Himpunan
Pos Di Laman Facebook Rasmi
احمد الحسن Ahmed Alhasan / 11 Mac 2013:
Tulisan: Nazar Nazar
Al-Salamu 3alaikum Warahmatu Allahi
Wabarakatuh / saya Abu Ahmad, dari Basrah. Saya tujukan kata-kata saya kepada
Al-Syed Ahmad Al-Hassan / Tuan Al-Mufadda (Al-Mufdi) kami. Saya telah melihat dalil
tuan, ia membingungkan, saya memberitahu tuan yang sebenarnya -- Saya bersumpah
Demi Allah saya ingin beriman dengan tuan. Tetapi saya keliru, mengenai perkara
ini dan saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan -- Tuan mengatakan yang baik,
begitu juga saya, dan itu bagus, dan tuan mengatakan pada mereka dengan rukya -
- Saya melihat rukya kebaikannya dan rukya yang tidak baik darinya - Saya tidak
hanya meninggalkan pintunya dan jalannya sehingga ia tidak menjadi hujjah
kepada saya. Saya bertanya kepada orang-orang yang berilmu. Mereka mengatakan
kepada saya: Lelaki ini dajjal. Saya tidak peduli apa yang mereka katakan,
tetapi saya tidak mahu berselisih faham dengan mereka, jadi saya menyesal - Tuan,
kamu mengatakan bahawa kamu dapat menunjukkan mukjizat - Seperti menghidupkan
orang mati hingga yang lainnya - - Oleh kerana perkara ini berkaitan dengan
perkara ghaib, saya maksudkan dakwah tuan - - - Sekiranya tuan tunjukkan pada saya
suatu mukjizat sebagai dalil dakwah tuan, maka demi Allah, saya akan jadi tentera
dari tentera tuan, dan saya ingin bersaksi demi tuan dan demi agama dan mazhab
- - - - dan jika tidak maka dakwah tuan lebih lemah daripada sarang
labah-labah. ----
Jawapan /
بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Abu Ahmad, semoga Allah
memberikan anda kejayaan, memperbaiki kesalahan anda, dan melindungi anda dari
segala kejahatan:
Saya akan bermula
dari tempat anda berhenti:
"Lebih lemah
daripada sarang labah-labah."
Menurut apa yang
jelas dari kata-kata anda bahawa dalil untuk dakwah Ahmad Al-Hassan, ia adalah
seperti dalil dari datuknya Muhammad (S), hanya membawa anda ke dalam
kebingungan, tetapi tidak membawa anda untuk membuat kesimpulan bahawa Ahmad
Al-Hassan benar, dan dengan pengetahuan bahawa anda seperti orang-orang Syiah
yang lain, anda percaya bahawa wajib bertaqlid pada para fuqaha’ seperti yang
mereka katakan kepada anda tanpa ada mana-mana dalil syar’ei maupun aqli, dan
anda tidak mengesyaki mereka, tidak tidak membahas mereka dan tidak meminta dalil
pasti kepada mereka, tetapi sayangnya anda mengikutinya dengan mata tertutup.
Secara amnya, saya akan membincangkan cadangan mereka dan menjelaskan kepada
anda segala pembohongan dan kejahilan yang mereka sampaikan kepada anda dan
saya harap mereka tidak meneruskannya untuk menipu anda selepas hari ini, dan
insya Allah, harapan saya akan dipenuhi dengan cepat atau lambat kerana saya
yakin kerana akal, ilmu dan cahaya akan mengatasi kejahilan dan kegelapan yang
cuba menipu dan menyesatkan manusia.
Mari kita lihat siapa yang anda tanyakan, dan anda memanggil mereka ahli ilmu, apakah kelakuan mereka benar-benar orang yang berilmu atau orang yang jahil dan berdusta, dan menentukan antara kita dan mereka dengan dalil dan dan bukan penghinaan seperti yang mereka lakukan:
Marajik (tempat rujuk) agama mereka, yang menipu orang-orang Syiah Aali (keluarga) Muhammad dan ingin terus menipu mereka, didasarkan pada akidah tentang wajib bertaqlid kepada yang bukan maksum dan mereka tidak mempunyai dalil naqli untuk membuktikannya. Para fuqaha’ mereka mengakui hal ini, dan mereka tidak mempunyai ayat yang menjadi dalil muhkam, dan juga riwayat yang qath’ei sanadnya yang juga qath’ei sebagai dalil. Anda dapat merujuk ucapan Al-Syed Al-Khoei dan Al-Syed Al-Khomeini, semoga Allah merahmati mereka, dan para fuqaha’ lain dalam hal ini [1], dan oleh itu mereka pada hari ini beralih kepada dalil akal (rasional), iaitu orang jahil wajib merujuk kepada yang mengetahui (Al-Alim). Dalil mereka saling bertentangan antara satu sama lain dan pertentangan ini benar-benar menerangkan ianya seperti yang anda katakan (Lebih lemah daripada sarang labah-labah). Walaupun mereka berpandangan (berpendapat) dan mereka mengemukakan pandangan secara ijtihad, dan mereka mengakui ini, dan tidak ada di antara mereka yang mengatakan bahawa ia mengemukakan secara yakin. Oleh itu dalil itu tidak dapat digunakan bagi mereka kerana mereka bukan ulama yang mengemukakan secara yakin sehingga mewajibkan orang yang tidak tahu (jahil) merujuk kepada mereka. Maka ulama yang mengemukakan secara yakin dan ketetapan akal dengan kewajipan merujuk kepada mereka hanyalah khaifah Allah. Inilah yang kita katakan bahawa kewajipan itu hanyalah bertaqlid dari yang maksum sahaja.
_________________
[1] Lihat: Al-Ijtihad
wa Al-Taqlid - Al-Syed Al-Khomeini, Al-Ijtihad wa Al-Taqlid - Al-Syed Al-Khoei.
Dan apabila mereka
mendapati bahawa apa yang dikemukakan di atas tidak membantu mereka membuktikan
aqidah mereka, mereka berusaha menipu orang biasa bahawa dalil aqidah mereka
tentang wajibnya bertaqlid kepada yang bukan maksum atau fuqaha’ (ahli fiqh)
adalah orang tidak pakar merujuk kepada yang pakar, dan apa yang mereka ajukan ini
telah merobohkan aqidah palsu mereka bila mana mereka tidak tahu:
﴿وَظَنُّوا
أَنَّهُم مَّانِعَتُهُمْ حُصُونُهُم مِّنَ اللَّـهِ فَأَتَاهُمُ اللَّـهُ مِنْ
حَيْثُ لَمْ يَحْتَسِبُوا ۖ وَقَذَفَ فِي قُلُوبِهِمُ الرُّعْبَ ۚ يُخْرِبُونَ بُيُوتَهُم بِأَيْدِيهِمْ وَأَيْدِي الْمُؤْمِنِينَ
فَاعْتَبِرُوا يَا أُولِي الْأَبْصَارِ﴾
dan mereka menyangka
bahawa benteng-benteng mereka akan dapat menahan serta diberi perlindungan oleh
Allah. Maka Allah menimpakan kepada mereka dari arah yang tidak terlintas dalam
fikiran mereka, serta dilemparkanNya perasaan cemas takut ke dalam hati mereka,
(lalu) mereka membinasakan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri dan
tangan orang-orang yang beriman. Maka ambilah pelajaran wahai orang-orang yang
celik penglihatan mata hatinya. [Al-Hasyr 59:2]
Oleh itu, tujuan yang boleh dikatakan mengenai merujuk kepada yang tidak pakar kepada yang pakar adalah dibenarkan, bukan diwajibkan, dan ini bermaksud bahawa dengan menyerahkan tulisan ini untuk menyimpulkan aqidah mereka, mereka telah meninggalkan aqidah palsu mereka yang mereka sampaikan, yang mewajibkan taqlid kepada yang bukan maksum atau fuqaha’.
Mereka memaksa anda seperti pesakit yang dirujuk kepada doktor untuk menyimpulkan aqidah mereka, yang mewajibkan taqlid kepada yang bukan maksum atau fuqaha’, sementara pesakit dirujuk kepada doktor dan melakukan apa yang dikatakannya bukan kewajiban, melainkan dibolehkan. Adakah sekiranya anda jatuh sakit anda mesti (wajib) berjumpa doktor? Sekiranya dia sendiri adalah doktor ketika penilaiannya dianggap tepat, dia akan memberitahu anda bahawa ini adalah kadar kejayaan dan ini adalah tahap kegagalan dan anda bebas memilih, dan dia tidak memberitahu anda bahawa anda mesti melakukan apa yang saya katakan atau anda seharusnya lakukan rawatan yang saya nyatakan atau anda mesti menjalani pembedahan yang saya rasa akan menyebabkan anda pulih. Ramai pesakit meninggal dunia di tangan doktor di bilik operasi atau akibat kesilapan doktor dalam menentukan jenis rawatan atau dos yang diperlukan, dan beberapa pesakit datang berjumpa doktor dengan rasa sakit untuk pulih dari lumpuh dan tidak dapat berdiri akibat kesilapan pakar bedah yang memegang gelar doktor dalam mendiagnosis pengukuran kepingan platinum yang diperlukan untuk fiksasi tulang dan akibatnya, saya tidak berfikir bahawa ada orang yang waras yang mengatakan bahawa merujukkan pesakit kepada doktor dan melakukan apa yang dia katakan adalah suatu kewajipan.
Sekarang, adakah mereka yang menyebut diri mereka sebagai "Marajik" dari mereka yang memiliki kehormatan dan keberanian untuk mengakui secara terbuka bahawa mereka dikalahkan di hadapan Ahmad Al-Hassan dan bahawa kepercayaan mereka yang menjadi landasan agama para Marajik untuk fuqaha’ telah gugur dan berakhir urusannya?
Sesiapa yang mempunyai keberanian dan kehormatan untuk mengakui kebenaran yang seharusnya diakui dan mengiktiraf bahawa Ahmad Al-Hassan telah merobohkan kepercayaan mereka dan berakhir di tong sampah adalah sejarah yang akan berulang. Ya ia sekarang tetap sebagai alat kebodohan, kejahilan dan tipu daya kepada Syiah (pengikut) Ahl Al-Bait, tetapi ia telah berakhir dan tidak lagi membawa wibawa ilmiah bagi mereka yang mencari pengetahuan tentang kebenaran dan hakikat. Dan, lambat laun, suatu hari akan datang, dan Syiah Ahl Al-Bait akan memperhatikan dan mengetahui bahawa Dajjal adalah orang yang meminta mereka untuk mempercayai bahawa wajib bertaqlid kepada yang bukan maksum atau fuqaha’ kerana ianya memerintahkan mereka dengan aqidah batil yang tidak mempunyai dalil naqli atau aqli.
Saya mengulangi (Kewajiban) untuk memperhatikan mereka, semoga Allah memberikan anda kejayaan, membuka mata anda dan melihat dengan baik, wahai orang-orang Syiah, perhatikanlah mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai "fuqaha’" bahawa mereka mengatakan wajib bertaqlid kepada yang bukan maksum atau para fuqaha’. Oleh itu, biarkan mereka membuktikan kepada kita kewajiban ini, setelah bukti mereka dipatahkan dan ternyata ia seperti keterangan yang anda sampaikan (lebih lemah dari saeang labah-labah), Mereka tidak menipu anda dengan bergerak untuk membincangkan Ijtihad atau dibenarkan bertaqlid, atau kewibawaan untuk beramal dengan pandangan tersebut. Maka semua perkara ini keluar dari aqidah batil mereka yang wajib mereka buktikan. Aqidah mereka adalah wajib bertaqlid kepada yang bukan maksum. Biarkan mereka membuktikannya atau mengakui kebatilannya dan mengakui bahawa Ahmad Al-Hassan memusnahkan dan menghancurkan kepentingan aqidah batil mereka dan menghapuskannya dan tidak ada yang tersisa untuknya.
Bagi dalil dakwah semuanya adalah dalil khusus ke atas Khalifah Allah keseluruhannya, dan semuanya telah saya kumpulkan, dan saya akan menerangkan kepada anda semuanya dan bagaimana dengan ringkas ia layak untuk kedudukan ini :
Nash khusus: Ini adalah nash khusus yang dikhaskan kepada Khalifah Allah
Nashnya berasal dari Allah: Seperti nash Allah mengenai (lantikan) Adam di sisi para malaikat, Hal yang sama adalah rukya mutawatir (berulang kepada ramai orang) yang ditemui dan meyakinkan bahawa orang yang mengaku melihatnya tidak berdusta, dan rukyanya harus sama dengan Nash khusus.
Nashnya berasal dari Khalifah Allah: Ia terdiri daripada dua jenis:
Langsung: Ini adalah nash Khalifah Allah atas wasiat langsungnya, sepertimana nash Rasulullah (S) pada Ali. Mengenai Imam Al-Mahdi (as) Ia diangkat secara ghaib, dan dengan jalan ia berhubung dengan orang yang beriman padanya secara kasyaf, rukya, dan pertemuan, dan di mana ia disaksikan oleh sejumlah orang yang mengaku melihatnya tidak berdusta bahawa Ahmad Al-Hassan adalah anaknya, washinya , dan dari Aali Muhammad (as).
Secara tidak langsung: Ini adalah nash Khalifah Allah atas washinya secara tidak langsung, sepertimana nash Rasulullah (S) pada Ali bin Musa Al-Redha (as). Oleh itu, ditetapkan sebagai nash khusus. Harus ada jaminan ilahi bahawa ia dilindungi daripada dituntut oleh orang tidak yang sah (batil). Akibatnya, siapa pun yang mendakwanya adalah pemiliknya, misalnya: Wasiat Rasulullah Muhammad (S) yang digambarkan oleh Allah dalam lisan Nabi-Nya Muhammad (S). Bahawa ia terdapat dalah Kitab 3ashim Min Al-Dhalal (yang diindungi dari kesesatan) kepada sesiapa yang memegangnya. Ia telah memperincikan bagaimana menggunakannya dan ia adalah nash khusus bagi pihak yang menuntut sebagai Khalifah Allah dalam lebih dari satu jawapan dan menerangkan bagaimana tuntutan saya semata-mata untuk menyatakan bahawa saya adalah salah seorang Khalifah Allah, kerana Allah telah menggambarkannya sebagai satu-satunya yang terlindung bagi sesiapa yang memegangnya dari kesalahan, jadi ia mesti dipelihara oleh Yang Maha Suci, dan Dialah Yang Mengetahui, Yang Berkuasa, Yang Benar, Yang Bijaksana dan Yang Mutlak atas nash yang digambarkannya sebagai pelindung dari kesalahan kepada sesiapa yang memegangnya. dari sesiapa yang mendakwa secara palsu padanya sehingga pemiliknya mengakuinya dan tujuannya dipenuhi, jika tidak, dia akan menjadi jahil, tidak berdaya atau pendusta yang menipu dan menggoda mereka yang mematuhi pernyataannya dengan mengikut kepalsuan. Dan mustahil baginya untuk menjadi jahil atau tidak mampu kerana dia seorang alim dan penguasa yang mutlak dan tidak mungkin kedustaan datang dari Al-Haq SWT yang berdusta, kerana dia jujur dan bijaksana dan tidak mungkin sifatnya sebagai dusta. Jika tidak, tidak mungkin bergantung pada ucapannya tentang sesuatu dan untuk saya bertentangan dengan agama,
Jawapannya
dikumpulkan oleh Syeikh Alaa Al-Salem, semoga Allah memeliharanya, dalam Kitab
Wasiat Suci (Al-Washiat Al-Muqaddasah). Saya meminta para fuqaha’ untuk maju berdebat dengan saya dan
menjawab apa yang saya katakan, tetapi mereka tidak berdaya dan membuktikan
kebenaaran kami, Wal-Hamdu Lillah.
Mengenai Mukjizat:
Tanda-tanda dan mukjizat telah berlaku dalam dakwah ini, termasuk binasanya Pendakwah Ali Al-Syukri, dan orang ini setelah dia menghina dan melampaui batas terhadap Ahmad Al-Hassan, semoga Allah memberi kesaksian atas kata-kata dan perbuatannya dari atas mimbar di hadapan ribuan manusia. Maka Allah tidak memberi tangguh dan memusnahkannya dalam beberapa hari dan menjadikannya sebagai tanda kepada seluruh dunia. Maka dia tidak dapat dinasihati lagi dan mukjizat lain tidak akan memberi menafaat kepadanya. Lalu apakah perbezaan di antara kebinasaan penzalim ini dengan kebinasaan orang yang meminta azab dan menentang Rasulullah (S), dan apakah perbezaan di antara kebinasaan penzalim ini dengan kebinasaan mereka yang menghina Al-Hussein (as) dan menentangnya sehingga neraka menjadi tempat dia kembali pada hari Asyura dan kehendak Allah tidak memberinya tangguh dan menjadikannya sebagai tanda, dan akibatnya dia jatuh ke dalam api neraka dan dibakar. Saya rasa semuanya adalah mukjizat yang menunjukkan bahawa Allah membela aulia’nya untuk mengatakan dengan mukjizat-mukjizat itu bahawa ini adalah aulia’-Ku dan Akulah Allah Yang Maha Esa lagi Tunggal yang menyaksikan mereka, dan segala puji bagi Allah. Maka permintaan Ali Al-Syukri yang mematuhi Marajik kamu disaksikan Allah. Saya bersaksi kepada Allah sesiapa pun di atas mimbar, tetapi Allah tidak memberinya tangguh, dan Allah telah menyaksikan saya dengan tanda mukjizat yang jelas walaupun hidung-hidung orang-orang munafik itu berlaku kepada saya seperti yang berlaku dengan datuk saya, Rasulullah, dan dengan datuk saya Al-Hussein (Shalawatu Allah 3alaihim). Dan cukuplah Allah menjadi saksi antara anda dan saya, dan mukjizat (tanda) ini didokumentasikan dan divideokan, dan anda dapat melihatnya [1]
___________________
[1] Sebuah video yang mendokumentasikan
kehancuran pendakwah terkenal, Ali Al-Shukry, beberapa hari selepas dia
menghina Al-Syed Ahmad Al-Hassan di atas mimbar Imam Al-Hussein (as): https://www.youtube.com/watch?v=kDH7ev3fdKs
Sekiranya seorang
munafik mengatakan: Mengapa Allah tidak membinasakan semua orang yang menghina
anda dan menyerang anda?
Saya katakan: Kerana hikmah (kebijaksanaan) mukjizat adalah membuktikan hubungan saya dengan Allah dan ia telah dicapai dengan satu kebinasaan. Allah tidak membinasakan semua orang yang memerangi Al-Hussein di Karbala pada hari Asyura dengan mukjizat, melainkan membinasakan mereka yang binasa untuk menjadi tanda. Sebaliknya, Allah tidak memusnahkan Al-Syamr atau Harmalah, walaupun apa yang mereka lakukan lebih besar pada Al-Hussein (Shalawatu Allah 3alaih), siapa pun yang menghina dan menuduhnya adalah dari ahli Neraka
Mengenai permintaan anda, tanda (mukjizat) yang khusus untuk anda., Maka saya tahu, semoga Allah menolong anda, membimbing langkah anda dan menghiasi anda dengan perhiasan fikiran, bahawa Khalifah Allah bukanlah badut atau wakil dalam sirkus, bukan juga akrobat, yang berputar di sekitar orang-orang di jalan-jalan dan lorong-lorong untuk membuat pergerakan dan tindakan bagi mempesona mereka. Tetapi tujuan mukjizat adalah tanda dari Allah untuk mengukuhkan sesiapa yang mencapai (maqam) wali dari aulia’ Allah dan Allah membela dan menyokongnya, dan perkara ini telah dipenuhi dalam dakwah yang benar ini di banyak tempat, termasuk apa yang menimpa Syeikh Ali Al-Syukri, seseorang yang dikenalii di Hauzah Najaf dan Qum, dan beberapa fuqaha’ yang dipatuhinya ketika Allah membinasakannya.
Semoga Allah memberi anda kejayaan dan membimbing anda. Ketahuilah bahawa Allah telah menyatakan di dalam Al-Quran bahawa Dia inginkan keimanan kepada perkara ghaib. Itulah sebabnya walaupun ketika Dia menetapkan mukjizat, Dia memberi ruang di dalamnya untuk beriman pada perkara ghaib dan tidak menjadikan mukjizat sebagai paksaan yang tidak memberikan ruang untuk perkara ghaib, dan jika itu adalah tindakan dari tanda paksaan yang tidak memberikan ruang untuk perkara ghaib, Dia tidak menerima iman orang yang beriman dengan sebab itu. Kisah Firaun di dalam Al-Quran sangat terkenal, dan tidak ada alasan untuk Allah tidak menerima iman Firaun selain terjadi mukjizat (tanda) paksaan dan tidak memberikan ruang untuk perkara ghaib, dan perkara ini telah saya jelaskan secara terperinci dalam tafsir ayat dari Surah Yunus, maka rujuklah.
Sekiranya Allah menghendaki keimanan manusia dengan mukjizat-mukjizat ganjil yang memaksa dan tidak memberikan ruang untuk perkara ghaib supaya menjadikan RasulNya Muhammad (S) menghantar utusan-utusannya kepada penguasa pada zamannya dengan mukjizat-mukjizat ganjil, misalnya setiap utusan berdiri di hadapan penguasa dan mengubah kudanya menjadi sekeping emas atau besi dan meminta penguasa itu menyimpan mukjizat ini bersamanya, dan jika baginda melakukan ini, pasti akan beriman dan seluruh penduduk Iran atau Eropah sekali gus dan perkara itu berakhir, atau setidak-tidaknya dia mengirim risalahnya kepada mereka dalam bahasa mereka sendiri dan tidak mengirimkannya dalam bahasa Arab, atau Allah telah menurunkan Al-Quran dalam semua bahasa dunia atau sekurang-kurangnya seratus bahasa? Paling tidak, bukankah ini menegakkan hujjah atas manusia dan jika ia dilakukan, ini akan menjadi tanda mukjizat yang jelas bagi Muhammad (S) dan bahawa ia berkesinambungan dengan Allah, atau setidak-tidaknya jika baginda (S) telah menerjemahkan Al-Quran ke dalam semua bahasa dan bukannya meninggalkannya seperti yang ada ini untuk diijtihad orang tertentu, sehinggakan kita mempunyai beberapa terjemahan Al-Quran dalam bahasa Inggeris yang terjemahannya berbeza-beza dan saling bertentangan, terutamanya sebahagian pendusta mereka yang memberitahu anda di atas mimbar-mimbar bahawa Muhammad dan para imam boleh bertutur dalam semua bahasa, jadi mengapa Rasulullah dan para imam (Shalawatu Allah 3alaihim) tidak menterjemahkan Al-Qur'an, adakah Muhammad dan para imam (Shalawatu Allah 3alaihim) kedekut, misalnya dan jauh mereka dari semua itu?! Atau terjemahan Al-Quran yang sangat diperlukan oleh orang bukan Arab tidak sesuai dengan kebijaksanaan?! Atau adakah hampir dua ratus lima puluh tahun tidak cukup untuk diterjemahkan oleh Rasul dan para imam?! Atau adakah penguasaan seseorang terhadap ratusan bahasa bukanlah mukjizat yang nyata dan hujah yang lengkap dan terjadi di sepanjang zaman?!!!
Saya tegaskan kepada anda bahawa kebanyakan atheis benar-benar jujur dalam ucapan mereka ketika mereka mengatakan mengapa Allah tidak buatkan untuk kita dengan mengwujudkan mukjizat kecil yang dengannya dia membuktikan kewujudannya sehingga kita dapat beriman denganNya, dan dengan ini saya mengemukakan permintaan kepada anda dari Profesor Richard Dawkins atas mukjizat bagi pihaknya, dia berkata: Mengapa Allah tidak menjadikan tangan manusia yang beragama apabila terputus akan tumbuh lagi yang baru seperti amfibia apabila sebahagian anggota badannya terputus supaya beriman dengan kewujudanNya?! Bolehkah anda menjelaskan kepadanya mengapa Allah tidak menunaikan permintaannya kerana anda seorang yang percaya akan kewujudan Allah. Permintaannya ditujukan kepada semua orang yang beriman, terutama mereka yang mempercayai mukjizat secara semborono dan yang menumpuk ke kanan dan ke kiri hanya kerana mengajak orang beriman walaupun iman yang kosong dari mana-mana ruang perkara keghaiban.
Mereka yang mengatakan bahawa Ahmad Al-Hassan harus mendatangkan mukjizat kepada mereka mengikut permintaan mereka, jika tidak dia tidak berada atas yang hak, maka mereka wajib membawakan kepada Profesor Dawkins mukjizat dari tuhan mereka yang mereka percayai dan saya percaya bahawa tuhan lebih berkuasa daripada hamba, dan jika mereka tidak membawa mukjizat kepadanya, menurut peraturan mereka Dawkins benar 100% dan ateisme betul mengikut kaedah mereka yang mereka akui sendiri, adakah mereka akan menerima keputusan ini atau adakah peraturan kesyaitanan mereka ini hanya berfungsi dalam menghadapi Ahmad Al-Hassan.
✡✡ ✡✡ ✡✡
Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan