MENJAWAB KERAGUAN YANG
DITIMBULKAN OLEH PENGIKUT MARAJIK TERHADAP SAYYID AHMAD AL HASSAN AS - SIRI 1.
Soalan daripada Misolochi Bill, apakah Ahmad bin Ismail anda seorang Imam??
Untuk menjawab soalan ini, pertamanya perlu kita ketahui bahawa hadis wasiat
Rasulullah SAW menyebutkan “akan ada sesudahku 12 Imam dan sesudah mereka 12
Mahdi”. Kami beriktikad bahawa khalifah Allah selepas Rasulullah SAW adalah 24
orang kesemuanya, iaitu 12 orang Imam dan 12 orang Mahdi.
Keduanya, perlu kita ketahui bahawa maqam Imamah dan Mahdiyyin adalah dua maqam
berbeza, kerana maqam Imamah adalah lebih tinggi dan khusus untuk mereka sahaja
yang Allah SWT tidak kongsikan dengan selain dari mereka, berbanding maqam
Mahdiyyin yang lebih rendah kerana mereka adalah syiah khusus kepada 12 Imam
AS. Di mana 12 Mahdiyyin ini terutamanya Mahdi Pertama mengajak kepada wilayah
12 Imam AS.
Ketiganya timbul soalan di sini, apakah para Mahdiyyin ini adalah Imam juga?
Jawapannya adalah jelas daripada hadis-hadis dan doa-doa yang dibacakan oleh
umat Syiah bahawa yang akan memerintah selepas kewafatan Imam Zaman AS adalah
anak-anak daripada keturunannya dan mereka adalah Imam pada maqam mereka
sendiri iaitu maqam Mahdiyyin seperti yang telah dijelaskan sebelum ini.
Mari kita lihat hadis-hadis dan doa-doa yang menyebutkan hal ini:
دعاء آخر
مروي عن صاحب الزمان عليه السلام، خرج إلى أبي الحسن الضراب الأصفهاني بمكة،
باسناد لم نذكره اختصارا نسخته: بسم الله الرحمن الرحيم اللهم...وصل على وليك
وولاة عهدك والأئمة من ولده ومد في أعمارهم وزد في آجالهم وبلغهم أقصى آمالهم دينا
ودنيا وآخرة إنك على كل شئ قدير.
1. "Dan berselawatlah ke
atas WALI-MU dan WALI-WALI AHD-MU DAN IMAM-IMAM DARI ANAK KETURUNANNYA,
panjangkanlah umur-umur mereka dan lengahkanlah ajal-ajal mereka, sampaikanlah
penghujung cita-cita mereka di dunia dan di akhirat. Sesungguhnya Engkau amat
berkuasa atas setiap sesuatu." [Misbah Al Mujtahid oleh Syeikh Al Thoosi,
ms 406]
Ini juga adalah doa untuk Wali Allah Imam Al Mahdi [a.s] dan diikuti selepasnya
dengan doa kepada pemegang-pemegang janjinya (wulat ‘ahdihi). Semua ini
disebutkan selepas selesai doa kepada Rasulullah [sawas], Ali [a.s], Fatimah
[a.s] dan wasi-wasi yang terdiri dari kalangan anak mereka berdua. Seterusnya
Imam [a.s] menyatakan di dalam doanya buat para Mahdi [a.s]:” dan lengahkanlah
ajal mereka...” padahal telah maklum di fikiran kita bahawa bapa-bapa Imam Al
Mahdi [a.s] telah pun wafat kesemuanya
.
الدعاء لصاحب
الأمر عليه السلام المروي عن الرضا عليه السلام: روى يونس بن عبد الرحمن: أن الرضا
عليه السلام كان يأمر بالدعاء لصاحب الأمر بهذا:
اللهم
ادفع عن وليك وخليفتك وحجتك على خلقك...اللهم! أعطه في نفسه وأهله وولده وذريته
وأمته وجميع رعيته ما تقر به عينه وتسر به نفسه وتجمع له ملك المملكات كلها قريبها
وبعيدها وعزيزها وذليلها حتى يجري حكمه على كل حكم وتغلب بحقه كل باطل...اللهم! صل
على ولاة عهده والأئمة من بعده وبلغهم آمالهم وزد في آجالهم.
2. Begitu juga doa yang
didatangkan dari Imam Ridha (a.s) berkenaan Doa Shohibul Amr (a.s): "Ya
Allah! berselawatlah ke atas WALI-WALI AHD-NYA DAN IMAM-IMAM SELEPASNYA, dan
sampaikanlah cita-ta mereka dan lengahkanlah ajal-ajal mereka..." [Misbah
Al Mujatahi, ms 409] [Bihar Al Anwat, jilid 92, ms 330]
اللهم كن
لوليك القائم بأمرك، محمد بن الحسن المهدي عليه وعلى آبائه أفضل الصلاة والسلام،
في هذه الساعة وفي كل ساعة، وليا وحافظا وقائدا و ناصرا ودليلا ومؤيدا، حتى تسكنه
أرضك طوعا وتمتعه فيها طولا وعرضا، وتجعله وذريته من الأئمة الوارثين،
3. Begitu juga doa yang diriwayatkan daripada Ahlulbayt (a.s): "Ya Allah!
Jadikanlah walimu Al-Hujjah bin Al-Hasan. Semoga selawatmu tercurah ke atasnya
& ke atas seluruh ayah & datuknya. Pada saat ini & pada setiap saat
sebagai penjaga, pemelihara, pelindung, penolong, pemberi petunjuk &
pembimbing (kami) sehingga Engkau serahkan kepadanya bumiMu dengan sukarela
& Engkau bahagiakannya di bumi itu dalam tempoh yg lama. Dan Engkau
jadikanlah baginya dan ANAK ZURIATNYA DARI KALANGAN IMAM-IMAM YANG
MEWARISI..." [Bihar Al Anwar, jilid 94, ms 349]
اللهم! إني
أسألك بحق المولود في هذا اليوم الموعود بشهادته قبل استهلاله وولادته، بكته
السماء ومن فيها والأرض ومن عليها، ولما يطأ لابتيها قتيل العبرة وسيد الأسرة
الممدود بالنصرة يوم الكرة المعوض من قتله أن الأئمة من نسله والشفاء في تربته
والفوز معه في أوبته والأوصياء من عترته بعد قائمهم وغيبته...
4. Diriwayatkan daripada Imam
Al-Askary berkenaan Doa ke-3 bulan Syaaban dalam mendoakan kedudukan para Mahdi
[a.s] selepas daripada Imam Al Mahdi [a.s], dan Imam [a.s] mengikrarkan bahawa
mereka adalah Hujah ke atas makhluk selepasnya [a.s]. Telah diriwayatkan doa
ini dengan kata-kata Imam Al Askariy sendiri kepada Abi Al Qasim bin Al ‘Ala Al
Hamdani dan dia adalah wakilnya: “Sesungguhnya tuan kami Al Hussein [a.s]
dilahirkan pada hari khamis pada 3 syaaban dan menghuraikannya dengan tenang
akan doa ini, dipetik dari doa yang panjang bagi tujuan pembuktian:
"....dan PARA WASHI DARI KETURUNANNYA SELEPAS QOIM MEREKA DAN
KEGHAIBANNYA..." [Misbah Al Mujtahid oleh Syeilh Al Toosi, muka surat
826]
Kesimpulannya, jelas berdasarkan riwayat-riwayat di atas bahawa yang akan
memerintah sesudah kewafatan Imam Zaman AS adalah:
a.WALI-WALI AHD-MU DAN IMAM-IMAM DARI ANAK KETURUNANNYA.
b.WALI-WALI AHD-NYA DAN IMAM-IMAM SELEPASNYA.
c.ANAK ZURIATNYA DARI KALANGAN IMAM-IMAM YANG MEWARISI.
d.PARA WASHI DARI KETURUNANNYA SELEPAS QOIM MEREKA DAN KEGHAIBANNYA
Ini menunjukkan bahawa yang akan memerintah selepas Imam Zaman AS adalah anak
dari keturunannya, yang mana mereka adalah wali-wali ahdnya, wasi-washinya dan
IMAM. Sekaligus bertepatan dengan hadis wasiat Rasulullah SAW yang menyebutkan
tentang 12 Mahdi sesudah 12 Imam. Lantas menyebutkan nama Mahdi Pertama yang
akan memerintah selepas bapanya Imam Mahdi Muhammad bin Al-Hassan AS, “Maka
apabila maut menghampirinya, hendaklah dia serahkannya (kekuasaan) kepada
anaknya Mahdi yang pertama, baginya tiga nama: nama seperti namaku dan nama
bapaku iaitu ABDULLAH dan AHMAD, dan nama ketiganya adalah AL-MAHDI. Dan dia
adalah yang pertama beriman).
Kesimpulannya:
a.Hadis wasiat Nabi SAW menyebutkan adanya 12 Imam dan sesudah mereka 12 Mahdi.
b.Kedua-dua maqam Imamah dan Mahdiyyin ini adalah maqam yang berbeza.
c.Para Mahdi adalah dari keturunan Imam Zaman AS dan yang akan memerintah
selepas beliau AS.
d.Para Mahdi adalah juga Imam pada maqam mereka tersendiri iaitu maqam
Mahdiyyin.
e.Yang pertama dari kalangan 12 Mahdi ini bernama Ahmad, seperti yang
disebutkan dalam nas wasiat.
Semoga mendapat pencerahan dari Allah SWT..
MENJAWAB KERAGUAN PARA PENGIKUT
MARAJIK TERHADAP SAYYID AHMAD AL-HASSAN AS - SIRI 2
Apakah mengkritik ulama ghayru amylin bersandarkan nas perbuatan tercela?
Dijauhkan Imam Ahmad Al Hassan daripada akhlak yang tercela, dia adalah dari
keturunan Aimmah yang suci (a.s) dan akhlaknya diambil daripada akhlak mereka
(a.s). Dialah yang mengajar dan mengenalkan kami akhlak Rasul Muhammad (sawas)
dan akhlak ithrahnya yang suci (a.s), setelah sebelumnya kami tidak mengetahui
tentangnya melainkan terlalu sedikit.
Sudah menjadi tabiat kalian menganggap asing kritikan Imam Ahmad Al Hassan
terhadap ulama-ulama ghayru amilin (tidak beramal) , kerana sudah menjadi
kebiasaan kalian untuk bersangka baik dan tidak memperdulikan
kesilapan-kesilapan ulamak dan pembohongan mereka, bahkan membantu dan mengikut
kesalahan-kesalahan mereka, seterusnya kalian telah membiasakan penyembahan dan
ketaatan membuta-tuli kepada mereka. Sepertimana yang telah dilakukan sebelum
kalian dari kalangan Bani Israil, apabila mereka berpakat dengan ulama-ulama
mereka dalam menentang Nabi-Nabi Allah, malahan para Aimmah (a.s) telah
menerangkan hal ehwal kalian dan mencela kalian dengan seburuk-buruk celaan:
Diriwayatkan daripada Imam Baqir (a.s), sesungguhnya (a.s) telah berkata: “Akan
berlaku di akhir zaman orang-orang yang mengikut mereka adalah orang-orang yang
suka menunjuk-nunjuk, yang elok bacaannya dan menyongsang ilmunya, pembid’ah
yang jahat perangai, tidak mewajibkan amar makruf dan mencegah kemungkaran,
melainkan apabila dapat menyelamatkan mereka daripada bahaya, dan mereka
meminta kemudahan dan alasan untuk diri mereka, dan mereka mengikuti
kesalahan-kesalahan ulama dan kefasadan ilmu mereka.” [Tahzib Al Ahkam, jilid
6, ms 180]
Daripada Imam Sadiq (a.s), daripada Amirul Mukminin (a.s), daripada Rasul
(sawas), sesungguhnya baginda telah bersabda: “Akan datang ke atas manusia satu
zaman yang tidak tinggal daripada Quran melainkan tulisannya, dan daripada
Islam melainkan namanya, mereka menamakan dengannya tetapi mereka adalah
sejauh-jauh manusia daripadanya, masjid-masjid mereka meriah tetapi kosong daripada
hidayah, fuqaha di zaman itu adalah sejahat-jahat fuqaha di bawah lindungan
langit, daripada mereka keluarnya fitnah dan kepada mereka fitnah itu
dikembalikan.” [Raudhat Al Kafi, ms 479]
Pada pandangan kalian Imam Ahmad Al Hassan tidak akan mempunyai akhlak yang
baik melainkan apabila dia mengikuti ulama-ulama dan kesalahan-kesalahan
mereka, dan menganggap mereka sebagai maksum sepertimana Aimmah (a.s) yang
tidak mungkin terbit kesalahan dari diri mereka!!! Tidak mungkin dikatakan
kepada mereka bahawa pandangan mereka telah dikaburkan.
Kalian lihatlah sendiri penyelewengan-penyelewengan keji dan pertentangan ini
yang sama sekali tidak boleh dimaafkan oleh sirah Ahlulbayt (a.s). Bukankah
lebih baik bagi kami/kita untuk merujuk kepada Ahlulbayt (a.s) supaya
mengajarkan kami/kita, siapakah sepatutnya ditaati dan apakah sifat orang yang
patut ditaati? supaya jangan sampai kami/kita merampas kedudukan orang-orang
yang maksum dan memakaikannya kepada selain mereka. Telah diriwayatkan daripada
Ahlulbayt (a.s) bahawa tiada ketaatan selain kepada orang yang maksum.
Sepertimana yang diriwayatkan daripada Amirul Mukminin (a.s) ketika dia
berkata: “Adapun ketaatan itu kepada Allah dan RasulNYA (sawas) dan pemegang
urusan (wulat Al Amr), dan adapun Allah memerintah supaya mentaati Rasul
(sawas) kerana kemaksumannya yang menyucikan dan tidak menyuruh kepada maksiat,
dan adapan diperintahkan untuk taat kepada pemegang urusan kerana mereka adalah
maksum yang menyucikan serta tidak menyuruh kepada kemaksiatan.” [Wasail Al
Shiah, jilid 72, ms 130]
Daripada Jaafar bin Muhammad (a.s) : “...Allah Taala tidak memfardhukan ke atas
hamba-hambanya untuk mentaati orang yang Dia tahu akan menurut hawa nafsu dan
menyesatkan mereka, dan tidak memilih untuk mengutuskannya, dan tidak
mengutamakan dari kalangan hamba-hambanya orang yang akan kufur dengannya dan
menyembah Syaitan selainNYA, dan tidak menjadikan kewajipan ke atas
hamba-hambanya melainkan yang maksum.” [Al Khishal, ms164]
Setelah dikemukakan semua ini, apakah kalian merasa puas untuk mentertawakan
akal-akal manusia lemah yang merelakan diri mereka mentaati ulama-ulama
sepertimana mentaati Aimmah yang maksum (a.s). Kalian telah menjauhkan mereka
daripada membantu utusan Imam Mahdi (a.s) dan kalian menundukkan mereka supaya
mengikut kehendak Amerika dan teori demokrasinya. Kalian menggantikan kedudukan
perlembagaan Ilahi dengan perlembagaan ciptaan manusia. Apakah kalian tidak
menyangka bahawa kalian akan berdiri di hadapan Allah Taala besok dan akan
ditanyakan berkenaan hal tersebut, dan akan dihisab dengan perhitungan yang
sangat sukar, dan di sisiNYA nanti kalian akan berkata sepertimana yang
diceritakan kepada kalian oleh Allah Taala di dalam Quran:
إِذْ
تَبَرَّأَ الَّذِينَ اتُّبِعُوا مِنَ الَّذِينَ اتَّبَعُوا وَرَأَوُا الْعَذَابَ
وَتَقَطَّعَتْ بِهِمُ الْأَسْبَابُ ﴿١٦٦﴾ وَقَالَ الَّذِينَ اتَّبَعُوا لَوْ
أَنَّ لَنَا كَرَّةً فَنَتَبَرَّأَ مِنْهُمْ كَمَا تَبَرَّءُوا مِنَّا ۗ كَذَٰلِكَ
يُرِيهِمُ اللَّـهُ أَعْمَالَهُمْ حَسَرَاتٍ عَلَيْهِمْ ۖ وَمَا
هُم بِخَارِجِينَ مِنَ النَّارِ ﴿١٦٧﴾
“(Iaitu) ketika ketua-ketua yang menjadi ikutan itu berlepas diri dari
orang-orang yang mengikutnya, sedang kedua-dua pihak melihat betapa ngerinya
azab seksa itu dan (ketika) terputusnya segala hubungan di antara mereka. Dan
(pada masa yang mengecewakan itu) berkatalah orang-orang yang menjadi pengikut:
Alangkah eloknya kalau kami dikembalikan semula ke dunia, maka (dengan itu
dapat) kami berlepas diri daripada mereka sebagaimana mereka berlepas diri
daripada kami (pada saat ini)! Demikianlah Allah perlihatkan kepada mereka
amal-amal mereka (dengan rupa yang mendatangkan) penyesalan yang amat sangat
kepada mereka dan mereka pula tidak akan dapat keluar dari Neraka.” (Al Baqarah
2: 166-167)
Pengikut-pengikut ulama jahat
juga akan berkata sepertimana Allah Taala telah ceritakan berkenaan mereka:
يَوْمَ تُقَلَّبُ وُجُوهُهُمْ فِي النَّارِ يَقُولُونَ يَا لَيْتَنَا
أَطَعْنَا اللَّـهَ وَأَطَعْنَا الرَّسُولَا ﴿٦٦﴾ وَقَالُوا رَبَّنَا
إِنَّا أَطَعْنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَاءَنَا فَأَضَلُّونَا السَّبِيلَا ﴿٦٧﴾ رَبَّنَا آتِهِمْ
ضِعْفَيْنِ مِنَ الْعَذَابِ وَالْعَنْهُمْ لَعْنًا كَبِيرًا ﴿٦٨﴾
Pada masa muka mereka
dibalik-balikkan dalam Neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): Alangkah
baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada
Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah
mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka
menyesatkan kami dari jalan yang benar. Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab
sengsara dua kali ganda dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang
sebesar-besarnya! (Al Ahzab 33: 66-68)
Oleh itu adalah menjadi hak Imam Ahmad Al Hassan untuk berucap kepada
orang-orang yang mengingkari haknya dan mendustakannya tanpa sebarang dalil dan
menentangnya sebagai musuh sehingga sampai kepada ingin membunuhnya (semoga
Allah memeliharanya dari segala kejahatan). Imam Ahmad Al Hassan tidak pernah
melampaui lafaz ucapan Ilahi terhadap ulama jahat yang bertindak menentang
Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul (a.s), Allah Taala berfirman:
مَثَلُ
الَّذِينَ حُمِّلُوا التَّوْرَاةَ ثُمَّ لَمْ يَحْمِلُوهَا كَمَثَلِ الْحِمَارِ
يَحْمِلُ أَسْفَارًا ۚ بِئْسَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ
كَذَّبُوا بِآيَاتِ اللَّـهِ ۚ وَاللَّـهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ
الظَّالِمِينَ
Perumpamaan orang-orang yang
dipikulkan kepadanya Taurat kemudian mereka tiada memikulnya adalah seperti
keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amatlah buruknya perumpamaan kaum
yang mendustakan ayat-ayat Allah itu. Dan Allah tiada memberi petunjuk kepada
kaum yang zalim. (Al Jumuah 62: 5)
Allah Taala telah berfirman berkaitan seorang alim Bani Israil yang bernama
Bal’am bin Ba’ura:
وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ الَّذِي
آتَيْنَاهُ آيَاتِنَا فَانسَلَخَ مِنْهَا فَأَتْبَعَهُ الشَّيْطَانُ فَكَانَ مِنَ
الْغَاوِينَ ﴿١٧٥﴾ وَلَوْ شِئْنَا لَرَفَعْنَاهُ بِهَا
وَلَـٰكِنَّهُ أَخْلَدَ إِلَى الْأَرْضِ وَاتَّبَعَ هَوَاهُ ۚ فَمَثَلُهُ
كَمَثَلِ الْكَلْبِ إِن تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ أَوْ تَتْرُكْهُ
يَلْهَث ۚ ذَّٰلِكَ مَثَلُ الْقَوْمِ
الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا ۚ فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ
يَتَفَكَّرُونَ ﴿١٧٦﴾ سَاءَ مَثَلًا الْقَوْمُ الَّذِينَ
كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَأَنفُسَهُمْ كَانُوا يَظْلِمُونَ ﴿١٧٧﴾
“Dan bacakanlah kepada mereka
berita orang yang telah Kami berikan kepadanya ayat-ayat Kami, kemudian dia melepaskan
diri daripada ayat-ayat itu lalu dia diikuti oleh syaitan, maka jadilah dia
termasuk orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami
tinggikan [derajat]nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia
dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing
jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia
mengulurkan lidahnya [juga]. Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang
mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah [kepada mereka] kisah-kisah itu
agar mereka berfikir. Amat buruklah perumpamaan orang-orang yang mendustakan
ayat-ayat Kami dan kepada diri mereka sendirilah mereka berbuat zalim.” (Al
A’raf 7: 175-177)
Lihatlah bagaimana tingginya tahap Bal’am bin Ba’ura sehinggakan Allah telah
mensifatkan bahawa dia telah dikurniakan ayat-ayatNYA. walaupun begitu, dia
tidak membebaskan dirinya daripada bertindak bersama Firaun dalam menentang
Nabi Allah Musa (a.s), maka jadilah dia seperti seperti anjing dan seburuk-buruk
perumpamaan bagi orang-orang kafir.
Kami akan menyebutkan di sini sebahagian kata-kata Aimmah (a.s) dan
sahabat-sahabat mereka tentang hakikat sebenar ulama-ulama ghayru amilin
dan musuh-musuh kebenaran dan kejujuran. Kebanyakan belum pernah lagi diucapkannya
oleh Imam Ahmad Al Hassan sehingga sekarang terhadap ulama-ulama yang
memeranginya dan menuduhnya dengan pelbagai tuduhan yang jelik:
Daripada Amirul Mukminin (a.s) dalam mencela penduduk Basrah: “Kalian adalah
tentera wanita dan pengikut binatang. Jawapan kamu seperti buih, bila digigit
kamu lari, akhlak kamu seperti tepung, dan janji kamu mudah pecah, agama kamu
adalah nifaq...” [Nahjul Balaghah, jilid 1, ms 44]
Daripada kata-kata Amirul Mukminin kepada Al Ash’ath bin Qays ketika (a.s) sedang
berkhutbah di atas mimbar Kufah, maka berlalu sebahagian ucapannya berkenaan
sesuatu yang dibangkang oleh Al Ash’ath, lantas berkata: “Wahai Amirul Mukminin
ini adalah kewajipan kamu dan bukan milik kamu. Maka (a.s) merendahkan
pandangannya kepada Al Ash’ath, lalu berkata: Kamu tidak tahu apa yang
diwajibkan ke atasku dan apa yang jadi hak milikku, laknat Allah ke atas kamu
dan laknat di kalangan orang-orang dilaknat, pengait anak kepada pengait,
munafik anak kepada kafir.” [Nahjul Balaghah, jilid 1, ms 56]
Daripada kata-kata (a.s) juga ketika berlakunya pertengkaran mulut dia antara
(a.s) dan Usman, maka berkata Al Mughirah bin Al Akhnas kepada Usman:” Aku
berasa cukuplah kamu dengannya.” Maka Imam Ali (a.s) berkata kepada Mughirah:
“Wahai anak si laknat yang tidak mempunyai keturunan, dan pokok yang tidak
mempunyai akar mahu pun cabang...” [Nahjul Balaghah, jilid 2, ms 18]
Daripada Aban bin Taghlab telah berkata: Aku telah bersama Abi Jaafar (a.s) di
satu sudut masjid Al Haram dan ketikan sekumpulan orang sedang melaungkan
Talbiah di sekeliling Kaabah, lalu (a.s) berkata: “Adakah kamu melihat mereka
yang melaungkan Talbiah? Demi Allah suara-suara mereka adalah lebih dibenci
oleh Allah daripada suara-suara keldai.” [Wasail Al Syiah, jilid 9, ms 57]
Telah berkata Amirul Mukminin (a.s) kepada Muawiyah (l.a): “Wahai Muawiyah,
sesungguhnya Rasulullah (sawas) telah mengkhabarkan kepadaku bahawa umatnya
akan mewarnakan janggutku dengan darah di kepalaku, dan aku adalah orang-orang
yang Syahid, dan umat selepasku akan menuruti, bahawa kamu akan membunuh anakku
Al Hassan membelot janji dengan racun, dan anakmu Yazid yang Allah melaknatinya
akan membunuh anakku Al Hussain, yang memerintah selepasnya itu daripada anak
perempuan zina.” {Kitab Sulaym bin Qays, ms 309]
Sekiranya kalian berkata bahawa kata-kata ini sebagai tidak berakhlak, maka
kalian telah ingkar kepada kemaksuman Aimmah yang suci daripada perbuatan buruk
dan keji. Sekiranya kalian berkata bahawa perkataan-perkataan ini berakhlak,
maka kami katakan kepada kalian: Maka tidak mungkin bagi kalian untuk terasa
hati dengan Imam Ahmad Al Hassan, apabila dia mengatakan para ulama ghayru
amilin seumpamanya atau lebih rendah dari itu. Dan jangan pula kalian
berkata bahawa mereka itu adalah musuh-musuh Aimmah dan ucapan sedemikian
memang berhak bagi mereka. Sesungguhnya Imam Ahmad Al Hassan juga adalah
daripada washi-washi Rasul (sawas) yang dinashkan ke atas mereka dengan wasiat.
Dia juga adalah Al Yamani dijanjikan yang telah dikhabarkan oleh Aimmah
(a.s) bahawa berpaling daripadanya adalah dari ahli neraka. Barangsiapa yang
mendustakannya atau memeranginya, maka dia telah mendustakan dan memerangi Imam
Mahdi (a.s). Maka dia akan dilaknat oleh lidah-lidah generasi akan datang,
sepertimana yang telah terjadi kepada orang-orang sebelumnya dari kalangan
pendusta dan mereka yang sangsi dan ragu-ragu. Dan mereka yang berbuat zalim
kepada keluarga Muhammad akan mengetahui di mana tempat mereka akan
dikembalikan dan balasan baik itu adalah buat orang-orang yang bertakwa.
MENJAWAB KERAGUAN YANG
DITIMBULKAN OLEH PENGIKUT MARAJIK TERHADAP IMAM AHMAD AL-HASSAN AS – SIRI 3
Misteri lelaki yang muncul sebelum kebangkitan Imam Mahdi AS sudah terjawab..
Akhir-akhir ini terdapat sesetengah pihak yang datang bertandang ke laman
seruan Al-Yamani AS yang penuh barakah ini untuk bertanyakan tentang zuriat
keturunan Imam Mahdi Muhammad bin Al-Hassan Al-Askari AS. Namun setelah dijawab
dengan dalil-dalil daripada riwayat-riwayat Ahlulbait AS tentang kewujudan
zuriat Imam Mahdi AS yang akan memerintah selepas beliau AS, mereka
mempersoalkan pula kewajaran anak Imam Mahdi AS wujud sebelum kebangkitan
beliau AS. Jadi di dalam jawapan ringkas ini kami cuba membuktikan perkara ini
agar ianya menjadi jelas buat kita semua yang mencari kebenaran, Insya Allah.
Kewujudan peribadi di zaman kezuhuran ini dapat disahkan melalui nasabnya yang
kembali kepada keluarga Muhammad AS, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu
Basir dari Abu Abdullah AS mengatakan:
ما رواه ابو
بصير عن أبي عبد الله (ع)، قال: (يا أبا محمد، ليس ترى امة محمد فرجاً أبداً ما
دام لولد بني فلان ملك حتى ينقرض ملكهم، فإذا انقرض ملكهم أتاح الله لأمة محمد
برجل منا أهل البيت يسير بالتقى ويعمل بالهدى ولا يأخذ في حكمه الرشا، والله إني
لأعرفه باسمه واسم أبيه، ثم يأتينا الغليظ القصرة ذو الخال والشامتين القائد
العادل الحافظ لما استودع يملاها عدلاً وقسطاً كما ملأها الفجار جوراً وظلماً)
بحار الأنوار: ج25 ص269
(Wahai Abu Muhammad, umat Muhammad tidak melihat kelapangan selamanya,
selagimana anak keturunan bani fulan di tampuk kekuasaan sehinggalah Allah
membinasakan kekuasaan mereka, apabila dibinasakan kekuasaan mereka maka Allah
akan mengurniakan buat umat Muhammad seorang lelaki daripada kami ahlulbait
yang berjalan dengan takwa, beramal dengan petunjuk dan tidak mengambil rasuah
dalam pemerintahannya. Demi Allah, aku tahu namanya dan nama bapanya, kemudian
datang kepada kami seorang yang mempunyai tahi lalat di pipi dan dua tahi lalat
di badan, seorang pemimpin adil lagi pemelihara, apabila dia diamanahkan maka
dia akan memenuhinya (bumi) dengan keadilan dan kesaksamaan sebagaimana ia
telah dipenuhi dengan kejahatan, penindasan dan kezaliman. Bihar Al-Anwar,
jilid 25, ms 269.
Jika kita teliti hadis ini, kita akan dapati bahawa hadis ini menjelaskan
tentang dua peribadi yang berbeza setelah Allah memusnahkan kekuasaan anak bani
fulan, iaitu:
1. Lelaki daripada kami ahlulbait yang akan berjalan dengan takwa, beramal
dengan petunjuk dan tidak mengambil rasuah di dalam pemerintahannya, yang mana
Imam Jaafar AS mengatakan beliau tahu namanya dan nama bapanya.
2.kemudian datang kepada kami seorang yang mempunyai tahi lalat di pipi dan dua
tahi lalat di badan, seorang pemimpin adil lagi pemelihara, apabila dia
diamanahkan maka dia akan memenuhinya (bumi) dengan keadilan dan kesaksamaan
sebagaimana ia telah dipenuhi dengan kejahatan, penindasan dan kezaliman.
Rata-rata umat syiah meyakini bahawa yang akan memenuhkan bumi dengan keadilan
dan kesaksamaan adalah Imam Mahdi Muhammad bin Al-Hassan Al-Askari AS. Dan hal
ini sudah pasti menunjukkan kepada peribadi nombor 2 yang datang kemudian yang
mempunyai tahi lalat di pipi dan dua tahi lalat di badan, seorang pemimpin adil
lagi pemelihara yang akan memenuhkan bumi dengan keadilan dan kesaksamaan,
sebagaimana yang disebutkan dalam hadis di atas.
Persoalannya sekarang ini, siapakah peribadi dalam poin nombor 1 yang datang
sebelumnya? Yang mana beliau adalah:
a. Daripada keturunan ahlulbait AS.
b. Berjalan dengan takwa.
c. Beramal dengan petunjuk.
d. Tidak mengambil rasuah di dalam pemerintahannya.
e. Imam Jaafar AS bersumpah bahawa beliau tahu namanya dan nama bapanya, seolah
merahsiakan nama lelaki ini daripada kita.
Jika yang datang kemudian itu adalah Imam Mahdi as, lalu siapakah yang datang
sebelum beliau as? Semestinya beliau adalah seorang lelaki dari keluarga Imam
Mahdi as, sebagaimana yang dimaksudkan oleh Amirul Mukminin dalam
ucapannya:
“Akan muncul seorang lelaki dari timur sebelum al-Mahdi dari keluarganya. Dia
membawa pedang di atas pundaknya selama lapan bulan, membunuh dan membunuh dan
bergerak menuju Baitul Maqdis.” Al-Mumhidun, al-Kurani, ms 110
Rasulullah saaw dan Ahlulbaitnya memerintahkan kita agar mendukung pemegang
panji-panji hitam dari Timur, yang mana tidak ada keraguan dalam peranannya
sebagai pengantar buat Imam Mahdi as. Rasulullah saaw bersabda:
“Apabila kalian melihat panji-panji hitam keluar dari arah Khurasan, maka
datangilah sekalipun dengan merangkak di atas salji! Sesungguhnya di dalamnya
(di tengah bendera-bendera hitam itu) terdapat khalifah al-Mahdi.” (Al-Malahim
wa al-Fitan, Ibnu Thawus, ms 54, cet.al-Haidariah)
Siapakah khalifah Al-Mahdi? Untuk mengetahui siapakah khalifah Al-Mahdi
hendaklah kita merujuk kepada nas wasiat Rasulullah SAW di malam kewafatan
baginda, kerana dialah yang menggantikan Imam Mahdi Muhammad bin Al-Hassan
Al-Askari AS nanti:
Daripada Abi Abdillah a.s, daripada bapa-bapanya terdahulu, daripada Amirul
Mukminin Ali a.s, telah berkata: Rasulullah SAWA telah bersabda kepada Ali di
malam sebelum kewafatannya; Wahai Bapa Hassan (Ali a.s) bawakan lembaran tulis
dan dakwat, maka Rasulullah SAWA mencatatkan wasiatnya sehinggalah ia sampai ke
butiran berikut, dan bersabda; Wahai Bapa Hassan sesungguhnya akan ada
selepasku duabelas orang Imam dan selepas mereka duabelas orang Mahdi. Engkau
wahai Ali adalah yang pertama dari duabelas imam tersebut. Dan hadis tersebut
berterusan sehingga sampai kepada sabda, dan hendaklah diserahnnya kepada
anaknya Muhammad Al Mustahfiz dari keluarga Muhammad alaihis salam. Begitulah
duabelas orang Imam, setelah itu akan adanya duabelas Mahdi. Maka apabila maut
menghampirinya, hendaklah dia serahkannya (Imamah) kepada anaknya Mahdi yang
pertama, baginya tiga nama: nama seperti namaku dan nama bapaku iaitu Abdullah
dan Ahmad, dan nama ketiganya adalah Al-Mahdi. Dan dia adalah yang pertama
beriman. (Bihar Al Anwar jilid 53 ms 147, Ghaybah Al Toosi ms 150, dan Ghayat
Al Maram jilid 2 ms 241.)
Beliau adalah Ahmad dan tiada siapa yang pernah mengklaim bahawa dirinyalah
Ahmad yang disebutkan di dalam nas wasiat Rasulullah SAW di malam sebelum
kewafatannya melainkan AHMAD AL-HASSAN AS. Maka benarlah kata-kata Imam Jaafar
As-Shadiq AS:
Abi Abdillah (a.s) telah berkata: Pemilik urusan akan dikenali dengan 3 kualiti
yang tidak akan diberikan kepada sesiapa pun melainkan diriya. Dia adalah yang
pertama sebelum orang lain (mempunyai 3 kualiti ini) mengklaim dia adalah
wasinya, dia mempunyai senjata Rasulullah (sawas) dan wasiatnya, iaitu sesuatu
yang aku tidak memisahkan diriku darinya. [Basa'er Al- Darajat Muhammad ibn
Al-Hassan Al-Safaar p.202]
Kesimpulannya:
1. Wujud lelaki daripada ahlulbayt AS iaitu ahlulbait Imam Mahdi AS yang akan
keluar sebelum kebangkitan Imam Mahdi AS.
2. Dia adalah khalifah Al-Mahdi AS.
3. Namanya dinaskan dalam wasiat Rasulullah SAW di malam kewafatan baginda
iaitu AHMAD.
4. AHMAD AL-HASSAN AS adalah yang pertama mengklaim wasiat ini dan tiada orang
lain sebelumnya yang pernah mengklaimnya.
Segala pujian semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam.