Isnin, 6 November 2017

Bab I: Paksi Pertama: Nama Dan Gelaran.


Binatang Bumi dan Yang Muncul Di Timur

Bab I: Paksi Pertama: Nama Dan Gelaran.


Terdapat banyak riwayat-riwayat menyebut nama Imam Mahdi (as) dan ini sebahagian daripadanya:

عَنْ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ (ع) قَالَ: ( صَاحِبُ هَذَا الْأَمْرِ لَا يُسَمِّيهِ بِاسْمِهِ إِلَّا كَافِرٌ )


Dari Abi Abdillah (as) berkata: (Tidaklah yang memberitahu nama Pemilik urusan ini, dengan namanya melainkan ia kafir) [5]


Daud bin Qasim al-Jaafari berkata: Aku mendengar Abu Al-Hasan Al-Askari (as) berkata:

(الْخَلَفُ مِنْ بَعْدِي الْحَسَنُ فَكَيْفَ لَكُمْ بِالْخَلَفِ مِنْ بَعْدِ الْخَلَفِ. قُلْتُ، وَلِمَ جَعَلَنِيَ اللَّهُ فِدَاكَ قَالَ: لِأَنَّكُمْ لَا تَرَوْنَ شَخْصَهُ وَ لَا يَحِلُّ لَكُمْ ذِكْرُهُ بِاسْمِهِ. قُلْتُ كَيْفَ نَذْكُرُهُ؟ قَالَ: قُولُوا الْحُجَّةُ مِنْ آلِ مُحَمَّدٍ).

(Pengganti selepasku adalah Al-Hassan, bagaimana kamu dengan pengganti selepas pengganti. Aku berkata, Bagi apa yang dijadikan Allah sebagai tebusanmu. Beliau berkata: Oleh kerana kamu tidak melihat peribadi itu dan tidak dihalalkan kamu menyebut namanya. Aku katakan: Bagaimana kami menyebutnya?: Beliau berkata: Katakanlah Al-Hujjah dari Aali Muhammad. [6]

Dan dari Ali bin Muhammad dari Abu Abdillah Al-Shalihi berkata,

Aku bertanya Pemilik kami selepas Abi Muhammad (as) Bahawa aku bertanya tentang nama dan tempatnya, Maka keluarlah jawapan: (jika ditunjukkan nama mereka akan menyebarkannya, dan jika mereka tahu tempat mereka akan menunjuknya). [7]

Daru Abdullah bin Ja’far Al-Humairi, dari Muhammad bin ‘Utsman Al-‘Umri, dalam satu percakapan sedungguhnys beliau berkata kepadanya: Engkau melihat Pengganti? Dia menjawab: Ya demi Allah. Hingga dia berkata: Aku bertanya, Apa namanya? Beliau berkata: diharamkan kepada kamu untuk bertanya mengenainya, Aku sendiri tidak mengatakannya, ia tidak dihalal atau diharamkan kepadaku tetapi hanya mengenainya (as) maka jika urusan kekuasaan Aba Muhammad berlalu, ia tidak digantikan anaknya, Hingga dia berkata, dan jika dinyatakan nama akan ada yang menuntut. Bertaqwalah kepada Allah dan berpegang kepada hal itu). [8]

Diriwayatkan daripada Al-Shadeq (as) bahawa ketika dikatakan kepadanya: Siapa Al-Mahdi dari anakmu yang mana? Dia berkata: (yang kelima dari anak ketujuh, dihilangkan orangnya dari kamu dan kamu tidak boleh menamakannya) [9]

Dari Al-Mudzafar bin Ja’far Al-‘Uluwi dari Ja’far bin Muhammad bin Mas’ud dan Haidar bin Muhammad dari Muhammad bin Mas’ud, dari Adam bin Mohammad Al-Balkhi, dari Ali Bin Al-Hussein Al-Daqqaq dan Ibrahim bin Muhammad, katanya: kami mendengar Ali bin ‘Ashim Al-Kufi berkata, keluar pada perakuan Shohib Al-Zaman (as): (Terkutuklah Terkutuklah orang yang memanggilku dalam perhimpunan manusia)) [10]

Dan dari Muhammad bin Ahmad Al Sinani, dari Muhammad bin Abi Abdillah dari Sahl bin Ziyad, dari Abdul ‘Azim Al-Hasani, dari Muhammad bin Ali bin Musa (as) dalam menyebut Al- Qaim (as), beliau berkata: (Tersembunyi kepada manusia kelahirannya, dan dihilangkan dari mereka peribadinya, Dan dilarang atas mereka memanggil namanya, ia adalah nama Rasulullah (S) dan nama panggilan baginda ... A;-Hadits) [11]

----------------------------
[5] Kamal Al-Din Wa Tamam Al-Ni3mah: hal 648.
[6] Al-Kafi: J 1 hal 328 h 12
[7] Al-Kafi: J 1 hal 328 h 2
[8] Al-Kafi: J 1 hal 328 h 1
[9] Wasail Al-Syi'ah J 16 hal 242.
[10] Wasail Al-Syi'ah J 16 hal 243.
[11] Wasail Al-Syi'ah J 16 hal 243.


Riwayat-riwayat tersebut mengharamkan dan melarang dengan jelas dari menamakan Imam Mahdi (as), namun terdapat banyak riwayat-riwayat dan doa-doa yang lain yang menyebut nama Imam Mahdi Muhammad bin Al-Hassan (as) pada banyak tempat, dan cukuplah disebutkan menyebut namanya dalam Wasiat Rasulullah (S) .

Daripada Abi Abdillah (as), daripada bapa-bapanya, daripada Amirul Mukminin Ali (as),

قال رسول الله (ص). في الليلة التي كانت فيها وفاته لعلي (ع): (يا أبا الحسن أحضر صحيفة ودواة، فأملى رسول الله (ص) وصيته حتى انتهى إلى هذا الموضع ،فقال: يا علي إنه سيكون من بعدي إثنا عشر إماما ومن بعدهم إثنا عشر مهديا فأنت يا علي أول الإثني عشر إمام،  وساق الحديث إلى أن قال: وليسلمها الحسن إلى أبنه محمد المستحفظ من آل محمد (ص) ....)

Telah berkata: Rasulullah (S) telah bersabda kepada Ali di malam sebelum kewafatannya; (Wahai Aba Al-Hassan bawakan lembaran tulis dan dakwat, maka Rasulullah (S) memenuhi wasiatnya sehinggalah ia sampai ke butiran berikut, dan bersabda; Wahai Ali sesungguhnya akan ada selepasku duabelas orang Imam dan selepas mereka duabelas orang Mahdi. Engkau wahai Ali adalah yang pertama dari duabelas imam tersebut. Dan hadis tersebut berterusan sehingga sampai kepada sabda, dan hendaklah Al-Hassan menyerahkan kepada anaknya Muhammad Al Mustahfiz dari Aali Muhammad (S)....) [12]

Disebut nama Imam Mahdi, (as) dalam beberapa doa-doa dan ziarah-ziarah, dalam kitab Mafatih Al-Jinan hal 795. Apa yang dibuat oleh Al-3alamah Al-Majlisi (rahimahu Allah), (doa) kelapan dari himpunan (doa) ziarah-ziarah dalam kitabnya (Tuhfah Al-Zair), katanya ziarah ini telah diriwayatkan oleh Al-Syed Ibn Al-Thusi semasa doa ‘Arafah, dari Al-Shadiq (Shalawatu Allah 3alaihi) dan ziarah mereka semua terutamanya di Arafah, berikut adalah (doa) ziarahnya:

((السلام عليك يا رسول الله، السلام عليك يا نبي الله ... السلام عليك يا مولاي يا أمير المؤمنين، ... السلام عليك يا فاطمة البتول، ... ( ثم يذكر السلام على الأئمة جميعهم حتى يصل إلى .. السلام عليك يا أبا محمد الحسن بن علي، السلام عليك يا مولاي يا أبا القاسم محمد بن الحسن صاحب الزمان صلى الله عليك وعلى عترتك الطاهرين الطيبين ... ).

((Salam atasmu, Wahai Rasulullah! Salam atasmu wahai Nabi Allah ... Salam atasmu, Ya Maulai, ya Amir Al-Mukminin, ... Salam atasmu, wahai Fatimah Al-Batul. .. (kemudian itu menyebut mengucapkan salam kepada semua imam sehingga ia sampai pada .. Salam atasmu, Wahai Aba Muhammad Al-Hassan bin Ali, Salam atasmu, Ya Maulai, ya Aba Al-Qasim Muhammad bin Al-Hassan, Shohib AL-Zaman, Selawat Allah atasmu dan atas ‘Itrah yang disucikan lagi yang terbaik ...).

Al-Syeikh Majid Al-Zubaidi telah menyebut dalam Kitab::. 500 Soal Jawab Haula Al-Mahdi (as), hal 14, dalam jawapan yang ditunjukkan kepada soalan mengenai nama-nama, ungkapan-ungkapannya dan gelarannya (as) beliau berkata: ((nama-nama dan ungkapannya (as) ada banyak, ia telah disebut oleh Al-Syeikh Al-Marhum Tsiqah Al-Islam Al-Nuri (rahimahu Allah) dalam Al-Najm Al-Tsaqib sebanyak seratus delapan puluh dua nama-nama baginya (as) dan disebut sebahagian daripadanya: Baqiah Allah, Al-Hujjah, Al-Khalaf, Al-Khalaf Al-Shalih, Al-Syarid, Al-Gharim, Al-Qaim, M H M D (م ح م د), Al-Mahdi, Al-Muntadzar, Maa’ Al-3ain, ...... .)).


Dan dari Al-Fadhil, dari Abi Abdillah (as): (...karena sesungguhnya yang menriwayat-riwayatkan dan menunjukkannya kepada kami dan menasabkan, memanggil dan menggelarkan kami dan memberi nama kepada kami adalah oleh datuknya Rasulullah (S) dan nama panggilannya, supaya orang-orang mengatakan apa yang kami kenalkan bagi namanya dan bukan nama gelarannya dan bukan nama nasabnya:, Dan Allah membenarkan penjelasannya pada namanya dan nama gelarannya dengan lidah-lidah mereka sehingga sebahagian mereka atas sebahagian yang lain memanggilnya yang semuanya itu untuk memperbesarkan Al-Hujjah kepada mereka dan kemudian Allah memenangkannya seperti yang dijanjikan oleh datuknya (S)...) [13] -
    
Dan dari Muhammad bin Musa bin Al-Mutawakkil, dari Abdullah bin Ja’far Al-Himyari, dari Muhammad bin Ibrahim Al-Kufi Bahawa Aba Muhammad Al-Hasan bin Ali Al-‘Askari (as) telah menghantar sebahagian (daging) domba betina yang disembelih untuk menamakannya dan berkata: (Ini dari aqiqah anakku Muhammad). [14]

Dan darinya, dari Al-Himyari dari Muhammad bin Ahmad Al-‘Alawi, dari Abi Ghanim Al-Khadim, katanya Anak kepada Abi Muhammad (as) dilahirkan lalu dinamakan Muhammad dan mengizinkan sahabat-sahabatnya pada hari ketiga dan berkata: (Ini adalah Pemilik kamu selepasku dan penggantiku kepada kamu dan dia adalah Al-Qaim.) [15]


Dan dari Muhammad bin Muhammad bin 3ishnam, dari Muhammad bin Ya’kub Al-Kulaini, dari 3allan Al-Razi, dari sebahagian sahabat-sahabat kami, Sesungguhnya apabila hamil jariah Abi Muhammad (as), beliau berkata: (Akan berbadan dua (hamil) seorang anak lelaki dan namanya adalah Muhammad dan dia adalah Al-Qaim selepasku). [16]

Dari Abi Nadhrah, dari Abi Ja’far (as) dari Jabir bin Abdullah dari Fatimah (as) bahawa terdapat bersamanya lembaran dari mutiara di dalamnya terdapat nama-nama para Imam dari anak-anaknya lalu dia membacanya hingga kepada kata: (Abu Al-Qasim Muhammad bin Al-Hasan Hujjah Allah atas penciptaanNya, ibunya jariah yang bernama Narjis.) [17]

Dari Jabir, dari Abi Ja’far (as) dari Jabir bin Abdullah (Sesungguhnya dilihat di hadapan Fatimah (as) papan (Lauh) yang hampir cahayanya menutup mata padanya terdapat dua belas nama, dia berkata, lalu aku bertanya, nama-nama siapakah mereka itu? Baginda menjawab: nama-nama para washi: pertama dari mereka anak bapa saudaraku dan sebelas orang dari anak-anakku dan yang terakhir dari mereka adalah Al-Qaim. Jabir berkata: Aku melihat Muhammad Muhammad Muhammad pada tiga tempat dan Ali, Ali, Ali, Ali, pada empat tempat). [18]

--------------------------------
[12] Ghaibah Al Thusi hal 107
[13] Bihar Al-Anwar: J 53 hal 3.
[14] Wasail Al-Syi'ah J 16 hal 243. H 15.
[15] Wasail Al-Syi'ah J 16 hal 243. H 16.
[16] Wasail Al-Syi'ah J 16 hal 243. H 17.
[17] Wasail Al-Syi'ah J 16 hal 243. H 18.
[18] Wasail Al-Syi'ah J 16 hal 243. Dan diriwayatkan juga di dalam 3uyun Al-Akhbar.



Dari Al-Mufadhdhal bin ‘Umar, dia berkata: Aku masuk bertemu Al-Shadiq (as), lalu aku berkata: Kalaulah diamanahkan kepada kami Pengganti selepas tuan. Beliau berkata: (Imam selepasku anakku Musa dan Pengganti yang diharapkan lagi ditunggu adalah Muhammad bin Al-Hasan bin Ali bin Muhammad bin Ali bin Musa) [19]

Dan diriwayatkan dari Ibn Babawaih, dari Muhammad bin Ibrahim bin Ishaq Al-Thalaqani, dari Abi Ali Muhammad bin Hammam dari Muhammad bin ‘Utsman Al-‘Amri daripada bapanya, dari Abi Muhammad Al-Hasan bin Ali (as) dalam khabar yang diriwayatkan dari bapa-bapanya (as) (bahawa bumi tidak akan kosong tanpa Hujjah bagi Allah terhadap makhluk ciptaanNya dan bahawa sesiapa yang mati dan tidak mengenal Imam Zamannya matinya adalah mati jahiliyah, lalu beliau berkata: ini adalah hak dan haknya terang seperti siang hari, Lalu ada yang bertanya: Wahai anak Rasulullah! Siapakah Al-Hujjah dan Imam selepas engkau? Beliau berkata: Anakku Muhammad adalah imam dan Al-Hujjah selepasku, sesiapa yang mati dan tidak mengenalnya matinya adalah mati jahiliyah)) [20]

Riwayat-riwayat ini dan riwayat-riwayat lain menjelaskan nama Imam Mahdi (as) Muhammad bin Al-Hasan. Ia menimbulkan tanda tanya tentang sebab di sebalik kenyataan itu dilarang di tempat lain. kita katakan bahawa larangan itu dijelaskan adalah untuk melindungi Al-Imam daripada taghut penzalim daripada Bani Al-Abbas dan lain-lain, dan dia adalah terhad kepada tempoh tertentu sehingga apabila cukup masa untuk melupakan tokoh imam atau menghilangkannya dari ingatan,

Dan dengan itu berakhirlah usaha yang dikuatkuasakan oleh taghut penzalim.. kita perlu untuk memperakui penolakan riwayat-riwayat ini menghilangkan larangan (yang disahkan oleh banyak riwayat-riwayat) pada menyatakan nama bagi Imam Mahdi (as),
Dan jika riwayat-riwayat yang membatalkan larangan itu banyak dari riwayat-riwayat yang menjelaskan, apakah makna riwayat-riwayat yang menentukan tempoh larangan sehingga kezuhuran dan tidak membenarkan dijelaskan (nama) semasa tempoh keghaiban. dan dengan itu kita tepu (dipenuhi) dengan pengumuman yang bercanggahan dengan nama di sepanjang tempoh keghaiban yang tiada siapa boleh menafikannya.

Riwayat-riwayat berikut ini menghadkan penjelasan (nama) hanya pada masa kezuhuran sahaja:

Dari Abi Ja’far (as): (Umar Bin Al-Khathab bertanya Amirul Mukminin (as), beliau berkata: Khabarkan padaku mengenai Al-Mahdi apa namanya Ia (as) berkata:

أما إسمه فإن حبيبي عهد إلي أن لا أحدث به حتى يبعثه الله)

Adapun mengenai namanya, kekasihku amanahkan padaku supaya aku tidak menyebutnya sehingga Allah mengutusnya) [21]

Ia bermaksud bahawa Namanya akan muncul dan boleh diucapkan selepas dia diutus, dan tidak dibenarkan sebelum diutus untuk mengumumkan mengenai dirinya.

-------------------------------------
[19] Wasail Al-Syi'ah J 16 hal 246. H 22.
[20] Wasail Al-Syi'ah J 16 hal 246 h 23.
[21] Bihar Al-Anwar: J 51 hal 36.


Daud bin Al-Qasim Al-Ja’fari dari Abi Ja’far (as) dalam satu hadits Al-Khadhir (as), Bahawa beliau berkata: (dan aku bersaksi kepada seorang lelaki dari anak Al-Hassan yang tidak dinamakan dan tidak ada nama gelaran sehingga zahir urusannya, Dia akan memenuhi dengan keadilan sebagaimana (sebelumnya)i ia dipenuhi dengan penindasan, Bahawa dia adalah Al-Qaim dengan urusan Al-Hassan bin Ali (as).) [22]

Dan dari Abi Jafar (as), beliau berkata :(dan aku bersaksi kepada seorang lelaki dari anak Al-Hassan, ia tidak dinamakan dan tidak ada nama gelaran sehingga zahir urusannya, Dia akan memenuhi dengan keadilan sebagaimana (sebelumnya) ia telah dipenuhi dengan penindasan...) [23]

Ini adalah untuk menekankan bahawa ia tidak dinamakan dan tidak ada nama gelaran sehingga zahir urusannya, membawa kita kembali kepada soalan yang sama: Apakah Imam Mahdi (as) sekarang dan sebelum ini tidak dinamakan dan tidak ada nama gelaran?

Tiada jalan keluar dari halangan ini dan tidak ada penentu bagi riwayat-riwayat mutasyabihat (samar) melainkan memperimbangkan yang dimaksudkan dengan Al-Qaim dalam riwayat-riwayat itu ada dua orang, bukan seorang, yang pertama adalah yang dicegah menyatakan namanya dalam tempoh parah yang berbahaya semasa keghaiban kecil, dan mungkin pada permulaan keghaiban besar, kemudian larangan ini dibubarkan secara beransur-ansur atau diberi kelonggaran
:

Dari Ali bin ‘Asim Al-Kufi berkata, keluar untuk perakuan Shohib Al-Zaman (as) ((Terkutuklah. Terkutuklah orang yang memanggilku dalam perhimpunan manusia)) [24] Larangan yang terkandung dalam perakuan yang tidak mutlak, tetapi hanya terhad pada perhimpunan awam seperti yang dijelaskan.

Juga, Al-Syed Mahdi Bihar Al-3ulum, Shahib Al-Karamat Wa Al-Muqamat Fi Al-Fawaid Al-Rijaliyah J 3 hal 136 membawa satu keteranganan pada riwayat Ali bin Muhammad Al-Samari dari Imam Mahdi (as), yang berbunyi seperti berikut ((Aku berkata, Ya tuan, kami telah riwayatkan dari syeikh-syeikh kami bahawa ia adalah riwayat dari Shohib Al-Amr (as) Sesungguhnya beliau berkata apabila berlaku urusan Al-Ghaibah Al-Kubra selsiapa yang melihatku selepas keghaibanku telah berdusta, Jadi bagaimana kamu dapat melihatnya? katanya, Kamu benar, bahawa dia (as), sesungguhnya berkata bahawa pada masa itu ada banyak musuh-musuh Ahl Baitnya dan mereka yang lain dari firaun Bani Al-Abbas, sehingga orang-orang Syiah dicegah antara satu sama lain daripada bercakap dengan menyebutnya. Pada masa ini tempoh masa yang panjang dan musuh-musuh berputus asa dan negara kita jauh dari mereka dan dari penindasan mereka, Dan dengan keberkatannya (as) tiada musuh yang sampai kepada kita)) [25]

Mungkin terdapat hilangnya perakuan-perakuan yang dikeluarkan oleh Imam Mahdi (as) dalam tempoh keghaiban kerana ditarik balik larangan ke atas kebenaran sehingga kini dibenarkan ke tahap terang-terangan ini mutlak sepenuhnya, Jika ada yang mendakwa bahawa ini tidak dibenarkan, umat itu akan dikutuk secara keseluruhan, seperti yang dijelaskan oleh riwayat-riwayat.

Jadi riwayat-riwayat yang digalakkan untuk menjelaskan itu tidak dihadkan tempoh masa yang dikhaskan kepada Imam Mahdi, Muhammad bin Al-Hasan (as), yang merupakan hasil yang dikhaskan kepada tempoh sebelum keghaiban, dan tidak kepada seluruh keghaiban. Ada pun riwayat-riwayat yang selebihnya yang menghalang untuk menjelaskannya sehingga mengumumkan kezuhuran dikhaskan kepada Mahdi pertama (as). yang diawali kezuhurannya adalah kezuhuran bapanya Imam Mahdi (as), dan terdapat tanda-tanda jelas yang diikut oleh Mahdi pertama (as) dengan dua belas imam-imam (as) dan yang disediakan oleh mereka menjadikan supaya dibenarkan memanggil Al-Mahdi, atau Al-Qaim tidak pernah datang dari kosong selamanya, tetapi ia adalah rahsia dari rahsia-masa zaman kezuhuran yang telah tersembunyi selama berabad-abad dari semasa ke semasa sehingga sampai waktunya, walaupun riwayat-riwayatnya dipertimbangkan di kalangan manusia, tetapi tanpa mendapat perhatian oleh sesiapa pun.

Dari Abi Ja’far (as): "Dua belas imam dari keluarga Muhammad (as) semuanya juru bicara dari anak-anak Rasulullah (S) dan dari anak-anak Ali, Rasulullah (S) dan Ali (as) kedua-duanya adalah bapa-bapa mereka ...") [26] Adalah diketahui bahawa imam-imam dari keturunan Ali bin Abi Talib (as) semuanya sebelas orang, siapakah yang ke-12 untuk mencukupkannya?

Amirul Mukminin (as) berkata: (... Sesungguhnya bagi umat ini ada dua belas orang Imam Petunjuk dari keturunan Nabinya, dan mereka dariku ...) [27] Di sini kita ada masalah yang sama, Amirul Mukminin (as) bukan dari zuriat Rasulullah (S), Jadi bagaimanakah Al-Rasul (S) boleh menjanjikan mereka semua seramai dua belas orang?


Dan dari Abi Ja’far (as) Rasulullah (S) bersabda: (Sesungguhnya Aku dan 12 dari anak-anak ku, dan kamu ya Ali adalah penyeimbang (paksi) bumi ini, iaitu pasak-pasak dan gunun-gunungnya, dengan kita Allah memasakkan bumi agar ia tidak musnah bersama penghuninya, jadi jika 12 dari anak-anakku menghilang, bumi ini akan musnah bersama penghuninya dan tidak kelihatan lagi.) [28] di sini, juga, tidak boleh sama sekali dianggap Ali (as) anak dari Rasulullah (S) maka di sini juga tidak termasuk dalam kiraan dua belas orang.

Dan dari Rasulullah (S): (dari anak-anakku ada dua belas orang ketua yang unggul sebagai juru bicara yang memberi petunjuk, yang terakhir dari mereka Al-Qaim, Dia akan memenuhi dengan keadilan sebagaimana (sebelumnya) ia telah dipenuhi penindasan) [29]

Riwayat-riwayat dalam hal ini, terlalu banyak, saya
pendekkan sebahagian darinya untuk meringkaskannya dan supaya ansar-ansar mengambilnya untuk kajian  khusus, Maka sesiapa yang inginkan yang lebih terperinci sila rujuk Kitab saya: Al-Yamani Hujjah Allah, Al-Mahdi Wa Al-Mahdiyin Fi Al-Quran Wa Al-Sunnah).


---------------------------------------
[22] Wasail Al-Syi'ah J 16 hal
238.
[23] Wasail Al-Syi'ah J 16 hal 238.
[24] Wasail Al-Syi'ah J 16 hal 242.
[25] Bihar Al-Anwar: J 52 hal172.
[26] Al-Kafi J 1 hal 532.
[27] Al-Kafi J 1 hal 532.
[28] Al-Kafi J 1 hal 534.
[29] Syarah Ushul Al-Kafi oleh Al-Mazindrani J 7 hal 373.


Hasil Paksi Pertama

Hasil yang kita capai dari paksi ini yang khusus kami teliti adalah untuk menjauhkan dari riwayat-riwayat yang menggalakkan larangan secara muktamad dari menyebut nama Imam sehingga ia zuhur dan di sisi lain untuk menjauhkan dari riwayat-riwayat yang menyebutkan nama dan nama gelarannya dengan jelas dan secara langsung sejak zaman para Imam (as) dan jalan keluar dari konflik ini adalah bahawa Al-Mahdi yang tersembunyi itu adalah Mahdi Pertama yang akan membuka jalan (membuat persediaan) bagi kezuhuran bapanya. dan dia adalah Al-Yamani yang dijanjikan dan hanya penyelesaian ini sahaja yang menghilangkan keraguan dan konflik tersebut ..

Tujuan dari simbolik (perlambangan) ini bagi peribadi ini adalah dia perlu mempersiapkan proses kezuhuran kerana dia memulakannya dengan keseluruhan perlaksanaan dan pesiapan asas dan ini adalah barisan pertama yang dihadapinya dan tugas berat dan terbesar pada memulakan pengisytiharan kezuhuran, bagaimana cara untuk melindunginya tanpa simbol (perlambangan) dalam khabar (hadits) mengenainya, dengan itu Ahl Al-Bait (as) menggunakan simbol (binatang bumi, yang muncul di timur, bintang pagi dan seorang lelaki dari Bani Hashim, Al-Yamani dan Pemegang panji-panji hitam dan banyak lagi yang lain-lain) untuk menggambarkan sebagai tokoh bebas dari Imam Mahdi dan digunakan (Al-Mahdi dan Al-Qaim) untuk merujuk pada kedudukab lain. Oleh itu mereka menetapkan pendamping untuk menggunakan gelaran (ungkapan) biasa bersama Imam al-Mahdi (as) untuk persediaan.. Jadi ia tidak mendedahkan rahsia dan tidak boleh membuat kesimpulan dan menghalang mereka terhadapnya dengan memasang jalan yang kukuh pada peribadi tersembunyi dan memperlihatkan apa yang mereka tidak ketahui kepada yang umum dan disertakan
dengan gangguan itu.

Diriwayatkan dari Malik Al-Jahni katanya, Aku berkata kepada Abi Ja'far (as): (Sesungguhnya disifatkan kepada pemilik urusan ini dengan sifat yang tiada dimiliki oleh seorang manusia pun. Beliau (as) berkata: (Tidak, Demi Allah, ia tidak dijadikan sebegitu rupa, sehinggalah dijadikan untuk menghalang kalian yang dengannya dia menyeru kalian kepadanya) [30]


--------------------------
[30] Ghaibah Al-Nu3mani hal 377..



Tiada ulasan: