Selasa, 9 Februari 2021

Kelahiran Imam Ali Al-Redha

Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi

احمد الحسن Ahmed Alhasan / 17 September 2013:

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Keberkatan bagi kamu atas kelahiran Imam Ali bin Musa Al-Redha (Shalawatu Allah 3alaih) dan semoga Allah menerima perbuat amalan kamu.

Dari Ali bin Fadhdhal, dari bapanya, dari Abu Al-Hasan Ali bin Musa Al-Redha (Shalawatu Allah 3alaih): Bahawa berkata salah seorang lelaki dari penduduk Khurasan kepadanya: Wahai putera Rasul Allah: Aku melihat Rasulullah (S) dalam tidur seolah-olah baginda memberitahu aku: ("Wahai anak Rasulullah, aku melihat Rasulullah (S) dalam tidur seolah-olah dia bersabda kepadaku: Bagaimana kamu jika sebahagian daripadaku dikebumikan di tanah airmu, dan kamu telah diamanahkan (memelihara) kirimanku; dan tersembunyi di tanahmu adalah bintangku?"

Lalu Al-Redha (as​​) berkata kepadanya: "Aku akan dikebumikan di tanah airmu; bahawa aku sebahagian daripada Nabi mu; dan akulah kiriman dan bintang; bahkan sesiapa menziarahiku dan dia tahu apa yang diwajibkan Allah Tabaraka Wa Taala, dari hakku dan taat padaku, maka aku dan bapa-bapaku adalah pemberi Syafaat kepadanya pada hari kiamat, dan sesiapa yang kami berikan Syafaat padanya akan terselamat walaupun dia memiliki dosa-dosa yang sama berat dengan dosa tsaqalain (kedua-dua) jin dan Manusia; dan sememangnya aku diberitahu oleh bapaku, daripada datukku, dari bapanya (as​​) bahawa Rasulullah (S) bersabda:

"Sesiapa yang melihatku dalam tidurnya maka sesungguhnya dia telah melihatku, kerana syaitan tidak boleh menyerupai bentuk rupa ku, tidak juga dalam bentuk rupa sesiapa dari Aushiakku, tidak juga dalam bentuk rupa seseorang dari Syiah mereka, dan Rukya yang benar adalah sebahagian daripada tujuh puluh bahagian nubuwah." [Man La Yahdhuruh Al-Faqih Jilid 2, halaman 584, 3uyun Akhbar Al-Redha (as) Jilid 1, halaman 287. Al-Amali Al-Syeikh Al-Shaduq, halaman 120, Bihar Al-Anwar, Jilid 49, halaman 283]

                                                   

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

Tiada ulasan: