang tidak aktif!!!.
------------------------------------
[35] Bihar Al-Anwar: J 52 hal 152.
[36] Bihar Al-Anwar: J 52 hal 342..
[37] Ghaibah
Al-Nu3mani hal
264.
Bahagian II: riwayat-riwayat
sifat-sifat Jasmani Imam (as)
1. Warna kulit
Ada banyak riwayat-riwayat yang saling
berkaitan antara satu sama lain dan ada yang bercanggah pada sebahagian
sifat-sifat, sebagai contoh, disebutkan sebahagian percanggahan yang tidak
boleh diabaikan:
Dari Rasulullah (S):
(Al-Mahdi, adalah
seorang lelaki dari anak keturunanku, wajahnya bak bintang berkilau, warna (kulitnya)
warna orang Arab. dari (bentuk) badanmya seperti Bani Israel) [38]
Dari Nabi (S) bersabda:
(انه رجل من
ولدي، كأنه من رجال بني إسرائيل، يخرج عن جهد من أمتي وبلاء، عربي اللون، ابن
أربعين سنة، كأنه وجه كوكب دري، يملأ الأرض عدلاً كما مُلئت ظلماً وجوراً، يملك .....
)
Dia adalah seorang
lelaki dari anak keturunanku, ia seperti lelaki Bani Israel, dia akan keluar
berjihad bersama umatku dan bencana itu, warna kulitnya seperti orang Arab, dia
berusia empat puluh tahun, wajahnya seakan-akan bintang bercahaya seperti
mutiara, yang akan memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi
dengan kezaliman dan penindasan, dia memerintah. ...) [39]
Warna yang dimaksudkan di sini adalah coklat
(sawo matang) seperti yang dijelaskan Al-Syed Al-Sadr dalam Al-Mausu3ah J 3 hal
265, dan sebahagiam riwayat menerangkan secara jelas di mana Imam Al-Shadiq
(as) menyifatkan Al-Qaim dengan mengatakan: (berkulit coklat, dengan kecoklatannya
yang kekuningan kerana berjaga malam) [40]
Sementara di sisi yang lain ada riwayat-riwayat:
Dari Amirul Mukminin (as): (Akan keluar seorang
lelaki dari anak keturunanku pada akhir zaman berkulit putih kemerahan
mempunyai perut yang luas (besar), paha yang
lebar ....) [41]
Dalam satu khabar lain disifatkan oleh Imam Al-Shadiq
(as) katanya: (dahinys jelas, wajahnya putih, matanya bercahaya, tapak tangannya
terasa tebal, lututnya melengkung) [42]
riwayat-riwayat ini dan riwayat-riwayat lain menjelaskan
bahawa ia berkulit putih bukannya coklat.
-----------------------------
[38] Bihar Al-Anwar J 51 hal 65
[39] Al-Malahim Ws Al-Fitan oleh Ibn Al-Thawus
hal 141.
[40] Ilzam Wa Al- Nashib: J 1 hal 420.
[41] I3lam Al-Wari, hal 465.
[42] Ilzam Wa Al- Nashib: J 1 hal 420
2. Kedua-dua paha
Dari Amirul Mukminin (as): (Ia adalah seorang
lelaki berdahi bersih (jelas), hidungnya mancung, perutnya besar, kedua pahanya
kecil, paha kanannya tahi lalat) [43], dan erti kedua pahanya
kecil dan adalah kurang besar dikeluarkan paha yang bercanggah dengan hadits
sebelumnya, yang ia menerangkan sebagai paha lebar.
3. Kening
Ali bin Ibrahim Mahziyar dalam menyifat
Al-Mahdi (as), berkata (...... sampai dahi, kedua keningnya halus memanjang
(lebar) ke pangkal hidung, pipinya rata .....) [44]
Dua keningnya halus (kening yang halus melebar))
Lebat yang tak sama ((iaitu, keningnya cukup lebar tetapi tidak bersambung))
Bagi riwayat-riwayat yang bertentangan dengannya,
mengatakan Dua kening yang tinggi:
Dari Abi Jaafar Al-Baqir (as): (... yangcenderung
kemerahan kedua matanya yang cengkung, kening tinggi, bahunya luas (dada
bidang), kepalanya berkelemumur, dan mukanya ada bekas tanda, ada pertalian
dengan Musa) [45]
Al-Syed Al-Sadr berkata pada kedua-dua riwayat
ini dan membincangkan percanggahan yang terbit pada sifat kedua-dua kening dalam
Al-Mausu3ah J 3 hal 366 apabila beliau berkata: Maksud (kedua keningnya halus
memanjang (lebar)) dikatakan halus keningnya lebat dan lebar. manakala sifat
lain (tinggi kedua keningnya), yang bermaksud bahawa keningnya lebar dan jarak
yang membawa percanggahan..
4. Ciri-ciri mata
Lihat sifat-sifatnya (as) bahawa matanya besar,
dan dalam riwayat-riwayat pada sifat No. 3 (kening) matanya cengkung, yang bermakna
bahawa ia tidak besar.
5 Tanda pada muka
Rasulullah (S) bersabda: (....Wajahnya bagai
bintang berkilau, di pipi kanannya terdapat tahi lalat hitam, ia mengenakan dua
helai kain katun (Quthwanatan). ....) [46], bahawa tanda
mukanya di pipi- kanannya, terdapat tahi lalat hitam pada sifat No. 3 (kening)
mukanya ada bekas tanda, dan ini jelas berbeza ((....dan mukanya ada bekas
tanda, ada pertalian dengan Musa)).
---------------------------------
[43] Bihar Al-Anwar: J 51 hal 131..
[44] Al-Kharaij Wa Al-Jaraih J 2 hal 787
[45] Ghaibah Al-Nu3mani
hal 215.
[46] Bihar Al-Anwar: J 15 hal 96.
Hasil Paksi Kedua
Percanggahan yang jelas dalam menggambarkan
Imam (as) sewaktu kezuhuran pada umur dan perihal sifat-sifat jasmaninya todak
diragukan lagi bahawa terdapat dua orang seperti yang dimaksudkan oleh riwayat-riwayat
tersebut, ianya tidak boleh dikaitkan kepada hanya kepada seorang lelaki dan kedua-duanya
telah disifatkan dalam semua riwayat-riwayat pada Al-Qaim atau Al-Mahdi atau Al-Imam
dan ini menyaksikan bahawa orang yang dimaksudkan dalam riwayat-riwayat ini
adalah Qaim Keluarga Muhammad juga, yang juga adalah Al-Mahdi dan juga seorang
imam dalam urusan ini seperti yang saya katakan sebelum ini, dan ia adalah
rahsia-rahsia dan simbolik yang diperlukan untuk menyelamatkan perlaksanaan
kexuhuran...
Terdapat satu perkara yang penting yang saya ingin
merujuknya dalam riwayat-riwayat sifat-sifat ini yang jika diambil riwayat yang
di dalamnya ada sifat bertentangan bagi jenis sifat yang sama seperti warna,
sebagai contoh, maka yang lain daripada sifat-sifat yang disebut dalam riwayat-riwayat
ini menghadkan sifat-sifat daripada dua peribadi tersebut, dan mengumpulkan riwayat-riwayat
lain yang mengandungi sifat-sifat tentang warna (kulit) untuk menjadikan riwayat-riwayat
tersebut riwayat-riwayat yang dianggap sebagai sifat tertentu dalam riwayat-riwayat
lain dan ini menjadikan semua riwayat yang khusus itu dengan sifat-sifat yang telah
dikumpulkan dalam dua kumpulan dan sifat-sifat yang terkandung dalam salah satu
daripada dua kumpulan riwayat-riwayat dan ia adalah sifat-sifat khusus untuk
orang yang berbeza bahkan juga bercanggah dengan sifat-sifat orang yang
dimaksudkan dalam kumpulan yang lain dengan penglibatan mereka dengan beberapa
sifat, seperti ketinggian orang Israel, dan penyakit kelumumur dan lain-lain.
Jika terdapat keadaan yang bercanggah kami
akan menunjukkan sifat-sifat dalam kumpulan yang satu, sebagai contoh sifat-sifat
yang diberikan kepada Mahdi Pertama (as) dan disifatkan dengan tepat bahawa kulitnya
coklat, seorang yang tinggi dan menerangkan ciri-ciri mukanya, kurus paha, iaitu
dia tidak besar badannya tetapi terdapat satu sifat lain yang disebut oleh
salah sebuah riwayat yang dia mempunyai perut yang besar pada hal ia antara
sifat yang tidak setimpal diandaikan dengan sifat tubuh badan Mahdi Pertama (as)
dan keadaan ini mungkin disebabkan oleh dua perkara: -
Pertama adalah
beban pada simbol (perlambangn) untuk menghapuskan percanggahan secara zahir yang
mengharuskan kita tergantung pada pada riwayat-riwayat ini.
Kedua: Perbezaan
dalam sifat-sifat yang dalam kumpulan yang sama jika ia berlaku, ia boleh
kembali kepada penyampai, mereka memindahkan riwayat-riwayat dari para Imam
(as) dan dicatatkan atau disalin dalam pelbagai peringkat masa, jika terlalu
banyak riwayat-riwayat tentang sifat-sifat dan para perawi tidak menyedari
bahawa terdapat dua orang yang dimaksudkan dengan gelaran Al-Mahdi pada riwayat-riwayat
itu maka kelalaian dan kesilapan mungkin akan berlaku kerana sifat yang
terkandung dalam riwayat-riwayat itu adalah sama.
Maksudnya ia tidak memerlukan penelitian, jika
berlaku tambahan salah satu sifat bagi riwayat ini kepada kepada sifat-sifat
pada riwayat lain ia adalah khusus dimiliki oleh imam yang sama tidak berlaku pelanggaran
atau penyelewengan dari sudut pandangan perawi, Wa Allahu A3lam.
Kesimpulan terakhir ialah percanggahan dalam sifat-sifat
setiap kumpulan adalah sangat kecil sehingga ia tidak mengubah konsep umum yang
kukuh dan jelas, iaitu, bahawa sifat-sifat itu dibahagikan kepada sifat-sifat
dua orang lelaki dan bukannya seorang lelaki. Oleh itu, paksi kedua membuktikan
perlunya simbol (perlambangn) dalam merujuk kepada persediaan (kezuhuran).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan