Ahad, 26 Januari 2014

Menjawab Keraguan Yang Ditimbulkan Oleh Pengikut Marajik Terhadap Sayyid Ahmad Al Hassan As

MENJAWAB KERAGUAN YANG DITIMBULKAN OLEH PENGIKUT MARAJIK TERHADAP SAYYID AHMAD AL HASSAN AS - SIRI 1.

Soalan daripada Misolochi Bill, apakah Ahmad bin Ismail anda seorang Imam??

Untuk menjawab soalan ini, pertamanya perlu kita ketahui bahawa hadis wasiat Rasulullah SAW menyebutkan “akan ada sesudahku 12 Imam dan sesudah mereka 12 Mahdi”. Kami beriktikad bahawa khalifah Allah selepas Rasulullah SAW adalah 24 orang kesemuanya, iaitu 12 orang Imam dan 12 orang Mahdi.

Keduanya, perlu kita ketahui bahawa maqam Imamah dan Mahdiyyin adalah dua maqam berbeza, kerana maqam Imamah adalah lebih tinggi dan khusus untuk mereka sahaja yang Allah SWT tidak kongsikan dengan selain dari mereka, berbanding maqam Mahdiyyin yang lebih rendah kerana mereka adalah syiah khusus kepada 12 Imam AS. Di mana 12 Mahdiyyin ini terutamanya Mahdi Pertama mengajak kepada wilayah 12 Imam AS.

Ketiganya timbul soalan di sini, apakah para Mahdiyyin ini adalah Imam juga? Jawapannya adalah jelas daripada hadis-hadis dan doa-doa yang dibacakan oleh umat Syiah bahawa yang akan memerintah selepas kewafatan Imam Zaman AS adalah anak-anak daripada keturunannya dan mereka adalah Imam pada maqam mereka sendiri iaitu maqam Mahdiyyin seperti yang telah dijelaskan sebelum ini.

Mari kita lihat hadis-hadis dan doa-doa yang menyebutkan hal ini:

دعاء آخر مروي عن صاحب الزمان عليه السلام، خرج إلى أبي الحسن الضراب الأصفهاني بمكة، باسناد لم نذكره اختصارا نسخته: بسم الله الرحمن الرحيم اللهم...وصل على وليك وولاة عهدك والأئمة من ولده ومد في أعمارهم وزد في آجالهم وبلغهم أقصى آمالهم دينا ودنيا وآخرة إنك على كل شئ قدير.

1. "Dan berselawatlah ke atas WALI-MU dan WALI-WALI AHD-MU DAN IMAM-IMAM DARI ANAK KETURUNANNYA, panjangkanlah umur-umur mereka dan lengahkanlah ajal-ajal mereka, sampaikanlah penghujung cita-cita mereka di dunia dan di akhirat. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa atas setiap sesuatu." [Misbah Al Mujtahid oleh Syeikh Al Thoosi, ms 406]

Ini juga adalah doa untuk Wali Allah Imam Al Mahdi [a.s] dan diikuti selepasnya dengan doa kepada pemegang-pemegang janjinya (wulat ‘ahdihi). Semua ini disebutkan selepas selesai doa kepada Rasulullah [sawas], Ali [a.s], Fatimah [a.s] dan wasi-wasi yang terdiri dari kalangan anak mereka berdua. Seterusnya Imam [a.s] menyatakan di dalam doanya buat para Mahdi [a.s]:” dan lengahkanlah ajal mereka...” padahal telah maklum di fikiran kita bahawa bapa-bapa Imam Al Mahdi [a.s] telah pun wafat kesemuanya
الدعاء لصاحب الأمر عليه السلام المروي عن الرضا عليه السلام: روى يونس بن عبد الرحمن: أن الرضا عليه السلام كان يأمر بالدعاء لصاحب الأمر بهذا:
اللهم ادفع عن وليك وخليفتك وحجتك على خلقك...اللهم! أعطه في نفسه وأهله وولده وذريته وأمته وجميع رعيته ما تقر به عينه وتسر به نفسه وتجمع له ملك المملكات كلها قريبها وبعيدها وعزيزها وذليلها حتى يجري حكمه على كل حكم وتغلب بحقه كل باطل...اللهم! صل على ولاة عهده والأئمة من بعده وبلغهم آمالهم وزد في آجالهم.

2. Begitu juga doa yang didatangkan dari Imam Ridha (a.s) berkenaan Doa Shohibul Amr (a.s): "Ya Allah! berselawatlah ke atas WALI-WALI AHD-NYA DAN IMAM-IMAM SELEPASNYA, dan sampaikanlah cita-ta mereka dan lengahkanlah ajal-ajal mereka..." [Misbah Al Mujatahi, ms 409] [Bihar Al Anwat, jilid 92, ms 330] 
اللهم كن لوليك القائم بأمرك، محمد بن الحسن المهدي عليه وعلى آبائه أفضل الصلاة والسلام، في هذه الساعة وفي كل ساعة، وليا وحافظا وقائدا و ناصرا ودليلا ومؤيدا، حتى تسكنه أرضك طوعا وتمتعه فيها طولا وعرضا، وتجعله وذريته من الأئمة الوارثين،

3. Begitu juga doa yang diriwayatkan daripada Ahlulbayt (a.s): "Ya Allah! Jadikanlah walimu Al-Hujjah bin Al-Hasan. Semoga selawatmu tercurah ke atasnya & ke atas seluruh ayah & datuknya. Pada saat ini & pada setiap saat sebagai penjaga, pemelihara, pelindung, penolong, pemberi petunjuk & pembimbing (kami) sehingga Engkau serahkan kepadanya bumiMu dengan sukarela & Engkau bahagiakannya di bumi itu dalam tempoh yg lama. Dan Engkau jadikanlah baginya dan ANAK ZURIATNYA DARI KALANGAN IMAM-IMAM YANG MEWARISI..." [Bihar Al Anwar, jilid 94, ms 349] 

اللهم! إني أسألك بحق المولود في هذا اليوم الموعود بشهادته قبل استهلاله وولادته، بكته السماء ومن فيها والأرض ومن عليها، ولما يطأ لابتيها قتيل العبرة وسيد الأسرة الممدود بالنصرة يوم الكرة المعوض من قتله أن الأئمة من نسله والشفاء في تربته والفوز معه في أوبته والأوصياء من عترته بعد قائمهم وغيبته...

4. Diriwayatkan daripada Imam Al-Askary berkenaan Doa ke-3 bulan Syaaban dalam mendoakan kedudukan para Mahdi [a.s] selepas daripada Imam Al Mahdi [a.s], dan Imam [a.s] mengikrarkan bahawa mereka adalah Hujah ke atas makhluk selepasnya [a.s]. Telah diriwayatkan doa ini dengan kata-kata Imam Al Askariy sendiri kepada Abi Al Qasim bin Al ‘Ala Al Hamdani dan dia adalah wakilnya: “Sesungguhnya tuan kami Al Hussein [a.s] dilahirkan pada hari khamis pada 3 syaaban dan menghuraikannya dengan tenang akan doa ini, dipetik dari doa yang panjang bagi tujuan pembuktian: "....dan PARA WASHI DARI KETURUNANNYA SELEPAS QOIM MEREKA DAN KEGHAIBANNYA..." [Misbah Al Mujtahid oleh Syeilh Al Toosi, muka surat 826]

Kesimpulannya, jelas berdasarkan riwayat-riwayat di atas bahawa yang akan memerintah sesudah kewafatan Imam Zaman AS adalah:

a.WALI-WALI AHD-MU DAN IMAM-IMAM DARI ANAK KETURUNANNYA.
b.WALI-WALI AHD-NYA DAN IMAM-IMAM SELEPASNYA.
c.ANAK ZURIATNYA DARI KALANGAN IMAM-IMAM YANG MEWARISI.
d.PARA WASHI DARI KETURUNANNYA SELEPAS QOIM MEREKA DAN KEGHAIBANNYA

Ini menunjukkan bahawa yang akan memerintah selepas Imam Zaman AS adalah anak dari keturunannya, yang mana mereka adalah wali-wali ahdnya, wasi-washinya dan IMAM. Sekaligus bertepatan dengan hadis wasiat Rasulullah SAW yang menyebutkan tentang 12 Mahdi sesudah 12 Imam. Lantas menyebutkan nama Mahdi Pertama yang akan memerintah selepas bapanya Imam Mahdi Muhammad bin Al-Hassan AS, “Maka apabila maut menghampirinya, hendaklah dia serahkannya (kekuasaan) kepada anaknya Mahdi yang pertama, baginya tiga nama: nama seperti namaku dan nama bapaku iaitu ABDULLAH dan AHMAD, dan nama ketiganya adalah AL-MAHDI. Dan dia adalah yang pertama beriman).

Kesimpulannya:

a.Hadis wasiat Nabi SAW menyebutkan adanya 12 Imam dan sesudah mereka 12 Mahdi.
b.Kedua-dua maqam Imamah dan Mahdiyyin ini adalah maqam yang berbeza.
c.Para Mahdi adalah dari keturunan Imam Zaman AS dan yang akan memerintah selepas beliau AS.
d.Para Mahdi adalah juga Imam pada maqam mereka tersendiri iaitu maqam Mahdiyyin.
e.Yang pertama dari kalangan 12 Mahdi ini bernama Ahmad, seperti yang disebutkan dalam nas wasiat.

Semoga mendapat pencerahan dari Allah SWT..

MENJAWAB KERAGUAN PARA PENGIKUT MARAJIK TERHADAP SAYYID AHMAD AL-HASSAN AS - SIRI 2

Apakah mengkritik ulama ghayru amylin bersandarkan nas perbuatan tercela?

Dijauhkan Imam Ahmad Al Hassan daripada akhlak yang tercela, dia adalah dari keturunan Aimmah yang suci (a.s) dan akhlaknya diambil daripada akhlak mereka (a.s). Dialah yang mengajar dan mengenalkan kami akhlak Rasul Muhammad (sawas) dan akhlak ithrahnya yang suci (a.s), setelah sebelumnya kami tidak mengetahui tentangnya melainkan terlalu sedikit.

Sudah menjadi tabiat kalian menganggap asing kritikan Imam Ahmad Al Hassan terhadap ulama-ulama ghayru amilin (tidak beramal) , kerana sudah menjadi kebiasaan kalian untuk bersangka baik dan tidak memperdulikan kesilapan-kesilapan ulamak dan pembohongan mereka, bahkan membantu dan mengikut kesalahan-kesalahan mereka, seterusnya kalian telah membiasakan penyembahan dan ketaatan membuta-tuli kepada mereka. Sepertimana yang telah dilakukan sebelum kalian dari kalangan Bani Israil, apabila mereka berpakat dengan ulama-ulama mereka dalam menentang Nabi-Nabi Allah, malahan para Aimmah (a.s) telah menerangkan hal ehwal kalian dan mencela kalian dengan seburuk-buruk celaan:

Diriwayatkan daripada Imam Baqir (a.s), sesungguhnya (a.s) telah berkata: “Akan berlaku di akhir zaman orang-orang yang mengikut mereka adalah orang-orang yang suka menunjuk-nunjuk, yang elok bacaannya dan menyongsang ilmunya, pembid’ah yang jahat perangai, tidak mewajibkan amar makruf dan mencegah kemungkaran, melainkan apabila dapat menyelamatkan mereka daripada bahaya, dan mereka meminta kemudahan dan alasan untuk diri mereka, dan mereka mengikuti kesalahan-kesalahan ulama dan kefasadan ilmu mereka.” [Tahzib Al Ahkam, jilid 6, ms 180]

Daripada Imam Sadiq (a.s), daripada Amirul Mukminin (a.s), daripada Rasul (sawas), sesungguhnya baginda telah bersabda: “Akan datang ke atas manusia satu zaman yang tidak tinggal daripada Quran melainkan tulisannya, dan daripada Islam melainkan namanya, mereka menamakan dengannya tetapi mereka adalah sejauh-jauh manusia daripadanya, masjid-masjid mereka meriah tetapi kosong daripada hidayah, fuqaha di zaman itu adalah sejahat-jahat fuqaha di bawah lindungan langit, daripada mereka keluarnya fitnah dan kepada mereka fitnah itu dikembalikan.” [Raudhat Al Kafi, ms 479]

Pada pandangan kalian Imam Ahmad Al Hassan tidak akan mempunyai akhlak yang baik melainkan apabila dia mengikuti ulama-ulama dan kesalahan-kesalahan mereka, dan menganggap mereka sebagai maksum sepertimana Aimmah (a.s) yang tidak mungkin terbit kesalahan dari diri mereka!!! Tidak mungkin dikatakan kepada mereka bahawa pandangan mereka telah dikaburkan.

Kalian lihatlah sendiri penyelewengan-penyelewengan keji dan pertentangan ini yang sama sekali tidak boleh dimaafkan oleh sirah Ahlulbayt (a.s). Bukankah lebih baik bagi kami/kita untuk merujuk kepada Ahlulbayt (a.s) supaya mengajarkan kami/kita, siapakah sepatutnya ditaati dan apakah sifat orang yang patut ditaati? supaya jangan sampai kami/kita merampas kedudukan orang-orang yang maksum dan memakaikannya kepada selain mereka. Telah diriwayatkan daripada Ahlulbayt (a.s) bahawa tiada ketaatan selain kepada orang yang maksum.

Sepertimana yang diriwayatkan daripada Amirul Mukminin (a.s) ketika dia berkata: “Adapun ketaatan itu kepada Allah dan RasulNYA (sawas) dan pemegang urusan (wulat Al Amr), dan adapun Allah memerintah supaya mentaati Rasul (sawas) kerana kemaksumannya yang menyucikan dan tidak menyuruh kepada maksiat, dan adapan diperintahkan untuk taat kepada pemegang urusan kerana mereka adalah maksum yang menyucikan serta tidak menyuruh kepada kemaksiatan.” [Wasail Al Shiah, jilid 72, ms 130]

Daripada Jaafar bin Muhammad (a.s) : “...Allah Taala tidak memfardhukan ke atas hamba-hambanya untuk mentaati orang yang Dia tahu akan menurut hawa nafsu dan menyesatkan mereka, dan tidak memilih untuk mengutuskannya, dan tidak mengutamakan dari kalangan hamba-hambanya orang yang akan kufur dengannya dan menyembah Syaitan selainNYA, dan tidak menjadikan kewajipan ke atas hamba-hambanya melainkan yang maksum.” [Al Khishal, ms164]

Setelah dikemukakan semua ini, apakah kalian merasa puas untuk mentertawakan akal-akal manusia lemah yang merelakan diri mereka mentaati ulama-ulama sepertimana mentaati Aimmah yang maksum (a.s). Kalian telah menjauhkan mereka daripada membantu utusan Imam Mahdi (a.s) dan kalian menundukkan mereka supaya mengikut kehendak Amerika dan teori demokrasinya. Kalian menggantikan kedudukan perlembagaan Ilahi dengan perlembagaan ciptaan manusia. Apakah kalian tidak menyangka bahawa kalian akan berdiri di hadapan Allah Taala besok dan akan ditanyakan berkenaan hal tersebut, dan akan dihisab dengan perhitungan yang sangat sukar, dan di sisiNYA nanti kalian akan berkata sepertimana yang diceritakan kepada kalian oleh Allah Taala di dalam Quran: 

 
إِذْ تَبَرَّأَ الَّذِينَ اتُّبِعُوا مِنَ الَّذِينَ اتَّبَعُوا وَرَأَوُا الْعَذَابَ وَتَقَطَّعَتْ بِهِمُ الْأَسْبَابُ ﴿١٦٦ وَقَالَ الَّذِينَ اتَّبَعُوا لَوْ أَنَّ لَنَا كَرَّةً فَنَتَبَرَّأَ مِنْهُمْ كَمَا تَبَرَّءُوا مِنَّا ۗ كَذَٰلِكَ يُرِيهِمُ اللَّـهُ أَعْمَالَهُمْ حَسَرَاتٍ عَلَيْهِمْ ۖ وَمَا هُم بِخَارِجِينَ مِنَ النَّارِ ﴿١٦٧

“(Iaitu) ketika ketua-ketua yang menjadi ikutan itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutnya, sedang kedua-dua pihak melihat betapa ngerinya azab seksa itu dan (ketika) terputusnya segala hubungan di antara mereka. Dan (pada masa yang mengecewakan itu) berkatalah orang-orang yang menjadi pengikut: Alangkah eloknya kalau kami dikembalikan semula ke dunia, maka (dengan itu dapat) kami berlepas diri daripada mereka sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami (pada saat ini)! Demikianlah Allah perlihatkan kepada mereka amal-amal mereka (dengan rupa yang mendatangkan) penyesalan yang amat sangat kepada mereka dan mereka pula tidak akan dapat keluar dari Neraka.” (Al Baqarah 2: 166-167) 
Pengikut-pengikut ulama jahat juga akan berkata sepertimana Allah Taala telah ceritakan berkenaan mereka:

 يَوْمَ تُقَلَّبُ وُجُوهُهُمْ فِي النَّارِ يَقُولُونَ يَا لَيْتَنَا أَطَعْنَا اللَّـهَ وَأَطَعْنَا الرَّسُولَا ﴿٦٦ وَقَالُوا رَبَّنَا إِنَّا أَطَعْنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَاءَنَا فَأَضَلُّونَا السَّبِيلَا ﴿٦٧ رَبَّنَا آتِهِمْ ضِعْفَيْنِ مِنَ الْعَذَابِ وَالْعَنْهُمْ لَعْنًا كَبِيرًا ﴿٦٨

Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam Neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya! (Al Ahzab 33: 66-68)

Oleh itu adalah menjadi hak Imam Ahmad Al Hassan untuk berucap kepada orang-orang yang mengingkari haknya dan mendustakannya tanpa sebarang dalil dan menentangnya sebagai musuh sehingga sampai kepada ingin membunuhnya (semoga Allah memeliharanya dari segala kejahatan). Imam Ahmad Al Hassan tidak pernah melampaui lafaz ucapan Ilahi terhadap ulama jahat yang bertindak menentang Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul (a.s), Allah Taala berfirman:

مَثَلُ الَّذِينَ حُمِّلُوا التَّوْرَاةَ ثُمَّ لَمْ يَحْمِلُوهَا كَمَثَلِ الْحِمَارِ يَحْمِلُ أَسْفَارًا ۚ بِئْسَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِ اللَّـهِ ۚ وَاللَّـهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya Taurat kemudian mereka tiada memikulnya adalah seperti keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amatlah buruknya perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu. Dan Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang zalim. (Al Jumuah 62: 5)

Allah Taala telah berfirman berkaitan seorang alim Bani Israil yang bernama Bal’am bin Ba’ura:

 وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ الَّذِي آتَيْنَاهُ آيَاتِنَا فَانسَلَخَ مِنْهَا فَأَتْبَعَهُ الشَّيْطَانُ فَكَانَ مِنَ الْغَاوِينَ ﴿١٧٥ وَلَوْ شِئْنَا لَرَفَعْنَاهُ بِهَا وَلَـٰكِنَّهُ أَخْلَدَ إِلَى الْأَرْضِ وَاتَّبَعَ هَوَاهُ ۚ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ الْكَلْبِ إِن تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ أَوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَث ۚ ذَّٰلِكَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا ۚ فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ ﴿١٧٦ سَاءَ مَثَلًا الْقَوْمُ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَأَنفُسَهُمْ كَانُوا يَظْلِمُونَ ﴿١٧٧

“Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang telah Kami berikan kepadanya ayat-ayat Kami, kemudian dia melepaskan diri daripada ayat-ayat itu lalu dia diikuti oleh syaitan, maka jadilah dia termasuk orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan [derajat]nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya [juga]. Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah [kepada mereka] kisah-kisah itu agar mereka berfikir. Amat buruklah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan kepada diri mereka sendirilah mereka berbuat zalim.” (Al A’raf 7: 175-177)

Lihatlah bagaimana tingginya tahap Bal’am bin Ba’ura sehinggakan Allah telah mensifatkan bahawa dia telah dikurniakan ayat-ayatNYA. walaupun begitu, dia tidak membebaskan dirinya daripada bertindak bersama Firaun dalam menentang Nabi Allah Musa (a.s), maka jadilah dia seperti seperti anjing dan seburuk-buruk perumpamaan bagi orang-orang kafir.

Kami akan menyebutkan di sini sebahagian kata-kata Aimmah (a.s) dan sahabat-sahabat mereka tentang hakikat sebenar ulama-ulama ghayru amilin dan musuh-musuh kebenaran dan kejujuran. Kebanyakan belum pernah lagi diucapkannya oleh Imam Ahmad Al Hassan sehingga sekarang terhadap ulama-ulama yang memeranginya dan menuduhnya dengan pelbagai tuduhan yang jelik:

Daripada Amirul Mukminin (a.s) dalam mencela penduduk Basrah: “Kalian adalah tentera wanita dan pengikut binatang. Jawapan kamu seperti buih, bila digigit kamu lari, akhlak kamu seperti tepung, dan janji kamu mudah pecah, agama kamu adalah nifaq...” [Nahjul Balaghah, jilid 1, ms 44]

Daripada kata-kata Amirul Mukminin kepada Al Ash’ath bin Qays ketika (a.s) sedang berkhutbah di atas mimbar Kufah, maka berlalu sebahagian ucapannya berkenaan sesuatu yang dibangkang oleh Al Ash’ath, lantas berkata: “Wahai Amirul Mukminin ini adalah kewajipan kamu dan bukan milik kamu. Maka (a.s) merendahkan pandangannya kepada Al Ash’ath, lalu berkata: Kamu tidak tahu apa yang diwajibkan ke atasku dan apa yang jadi hak milikku, laknat Allah ke atas kamu dan laknat di kalangan orang-orang dilaknat, pengait anak kepada pengait, munafik anak kepada kafir.” [Nahjul Balaghah, jilid 1, ms 56]

Daripada kata-kata (a.s) juga ketika berlakunya pertengkaran mulut dia antara (a.s) dan Usman, maka berkata Al Mughirah bin Al Akhnas kepada Usman:” Aku berasa cukuplah kamu dengannya.” Maka Imam Ali (a.s) berkata kepada Mughirah: “Wahai anak si laknat yang tidak mempunyai keturunan, dan pokok yang tidak mempunyai akar mahu pun cabang...” [Nahjul Balaghah, jilid 2, ms 18]

Daripada Aban bin Taghlab telah berkata: Aku telah bersama Abi Jaafar (a.s) di satu sudut masjid Al Haram dan ketikan sekumpulan orang sedang melaungkan Talbiah di sekeliling Kaabah, lalu (a.s) berkata: “Adakah kamu melihat mereka yang melaungkan Talbiah? Demi Allah suara-suara mereka adalah lebih dibenci oleh Allah daripada suara-suara keldai.” [Wasail Al Syiah, jilid 9, ms 57]

Telah berkata Amirul Mukminin (a.s) kepada Muawiyah (l.a): “Wahai Muawiyah, sesungguhnya Rasulullah (sawas) telah mengkhabarkan kepadaku bahawa umatnya akan mewarnakan janggutku dengan darah di kepalaku, dan aku adalah orang-orang yang Syahid, dan umat selepasku akan menuruti, bahawa kamu akan membunuh anakku Al Hassan membelot janji dengan racun, dan anakmu Yazid yang Allah melaknatinya akan membunuh anakku Al Hussain, yang memerintah selepasnya itu daripada anak perempuan zina.” {Kitab Sulaym bin Qays, ms 309]

Sekiranya kalian berkata bahawa kata-kata ini sebagai tidak berakhlak, maka kalian telah ingkar kepada kemaksuman Aimmah yang suci daripada perbuatan buruk dan keji. Sekiranya kalian berkata bahawa perkataan-perkataan ini berakhlak, maka kami katakan kepada kalian: Maka tidak mungkin bagi kalian untuk terasa hati dengan Imam Ahmad Al Hassan, apabila dia mengatakan para ulama ghayru amilin seumpamanya atau lebih rendah dari itu. Dan jangan pula kalian berkata bahawa mereka itu adalah musuh-musuh Aimmah dan ucapan sedemikian memang berhak bagi mereka. Sesungguhnya Imam Ahmad Al Hassan juga adalah daripada washi-washi Rasul (sawas) yang dinashkan ke atas mereka dengan wasiat. Dia juga adalah Al Yamani dijanjikan yang telah dikhabarkan oleh Aimmah (a.s) bahawa berpaling daripadanya adalah dari ahli neraka. Barangsiapa yang mendustakannya atau memeranginya, maka dia telah mendustakan dan memerangi Imam Mahdi (a.s). Maka dia akan dilaknat oleh lidah-lidah generasi akan datang, sepertimana yang telah terjadi kepada orang-orang sebelumnya dari kalangan pendusta dan mereka yang sangsi dan ragu-ragu. Dan mereka yang berbuat zalim kepada keluarga Muhammad akan mengetahui di mana tempat mereka akan dikembalikan dan balasan baik itu adalah buat orang-orang yang bertakwa.

MENJAWAB KERAGUAN YANG DITIMBULKAN OLEH PENGIKUT MARAJIK TERHADAP IMAM AHMAD AL-HASSAN AS – SIRI 3

Misteri lelaki yang muncul sebelum kebangkitan Imam Mahdi AS sudah terjawab..

Akhir-akhir ini terdapat sesetengah pihak yang datang bertandang ke laman seruan Al-Yamani AS yang penuh barakah ini untuk bertanyakan tentang zuriat keturunan Imam Mahdi Muhammad bin Al-Hassan Al-Askari AS. Namun setelah dijawab dengan dalil-dalil daripada riwayat-riwayat Ahlulbait AS tentang kewujudan zuriat Imam Mahdi AS yang akan memerintah selepas beliau AS, mereka mempersoalkan pula kewajaran anak Imam Mahdi AS wujud sebelum kebangkitan beliau AS. Jadi di dalam jawapan ringkas ini kami cuba membuktikan perkara ini agar ianya menjadi jelas buat kita semua yang mencari kebenaran, Insya Allah.

Kewujudan peribadi di zaman kezuhuran ini dapat disahkan melalui nasabnya yang kembali kepada keluarga Muhammad AS, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Basir dari Abu Abdullah AS mengatakan:

ما رواه ابو بصير عن أبي عبد الله (ع)، قال: (يا أبا محمد، ليس ترى امة محمد فرجاً أبداً ما دام لولد بني فلان ملك حتى ينقرض ملكهم، فإذا انقرض ملكهم أتاح الله لأمة محمد برجل منا أهل البيت يسير بالتقى ويعمل بالهدى ولا يأخذ في حكمه الرشا، والله إني لأعرفه باسمه واسم أبيه، ثم يأتينا الغليظ القصرة ذو الخال والشامتين القائد العادل الحافظ لما استودع يملاها عدلاً وقسطاً كما ملأها الفجار جوراً وظلماً) بحار الأنوار: ج25 ص269

(Wahai Abu Muhammad, umat Muhammad tidak melihat kelapangan selamanya, selagimana anak keturunan bani fulan di tampuk kekuasaan sehinggalah Allah membinasakan kekuasaan mereka, apabila dibinasakan kekuasaan mereka maka Allah akan mengurniakan buat umat Muhammad seorang lelaki daripada kami ahlulbait yang berjalan dengan takwa, beramal dengan petunjuk dan tidak mengambil rasuah dalam pemerintahannya. Demi Allah, aku tahu namanya dan nama bapanya, kemudian datang kepada kami seorang yang mempunyai tahi lalat di pipi dan dua tahi lalat di badan, seorang pemimpin adil lagi pemelihara, apabila dia diamanahkan maka dia akan memenuhinya (bumi) dengan keadilan dan kesaksamaan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan kejahatan, penindasan dan kezaliman. Bihar Al-Anwar, jilid 25, ms 269.

Jika kita teliti hadis ini, kita akan dapati bahawa hadis ini menjelaskan tentang dua peribadi yang berbeza setelah Allah memusnahkan kekuasaan anak bani fulan, iaitu:

1. Lelaki daripada kami ahlulbait yang akan berjalan dengan takwa, beramal dengan petunjuk dan tidak mengambil rasuah di dalam pemerintahannya, yang mana Imam Jaafar AS mengatakan beliau tahu namanya dan nama bapanya.

2.kemudian datang kepada kami seorang yang mempunyai tahi lalat di pipi dan dua tahi lalat di badan, seorang pemimpin adil lagi pemelihara, apabila dia diamanahkan maka dia akan memenuhinya (bumi) dengan keadilan dan kesaksamaan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan kejahatan, penindasan dan kezaliman.

Rata-rata umat syiah meyakini bahawa yang akan memenuhkan bumi dengan keadilan dan kesaksamaan adalah Imam Mahdi Muhammad bin Al-Hassan Al-Askari AS. Dan hal ini sudah pasti menunjukkan kepada peribadi nombor 2 yang datang kemudian yang mempunyai tahi lalat di pipi dan dua tahi lalat di badan, seorang pemimpin adil lagi pemelihara yang akan memenuhkan bumi dengan keadilan dan kesaksamaan, sebagaimana yang disebutkan dalam hadis di atas.
Persoalannya sekarang ini, siapakah peribadi dalam poin nombor 1 yang datang sebelumnya? Yang mana beliau adalah:

a. Daripada keturunan ahlulbait AS.
b. Berjalan dengan takwa.
c. Beramal dengan petunjuk.
d. Tidak mengambil rasuah di dalam pemerintahannya.
e. Imam Jaafar AS bersumpah bahawa beliau tahu namanya dan nama bapanya, seolah merahsiakan nama lelaki ini daripada kita.

Jika yang datang kemudian itu adalah Imam Mahdi as, lalu siapakah yang datang sebelum beliau as? Semestinya beliau adalah seorang lelaki dari keluarga Imam Mahdi as, sebagaimana yang dimaksudkan oleh Amirul Mukminin dalam ucapannya:

“Akan muncul seorang lelaki dari timur sebelum al-Mahdi dari keluarganya. Dia membawa pedang di atas pundaknya selama lapan bulan, membunuh dan membunuh dan bergerak menuju Baitul Maqdis.” Al-Mumhidun, al-Kurani, ms 110

Rasulullah saaw dan Ahlulbaitnya memerintahkan kita agar mendukung pemegang panji-panji hitam dari Timur, yang mana tidak ada keraguan dalam peranannya sebagai pengantar buat Imam Mahdi as. Rasulullah saaw bersabda:

“Apabila kalian melihat panji-panji hitam keluar dari arah Khurasan, maka datangilah sekalipun dengan merangkak di atas salji! Sesungguhnya di dalamnya (di tengah bendera-bendera hitam itu) terdapat khalifah al-Mahdi.” (Al-Malahim wa al-Fitan, Ibnu Thawus, ms 54, cet.al-Haidariah)

Siapakah khalifah Al-Mahdi? Untuk mengetahui siapakah khalifah Al-Mahdi hendaklah kita merujuk kepada nas wasiat Rasulullah SAW di malam kewafatan baginda, kerana dialah yang menggantikan Imam Mahdi Muhammad bin Al-Hassan Al-Askari AS nanti:

Daripada Abi Abdillah a.s, daripada bapa-bapanya terdahulu, daripada Amirul Mukminin Ali a.s, telah berkata: Rasulullah SAWA telah bersabda kepada Ali di malam sebelum kewafatannya; Wahai Bapa Hassan (Ali a.s) bawakan lembaran tulis dan dakwat, maka Rasulullah SAWA mencatatkan wasiatnya sehinggalah ia sampai ke butiran berikut, dan bersabda; Wahai Bapa Hassan sesungguhnya akan ada selepasku duabelas orang Imam dan selepas mereka duabelas orang Mahdi. Engkau wahai Ali adalah yang pertama dari duabelas imam tersebut. Dan hadis tersebut berterusan sehingga sampai kepada sabda, dan hendaklah diserahnnya kepada anaknya Muhammad Al Mustahfiz dari keluarga Muhammad alaihis salam. Begitulah duabelas orang Imam, setelah itu akan adanya duabelas Mahdi. Maka apabila maut menghampirinya, hendaklah dia serahkannya (Imamah) kepada anaknya Mahdi yang pertama, baginya tiga nama: nama seperti namaku dan nama bapaku iaitu Abdullah dan Ahmad, dan nama ketiganya adalah Al-Mahdi. Dan dia adalah yang pertama beriman. (Bihar Al Anwar jilid 53 ms 147, Ghaybah Al Toosi ms 150, dan Ghayat Al Maram jilid 2 ms 241.)

Beliau adalah Ahmad dan tiada siapa yang pernah mengklaim bahawa dirinyalah Ahmad yang disebutkan di dalam nas wasiat Rasulullah SAW di malam sebelum kewafatannya melainkan AHMAD AL-HASSAN AS. Maka benarlah kata-kata Imam Jaafar As-Shadiq AS:

Abi Abdillah (a.s) telah berkata: Pemilik urusan akan dikenali dengan 3 kualiti yang tidak akan diberikan kepada sesiapa pun melainkan diriya. Dia adalah yang pertama sebelum orang lain (mempunyai 3 kualiti ini) mengklaim dia adalah wasinya, dia mempunyai senjata Rasulullah (sawas) dan wasiatnya, iaitu sesuatu yang aku tidak memisahkan diriku darinya. [Basa'er Al- Darajat Muhammad ibn Al-Hassan Al-Safaar p.202]

Kesimpulannya:

1. Wujud lelaki daripada ahlulbayt AS iaitu ahlulbait Imam Mahdi AS yang akan keluar sebelum kebangkitan Imam Mahdi AS.
2. Dia adalah khalifah Al-Mahdi AS.
3. Namanya dinaskan dalam wasiat Rasulullah SAW di malam kewafatan baginda iaitu AHMAD.
4. AHMAD AL-HASSAN AS adalah yang pertama mengklaim wasiat ini dan tiada orang lain sebelumnya yang pernah mengklaimnya.

Segala pujian semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Kiriman Muhammad Eshraq

Tiada ulasan: