Selasa, 28 November 2017

Bab I: Paksi 3: Gambaran Proses Kezuhuran



Dabbah Al-Ardh wa Thala3a Al-Masyriq - (Binatang Bumi dan Yang Muncul Di Timur0




Bab I: Paksi 3: Gambaran Proses Kezuhuran


Apa yang penting di sini adalah untuk memberi gambaran tentang simbol perlambangan yang mengiringi riwayat-riwayat kejadian-kejadian dan ia sangat penting dalam menerangkan Shohib Al-Haq, pada masa yang sama dipenui mara bahaya dan terdedahnya perlaksanaan kezuhuran ke tangan musuh-musuh Imam (as). Di mana ia telah disebutkan dalam riwayat-riwayat Ahl Bait( as).

Telah diriwayatkan dari Abu Khalid Al-Kabali, katanya:

( سألت أبا جعفر(ع) ان يسمي القائم حتى أعرفه باسمه، فقال: يا أبا خالد سألتني عن أمر لو أن بني فاطمة !عرفوه لحرصوا على أن يقطّعوه بضعة بضعة)

(Aku bertanya kepada Aba Jafar (as) supaya menamakan Al-Qaim agar aku dapat mengenal namanya, beliau berkata: Wahai Aba Khalid, kamu telah bertanya soalan berkenaan perkara yang jika diketahui tentangnya oleh bani (anak-anak) Fatimah, sudah pasti mereka akan memotongnya tanpa pernah puas satu persatu) [47], apatah lagi musuh-musuh beliau dari yang bukan Banu Fatimah!

Simbol (perlambangan) pada paksi ini memberi tumpuan kepada beberapa aspek penting, termasuk:

1. Peribadi utama semasa perlaksanaan kezuhuran.
2. Kronologi (Urutan masa) peristiwa.
3. Tanda-tanda (Alamat).
4. Kekeliruan dalam memahami kezuhuran (Al-Dzuhur), kebangkitan (Al-Qiyam), Al-Sa’ah, Al-Raj’ah dan lain-lain.



Pertama: Peribadi utama semasa perlaksanaan kezuhuran

Terdapat banyak riwayat-riwayat mengenai tanda-tanda yang tidak dapat dielakkan yang mendahului kezuhuran, dan digunakan untuk mengenal pasti peribadi utama semasa perlaksanaan kezuhuran kerana ia membawa sifat yang tidak dapat dielakkan yang tidak jelas mengenainya:

Dari Abi Abdullah (p):

(للقائم خمس علامات: ظهور السفياني، واليماني، والصيحة من السماء وقتل النفس الزكية والخسف في البيداء)  

(Ada lima tanda-tanda bagi Al-Qaim: kemunculan Al-Sufiani, Al-Yamani, seruan dari langit (Al-Shaihah), pembunuhan jiwa yang suci dan penenggelaman di Al-Baida) [48]

Diriwayatkan dari Abi Abdillah (as) katanya:

(النداء من المحتوم والسفياني من المحتوم، واليماني من المحتوم، وقتل النفس الزكية من المحتوم، وكف يطلع من السماء من المحتوم: قال: وفزعة في شهر رمضان توقظ النائم وتفزع اليقظان وتخرج الفتاة من خدرها)

(Seruan (Al-Shaihah tidak dapat dielakkan, Al-Sufiani tidak dapat dielakkan, Al-Yamani tidak dapat dielakkan, pembunuhan jiwa yang suci tidak dapat dielakkan dari yang tidak dapat dielakkan, dan tangan muncul di langit tidak dapat dielakkan: Dia berkata: yang menakutkan pada bulan Ramadan, terjaga orang yang sedang tidur, yang membuat seorang gadis terjaga dan keluar dari bilik tidurnya) [49]

Diriwayatkan dari Abi Abdillah (as) bahawa dia berkata:

("Kami berkata kepadanya," Al-Sufiani tidak dapat dielakkan?”  dia berkata Ya, pembunuhan jiwa yang suci tidak dapat dielakkan Al-Qaim tidak dapat dielakkan, penenggelaman di Al-Baida tidak dapat dielakkan, tangan muncul di langit tidak dapat dielakkan dan seruan (Al-Nadaa’) tidak dapat dielakkan, Lalu aku betanya: Apakah seruan (Al-Nadaa’)itu? Dia berkata: Penyeru menyeru dengan nama Al-Qaim dan nama bapanya (as)) [50]

((Nampaknya (Al-Qaim) dalam riwayat ini adalah Mahdi Pertama bukannya Imam Mahdi (as), kerana dia adalah tanda-tanda (alamat) menunjukkan bangkitnya Imam Mahdi (as) Mana mungkin Imam Mahdi (as) dijadikan tanda-tanda (alamat) bangkitnya Imam Mahdi (as) sendiri? !!))

Maka kesimpulannya bahawa tokoh-tokoh utamanya adalah: Al-Qaim (as), Al-Yamani, Al-Khurasani, Al-Sufiani, dan Al-Nafs Al-Zakiyah (Yang berjiwa suci).

--------------------------------
[47] Bihar Al-Anwar: J 51 hal 31..
 [48] Ghaibah Al-Nu3mani ​​hal 261
[49] Ghaibah Al-Nu3mani ​​hal 262.
[50] Ghaibah Al-Nu3mani ​​hal 265




Pertama: Al-Qaim (as)

Ia boleh dipanggil Al-Mahdi dan pemilik Urusan (Al-Shohib Al-Amr), Pemegang Kebenaran (Al-Shohib Al-Haq), Al-Imam, Al-Hujjah dan nama-nama serta gelaran yang difahami yang dikhususkan kepada Imam Mahdi (as), tetapi apa yang dipertunjukkan kepada kita daripadanya adalah kepelbagaian. perbezaan-perbezaan dan percanggahan-percanggaha yang disifatkan oleh nama-nama itu adalah menunjukkan bahawa yang dimaksudkan daripadanya ada dua peribadi bukannya seorang, dan tidaklah perlu diulangi bukti-bukti ini kerana kitab-kitab ansar telah banyak menerangkannya.


Kedua: Al-Yamani

Ada pelbagai peribadi yang disahkan sebagai Al-Yamani, ia adalah kerana peribadi Al-Yamani, keadaannya dengan keadaan peribadi-peribadi yang lain yang bertepatan dengan kezuhuran yang dikelilingi oleh simbol (perlambangan) yang kuat dan dengan cara yang lebih daripada yang lain kerana keperibadian Al-Yaman adalah kunci dan permulaan kepada kezuhuran suci, supaya kepelbagaian peribadi itu hampir sepenuhnya penting
dan kalaulah tiada penjelasan yang ditunjukkan oleh Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) dalam menerangkan Al-Yamani, tiada siapa yang pernah memahami hakikatnya.

Al-Syeikh Haidar Al-Zayadi telah membincangkan secara terperinci kepelbagaian Al-Yamaniyah dalam kitabnya Al-Yamani Al-Mao3ud Hujjah Allah (halaman 97), dan ia membahagikannya kepada tiga:

1.   Yamani Imam Mahdi (as) adalah Hujjah Allah atas manusia, dan dia seorang Al-Maksum, dan yang berpaling darinya adalah ahli neraka, dialah yang menewaskan Al-Sufiani, Al-Syed Al-Marasyi mengatakan: (.... Maka Allah akan mengeluarkan penentang Al-Sufiani daripada penduduk dari Timur sebagai Wazir (Pembantu) Al-Mahdi untuk mengalahkan Al-Sufiani ke Al-Syam) [51]

2.   Yamani Iraq: Ia mungkin Pelaksana revolusi ke atas kebatilan, dan digelar Yamani, kerana dia adalah seorang pengikut Al-Yamani utama (iaitu Yamani Al-Imam (as)).

3.   Yamani Yaman: Dia berasal dari Yaman

Dari Al-Shadiq (as): (dan pemergian seorang lelaki dari anak bapa saudaraku Zaid di Yaman). [52] Yamani Yaman akan memerangi Al-Sufiani, ia bukan Al-Yamani utama yang mengalahkan Al-Sufiani.

Dari Abi Jafar (as):

(kemudian Manshur Al-Yamani berjalan kepada mereka dari San’aa (Yaman) dengan tenteranya, dan ia mencetuskan sesuatu yang teruk ... Maka dia akan bertemu Al-Akhwas (yang bermata cengkung), dan panji-panji mereka berwarna kuning, pakaian mereka berwarna-warni, dan akan berlaku antara keduanya pertempuran yang dahsyat, kemudian muncul Al-Akhwas Al-Sufyani ke atasnya) [53]

Dalam khabar yang lain Yamani Yaman menerangkan kezaliman, dalam Qishash Al-Anbia dari Ka’ab Al-Akhyar: (... dan keluar Al-Qahthani dari negeri Yaman, Ka’ab Al-Akhyar berkata, manakala ketiga-tiganya telah mengatasi kedudukan mereka pada kezaliman...) [54]

Adalah diketahui bahawa nasab  Al-Yamani adalah pada keluarga Muhammad iaitu pemuda-pemuda syurga (Adnani), dan Qahthani ini yang akan menyeru kepada dua sudut: dari sudut keturunan dan dari sudut kemaksuman, ada Al-Yamani maksum dan ada Al-Qahthani membuat sesuatu kezaliman seperti yang dinyatakan dalam riwayat di atas.

4.   Kesemua tiga ratus tiga belas Al-Yamaniyah atas dasar mereka sebagai bawahan kepada pemimpin mereka Al-Yamani.

Akibarnya adalah apabila perkataan Al-Yamani disebutkan dalam salah satu riwayat, maka yang mana satu dari yang dibangkitkan adalah peribadi yang disahkan maksudnya dalam riwayat itu?

-----------------------------------------
[51] Syarah Ihqaq Al-Haq J 29 hal 62.
[52] Bihar Al-Anwar: J 53 hal 63
[53] Syarah Ihqaq Al-Haq J 29 hal 515.
[54] Ihqaq Al-Haq J 29 hal 530.



Ketiga: Al-Sufiani

Peribadi Al-Sufiani disebut dalam riwayat-riwayat tanpa isyarat kepada urutan masa peristiwa, tetapi ia menggambarkan kejadian secara bebas, dan jika disebut peribadi Al-Sufiani dalam urutan masa peristiwa tertentu, akan bercanggah dengan riwayat-riwayat lain yang tidak memberi urutan yang sama seperti yang akan dilihat kemudian, yang menjadikannya mustahil untuk memahami bahawa pergerakannya adalah pergerakan satu peribadi

Oleh itu, jika dipertimbangan Al-Sufiani itu satu peribadi adalah mustahil untuk beberapa perkara yang disebut dalam riwayat-riwayat, dan berikut ini adalah beberapa perbezaan yang mengesahkannya:

1. Yang mempercepat dan melewatkan dari Kezuhuran Suci:

Kebanyakan orang-orang Islam menjadikan Al-Sufiani sebagai alamat kezuhuran, dan bahawa ianya muktamad dan tidak berbelah bagi, ia mendahului kezuhuran Imam Mahdi (as), ia adalah salah satu daripada lima tanda-tanda yang tidak dapat dielakkan yang mendahului Imam (as), bagaimana kita boleh menjelaskan riwayat-riwayat yang menyebut ianya mendahului kezuhuran Imam (as) atas Al-Sufiani, Ia adalah dari riwayat-riwayat berikut.

Dari Amirul Mukminin:

(المهدي اقبل، جعد، بخده خال، يكون مبدأه من قبل المشرق، واذا كان ذلك خرج السفياني ...)

"Al-Mahdi datang dengan berambut ikal (keriting),  bertahi lalat di pipi, ia mulai dari arah timur, jika ia berlaku akan keluar Al-Sufiani. [55]

Dari Ali ibn Al-Husain (as):

(... فإذا ظهر السفياني اختفى المهدي ثم يخرج بعد ذلك)

(... Apabila Al-Sufiani muncul, Al-Mahdi bersembunyi dan kemudian akan keluar selepas itu) [56]

Dia berkata: Rasulullah (S) bersabda:

( إذا رأيتم الرايات السود قد جاءت من قبل خراسان، فأتوها فانّ فيها خليفة اللّه المهدي )

(Jika kamu melihat panji-panji hitam telah datang dari arah Khurasan, pergilah kepadanya kerana di sana ada Khalifah Allah Al-Mahdi) [57].

Bagaimanakah Khalifah Allah Al-Mahdi dapat dilihat dalam tentera Al-Khurasan, dan ia mendahului atau serentak dengan pergerakan Al-Sufiani seperti dalam riwayat-riwayat ini:

Dari Abi Jaafar (as ):

(( ... لا ترون ما تحبون حتى يختلف بنو فلان فيما بينهم فإذا كان ذلك طمع الناس فيهم، واختلفت الكلمة و خرج السفياني.

وقال لا بد لبني فلان أن يملكوا، فإذا ملكوا ثم اختلفوا تفرق مكلهم و تشتت أمرهم، حتى يخرج عليهم الخراساني والسفياني، هذا من المشرق وهذا من المغرب، يستبقان إلى الكوفة كفرسي رهان، هذا من هنا و هذا من هنا، حتى يكون هلاك بني فلان على أيديهما، أما إنهما لا يبقون منهم أحدا )).

(...kamu tidak melihat apa yang kamu sukai sehinggalah Banu Fulan berselisih di antara mereka, itu kerana ketamakan manusia di dalamnya, perselisihan pendapat dan keluanya Al-Sufiani.

Dan beliau bersabda lagi, Harus diketahui pada pemerintahan Bani Fulan, sedang mereka memerintah kemudian berselisih dan berpecah belah pemerintahan mereka, dan membubarkan pemerintahan mereka, sehingga keluar pada mereka Al-Khurasani dan Al-Sufiani, yang ini dari timur, dan yang itu dari arah barat, Mereka akan berlumba-lumba ke Kufah umpama kuda pacu yang bersaing, yang satu dari sini, yang satu dari sana, sehingga binasa Bani Fulan di tangan mereka, atau tidak seorang pun yang tinggal daripada mereka. [58]

Yang menunjukkan bahawa Al-Mahdi yang dimaksudkan dalam riwayat-riwayat itu bukanlah Imam Mahdi (as) untuk menyangkal keputusan yang diperolehi daripada riwayat-riwayat ini, dengan keputusan yang diperolehi daripada riwayat-riwayat tanda-tanda yang tidak dapat dielakkan yang terjadi sebelum Al-Sufiani bagi Al-Mahdi dan alamatnya tidak menerusi beliau, jika kita menganggap bahawa Mahdi Pertama yang dimaksudkan dengan riwayat-riwayat adalah mendahului kewujudan Al-Mahdi atas Al-Sufiani, ia tidak pelik jika ia bertepatan dengan Al-Sufiani, Maka pertempuran mereka membawa pertimbangan kepada Mahdi Pertama (Al-Yamani) yang menjadi wakil Imam Mahdi (as), Maka sesiapa yang memerangi Mahdi Pertama sebenarnya memerangi dan memusuhi Imam Mahdi (as), dengan itu, semua riwayat-riwayat adalah benar dan tidak terdapat percanggahan dalam maknanya.

Dari Abi Abdullah (as):

( إنّا وآل ابي سفيان اهل بيتين تعادينا في الله قلنا صدق الله وقالوا كذب الله، قاتل ابو سفيان رسول الله (ص) وقاتل معاوية امير المؤمنين علي بن ابي طالب (ع)، وقاتل يزيد بن معاوية الحسين بن علي (ع)، والسفياني يقاتل القائم (ع))

(Bahawa kami dan Aali (keluarga) Abi Sufian, dua keluarga yang bermusuhan satu sama lain di sisi Allah, kami berkata: Maha Benar Allah, dan mereka mendustakan Allah, Abu Sufyan memerangi Rasulullah (S) Muawiyah Amirul memerangi Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib (as), Yazid memerangi Al-Husein bin Ali (as), dan Al-Sufiani memerangi Al-Qaim (as)) [59]

-----------------------------------
[55] Ghaibah Al-Nu3mani bab 18 hal 316.
[56] Ghaibah Al-Thusi hadits no 437 hal 443-444.
[57] Mu3jam Ahadits Al-Imam Al-Mahdi J 1 hal 425.
[58] Bihar Al-Anwar: J 52 hal 230.
[59] Bihar Al-Anwar: J 33 hal.165



2. Tempoh Pemerintahan Al-Sufiani

Ada khilaf dalam jangka masa pemerintahannya, ia adalah tempoh-tempoh selama lapan, sembilan, atau dua belas bulan, yang mungkin meningkat tempoh Pemerintahan Al-Sufiani dengan sewajarnya:

Dari Abi Ja’far (as): (Berapa lama Al-Sufiani tinggal padamu? Dia berkata: Aku berkata, selama hamil seorang perempuan, sembilan bulan, beliau berkata: Tidakkah kamu ketahui Wahai penduduk Kufah) [60]

(ان السفياني يملك بعد ظهوره الكور الخمسة حمل امرأة، ثم قال: استغفر الله حمل جمل وهو من الأمر المحتوم لابد منه) (حمل جمل اثناعشر شهراً)

Dan Abi Abdillah (as): (Bahawa Al-Sufiani akan memerintah lima kawasan selama tempoh kehamilan seorang wanita, dan kemudian berkata: Astaghfiru Allah (Aku mohon ampun kepada Allah), kehamilan seekor unta dan ia adalag perkara yang tidak dapat dielakkan, pasti berlaku) (kehamilan unta selama dua belas bulan.) [61]

Dan Abi Abdillah (as): Apabila ditanya mengenai Al-Sufiani beliau (as) menjawab,:(Apabila menguasai lima kawasan Al-Syam? Damsyik, Homs, Palestin, Jordan, dan Qinnasrin, maka akan berlaku Al-Faraj (Kelapangan). Aku bertanya: Ia berkuasa selama sembilan bulan? Berkata (as): Tidak, tetapi selama lapan bulan tidak lebih satu hari pun...) [62]

------------------------------
[60] Basyarah Al-Islam hal 173, Bihar Al-Anwar: J 52 hal 216
[61] Basyarah Al-Islam hal 173, Ghaibah Al-Thusi hal 449
[62] Al-Mausu3ah oleh Al-Syed Al-Sadr J 3 hal 160



3. Al-Sufiani dan tempatnya

Sebahagian besar riwayat-riwayat menyatakan dia dibai’ah oleh penduduk Syam, mereka lalu pergi ke Iraq dan riwayat-riwayat menyatakan dia akan melampau Kufah dan melakukan pembunuhan secara besar-besaran.

Dari Imam Baqir (as): (kemudian ia tidak mempunyai keinginan besar yang lain, selain menuju ke Iraq, melanjutkan tenteranya ke Qirqisiya lalu mereka akan berperang dengannya... dan Al-Sufiani menghantar tentera ke Kufah seramai 70 ribu dan mereka akan membunuh orang-orang Kufah,dalam peperangan, disalib dan ditawan...) [63] .

Sedangkan yang lain daripada riwayat-riwayat itu menyebutkan kata-kata lain seperti bai’ah penduduk Kufah kepadanya dan dia adalah pemimpin pada mereka.

Ali Bin Al-Husein (as): (Al-Qaim berperang (as) daripada penduduk bandar itu sehingga ia berakhir di Al-Ajfar, dan mereka mengalami kebuluran yang teruk, beliau berkata, Dan mereka akan menjadikan tumbuh-tumbuhan makanan untuk mereka... dan kemudian berjalan sehingga sampai di Qadisiyah dan telah bertemu dengan orang di Kufah dan mereka membai’ah Al-Sufiani ...) [64]

Dari Abi Abdillah (as): (Al-Qaim mendahului datang ke Najaf lalu keluar kepadanya tentera Al-Sufiani dan sahabatnya dan orang ramai bersamanya...) [65] dan perkataan orang ramai di sini bermakna orang awam dari penduduk Najaf, mereka bukanlah tentera atau para sahabatnya ..

Dari Amirul Mukminin (as): (... Allah berkuasa ke atas mereka (bercakap tentang Iraq) mengadakan seorang lelaki penyembelih (pembunuh) yang tidak memasuki negara itu melainkan untuk memusnahkannya dan memusnahkan orang-orangnya, ((maka dia menyebut bahawa dia memusnahkan Basrah, Wasit, dan Baghdad)) kemudian dia keluar dan memasuki Baghdad menuju ke kuburan untuk membongkarnya, Al-Sufiani akan bertemu kedua-dua mereka, lalu akan mengalahkan mereka dan membunuh kedua-dua mereka.... dan tentera Al-Sufiani memasuki Kufah, Mereka tidak akan memanggil sesiapa melainkan membunuhnya...) [66]

Adalah jelas daripada riwayat ini bahawa Al-Sufiani menghalang manusia daripada penyembelih (pembunuh) yang membongkar makam Amirul Mukminin (as) .. Ini bercanggah dengan matlamat Al-Sufiani dan kebenciannya kepada Amirul Mukminin (as) dan pengikut-pengikutnya .. ini Al-Sufiani yang mana? .. dan apakah kaitan muslihatnya dengan mempertahankan makam Amirul Mukminin, Ia bermusuhan dengan pendekatan Amirul Mukminin (as), yang mungkin menjadi Syiahnya, dan juga dari simbol kebesaran agama di Najaf, Oleh itu, diperlukan untuk memelihara kewibawaannya dan kedudukannya dalam masyarakat untuk menjalankan perintah mempertahankan tempat yang mulia;
                                       
Dan jika Al-Sufiani memasuki Iraq, dia merampas kuasa di seluruh Iraq, dan Al-Sufiani ini semakin jelas kuasa serantaunya terhad di Najaf, seperti yang dibuktikan oleh apa yang diseru dari para penyembelih (pembunuh) itu menjatuhkan kawasan besar Iraq selatan hingga Baghdad, Kemudian dia pergi ke Najaf dan tentera Al-Sufiani dibunuh dan mengatasinya, Sementara dibaca dalam riwayat-riwayat yang lain Al-Sufiani memasuki Mesir dan melanggar penduduknya, yang bertentangan dengan kelakuan Sufiani Al-Syam yang bermula dari Syam dan menuju ke Kufah dan kematiannya akan berlaku di sana.

Dari Huzhaifah (Apabila Al-Sufiani memasuki tanah Mesir, dan menetap selama empat bulan menangkap dan membunuh penduduknya...) [67]


----------------------------------------
[63] Ghaibah Al-Nu3mani hal 180
[64] Basyarah Al-Islam hal 334.
[65] Basyarah Al-Islam hal 335, Bihar Al-Anwar: J 52 hal 387
[66] Basyarah Al-Islam hal 83.
[67] Al-Malahim wa Al-Fitan dan oleh Ibn Thawus hal 50.





4. Gabungan Al-Sufiani

Dilihat gabungan di dalam riwayat pada Ahl Al-Bait (as) bahawa dia adalah ketua.
.
Dari Abi Jaafar (as): (Apabila Al-Sufiani sampai Al-Qaim akan menghadapinya di Kufah. Dia menunggang kuda sehingga bertemu Al-Qaim: yang akan keluar lalu berkata: keluarlah padaku anak bapa saudaraku....) [68]

Dari Basyar bin Ghalib: (Al-Sufiani datang dari negara Rom dengan memakai salib di lehernya) [69]

Dan dari ‘Ammar bin Yasir: (dan seorang lelaki dari rumah Abu Sufian keluar dari Kilab) [70]

Dari Ali Bin Al-Husein (as): (Al-Sufiani dari anak ‘Utbah bin Abi Sufyan) [71], berbilang-bilangnya gabungan ini mesti ada percanggahan jika dianggap Al-Sufiani itu satu peribadi, percanggahan ini tidak dapat diselesaikan melainkan berbilang-bilangnya peribadi Al-Sufiani.


----------------------------
[68] Basyarah Al-Islam hal 335
[69] Basyarah Al-Islam hal 161
[70] Al-Mausu3ah oleh Al-Syed Al-Sadr J 3 hal 162.
[71] Bihar Al-Anwar: J 52 hal 212


5.   Al-Sufiani Terbunuh

Disebut dalam beberapa riwayat Al-Sufiani terbunuh bersama tenteranya di bandar semasa penenggelaman ..

Dari Amirul Mukminin (as): (Apabila keluar Al-Sufiani, maka ia akan memerintah selama sembilan bulan wanita mengandung, ia keluar di Syam dia memecah-belahkan penduduk Syam ... dan dia mendatangi Madinah dengan bilangan tentera yang besar, sehingga sampai ke Al-Baida’ dari Madinah, Allah menenggelamkan mereka...) [72] manakala sebahagian riwayat menyebut dia terbunuh di Syam ..

Dalam percakapan Al-Mufadhdhal dengan Imam Shadiq (as), Al-Mufadhdhal berkata: (Kemudian apa yang dilakukan oleh Mahdi, tuan? Lalu beliau berkata (as): Dia menggerakkan pasukannya ke atas Al-Sufiani di Damsyik, Mereka akan membawanya dan membunuhnya di atas batu...) [73]

Manakala sebahagian riwayat menyebut kematiannya di Kufah, di tangan Imam (as).

Dari Abi Jaafar (as): (kemudian dia memasuki (maksudnya Al-Qaim (as)) Kufah, tidaklah tinggal/tersisa orang mukmin kecuali yang masih ada... dan kemudian berkata kepada sahabat-sahabatnya: pergilah kepada penzalim taghut ini, lalu mereka menyeru kepada Kitab Allah dan Sunnah NabiNya (S) supaya Al-Sufiani memberikan kepadanya bai’ah pengiktirafan, Dan dia berkata kepadanya mereka adalah saudara-saudaranya yang hina dan kejam: apa ini? Apa yang kamu buat? Demi Allah, kami tidak akan membai’ah kamu selamanya, dia berkata:? apa yang akan aku lakukan dan mereka berkata, terimalah dia, lalu mereka menerimanya, kemudian mereka berkata: kepada Al-Qaim (Selawat Allah atasnya): Jagalan diri ... Allah memberikan kepada mereka bahu-bahu mereka dan mengambil Al-Sufiani sebagai tawanan, maka dia akan membunuhnya dengan tangannya ...) [74]

Dalam riwayat ini, dia diakhir di Al-Hirah:

Dari Abi Jaafar (as): (Al-Mahdi (as) mengalahkan Al-Sufiani yang memakan masa yang lama di bawah dahan pokok di Al-Hairah) [75]

Dan ada pelbagai pengakhiran yang disebut dalam riwayat-riwayat bagi diri Al-Sufiani dan tenteranya juga menunjukkan peribadi yang perlu dicari iaitu berbilang-bilangnya peribadi Al-Sufiani.

--------------------------------
[72] Al-Mausu3ah J 3 hal 161.
[73] Al-Raj3ah Al-Istarabadi hal 100.
[74] Basyarah Al-Islam hal 305
[75] Bihar Al-Anwar: J 52 hal 386.


6. Warna Panji

Dari Amirul Mukminin (as) :(Al-Sufiani keluar dengan panji-panji Merah dan ketuanya seorang lelaki dari Bani Kilab) [79]

Dari Amirul Mukminin (as): (Al-Sufiani keluar dengan panji-panji hijau dan salib emas) [77]


----------------------
[76] Bihar Al-Anwar: J 52 hal 272
[77] Bihar Al-Anwar: J 52 hal 81



Kesimpulannya

Ringkasan ini, yang memudahkan kita dari riwayat-riwayat yang menekankan dimensi pergerakan Al-Sufiani dan rancangan perjalanan dan sifat-sifatnya dan ia menerangkan sesuatu yang tidak mendatangkan sebarang keraguan yang dimaksudkan dengan Al-Sufiani bukanlah hanya satu peribadi, tetapi mereka adalah sekumpulan dari beberapa Al-Sufiani dan yang mungkin akan memecahkan keraguan kepada kepastian dan ia adalah apa yang disebut dalam Al-Malahim Wa Al-Fitan ileh Ibn Thawus hal 50. Seperti yang disebutkan Nu’aim katanya: Diceritakan kepada kami Al-Hakam bin Nafi3, dari Jarah, dari Arthaah katanya (Pada zaman Al-Sufiani kedua berlaku pertempuran sehingga semua orang mengira dia memancung orang yang mengikut mereka).

Keempat: Dajjal

Perkataan yang sama yang ada pada Al-Sufiani ada pada Dajjal, dalam riwayat-riwayat bahawa terdapat tiga puluh dajjal-dajjal,

Nabi Muhammad (S) bersabda: (Akan ada selepasku tiga puluh dajjal-dajjal yang muncul pada masa menghampiri Al-Saah) [78] Malangnya tidak ada ruang yang cukup untuk membincangkannya secara terperinci, tetapi ia penting untuk diperhatikan. Wa Allahu A3lam, Sessungguhnya perkataan Al-Dajjal dan Al-Sufiani adalah merujuk kepada peribadi tertentu, ia bermakna bahawa tingkah laku peribadi itu boleh pergi kepada keadaan di mana memerlukan pelepasan panggilan ke atasnya, pada hakikatnya fuqaha' (ulama) misalnya, tidak melakukan apa-apa dan memberikan sokongan mereka kepada musuh-musuh Imam (as) atau mewakili sesuatu yang lain yang menggerakkan mereka kepada salah satu daripada dua kedudukan, yang berbeza antara kedua-dua nama, ianya tidak perlu untuk disanggah jika kita mengetahui kandungan kedua-dua perkataan, pengertian umum bagi Dajjal yang disifatkan dengan pendustaan dan penipuan dan menunjukkan ia berlawanan dengan apa yang disembunyikannya. dan Al-Sufiani disifatkan oleh perjuangannya dan permusuhannya kepada Ahl Al-Bait (as), dan dalam permusuhannya banyak persediaan untuk pembunuhan dan penindasan...

Oleh itu, semua musuh-musuh pergerakan Imam (as) mungkin mempunyai sifat dengan sifat-sifat itu secara berasingan atau mungkin memiliki sifat-sifat yang sama, dan Allah lebih mengetahui. Adalah diketahui bahawa yang dinyatakan mungkin tidak membawa persediaan sebelum pergerakan kezuhuran atau semasa kezuhurannya dan menjadi musuhnya semasa pergerakan dalam masyarakat dan menjadi ancaman kepada sebahagian kepentingan pergerakannya, atau dikatakan meninggikan kebatilan dan kepalsuan bermartabat kesucian palsu (kerana kemunculan dakwah Al-Haq).

Oleh itu, jika dikemukakan riwayat-riwayat seperti peribadi-peribadi semasa menyenaraikan tanda-tanda kezuhuran yang mungkin akan membawa lebih banyak petunjuk .. Ia akan menggambarkan peribadi yang sama dalam riwayat yang menunjukan sebagai seorang lelaki pemilik panji-panji atau ketua tertingginya atau Hasani atau Khurasani atau tokoh-tokoh lain-lain tanpa mengambil kira kepada akibatnya, atau apa yang perlu dilakukannya. Kemudian ini boleh dimaksudkan dalam riwayat orang-orang yang memerangi Imam (as) atau wakilnya di peringkat akhir, Ia mesti digambarkan sebagai satu lagi bentuk yang bertentangan dengan yang pertama, iaitu dalam riwayat lain sebagai Al-Dajjal atau Al-Sufiani atau Al-Marwani atau pemilik panji-panji Barat atau yang lain, sehingga ada terlalu banyak peribadi-peribadi dengan kemungkinan bahawa sebahagian daripada mereka yang hampir sama dengan yang lain dengan nama atau panggilan yang berbeza.. Wa Allahu A3lam.

Sebagai contoh Al-Dajjal yang disahkan oleh riwayat-riwayat Dajjal Misaan yang memerangi dakwah dengan begitu mendesak (berani), Adalah diketahui bahawa pada mulanya ia adalah penyokong (ansar) dan pendakwahnya. Pergerakan Dajjal besar (dikenalpasti sebagai Amerika) seperti mana dinyatakan oleh Al-Syed Ahmad Al-Hasan (as),

(Diriwayatkan dari Rasullulah (S): (Tempat pertama akan
kembalinya Al-Dajjal adalah Sanam; Jabal Musyarraf di Basrah adalah tempat pertama akan kembalinya Al-Dajjal) [79], dan ini adalah satu contoh yang mudah bagi ramainya yang dikenalpasti sebagai Al-Dajjal Seperti yang saya sebutkan dalam riwayat-riwayat bahawa ada pelbagai Al-Dajjal pada zaman kezuhuran, yang membuatkan jalan untuk mengenal pastinya menjadi sukar maka hasilnya adalah kesamaran dalam menentukannys, dan dengan itu kesamaran ini menjejaskan kepada keseluruhan pengetahuan dalam pemahaman umum mengenai hubungan peristiwa yang saling bergantung antara satu sama lain.

---------------------------
[78] Al-Kharayij hal. 881.
[79] Al-Fitan: Ibn Hammad / 150, Mu3jam Ahadits Al-Imam Al-Mahdi / J 2, hal 63


Kelima: Al-Khurasani

Disebut dalam riwayat-riwayat yang Al-Sufiani bukan pemilik panji-panji kebenaran melainkan jika dia menyertai Al-Yamani:

Abu Abdullah (as):

(خروج الثلاثة: السفياني والخراساني واليماني في سنة واحدة، في شهر واحد، وليس فيها راية بأهدى من راية اليماني، لأنه يدعو الى الحق ...)

(Keluarnya yang tiga: Al-Sufiani, Al-Khurasani dan Al-Yamani, dalam tahun yang sama, dalam bulan yang sama, dan hari yang sama. dan tiada panji di hari itu yang lebih mempunyai petunjuk dari panji Al-Yamani, kerana ia menyeru ke arah kebenaran.”:...) [80]

Jika kita menganggap bahawa pemilik panji-panji hitam akan datang dari timur adalah sama dengan Al-Khurasani seperti ditunjukkan oleh Al-Syed Al-Sadr dalam Al-Mausu3ah, kita dapati dengan jelas bahawa terdapat percanggahan besar, kerana pemilik panji-panji hitam juga adalah hujjah dan wajib atas manusia untuk mengikutinya dan membai'ahnya dengan nash kalam Ahl Al-Bait (as).

Rasulullah (S) bersabda:

(ثم تطلع الرايات السود من قبل المشرق، فيقاتلوهم قتالاً لا يقاتله قوم، ثم ذكر شيئاً ( شاباً ) فقال اذا رأيتموه فبايعوه فانه خليفة المهدي )

(kemudian muncul panji-panji hitam dari arah timur, lalu memerangi mereka dengan perang yang tidak dialami oleh suatu kaum, dan kemudian menyebut seseorang (seorang pemuda) lalu bersabda lagi, jika kamu melihatnya maka berbai’ah kepadanya kerana dia adalah Khalifah Al-Mahdi) [81]

Rasulullah (S) bersabda:

( اذا رأيتم الرايات السود قد اقبلت من خراسان فأتوها ولو حبواً على الثلج فأن فيها خليفة الله المهدي )

(Jika kamu melihat panji-panji hitam datang dari arah Khurasan, maka datanglah kepadanya walaupun dengan merangkak di atas salji kerana dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi) [82]

Rasulullah (S) bersabda:

(ثم تجيء الرايات السود فيقتلونهم قتلاً لم يقتلوه قوم، ثم يجيء خليفة الله المهدي فاذا سمعتم به فأتوه فبايعوه، فانه خليفة الله المهدي)

(Kemudian datang panji-panji hitam lalu memerangi mereka dengan perang yang tidak pernah dialami oleh suatu kaum,, kemudian datang Khalifah Allah Al-Mahdi. Jika kamu mendengarnya maka datanglah berbai’ah kepadanya kerana dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi) [83]

Rasulullah (S) bersabda:

(تجيء الرايات السود من قبل المشرق كأن قلوبهم زبر الحديد، فمن سمع بهم فليأتهم فيبايعهم ولو حبواً على الثلج )

(Akan datang panji-panji hitam dari arah timur, hati mereka seperti kepingan besi, Jika kamu mendengarnya maka datanglah berbai’ah kepada mereka walaupun merangkak di atas salji) [84]

Jika peribadi ini bukan Al-Khurasani, siapakah dia? Bagaimana mungkin ada banyak para hujjaj (Al-Hujjah) pada zaman yang sama dan kekeliruan ini dalam pemahaman perlu mengemukakan banyak kemungkinan dan kemudian mungkin yang paling dekat dengan riwayat-riwayat yang tidak bertentangan dengan maksud umum dalam peristiwa-peristiwa berkaitan, perkara ini telah ditangani secara terperinci oleh Al-Syeikh Haidar Al-Ziadi di dalam kitabnya bertajuk (Al-Yamani Hujjah Allah) terbitan Ansar Imam Mahdi (as), para pembaca boleh nenelitinya ..


Hasilnya

Kepelbagaian yang dikenal pasti daripada watak-watak utama kezuhuran, dan biarkan sahaja dengan menutup pandangan dari menyebutkan watak-watak kedua (pertengahan) yang menyempitkan kedudukan, Ia menjadikannya mustahil untuk memahami peristiwa-peristiwa yang disebutkan dalam riwayat-riwayat yang difahami sepenuhnya, maka anda membaca riwayat-riwayat yang menyebutkan peristiwa-peristiwa dan pertempuran yang melibatkan Al-Yamani, Al-Khurasani, Al-Sufiani dan Al-Dajjal sebagai contoh, Jadi di manakah anda tahu siapa yang dipercayai bagi setiap kefahaman tersebut yang boleh digunakan untuk beberapa peribadi, dan jika ini adalah mustahil, yang menimbulkan persoalan yang kuat tentang sebab untuk simbol (perlambangan) yang kuat yang digunakan dalam mengenal pasti peribadi-peribadi semasa kezuhuran dan mengikut kadar kesulitan yang mungkin, tetapi supaya menjadi petunjuk dan dalil bahawa simbol (perlambangan) itu untuk tujuan sangat penting dan berbahaya  yang tidak mendedahkan riwayat-riwayat melainkan dengan petunjuk. Dan dia adalah peribadi pengasas bersama di antara peribadi-peribadi yang turut serta dalam persediaan untuk kezuhuran.

----------------------------------
[80] I3lam Al-Wari, hal 458.
[81] Bsyarah Al-Islam, hal 30.
[82] Kasyf Al-Ghammah, J 2, hal 472.
[83] Bihar Al-Anwar: J 51 hal 83
[84] Bihar Al-Anwar: J 51 hal 84.




Rabu, 15 November 2017

Bab I: Paksi Kedua: Sifat-sifat



Binatang Bumi dan Yang Muncul Di Timur



Bab I: Paksi Kedua: Sifat-sifat

Disampaikan terlalu banyak riwayat-riwayat yang menyebut sifat-sifat pada tubuh badan Imam Mahdi (as), Perkara yang kita boleh ambil daripada paksi ini berhubung dengan penyelidikan kami adalah untuk menyatakan sifat-sifat yang bercanggah dalam riwayat-riwayat, ini bukan satu kesilapan dan penyelewengan jika kita tahu bahawa riwayat-riwayat itu salinannya ditulis pada tingkatan pertama di sisi Syiah, Isi kandungan seperti ini telah diulang pada banyak riwayat yang menarik .

Adalah memadai bagi mereka yang tidak berminat dengan kitab-kitab dan sumber-sumber supaya membuka lembaran baru Ensiklopedia Imam Mahdi (as) oleh Al-Syed Al-Syahid Muhammad Shadiq Al-Sadr, (rahimahu Allah) untuk melihatnya, beliau telah membawakan dalam menunjukkan kajian beliau dalam kitabnya sifat-sifat formal dan fizikal (Al-Shifat Al-Syakliyah Wal-Jismiyah) hal 357 J 3. Terdapat sangat banyak riwayat-riwayat, dan ia dibahagikan kepada dua bahagian:.
 -
Bahagian I: Riwayat-riwayat mengenai Usia

Mungkin catatan riwayat-riwayat yang menyentuh untuk menggambarkan usia Imam Mahdi (as) ketika kezuhuran juga boleh dibahagi tiga kategori, kategori yang menyentuh panjang usia yang melibatkan riwayat-riwayat yang terbukti khas bagi Imam (as), dan riwayat-riwayat ini mungkin dinilai melibatkan riwayat-riwayat mutasyabihat (samar), dan untuk memastikannya memerlukan penelitian khas dan merujukkan kepada Al-Maksum lebih baik daripada membuat keputusan mengenainya, adapun riwayat-riwayat yang lain yang kukuh sanadnya dan sah dalam memahaminya, Insya Allah, akan dibahagikan kepada dua bahagian: -

Kategori pertama: riwayat-riwayat yang menghadkan umur hampir empat puluh tahun:

عن الرضا (ع): ( ... علامته ( يعني القائم ) ان يكون شيخ السن شاب المنظر، حتى ان الناظر اليه ليحسبه ابن اربعين سنة او دونها، وان علامته لا يهرم بمرور الايام والليالي حتى يأتيه الاجل )


Dari Al-Redha (as): (...tanda-tandanya (Al-Qaim) ia adalah sebagai seorang lelaki tua yang muda pada pandangan, sehingga sesiapa yang melihatnya akan mengira ia berumur empat puluh tahun, atau kurang daripadanya, dan tanda-tandanya tidak menjadi tua dengan berlalunya hari-hari siang dan malam sehingga sampai ajalnya) [31]
                                  
عن رسول الله (ص) :ـ ((المهدي من ولدي ابن اربعين سنة ...))

Dari Rasul Allah (S): ((Al-Mahdi dari anakku berumur empat puluh tahun ...)) [32]

Dari Abi Ja’far (as): ((bukankah pemilik urusan ini diperkenankan berumur empat puluh ...) [33]

عن الحسن المجتبى (ع) : ( التاسع من ولد أخي الحسين إبن سيدة الإماء، يطيل الله عمره في غيبته ثم يظهره الله بقدرته في صورة شاب دون الأربعين سنة ... ). [34]

Dari Al-Hasan Al-Mujtaba (as): (Yang kesembilan dari anak kepada saudaraku Al-Husein, anak seorang hamba perempuan, Allah memanjangkan umurnya semasa keghaibannya dan kemudian Allah menzuhurkannya sebagai seorang pemuda berumur kurang dari empat puluh tahun...). [34]

Semua riwayat-riwayat ini memberikan nilai terhad usia Imam Mahdi (as) ketika kezuhuran iaitu yang hampir dengan empat puluh tahun, seperti yang dijelaskan dari kata-kata Al-Redha (as): (sehingga sesiapa yang melihatnya akan mengira ia berumur empat puluh tahun, atau kurang daripadanya) digambarkan di sini (berumur empat puluh tahun, atau kurang daripadanya) Kurang dari setengah dekad, iaitu sekurang-kurangnya berumur 35 tahun, kerana dalam keadaan ini tidak boleh digambarkan sebagai seorang yang berumur empat puluh atau kurang daripadanya, tetapi di antara tiga puluh dan empat puluh tahun, walaupun telah diturunkan angkanya iaitu di bawah tiga puluh lima adalah lebih sesuai digambarkan sebagai berumur tiga puluh atau lebih sedikit. Iaitu ia membawa kita kepada menganggap bahawa yang dimaksudkan pada tempoh umur kezuhuran Imam (as) mendekati empat puluh tahun, Sekiranya ia kurang daripada itu, ia akan sukar dipercayai dan disifatkan antara tiga puluh dan empat puluh, suatu jarak yang sangat kecil supaya ia boleh memikirkannya semasa kezuhuran Imam, dan menganggapnya sebagai sampingan yang dapat digunakan dalam mengenal Imam seorang yang berumur empat puluh sahaja, tetapi jika ia kurang daripada itu, ia tidak memeranjatkan melainkan hanya kekeliruan orang-orang yang melihatnya jika tidak ia menunjukkan suatu tempoh umur tertentu, dan ini membuatkan kata-kata untuk tanda-tabda itu adalah apa yang berlaku dikemukakan sebaliknya, Jika difikirkan pada tanda-tanda itu tidak ada manfaat sama sekali?! .

Kategori kedua: riwayat-riwayat yang menentukan umurnya tiga puluh tahun atau lebih;

Dari apa yang ditulis oleh Al-Syed Al-Syahid Muhammad Shadiq Al-Sadr juga dalam Ensiklopedia (Al-Mausu3ah) J 3 hal 359:

Ali bin Abi Talib (as) dalam hadits mengenai Al-Mahdi (as) katanya:

(يبعث وهو ما بين الثلاثين الى الاربعين)

(akan diutus seseorang yang berumur antara tiga puluh ke empat puluh tahun)

Dari Abi Abdillah (as)

(لو قد قام القائم لأنكره الناس،لأنه يرجع إليهم شابا موفقا)

(jika telah bangkit Al-Qaim, ia akan ditolak oleh manusia, kerana pada mereka dia seorang yang lelaki muda)

Dan dia (as) berkata: (Bahawa termasuk musibah yang paling besar adalah keluarnya kepada mereka pemilik mereka seorang pemuda yang mereka anggap dia seorang lelaki tua)

Dari Abi Abdullah Ja’far bin Muhammad (as)

(ويظهر في صورة شاب موفق ابن اثني وثلاثين سنة حتى يرجع عنه طائفة من الناس)

(dan muncul sebagai seorang pemuda yang berjaya berumur tiga puluh dua tahun sehingga berundur  daripadanya sekumpulan manusia)


---------------------------------
[31] Bihar Al-Anwar: J 52 hal 285.
[32] Mausu3ah Al-Syed Al-Sadr J 3 hal 359
[33] Sama seperti sumber sebelumnya
[34] Sama seperti sumber sebelumnya


Dalam kategori ini dari riwayat-riwayat terdapat dua sifat yang berbeza dengan kategori pertama:

Sifat Pertama: Riwayat-riwayat yang disifatkan pada kategori kedua dengan dihadkan tempoh umur yang disifatkan kepada Imam Mahdi (as) semasa kezuhuran berbeza sekali daripada tempoh itu, Ia merupakan pada tiga puluhan dengan tambahan ke pertengahan dekad, walaupun kita bawakan alasan (perdebatan) dan memberikan riwayat-riwayat kedua-dua kategori yang satu pengertian satu atau satu pengesahan untuk memungkinkan keadaan riwayat-riwayat yang mensifatkan Imam (as) antara tiga puluh dan empat puluh tahun dan mustahil di sisi lain, disesuaikan riwayat-riwayat yang digambarkan dengan tiga puluh atau tiga puluh dua tahun dengan yang digambarkan sebagai seorang yang berumur empat puluh tahun. Ia pada satu peribadi adalah mustahil, Maka seorang yang berumur empat puluh mudah dibezakan dengan orang yang berumur tiga puluh kerana jarak usia yang besar antara mereka, iaitu tidak mungkin sama sekali diberikan kedua-dua sifat itu pada satu orang. Oleh itu, kategori ini merujuk kepada Mahdi Pertama (as) dan bukan Imam Mahdi (as) sebagai gabungan semasa kezuhuran, kerana ia zahir membuat persediaan sebelum bapanya Imam Mahdi (as) dan ianya selaras pada kenyataannya bagi umur ketika zahirnya Al-Syed Ahmad Al-Hasan (as) pada awal seruan dakwahnya dan berlangsung lama atas seruan dakwah Al-Yamani (as) seperti dalam riwayat-riwayat (Sila lihat Perbincangan Al-Yamani hujjah Allah), maka tidak menghairankan bahawa gambaran kezuhurannya memanjang yang bermula dari umur tiga puluh dan sehingga pertengahan dekad itu, dan mungkin juga empat puluh sejajar dengan peringkat kezuhuran yang bermula dengan seruan dakwah secara rahsia dan kemudian terbuka, kemudiannya mengisytiharkan (mengajak) Perdebatan dengan ulama, kemudian turun menemui masyarakat dan akhirnya menghunus pedang. dan yang berikutnya banyak peringkat penyelesaian, peringkat ini memerlukan kerja selama bertahun-tahun, ia adalah satu revolusi yang besar, revolusi sebelum berhadapan dengan penzalim penindas, ia adalah revolusi terhadap diri dan Al-Ana (keakuan). Jadi, ia mengambil masa bertahun-tahun untuk dipersiapkan ..


Sifat Kedua: riwayat-riwayat yang disifatkan pada kategori kedua dengan sifat yang lain tidak membincangkan perkara dalam riwayat-riwayat kategori pertama yang menggambarkan ia akan ditolak oleh manusia, kerana pada mereka dia orang muda yang berjaya dan mereka menafikannya kerana itu, mereka mengira dia seorang lelaki tua ke tahap di mana Imam Al-Shadiq (as) menerangkan keadaan ini (musibah yang paling besar.)

Persoalannya ialah: Adakah orang-orang Syi'ah tidak percaya bahawa Imam (as) jika dia zuhur akan kelihatan muda? Sesungguhnya, asal-usul akidah Syiah bahawa Imam Mahdi (as) masih hidup sejak keghaiban beliau, dan dia tidak menjadi tua dan tidak akan mati sehingga Allah menzahirkan perintahNya, dan inilah yang ditulis oleh para penyelidik, cendekiawan agama dan ulama ummah, dan sebulat suara menyeetujuinya, tidak kira bangsa, negara atau penduduknya, kecuali golongan sunnah, Bagi orang-orang yang menyimpang dengan konsep Syiah ini, mereka telah menyimpang dari Al-Tasyaiyu’ (Syiah) dan tidak boleh dianggap di kalangan Syiah, mereka berada dalam masalah yang tidak berasaskan sumber untuk memahami riwayat ini untuk diterapkan di lapangan, jika perkara-perkara mutad ini mereka mendakwanya akan menjadi golongan ke atas apa yang mereka sifatkan.dan golongan ini wajib beriman dengan Imam Mahdi (as) dan keghaibannya serta menantikan kezuhurannya, iaitu yang mempercayainya adalah golongan Syiah, dan apabila terlaksana kezuhurannya, mereka berpaling dari menolongnya kerana mereka tidak berjaya untuk mengenalinya pada asalnya, dan alasannya sebagaimana yang digambarkan dalam riwayat mereka menjangkakan ia adalah urusan orang tua lalu mereka mengingkarinya. ..

Oleh sebab itu, sebab kemurtadan ini jelas, karena manusia tidak menjangkakan hakikat kedatangan imam sebagai orang muda ketika kezuhurannya, karena itu telah ditetapkan dalam akidah Syiah, mengapa pula berlakunya kemurtadan ini.

Ini tidak akan berlaku jika kita mengambil kira seruan dakwah Al-Yamani, yang mewakili Al-Imam (as), yang merupakan duta Imam (as) kepada manusia. Dia adalah orang yang menyeru manusia kepada Imam Mahdi (as). Maka manusia mengingkarinya dan tidak menerimanya kerana mereka membayangkan urusan ini akan ditangani oleh seorang tua. Al-Syeikh ini yang dimaksudkan dalam riwayat itu adalah tempat rujuk agama (Al-Marji3 Al-Dini), mereka adalah para syeikh tua umurnya dan orang tua biasanya tidak menerima panduan melainkan dari mereka sahaja dan tidak taat melainkan arahan mereka adalah timbalan Imam Mahdi (as) (seperti yang mereka dakwakan), ia tidak akan dijadi dalil bagi Imam Mahdi (as) selain mereka, jika datang seorang pemuda menyeru manusia kepada Imam Mahdi (as) apakah mereka menolaknya pada masa itu kerana kepimpinan membuta tuli kepada ulama, dan dengan itu riwayat ini tercapai (benar) dan diterapkan kesemua tempat dan banyak riwayat-riwayat yang mengesahkan bahawa Imam Mahdi (as) menghubungi ummah pada permulaan penampilan kezuhurannya melalui satu peribadi ..

Dari Abi Abdillah (as):

( إن لصاحب هذا الأمر غيبتين أحداهما تطول، حتى يقول بعضهم مات ويقول بعضهم ذهب، حتى لا يبقى على أمره من أصحابه إلا نفر يسير، ولا يطلع على موضعه أحد من ولده ولا غيره إلا المولى الذي يلي أمره )

(Pemilik Urusan ini, (Shohib Al-Amr) akan mempunyai dua keghaiban, salah satu darinya akan panjang (lama), sehingga sebahagian mereka akan mengatakan dia telah mati, dan sebahagian pula akan mengatakan dia telah pergi. Sehingga tiada satu pun yang tinggal daripada sahabat-sahabatnya melainkan beberapa orang. Dan tiada seorang pun yang mengetahui urusannya hatta anak-anak dari keturunannya atau orang lain, melainkan maula yang akan menggantikannya.) [35]

Dari Imam Abi Ja’far (as):

(يكون لصاحب هذا الأمر غيبة في بعض الشعاب ثم أومأ بيده إلى ناحية ذي طوى حتى إذا كان قبل خروجه بليلتين إنتهى المولى الذي يكون بين يديه يلقى بعض أصحابه فيقول: كم انتم هاهنا؟ فيقولون: نحو من أربعين رجلاً، فيقول كيف انتم لو قد رأيتم صاحبكم؟ فيقولون: والله لو يأوي بنا الجبال لآويناها .....)

(Pemilik Urusan ini akan mengalami keghaiban pada sebahagian laluan tersebut” dan dia menunjuk dengan tangannya ke arah Zhi Thawa. “Sehingga sebelum kemunculannya, Maula yang ada bersamanya akan tampil lalu dia menemui sebahagian sahabat-sahabatnya dan bertanya: ‘Berapa ramai kamu di sana?’ Mereka menjawab: ‘Kami empat puluh orang.’ Kemudian dia bertanya: ‘Apa yang akan kamu lakukan jika kamu melihat Shahib kamu (Shahib bagi Urusan ini)’. Mereka menjawab: ‘Demi Allah, jika dia pergi dari sini dan berlindung di mana-mana gunung, kami juga akan berada bersamanya....’)[36]

Dan dari Abi Ja’far (as):


(وليس في الرايات راية أهدى من راية اليماني، هي راية هدى، لأنه يدعو إلى صاحبكم، فإذا خرج اليماني حَرُم بيع السلاح على الناس وكل مسلم، وإذا خرج اليماني فانهض إليه، فإن رايته راية هدى، ولا يحل لمسلم أن يلتوي عليه، فمن فعل ذلك فهو من أهل النار، لأنه يدعو إلى الحق والى صراط مستقيم ...)

“Tiada panji-panji sebagai panji  petunjuk selain daripada panji Al-Yamani, panjinya adalah panji petunjuk (hidayah), kerana dia mengajak kepada pemilik kamu (Imam Al Mahdi (as). apabila keluar Al-Yamani, maka diharamkan penjualan senjata ke atas orang ramai dan setiap muslim. Dan apabila keluar Al-Yamani, maka pergilah kepadanya kerana panjinya adalah panji petunjuk. Dan diharamkan bagi muslim untuk berpaling daripadanya, dan barangsiapa yang berbuat demikian adalah dari kalangan ahli neraka kerana dia mengajak kepada kebenaran dan jalan yang lurus..”) [37]
                              
Dari riwayat-riwayat ini kita sampai kepada kesimpulan bahawa kategori kedua tidak dimaksudkan kepada Imam Mahdi (as), tetapi dimaksudkan, yang menunjukkan Imam (as), dan apabila ia berada dalam urusan orang muda, maka ia akan menjadi musibah yang diucapkan oleh Imam Al-Shadiq (as) dan tidak seorang pun percaya kepadanya, mereka mengharapkan urusan itu ada pada salah seorang syeikh yang sedang duduk di dalam Hauzah (pusat-pusat pengajian), bukan pada seorang lelaki asalnya yang tidak aktif!!!.

------------------------------------
[35] Bihar Al-Anwar: J 52 hal 152.
[36] Bihar Al-Anwar: J 52 hal 342..
 [37] Ghaibah Al-Nu3mani hal
264.

Bahagian II: riwayat-riwayat sifat-sifat Jasmani Imam (as)

1. Warna kulit

Ada banyak riwayat-riwayat yang saling berkaitan antara satu sama lain dan ada yang bercanggah pada sebahagian sifat-sifat, sebagai contoh, disebutkan sebahagian percanggahan yang tidak boleh diabaikan:

Dari Rasulullah (S):

(Al-Mahdi, adalah seorang lelaki dari anak keturunanku, wajahnya bak bintang berkilau, warna (kulitnya) warna orang Arab. dari (bentuk) badanmya seperti Bani Israel) [38]

Dari Nabi (S) bersabda:

(انه رجل من ولدي، كأنه من رجال بني إسرائيل، يخرج عن جهد من أمتي وبلاء، عربي اللون، ابن أربعين سنة، كأنه وجه كوكب دري، يملأ الأرض عدلاً كما مُلئت ظلماً وجوراً، يملك ..... )

Dia adalah seorang lelaki dari anak keturunanku, ia seperti lelaki Bani Israel, dia akan keluar berjihad bersama umatku dan bencana itu, warna kulitnya seperti orang Arab, dia berusia empat puluh tahun, wajahnya seakan-akan bintang bercahaya seperti mutiara, yang akan memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan, dia memerintah. ...) [39]

Warna yang dimaksudkan di sini adalah coklat (sawo matang) seperti yang dijelaskan Al-Syed Al-Sadr dalam Al-Mausu3ah J 3 hal 265, dan sebahagiam riwayat menerangkan secara jelas di mana Imam Al-Shadiq (as) menyifatkan Al-Qaim dengan mengatakan: (berkulit coklat, dengan kecoklatannya yang kekuningan kerana berjaga malam) [40]

Sementara di sisi yang lain ada riwayat-riwayat:

Dari Amirul Mukminin (as): (Akan keluar seorang lelaki dari anak keturunanku pada akhir zaman berkulit putih kemerahan
mempunyai perut yang luas (besar), paha yang lebar ....) [41]

Dalam satu khabar lain disifatkan oleh Imam Al-Shadiq (as) katanya: (dahinys jelas, wajahnya putih, matanya bercahaya, tapak tangannya terasa tebal, lututnya melengkung) [42]

riwayat-riwayat ini dan riwayat-riwayat lain menjelaskan bahawa ia berkulit putih bukannya coklat.

-----------------------------
[38] Bihar Al-Anwar J 51 hal 65
[39] Al-Malahim Ws Al-Fitan oleh Ibn Al-Thawus hal 141.
[40] Ilzam Wa Al- Nashib: J 1 hal 420.
[41] I3lam Al-Wari, hal 465.
[42] Ilzam Wa Al- Nashib: J 1 hal 420



2. Kedua-dua paha

Dari Amirul Mukminin (as): (Ia adalah seorang lelaki berdahi bersih (jelas), hidungnya mancung, perutnya besar, kedua pahanya kecil, paha kanannya tahi lalat) [43], dan erti kedua pahanya kecil dan adalah kurang besar dikeluarkan paha yang bercanggah dengan hadits sebelumnya, yang ia menerangkan sebagai paha lebar.


3. Kening

Ali bin Ibrahim Mahziyar dalam menyifat Al-Mahdi (as), berkata (...... sampai dahi, kedua keningnya halus memanjang (lebar) ke pangkal hidung, pipinya rata .....) [44]

Dua keningnya halus (kening yang halus melebar)) Lebat yang tak sama ((iaitu, keningnya cukup lebar tetapi tidak bersambung))


Bagi riwayat-riwayat yang bertentangan dengannya, mengatakan Dua kening yang tinggi:

Dari Abi Jaafar Al-Baqir (as): (... yangcenderung kemerahan kedua matanya yang cengkung, kening tinggi, bahunya luas (dada bidang), kepalanya berkelemumur, dan mukanya ada bekas tanda, ada pertalian dengan Musa) [45]


Al-Syed Al-Sadr berkata pada kedua-dua riwayat ini dan membincangkan percanggahan yang terbit pada sifat kedua-dua kening dalam Al-Mausu3ah J 3 hal 366 apabila beliau berkata: Maksud (kedua keningnya halus memanjang (lebar)) dikatakan halus keningnya lebat dan lebar. manakala sifat lain (tinggi kedua keningnya), yang bermaksud bahawa keningnya lebar dan jarak yang membawa percanggahan..


4. Ciri-ciri mata

Lihat sifat-sifatnya (as) bahawa matanya besar, dan dalam riwayat-riwayat pada sifat No. 3 (kening) matanya cengkung, yang bermakna bahawa ia tidak besar.

5 Tanda pada muka

Rasulullah (S) bersabda: (....Wajahnya bagai bintang berkilau, di pipi kanannya terdapat tahi lalat hitam, ia mengenakan dua helai kain katun (Quthwanatan). ....) [46], bahawa tanda mukanya di pipi- kanannya, terdapat tahi lalat hitam pada sifat No. 3 (kening) mukanya ada bekas tanda, dan ini jelas berbeza ((....dan mukanya ada bekas tanda, ada pertalian dengan Musa)).
                                      
---------------------------------
[43] Bihar Al-Anwar: J 51 hal 131..
[44] Al-Kharaij Wa Al-Jaraih J 2 hal  787
[45] Ghaibah Al-Nu3mani
hal 215.
[46] Bihar Al-Anwar: J 15 hal  96.



Hasil Paksi Kedua

Percanggahan yang jelas dalam menggambarkan Imam (as) sewaktu kezuhuran pada umur dan perihal sifat-sifat jasmaninya todak diragukan lagi bahawa terdapat dua orang seperti yang dimaksudkan oleh riwayat-riwayat tersebut, ianya tidak boleh dikaitkan kepada hanya kepada seorang lelaki dan kedua-duanya telah disifatkan dalam semua riwayat-riwayat pada Al-Qaim atau Al-Mahdi atau Al-Imam dan ini menyaksikan bahawa orang yang dimaksudkan dalam riwayat-riwayat ini adalah Qaim Keluarga Muhammad juga, yang juga adalah Al-Mahdi dan juga seorang imam dalam urusan ini seperti yang saya katakan sebelum ini, dan ia adalah rahsia-rahsia dan simbolik yang diperlukan untuk menyelamatkan perlaksanaan kexuhuran...

Terdapat satu perkara yang penting yang saya ingin merujuknya dalam riwayat-riwayat sifat-sifat ini yang jika diambil riwayat yang di dalamnya ada sifat bertentangan bagi jenis sifat yang sama seperti warna, sebagai contoh, maka yang lain daripada sifat-sifat yang disebut dalam riwayat-riwayat ini menghadkan sifat-sifat daripada dua peribadi tersebut, dan mengumpulkan riwayat-riwayat lain yang mengandungi sifat-sifat tentang warna (kulit) untuk menjadikan riwayat-riwayat tersebut riwayat-riwayat yang dianggap sebagai sifat tertentu dalam riwayat-riwayat lain dan ini menjadikan semua riwayat yang khusus itu dengan sifat-sifat yang telah dikumpulkan dalam dua kumpulan dan sifat-sifat yang terkandung dalam salah satu daripada dua kumpulan riwayat-riwayat dan ia adalah sifat-sifat khusus untuk orang yang berbeza bahkan juga bercanggah dengan sifat-sifat orang yang dimaksudkan dalam kumpulan yang lain dengan penglibatan mereka dengan beberapa sifat, seperti ketinggian orang Israel, dan penyakit kelumumur dan lain-lain.

Jika terdapat keadaan yang bercanggah kami akan menunjukkan sifat-sifat dalam kumpulan yang satu, sebagai contoh sifat-sifat yang diberikan kepada Mahdi Pertama (as) dan disifatkan dengan tepat bahawa kulitnya coklat, seorang yang tinggi dan menerangkan ciri-ciri mukanya, kurus paha, iaitu dia tidak besar badannya tetapi terdapat satu sifat lain yang disebut oleh salah sebuah riwayat yang dia mempunyai perut yang besar pada hal ia antara sifat yang tidak setimpal diandaikan dengan sifat tubuh badan Mahdi Pertama (as) dan keadaan ini mungkin disebabkan oleh dua perkara: -

Pertama adalah beban pada simbol (perlambangn) untuk menghapuskan percanggahan secara zahir yang mengharuskan kita tergantung pada pada riwayat-riwayat ini.

Kedua: Perbezaan dalam sifat-sifat yang dalam kumpulan yang sama jika ia berlaku, ia boleh kembali kepada penyampai, mereka memindahkan riwayat-riwayat dari para Imam (as) dan dicatatkan atau disalin dalam pelbagai peringkat masa, jika terlalu banyak riwayat-riwayat tentang sifat-sifat dan para perawi tidak menyedari bahawa terdapat dua orang yang dimaksudkan dengan gelaran Al-Mahdi pada riwayat-riwayat itu maka kelalaian dan kesilapan mungkin akan berlaku kerana sifat yang terkandung dalam riwayat-riwayat itu adalah sama.

Maksudnya ia tidak memerlukan penelitian, jika berlaku tambahan salah satu sifat bagi riwayat ini kepada kepada sifat-sifat pada riwayat lain ia adalah khusus dimiliki oleh imam yang sama tidak berlaku pelanggaran atau penyelewengan dari sudut pandangan perawi, Wa Allahu A3lam.

Kesimpulan terakhir ialah percanggahan dalam sifat-sifat setiap kumpulan adalah sangat kecil sehingga ia tidak mengubah konsep umum yang kukuh dan jelas, iaitu, bahawa sifat-sifat itu dibahagikan kepada sifat-sifat dua orang lelaki dan bukannya seorang lelaki. Oleh itu, paksi kedua membuktikan perlunya simbol (perlambangn) dalam merujuk kepada persediaan (kezuhuran).